• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • December 2011
    M T W T F S S
    « Nov   Jan »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Archives

“Aduh Sayang”

Duduk-duduk tak buat apa
Teringat pula Teruna Dara
Katanya ada telemovie bersama
Apa ya tajuk cerita mereka

Hmmm…sang pencerita garu kepala
Susah benar nak ingat pula
Alahai tadi bermain saja di mata
Tiba-tiba saja pulak terlupa

Ohhh Aduh Sayang judulnya cerita
Itulah lakonan terbaru Teruna Dara
Proses shooting sudah bermula
Apakah pulak watak dibawa

Duduklah sang pencerita berangan-angan
Tajuknya bagai ada yang menggeletek perasaan
Dicari diselongkar tiada panduan
Apa lagi…Instagram Dara jadi pertaruhan

Setiap gambar hamba teliti
Manalah tahu ada makna tersembunyi
Terpandang gambar hitam putih tadi
Budak lelaki tiada gigi

Hehehe sang pencerita ketawa sendiri
Siapalah gerangan budak ini
Agaknya Teruna Dara jadi suami isteri
Ada seorang anak lelaki

Eh eh chop…semalam ada gambar sang puteri
Lena tidur bagai bidadari
Anak lena ibu tidur sekali
Suami balik makan tak siap lagi

Macam jenaka pula cerita berbunyi
Dibelek pula judul yang diberi
Adakah mereka suami isteri
Dikurnia anak seorang perempuan dan lelaki

Oklah anggap saja begini
Hidup mereka suami isteri
Anak lahir menjadi penyeri
Kasih sayang bertambahlah kini

Suami bekerja di siang hari
Malam pula membantu isteri
Aduh sayang…penatnya abang hari ini
Tolonglah urut…minta suami penuh simpati

Alahh abang ni saja mengada-ngada
Tak nampak ke sayang banyak kerja
Makan malam pun belum tersedia
Tahanlah sikit…jangan ingat nak manja

Aduh sayang kenapa begitu
Garang saja bunyi suaramu
Hanyalah dikau tempatku mengadu
Kecuali kau izin ku nikah lagi satu

Apa??? Meriam tiba-tiba berbunyi
Merah menyala muka isteri
Cuba abang ulang sekali lagi
Kenalkah dikau apa ditanganku ini

Eh eh senduk tu sayang abang
Kenapa senang benar naik berang
Abang bergurau aduh sayang
Hanya dirimu ku ingat malam dan siang

Senyum nakal sang suami beri
Nasib baik senduk tak lekat di dahi
Haikk…suami menepis kanan dan kiri
Ciuman hinggap di pipi isteri

Senyum senyum sayang abang
Jenaka suami tidak dapat dihalang
Dari senyum ketawa memanjang
Hilang sudah sakit belakang

Aaa macam tulah isteri abang
Jangan cepat nak meradang
Tak baik tau…asyik nak berang
Muka kerepot nanti abang pun terbang

Masam juga muka sang isteri
Bila dibilang abang nak lari
Muka kerepot tak sayang lagi
Sedih tersentuh rasa di hati

Aduh sayang…kaulah kekasih hati
Tidak terlintas nak cari satu lagi
Kerana hatiku telah kau kunci
Sejak awal bertemu hinggalah hari ini

Laa dah main jeling-jeling pula
Janganlah goda abang awal-awal begini dinda
Terbuai nafsu dek jelingan manja
Nak abang hantar anak-anak ke rumah neneknya

Senyum nakal yang meniti
Jawapnya cubitan kasih yang diberi
Amboi-amboi beri betis nak peha pula ni
Aduh sayang…cubitanmu bisa sekali

Rasakan…tiada lagi simpati
Perut ku lapar sejak tadi
Anak-anak juga sudah lama menanti
Mengada ayah ibu yang makan hati

Bukankah manjaku ini penyeri
Kasih kita suami isteri
Hidup ni mestilah ada warna warni
Aduh sayang…kenapa berang sangat ni

Dah dah tu tolong panggil anak-anak kemari
Makan dulu….lepas ni kita sambung lagi
Bahagian mana nak disambung tu wahai isteri
Tolonglah beritahu…bolehku siapkan diri

Aduhh sayang…kenapa denganmu wahai suami
Tidak habis menguji kesabaranku ini
Hehehe suami ketawa suka hati
Manjamu ini mengganggu emosi

Abanggg…
Ya sayang…
Eeeee…isteri kembali berang
Suami suka…menyerigai panjang

Sebelum sempat cubitan diberi
Kakak abang mari kemari
Tengok ibu jadi singa dah ni
Mari makan…kalau tidak kita lapar nanti

Marah isteri tidak menjadi
Bila melihat perangai suami
Manjanya memang tidak disangkal lagi
Isteri dipandang flying kiss diberi

Ayah tak malu…kata anak tiba-tiba
Kenapa? ayah bertanya wajah selamba
Cium ibu depan kami berdua
Tunggu dulu biar kami tutup muka

Aduh sayang…anak-anak yang disayang
Muah muah ambil ciuman satu sorang
Anak ketawa berbunyi riang
Hidup bahagia ayah ibu pun girang

Duduk makan sambil bercerita
Bergurau senda juga jenaka
Itulah tandanya bahagia
Aman sentosa rumahtangga

Sekian saja cerita kita
Angan-angan keluarga bahagia
Teruna Dara hidup selesa
Bersama dengan dua cahaya mata

Aduh Sayang judul cerita
Lakonan terbaru Teruna Dara
Selamat malam kepada semua
Harapnya nanti tidur lena

Owned and written by : Sanaa 02/12/11

2 Responses

  1. Cayalah!!! bez arr pantun ni…😀
    Chaiyyok!

  2. Seronok betul baca pantun Sanaa ni…😉
    Sy hrp citer aduh sayang ni ritz jd hero-heroin & harap citer ni ada unsur2 komedi…
    Dh biasa tgk ritz berlakon sedih & serius…sesekali nk tgk kemantapan diorg dlm citer komedi pulak…😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: