• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • December 2011
    M T W T F S S
    « Nov   Jan »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Archives

Jenaka Ke?

Salam sejahtera kepada semua
Harapnya riang dan bahagia
Sang Pencerita sakit kepala
Hidup juga jadi huru-hara

Hah itulah…tak baca nak baca
Dah baca kepala nyut nyut pula
Benda negative forum cari tak guna
Salah sendiri!!! teropong berkata

Cancel cancel delete delete petua yang ada
Life is beautiful mantranya
Dalam negative dapat bayangan juga
Teruna Dara duduk bercerita

Aduh Sayang siaran tahun baru
Jalan cerita tiada siapa yang tahu
Namun firasat datang bertalu-talu
Keluarga bahagia nak terima menantu

Gurau senda suami isteri
Hidup bahagia tidak terperi
Anak dididik besarlah kini
Tanggungjawab disempurna moga diberkati

Letih mendidik berbaloi kini
Ijazah digenggam anak lelaki
Airmata mengalir gembira di hati
Mendakap ayah tahniah diberi

Kakak berlari membawa bunga
Tahniah adik telah berjaya
Dakapan erat mesra terasa
Berkat didikan ibu dan bapa

Kejayaan dicapai dirai bersama
Sambil makan sambil bercerita
Papa memandang penuh manja
Mama geram terus cebik muka

Mama dan papa signal sesama sendiri
Boleh kakak tahu apa rahsia tersembunyi
Ah jangan nak mengada…mama jawap pantas sekali
Papa berkata mari dengar cerita ini

Ada orang tu nangis tak henti
Entah apalah yang disedihnya tadi
Papa melihat penuh simpati
Nak tanya takut penampar hinggap di pipi

Eh eh siapa orang tu papa
Anak lelaki bertanya selamba
Hmm tak sempat bertanya nama
Mama pandang jegilkan mata

Alahh misslah peluang papa
Sambut kakak dengan ketawa
Tapi kan pa…gambarnya ada
Nanti kita tengok ya sama-sama

Ohh kakak sempat ambik gambarnya
Sempat pa…itulah peluang yang ada
Akan kakak simpan sampai bila-bila
Buat kenangan di hari tua

Mama duduk diam sahaja
Telinga merah dengar perli yang ada
Menjeling papa marah adanya
Papa ketawa anak sahut bersama

Amboi-amboi kamu bertiga
Seronok ya perli mama adanya
Mama sedih kamu semua ketawa
Anak dan papa dua kali lima

Ma ma..yang mama sedih kenapa
Abang dapat ijazah patutnya mama gembira
Iyalah…airmata mama tu tanda suka
Penat lelah membesarkan kamu berdua

Sedih mama datang kembali
Dari kecik mama tak tinggal sehari
Kehendak semua mama turuti
Baru kerja hilang berhari-hari

Lahh mama ni…kakak menyahut kini
Kakak ada kursus…bukannya lari
Lagipun…jelingan kakak beri
Bolehlah mama dan papa dating kembali

Dating? Dah tua-tua begini
Terperanjat konon…wajah merah berseri
Alahh sayang…jomlah kita honeymoon kembali
Only two of us…no gangguan kini

Aduh sayang…jelinganmu menyentap hati
Tak sabar menunggu malam hari
Cubitan sayang pantas mama beri
Ishh dah tua-tua buat perangai lagi

Anak seronok tak terkira
Melihat papa mama begitu mesra
Dari kecil hingga dewasa
Kasih mereka anak-anak bahagia

Di bawah meja bermain kaki
Lama-lama sakit juga hati
Abang!!! keras saja bunyi
Ya sayang…papa mengusik lagi

Anak ketawa geli hati
Seronok melihat papa mama beraksi
Usik mengusik sejak dahulu lagi
Senyum melirik rupanya ada yang perhati

Lirik melirik jeling menjeling
Nasib baik mata tak juling
Ramai gadis duduk sekeliling
Anak lelaki mula pusing-pusing

Ahhh papa…cubit halus di peha
Sayang apa ni…abang tengok saja
Tak salahlah sayang meneka
Mata memandang hasrat pasti ada

Janganlah begitu sayangku
Mata memandang hati tak mahu
Sejak dari zaman dulu-dulu
Kasih sayang cintaku hanya buatmu

Dari dulu ku minta belahkan dada
Cari dan lihat nama yang ada
Tertera di hati sejak mula
Sayang tak mahu…sekarang salah siapa

Alangkah bahagianya keluarga ini
Seronok memerhati sejak tadi
Huluran salam diterima kini
Senyum malu si anak lelaki

Anak kita belajar sama-sama
Malangnya kita tak pernah berjumpa
Bila nampak anak terus berkata
Itulah keluarga teman sekuliahnya

Alhamdulillah bertemu di sini
Kalau tidak entah bila pulak nanti
Papa senyum menyabarkan hati
Geram terasa pada anak lelaki

Wahh dah pandai rupanya simpan hati
Gurau papa sebentar tadi
Mana ada…bangkang anak lelaki
Kawan saja itulah jawapan berkali-kali

Aduhai sayang mama
Belum kerja duit tak ada
Janganlah dok berkenan dengan anak dara
Nanti esok lusa nak makan apa

Betul tu cakap mama
Kerja belum jangan nak bercinta
Alahh…seriusnya mama dan papa
I’m your son sampai akhir nyawa

Dengar tu papa…mama
Nie…kakak tulis supaya tak lupa
Andainya janji tak di kota
Akan ku penggal leher dan kepala

Alamak..ganasnya kakak ku ini
Baiklah sekarang juga adikmu ini berjanji
Gaji semuanya akan ku beri
Supaya mama dan papa tak gentar di hati

Wahh ini nak dapat markah tinggi
Kalau begitu akan juga kakak turuti
Macam dulu poket money mama beri
Ada balance tabung diisi

Jomlah kita beredar dari sini
Lagi lama merepek lagi tinggi
Anak dan papa sama saja sekarang ini
Bila bercakap isi entah kemana lari

Hi uncle…tegur si gadis ayu
Uncle handsomelah…sama jugak macam dulu
Semua terdiam tergamam terpaku
Papa bertanya…did I know you?

Si gadis kepala digeleng-geleng
Papa memandang naik pusing
Di zaman muda masa bling bling
Mama saya simpan semua paper cutting

Ohh terima kasih kerana masih mengingati
This is my wife and famili
Anak Uncle bagai kuah tumpah ke nasi
Like father like son…itu sudah mesti

Papa menahan nafas yang panjang
Leher mama juga sudah nampak jinjang
Sebelum periuk belanga melayang-layang
Marilah sama-sama kita pulang

Papa senyum tak habis lagi
Buat mama geram di hati
Aduh sayang berhenti di sini
Kita coret lagi di lain kali

Owned and written by : Sanaa 08/12/11

2 Responses

  1. Sama-sama lah kita menonton Cerekarama “Aduh Sayang” gandingan mantap Remy Ishak dan Tiz Zaqyah pada 31hb Disember ni..Tak sabar menunggu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: