• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • November 2011
    M T W T F S S
    « Oct   Dec »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    282930  
  • Archives

“English”

Bahasa melambangkan bangsa. Itu yang dilaung-laungkan oleh pejuang dan juga sasterawan negara. Akan tetapi apabila kita berpijak di bumi yang nyata, apabila persaingan mesti ditempuhi dan apabila taraf kehidupan perlu diperbaiki apakah kita hanya mampu terus melaungkan slogan untuk mengubah nasib diri?

Entah bagaimana topic bahasa menjadi sedikit dari berbagai tajuk bualan dengan seorang kawan pagi tadi. Sudah tidak dapat dicungkil dari mana bermulanya cerita. Namun perkara yang sama saya temui ketika menyelak halaman suratkabar sehari yang lalu. Tajuk yang tertera “It’s tough to find quality teachers” menggamit saya untuk membaca lalu mencari keratan akhbar yang terdahulu. Bukan masalah bahasa yang menarik perhatian saya di waktu ini akan tetapi jalan penyelesaian yang dipilih oleh Kementerian Pendidikan dalam menghadapi keruncingan masalah ini.

Bahasa Inggeris adalah bahasa kedua negara kita. Setahu dan seingat saya Tun Mahathir pernah berkata bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa periuk nasi. Macam mana sukar, macam mana bercampur aduk sekalipun pertuturan bahasa Inggeris kita, bahasa itu perlu dikuasai. Lihatlah sekeliling kita, bagaimana kita hendak menidakan penggunaannya dalam hidup seharian. Oleh kerana pentingnya bahasa ini kerajaan kini merancang untuk mengambil guru-guru dari luar negara bagi menampung kekurangan guru bahasa Inggeris buat masa ini. Apakah tindakan ini wajar? Apakah ia mampu untuk menyelesaikan masalah yang telah membelenggu sistem pelajaran negara sekian lama? Di manakah anak-anak negara ini?

Masalah ini sebenarnya telah lama membelenggu institusi pengajian negara ini. Anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti masih lagi mengalami kepincangan ini. Kesukaran mereka menguasai bahasa Inggeris menjadikan sistem perhubungan dan interaksi di dalam bahasa ini terbantut. Besar kemungkinan ada juga perasaan rendah diri ketika bercakap di dalam bahasa Inggeris membuatkan ramai anak-anak bangsa tidak mahu menggunakannya. Keadaan menjadi bertambah teruk apabila sesetengah golongan berpendapat bahawa apabila orang Melayu yang terlalu gemar berbahasa Inggeris sudah lupa daratan. Tidaklah saya ketahui kenapa dan mengapa orang kita terlalu tertutup dengan keadaan ini? Yang saya pasti di kalangan pelajar, pertuturan bahasa Melayu juga sudah rosak. Tidak pandai saya untuk mengajuk cara percakapan anak-anak sekarang. Semuanya punya singkatan dan cara bertutur juga sudah hilang keindahan.

Sayang seribu kali sayang penguasaan bahasa asing dikatakan menjatuhkan martabat bahasa Melayu. Bagaimana kejayaan hendak diraih? Saya ulangi lagi pertanyaan itu kepada diri sendiri. Di kotaraya seperti Kuala Lumpur ini, mahu tak mahu, susah tak susah, jelik ataupun tidak, tua ataupun muda sekarang ini terpaksa mempelajarinya walaupun lidah sudah keras untuk menyebut sesuatu perkataan. Kenapa? Siapakah contoh yang ada? Senang saja jawabnya….pegawai polis, pemandu teksi, pengawal keselamatan dan juga pemandu bas. Mereka semua ini adalah orang yang bertemu dengan pelancong asing setiap masa dan di mana saja. Broken English, Rojak English, Chinalish or Indianlish semua diterima pakai kerana keadaan sudah mendesak. Tidak mungkin ada orang mampu bertutur Oxford ataupun aristocrat English di Malaysia kalau ada “can meh” “ok lah” “no lah” di hujung setiap percakapan.

Tatabahasa di dalam bahasa Inggeris itu sendiri banyak seperti mana bahasa Malaysia juga. Ia perlu dipelajari, dipraktikkan untuk membentuk keyakinan diri dalam pertuturan. Keadaan masih boleh diselamatkan apabila anak-anak lulusan SPM menyambung pelajaran di universiti-universiti tempatan akan tetapi anak-anak ini akan mengalami kesukaran apabila menghadiri temuduga untuk mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian. Kenapa susah nak dapat kerja? Mungkin juga peluang pekerjaan agak terhad di masa ini akan tetapi calon-calon yang ada tidak mempunyai keyakinan diri menguasai bahasa Inggeris lebih-lebih lagi kalau mereka memohon pekerjaan di bidang perhotelan, institusi perbankan dan juga restoran-restoran ternama. Ini adalah sebahagian dari contoh yang ada.

Bagaimana nak memahirkan diri dengan bahasa Inggeris? Pendedahan awal adalah dari peringkat sekolah tadika lagi, dari pertuturan harian di antara kawan-kawan, ibu bapa, guru, sahabat handai dan juga pembacaan. Sudah pasti kesukaran terbentuk apabila ahli keluarga ataupun ibu bapa yang tidak fasih ataupun tidak tahu bertutur dalam bahasa ini. Oleh kerana bahasa Inggeris bukan sebutan mengikut ejaan ada di antara perkataan-perkataan yang mempunyai hujung yang sama akan tetapi sebutan yang berlainan seperti “banquet” dan “bouquet” akan memberi tekanan andainya kita tidak mempelajari seksyen yang dinamakan “pronunciation” semasa di sekolah rendah. Kita perlu membuka minda dan menerima bahawa bahasa Inggeris adalah sebahagian dari rutin harian kita. Kita tidak boleh lagi membangkang bahawa bahasa Inggeris itu tidak penting.

Mengikut lapuran yang tersiar di akhbar New Straits Times (artikel dilampirkan) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini menghadapi kesukaran mendapat jumlah pelajar untuk kursus bahasa Inggeris (TESL). UPSI meletakan sasaran 300 pelajar untuk sessi kemasukan yang terbaru akan tetapi hanya 60 pelajar saja yang layak. Di dalam lapuran tertera syarat-syarat kemasukan yang di gredkan kepada 4 bahagian asas walaupun mereka mempunyai 6 bahagian kesemuannya. Band 1 dan 2 adalah terlalu lemah, Band 3 tidak mencukupi syarat dan hanya Band 4 yang layak diterima masuk oleh UPSI. Dua band lagi mungkin tidak digunakan oleh kerana syarat tersebut terlalu tinggi dan mungkin tidak ada pelajar yang mencapai taraf tersebut (ini adalah tafsiran saya setelah membaca lapuran-lapuran terdahulu di internet).

Kenapa pemikiran kita terlalu singkat? Kenapa semuanya perlu disuapkan? Adakah anak Melayu begitu ataupun kita dididik untuk menjadi manja setelah bertahun-tahun merdeka? Bahasa Malaysia sendiri banyak tatabahasa, nahu dan susunan ayat bagi melengkapi sesuatu situasi. Salah penggunaan tatabahasa maka salahlah terjemahan yang diterima. Setiap kali membaca lapuran begini saya pasti menggelengkan kepala dan terus bertanya kenapa anak Melayu dan policy makers kita jadi begini? Lebih dalam penelitian dibuat dan dikaji lebih mundur rasanya diri berada di dalam kelompok yang tidak terbuka ini dan lebih menyedihkan sesuatu yang elok untuk kita pelajari dianggap akan melupakan adat dan resam diri sendiri. Walhal kita dan anak-anak kita telah lama hanyut dalam arus kemodenan yang tidak terbendung. Bukan kerana salahnya bahasa tapi salahnya diri mempelajari.

Tepuk dada tanya selera, apakah kita harus terus dibelenggu oleh keadaan ini atau bangkit mempertahankan diri. Kita akan terus menjadi bahan ketawa apabila bangsa lain melihat anak-anak yang bersidai di pusat-pusat membeli belah lalu menyalahkan pengaruh luar. Tanpa kita sedari pengaruh itu datang dari arus yang salah apabila minda dibentuk untuk menentang sesuatu kemajuan untuk diri dan negara. Menuntut ilmu adalah satu kewajipan dan tanggungjawab setiap insan. Bentuklah hati dan akal untuk menimba ilmu bagi memperbaiki akhlak dan juga masa depan.

Written by Sanaa : 18/11/11

******

Hard getting quality people to be English teachers

By Masami Mustaza
masamimustaza@nst.com.my

KUALA LUMPUR: There will be difficulty strengthening the teaching of the English language in schools if the quality of English teachers in the country is not addressed.

National Council of Professors’ education and human capital development cluster head Prof Dr Zakaria Kasa said this was among the issues faced at Universiti Pendidikan Sultan Idris, where he is deputy vice-chancellor.

He said UPSI had expected to take in 300 students for its teaching of English as a second language (TESL) degree programme this year.

“We could only get 60-plus people.

“While it’s true that the programme has to compete with high-demand fields like engineering and medicine, the crux of the matter is that the ones applying were not even eligible to apply.”

UPSI’s TESL programme requires that students applying for the course have a minimum Band 4 grading for their Malaysian University English Test (MUET).

“Finding candidates with a Band 4 is difficult but we cannot be lowering the bar to accept those with Band 3 grades because we have a duty to produce good English teachers,” he said.

The MUET is an English language proficiency test for candidates applying for admissions in public universities and colleges. The scores for the test are graded in six bands, with Band 6 the highest and Band 1 the lowest.

Prof Dr Rosna Awang Hashim, deputy vice-chancellor of Universiti Utara Malaysia agreed, adding that the majority of Malaysian students were only able to obtain a Band 1 or Band 2 grading.

“If you’re in Band 1 or Band 2, you’re unable to even articulate in proper English at all while if you have a Band 3 grade, you can’t string a proper sentence in English.”

She lauded the government for inviting native English speakers from foreign countries to teach Malaysian students in the rural areas but said the government must come up with a long-term solution.

Rosna added that the teaching of English must be strengthened, especially at the pre-school and primary school level.

“The best period for language acquisition happens before puberty. After 11 years of learning, if students are still weak in English then it would already be almost impossible to make drastic improvements.”

Zakaria said on UPSI’s part, the university had been making efforts to allow its language students to spend some time in universities abroad to allow themselves to learn English in a conducive environment.

Both Zakaria and Rosna, however, agree with the abolition of the teaching of English in Science and Mathematics (PPSMI) policy.

Read more: Hard getting quality people to be English teachers – General – New Straits Times http://www.nst.com.my/local/general/hard-getting-quality-people-to-be-english-teachers-1.1483#ixzz1e1fYR2G0

*****

LETTERS TO EDITOR

ENGLISH LANGUAGE: It’s tough to find quality teachers

By Dr Shaari Isa, vice-president, Kirkby College Alumni Association Malaysia, Kuala Lumpur | 0 comments

I refer to the report “Hard getting quality people to be English teachers” (NST, Nov 6). Professor Dr Zakaria Kasa, the deputy vice-chancellor of Universiti Pendidikan Sultan Idris, was reported as saying that one problem was related to the difficulty of getting suitable people into the university’s teaching of English as a second language programme.

This is because the intakes are restricted to those within Band 4 of the Malaysian University English Test qualification. The issue raised by Zakaria concerns quantity. This inevitably leads to the question of quality, that is, whether on the basis of the selection procedure, training institutions have been able to produce English language teachers.

This is because the ability of teachers who have been trained to teach English in schools is doubtful, judging from the low standard of English among most school leavers.

This is also evident from the recent step by the government to recruit more than 300 teachers from overseas for the purpose.

This is a temporary measure. We need a long-term measure to get the people who are really proficient to teach English.

The urgent issue now related to the training of English language teachers for schools is, firstly, getting the required number and, secondly, ensuring that those taken in have the basic skills before they enter the programme.

To obtain the required number, the intakes cannot be confined to Band 4 candidates. I believe that candidates who are qualified enough for university education, irrespective of their English language ability, are qualified to be given an intensive crash programme of between six months and a year, provided the right approach is used.

The aim is to provide the candidates with basic English language skills to enable them to begin training to be English language teachers

Read more: ENGLISH LANGUAGE: It’s tough to find quality teachers – Letters to the Editor – New Straits Times http://www.nst.com.my/opinion/letters-to-the-editor/english-language-it-s-tough-to-find-quality-teachers-1.7118#ixzz1e1ahLXaa

******

Menuntut Ilmu Menurut Perspektif Islam

Kedatangan Islam membawa gesaan menuntut, menyebar dan memuliakan ilmu. Wahyu yang pertama iaitu ayat 1-5 surah Al-‘Alaq dengan jelas mewajibkan pencarian ilmu. Oleh itu agama Islam ini dapatlah dikatakan sebagai tertegak atas dasar ilmu atau pengetahuan. Tanpa ilmu dan pengetahuan kita tidak akan dapat mengenal Khaliq dan seterusnya tidak dapat berbakti kepadaNya. Perkataan “ilmu” disebut kira-kira 750 kali dalam Al-Qur’an melalui berbagai bentuk (Muhammad Dawilah,1993:9). Orang yang berilmu diberikan pujian dan dipandang mulia di sisi Islam. Hal ini dapat kita lihat melalui banyak ayat Al-Qur’an antaranya,

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Az-Zumar:9)

Firman Allah S.W.T maksudnya:
“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)
Firman-Nya lagi maksudnya:

“Hanya sanya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”. (Al-Faatir:28)

Konsep Ilmu

Konsep ilmu dalam Islam merujuk kepada hakikat bahawa Allah S.W.T sebagai pemilik mutlak ilmu. Manusia hanya diberikan sedikit sahaja ilmu. Namun begitu ilmu yang sedikit sangat bermakna di sisi Allah jika ianya digunakan sebaik mungkin iaitu sehingga membawa kepada keimanan yang kukuh terhadap Allah serta mengikut perintah dan menjauhi laranganNya. Ilmu mesti dipelajari dan dikembangkan berdasarkan asas-asas tauhid dan disertakan integrasi iman, kemanfaatan ilmu, amalan yang soleh dan akhlak yang mulia (Mohd. Kamal Hassan, 1998:19).

Dasar ini jelas melalui wahyu pertama iaitu surah Al-‘Alaq yang menyatukan antara tauhid (melalui sifat al-Khaliq mutlak) dengan ilmu (Muhammad Dawilah,1993:9). Semua pancaindera zahir dan batin yang dijadikan oleh Allah adalah bermatlamatkan pencarian ilmu yang benar. Lantaran itu manusia yang tidak menggunakan pancaindera tersebut untuk mendapatkan ilmu yang benar akan dikutuk. Hal ini jelas melalui firman Allah S.W.T,

“Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahannam kebanyakkan Jin dan manusia, bagi mereka ada jantung hati (tetapi) tidak mengerti dengannya, dan bagi mereka ada mata (tetapi) tidak melihat dengannya, dan bgai mereka ada telinga (tetapi) tidak mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang lengah.” (Al-‘Alaq:179)

Hukum Menuntut Ilmu

“Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri Cina”. (Al-Hadis)

Kadang-kadang kita lupa untuk apa sebenarnya kita menuntut ilmu, dan kita juga lupa apa hukumnya menuntut ilmu dalam agama Islam. Dalam hal tersebut, saya ingin mengingatkan kembali untuk apa sebenarnya, dan apa hukumnya kita menuntut ilmu dalam agama Islam. Hal tersebut ada dinyatakan di dalam buku “Ilmu Fiqih Islam” karangan Drs. H. Moh. Rifai.

Apabila kita memperhatikan isi Al-Qur’an dan Al-Hadis, terdapat beberapa suruhan yang mewajibkan bagi setiap muslim baik laki-laki mahupun perempuan, untuk menuntut ilmu, agar tergolong menjadi umat yang cerdas, jauh dari kabut kejahilan dan kebodohan. Menuntut ilmu artinya berusaha dengan jalan menanya, melihat atau mendengar. Perintah kewajiban menuntut ilmu terdapat dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud;
“Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik laki-kali mahupun perempuan.” (HR. Ibn Abdulbari)

Dari hadis ini kita memperoleh pengertian bahawa Islam mewajibkan pemeluknya agar menjadi orang yang berilmu, berpengetahuan, mengetahui segala kemaslahatan dan jalan kemanfaatan; menyelami hakikat alam, dapat meninjau dan menganalisis segala pengalaman yang didapati oleh umat yang lalu, baik yang berhubungan dengan ‘aqidah dan ibadat, serta hubungannya dengan soal-soal keduniaan dan segala keperluan hidup.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
“Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu dunia yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai terkebelakang dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diredhai Allah swt. Demikian pula Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu deenul Islam agar menghasilkan natijah yang sempurna, amalan yang dilakukan sesuai dan selaras dengan perintah-perintah syara’. Hukum wajibnya perintah menuntut ilmu itu adakalanya wajib ‘ain dan adakalanya wajib kifayah.

Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu dunia yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai terkebelakang dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diredhai Allah swt. Demikian pula Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu deenul Islam agar menghasilkan natijah yang sempurna, amalan yang dilakukan sesuai dan selaras dengan perintah-perintah syara’. Hukum wajibnya perintah menuntut ilmu itu adakalanya wajib ‘ain dan adakalanya wajib kifayah.

Pembahagiaan Ilmu

Syari’ah Islam menggariskan dua bahagian besar ilmu iaitu ilmu fardhu ‘ain dan fardhu kifayah. Fardhu ‘ain dirujuk kepada ilmu yang wajib diketahui oleh setiap orang “mukallaf” atau yang sudah diberi pertanggungjawaban dalam Islam. Fardhu kifayah pula ialah ilmu yang diwajibkan ke atas sebahagian umat Islam untuk menguasainya dan jika terdapat sebahagian yang sudah menguasainya maka terlepaslah kewajipan umat Islam yang lain daripada bebanan wajibnya.

Ilmu fardhu ‘ain boleh dibahgikan kepada empat bahagian iaitu ilmu yang berkaitan rukun iman, yang berkaitan dengan hukum hakam, yang berkaitan dengan perkara-perkara yang diharamkan dan yang berkaitan dengan pergaulan dan muamalah seharian (Amir A. Rahman, 1991:110-111). Fardhu kifayah pula ialah bidang ilmu yang luas dan sering berjalan seiring dengan perkembangan zaman. Sebahagian umat Islam diwajibkan untuk mengetahuinya agar tidak memberikan kesan buruk kepada Islam yang mungkin menghadapi ketinggalan dalam bidang kebendaan serta terancam keselamatannya.

Ilmu yang wajib ‘ain dipelajari oleh mukallaf iaitu yang perlu diketahui untuk meluruskan ‘aqidah yang wajib dipercayai oleh seluruh muslimin; dan yang perlu diketahui untuk melaksanakan pekerjaan-pekerjaan yang difardhukan atasnya, seperti shalat, puasa, zakat dan haji.

Di samping itu perlu dipelajari ilmu akhlak untuk mengetahui adab sopan santun yang perlu kita laksanakan dan tingkah laku yang harus kita tinggalkan. Di samping itu harus pula mengetahui kepandaian dan keterampilan yang menjadi tonggak hidupnya. Adapun pekerjaan-pekerjaan yang tidak dikerjakan sehari-hari maka diwajibkan mempelajarinya kalau dikehendaki akan melaksanakannya, seperti seseorang yang hendak memasuki alam rumah tannga seperti syarat-syarat dan rukun-rukunnya dan segala yang diharamkan dan dihalalkan dalam menggauli isterinya.

Sumber Ilmu

Kebanyakkan manusia mengagungkan akal sebagai punca ilmu yang tidak terbatas. Mereka mletakkan akal sebagai pembeza utama dalam apa hal sekalipun. Keadaan ini menyebabkan ramai manusia yang sesat dan menyesatkan seperti yang berlaku pada zaman Greek purba yang mencari Tuhan dengan semata-mata menggunakan akal. Islam meletakkan sumber ilmu yang jelas dan tersusun rapi serta terjamin kesahihan dan ketekalannya. Al-Qur’an dan Sunnah adalah dua sumber utama ilmu dalam Islam. Kedua-duanya dirujuk sebagai sumber “wahyu”. Selepas itu barulah akal diletakkan sebagai antara sumber ilmu dan masih lagi di bawah naungan wahyu (Hassan Langgulung, 1981:28). Bertepatan dengan fakta tersebut, Mohd. Kamal Hassan (1988:25) menjelaskan punca ilmu dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu Naqli atau Revealed Knowledge (Wahyu) dan ‘Aqli atau Acquired Knowledge (akal). Firman Allah S.W.T maksudnya:

“Sebagaimana Kami telah mengutuskan seorang Rasul kepadamu, iaitu salah seorang di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepadamu, membersihkan kamu (daripada kelakuan yang tidak baik) dan mengajarkan Kitab dan hikmah kepadamu dan lagi mengajarkan apa-apa yang belum kamu ketahui.” (Al-Baqarah:151)

Objektif Ilmu

Tujuan menuntut ilmu bukanlah bermatlamat ilmu semata-mata tetapi ia merupakan wasilah (jalan) untuk memahami dan menguasainya bagi melaksanakan ubudiyyah kepada Allah S.W.T. Tujuan menuntut ilmu juga adalah untuk melaksanakan petunjuk Allah S.W.T. sebab itulah menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslim, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;

“Menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslimin dan muslimat”.

Antara lain tujuan menuntut ilmu ialah untuk membina kekuatan ummah Islam dan untuk mencari kemaslahatan masyarakat manusia. Membina kekuatan umat merupakan salah satu tanggungjawab para penuntut kerana merekalah bakal pemimpin di masa depan. Oleh yang demikian, kemaslahatan ummah banyak bergantung kepada pemimpin dan kepimpinannya.

Antara lain tujuan menuntut ilmu ialah untuk membina kekuatan ummah Islam dan untuk mencari kemaslahatan masyarakat manusia. Membina kekuatan umat merupakan salah satu tanggungjawab para penuntut kerana merekalah bakal pemimpin di masa depan. Oleh yang demikian, kemaslahatan ummah banyak bergantung kepada pemimpin dan kepimpinannya.

Moga-moga dengan tujuan yang suci dan bersih ini dapat melahirkan para ilmuan yang membangunkan muka bumi ini menurut apa yang telah digariskan oleh Allah S.W.T. Ini bermakna menuntut ilmu di dalam Islam bukanlah sekadar mencari habuan dunia, wang ringgit dan harta benda akan tetapi ianya merupakan suatu usaha untuk melengkapkan diri sebagai hamba Allah dan khalifah Allah S.W.T. di muka bumi ini . Para ilmuan Islam mestilah memahami bahawa mereka wajib memainkan peranan untuk menegakkan kebenaran, keadilan dan keamanan sejagat iaitu dengan cara mengembalikan sistem Islam memerintah alam ini. Para ilmuan Islam juga perlu berusaha sedaya upaya mungkin menjadikan diri mereka sebagai pekerja Islam dan penda’wah ke arah melahirkan ummah Islam yang iltizam dengan Islam dalam segenap aspek kehidupan. Allah S.W.T. berfirman dalam Al-Qur’an yang bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya..” (Al-Baqarah:208)

Para ilmuan Islam juga sama sekali tidak boleh lupa bahawasanya antara tugas seorang muslim itu ialah menegakkan yang ma’ruf iaitu mengajak manusia menegakkan dan mendaulatkan ajaran Allah S.W.T. dan mencegah kemungkaran iaitu melarang manusia dari melakukan larangan Allah S.W.T. dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara.

Sabba Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;

“Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia cegah dengan tangannya (kuasa), sekiranya tidak mampu cegahlah ia dengan lisan seandainya tidak mampu juga; cegahlah ia dengan hati itu yang paling lemah imannya.”

Sehubungan dengan itu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud;
” Wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang diturunkan kepada kamu dari Rabb kamu. Dan jika kamu tidak mengerjakannya maka tidaklah kamu menyampaikan risalahNya. Allah memelihara kamu daripada manusia, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”. (Al-Maidah:67)

Sehubungan dengan itu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud;
Diperintah oleh agama, sungguh tidak disangkal lagi, bahawa mengajar adalah suatu pekerjaan yang seutama-utamanya. Nabi diutus ke dunia inipun dengan tugas mengajar, sebagaimana sabdanya;
” Aku diutus ini, untuk menjadi pengajar.” (HR.Baihaqi)

Sekiranya Allah tidak membangkitkan Rasul untuk menjadi guru manusia, guru dunia, tentulah manusia tinggal dalam kebodohan sepanjang masa. Walaupun akal dan otak manusia mungkin menghasilkan berbagai ilmu pengetahuan, namun masih ada juga hal-hal yang tidak dapat dijangkaunya, iaitu hal-hal yang di luar akal manusia. Untuk itulah Rasul Allah dibangkitkan di dunia ini. Mengingat pentingnya penyebaran ilmu pengetahuan kepada manusia/masyarakat secara luas agar mereka tidak dalam kebodohon dan kegelapan, maka diperlukan kesedaran bagi para mualim, guru dan ulama, untuk beriringan tangan menuntun mereka menuju kebahagiaan dunia dan akhirat. Bagi para guru dan ulama yang suka menyembunyikan ilmunya, mereka mendapat ancaman, sebagaimana sabda Nabi S.A.W.;
“Barangsiapa ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian menyembunyikan (tidak mahu memberikan jawapannya), maka Allah akan mengekangkan (mulutnya), kelak di hari kiamat dengan kekangan (kendali) dari api neraka.” (HR Ahmad)

Marilah kita menuntut ilmu pengetahuan sesempat mungkin dengan tidak ada hentinya tanpa menguzurkan diri sampai ke liang kubur, dengan ikhlas dan tekad mengamalkan dan menyumbangkannya kepada masyarakat, agar kita semua dapat mengenyam hasil dan buahnya di akhirat nanti.

Credit to : http://www.haluan.org.my/v3/index.php/menuntut-ilmu-menurut-perspektif-islam.html

Compiled by : Sanaa 18/11/11

One Response

  1. I could not resist commenting. Exceptionally well written!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: