• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • November 2011
    M T W T F S S
    « Oct   Dec »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    282930  
  • Archives

“Arah Tuju”

Hidup adalah perjuangan, sesetengah berkata hidup juga adalah perjudian. Pusingan roda merupakan imbasan terbaik tentang arus kehidupan. Adakala kita di atas dan ada kala kita di bawah. Tujuannya adalah untuk kita mengenali warna-warna kehidupan, merasai pahit, manis, suka dan duka dalam menempuh sebuah perjalanan. Kita mencorak kehidupan yang diinginkan dan cita-cita yang dibentuk menuju arus supaya tidak terlepas dari genggaman. Bukit bukau yang didaki, lembah dan lurah yang dilalui, onak dan duri yang mencengkam hati bakal membentuk jati diri. Untung sabut timbul untung batu tenggelam…itulah kehidupan.

Pembuka kata membawa kita kepada anugerah Festival Film Malaysia yang ke24. Berlangsung di PICC Putrajaya pada 20/11/11 yang lalu meninggalkan kenangan kepada semua pencinta filem tanahair. Sedikit sebanyak ia juga meninggalkan kesan kepada kita sebagai penonton dan penyokong kepada industri hiburan ini. Kemenangan pasti dirai dan kekalahan juga bukan untuk ditangisi. Kekalahan selalu membawa kita melihat, menilai serta mengkaji puncanya dan di manakah ia mungkin diperbaiki. Rata-rata sudah berbunyi tentang kemenangan dan kekalahan sejak berlangsungnya ASK 2011 dan ia berlarutan hinggalah kepada FFM24.

Semasa ASK 2011 kita melihat pemilihan juri tertumpu lebih kepada drama berat yang membawa unsur-unsur kekeluargaan, masyarakat serta kehidupan sejagat. Airmata Nur Salina menengahkan kisah suami isteri yang amat mencintai satu sama lain akan tetapi si suami hilang pedoman ketika menghadapi kesulitan. Memperdagangkan isteri sendiri untuk melunaskan hutang bukan senario luar biasa dan bukannya tidak pernah terjadi dalam realiti kehidupan. Akan tetapi mungkin mesej yang hendak dipaparkan di sini adalah untuk kita memikirkan bahawa cinta saja tidak cukup untuk mempertahankan maruah diri. Keimanan dan kekuatan mental perlu bagi mengatasi masalah yang sebegini. Sanggul Beracun berilhamkan mitos/kisah dongeng seorang wanita dengan kecantikan yang terserlah, perlu berkahwin dengan 99 orang lelaki bagi menghilangkan sumpahan terhadap dirinya. Semua lelaki yang dinikahinya akan meninggal selepas itu dalan keadaan yang pelik (kalau tak silap saya). Lalu saya membuat tanggapan bahawa cerita-cerita yang penuh dan sarat dengan mesej bakal menarik perhatian para juri semasa FFM24. Sangkaan saya meleset sama sekali. Kemenangan berbagai kategori bercorak seram, komedi, fantasi serta penggunaan “computer generated imagery” (CGI) mewarnai pencalonan dan kemenangan filem di FFM24.

Bertarung sengit dalam 11 pencalonan kategori yang dipertandingkan adalah Nur Kasih The Movie arahan Kabir Bhatia dan 12 pencalonan menjadi milik Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios. Lain-lain filem yang turut tersenarai adalah KL Gangster terbitan Skop Production arahan Shamsul Yusof, Kongsi terbitan Metrowealth Movie Production dan CUN terbitan Tayangan Unggul arahan Osman Ali. Watak utama dalam Nur Kasih The Movie yang dipegang oleh Remy Ishak dan Tiz Zaqyah turut tercalon sebagai pelakon lelaki dan wanita terbaik. Selain itu Nur Kasih The Movie turut tercalon dalam kategori skrip asal terbaik dan sinematografi. Sedari awal pihak media dan pemerhati menaruh harapan terhadap kedua filem ini untuk berentap memandangkan kepada senarai pencalonan yang diterima. Melalui penilaian kasar saya juga merasai bahawa kedua filem ini mempunyai harapan cerah untuk meraih piala kemenangan di setiap kategori yang dipertandingkan. Namun kekecawaan berpihak kepada saya apabila tiada satupun di antara kategori yang dicalonkan menjadi milik Nur Kasih The Movie (NKTM). Jujurnya saya meletakan harapan bagi skrip asal terbaik dan sinematografi menjadi milik NKTM kerana tidak banyak menggunakan alatan CGI bagi menambah effect cerita ini. Itu harapan saya akan tetapi ia tidak dapat mempengaruhi barisan juri bagi menyerahkan piala tersebut kepada NKTM.

Meniti rasa kurang puas hati dan mencari serta mengenali “pemikiran” para juri bukan sesuatu yang mudah. Bukan juga mempertikaikan kekalahan filem yang menjadi kegemaran dan ikutan saya akan tetapi meneliti jua kemarahan orang-orang seni itu sendiri. Walaupun kemarahan itu hadir dari seorang penerbit yang di katakan sering menimbulkan kontroversi namun perlu jua kita menilai kenapa dan mengapa kemarahan terjadi. Raja Azmi bersuara lantang di hadapan tetamu kehormat ketika Malam Anugerah Gemilang Cipta apabila Jurey Latiff diumumkan sebagai pemenang bagi pengarah harapan terbaik dengan filem arahan beliau iaitu Libas. Kemenangan Jurey mendapat tentangan Raja Azmi kerana beliau merasakan Libas tidak layak untuk menang. Melalui beberapa laman web juga dikatakan bahawa jalan cerita ini dicedok bulat-bulat dari “Shaolin Soccer”. Akan tetapi sesetengah penonton merasakan bahawa filem ini mempunyai moral yang tingg. Mungkin untuk mengetahui “moral of the story” saya perlu menontonnya sendiri nanti. Kemarahan Raja Azmi akhirnya diketahui bukan kerana kemenangan Libas itu sahaja akan tetapi kredibiliti Jurey Latiff sebagai pengarah FFM24 seperti yang disiarkan oleh gua.com.my di hari yang sama (sila rujuk artikel yang disediakan). Sebagai penonton, pemerhati dan ahli masyarakat apakah ini wajar dilakukan oleh Raja Azmi ataupun Jurey sendiri? Mengupas perkara ini memerlukan penelitian dan sekali lagi secara rambang walaupun tindakan Raja Azmi menjelikkan, akan tetapi beliau mempunyai bukti yang kukuh untuk menempelak sidang juri FFM ke24. “Conflict of interest” atau kepentingan peribadi menjadi lawan Raja Azmi mengenai anugerah filem tahun ini. Apa pula pendapat pembaca sekalian?

Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) merupakan sebuah epik yang mungkin sudah dilupakan oleh kita apatah lagi tidak diketahui oleh generasi muda. Keberanian KRU Studios yang diketuai oleh Edry, Norman dan Yusry disanjung kerana mampu mengeluarkan budget yang besar dan menggunakan CGI untuk menerbitkan filem ini. Dikabarkan jua bahawa kini pengusaha-pengusaha filem tempatan digalakan untuk menggunakan CGI dalam produksi mereka. Kerana inikah HMM dinobatkan sebagai filem terbaik di FFM24 sepertimana Magika di FFM23?

HMM diterajui oleh Stephen Rahman Hughes seorang pelakon, penyanyi, choreographer dan berada di pentas teater West End beberapa kali (biography Stephen Rahman di sertakan). Apakah ini menjadi tarikan HMM atau kesungguhan KRU Studios menerbitkannya? Berapa ramaikah dikalangan peminat filem tempatan yang mengenali kecemerlangan Stephen Rahman? Stephen barangkali tidak berstatus rakyat Malaysia, oleh itu beliau secara automatic terkeluar dari senarai pencalonan pelakon lelaki terbaik. Nasib yang sama dirasai oleh Aaron Aziz dan juga Ady Putra. Saya bertanya begini kerana kemenangan Shaheizy Sam sebagai pelakon terbaik “dipertikaikan” semasa berbual dengan seorang kawan. Menurut pandangan kawan itu tadi, kemenangan pelakon popular terletak kepada jumlah kutipan di panggung. Oleh itu apakah pemilihan pelakon terbaik berdasarkan kutipan tiket filem tersebut atau mereka benar-benar layak menerima tropi kemenangan kerana lakonan yang mantap dan berjiwa dalam filem yang dipertandingkan? Apakah kriteria para juri? Pastinya tiada siapa di antara kita yang mengetahui perkara ini.

Berbicara lagi dengan orang-orang di dalam industri, mereka turut mempertikaikan sumbangan Datuk Michelle Yeoh yang menerima Anugerah Pencapaian Gemilang. Besar manakah sumbangan Datuk Michelle Yeoh kepada industri filem tempatan? Filem lakonan Datuk Michelle yang mana mendapat kutipan tertinggi? Aduhh lemas juga bila orang industri ataupun yang terlibat secara tidak langsung berkata begini. Jika dibelek dan diteliti memang banyak benarnya kerana tiada sumbangan ketara Datuk Michelle di dalam industri filem tempatan lalu sekali lagi pilihan juri diragui. Pemilihan Michelle adalah kerana beliau anak kelahiran Ipoh, Perak. Itu saja kata mereka. Selain dari itu Datuk Michelle tidak berbakti dalam industri seni tanahair. Bagaimana pula peranan Datuk Michelle yang dikatakan mengharumkan nama Malaysia di luar negara? Pertanyaan saya dijawab dengan senyum sinis oleh kawan-kawan di dalam industri.

FFM24 pertama kali dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) ini tetap tidak lari dari bunyi-bunyi yang tidak enak. Sekali lagi saya bertanya pada diri apakah kerana industri ini terlalu kecil di dalam negara kita atau apakah kesemuanya mendorong kearah “whom do you know” di dalam industri. Tahun ini merupakan tahun kedua kita melihatkan kecemerlangan KRU Studios dan Skop Production yang membolot anugerah-anugerah terbilang. Tahun ini juga merupakan tahun terbanyak jumlah filem yang dipertandingkan. Terdapat 41 buah filem yang berada di dalam pertandingan ini akan tetapi hanya diadili oleh 5 orang juri untuk semua kategori yang dipertandingkan Dari sejumlah itu hanya 27 filem yang layak ke TOP 5. Saya masih tercari-cari senarai juri untuk FFM24 namun malangnya tidak saya temui. Menurut satu lapuran pihak penganjur memang tidak mahu mengumumkan nama para juri yang terlibat sebelum pertandingan namun sehingga hari ini tidak saya temui senarai nama juri di mana-mana.

Terlalu sukar rasanya untuk menilai dan menyelami perasaan dan kriteria pihak juri letakan di dalam menobatkan kejayaan sesebuah karya. Sebagai pemerhati dan ahli masyarakat yang mahu memberi sokongan kepada industri filem tempatan merasa lemas apabila tiba di peringkat anugerah yang sebegini. Tiada satu garisan yang jelas bagaimana ia diadili atau adakah jumlah serta jenis kategori yang dipertandingkan tidak mencukupi? Beberapa artikel berkaitan saya letakan di sini untuk kita sama-sama berkongsi lalu menilai arah tuju perfileman tempatan.

Written by : Sanaa 20/11/11

Nota: Segala persoalan yang dikupas adalah melalui bual bicara bersama kawan-kawan apabila ramai yang tidak berpuas hati dengan kemenangan dan kekalahan yang berlaku di dalam FFM24. Isu yang disentuh adalah hasil kutipan, hero/heroine, jalan cerita, cerita asal serta banyak lagi. Kepada pembaca sekalian harapnya sudi meninggalkan pendapat untuk kita sama-sama lihat bagaimanakah penerbitan filem tempatan mampu mempengaruhi minda penonton di Malaysia yang bersaing dengan filem-filem dari barat.

*****

Depan Mata: Jika juri hancur, musnah festival

SUDAH menjadi lumrah, setiap kali berlangsungnya majlis anugerah, pasti ada keputusan yang dipertikaikan. Kalau tidak takkan sejak dulu lagi sudah wujud peribahasa rumah siap pahat masih berbunyi.

Rambut sama hitam, hati lain-lain. Sudah tentu setiap keputusan itu akan ada yang tidak setuju kerana mustahil untuk memuaskan hati semua orang. Bezanya, rasa tidak puas hati itu diluahkan segelintir pihak dan ada pula situasi lain, dipertikaikan ramai pihak.

Kejayaan Najwa Mahiaddin merangkul dua anugerah (Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik) di Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) pada 12 November lalu, turut menimbulkan cakap-cakap belakang.

Mereka bukannya mempertikaikan kemampuan Najwa tetapi hanya kerana penyanyi yang popular dengan lagu Senyum itu adalah anak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najwa sendiri tidak mahu dirinya dikaitkan dengan bapanya hingga mahu dikenali sebagai Najwa Mahiaddin, bukannya Najwa Muhyiddin. Apapun, apabila Najwa melangkah ke dunia seni, dia tidak mampu lari apabila ada pihak yang mempertikaikan kejayaannya.

Kejayaan Yuna untuk Lagu Terbaik menerusi Penakut juga dipersoalkan kerana lagu ciptaan Yuna itu tidak menang untuk mana-mana kategori lagu dipertandingkan.
Malah lagu Sedetik Lebih (Anuar Zain) disifatkan lebih layak kerana diumumkan menang Lagu Pop Terbaik.

Alasan penganjur, penjurian Lagu Terbaik untuk AIM18 berbeza kerana bukan lagi dipilih antara pemenang kategori lagu terbaik dari genre pop, pop etnik, rock, nasyid dan Inggeris sebagaimana sebelum ini.

Keputusan Anugerah Skrin (ASK) yang dilihat saban tahun paling kurang dipertikaikan, tahun ini kedengaran nada tidak puas hati untuk kategori Filem Terbaik yang dimenangi Magika arahan Edry Abdul Halim.

Alasannya, filem terbitan KRU Studios itu tidak mencatat kejayaan untuk kategori lain bagi menyokong kejayaan besarnya itu seperti Lakon Layar Terbaik, Pengarah Terbaik atau Pelakon Lelaki atau Wanita Terbaik. Cuma, Magika menang di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23), tahun lalu.

Bagi pihak media, sudah tentu luahan tidak puas hati dengan keputusan itu akan menjadi tarikan untuk paparan. Paling penting, bukan keputusan peribadi sebaliknya luahan rasa tidak puas hati kalangan masyarakat.

Itulah yang berlaku apabila produser sensasi, Raja Azmi Raja Sulaiman mempertikaikan keputusan pembukaan Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) yang berlangsung Rabu lalu.

Bagi Raja Azmi, keputusan barisan juri memberikan kemenangan kepada Jurey Latiff Rosli untuk Pengarah Harapan Terbaik melalui filem Libas, tidak seharusnya berlaku.

Bukan kredibiliti Jurey untuk filem pertama arahannya itu yang dipersoalkan tetapi statusnya sebagai Presiden Gabungan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) sekali gus Pengerusi Jawatankuasa Induk FFM24. Seharusnya Jurey menarik diri apabila namanya dicalonkan untuk kategori itu supaya tidak timbul perkara berbangkit seperti ini.

Kejayaan Pelakon Harapan Lelaki Terbaik dimenangi Taiyuddin Bakar menerusi Hantu Bonceng juga dipersoalkan kerana filem arahan Ahmad Idham itu bukan penampilan pertamanya. Taiyuddin sebelum ini pernah menjayakan Lu Fikirlah Sendiri The Movie dan Mukhsin.

Bak kata Raja Azmi, juri adalah tunjang utama pertandingan. Jika juri hancur, musnah jugalah festival filem. Katanya, jika tiada pihak yang bangkit menyedarkannya, ia akan terus melekat menjadi virus yang akhirnya menghancurkan keseluruhan maruah industri filem tanah air.

Bagaimana pula agaknya keputusan pada malam kemuncak FFM24 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi apabila mengumumkan kategori utama seperti Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik atau Pelakon Lelaki Terbaik.

Apakah ketiadaan Raja Azmi membuatkan tiada pihak yang berani bersuara? Tahun lalu, kejayaan Syamsul diangkat Pengarah Terbaik melalui filem genre aksi, Evolusi KL Drift 2, membuatkan pengarah Khalid Mamat ‘terangkat’ hingga menjadi isu besar. Turut diperkatakan kemenangan untuk beberapa kategori lain.

Walaupun FFM antara majlis anugerah paling tua di negara ini berbanding AIM dan ASK, nampaknya tahun lalu paling hebat hingga kredibiliti barisan juri dipersoalkan.

Ingatkan perkara itu tidak lagi berlaku apabila penganjur mengambil iktibar dengan memberi keutamaan kepada barisan juri. Bagaimanapun, baru keputusan ringan-ringan untuk acara pembukaan, sudah ada pihak mempertikaikannya, belum lagi keputusan utama.

Diharap perkara ini tidak lagi berlaku tahun depan apabila FFM mencapai usia 25 tahun dengan memberi penekanan utama kepada juri yang mengadili filem yang bertanding. Biarlah nama-nama yang diumumkan itu benar-benar meyakinkan supaya khalayak menghormati keputusan mereka.

Lebih-lebih lagi dengan perkembangan industri filem tanah air hingga FFM24 mencatat penyertaan paling banyak untuk filem cereka iaitu 41 filem. Apakah cukup 41 filem ini hanya diadili beberapa kerat barisan juri?

credit : Harian Metro 21/11/11

Compiled by : Sanaa 21/11/11

****

“Saya Hilang Rasa Hormat Pada Jurey” – Raja Azmi
17 NOV 2011, 04:48PM | MISS AYU | UTAMA > HIBURAN > BERITA ARTIS >

“Jurey , you menang kerana pilih kasih”; itu kata-kata yang saya ucapkan kepada Jurey ketika berselisih dengannya. Saya bukan marah dengan kemenangan dia, tetapi saya kecewa kerana keputusan insiden malam tadi menunjukkan industri perfileman kita semakin terancam.

Macamana Jurey boleh menang Pengarah Harapan sedangkan filem Libas itu hancur? Saya berani cakap begini kerana saya telah tonton filem itu dan hasilnya memang mengecewakan. Khir Rahman lebih layak membawa pulang trofi tersebut.

Bagaimanapun, tindakan saya ini bukan semata-mata kerana kekalahan Khir Rahman, tetapi saya bersuara demi kebaikan industri perfileman. Memang setiap tahun akan ada cakap-cakap belakang yang tidak berpuas hati tentang kemenangan sesebuah filem, tetapi insiden malam tadi paling memalukan. Mana boleh pihak penganjur memenangi anugerah yang dipertandingkan? Penyertaan Jurey dalam festival ini melanggar etika kerana dia adalah Pengarah FFM24. Memang bukan dia mencalonkan nama sendiri, tetapi dia seharusnya menarik diri awal-awal sekiranya sedar kedudukannya,” luah Raja Azmi ketika ditanya sebab dia ‘mengamuk’ di Malam Anugerah Gemilang Cipta Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM 24) malam tadi.

Apabila diberitahu Jurey Latiff Rosli mempertahankan kemenangannya kerana dia langsung tidak terlibat dengan proses penjurian, Raja Azmi punya pendapat sendiri.

“Memandangkan Jurey adalah Pengarah FFM 24, tidak mungkin dia tidak terlibat dengan pemilihan juri. Saya memang mempertikaikan kredibiliti barisan juri. Pada saya, kelima-lima juri itu tidak arif dalam bidang perfileman. Mereka tidak pernah menerbitkan fillem dan ada di antara mereka itu adalah kawan-kawan kepada Jurey. Jika mahu sistem penjurian ini telus, penganjur seharusnya memilih juri-juri yang punya pengetahuan tentang filem. Juri adalah tunjang kepada festival ini. Jika juri tidak berkelayakan, pasti keputusan pertandingan tidak betul. Jika perkara ini dipandang ringan, industri perfileman kita tidak akan ke mana-mana. Semuanya akan rosak. Saya sangat-sangat sedih dengan perkembangan terbaru ini.” luah Raja Azmi dalam nada sebak.

Dalam masa yang sama, Raja Azmi juga memberitahu dia telah hilang rasa hormat terhadap pengarah filem Libas itu. Baginya, Jurey telah menyalahgunakan kuasa dalam penganjuran FFM24.

“Jurey memperbodohkan diri sendiri dengan kenyataan itu. Memang bukan satu dosa dia jadi presiden, tetapi ia satu dosa apabila dia menyalahgunakan kuasa. Tidak timbul isu menghina juri kalau dia menarik diri secara baik. Saya percaya orang pun akan faham mengapa dia menarik diri,” ujar Raja Azmi yang mencadangkan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) melakukan sesuatu agar perkara ini tidak berulang di masa hadapan.

Nafi Kejar Anugerah

Memandangkan ini bukan kali pertama penerbit …Dalam Botol ini menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan FFM, timbul tanda tanya sama ada dia menghasilkan filem kerana mengejar anugerah.

“Saya bersuara bukan kerana mengharapkan anugerah. Kalau filem saya tidak bagus, saya akui ia tidak bagus. Memang saya pernah pertikaikan kemenangan filem ‘Sepet’ sebelum ini. Tetapi saya tidak kata filem itu tidak bagus. Sebaliknya saya buat perbandingan dengan filem ‘Puteri Gunung Ledang’ (PGL). Secara peribadi, saya berpendapat PGL lebih bagus. Itu sahaja. Tetapi pendapat saya itu diperbesar-besarkan. Saya harap orang tidak salah faham dengan tindakan saya ini. Saya menyuarakan kekecewaan ini bukan kerana Khir Rahman tewas, tetapi penganjuran festival ini ada yang tidak betul,” ujar Raja Azmi.

Sebelum mengakhiri perbualan, Raja Azmi sempat memberitahu yang dia akan berbincang dengan pihak peguam tentang keputusan yang dibuat oleh pihak juri itu.

credit to : gua.com.my

*****

Film genre
From Wikipedia, the free encyclopedia

In film theory, genre refers to the method based on similarities in the narrative elements from which films are constructed. Most theories of film genre are borrowed from literary genre criticism. As with genre in a literary context, there is a great deal of debate over how to define or categorize genres.Besides the basic distinction in genre between fiction and documentary, film genres can be categorized in several ways.

Fictional films are usually categorized according to their setting, theme topic, mood, or format. The setting is the milieu or environment where the story and action takes place. The theme or topic refers to the issues or concepts that the film revolves around. The mood is the emotional tone of the film. Format refers to the way the film was shot (e.g., anamorphic widescreen) or the manner of presentation (e.g.: 35 mm, 16 mm or 8 mm). An additional way of categorizing film genres is by the target audience. Some film theorists argue that neither format nor target audience are film genres.

Film genres often branch out into subgenres, as in the case of the courtroom and trial-focused subgenre of drama known as the legal drama. They can be combined to form hybrid genres, such as the melding of horror and comedy in the Evil Dead films.

John Hancock argues that Hollywood films are not pure genres, because most Hollywood movies blend the love-oriented plot of the romance genre with other genres. Staiger classifies Andrew Tutor’s ideas that the genre of film can be defined in four ways. The “idealist method” judges films by predetermined standards. The “empirical method” identifies the genre of a film by comparing it to a list of films already deemed to fall within a certain genre. The Apriori method uses common generic elements which are identified in advance. The “social conventions” method of identifying the genre of a film is based on the accepted cultural consensus within society. Jim Colins claims that since the 1980s, Hollywood films have been influenced by the trend towards “ironic hybridization”, in which directors combine elements from different genres as with the Western/Science fiction mix in Back to the Future Part III.

Genre is always a vague term with no fixed boundaries. Many words also cross into multiple genres. Recently, film theorist Robert Stam challenged whether genres really exist, or whether they are merely made up by critics. Stam has questioned whether “genres [are] really ‘out there’ in the world or are they really the construction of analysts?”. As well, he has asked whether there is a “… finite taxonomy of genres or are they in principle infinite?” and whether genres are “…timeless essences ephemeral, time-bound entities? Are genres culture-bound or trans-cultural?”. Stam has also asked whether genre analysis should aim at being descriptive or prescriptive. While some genres are based on story content (the war film), other are borrowed from literature (comedy, melodrama) or from other media (the musical). Some are performer-based (the Fred Astaire and Ginger Rogers films) or budget-based (blockbusters), while others are based on artistic status (the art film), racial identity (Black cinema), location (the Western), or sexual orientation (Queer Cinema)

Many genres have built-in audiences and corresponding publications that support them, such as magazines and websites. Films that are difficult to categorize into a genre are often less successful as such film genres are also useful in areas of, criticism and consumption hollywood story consultant originality and surprise. Some screenwriters use genre as a means of determining what kind of plot or content to put into a screenplay. They may study films of specific genres to find examples. This is a way that some screenwriters are able to copy elements of successful movies and pass them off in a new screenplay. It is likely that such screenplays fall short in originality. As Truby says, “Writers know enough to write a genre script but they haven’t twisted the story beats of that genre in such a way that it gives an original face to it”.

Screenwriters often attempt to defy the elements found in past works, as originality and surprise are seen as elements that make for good film stories. For example, European-filmed spaghetti westerns changed the western film genre by eschewing many of the conventions of earlier Westerns.

There are other methods of dividing films into groups besides genre. For example auteur critics group films according to their directors. Some groupings may be casually described as genres although the definition is questionable. For example, while independent films are sometimes discussed as if they are a genre in-and-of themselves, independent productions can belong to any genre. Similarly, art films are referred to as a genre, even though an art film can be in a number of genres.

Genre can also be distinguished from film style, which concerns the choices made about cinematography, editing, and sound. A particular style can be applied to any genre. Whereas film genres identify the manifest content of film, film styles identify the manner by which any given film’s genre(s) is/are rendered for the screen. Style may be determined by plot structure, scenic design, lighting, cinematography, acting, and other intentional artistic components of the finished film product. Others argue that this distinction is too simplistic, since some genres are primarily recognizable by their styles. Many film historians and film critics debate whether film noir is a genre or a style of film-making often emulated in the period’s heyday. Indeed, film noir films from the 1940s and 1950s were made in a range of genres, such as gangster films, police procedural dramas, and thrillers.

Categorization

Film genres can be categorized according to the setting of the film. Nevertheless, films with the same settings can be very different, due to the use of different themes or moods. For example, while both The Battle of Midway and All Quiet on the Western Front are set in a wartime context, the first examines the themes of honor, sacrifice, and valour, and the second is an anti-war film which emphasizes the pain and horror of war. While there is an argument that film noir movies could be deemed to be set in an urban setting, in cheap hotels and underworld bars, many classic noirs take place mainly in small towns, suburbia, rural areas, or on the open road.

The editors of filmsite.org argue that animation, children’s films, and so on are non-genre-based film categories. The non-genre based categories they list include children’s films, family films, cult films, documentary films, pornographic films and silent films.

Linda Williams argues that horror, melodrama, and pornography all fall into the category of “body genres”, since they are each designed to elicit physical reactions on the part of viewers. Horror is designed to elicit spine-chilling, white-knuckled, eye-bulging terror; melodramas are designed to make viewers cry after seeing the misfortunes of the onscreen characters; and pornography is designed to elicit sexual arousal.

*****

Biodata Stephen Rahman Hughes

Stephen’s first taste of performing was singing in a funk band at the world renowned Jazz venue Ronnie Scott’s in London. Bitten by the bug for performing and music, he joined a youth group at The Albany Theatre, where his first role in Homeless the musical, sparked alove for the stage. He embarked on a life as a performer and trained at the Rambert School. After graduating he dancedwith a wide range of companies such as Yolande Snaith Theatre Dance, Ricochet (Time Out Award), Bi Ma and Charles Linehan Dance and danced in operas at Royal Opera House and La Scala Milan. Stephen became interested in choreography and created his own company Red Rain Dance Theatre. After showcasing his work at popular dance forum Resolution at The Place, he was made an Associate Artist at The Place Theatre. During that time he created several works for his own company and various other companies suchas 4D, Scottish Ballet, Green Candle and NYDC

Stephen is an award winning choreographer, receiving the Jerwood Award for Hedo-scetic (RainRed Dance Theatre), the Peter Darrell Choreographer’s award for Stravinsky’s Renard (Scottish Ballet) and choreographed the pop promo Devil’s Nightmare for Oxide and Nuetrino which was on the soundtrack for Tomb Raider and won a MOBO award for best video. His work can be seen in numerous pop promos and TV Ads

With ambition, he decided to challenge himself further and tread the boards in Musical Theatre. He landed a role in the UK tour of West Side Story and followed that with the lead roles in Drive Ride Walk at the Bridewell Theatre and as Hardeep (Horner) in an adaptation of William Wycherley’s The Country Wife at The Watford Palace Theatre. Stephen played the lead role Akaash in Andrew Lloyd Webber’s, hugely successful, smash hit show BombayDreams in the West End and was invited to head a showcase on Broadway

Stephen then went on to star, as a principal actor, in the TV show Dream Team. Here he was able to live out another childhood dream and show off his silky football skills as Carl Caskey, a midfield footballing ace. He played lawyer, James, in the screenplay Molly for the BBC acclaimed series Afternoon Plays and has also starred in Trouble in Tahiti and Swinger (BBC). He has made guest appearances in Bad Girls (ITV) and Doctors (BBC)

More recently, he can be seen running around the forests of Eastern Europe, with a huge sword, as Zai, an immortal in the latest Highlander movie, directed by Brett Leonard

His recent accolaides include one of the most viewed TV programmes in Britain, Emmerdale (ITV), where he played, for a season, the detective DI Dasari. To put another string to his bow, he signed a record deal with the critically acclaimed group Teatro. Within two weeks of the release of Teatro’s album, recorded together with the Royal Philharmonic Orchestra, he received his first gold disc in the UK. Among many concerts,which included The Stars of Europe concert, Teatro were invited to perform with a star studded line up, at The Royal Variety Performance for Her Majesty the Queen. Soon after, the record went to number 1 in South Africa

Stephen also enjoys teaching performers masterclass and had huge success teaching a “Bootcamp” in Kuala Lumpur; putting a group of young performers through an intensive 3 week training in acting, singing and dancing. Stephen has continued to enjoy a successful career in Malaysia where he reprised his role as the mighty warrior Hang Tuah in the multi award winning Puteri Gunung Ledang the Musical and followed that by choreographing Cuci the Musical in Kuala Lumpur. Making the decision to follow a solo path, he performed concerts to sold out audiences with the Malaysian Philharmonic Orchestra. He is very excited to be working on material for a solo album

Stephen’s most recent project, is the lead role Merong, in the action epic feature film, Malay Chronicles – Bloodlines to be released later this year.

compiled by : Sanaa 21/11/11

Note: With his distinguish resume how much is Stephen paycheck for Hikayat Merong Mahawangsa? Just curious.

****

Bila kontroversi akan habis?

LIBAS merupakan salah satu filem yang dipertandingkan dalam FFM24.

FESTIVAL Filem Malaysia ke-24 (FFM24) melabuhkan tirainya Ahad lalu. Kalau panjang umur, ada rezeki maka akan ada lagi edisi FFM25 pada tahun depan. Pada masa sama, kontroversi tentang keputusan pemenang festival juga tentunya akan berulang lagi.

Bak kata Pengerusi Malam Anugerah Gemilang Perdana FFM24, Yusof Kelana: “Kalau tidak ada kontroversi maka bukan Festival Filem Malaysia namanya. Ini perkara biasa sejak tahun 1981 lagi.” Memang betul kata pengarah filem dan drama berusia 57 tahun itu.

Ini kerana, setiap kali FFM dianjurkan pasti akan timbul kontroversi. Pada FFM24 misalnya, antara kontroversi yang timbul ialah soal kemenangan Jurey Latiff Rosli dalam kategori Pengarah Harapan.

Sebabnya, Jurey bertanding atas tiket filem Libas dalam FFM24. Tetapi pada masa sama dia merupakan Pengerusi Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) yang menganjurkan festival tersebut. Selain itu, kemenangan Libas dalam kategori Cerita Asal Terbaik juga menimbulkan tanda tanya.

Ada suara-suara sumbang yang mengatakan bagaimana Libas yang dikatakan menggunakan konsep cerita filem Shaolin Soccer lakonan Stephen Chow itu boleh mengungguli kategori Cerita Asal Terbaik?

“Kalau anugerah itu dimenangi oleh filem Hantu Kak Limah Balik Rumah pun tidak mengapa.

“Ini tidak, filem itu konsep penceritaannya biasa sahaja cuma yang membezakannya ialah Shaolin Soccer menggunakan sukan bola sepak. Sementara Libas pula sepak takraw. Jadi, di mana letaknya cerita asal dan keaslian filem Libas?” Itu antara persoalan yang dibangkitkan.

Ternyata para juri yang mengadili FFM24 memang hebat-hebat belaka. Contohnya, ramai yang tidak ada modal untuk mengkritik apabila filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) diangkat sebagai pemenang kategori Filem Terbaik. Ia bertepatan sekali dengan tema FFM24 iaitu Gemilang Filem Malaysia.

Seperti kata Norman selaku penerbit HMM melalui KRU Studios, filem itu telah dijual atau diedarkan di 72 negara. Itu suatu pencapaian yang membanggakan bagi filem tempatan tersebut yang turut mencampur-adukkan tidak kurang 40 peratus dialognya dalam bahasa Inggeris.

Cuma yang menjadi persoalan ramai peminat ialah HMM dan KL Gangster yang mendominasi anugerah FFM24 terus menenggelamkan filem-filem lain. Untuk rekod sebanyak 41 filem cereka menghantar pencalonan bagi dipertandingkan dalam festival kali ini.

Secara dasarnya KL Gangster dan HMM tersangat hebat sehingga filem-filem lain langsung tiada peluang untuk menang sebarang anugerah. Barangkali ada sebab mengapa pengarah Hantu Kak Limah Balik Rumah Mamat Khalid tidak hadir pada malam kemuncak anugerah itu.

Begitu juga dengan penerbit filem …Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman yang seperti sudah menjangka kekalahannya dan enggan hadir pada malam anugerah berprestij itu.

Itu tidak kontroversi apabila sehingga ke penghujung malam anugerah FFM24 pihak penganjur langsung tidak mengumumkan senarai Top 5 bagi kategori Filem Terbaik. Mengapa?

Memang seronok hadir pada FFM24 kerana selain bergelak ketawa dengan lawak jenaka Johan (Raja Lawak) dan Fauziah Datuk Ahmad Daud, para peminat juga disajikan dengan pelbagai tanda tanya yang boleh dijadikan ‘soalan kuiz’ sesama para hadirin pada malam itu.

Sekali lagi bak kata Yusof Kelana, kontroversi memang sukar dielakkan dalam mana-mana juga penganjuran FFM. Cuma mungkin beliau tahu ataupun tidak banyak formula harus dicari agar kontroversi boleh dikurangkan atau dihapuskan terus.

“Kami akan mengadakan bedah siasat selepas ini nanti,” ujarnya.

Credit to Utusan Malaysia : 23/11/11

Compiled by : Sanaa 23/11/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: