• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • December 2011
    M T W T F S S
    « Nov   Jan »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Archives

Sepohon Pinang

Angin bertiup kencang
Pohon-pohon menahan dari tumbang
Namun perjuangan mereka akhirnya rebah ke bumi
Hanya tinggal sepohon pinang
Yang masih kuat berdiri
Menahan dan terus bertahan
Terbitnya nanti mentari pagi

Sunyi pagi meredah desa yang sepi
Melalui jalan-jalan kecil ini
Sayu terasa pada pohon-pohon terdampar menyembah bumi
Hanya sebatang pohon yang masih berdiri
Memberi salam menyambut suria pagi
Tenang bertiup mengikut arus
Bagaikan semalam amat indah

Tegaknya sepohon pinang
Setelah menahan badai semalam
Mengingati aku pada sebuah perjuangan
Menentang setiap penderitaan
Bersama senyuman yang tenang
Ketabahan membentuk diri
Menjadikan kita dewasa jiwa

Raut wajahmu yang nan pesona
Ramai mata melirik pandang
Tenteram mengawal gelodak rasa
Berdiri teguh dengan berani
Dari terus memamah hati
Pada kata-kata yang menguris luka

Gadisku
Kau didewasakan dengan pengalaman
Kedegilan kecekalan dan ketabahan
Menjadi sebuah pemberian
Dalam kehidupan yang indah

Owned and written by : Sanaa 07/12/11

5 Responses

  1. Salam… saya juga merasakan hal yg sama spt Arabella… Prnh bincang hal ni dgn Sanaa… Kesimpulan yg dpt saya buat adalah:
    1. From reporters’ point of views: Bila mereka tak dapat publish cerita sensasi mengenai RITZ mengikut acuan mereka, maka hentaman & tokok tambahlah yg mereka berikan pd mereka berdua. Rasanya, dah lama reporters dpt hidu hubungan RITZ, tpi disebabkan mereka tetap kunci mulut, maka saja diapi2kan dgn gosip lain spt RI & MK, TZ & Anak vip etc. dgn harapan RITZ akhirnya kalah dan tampil ke depan utk mengaku. Dan bila akhirnya pengakuan diberi, isu lain pulak gembar-gemburkan sbb soalan2 standard mcm nape baru nk mengaku, adakah mengaku sbb desakan media (you see their games), bila start bercinta, bila nk tunang, bila nk kawin bla2… takmo dijawab secara terang2an oleh RITZ… itu yg menyebabkan org2 media sakit hati & cuba menghentam dgn publish mcm2 spekulasi… Selama yg sy perhatikan, klu artis tu jenis yg suka ckp terus terang OR tak pandai ampu media mcm RITZ, Hazama, Mawi (just to name a few)…mmg susahlah nk jdi media darling…

    2. From fans’ point of views: Bila dah terlalu taksub, mereka rasa artis tu hak mereka…jadi artis tu perlu puaskan hati mereka, jadi ape yg mereka mahu, which is ridiculous! Sbg fans, kita cuma boleh berharap dan berdoa, tapi jgnlah smpi mengongkong. Dlm kes TZ, sbnrnye ramai yg berangan2 nak tgk dia jd Nur Amina…jadi bila dia share gmbr pakai suar kontot, yg terlalu fanatikus ni x dpt terima hakikat diri TZ yg sebenar… maka muncullah komen2 berduri like ‘tu la degil xmo dgr ckp’ or ‘kan dh kata jgn share gmbr mcm tu’ (cara ckp mcm dia tu mak TZ, pdhal cuma peminat/org luar). Cmon! She just being herself…klu x boleh terima, tekanlah butang unlike. Ni tidak, masih gak duk berlegar2 kt fb TZ, x tau ape tujuan. Klu nk sgt tgk TZ jd mcm Nur Amina, don’t expect her to change abruptly, doalah byk2 supaya satu hari nti terbukak pintu hatinya. Itu baru namanya menyokong… klu tak, namanya mengongkong.

    hehe…Sorry, terpanjang plak sy membebel… (smalam hati panas kene sindir suh have fun! Betul ckp u Sanaa, org tu akan saje cari pasal dgn sy wlupun sy diam & x usik dia pun… lagi saya diam, lagi panas agaknya hati dia…hehehe)

    C u around…take care…

  2. Saya cuma nak luahkan a few things that i’ve observed recently. Actually,i never interested to know about any artists,but after I watched a movie and series NK by tiz zaqyah and remy ishak,it turns my interested. Bermula dari situ, saya mula mengikuti perkembangan mereka berdua dan berharap mereka betul2 bercinta dan bertemu jodoh bukan hanya dalam drama. Selepas pengumuman hubungan mereka,saya jadi tersenyum sendiri. Tapi apa yang saya perhatikan,antara mereka berdua ada sahaja berita buruk yang wartawan cari. Dari proses mereka berkawan,sampailah mereka umumkan hubungan mereka. Bila semuanya terungkai,lain pula ceritanya asalkan dapat memburukkan mereka. Seakan ada pihak di luar sana yang tidak menyenangi mereka. Tapi yang menghairankan saya,sewaktu rumours hubungan antara RI dan MK dulu,para wartawan seolah menyenangi malah membangkitkan isu chemistry yang timbul antara mereka. Itu saja kisah yang diungkitkan. Bagi saya,kalau dah berlakon ‘chemistry’ itu akan timbul sendiri. Kenapa ya? Adakah wartawan cemburu dengan TZ sebab dapat menambat hati RI atau dengkikan sebab mereka nampak serasi dan loving couple.

    Untuk TZ pula,saya selalu mengikuti fb beliau. Asal ada perkara yang dia share,pasti akan mendapat kata2 yang kurang enak dari pengikutnya. Dan saya juga kurang paham apa masalah mereka. Cepat sangat menghukum seolah2 merekalah yang terbaik. Come on guys,we just want to chill. Why take so serious? Kalau setakat nak berkata yang tidak baik,kenapa follow dan masih membaca segala jenis updates dari TZ. Saya kadang2 jadi kesian pada beliau. Sentiasa diperkatakan buruk walau apa saja. Rasanya banyak saya dah katakan. Cums ingin luahkan apa yang terependam. Thanks sebab sudi membaca. Sharing is caring kan? Hehe.

    • Thanks Arabella…rasanya panjang luahan hati ni tak tahu mampu atau tidak utk saya menjawabnya. Namun apapun jomlah kita ringkaskan cerita. Perjalanan Remy dan Tiz mungkin tidak seindah pelakon2 lain. Secara kasar dan rambangnya mmg kita melihat adanya berat sebelah dikalangan media apabila menulis hal mrk berdua. Adakalanya mungkin kita terasa begitu sbb kita tidak begitu mengikuti perjalanan artis2 lain di sini jadi apabila cerita artis yg kita sokong dan gemari berbunyi diakhbar2 kita merasakan ia berat sebelah ataupun cerita buruk saja yg dikeluarkan. Walaupun begitu tidak saya nafikan perkara begini sering menghimpit Remy dan Tiz.

      Secara kasarnya juga kita tahu bahawa Remy dan Tiz bkn media darling kerana mrk tidak suka diheret kedalam kancah2 berita yg tidak ada kena mengena dengan project mrk apatah lagi utk berbual kosong mengenai hal peribadi. Apabila kejayaan ditempa dan wartawan pula suka mengatakan tanpa mrk siapalah artis pasti akan membuat sesetengah individu tidak senang dgn kenyataan begini. Mrk saling memerlukan akan tetapi kdg2 wartawan menggunakan hak kuasa mrk utk menulis tanpa mengira perasaan org lain lalu terlapurlah cerita2 negative mengenai mrk. Mungkin juga sudah menjadi lumrah dizaman sains teknologi ni perasaan manusia tidak perlu dijaga asalkan hati mrk puas dpt menyebarkan aib seseorang. Besar kemungkinan juga kita yg lebih terasa.

      So my dear be positive in everything you hear and see. I am sure if we search in our heart we can and will see the bright side of the tunnel. Hope we meet again…have a pleasant evening.

  3. Salam perkenalan. Just want to say hi. Sebenarnya saya dah lama follow ur blog,tapi ni baru pertama kali dapat share on this column. Seronok rasa dapat baca penulisan awak. Everyday saya tunggu for ur updates. Thanks sebab menceriakan hari saya. Teruskan menulis ya. Actually byk benda saya nak share,tapi it takes a time. Salam

    • Salam perkenalan…hi to u too. thanks for being here and your support. Insha’Allah selagi ada kudrat akan saya teruskan usaha. Do share with me/us anytime. Pleasant evening.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: