• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • November 2011
    M T W T F S S
    « Oct   Dec »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    282930  
  • Archives

Alam Fantasi

Pagi hari duduk mengenang
Kisah cinta kasih adik abang
Banyak sungguh cabaran mendatang
Semoga mereka tabah dan matang

Duduk-duduk lalu terkenang
Anugerah skrin yang bakal menjelang
Di antara calon ada adik abang
Harapan penuh mereka menang

Panas panas tension juga
Kisah abang belum reda
Kemelut melanda bersambung pula
Tajuk berita bodoh tak terkira

Kerana anugerah nak dilaga
Adik dijadi sasaran pula
Nanti abang naik gila
Ada pula wartawan lebam muka

MAYA KARIN DAN TIZ ZAQYAH REBUT….

Isi kandung anugerah skrin
Tajuk diberi dengan pertanyaan
Andai abang melenting lagi
Pandangan sinis pasti akan diberi

Bukan niat menyokong tanpa haluan
Di manakah letaknya tahap pemikiran
Maruah wanita menjadi bahan
Berebut “lelaki” anugerah dipertandingkan

Tafsiran semua tidak serupa
Hamba boleh berkata itu sahaja
Rasa pembaca parti tidak sama
Tuan empunya nama tak tahu bagaimana

Hal remeh menjadi isu
Cerita tak ada menjadi ada
Bagaimanalah industry tak lesu
Minda ditutup dengan peribadi sahaja

Baca penuh keluh kesah
Sang pencerita sedih tak sudah
Datang teropong melerai gundah
Intai-intai malam anugerah

Sang pencerita usahlah bersedih
Mari sama-sama kita bersoseh
Tropi anugerah siapa meraih
Andai adik abang mesti senyum meleleh

“Nur Amina” mendapat nama
Nur Kasih The Movie cabarannya
“Adam” pula banyak cerita
Drama dan filem semua ada

Terbayang terus senyuman berdua
Senyuman manis penuh mesra
Anggau sudah terlalu lama
Masih tak hilang rupanya

Kuning hijau campuran warna
Biru kuning pun boleh juga
Jubah cantik dipakai Dara
Tudung nipis melengkap gaya

Berpusing kepala para pemerhati
Cjolimoli nampak berseri
Jalan berdua tidak kekok lagi
Dek kerana rahsia telah dikongsi

Eh pandang-pandang jeling-jeling
Cameraman naik pusing
Senyum-senyum jealous orang sekeliling
Itulah aura yang tiada banding

“You look lovely tonight”
Bisik abang pada adik
Senyum adik sudah melirik
Malu juga bila ada yang mengusik

Phweett…siulan dari hujung sana
Tertoleh juga Teruna Dara
Ohhh rupanya dari sutradara ternama
Kabir dan Mira mengusik mereka

Amboi sang pencerita…tegur teropong
Kabir dan Mira juga terlopong
Parah parah marilah datang tolong
Sang Pencerita duduk terapung

Haihh apa jerit-jerit ni
Hamba guna daya kreativiti
Tak ke kamu nampak cantiknya cjolimoli
Teropong dekat sikit…enlarge cincin dijari

Sang Pencerita itu cincin aksesori
Yang moli bagi joli simpan dalam peti
Nanti Joyah bising lagi
Sebab moli tak jemput kenduri

Silaplah joli ni
Kenapa disimpan dalam peti
Bagilah tahu supaya reputz gosip lagi
Senang hamba siapkan perencah cili padi

Amboi-amboi sang pencerita sudah melebihi
Daya kreativi menjadi dendam di hati
Hahaha kita melalut sejak pagi
Mohlah kita perhati sekali lagi

Hijau campur kuning warna terbaru
Biru kuning menambat kalbu
Apa saja untuk siputih gebu
Abang menjeling tanda cemburu

Adik senyum dengan semua
Hati abang dap dup sakit terasa
It’s ok…senyumlah wahai manja
Asalkan hatimu milikku saja

Abang cemburu? Bisik adik bergetar kalbu
Oh tidak wahai sayangku
Kerana padaku mereka cemburu
Melihat bidadari jadi tak tentu

Ek elah perasannya…macam tak sedar diri
Jentik sedikit dah melenting berapi-api
Inikan ramai di sini
Tipulah kalau abang tak berasap nanti

Sekarang belum berasap lagi
Tengok tu…DILARANG MEROKOK DI SINI
Cepat saja cubitan adik beri
Aduhh melompat abang…click camera berbunyi

Senggeh abang menjadi-jadi
Bila camera datang menghampiri
Hampir dipeluk adik tadi
NO TRESPASSING…signal diberi

Betul tak kata sang pencerita
Tengok adik abang meleleh adanya
Wartawan pandang tak kelip mata
Sebab tiada pasangan seperti mereka

Ok ok stop stop teropong memberi amaran
Sang Pencerita terlebih berangan
Warna tema cerita permulaan
Sudah melarat pula ke wartawan

Ok set…hijau kuning warna tema
Dipakai oleh Teruna Dara
Kalau salah tak rugi apa
Daku berangan orang membaca

Aduhh sudah-sudah tu sang pencerita
Nanti pening kepala bertambah adanya
Demam baru belum menjelma
Sang Pencerita sudah sakit dada

Apa nak buat wahai teropong
Hidupku bagaikan terapung
Melihat cjolimoli rasa dilambung
Cinta fantasi tak dapat dibendung

Kawan-kawan hamba berhenti dahulu
Teropong juga sudah tak tentu
Melihat sang pencerita dah naik hantu
Angan-angan dah tinggi Kinabalu

Hehehe Everest juga akan ku tempuhi
Demi “hidup” cjolimoli
Forever and ever infinity
Apple apa pulak nanti untuk CINTA JANGAN PERGI

Opps last sebelum berhenti
Sanaa dan the geng bila nak berkumpul ni
Cjolimoli diganding sekali lagi
Tembok dibina halang spekulasi

Oklah hamba benar-benar pergi
Dari pagi tak habis-habis lagi
Merapik meraban sudahlah pasti
Senyum saja ya jangan ketawa sendiri

Owned and written by : Sanaa 02/11/11

4 Responses

  1. Salam tuan blog… Dah baca artikel ni? Mesti diorg ckp psl remy kan.. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SosehSoseh_Melentingtakhabis-habis_/Article/index_html
    Kesian remy & tiz… tak taula nk komen ape… hrp2 semua akan berakhir dgn baik nti…

    • wassalam lia sakinah…dah baca dah…buat masa ni biarlah wartawan nak kata apa..Insha’Allah kesabaran dan kekuatan Remy & Tiz akan memberi jawabnya tidak lama lagi. Bak kata pepatah…”kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga”. Wartawan menduga mereka hari ni namun manis yg bakal Remy & Tiz perolehi kemudian kelak membuatkan wartawan tidak punya kata utk menulis lagi…Insha’Allah kita dpt melihatnya nanti…sabar ya..

      • Terima kasih atas reply… hehe, ntah kenapa emosi betul sy bila x abis2 diorg kena hentam bertubi2. Apa yg pasti, segala yg berlaku pasti ada hikmahnya. Mudah2an RITZ lebih matang dlm menempuhi hidup sbg public figure ni.
        Btw, teringin nak berkenalan lebih lanjut dgn tuan blog nih… klu ada masa, say hi to me at my email yek… tq…😉

  2. Terhibur hati membaca entri pantun kali ini..

    Tersenyum lebar jumaat ini
    Anugerah Skrin majlis dinanti
    Harapan adik abang menang kategori
    Forever and ever infinity..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: