• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • January 2012
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

…Nak Jugak Review…haihh

Selamat Pagi hamba ucapkan
Kepada pembaca teman sekalian
Semoga ceria dalam kebahagian
Di pagi Khamis penuh ketenangan

Pagi hari ingin bercerita
Tentang kisah sebuah keluarga
Drama ditonton oleh semua
Aduh Sayang diberi nama

Ramai yang teruja sudahlah pasti
Download link penuh hari-hari
Berulang tayang berkali-kali
Tak jemu katanya melihat cjolimoli

Senyum dan tawa masih meniti
Peminat setia cjolimoli
Hilang rindu lama menanti
Watak pula suami isteri

Lawak sedih gembira dicampur sekali
Ramuan hidup kita sehari-hari
Di alam nyata banyak begini
Itulah iktibar hendak diberi

Sayang anak ditinggal-tinggalkan
Pengorbanan dalam keterpaksaan
Rezeki baik mak ayah hulur bantuan
Kasih sayang tunjuk ajar tidak kekurangan

Kisah hidup sehari-hari
Tanggungjawab dipikul suami isteri
Bukan mudah untuk mengimbangi
Keluarga kerjaya dan menjaga hati

Nani dan Shidi pasangan biasa
Rintangan cubaan sentiasa ada
Isteri marah suami memujuk manja
Anak menangis barulah terasa

Parenting guide mama baca
Anak-anak diajar boundaries yang ada
Scenario biasa pada hamba
Kalau nampak pasti mengutuk mengata

Kerana itu orang tua berpesan
Sayang anak tangan-tangankan
Jangan sampai luka pula badan
Sekadar dijentik beri peringatan

Datuk dan nenek memberi manja
Menjaga cucu buat sementara
Pilihan berat dipikul jua
Supaya anak mencapai jaya

Teringat hamba kepada teman
Yang kini jauh di perantauan
Dah tonton Aduh Sayang ke Normalia Samian
Anggau teruja tolonglah kabarkan

Lagi satu nak bertanya
Sanggupkah anda jadi mereka
Tinggal anak beribu batu jauhnya
Skype cukup ke melepas rindu yang ada

Hehehe jangan marah sekadar bertanya
Gurau senda di alam maya
Tentu tak sanggup jawabnya
Itulah jawapan yang telah terduga

Kembali kita kepada Nani dan Shidi
Tanpa anak romantik sekali
Anggau dan teruja jalan selari
Ada yang angan-angankan itu bakal terjadi

Candle light dinner untuk isteri
Isteri ketawa bila puji diberi
Amboiii Shidi pandainya menawan hati
Kekasih awal dan akhir tu tak mungkin dilupai

“Confirm tak boleh tido” mama ucapkan
Dalam tangis serta sendu kedengaran
Papa melihat terasa kesedihan
Memandang mama penuh kesayuan

Lain dicakap lain terjadi
Malam tu mama papa tido tak ingat lagi
Hamba melihat ketawa geli hati
Kepala berputar bertanya tak henti

Andainya itulah dalam realiti
Lasak sungguh tido cjoli
Nasib baik moli kuat lagi
Kalau tidak bawah katil di pagi hari

Faisal Ishak tabik ku beri
Membuat cerita penuh warna warni
Aduh Sayang romantik komedi
Yang telah lama hamba nanti-nanti

Lain kali buatlah lagi
Boleh kami gelak guling-guling nanti
Sendu sedan dah tengok berkali
Boring sudah asyik itu yang disaji

Makan bersuap tidak juga dilupa
Papa dan mama begitu manja
Rambut dipintal kerinting jadinya
Anak tak ada papa mama mengada-ngada

Papa dan mama tido kepenatan
Anak-anak teruskan permainan
Hamba melihat rasa kasihan
Ingin rasanya menghulur bantuan

Corat coret Aduh Sayang
Bila diingat tawa tak hilang
Rumah besar alang kepalang
Tambahlah anak lagi seorang

Itu angan-angan di alam nyata
Hamba pernah dikabarkan berita
Satu suara berbisik di telinga
Teruna Dara nanti 4 anak mereka

Jadi sebelum meraban tak tentu hala
Hamba berhenti di sini sahaja
Review Aduh Sayang tak seberapa
Lebih teruja berangan di alam nyata

Dari pagi hingga tengahari
Pantun direka kurang juga isi
Senyum-senyum jugalah nanti
Biar lapang rasa di hati

Selamat menjamu selera kepada semua
Ada masa kita bertemu semula
Harapnya semua ceria dan bahagia
Di tahun baru hari kelima

Owned and written by : Sanaa 05/01/12

3 Responses

  1. salam sanaa…

    hehe..saje2 je tu nk tgk berkarat ke tak skill pantun masa blajar BM tingkatan 5……
    Alamak…ni mesti baca kt twitter kan… malu i… menyorokkkkk….hihihihi

    u take care too… i’m having my weekend in school mengadap programming…feel so lifeless! T_T

  2. 2011 berakhir sudah
    2012 mula menjengah
    Senyum berbunga hatiku tak gundah
    Kerana Aduh Sayang sangatlah indah

    Tertunggu2 review Cik Sanaa
    Angaukah dia ataupun tidak
    Akhirnya pantun muncul jua
    Dah ku sangka dah ku agak

    Gandingan cjolimoli mantap sekali
    Serasi terlahir sgt semulajadi
    Maunya tak angau diriku ini
    Mengharapkan impi jadi realiti

    Nani dan Shidi pasangan berkerjaya
    Si kecil berdua banyak ragamnya
    Ku mengerti benar keletihan dirasa
    Kerna diriku melalui yang sama

    Tawaran ke Melbourne datang menyinggah
    Papa bekerja, mama sambung master
    Nasib baiklah ada Mak Tok & Tok Ayah
    Jadi tempat si kecil menumpang manjer

    Teringat pulak kisah sendiri
    Suami isteri sambung mengaji
    Jauh merantau ke negara kiwi
    Tawaran datang cuma sekali

    Dilema datang berkali-kali
    Siapa nak jaga anak2 kami?
    Nursery mahal luarbiasa sekali
    Yuran sebulan, abis duit gaji

    Tok Mak & Tok Abah menawar bantuan
    Tinggalkan cucu2, kami jaga
    Hatiku robek terkenang berjauhan
    Hampirku batal ke luar negara

    Ku yakin pada pertolongan Allah
    Pasti ada jalannya nanti
    Biarlah susah, jangan terpisah
    Ku bawa jua si permata hati

    Mereka kindi seminggu 3 kali
    Hari selebih kami berganti
    Journal di kanan, anak2 di kiri
    Begitulah seadanya hidupku kini

    • Salam Lia

      Pantun diberi indah berbunyi
      Terselit jua jawapan yang dicari
      Syukur Alhamdulillah kekuatan diberi
      Anak-anak bersama ibu bapa dikasihi

      Terima kasih hamba ucapkan
      Kerana sudi menjengok ruangan
      Bersama kabar yang dikirimkan
      Kisah hidup diperantauan

      Baik-baik jaga diri
      Lain kali kita sembang lagi
      Moga hasratmu dimakbuli
      Oleh Erma Fatima yg sensasi

      hehehe…take care dear. have a good weekend

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: