• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • November 2011
    M T W T F S S
    « Oct   Dec »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    282930  
  • Archives

Manisnyaaaa….

Salam hormat buat sekalian teman
Di pagi Jumaat suasana yang aman
Rahmat diberi turunnya hujan
Membasahi bumi yang kehausan

Senyum simpul di awal pagi
Bila terkenang cjoli moli
Menyepi mereka dua tiga hari
Puas dicari tidak hamba temui

Namun firasat kuat berbunyi
Mereka berdua duduk bersembunyi
Selepas anugerah skrin berlalu pergi
Kerana adanya perancangan rapi

Apa yang dirancang? Apa yang rapi?
Datang teropong bertanya tadi
Hmm sudah tahu bertanya lagi
Tentulah FFM24 yang bakal dihadiri

Sang Pencerita cuba lari
Dari asal pembayang diberi
Apalah perlu persediaan rapi
Kalau sekadar menghadirkan diri

Cepat-cepat beritahu kami
Segala rancangan yang diatur rapi
Ada rahsia telah diperolehi
Senyum sang pencerita memang bererti

Dari senyum jadi ketawa
Melihat gelagat carpet bertanya
Teropong kini mencelah jua
Ingin mengetahui apakah cerita

Bila tawa menjadi reda
Tertunggu mereka dengan berita
Sang Pencerita berkata pula
Marilah sama-sama menjejak mereka

Dari dahulu semua berdoa
Tepak datang dari Melaka
Singgahnya pula di Subang Jaya
Cuma masa dan tarikh belum ada

Tepak datang dari Melaka
Membawa hajat anak teruna
Untuk menyunting dara jelita
Sebagai suri hidupnya

Sebentuk cincin tanda diberi
Kiralah sudi menerima pemberian kami
Usahlah kita bertangguh lagi
Memenuhi hajat merpati sejoli ini

Daun sireh di dalam puan
Mari dimakan dara jelitawan
Hajat hati kami makbulkan
Termeterilah kini ikatan pertunangan

Adat datang bersama dulang
Tembaga dihias cantik berseri
Jika tiada halangan mendatang
Bilakah tarikh majlis kenduri

Langkah pertama sempurna sudah
Janganlah hati merasa gundah
Andainya kami boleh bermadah
Sekarang ini juga di akad nikah

Tawa riang memecah sunyi
Bila begitu jawapan diberi
Masing-masing menyetujui
Akad nikah dilangsung sekali

Datang awal mengota janji
Marilah kita sarung cincin ke jari
Tanda ikatan telah dimeterai
Maknya…apa tunggu lagi

Bunga rampai harum mewangi
Menyambut datang rombongan lelaki
Dara jelita senyum meniti
Pabila cincin tersarung di jari

Tangan dihulur berjabat salam
Bakal mertua memberi ciuman
Merah pipi terserlah keayuan
Bulan dan bintang menyeri malam

Majlis pertunangan selesailah sudah
Tiada kini resah gelisah
Hanya menunggu hari bersejarah
Janji dibawa ke akad nikah

Makanan terhidang membuka selera
Rombongan teruna riang gembira
Bakal bersatu dua keluarga
Setelah menempuh badai gelora

Halangan pertama sudah dilalui
Cincin kini tersarung di jari
Baik-baik jaga diri
Darah manis ramai yang perhati

Cantik sungguh cincin di jari
Kemilau memancar wajah berseri
Siapalah yang tidak iri hati
Tatkala melihat cjolimoli

Tampan dan segak tidak dinafi
Putih mulus bagai bidadari
Bila berdua nampak berseri
Cahaya memancar bak kilauan mentari

Tidak berkelip mata memandang
Disulami tawa yang girang
Tatkala mereka duduk berpasang
Mata melihat hatipun tenang

Amboi-amboi terbuai kami dalam khayalan
Bagaikan berada di syurga idaman
Apabila membayang pasangan sepadan
Di hari mereka mengikat pertunangan

Tidak jemu dan juga bosan
Kisah mereka menjadi igauan
“Adam dan Nur” jadi rujukan
Semoga tabah menghadapi dugaan

Seronoknya berangan tak henti
Bersyukur hamba kehadrat Ilahi
Dengan bayangan yang diberi
Walaupun hanya dalam ilusi

Teropong dan carpet tersenyum lagi
Digeleng kepala suka juga hati
Entah apalah yang nak jadi
Andai hari-hari kita begini

Tiada apa yang akan terjadi
Anggap saja sebahagian doa diberi
Semoga Allah mendengar permintaan ini
Cepatlah nikahnya cjolimoli

Sekadar itu mampu dihulurkan
Dek kerana hati dah berkenan
“Adam dan Nur” detik permulaan
Bermula langkah kini berpasangan

Doa tetap kami pohonkan
Semoga Allah segera makbulkan
Ijab dan kabul disempurnakan
Dijauhkan dari segala godaan

Andai disambung panjang berjela
Sang Pencerita berhenti di sini sahaja
Niat yang satu sudah terlaksana
Hamba menanti kabaran seterusnya

Selamat berhujung minggu teman semua
Marilah kita doa sama-sama
Hajat dan impian terlaksana
Teruna Dara mendirikan rumahtangga

Owned and written by: Sanaa 11/11/11

2 Responses

  1. salam San n all,

    lama rasanya sup x berpantun kat sini
    hari nie teraser nak lepaskan segala isi hati
    you know what i mean hehehe…
    pasai pa lagi kalu bukan cjolimoli..

    kalu ikutkan hati dah nak lompat tinggi2
    tp raser x beraper confident lagi
    kita tunggu cincin tersarung kat jari n tepak sirih bertukag ganti
    baru kita pakat2 sama lompat kat blog ni

    tuan president pula jgn dok berangan saja
    segala benteng n kubu utk cjolimoli kita kena sedia
    time mcm ni byk dugaan melanda
    kalu tak nanti semua bputih mata

    sekian dulu tuk kali ni
    lain kali kucoret lagi..hv a good day my fren…luv ya…

  2. Salam Sanaa… amboi…mmg manisnya angan2 tu…marilah kita sama2 doakan yer semoga kita semua dapat menyaksikan pernikahan RITZ nih…
    Saya duk ulang2 video ni yang saya edit sendiri…hehehehe…. sweeeeeeeeeettttt sangat sangat sangat!😀 http://www.youtube.com/watch?v=vQ_2OSnY_uI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: