• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • February 2012
    M T W T F S S
    « Jan   Mar »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    272829  
  • Archives

Bayangan Tak Sampai

Dari malam bulan terang
Hinggalah langit gelap tiada berbintang
Asyik mengenang adik abang
Namun tiada idea mendatang

Hamba melihat ikan berenang-renang
Kecewa jua bayangan yang datang
Minggu lalu adik abang menghilang
Apakah mereka ke bulan dan bintang?

Tercari-cari hamba hingga kini
Jawapan pasti menghilang diri
Dah resam ku mencari tak henti
Lubuk manapun akan ku terokai

Lalu ada satu kiasan
Apakah mereka ke tempat persembunyian
Maklumlah bagi melegakan persoalan
Yang masih lagi kedengaran

Penyu bertelur di Rantau Abang
Ke situkah adik abang
Jauh sungguh mereka terbang
Itulah firasat akalku yang panjang

Flashback flashback duduk bertapa
Mencari gambaran dibuat mereka
Ohhh menghadap laut melepas rasa
Simpati hamba tidak terkira

Ombak bagaikan mengerti
Hati perasaan cjolimoli
Asyik diburu cerita sensasi
Kerja mereka tidak dihargai

Terlentuk Dara dibahu Teruna
Memerhati ombak beralun mesra
Pantai menyambut tiada jemunya
Bagaikan mengerti hati Teruna Dara

Tidak perlu berkata apa
Sekadar duduk berdua sahaja
Cukup sudah buat mereka
Merasa nikmat hidup bahagia

Jauh dari lensa kamera
Juga mata pena racun berbisa
Penat lelah mereka bekerja
Peribadi juga diburu wartawan ternama

Pantai merakam kisah mereka
Bersabarlah Teruna Dara
Hidup memang begini rupa
Salah dicari benarnya tiada

Setelah penat mencurah rasa
Berpimpin tangan mereka berdua
Sang Pencerita memerhati sahaja
Menitis jua si airmata

Sedih gembira simpati campur sekali
Itulah manisnya cjolimoli
Hubungan kasih tiada yang ketahui
Segalanya terikat di dalam hati

Kiasan masih lagi hamba cari
Pohon pinang dipanjat kini
Celahan buluh sigadis sunti
Wajah ayu amat berseri

Sinaran mentari wajah berseri
Ayu dan manis asyik diperhati
Seri pengantin jelas sekali
Bilalah agaknya pengumuman diberi

Ku belek-belek celahan jari
Andai ada tarikh sembunyi
11 April tak lama lagi
Mungkin adalah soseh-soseh nanti

Atas pohon gelak sendiri
Sewel mereng anggau dicampur sekali
Idea sang pencerita bertabur kini
Dek keresahan berhari-hari

Banyak celahan di kali ini
Kain langsir selimut ditafsir sekali
Dah ku cakap serinya tak terperi
Tak percaya? Tengoklah insta mencari pasti

Datang pula satu persoalan
Cinta Jangan Pergi bila nak dimulakan
Ramai dengarnya tidak kesabaran
Menanti cerita pasangan sepadan

Sang Pencerita memang kepochi
Selidik sana selidik sini setiap hari
Selagi daya akan ku cari
Semoga blog ini tidak henti

Perkataan yang satu penuh tanda tanya
Perintah berkurung diberi nama
Dari mana datang perintahnya
Kepala ku garu bertambah kerut di muka

Wahai cjoli cantik jelita
Jawapanmu mengundang seribu tanya
Adakah dari moli yang tercinta?
Maka bermulalah speku sang pencerita

Cepatlah leraikan wahai cjoli
Keluargamu ataupun sang suami
Perintah berkurung berat berbunyi
Seriusnya bukan lawak lagi

Sang Pencerita tidak puas di hati
Ahli nujum terus dikunjungi
Kedatangan disambut ketawa diberi
Haihh memanglah sang pencerita kepochi

Dari dulu hingga kini
Mana mungkin ahli nujum tidak ketahui
Tidak lena tidurku sehari-hari
Sehingga jawapanku temui

Jawapan diberi menyakitkan hati
Kenapalah bimbang tidak terperi
Andainya cjoli sudah bersuami
Tentu saja arahan diikuti

Siapakah suami yang dikasihi
Tiada satupun pengumuman rasmi
Ahli nujum menembak sendiri
Supaya hamba tertanya-tanya lagi

Ahli nujum ketawa geli hati
Sehingga airmata terkeluar tadi
Menambah geram hati sakit sekali
Jangan bimbang adalah pengumumannya nanti

Sang pencerita pulanglah dulu
Saranan ahli nujum padaku
Jangan asyik nak speku-speku
Nanti kepalamu yang jadi buntu

Tak puas hati tak puas hati
Jawapan sahih tak ditemui
Permainan apakah di kali ini
Licik sungguh dari cjolimoli

Tiba-tiba datang bayangan
Cincin dijari berkilauan
Tiada pula berita pertunangan
Putus cinta adalah dihebohkan

Sudah pening kepala ku ini
Sebelum sawan lebih baik berhenti
Jangan marah hamba hanya syok sendiri
Lepas baca tafsirlah sendiri

Banyak clue yang diberi
Hanya tekaan belum menepati
Nanti hamba bertanya pada langit tinggi
Boleh tak beriku idea lagi

Bye bye hingga berjumpa lagi
Jangan lupa makan tengahari
Sang Pencerita berhenti saja disini
Panjang umur berjumpa lagi

Owned and written by : Sanaa 28/2/2012

7 Responses

  1. enjoy ur writing….please dont stop

  2. Eeheheh..

    Wow..hope Remy n Tiz berjaya melepasi fasa ini ‘perintah berkurung’ ek.. maklumlah darah manis katakan..
    Semoga cepat-cepat bertemu jodoh dan menimang cahayamata..aminn

    • Aminn. betul tu aesha^^…Insha’Allah mereka mampu melepasi fasa ini. itulah doa kita semua semoga cepat bertemu jodohnya dan menimang cahayamata sehingga kasih dibawa keakhirnya..Aminn

  3. Salam,

    Wah sudah ada perintah berkurung,
    Adakah berita gembira akan kedengaran,
    Andai benar bagai dikata,
    Syukur Alhamdulillah…

  4. Salam Sanaa…

    How’s ething’s going? Hope ethin’s good esp. ur father’s health.
    Hebat la teropong sanaa ni, smpi ke rantau abang tu…hehehe
    Btw, ada eh Tiz bg statement psl perintah berkurung tu? Baca kt mana eh? (me kepochi gak…hehe)
    Biasanya perintah berkurung ni bila dh dekat tarikh nk nikah, bakal pengantin tak dibenarkan berjumpa sgt.
    Adakah mereka sedang menuju ke arah itu??? hehehe…speku speku… :p
    Thanks sbb menghiburkan hati kami dgn pantun2mu… Take care dear…😉

    -Lia

    • Wasssalam Lia

      Alhamdulillah semuanya ok. My father a bit uzur tapi masih ada daya nak melawan sakitnya tu nampaknya selebihnya hanya Allah yang maha mengetahui.

      Hehehe teropong ku mengikut arahan diberi
      Mencari kemana saja cjolimoli sembunyi
      Eh eh rahsialah…”perintah berkurung” disimpan rapi
      Nak tahu..teh tarik secawan mai sini

      U too take care dear…enjoy your stay in NZ. Senang2 jengahlah lagi disini ya…walaupun diriku merapu sendiri🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: