• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • March 2012
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Archives

Berkali Sudah

Hatiku diragut sayu
Membaca akhbar tulisan tak tentu
Wahai penulis yang serba tahu
Sang Pencerita terasa amatlah malu

Kita laungkan slogan
Tidak hilang melayu ditelan zaman
Namun tulisan bagai tak berpendidikan
Isi dan fakta berserakan

Dunia berkembang dengan teknologi
Invosi sejak zaman purba lagi
Henry Ford Wright Brothers diingati
Johannes Guternberg menangis hari ini

Akhbar bernama Berita Harian
Hari-hari membuat lapuran
Longkang pecah Remy Tiz berantakan
Yang mana satu melariskan jualan

Awal pagi mendapat kabaran
Seorang teman membeli Berita Harian
Oleh kerana terpampang di hadapan
Gambar Tiz yang melemparkan senyuman

Kalau sepuluh yang berbuat begitu
Senyum simpul Marimuthu
Suratkabar banyak laku
Komisen kasi beli sepatu baru

Berkali sudah panjang bercerita
Berpantun dan juga rencana
Oleh kerana marah sang pencerita
Kepada akhbar Berita Harian diberi nama

“Tuntutlah ilmu hingga ke Negara China”. Pernah dengarkan? Tapi mungkin telah lapuk oleh kerana dunia siber yang menguasai penduduk dunia sekarang ini. Namun hakikatnya pembelajaran tidak pernah ada titik noktahnya.

Sebagai manusia dan seorang Islam kita ketahui bahawa kita belajar dan diajar dari dalam kandungan lagi sehinggalah ke liang lahat. Pastinya ramai yang tahu mengenai perkara ini. Setiap inci kehidupan kita adalah pembelajaran. Tidak kira melalui pengalaman sendiri ataupun melihat dan mengamati pengalaman orang lain. Jauh berjalan luas pandangan begitulah juga dengan pembacaan seperti kata-kata Dr. Seuss “The more you read, the more things you will know. The more you learn, the more places you’ll go”. Dalam apa bidang sekalipun kita memerlukan guru dan kita akan terus mencari ilmu bagi memantapkan apa yang mahu kita pelajari dan ketahui. Melalui ilmu yang kita perolehi, kita juga punyai tanggungjawab untuk menyebarkannya kepada orang ramai bagi mendidik mereka dan menyedarkan mereka tentang sesuatu keadaan dan juga peristiwa. Penyebaran maklumat di zaman berteknologi canggih ini juga amat mudah, hanya di hujung jari kata sesetengah orang namun apakah maklumat yang disampaikan itu dapat membantu mencorak pemikiran pembaca dan juga pendengar?

Pembacaan yang macam mana diperlukan oleh masyarakat bagi mengembangkan pemikiran secara positif? Golongan yang macam mana pula menjadi tarikan penulis, pemberita ataupun bloggers? Sekali lagi pepatah mengatakan “we are what we read”. Seingat saya semasa saya kecil, suratkabar adalah medium utama penyampai maklumat. Buku pula menjadi bahan bacaan dan rujukan bagi mengembangkan minda untuk berfikir, meneroka, berkhayal dan sebagainya.

Hari berganti hari, bulan menjadi tahun lalu merubah manusia juga bentuk mukabumi ini. Setiap individu diberi anugerah dengan kecerdasan mental dan fizikal untuk terus mencipta dan memudahkan perhubungan lalu adanya television, computer, telefon dan banyak lagi ciptaan terhasil dari pengajian dan pembacaan terdahulu. Individu ini sentiasa berfikir bagaimana hendak memajukan diri bagi memudahkan segala urusan. Kehadiran segala teknologi canggih datang dari orang-orang yang terdahulu daripada kita yang mengkaji dan terus mengkaji lalu mencuba. Andaikata mereka gagal dicubaan pertama mereka akan terus mencuba sehinggalah terciptanya kereta, kapalterbang, talipon bimbit, keretapi dan bermacam lagi ciptaan manusia di dunia ini. Itu adalah perubahan ketara yang dapat kita lihat dan dapat kita banggakan dalam proses yang di namakan sejarah. Nama-nama seperti Henry Ford, Wright Brothers, Johannes Gutenberg dan Alexandra Graham Bell adalah di antara yang telah mencipta sejarah dunia dan kita menikmati ciptaan mereka sekarang ini.

Semakin lama dunia beredar semakin maju jugalah akal dan fikiran manusia bertindak bagi menaikan taraf dan juga memperbanyakan ciptaan terbaru dari nama-nama tersebut. Sepertimana yang kita lihat sekarang telah banyak model kereta di atas jalan, jenama-jenama talipon dan kegunaannya serta pengangkutan yang makin cepat dan tepat.

Panjang sungguh pembukaan kata saya kali ini. Bukan disengajakan. Ini adalah kerana dari tahun 2009 setelah hati saya disuntik oleh kemanisan Adam dan Nur dari drama bersiri Nur Kasih, kesempitan ruang fikiran mula saya temui dari satu sudut yang dinamakan hiburan dalam akhbar tempatan. Saya mula tertanya-tanya tentang etika kewartawanan di Malaysia waktu itu. Bertanya saya lagi apakah fungsi gosip hingga hampir mengaibkan insan-insan seni ini? Apakah arus kemodenan dan kepesatan pembangunan merubah cara penulisan sehingga ia menjelikkan sesetengah pembaca akan tetapi memberi keuntungan kepada pihak yang lain? Berkali sudah saya perhatikan kesilapan yang dibuat oleh wartawan hiburan di Malaysia. No homework, no research dan paling menyedihkan no thinking yang akhirnya bersamaan dengan no brain.

Di dalam banyak-banyak gosip artis saya akui hanya mengikuti dengan tekun apa yang terjadi kepada Remy Ishak dan juga Tiz Zaqyah. Akhbar yang sering membuat kesilapan pula adalah Berita Harian. Oleh kerana kekerapan yang berlaku dari dulu hingga sekarang, membuat saya mempunyai pandangan serong terhadap akhbar ini. Adakah mereka anti Remy Ishak dan Tiz Zaqyah? Apakah ada tangan-tangan yang tidak senang hati dengan kebahagian dan kejayaan Remy dan Tiz? Atau adakah “suapan” yang diterima dari individu lain bagi menjatuhkan reputasi Remy dan Tiz? Di manakah letaknya kredibiliti seorang editor dalam menyunting berita-berita sebegini. Sekali lagi akhbar Berita Harian membuat kesilapan fakta di rencana “Nafi Putus Kasih” ketika mewancara Tiz Zaqyah sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia anjuran TV3 pagi semalam. Tiz sekali lagi dihambat persoalan tentang status hubungannya dengan Remy Ishak. Pertanyaan yang diulang walaupun telah Tiz jelaskan dalam wawancara yang terdahulu. Bagaikan piring hitam rosak perangai wartawan hiburan ini. Tidak cukup dengan itu, ada satu perkara yang amat menyedihkan apabila wartawan ini menyentuh tentang projek Tiz yang dalam perancangan iaitu “Cinta Jangan Pergi”. Nama penulis skrip bertukar sama sekali. Entah dari mana datangnya sumber mengatakan bahawa Cinta Jangan Pergi ditulis oleh Zul Huzaimi dan diambil inspirasi dari percintaan Remy dan Tiz membuatkan saya kabur. Bagaimana nama Mira Mustafa hilang dalam bicara “Cinta Jangan Pergi”? Tiz bagaimanapun menjelaskan kekeliruan yang ada namun ia masih tidak memadai untuk menutup kesalahan seorang wartawan yang bertugas di salah satu penerbitan akhbar tempatan yang menjadi tatapan ribuan rakyat Malaysia setiap hari. Tiba-tiba saya teringat barangkali wartawan tersebut menggunakan piring hitam dan bukan laser disk. Oleh kerana terdapat calar-calar dipiring hitam tersebut maka nama Mira Mustafa telah bertukar menjadi Zul Huzaimi. Betulkah begitu? Bayangkan pula jikalau kenyataan Datuk Najib disalah cetak lalu membangkitkan kemarahan rakyat sehingga tercetusnya rusuhan? Apakah mampu pihak penerbitan menanggung kos kerugian dan kehilangan nyawa? Atau apakah kerana ia sekadar ruangan hiburan jadi fakta dan isi tidak memainkan peranan asalkan dapat menghangatkan situasi dan melariskan jualan?

Apakah ini etika kewartawanan dan penulisan? Di manakah letaknya tanggungjawab seorang penulis yang menyampaikan berita? Kalau orang Melayu dan Islam akan diungkit pulak dosa pahala, tapi kita lupakan soal itu dalam context ini. Ini adalah media maklumat, bagaimana kesilapan begini diulang-ulang? Sekali dua mungkin boleh dimaafkan akan tetapi apabila berkali-kali adakah patut kita terus mengatakan ia hanya kesilapan lagi?

Berkali sudah saya meluahkan rasa dan berkali jua rasa kecewa bertapak di hati. Bagaimana hendak kita mendidik anak bangsa kalau cara begini berterusan. Apakah mampu kita mencorak peribadi serta jati diri pada anak-anak muda yang makin tergila-gilakan hiburan sehingga lupa pada adat resam dan menjaga peribadi diri dengan cara begini? Berita Harian adalah akhbar yang paling pantas dan cepat mengeluarkan rencana negatif Remy dan juga Tiz sejak dari dulu lagi. Ketika berlangsungnya teater Natrah dan untuk tujuan promosi, bukan teater menjadi cerita, bukan keperitan dan kekecewaan Mansor dan Natrah mencengkam jiwa akan tetapi kita disajikan oleh cinta Remy dan Maya yang tidak pernah wujud dan tiada kaitan langsung dengan teater. Begitu juga sehingga hari ini hanya Berita Harian sahaja yang mengeluarkan kenyataan balas Remy dengan desas desus putus kasih di antara dirinya dengan Tiz. Sepantas kilat juga Berita Harian mengeluarkan wawancara Tiz semalam berkisar perkara yang sama? Apakah motif dan apakah agenda Berita Harian sebenarnya? Adakah begini caranya hendak mendapatkan rating yang tinggi atau menaikan nama Tiz sebagai calon Anugerah Bintang Popular? Pada saya ini semuanya karut belaka dan sudah-sudahlah memperbodohkan pembaca dan sudah-sudahlah mempromosikan benda yang tiada.

Dunia hiburan tempatan amat kecil dan jangan jadikan pelakun-pelakun ini sumber menaikkan nama penulis-penulis yang mahu mendapat nama kerana mewancara pelakun-pelakun terkenal dan berbakat ini. Dahaga benarkah wartawan-wartawan ini untuk mendapat nama lalu menulis hal-hal peribadi? Andainya dah kehausan benar untuk menulis cerita atau kisah peribadi bolehkah ia ditulis dengan berhemah, bersulam gurauan ataupun usikan semoga pembaca mampu tersenyum ketika membaca. Sesekali para wartawan perlu melihat diri sendiri dan bertanya adakah manis kalau cerita kita dihebahkan? Apakah tidak tergugat hubungan dan ikatan pernikahan andainya sering diganggu oleh keluarga dan kawan-kawan? Apakah mungkin tidak nanti kita menagih simpati bagi memberi ruang dan masa untuk menyelesaikan segala salah faham dan sengketa antara berdua dengan baik? Janganlah terus-terusan jadikan alasan bahawa hidup pelakon dan penyanyi menjadi hidangan peminat lalu memberikan wartawan hak untuk menulis kisah peribadi mereka dengan sewenang-wenangnya. Jangan sesekali mengambil mudah perkara ini walaupun atas alasan kerja. Berfikirlah sejenak hati dan perasaan mereka, salahkah untuk berbuat begitu?

Ingin rasanya mendengar penjelasan wartawan kenapa dan mengapa adanya pilih kasih dalam menulis rencana tentang artis-artis kita dan kenapa cara penulisan semakin hari semakin meruntuhkan keindahan bahasa itu sendiri? Kenapa dan mengapa juga lain yang ditanya lain yang ditulis? Fakta dan isi diputar belitkan? Mungkinkah saya bermimpi?

Kepada Remy dan Tiz serta insan-insan seni yang lain, kini telah tiba masanya untuk bertegas dalam soal ini. Walaupun seringkali dikatakan biasa menjadi anak seni hidup peribadi dicungkil dan dijaja akan tetapi saya merasakan perlunya batas pemisah dan had dalam sesuatu perkara. Belajarlah mempertahankan hak kita dengan menggunakan undang-undang masyarakat yang ada. Kita punya undang-undang akan tetapi perasaan bertolak ansur terlalu digunakan sehingga membuat golongan ini memijak kepala. Ia sekadar pendapat peribadi, semoga dapat dipertimbangkan.

Sanaa : 09/03/2012

*****

Nafi putus kasih

Oleh Muhamad Fairoz Azizan
muhamadfairoz@bharian.com.my
2012/03/09

Cinta Jangan Pergi papar kisah hubungan Tiz, Remy

LUAHAN Remy Ishak yang mengakui memerlukan masa tatkala disentuh perihal cintanya yang dikatakan sudah berakhir mengundang persoalan memandangkan sebelum ini dia dan Tiz Zaqyah dilihat serasi bersama.

Cuma berbanding diri si jejaka, pihak gadis pula dilihat selesa ketika berkali-kali membuat penafian. Malah dia menegaskan, mereka masih bersama hingga sekarang.

Saya tidak faham, kenapa soalan mengenai gosip sama juga yang diajukan, sedangkan saya sudah pun memberi komen kepada media sebelum ini yang kami masih lagi bersama. – Tiz Zaqyah, Pelakon Tegas Tiz saat ditemui pada sidang media Wanita Inspirasiku di Kota Damansara semalam, selagi kenyataan putus hubungan tidak keluar daripada mulut Remy sendiri, selagi itu dia tidak akan percaya dengan segala desas-desus yang bertebaran.

Bagi pelakon berusia 24 tahun ini, hanya kesibukan tugas yang membuatkan orang luar jarang terlihat kelibat mereka berdua, sehingga timbul cerita kurang enak menyatakan segala-galanya sudah berakhir.

“Kami masih bersama dan gosip yang mengatakan kami putus tidak berasas. Kalau benar dia (Remy) yang mengatakan hubungan kami sudah berakhir, kenapa tidak di depan saya?

“Mungkin orang salah anggap kerana tidak melihat kami ke mana-mana bersama. Hakikatnya, perhubungan kami masih seperti dulu,” katanya dengan tenang. Seakan memahami persoalan berkaitan hubungan bakal diaju media semetelah kekasihnya sendiri dikatakan pernah memaklumkan kepada teman media dirinya sudah kembali solo, Tiz cukup berhati-hati menyusun bicara.

Walau kurang selesa berkongsi soal hati, pelakon Nur Kasih itu tetap membalas setiap persoalan, cuma dari bahasa tubuh serta riak wajahnya, dia seperti cuba menyembunyikan sesuatu.

“Saya tidak faham, kenapa soalan mengenai gosip sama juga yang diajukan, sedangkan saya sudah pun memberi komen kepada media sebelum ini yang kami masih lagi bersama.

“Itu cuma gosip dan bagi saya pula, adalah lebih selesa untuk bercerita mengenai karier berbanding soal peribadi. Publisiti sebegini kena adil dan seiring dengan karier saya kerana peminat juga ingin tahu fasal karier, bukan hanya gosip,” katanya.

Menyentuh mengenai jangka hayat perhubungan mereka, Tiz menyerahkannya kepada ketentuan Tuhan. Dia juga sedia menerimanya sebagai takdir jika tiada jodoh di antara mereka.

Sibuk dengan penggambaran drama terbaru berjudul Dejavu Di Kinabalu, Tiz memegang watak Nadira bergandingan dengan Aqasha yang membawa watak Amar. Turut berlakon bersama mereka ialah pelakon baru, Aisyah.

Selain itu, Tiz juga akan bergandingan dengan kekasih hatinya dalam drama Cinta Jangan Pergi yang akan menjalani penggambaran di Eropah, Jun ini.

“Skrip ditulis oleh Zul Huzaimi dan sedikit sebanyak ia ada kaitan dengan kisah percintaan kami. Mungkin drama ini akan dapat menguatkan lagi pandangan orang mengenai hubungan kami,” katanya.

Compiled by : Sanaa 09/03/12

*****
Tiz Zaqyah Zak

Salam,
Sedikit info.Ada kesilapan dalam artikel dalam Berita Harian tentang CINTA JANGAN PERGI.Ia ditulis oleh MIRA MUSTAFFA , bukan Zul Huzaimy.Dan ia tidak langsung ada kaitan dengan hidup Tiz atau mana mana pihak,seperti yang diterangkan dalam artikel tersebut.
Minta take note ya,salam

Credit to Tiz Zaqyah Zak fb status dated 09/03/12 approximately at 8.40 am.

Compiled by : Sanaa 09/03/12

8 Responses

  1. Orchid if possible email me. Tuesday I’m off again for 2 weeks. Thks.

  2. Sorry Orchid, someone cakap kat I, not referring to your article. Buat apa I suka, I don’t know them, just admiring their talent babe. No hard feelings.

    • neither do I but I do love seeing them together as much as I adore and admire their talent. selagi terdaya dan termampu doa tetap I iringkan semuga mrk bertemu bahagia bersama berdua didunia hinggalah ke akhirat…Aminn

  3. Hi Orchid. Remember me??
    Susah nak masuk blog ni coz there was a problem dgn Gmail. Benarkah ni? Diorg dah berpisah? Tak apa jodoh itu ketentuan Ilahi. Tapi apa2 pun jgnlah org khianati org lain. Nice of you to give them your support.
    Have a nice day.

    • hi tehbunga25

      thanks for being here and siapa kata remy and tiz berpisah? Did I say it in my article? Mcm you seronok saja pulak if RITZ berpisah….you too have a great day.

  4. kagum dgn ulasan shana..terperinci dan berilmu..wartawan berita harian mmg patut berguru dgn shana.ade fakta dan hujjah.baru profesion kewartawan dimalaysia ini dihormati lagi2 wartawan hiburan.tahap kewarasan dan keprofisionalisme dan semakin hanyut dan lenyap.
    mmg betul paling cepatdan pantas bercerita ttg keburukan RETIZ adalah wartawa bH. yang musykil..pengumuman Remy mmg dia dgn tiz bercinta..tidak menarik perhatian paper BH..makin remy diperli..konon segan nak mengaku takut saham jatuh.masyaallah ..seorg yg amat tertutup dlm soal hati sanggup mengumumkan perhubungan diwaktu hari jadi sang kekasih..supaya tidak menjadi bahan cerita yg berpanjangan akhirnya dikata sedemikian.Dimana adab dan kehormatan wartwan tentang erti kasih dan kemanusian.kalau kat negara barat..pengumuman remy nie dah dpt standing obeisance.Di sini ..makin kena perli dan kutuk.langsung x menghargai perasaan cinta manusia.
    Namun yg paling gigih mencanangkan perhubungan RETIZ putus akbar inilah juga.kajian demi kajian..face book dan twitter termasuk gerak badan dan mimik wajah RETIZ menjadi subjek utama.speecless dgn wartawan begini.mmg etika kewartawanan bahagian hiburan mmg sgt jiik….harapan moga RETIZ kuat dan semakin kuat dlm mengharungi badai gelombang ini..dan berdoa agar mrk akhirnya dpt bersatu..menutup mulut2 longkang nie agak senyap dlm membuat tohmahan dan tafsiran…AMIN.Tq shana..kerana terus meyakinkan kami ..bahawa RETIZ sentiasa bersatu hati..dan angan menjadi realiti.pasti!!!!!tq dear…moga ketabahan dan kebahagian menjadi ilik shana jua…

  5. Salam pagi sabtu,

    Mula2 membaca akhbar berita harian yg memuatkan cerita basi ttg hubungan Remy & Tiz, hati sudah berdetik, mesti ada cerita yg kureng enak bakal disajikan. Telahan saya mmg tepat, dahlah menyiarkan berita yg mmg sudah pun basi utk dibaca, lepas tu fakta2 yg diberikan semua bersimpang siur, semua tak betul. Macam dah takde benda lain yg hendak ditulis, nak kata tak reti bahasa, bertugas menjadi wartawan, tentu byk pengalaman dan kaya dgn pengetahuan.

    Kelakar pun ada, bila wartawan mengatakan CJP itu dihasilkan oleh Zul Huzaimy. Setahu saya Zul Huzaimy seorang pelakon, bukan penulis skrip (pada pengetahuan saya lah). Lepas tu, memandai cakap CJP tu kisah Remy & Tiz. Macam2 benda dorang buat utk lariskan akhbar kan?

    Kepada Remy & Tiz, harap bersabarlah. Allah sentiasa bersama dengan orang yg kuat imannya. Kami sentiasa menyokong anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: