• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • November 2011
    M T W T F S S
    « Oct   Dec »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    282930  
  • Archives

“Post Mortem”

Dalam setiap pertandingan memang ada kalah menang dan mungkin juga seri kalau bermain bolasepak. Cuma corak permainan yang berbeza menentukan kejayaan seseorang yang bertanding. Marilah kita sama-sama meniti perjalanan Anugerah Skrin 2011 yang dianjurkan oleh TV3 pada hari Jumaat 5/11/11 yang lalu. Keputusan telah diumumkan. Pemenang-pemenang anugerah juga telah diketahui. Berbagai kategori telah dipertandingkan dan sehingga hari ini pasti ada “post mortem” dari para pemenang dan juga yang kecundang.

Kemenangan dan kekalahan perlu ada “post mortem” dibuat bagi memperbaiki mutu karya dan juga lakonan masing-masing. Kekalahan dan kemenangan juga punya tanggungjawab tersendiri dalam karier seorang pelakon, penerbit dan juga pengarah. Tidak terkecuali pihak pengeluar filem dan drama tempatan. Menyedari bahawa industri perfileman dan hiburan tanahair amatlah kecil serta persaingan yang tidak pelbagai sering membuat saya tertanya-tanya di manakah industri bercorak kreatif ini hendak dibawa? Berada di atas carpet merah Rosyam Noor berkata bahawa industri kreatif adalah sesuatu yang menguntungkan, masuklah pelawa beliau. Namun sejauh mana ini mampu mencorakan satu industri yang membentuk sebuah masyarakat dengan pemikiran yang kritis dan logik?

Hanya kurang lebih seminggu pula dari sekarang Pesta Filem Malaysia ke24 (FFM24)akan berlangsung. Senarai calon-calon akhir telahpun dikeluarkan oleh pihak terbabit sejak semalam. Pertarungan sengit 41 buah filem tahun ini berbanding 29 tahun lalu menunjukan peningkatan penerbitan filem tanahair. Namun dalam naskah yang sebanyak itu hanya dua yang diperkatakan bersaing sengit iaitu filem bercorak epic yang dipenuhi dengan aksi-aksi lasak serta bantuan alatan canggih masa kini Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) dan filem airmata yang disambung dari sebuah drama rantaian terbaik tahun 2009 iaitu Nur Kasih The Movie (NKTM). HMM bertanding dalam 12 kategori manakala NKTM bertanding dalam 11 kategori. Filem lain yang turut bertanding adalah KL Gangster, Khurafat, CUN dan laim-lain lagi. Pendukung watak utama dalam NKTM iaitu Remy Ishak dan Tiz Zaqyah tercalon sebagai pelakon lelaki dan wanita terbaik. Mira Mustafa pula tercalon untuk menerima anugerah Lakon Layar Terbaik.

Apabila kita melihat pencalonan dan persaingan sengit semasa Anugerah Skrin dan juga FFM24 yang bakal menjelang, genre filem yang mendapat tempat di hati juri lebih mencorakan kepada “heavy drama”. Drama yang mengutamakan mesej dalam cerita, skrip serta sinematography yang membawa penghayatan penonton. Drama-drama yang berlandaskan genre komedi seram ataupun 100% cinta kurang mendapat perhatian juri. Lalu apabila keputusan diumumkan, tentu peminat-peminat kepada pelakon yang dicalonkan serta filem/drama yang dipertandingkan akan berbunyi. Ayat atau perkataan yang sudah terlalu biasa adalah “ntah apa-apa”, “aku tak tengokpun cerita tu”, “bagus sangat ke sipolan sipolan tu berlakon”, dan banyak lagi. Apakah mungkin ada di antara kejayaan serta kegagalan filem dan drama yang dipertandingkan menepati ramalan penonton sendiri? Media hiburan juga mempunyai pengamatan mereka dan berteka teki sebelum acara berlangsung. Pastinya akan terbit soalan kenapa, mengapa dan rasa tidak percaya akan muncul dan hari-hari selepas itu berbagai kupasan akan disiarkan oleh pihak media. Siapakah juri pilihan yang dilantik untuk acara yang dianggap berprestij ini? Tiada siapa yang tahu kecuali pihak penganjur.

Sanggul Beracun dan Airmata Nur Salina adalah saingan sengit untuk kategori drama bagi Anugerah Skrin 2011. Kemenangan berpihak kepada Sanggul Beracun yang meraih 4 trophi dan hanya ditayangkan di Astro Citra. Saluran astro yang kurang mendapat perhatian penonton serta pengarah yang kurang berpengalaman berbanding dengan Erma Fatima yang dikenali ramai. Sabri Yunus merupakan seorang pelakon komedi yang diminati ramai sedikit masa dahulu, muncul dengan sentuhan kreatifnya (malang sekali lapuran tidak diperluaskan tentang kelainan dimensi dalam Utusan hari ini) Sanggul Beracun tidak menengahkan pelakon-pelakon hebat dan popular kecuali Erra Fazira. Kemenangan Umie Aida sebagai pelakon wanita terbaik drama mengubat sedikit barangkali luka yang tercalar di hati Erma Fatima dengan kekalahan teruk Airmata Nur Salina. Umie Aida dan Remy Ishak adalah teraju utama drama Airmata Nur Salina, memegang watak sebagai suami isteri. Oleh kerana tidak menonton kedua-dua drama tidaklah dapat saya mengupas lanjut dari sudut pandangan peribadi. Saya masih tercari-cari lapuran terperinci kedua drama tersebut dari sudut pandangan pengkritik dan pengulas drama dan filem tempatan namun belum ditemui. Sekali pandang sudah semestinya ada banyak kelebihan yang tercipta di dalam Sanggul Beracun dipandangan juri bagi menerima anugerah drama terbaik. Di manakah salah dan silap Airmata Nur Salina dan tiga drama lagi yang dipertandingkan?

Kemenangan Sanggul Beracun mengingatkan saya kembali kepada awalnya Nur Kasih. Saya yakin dan pasti ramai yang menonton Nur Kasih pada mulanya kerana jalan cerita dan bukan kerana pelakonnya. Kabir dengan beraninya “memperjudikan” Nur Kasih di tangan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah sebagai teraju utama drama rantaian ini. Walaupun Remy dan Tiz bukanlah pelakon baru pada masa itu akan tetapi nama mereka belum berapa utuh di kalangan peminat seni dan pencinta drama melayu. Oleh itu sehingga hari ini saya masih tertanya-tanya apakah ramuan serta jampi serapah yang telah Kabir gunakan sehingga gandingan itu mampu menggegarkan sesiapa yang menyebutnya. Siapa mungkin akan lupa kepada Adam dan Nur? Tidak mungkin disangkal lagi keserasian tercipta di dalam Nur Kasih menjadi ikutan ramai penulis skrip dan juga pengarah namun sentuhan pengarah dan penulis skrip lain masih belum dapat menandingi sentuhan kreatif Kabir. Malang dan teramat malang sekali kerana Kabir tidak mungkin meraih gelaran pengarah dan penerbit terbaik kerana Kabir Bhatia bukan anak jati negara ini.

Berbalik kita kepada lambakan filem di pawagam-pawagam tanahair sekarang. Genre seram, komedi dan romantik komedi menguasai tayangan. Ini bermakna terlalu banyak penerbitan filem-filem yang bergenre begini sehingga mendapat teguran Yang Berbahagia Tun Mahathir berkaitan dengan unsur-unsur mistik di dalam terbitan filem ‘hantu”. Filem-filem begini mencecah pungutan jutaan ringgit dan mencapai tahap box-office. Akan tetapi filem/drama yang bercorak kekeluargaan atau “heavy drama” kurang ataupun tidak mendapat sambutan yang menggalakan. Kenapa ia terjadi begitu? Apakah ini corak pemikiran masyarakat kita? Hanya untuk bersuka dan tidak mahu berfikir jalan cerita dan mengambil iktibar dari perjalanan cerita yang dipaparkan? Oleh itu silalah lihat apakah terjemahan drama serta maksud perkataan drama itu sendiri di dalam kamus bahasa Inggeris…

“Dramatic composition and the literature pertaining to or illustrating it; dramatic literature.
A series of real events invested with a dramatic unity and interest.
A composition, in prose or poetry, accommodated to action, and intended to exhibit a picture of human life, or to depict a series of grave or humorous actions of more than ordinary interest, tending toward some striking result. It is commonly designed to be spoken and represented by actors on the stage”.

Tanpa menjerumus jauh, apa yang hendak di katakan drama adalah sesuatu yang serius. Ciptaan dan rekaan orang-orang yang kreatif dengan sentuhan sastera dan penjiwaan watak yang mendalam sehingga meninggalkan kesan yang mendalam di hati penonton tidak terkecuali juga komedi. Akan tetapi komedi yang dimaksudkan di atas adalah sebuah komedi yang mempunyai unsur-unsur sastera dan skrip yang bermutu. Sekali lagi, sayang seribu kali sayang industri perfileman dan hiburan tanahair kehausan dan ketandusan skrip-skrip filem yang sebegini. Soal kedua besar adalah budget dan keuntungan yang menjadi sandaran pihak pengeluar dan penerbit. Sudah tentu apabila modal telah dilaburkan keuntungan mahu diraih. Tidak dapat dinafi dan disangkal apabila sesebuah filem yang bercorak kononnya “action comedy” seperti Kongsi dan Ngangkung mendapat kutipan hebat apakah ia akan mempengaruhi ramai penerbit dan pengeluar filem ke arah yang sama? Kenapa? Jawapan sudah tersedia didepan mata apabila soal keuntungan diambil kira. Menjadi kehairanan juga buat saya bagaimana pihak Finas meluluskan terlalu banyak filem yang bergenre begini? Apakah terlalu susah berkarya di Malaysia? Apakah ramai penulis skrip yang telah kecewa dengan penghasilan mereka apabila tidak dihargai? Berbagai dan bermacam soalan boleh ditanya akan tetapi jawapan tidak mudah untuk perolehi.

Hasrat saya memang mendalam untuk mengetahui di sebalik tabir industri perfileman dan hiburan tanahair. Sejauh mana mungkin kita melangkah di dalam industri ini apabila bilangan penonton kita tidak berkembang. Cerita dan filem kita amat sukar untuk menyeberangi Tambak Johor bagi pasaran di Singapura dan terlalu perit juga untuk menyeberangi Laut Cina Selatan. Akan tetapi kita membuka peluang yang luas bagi filem-filem asing menempatkan diri di pawagam-pawagan seluruh tanahair. Memang tidak terniat untuk membandingkan filem-filem kita dengan filem-filem di Hollywood tapi tidaklah salah rasanya andai kita mahu belajar dari mereka. Ambil idea mereka dan olah mengikut kesesuaian adat resam, budaya dan sensitivity masyarakat negara yang berbilang kaum ini. Namum kita sering kali memandang serong apabila ada pihak yang menyuarakan pendapat serta usulan tentang genre-genre filem di Hollywood. Pada saya tidak salah kalau kita mahu mengambil iktibar kejayaan mereka. Kenapa mereka berjaya? Kenapa producer seperti Steven Spielberg, George Lucas, Aaron Spelling serta ramai lagi mampu bertahan dan mencipta nama hingga usia tua? Berpijak di bumi yang nyata besar kemungkinan orang kita tak mampu menjejaki mereka ini akan tetapi salahkah untuk kita mengambil semangat serta impian mereka lalu merealisasikan impian kita di persada seni tanahair. Tidak semua Hollywood buruk dan tidak semua Hollywood baik. Seperti juga kita, apabila malam anugerah hampir kesemua pelakon wanita bagaikan lupa dunia dan tidak sedar diri dengan pakaian yang mereka peragakan akan tetapi apabila diminta untuk “mencedok” idea Hollywood dalam penciptaan, ramai yang menentang kononnya bercanggah dengan adat dan resam budaya kita. Siapa yang kolot sekarang ini?

Senarai pelakon A-List di Hollywood memang ramai dan mereka menjadi rebutan para penerbit dan pengeluar filem di sana tapi adakalanya penglibatan pelakon A-List dalam sesebuah penerbitan juga tidak menjadi. Melalui kajian rambang yang saya buat mereka juga mengakui kegagalan cerita adalah kerana skrip yang tidak menepati dan olahan cerita yang lemah walaupun budget yang dikeluarkan jutaan ringgit. Ada juga cubaan demi cubaan yang gagal seperti apa yang dialami oleh Steven Spielberg (sila baca biographi beliau yang saya sertakan). Namun semangat juang yang ditunjukan oleh pengarah-pengarah di Hollywood membuatkan saya teruja untuk membaca kisah mereka dan bagaimana mereka mengatasi segala cabaran dan dugaan yang datang.

“The sky is the limit” itulah kata-kata yang sering diberikan oleh pakar-pakar motivasi dan Adibah Amin pernah berkata kehidupan ini singkat, terlalu banyak yang hendak diraih lalu jangan rugikan masa dengan membuang masa. Malam Anugerah Skrin 2011 sepatutnya memberi “wake-up call” kepada karyawan-karyawan tanahair dan dalam usaha mendidik insan melalui hiburan bukan dengan kelalaian.

Owned and written by : Sanaa 08/11/11

*****

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar FAUZI BAHARUDIN dan NOORADZRENE MOHD. NOOR

MEMANG dari awal lagi, ramai meramalkan drama Sanggul Beracun akan menang besar pada Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) yang sudah pun melabuhkan tirainya pada malam Jumaat lalu.

Ternyata, Sanggul Beracun yang diterbitkan oleh Balang Rimbun Sdn. Bhd., itu berdepan dengan saingan yang cukup sengit daripada Airmata Nur Salina terbitan Rumah Karya Cipta Sdn. Bhd.

Akhirnya, keputusan berpihak kepada Sanggul Beracun yang memenangi empat trofi iaitu Drama, Pengarah Drama, Lakon TV dan Videografi Terbaik.

Ramai yang bertanya apa hebatnya Sanggul Beracun sehingga ia mampu menewaskan Airmata Nur Salina yang juga bukan calang-calang karya daripada sutradara ternama negara, Erma Fatima?

Bukan mahu bersikap bias mahupun berat sebelah, tetapi Sanggul Beracun telah membawa satu dimensi baru dalam penerbitan drama tempatan.

Dalam erti kata lain, drama arahan Sabri Yunus itu telah mengangkat mutu drama tempatan yang sekali gus meletakkan karya itu di kedudukan yang cukup tinggi.

Boleh dikatakan, Sanggul Beracun dibikin untuk anugerah di mana ia memiliki nilai estetika yang sangat tinggi.

Barangkali penerbitnya mempunyai alasan tersendiri untuk ia ditayangkan di Astro Citra yang secara terangan tidak mempunyai jumlah pelanggan yang tinggi.

Mungkin siapa tahu Sanggul Beracun berdepan dengan kerenah birokrasi daripada sesetengah pihak yang meragui kemampuan drama yang diadaptasi daripada kisah mitos dari negeri Johor itu.

Dengan kejayaan Sanggul Beracun di ASK 2011, ia telah membuktikan bahawa sesebuah karya yang hebat dan bagus tidak semestinya diukur kepada rating.

Benar, Sanggul Beracun bukan sebuah drama popular kerana ia tidak dibintangi oleh barisan pelakon popular yang menjadi pujaan hati peminat masa kini melainkan Erra Fazira sahaja.

Tetapi kualiti yang ditonjolkan dalam drama itu dalam semua aspek termasuk jalan cerita, teknikal, sinematografi dan lakonan menjadikan Sanggul Beracun sebuah santapan lengkap untuk dinobatkan sebagai juara.

Airmata Nur Salina juga hebat dan ia boleh disifatkan sebagai karya Gred A kerana diarahkan dan dibintangi oleh anak seni yang mana kredibilitinya tidak wajar untuk dipertikaikan.

Mungkin tiada rezeki drama itu untuk dijulang sebagai pemenang dan Airmata Nur Salina sewajarnya berasa bertuah kerana maruahnya ditebus menerusi lakonan hebat Datin Umie Aida yang merangkul trofi Pelakon Wanita Drama Terbaik.

Dua drama itu sewajarnya dijadikan contoh oleh pembikin drama tempatan yang seharusnya lebih berani untuk menghasilkan karya yang dapat membawa industri penerbitan drama tempatan jauh ke hadapan.

Bukan hanya mesej atau jalan cerita yang harus dititik beratkan tetapi teknikal juga wajar diambil kira dan perhatian serius.

Tidak berniat untuk merendah-rendahkan sesiapa tetapi ada beberapa syarikat produksi yang dapat dilihat masih lagi berada di takuk lama dari segi kualiti penerbitannya.

Mesej ceritanya bagus tetapi apabila melihatkan kepada teknik pengarahan dan sinematografi, ia kelihatan sungguh stereotaip serta mudah dijangka siapakah pengarahnya.

Seperkara lagi adalah tentang drama rantaian yang masih lagi memperlihatkan kuasa Filmscape Sdn. Bhd., yang mencipta hatrik apabila memenangi Drama Rantaian Terbaik untuk tiga tahun berturut-turut.

Bermula dengan Kekasihku Seru pada tahun 2009, Nur Kasih (2010) dan terbaru, Juvana, kemenangan Filmscape juga wajar dijadikan contoh oleh syarikat produksi tempatan.

Mereka juga antara produksi tempatan yang cukup mementingkan kualiti penerbitan dan penceritaan sehingga hampir kesemua karya mereka mendapat sambutan luar biasa.

Pelakon senior menyerlah

Sesuatu yang menarik untuk diperkatakan juga tentang ASK 2011 apabila pemilihan beberapa pemenang yang membuktikan bahawa penangan pelakon senior masih lagi hebat.

Kemenangan Eman Manan dan Umie misalnya, yang memenangi kategori Pelakon Lelaki dan Wanita Drama Terbaik pada malam itu secara muktamad menjelaskan bahawa bakat mereka masih lagi diperlukan dalam industri.

Di sebalik kebangkitan dan gemerlapan bintang pelakon muda popular hari ini, sengatan Eman dan Umie masih lagi berbisa.

Begitu juga dengan Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja yang memenangi kategori Pelakon Wanita Filem Terbaik menerusi filem Janin yang juga disifatkan sebagai sesuatu yang menarik.

Bayangkan, hanya selepas 15 tahun menjadi pelakon, akhirnya Eja dinobatkan sebagai yang terbaik. Ini secara tidak langsung dapat membuang pandangan skeptikal masyarakat yang barangkali sebelum ini memandang sebelah mata kepada bakat Eja.

Tidak dilupakan kehebatan pelakon veteran Sidek Hussain yang memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Filem Terbaik menerusi filem Karak sekali gus menewaskan pelakon-pelakon muda yang bertanding dalam kategori itu.

Tiada yang menarik

Setiap tahun, ASK akan berdepan dengan kritikan mengenai perjalanan anugerah yang dilihat tidak mampu meninggalkan impak besar kepada audiens.

Tahun ini juga nampaknya ASK masih lagi statik dan tiada apa yang menarik untuk diceritakan sehingga atmosfera di dalam Dewan Merdeka terasa begitu hambar sekali.

Dengan tepukan lemau dan lesu oleh penonton yang bagaikan tidak bersemangat memberikan sokongan membuatkan ASK 2011 terasa begitu membosankan.

Seperti mana yang dijangka, pemilihan hos kali ini iaitu Ally Iskandar dan Rozita Che Wan kelihatan sungguh canggung.

Ally tetap Ally manakala Rozita pula kelihatan kaku sehinggakan pergerakannya terlalu dikawal dan mengikut skrip. Dalam erti kata lain, Rozita tidak kelihatan asli (natural) dan nampaknya, dia perlukan masa yang lama untuk menjadi seorang hos.

Persembahan artis pada malam itu juga didominasi oleh penyanyi baru antaranya Najwa Latif, Awi Rafael dan Nashrin yang menyampaikan lagu-lagu popular mereka seperti Cinta Muka Buku, Pulanglah dan Fobia Cinta.

Tertanya juga, apakah rasionalnya pemilihan medley lagu-lagu Anuar Zain iaitu Ketulusan Hati dan Permata yang dinyanyikan oleh Alyah, Shila Amzah dan Jaclyn Victor?

Namun, persembahan yang cukup menyentuh hati adalah sewaktu Datuk Rahim Razali mendeklamasikan puisi karya Ahmad Fedtri Yahya berjudul Tenanglah Di Sana bagi segme Dalam Kenangan.

Pemilihan pelakon remaja wanita popular masa kini iaitu Nur Fathia, Kilafairy, Wawa Zainal dan Liyana Jasmay yang digandingkan bersama penyanyi lelaki popular seperti Ferhad, Aizat, Akim dan Tomok boleh dianggap sebagai penyeri ASK 2011.

Sudah tiba masanya untuk TV3 memikirkan mekanisme baru untuk meletakkan ASK di tempat yang sewajarnya. Bukan hanya sekadar acara anugerah yang hanya mahu menobatkan pemenang sahaja.

credit to Utusan Malaysia Online 9/11/11

*****

FFM24: Pertarungan Epik Merong Mahawangsa Dan Nur Kasih
9 NOV 2011, 09:08AM

Senarai lima calon akhir Festival Filem Malaysia ke 24 (FFM24) yang diumumkan semalam menyaksikan persaingan sengit di antara filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) dan Nur Kasih The Movie (NKTM). Filem terbitan KRU Studios ini mendapat 12 pencalonan, sementara NKTM mengikuti rapat dengan 11 pencalonan.

Filem yang menampilkan Stephen Rahman Huges sebagai teraju utama itu menerima sembilan pencalonan untuk Anugerah Gemilang Perdana yang terdiri daripada Skor Muzik Asal Terbaik, Kostum Terbaik, Penyunting Terbaik, Penata Bunyi Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Penataan Seni Terbaik, dan Sinematografi Terbaik. Tiga lagi pencalonan diperolehi untuk Anugerah Gemilang Cipta iaitu Poster Terbaik, Kesan Visual Terbaik dan Lagu Tema Asal Terbaik.

Sementara NKTM mendapat lapan pencalonan untuk Anugerah Gemilang Perdana dan tiga pencalonan untuk Anugerah Gemilang Cipta. Antara pencalonan yang diraih ialah Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Penata Bunyi Terbaik danSkor Muzik Terbaik.

Tiga lagi filem yang menyerlah ialah buah tangan daripada Syamsul Yusof, KL Gangster dan Khurafat serta Cun! arahan Osman Ali. KL Gangster mendapat sembilan pencalonan, manakala Khurafat dan Cun! masing-masing mendapat lapan pencalonan.

Memandangkan tiada pengumuman dibuat untuk kategori Filem Terbaik, ramai yang mula berteka-teki naskhah milik siapa yang akan dijulang pada malam kemuncak nanti. Berdasarkan pencalonan, HMM dan NKTM mempunyai peluang 50-50 untuk memenangi kategori ini. Memang kedua-dua filem ini tidak meraih kutipan sehebat Khurafat mahupun Hantu Kak Limah Balik Rumah, tetapi masing-masing ada kelebihan tersendiri.

Seperti yang dijelaskan di atas, HMM mendapat sembilan pencalonan untuk anugerah utama berbanding NKTM hanya lapan kategori. Kekuatan HMM terletak kepada pencalonan Pengarah Terbaik dan Penyunting Terbaik di mana kedua-dua kategori ini tidak diperolehi oleh filem arahan Khabir Bhatia ini. Namun, NKTM boleh berbangga apabila hero dan heroinnya dicalonkan untuk Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik. Malah, Mira Mustaffa turut tercalon dalam kategori Lakon Layar Terbaik.

FFM24 menyaksikan sebanyak 33 anugerah dipertandingkan termasuk Anugerah Khas Juri (empat anugerah) dan tiga Anugerah Perdana Khas yang baru diperkenalkan tahun ini iaitu Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu, Pencapaian Sepanjang Hayat dan Pilihan Penonton Astro.

Setiap pemenang kategori utama akan membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM10,000 hingga RM25,000 untuk anugerah tertinggi FFM seperti kategori Filem Terbaik. Dalam usaha mencari kelainan, pihak penaja iaitu Amee Philips Exclusive Jewellery akan menghasilkan barangan kemas istimewa bernilai RM30,000 hingga RM50,000 kepada pemenang-pemenang kategori Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Bertemakan ‘Gemilang Filem Malaysia’ penyertaan FFM24 tahun ini turut mencipta rekod baru dalam sejarah industri perfileman tempatan apabila sejumlah 41 buah filem dipertandingkan berbanding 29 filem pada tahun lepas.

Kemuncak FFM24 akan berlangsung pada 19 November depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Prima.

credit to : Gua Malaysia.com.my

*****

Berikut merupakan senarai penuh finalis Festival Filem Malaysia ke 24 yang bakal berlangsung pada 20 November ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Berdasarkan jumlah bilangan pencalonan, filem epik mega terbitan KRU Studio iaitu Hikayat Merong Mahawangsa mendahului persaingan dengan 12 pencalonan diikuti rapat filem terbitan Primeworks Studio Nur Kasih The Movie dengan 11 pencalonan. Mengekori rapat adalah dua filem arahan pengarah muda Syamsul Yusof iaitu K.L. Gangster dengan 9 pencalonan dan Khurafat dengan 8 pencalonan.

Malangnya filem yang dianggap terbaik dan menerima ulasan positif pengkritik filem tempatan pada tahun ini iaitu … Dalam Botol arahan Khir Rahman hanya mendapat 4 pencalonan sahaja iaitu Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Fauziah Ahmad Daud), Pelakon Harapan Lelaki (Arja Lee), Pengarah Harapan (Khir Rahman) dan Poster Terbaik.

Anugerah Gemilang Perdana

Filem Terbaik

*Senarai pencalonan akhir tidak diumumkan.

Pengarah Terbaik

Osman Ali – Cun!
Mamat Khalid – Hantu Kak Limah Balik Rumah
Yusry Abdul Halim – Merong Mahawangsa
Syamsul Yusof – K.L. Gangster
Ahmad Idham – Senjakala

Pelakon Lelaki Terbaik

Syamsul Yusof – K.L. Gangster
Awie – Hantu Kak Limah Balik Rumah
Shaheizy Sam – Kongsi
Remy Ishak – Nur Kasih
Zahiril Adzim – Senjakala

Pelakon Wanita Terbaik

Maya Karin – Cun!
Siti Shahriza (Eja) – Janin
Tiz Zaqyah – Nur Kasih
Lisa Surihani – Sekali Lagi
Liyana Jasmay – Senjakala

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

Hasnul Rahmat – Mantra
Shofi Jikan – K.L. Gangster
Khir Rahman – Merong Mahawangsa
Syed Asri (Shy8) – Hantu Kak Limah Balik Rumah
Sallehudin Abu Bakar – Hantu Bonceng

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Intan Ladyana – Bini-Biniku Gangster
Faezah Elai – Cun!
Fauziah Datuk Ahmad Daud – … Dalam Botol
Sherry Merlis – Janin
Sabrina Ali Dad Khan – Khurafat

Lakon Layar Terbaik

Yusry Abd Halim – Merong Mahawangsa
Syamsul Yusof – KL Gangster
Syamsul Yusof – Khurafat
Farid Kamil – Kongsi
Mira Mustaffa – Nur Kasih The Movie

Cerita Asal Terbaik

Mamat Khalid – Hantu Kak Limah Balik Rumah
Syamsul Yusof – Khurafat
Syamsul Yusof – K.L. Gangster
Martias Mohd Ali – Libas
Mira Mustaffa – Nur Kasih The Movie

Penyunting Terbaik

Wan Mohd Hafiz – Hikayat Merong Mahawangsa
Syamsul Yusof/Hisham Jupri – Khurafat
Syamsul Yusof/Hisham Jupri – K.L. Gangster
Brian Ng – Kongsi
Ahmad Mustadha – Senjakala

Sinematografi Terbaik

Daven Raghavan – Cun!
Mohd Noor Mohd Kassim – Hikayat Merong Mahawangsa
Azami Alias / Omar Ismail – Khurafat
Mohd Shaufe Abd Wahib – Libas
Norhanisham Muhamad – Nur Kasih The Movie

Penataan Seni Terbaik

Anuar Paharudin – Mantra
Anuar Paharudin – Flat 3A
Anuar Paharudin/Kek Ting Lim – Merong Mahawangsa
Faizal Yusof /Nazir Jamaludin– KL Gangster
Irwan Mazwan Ibrahim– Cun!

Penata Bunyi Terbaik

Brian Ng – Flat 3A
Megat Sazali/Amaludin Syukri – Hikayat Merong Mahawangsa
Hisham Jupri – Khurafat
Hisham Jupri – K.L. Gangster
Dustin Riduan Shah – Nur Kasih The Movie

Kostum Terbaik

Nasirah Ramlan – Hantu Kak Limah Balik Rumah
Anita Arshad – K.L. Gangster
Nurdiana Arshad – Kongsi
Rosada Abdul Hamid – Hikayat Merong Mahawangsa
Faizal Abdullah – Nurkasih The Movie

Skor Muzik Asal Terbaik

Nurzaidi Abd Rahman – Al-Hijab
Edry Abdul Halim – Hikayat Merong Mahawang
Syamsul Yusof – Khurafat
Hafiz Mahidun – Nur Kasih The Movie
Renbash Studio – Sumpahan Puaka

Anugerah Gemilang Cipta

Lagu Tema Asal Terbaik

Edry Abdul Halim – Sedetik Lebih (Hikayat Merong Mahawangsa)
One Nation Emcee – Psiko (Klip 3GP)
Yasin – Nur Kasih (Nur Kasih The Movie)
Azri Abdul Aziz/Ary Basri – Cinta Itu Bukan Milik Kita (Sekali Lagi)
Shamsul Cairel – Sini Ada Hantu (Sini Ada Hantu)

Pengarah Harapan

M. Suurya – Sumpahan Puaka
S.Baldev Singh – Rasuk
Jeffrey Chiang – Dilarang Masuk
Khir Rahman – Dalam Botol
Jurey Latiff Rosli – Libas

Pelakon Harapan Lelaki Terbaik

Aeril Zafrel – Aku Tak Bodoh
Zalif Sidek – Bini-Biniku Gangster
Arja Lee – … Dalam Botol
Adey Syafrien – Flat 3A
Salehhudin Bakar – Hantu Bonceng

Pelakon Harapan Wanita Terbaik

Nadiya Nisaa – Cun!
Shera Aiyob – Karak
Syamira Azmil – Karipap-Karipap Cinta
Shamimie Amalina Nor Norhisaham – Klip 3GP
Sara Ali – Nur Kasih The Movie

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik

Wan Nor Aizat – Aku Bukan Tomboy
Mohd Irzan Shah – Cun!
Erynne Erynna – Damping Malam
Mohd Ilyas Suhaimi – Nur Kasih The Movie
Mia Sara Nasuha – Sekali Lagi

Kesan Visual Terbaik

Yusry Abdul Halim – Hikayat Merong Mahawangsa
M.Hitler Zami – Janin
Yusry Abdul Halim – Karak
Syamsul Yusof – Khurafat
Amru Najmi Osman – Libas

Poster Terbaik

Al-Hijab
Cun!
…Dalam Botol
Hikayat Merong Mahawangsa
Seru

Filem Pendek Terbaik

The Other One – Ng Ken Kin
Bye-Bye Birdie – Akshdeep Singh al Hardial Singh
Hujan Panas – Wayang Works
Mayhem – Explosive Magic Sdn. Bhd.
Jacqueline And The Box – Gary Chong Khin Sin

Filem Animasi Terbaik

Timun Mas – Tales of The Ages – Glue Studios
Perak Boy – triple Q Innovation Sdn. Bhd.
Siri Animasi Ke Zoo – Oscar Hallmark Sdn. Bhd.
Bawang Putih Bawang Merah – Glue Studios
Altitude Alto – Mushroomhead (Multimedia University)

Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik

Lelio Popo – At Films Sdn. Bhd.
The Loan Shark – Blackbox Pictures Sdn. Bhd.
Homecoming – Double Vision Sdn. Bhd.
Nasi Lemak – Prodigee Media Sdn. Bhd.
Great Day – Woo Hoo Pictures Sdn. Bhd.

credit to : gua.com.my 9/11/11

*****

steven spielberg

Without a doubt one of the most influential film personalities in the history of film, Steven Spielberg is perhaps Hollywood’s best known director and one of the wealthiest filmmakers in the world. Spielberg has countless big grossing critically acclaimed credits to his name, both as producer, director and writer. Spielberg was born in Cincinnati, Ohio in 1946. He went to Long Beach University, but dropped out to pursue his entertainment career. He gained notoriety as an uncredited assistant editor on the classic western Wagon Train. Among his early directing efforts were Battle Squad (1961), which combined World War Two Footage with footage of an airplane that is on the ground he makes you believe is moving. He also directed Escape to Nowhere, which featured kids as World War Two soldiers, including his sister Anne Spielberg. (1961) And Last Gun, The (1959), a western. All of these were short films. The next couple of years Spielberg directed a couple of movies that would be foretelling to his future career in movies. In 1964 he directed Firelight a movie about aliens invading a small town. In 1967 he directed the movie Slipstream which was unfinished. But in 1968 he directed the movie Amblin, which featured the desert prominently, and not the first Spielberg movie the desert would be so prominent in. Amblin would also become the production company he would produce many films with, including the classic E.T. Spielberg had a unique and classic early directing project, Duel (1971/I) (TV), with Dennis Weaver. The film is considered a unique classic that still baffles some. In the early 1970s Spielberg was working on TV, in Rod Serling’s “Night Gallery” (1970), “Marcus Welby, M.D.” (1969) and Columbo, to name a few. All of his work in television and short films, as well as his directing projects were just the beginning of the gathering storm of talent that would become the Spielberg that made the brilliant films he would later become known for internationally. As an undoubted rising star, his major directorial effort was the Sugarland Express, The (1974), with Goldie Hawn. It was his next directorial effort that made Spielberg an international superstar among directors: Jaws (1975). This classic shark attack tale started the tradition of the summer blockbuster, or at least he was credited with starting the tradition.
His next effort was the classic Close Encounters of the Third Kind (1977), a unique and very original UFO story that remains a cult classic. In 1978 Spielberg produced his first film, the forgettable I Wanna Hold Your Hand (1978), and followed his first effort with Used Cars (1980), a critically acclaimed, but mostly forgotten Kurt Russell\Jack Warden comedy.

Spielberg hit gold again directing Raiders of the Lost Ark (1981), with Harrison Ford taking the part of Indiana Jones. Spielberg produced and directed two films in 1982. The first one was Poltergeist (1982), but the highest grossing movie of all time up to that point was the alien story, E.T. the Extra-Terrestrial (1982). Spielberg also made money a major part of the film industry, or at least a bigger part of the industry than it was before. He was the first producer to use product placement in his films, with the infamous placement of Rieces Pieces in ‘E.T.’. Spielberg was also one of the pioneers of the big grossing special effects movies, like E.T., and ‘Close Encounters’, where a very strong emphasis on special effects was placed for the first time on such a large scale. In 1984 Spielberg followed up ‘Raiders’ with Indiana Jones and the Temple of Doom (1984), which was a commercial success but critically did not live up to its predecessor.

As a producer Spielberg took on many projects in the 1980s, such as the silly Goonies, and was the brains behind the little monsters in Gremlins (1984). Spielberg also produced the cartoon _American Tail, An (1986)_ (qv), a quaint little animated classic. But his biggest effort as producer in 1985 was the blockbuster Back to the Future (1985), which made ‘Michael J. Fox’ an instant superstar. As director, Spielberg took on the book Color Purple, The (1985), with Whoopi Goldberg and Oprah Winfrey, with great success. In the latter half of the 1980s he also directed Empire of the Sun (1987), which was a mixed success for the occasionally erratic Spielberg. But success would not escape him for long. The late eighties found Spielberg’s projects at the center of pop culture, yet again. In 1988 he produced the landmark animation\live action film Who Framed Roger Rabbit (1988). But 1989 proved to be another big year for Spielberg, as he produced and directed Always (1989), as well as Indiana Jones and the Last Crusade (1989), and Back to the Future Part II (1989). All three of the movies were box office and critical successes.

Also in 1989 Steven Spielberg produced the little known comedy drama Dad, with Jack Lemmon and Ted Danson, which gave mostly mixed results. Spielberg has also had an affinity for animation and has been a strong voice in animation in the nineties.Aside from producing the landmark Who Framed Roger Rabbit, Steven Spielberg produced the TV show Tiny Toon Adventures, Animaniacs, Pinky and the Brain, Freakazoid, Pinky Elmira and The Brain,Family Dog, and Toonsylvania. Spielberg also produced other cartoons such as the Land Before Time, We’re back, a Dinosaur Story, Balto, Casper (the live action version) as well as the live action version of the Flintstones, where Steven Spielberg was credited as Steven Spielrock.Spielberg also produced many Roger Rabbit seperate cartoons, and many Pinky and the Brain, Animaniacs and Tiny Toons specials.

Spielberg was very active in the early nineties, as he directed _Hook (1991)_ , and produced such films as the cute fantasy Joe Versus the Volcano (1990) and _American Tail: Fivel Goes West, An (1991)_ . He also produced the unusual comedy thriller Arachnophobia (1990), Back to the Future Part III (1990), and Gremlins 2: The New Batch (1990). While the movies were big successes in their own right, they did not quite bring in the box office or appeal as previous efforts.

In 1993 Spielberg directed Jurassic Park (1993) which would go on to be the highest grossing movie of all time, for a short time. While the movie was a top grosser at the box office, the movie did not have the universal appeal of his previous efforts. But big box office spectacles were not his only line of business. He produced and directed _Schindler’s List (1993)_ (qv_, a stirring film about the Holocaust. He won best director at the Oscars, and also got best picture.

In the mid-nineties Spielberg founded the production company Dreamworks, responsible for many box office successes in the nineties and the new century. Spielberg as a producer was very active in the late nineties spearheading such films as Mask of Zorro, The (1998), Men in Black (1997), and Deep Impact (1998). But on the directing front Spielberg was in top form in the late nineties. Spielberg directed and produced the epic, Amistad (1997), a spectacular film that was shorted at the Oscars and in release due to the fact that its release date was moved around so much in late 1997.

But 1998 found one of Spielberg’s best films in years come to the theaters: Saving Private Ryan (1998). This movie was an almost perfect film about World War Two that is spectacular in almost every respect. The movie was stiffed at the Oscars, losing best picture to ‘Shakespeare in Love’. In the nineties Spielberg produced a series of films, including Evolution (2001), Haunting, The (1999), and Shrek (2001). Spielberg also produced two sequels to Jurassic Park, which met with big box office but an increasingly critical crowd of movie-goers. In 2001 he produced the mini-series about World War Two entitled “Band of Brothers” (2001) (mini). Also in that year, Spielberg was back in the directors chair for Artificial Intelligence: AI (2001), a movie with a message and a huge budget. The movie did reasonably at the box office and received mixed signals from critics.

As of right now Steven Spielberg is teaming up with Tom Cruise for the expected box office hit Minority Report (2002). While the movie is showing off good special effects and a stellar pairing of two titans of the silver screen the critics have not all been too friendly. Perhaps this is a further sign that Spielberg’s days of big box office are on the decline. As well as producing Men in Black II (2002), Spielberg’s next two projects are producing and directing Catch Me If You Can (2002), with Tom Hanks and Leonardo DiCaprio, and _Indiana Jones 4 (2005)_ . While Spielberg has proven a brilliant filmmaker in the past his latest efforts have been mixed, but only the future will tell how he is looked upon as a presence in film.

And while Spielberg has been extremely active in films there are many other things he has done as well. Spielberg produced the short lived TV series Seaquest DSV, an anthology series entitled Amazing Stories, created the video game series Medal of Honor set during World War Two, and was a starting producer of E.R. Spielberg if you haven’t noticed has a great interest in World War Two. Recently he produced the mini series Band of Brothers, which was based on true events of a rifle company that parachuted into France. Him and Tom Hanks collaborated on The Shooting War, about World War Two combat footage, and produced a documentary about the Holocaust called A Holocaust szemei. With all if this to Spielberg’s credit it is no wonder that he is looked at as one of the greatest ever figures in entertainment. Spielberg is a great filmmaker without a doubt, and it does not seem he is anywhere near done making films, and with all of the money he has he probably could do anything he wanted to. And recently Spielberg graduated from Long Beach State University with a degree in filmmaking. His possibilities are still limitless.

2 Responses

  1. Salam,
    Klu ‘heavy drama’ yg menjadi pilihan juri, dan berdasarkan pd skrip jalan cite, sinematografi, aura para pelakon dan maklumbalas drpd org ramai, sya tidak akan terperanjat jika Remy dan Tiz dinobatkan sebagai pelakon lelaki dan wanita terbaik FFM atau setidak2nya seorg drpd mereka akan memenangi anugerah tersebut.

    • Wassalam Atan

      Thank you.

      Insha’Allah dan saya juga merujuk kepada kemenangan yang baru berlalu dan rekod yang telah sudah. Semoga kemenangan berpihak pada Remy and Tiz…sama-samalah kita tunggu dan nantikan serta doa diiringkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: