• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • January 2012
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Amina Sophea…dah sekolahhh

Di pagi hari cuaca nan nyaman
Salam kasih hamba hulurkan
Harapnya semua sudah sarapan
Menu apakah menjadi pilihan

Awal pagi ceria terasa
Duduk berangan tidak semena-mena
Teringat kisah yang sudah dilupa
Apakah mampu menulis cerita

Sudah lama diam menyepi
Amina Sophea muncul kembali
Dah kesekolah rupanya anak ini
Empat tahun berusia lincah sekali

Dahulu pelat sekarang petah
Komen juga tak sudah-sudah
Abang sibuk dengan beg sekolah
Sophea juga tak mahu mengalah

Tok tok cantik tak buku ni
Sophea menunjuk pada Tok yang dikasihi
Cantiklah kata Tok senyum berseri
Senggeh Sophea juga meniti

Esok lusa sekolah dibuka
Amina Sophea antara pelajarnya
Tok datang nak menghantar sama
Sophea ke sekolah di hari pertama

Bangun bagi lincah berbunyi
Terus saja ke bilik mandi
Mencapai tuala dan berus gigi
Mulut becok hendak menyanyi

Ibu melihat geleng kepala
Riang anak semacam saja
Jangan nanti nangis adanya
Garang di rumah di sekolah bagaimana pula

Sunggutan ibu didengar ayah
Kenapa ni…pagi-pagi dah resah
Anak abanglah…jawab ibu sepatah
Senggeh ayah menambah gundah

Jelingan manja Nur beri
Pada suami yang dikasihi
Ciuman kasih hinggap di dahi
Don’t worry…semuanya ok nanti

Sejak kecil ibu menjaga
Jarang benar dengan penjaga
Abang berdua sentiasa ada
Bermain bergurau mereka bertiga

Hati ibu gusarlah sudah
Mengenang puteri hendak ke sekolah
Persiapan memang tak mahu kalah
Bila ditanya senggeh menyinggah

Kini tibalah hari yang di nanti
Menghantar abang sudahlah pasti
Dalam kereta asyik menyanyi
Tok melayan tak henti-henti

Bayangan sekolah nampak di mata
Amina Sophea senyap tiba-tiba
Pabila ayah memberhentikan kereta
Dipangkuan ibu Sophea melekat adanya

Mari Phea…kita dah sampai
Guru yang ada juga melambai
Sophea diam kepala mengintai
Entah apa yang sedang dinilai

Tak nak…itu saja yang berbunyi
Dipangkuan ibu tak bergerak lagi
Mana boleh…ibu bersuara kini
Tak sekolah tak pandai nanti

Cucu Tok baik orangnya
Mari Tok teman jumpa kawan semua
Sophea menggeleng ayah tengok sahaja
Haihh…akhirnya keluhan terkeluar juga

Tiga dewasa melihat sesama
Ibu dukung Sophea meronta
Tak nak…tak nak Sophea berkata
Nak duduk rumah dengan ibu saja

Kaki ibu dipegang erat
Tidak dilepas walaupun ayah dekat
Bila ditarik semakin kuat
Hendak bergerak juga tersekat

Menduga sabar anak seorang
Ayah dan ibu jadi tak tenang
Tok pula menjadi bimbang
Melihat cucu menunjuk belang

Ayah dan ibu duduk disisi
Memujuk anak seorang ini
Kaki ibu tidak dipegang lagi
Di pangkuan ayah duduknya kini

Ibu dan ayah memberi isyarat
Anak tak boleh terus melekat
Cikgu dipanggil datanglah dekat
Apalagi…Sophea bagaikan terikat

Sedih juga mengguna paksaan
Ayah dan ibu tidak endahkan
Hanya di pipi memberi ciuman
Sophea menangis Tok kesedihan

Tiga dewasa keraskan hati
Meninggalkan anak di sekolah tadi
Tawa kecil kedengaranlah kini
Pabila ayah ketawa sendiri

Aduhhh ayah mengeluh tak terperi
Cakap kalahkan Pak Menteri
Ingatkan hati macam besi berani
Rupanya berani di rumah sendiri

Hati ibu siapa yang tahu
Dalam tawa rasa tak tentu
Telefon dicapai hubungi cikgu
Alhamdulillah itulah ucapan ibu

Ayah memerhati menanti jawapan
Giliran ibu tawa sendirian
Tak menangis jumpa kawan-kawan
Itulah penjelasan diberikan

Dua jam berlalu cepat sekali
Ibu dan ayah mengambil Sophea kembali
Muka masam senyum tak diberi
Pertanyaan ibu dianggap sepi

Sophea buat apa di sekolah tadi
Muka dipaling buat tak reti
Sampai di rumah terus berlari
Panggilan Tok tiada sahutan diberi

Diajak makan Sophea diam sahaja
Best tak sekolah hari ni…Sulis bertanya
Angguk dan geleng sama rata
Sulis ketawa…Sophea masam mencuka

Abang balik Sophea gembira
Hi adik how’s school today? Amin bertanya
Tak best jawab Sophea serta merta
Ayah mendengar perbualan mereka

Adik nangis tak…tanya Amsyar pula
Nangis jawab Sophea bersahaja
Lahh kenapa nangis pertanyaan seterusnya
Phea nangis sebab ibu tak jaga

Phea buat apa di sekolah tadi
Amin pula bertanya lagi
Potong kertas main lari-lari
Lepas tu cikgu beri Phea roti

Dekat sekolah banyak buku
Ada toys, ada rumah kecik Sophea beritahu
Ibu ayah tanya macam orang bisu
Dengan abang cerita Sophea bertalu-talu

Bestkan pegi sekolah
Tok datang hendak mencelah
Sophea diam buat tak endah
Ayah dan ibu juga Sophea tak kisah

Corat coret hari pertama
Amina Sophea empunya cerita
Tok ketawa melihat keletahnya
Dengan abang duduk bercerita

Ayah dan ibu mendengar sahaja
Bila ditanya Sophea diam tak berkata
Hmm marahlah tu agaknya…ayah ketawa
Anak anak ayah geleng kepala

Macam-macam cerita Sophea
Dengan ibu Sophea tak bersuara
Tunggu abang balik sahaja
Berbagai cerita nanti adanya

Ada masa kita sambung lagi
Ragam Sophea setiap hari
Semalam ditanya…sekolah tak hari ni
Tak nak…jawapan Sophea beri

Panjang sudah cerita ini
Kita berhenti sahaja di sini
Esok lusa ketemu lagi
Lain cerita mungkin meniti

Owned and written by : Sanaa 09/01/12

3 Responses

  1. Kiut la Amina Sophea first day to school. Tergelak baca keleta Phea. Baca yr story ttg anak2 Adam/Nur terus terbayang2 ‘Aduh Sayang’ Fateha & Fayyad. Thank you Cik Sanaa terubat rindu ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: