• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • November 2011
    M T W T F S S
    « Oct   Dec »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    282930  
  • Archives

Kalah Menang

Salam hari minggu buat teman
Harapnya semua sudah bersarapan
Apa pula rancangan
Di hari minggu penuh keceriaan

Duduk-duduk berangan pula
Membaca akhbar berbagai cerita
Anugerah filem cerita tertera
Milik siapa dari calon yang ada

Nak diteka penat sahaja
Kata carpet bagaikan kecewa
Bagus pada kita tidak pada mereka
Kenalah kita fikir kenapa dan mengapa

Adat pertandingan memang begitu
Kalah menang tiada yang tahu
Yang menang belum tentu
Kalah pula belum sampai waktu

Kuning emas kilau berseri
Teringat kembali pada cjolimoli
Anugerah skrin yang berlalu pergi
Senyuman mereka menambat hati

Menang moli terus dirai
Kalah joli usahalah lagi
Menduga arus terus meniti
Dalam dunia industri seni

Kata joli penuh bererti
Tatkala hamba terus mengekori
Langkah berdua di internet ini
Instagram facebook tafsiran diberi

Tertera kata mencari erti
Sudut pandangan berbeza sekali
Kupasan juga harus berkali
Untuk mengenali hati dan budi

Tidaklah hamba mengenali mereka
Jauh sekali bertegur sapa
Sekadar teruja lakonan berdua
Nur Kasih pembuka bicara

Hati dan budi halus sekali
Oleh anak berjiwa seni
Adakala ungkapan diberi
Perlu diteliti untuk difahami

Oleh itu janganlah diragui
Kalah menang anak seni
Anugerah penghargaan yang diberi
Tiba masa akan mereka kecapi

Moli sudah menang berkali
Kerana itu adalah rezeki
Tanggungjawab yang terpikul kini
Berat di bahu empunya diri

Kalah jua semangat diri
Terus berusaha dan memperbaiki
Mata melihat erti dicari
Dari sudut mata para juri

Kalah menang bukan ukuran
Teruna Dara tetap pilihan
Usaha yang baik dapat perhatian
Oleh peminat dan rakan sekalian

Sudahlah tu sang pencerita
Teropong datang mengganggu pula
Kalah menang kita tunggu sahaja
Jomlah jalan-jalan cari mereka

Nak dicari dimana pula
Mereka bersembunyi tak ada berita
Tadi hamba baca artikel Dara
Duduk diam kalau tiada cerita

Kita skodeng mereka berdua
Nak dicari di Putrajaya
Andai nampak bonus diterima
Sang Pencerita senyum tak lekang punya

Mood tiada layu terasa
Kalah menang mengganggu adanya
Entah kenapa secara tiba-tiba
Sang Pencerita kasihan pada mereka

Jangan bertangguh lagi mari kita pergi
Makan angin pusing sana sini
Lihat dewan yang berwarna warni
Pasti nanti sang pencerita suka hati

Ayuh jom carpet berbunyi
123 meluncur kita pergi
Pergilah kami mencari cjolimoli
Tasik Putrajaya tempat ditujui

Angin petang bertiup nyaman
Sang Pencerita hilang dalam khayalan
Duduk terbang kepala membayangkan
Apakah tema pasangan sepadan

Namun berkata pada diri
Apa dirasa tidak dikongsi
Biarlah teman-teman melihat sendiri
Malam nanti pasti berseri-seri

Ada kejutan dari cmoli
Katanya pertunangan berlangsung esok hari
Teman baik bernikah hari ini
Moli tak mahu tunggu lama lagi

Jom jom nasi beriani
Lepas tu lompat tinggi-tinggi
Berita ini macam menang loteri
Sekali saja dalam abad ini

La la la sang pencerita senang hati
Berita sensasi panas-panas dari kuali
Kalah menang sudah tidak peduli
Cerita cjolimoli lagi laris malam ini

Yang lain-lain anganlah sendiri
Sang pencerita berhenti di sini
Dah ku nampak cjolimoli
Keliling tasik pegang tangan lagi

Owned and written by : Sanaa 20/11/11

7 Responses

  1. Mereka bercinta mungkin dh lama, tp sekarang baru mengaku. Tak mustahil tiba2 nak bertunang dan berkahwin. Siapa tahu kan?

  2. Salam Sanaa… ha sy pun terkejut ni! Cerita psl RI takmo tggu lama2 lagi tu angan2 ke realiti ni? KLu mmg betul, tau dri mana berita gumbira tu?? Jwb cik sanaa jawab…jgn biar kami ternanti2…hehehe

    • Wassalam Lia…Salam Diana

      Telah banyak yang diceritakan dan masih banyak yang belum diceritakan. Bermula kasih tanpa bicara bertemu cinta jua akhirnya. Lagu Kita mengutus cinta Usah Kau Pergi sedih terasa…itulah bait kata yang menemukan dua hati dalam onak dan duri. Langkah yang panjang jua menemukan kita di sini, lantas mengabdikan cinta hakiki. Andainya boleh jodoh ku aturkan esok bermula segala persiapan namum kehendak tuanpunya badan masih lagi tersimpan lalu mengharap doa segera dimakbulkan.

      Lompat tinggi-tinggi senaman di pagi hari…wahai adik-adik yang ku kasihi bacalah rangkap pantun ku yang akhir sekali semoga senyuman terus meniti ketika kita mencari rezeki mengiring doa buat cjolimoli. Harapnya masih sudi singgah ke mari utk kita bercerita lagi.

      Salam kasih
      Sanaa

      • oo ok…got it…faham2… hehehe… xpe, dari angan dan impian, terlahirlah doa & harapan… dri situlah dgn izin-Nya, i’Allah doa dan harapan menjadi kenyataan… amin…

  3. RITZ nak tunang ker?…biar betik?..tadi kat melodi RITZ kata baru nak kenal hati budi…
    hhahaa,,,nak ikut jejak “DAIM” ker..
    betul ker ni…? jom lompat tinggi tinggi

  4. biar betik…betul ker…?..kalau betul…memang seronok nak lompat tinggi tinggi….
    sebab Adam dan Nur tak sempat bertunang….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: