• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • December 2011
    M T W T F S S
    « Nov   Jan »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Archives

Antara Cinta

Selamat pagi kepada semua di sini
Harapnya semua telah bersarapan pagi
Bagaimana dengan perancangan cuti
Adakah sudah dapat dipenuhi

Besar harapan semua ceria
Musim cuti menziarahi keluarga
Kenduri kendara tidak lupa
Adat resam budaya kita

Tidak tahu apa yang hendak dicerita
Hanya terbayang kisah cinta
Adam dan Nur telah lama
Masih belum ada penggantinya

Adam dan Nur tidak akan lupa
Pengganti yang ada tidak juga serupa
Namun apabila minda dibuka
Bolehlah dilihat menjamu selera

Nora Elena jadi tontonan
Seth Tan pula jadi kegilaan
Terima kasih kepada seorang teman
Yang sudi berkongsi dunia khayalan

Anggau Adam dan Nur lekat di hati
Seth Tan Nora Elena senyum nampak gigi
Alahai bahagianya hati seorang isteri
Pabila diri disayangi suami

Sang Pencerita layanlah cerita ini
Tidak jemu suami memikat isteri
Keras hati tidak tertanggung lagi
Melihat layanan yang suami beri

Keras batu lekuk terbina
Turunlah air melaluinya
Rasa cinta tersimpan lama
Berbalas jua dengan sabar yang ada

Andai dulu Adam menanti
559 hari tidak dilupai
Seth Tan tak kira hari
Hanya bunga jadi pengganti

Badai gelombang suami isteri
Adam dan Nur berpisah lagi
Hendak berkorban janji diberi
Seth Tan rahsia ditemui isteri

Kasih sayang mengikat hati
Adam dan Nur hingga hari ini
Hari-hari skodeng sana sini
Untuk mendapat berita terkini

Nora dan Seth bukan realiti
Sekadar cerita bermain emosi
Bila tengok senyum sendiri
Adakah suami yang macam ini

24 episode hamba layari
Anggau dah habis timbul kembali
Kalau ada sambungan cerita ini
Pasti akan ku buka blog satu lagi

Hehehe Adam menanti 559 hari
Setelah Nur dilukai lagi
Sampai bila-bila itulah janji
Lafaz Adam depan isteri

Sepuluh tahun dalam pencarian
Nora diikat dengan perkahwinan
Keputusan keluarga Nora turutkan
Tatkala terputusnya pertunangan

Nora menerima dalam paksa
Menutup aib ditinggal jejaka
Perkahwinan dibina demi keluarga
Bermulalah sebuah kisah cinta

Dua jejaka menjejak cinta
Perjalanan berbeza matlamat yang sama
Apabila keikhlasan terbina
Doa keluarga menyatukan mereka

Adam dan Seth adalah suami
Yang menjejaki hati isteri
Walaupun hanya dalam ilusi
Makna tersirat patut ditauladani

Kiasan dalam sebuah cerita
Doa restu keluarga adalah segala
Walau apapun rintangan yang ada
Insha’Allah akan kekal sampai bila-bila

Nora dan Nur watak menerima
Seth dan Adam berusaha segala
Kekuatan cinta terduga jua
Apabila timbulnya orang ketiga

Nora keras Nur tenang
Seth lembut Adam membangkang
Keluarga menjadi tulang belakang
Ombak ribut menjadi tenang

Adam dan Nur mencapai bahagia
Nora dan Seth begitu juga
Lumrah hidup kita di dunia
Dugaan cabaran ada sentiasa

Owned and written by : Sanaa 21/12/11

Moral of the two stories :-

Apabila cinta dan kasih sayang yang hadir iklas dan luhur serta tidak diselaputi oleh perasaan dendam, marah dan curiga, bahagia tetap bersama kita. Keputusan keluarga walaupun tidak sempurna namun doa mereka tulus ikhlas untuk melihat anak-anak bahagia. Tiada manusia yang sempurna akan tetapi keyakinan yang dipupuk oleh watak-watak dalam dua cerita ini membuahkan hasil. Kemaafan adalah yang terindah.

Salam Kasih

Sanaa 21/12/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: