• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • January 2012
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Drama Pohon Manggis

Salam selamat pagi kepada semua
Harapnya kawan-kawan ceria dan bahagia
Agak lama kita tidak bercerita
Tentang pasangan Teruna Dara

Tiba-tiba muncul lambaian
Katanya Teruna Dara di lokasi penggambaran
Negeri Hang Tuah nama jolokan
Banyak pula sejarah tersimpan

Puteri Hang Li Po bagaikan Dara
Teruna pula sebagai Sultan Melaka
Kacak berkeris pahlawan ternama
Hati tergoda oleh puteri jelita

Bayang-bayangkan wahai kawan semua
Andai epic di jadikan cerita
Teruna Dara berganding sama
Pasti meletup sejarah lama

Namun itu bukan cerita hari ni
Lambaian hadir cantik sekali
Teruna Dara dikata menikmati
Buah-buahan tempatan di kebun sendiri

Teruna berkata manggis dan durian
Buah-buahan menjadi kegemaran
Dara buah hati kesayangan
Hai bertuah sungguh untungnya badan

Hitam manis gelaran diberi
Isi putih kilauan berseri
Masam manis enak sekali
Makan sebiji hendaklah lagi

Berduri tajam warnanya hijau
Kuning berwarna pula isinya
Haruman yang ada orang meninjau
Itulah durian enak rasanya

Petua orang dahulu kala
Makan durian manggis jangan dilupa
Durian panas manggis penyejuknya
Ingat tu kawan-kawan semua

Tiba-tiba pohon bergoyang
Ada lembaga nampak terbayang
Intai-intai lembaga terbang
Agaknya mereka tu dah kenyang

Ini mesti pencuri di siang hari
Ngomel Teruna tanpa disedari
Pelik dan hairan rasa di hati
Kenapa Dara senyap dan sunyi

Ditoleh ke kanan dan ke kiri
Bayang Dara tidak kelihatan kini
Sayang abang jeritan berganti
Eh ke mana pulaknya pegi budak ni

Ucop dan Koachi seronok sekali
Memanjat pokok riang menyanyi
Hei Koachi nampak tak di mana buah hati
Koachi tersenggeh geleng diberi

Hehehe Ucop dan Koachi suka hati
Sshhh kata Ucop pada Koachi
Biarkan saja Teruna mencari
Kekasih hati yang kini sembunyi

Sayang abang where are you
Digaru kepala bagaikan buntu
Mana pulak perginya…hati bergerutu
Nak kena nie…marah di hati bertalu-talu

Dup…seperti batu bunyinya
Jatuh di kepala sakit terasa
Orang monyet beruk ke di atas sana
Nanti kau…marah Teruna menjadi pula

Seketul lagi jatuh melayang
Hoii jerit Teruna bukan kepalang
Kamu manusia atau jembalang
Menyorok diri di kala siang

Deraian tawa amat dikenali
Itulah suara kekasih hati
Mendongak ke atas Teruna mencari
Rupanya buah hati yang membaling tadi

Sayang!!!
Yes abang….

Geram di hati tak tertahan lagi
Pohon manggis dipanjat kini
Dara mencabar dengan berani
Catch me catch me usikan berbunyi

Dahan manggis kuat sekali
Dara duduk bergoyang kaki
Manggis yang ada kanan dan kiri
Telah habis Dara nikmati

Kini tiba masa melarikan diri
Nak terjun terlalu tinggi
Bergaduh pula jatuhlah nanti
Lebih baik manggis ini dinikmati

Ohh sini rupanya sayang bersembunyi
Patutlah senyap tak berbunyi
Ya abang…sekarang sudah ditemui
Tak perlu bising…nah ambil manggis ni

Geram dan marah datang sekali
Sehingga tiada kata yang berbunyi
Eeee…tahu tak abang susah hati
Sayang seronok saja duduk kat sini

Lahh dah jumpa nak marah apa lagi
Bukannya sayang ke manapun tadi
Tengok ni perut kembung suka hati
Nak tunggu durian je gugur nanti

Wajah selamba Dara beri
Hilang kata Teruna kini
Senyum senggeh buat-buat tak reti
Marah Teruna belum henti

Meh bang duduk kat sini
Dahan nie kuat…kita berdua ok lagi
Teruna mengeluh geleng diberi
Sempat juga mencubit pipi

Lain kali jangan di buat lagi
Amaran Teruna lembut berbunyi
Alahh gurau sikit marahnya berkati
Bukan marah tapi geram di hati

Kalau apa-apa terjadi nanti
Apa abang nak jawab dengan mommy dan daddy
Jawap ajelah…bunian bawak lari
Sebab tu tak dapat kesan hingga kini

Tercenggang Teruna memandang Dara
Bergurau bagaikan tak ingat pula
Dara memandang pandangan yang ada
Bagaikan orang tidak bersalah saja

Amboi-amboi senangnya bercakap
Apa nak suruh abang kena tangkap
Ha’ah bagus jugak tu…nanti abang duduk lokap
Sayang datang bawak makanan yang sedap-sedap

Tangan diletak di atas dahi
Are you alright? wahai bidari
I’m perfectly fine…wahai abang dikasihi
Cuma skrip ni saja tak betul bunyi

Teruna tak tahan gelak lagi
Berderai tawa Dara direnung kini
Hai hai kalaulah begini sehari-hari
Ada jugak aku gila nanti

Dara menyambut tawa yang ada
Skrip begitu saja direka
Oleh kerana tekanan melanda
Shooting yang berjalan begitu lama

Oii kerja-kerja…kak Erma menjerit pula
Apa kau orang buat tu hah…Teruna Dara
Dahlah makan berdua saja
Puas orang mencari menyahut tiada

Kami datanglah nie jawab mereka
Menuruni pokok macam dah biasa
Dara melompat kak Erma terpinga
Lagaknya bagaikan tak percaya

Mana buahnya? kak Erma bertanya
Buah apa? sahut pula Teruna
Ewah ewah buat-buat tak tahu pula
Dah kenyang kita juga dilupa

Kak kak no worry…Dara datang dengan guni
Sebatang galah panjang sekali
Bila penuh barulah kita pergi
Sayang kak…tak ambik kita yang rugi

Kak Erma tercenggang lagi
Bilalah aku buat drama komedi
Semua yang ada tak tertahan lagi
Ketawa memecah dusun yang sunyi

Sekian saja cerita kita
Gunalah imaginasi anda sepenuhnya
Untuk membayang wajah Teruna Dara
Dalam drama rekaan hamba

Bertocang dua memcebik muka
Mengada-ngada bagilah kat Dara
Teruna juga apa kurangnya
Anak muda yang berwibawa

Tidak penuh kantung hamba
Kalau tidak adalah drama mereka
Pohon manggis tajuk cerita
Bertemu kasih Teruna Dara

Sekian dahulu untuk kali ini
Ada cerita hamba coret lagi
Harapnya adalah komen diberi
Menambah semangat sumber inspirasi

Owned and written by : Sanaa 26/01/12

6 Responses

  1. ish…betullah…hrp2nya xde apepe yg x elok jadi antara mereka berdua… sentiasa mendoakan yg terbaik utk RITZ…

    • Insha’Allah Lia…mrk punya kekuatan yg tidak kita ketahui. Berdoa adalah sebaik2 utk membantu mrk di saat ini andainya benar2 ada badai yg melanda. Keep our faith and be strong Insha’Allah everything will be alright.

  2. Kagum dgn imaginasi Sanaa ni… elok je pantun disusun ikut irama dan jalan cerita Teruna Dara… konfem boleh jadi penulis skrip ni, konfem punye!😀. Keep up the good creative work dear… thumbs up!!!
    p/s: Mana dpt tau diorg pegi makan buah kt dusun? Hebatla teropong Sanaa ni… hehe

    • Thanks Lia….hahahaha jawapan yg ada semuanya sekadar imaginasi. Remy and Tiz ada shooting kat Melaka last Tuesday (just for a day) and I went home during CNY holiday. Masa tengok and makan durian dan manggis teringat apa yg Remy cakap during interview anugerah skrin so akhirnya itulah yg terkeluar. Nothing much actually just putting my angan-angan across. Thanks again dear for supporting me in this journey. Take care ya…see you again soon.

      • Mcm ada somting jer berlaku between teruna and dara. Dara delete beberapa photo teruna frm her instagram. And they unfollow each other. Wallahuallam.

      • Biarlah itu antara mereka, kita tak tahu hal yang sebenar. Andainya Ada yg tak kena moga mrk berdua tabah menghadapi Dan jumpa jalan penyelesaian dgn segera. Doa saya tetap mengiringi mrk berdua. Inshallah’Allah kekuatan yg Ada dlm diri mrk membolehkan mrk hadapi segalanya dgn baik. Thanks for being here. Enjoy the rest of the day. Take care

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: