• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • March 2012
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Archives

Tanpa Isi

Malam berlalu kini dah pagi
Jam tepat 2.32 waktu ini
Mataku segar tak terperi
Aiskrim semangkuk ku nikmati

Nak tulis tak tulis itulah soalan
Kepada pertanyaan sejak semalam
Idea ku pusing bagai kehabisan
Sehinggalah siang menjadi malam

Berita artis banyak sekali
Hanya yang satu ini menarik hati
Rupanya kecoh tak habis lagi
Berita Harian keluarkan cerita dah basi

Itulah namanya dunia sensasi
Kepada pasangan selebriti
Tiz Zaqyah Remy Ishak empunya diri
Cerita mereka berlegar kembali

“Putus Kasih” asalnya cerita
Dek kerana tafsiran tak terduga
Pandainya orang berteka-teka
Lalu tersebarlah berita mereka

Tiz dihambat semasa tayangan
Filem kedua dalam lakonan
Cinta Kura-Kura hilang sengatan
Dek kerana “putus kasih” menjadi soalan

Riuh sebentar alam semesta
Tatkala keluarnya berita
Peminat juga tak tentu hala
Laman gosip turut sama

Laman sosial tak ketinggalan
Hampir semua “menjerit” sakan
Jari ditunding bertepuk tangan
Masing-masing dengan keegoaan

Bagaikan cendawan segar selepas hujan
Syarahan “agama” ustaz ustazah mendapat gelaran
Masing-masing memberi sokongan
Kepada Tiz yang menjawab pertanyaan

Jerit pekik kedengaran
Tanpa suara tapi tulisan
Meminta Remy tampil ke hadapan
Di muka pengadilan memberi keterangan

Tersedak hamba ketawa sendiri
Melihat gelagat peminat sensasi
Entah dimana letaknya harga diri
Remy menjadi sasaran kini

Penceramah jemputan segar berbunga
Nasihat berkoyan amatlah bermakna
Memujuk tak henti adanya
Kepada Dara yang dikasihi mereka

Teruna masih mereka cari
Dek kerana tidak kepuasan hati
Bukit tak runtuh Teruna menyepi
Dah penat lalu mereka berhenti

Angin tidak ribut tiada
Hebohnya orang menganggu mereka
Aman bahagia gelora nestapa
Tiada cerita direka pula

Reda sebentar timbul semula
Pabila Teruna menunjuk muka
Apalagi wartawan ternama
Teruna ditangkap oleh mereka

Tersiarlah berita di hari ini
Lapurannya ada di sini
Ishh ishh kepalaku geleng tak henti
Ini wartawan mana mari?

Mukadimah tiada isi kosong belaka
Apakah soalan mendapat jawapan
Ini interview atau tekaan
Ditanya satu yang lain ikut suka agaknya

Sang Pencerita meneka tabiatnya Teruna
Wondrous writer hamba menggelarkannya
Sehingga bengong wartawan ternama
Kerana itu rencana ditulis isinya tiada

Duduklah hamba seorang diri
Nak ketawa tapi tak geli
Bacalah hamba dua kali
Dek kerana ingin mengenal pasti

Harapnya hati semua dalam kepuasan
Setelah lama dalam penantian
Isi luahan Teruna idaman
Agar terlerai segala persoalan

Selagi kita namanya manusia
Puas itu tiada hadnya
Jawapan Teruna bercanggah kata mereka
Itulah peminat yang mendewa-dewa

Tak adil ada hamba membaca
Luahan rasa peminat setia
Bagaikan zalim terjemahan yang ada
Samar-samar pun tiada dari Teruna

Hebohnya orang di sana sini
Simpati saja yang mampu hamba beri
Melihat gelagat peminat sensasi
Luar dalam yang ingin diketahui

Hamba jua mengikuti mereka
Cinta yang hadir dipupuk lama
Kapal dilayar kemudi bersama
Siapakah kita nak turut serta

Dilambung ombak mereka berdua
Badai taufan tidak terduga
Andai hati ikhlas menerima
Buruk baik diperbaiki bersama

Kita hanya menjadi pemerhati
Jangan melebihi had yang diberi
Remy Tiz ada kekuatan tersendiri
Membina bahagia cinta di hati

Sebaris pesanan dari hamba
Berilah sokongan kepada berdua
Semoga berjaya dalam kerjaya
Doa diiring bertemu bahagia

Pantun ini berhenti di sini
Sebelum panjang tanpa isi
Didiklah diri untuk bijak bistari
Jangan percaya tanpa bukti

Owned and written by : Sanaa 06/03/2012

*****

‘Beri saya masa’
Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my
2012/03/06

Remy berteka-teki mengenai desas-desus hubungan dengan Tiz berakhir

SERBA salah dan berubah sedikit wajah pelakon, Remy Ishak saat ditanyakan kesahihan berita dia sudah berputus kasih dengan Tiz Zaqyah. Mungkin tidak sangka soalan itu akan ditanya atau dia tidak mempunyai jawapan menyebabkan reaksi spontan itu terpancar pada wajahnya.
Sejak gosip pasangan popular itu berpisah tersebar, hanya kenyataan Tiz yang kedengaran. Dia menafikan perkara itu. Sedangkan Remy, tiada sebarang komen diberi. Sebaliknya dia hanya mendiamkan diri sehingga membuatkan ramai menyangka, berita perpisahan itu benar.
Justeru, ketika bertemu pelakon itu sewaktu pratonton filem Bunohan di TGV KLCC, baru-baru ini, soalan itulah yang ditanyakan kepada jejaka ini. Selain mahu berlaku adil, manalah tahu jawapan yang diberikan Remy nanti akan menguatkan kenyataan Tiz, antara mereka masih lagi pasangan kekasih.

Bagaimanapun, jawapan Remy makin menambahkan teka-teki, kerana tiada penafian atau pengesahan dibuat.

“Maaf, saya memang tidak mahu memberi komen berhubung perkara ini. Cukuplah sekadar saya mengatakan yang kami masih berkawan dan kami masih lagi berhubung,” demikian katanya apabila ditanyakan kesahihan cerita dia sudah berpisah dengan pelakon filem Cinta Kura-Kura itu.

Jika benar antara mereka masih mempunyai hubungan, sudah pasti Remy akan bertindak seperti Tiz yang sepantas kilat menepis dakwaan mengatakan mereka sudah berpisah. Namun, apabila soalan itu diajukan kepada Remy, amat sukar untuk dia menjawab pertanyaan itu dengan yakin.
Apa yang kedengaran hanyalah permohonan maaf yang terpacul dari bibirnya kerana tidak dapat memberi ulasan lanjut.

“Kalau boleh saya memang tidak mahu bercakap apa-apa mengenai perkara ini. Berilah saya masa,” katanya mengharap pengertian.

Ditanya benarkah hubungan itu terlerai kerana Tiz sudah mempunyai kekasih baru, sambil menyusun sepuluh jarinya sebagai isyarat untuk menjaga nama baik temannya itu, Remy membiarkan pertanyaan itu tanpa jawapan.

Desas-desus mengatakan pasangan ini berpisah mula dikesan apabila laman sosial milik kedua-dua artis ini menggambarkan hubungan mereka sedang berantakan.

Sementara itu, jika tahun lalu nama Remy dinobatkan sebagai Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, apakah kali ini Remy mampu mengungguli kategori sama? Persoalan ini timbul apabila sejak kebelakangan ini, populariti bintang Nur Kasih ini bagaikan suram berbanding zaman watak Adam lakonannya meletup di kaca TV.

Mengulas perkara itu, Remy berkata, dia mengakui popularitinya tidak sehangat seperti pada awal kemunculannya dulu.

“Memang saya akui populariti saya tidak sehebat tahun lalu. Tahun ini tidak banyak produk saya disiarkan di kaca TV atau panggung. Semuanya masih menunggu giliran untuk ditayangkan. Justeru, untuk pencalonan tahun ini, saya memang tidak meletakkan harapan tinggi,” katanya.

Compiled by : Sanaa 06/03/2012

6 Responses

  1. Salam Sanaa…

    hehehe… jgn mare2, nti cepat tua… bila u ckp mcm tu, terus teringat kt diri sndiri, ada tak eh i lupa daratan minat kt RITZ ni? hrp2nya x ada… hehe…
    From what i observe, golongan yg marah2 Remy psl x bgi penjelasan kukuh psl hubungan diorg ni mmg s/ada pro sgt pd TIz ataupun sayang sgt kt RITZ. Diorg rasa mcm Remy tak serius lebih2 lagi bile tgk Remy post tweet2 yg sounded a bit flirt kt fans or puji2 artis pempuan lain mcm faradiya, nora danish & dira abu zahar, even Megan Fox!. I ckp mcm ni, sbb ada terbaca kt forum Cari klu x silap, diorg mcm pertikaikan nape Remy bt camtu sdgkn tak pernah pun dia buat mcm tu kat Tiz. Selama ni peminat tau kemesraan diorg pun melalui insta Tiz sdgkn remy takde post gmbr Tiz/diorg berdua. Bila tgk Remy tak bersungguh2 bg statement yg hubungan diorg masih kukuh, lagilah golongan2 ni marah. Tu la antara punca nape golongan2 ni marah sgt kt Remy. For me, Remy ada cara tersendiri nak tunjuk kasih sayang dia pada Tiz… the more special that someone to him, the more exclusive & secretive he treats that person. Berbeza pulak dgn Tiz yg lebih open dan don’t mind to share… Fans yg rational tak patutnya menilai Remy tak serius dlm hubungan hanya kerana dia tak open mcm Tiz dlm sharing diorg punye relationship’s progress. Anyway, it’s natural la… kebanyakan org laki ni mana suka sgt nk share2 gmbr peribadi….mcm suami i, x prnah pun dia upload gmbr kami sekeluarga kt FB…but that doesn’t mean dia tak sayang kami semua. So, i think Remy pun mcm tu jugaklah…hehe…
    Take care dear, c u around…

    • Wassalam Lia

      Thanks dear. I bkn marah I’m annoyed and frustrated tu saja. Why and why org kita berperangai mcm nie..ddk depan computer berjam-jam cerita hal org. I mengaku bercerita juga but rasanya so far xdelah nak melulu tuduh ritz esp remy in their relationship. kalau remy tweet mengada2 ngan tiz pulak nanti lain cerita yg keluarkan? i agree with cara remy bkn tunjuk2. i tetap rasa and kata tiz is very special to him and he simpan segala rasa dan cara to himself and hanya tiz saja yg tahu. susah sgt ke org2 nie nak faham or kita nie yg terlebih faham? hehehe

      you too take care dear….

  2. Yess, setuju dengan pendapat u, Sanaa..Like they always said, takde apa perkembangan nak dikongsi.Maybe RITZ fan harus belajar menerima Remy seadanya, he’s very inclusive n maybe not quite good in expressing things..Normal la, men are from mars, but they both are from the same ship..From Tiz’s answer in media or tv, we can predict they are just fine…Please do not expect Remy to be as expressive as Tiz, Miss/Mr Sweet Reporter..He has done his part, the confession on Tiz’s birthday..Let’s not pressure them with all the same story..Please agree that less is more, they need a break, nothing else…n may thing goes with flow…Pray the best for both of them..aminn

    • Thank you Aesha…I accepted they are celebrities, their personal life juga menjadi cerita bagi melariskan suratkabar and magazine because that’s the perception yg ada…negativity attracts tapi yg I tak tahan nie fans yg terlebih2 seolah2 mrk pulak yg berada dlm keadaan itu. tak mungkin ada fans yg faham isi hati keduanya 100% sbb yg buat keputusan utk berdua bersama bercinta adalah mrk and they yg melalui fasa2 cabaran dan dugaan org bercinta ie family friends and maybe a bit of involvement of their agent (if any). apa yg fans tahu pahit getir mrk? mcm masa wartawan serbu tiz with personal question during launching of ckk, mcm salah remy pulak for not being there. tiz was there for her film promotion not press conference of their love affairs…sungguh2 tak faham.

      sorry for the bebelan di pagi hari. sebenarnya i marah dgn org kita yg terlalu obsess with dunia hiburan hingga dah lupa daratan esp mak2 org yg tergila2 kat remy and tiz nie. another category pulak anak2 muda yg dah tak ada batas dlm bicara bila bertweet dgn remy..geli I baca tweet golongan2 nie…

      thanks for the support dear…take care and have a pleasant day…:)

      • Haha sabo tuan rmh…org yg over obsessed mcm ni susah nak obatkan.. Kalu terlebih open kang org meluat pulakk.. I geli la kalu lelaki terlebih lentok n dok sayg lebiu bagai.. Hilang macho.. For me remy doing e right thing..x melyn benda2 smph mcm ni..yg dia jwp kat BH tu pun i rasa mcm nak x nak jer dia jwp sbb dah terserempak ngan wrtn… Kalu di lyn makin menjd. But i’m glad tiz explaining.
        They complete each other…;p..hv a goodday my dear sanaa

      • hahaha apa kabo? lama x degaq brita nooo…sabo lah nie kalau x dah melenting2 bagai ulat nangka…

        thank you dear for the support and have a pleasant weekend to you and family…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: