• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • March 2012
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Archives

Siapa VS Siapa?

Salam pagi kepada teman-teman
Harapnya sudah bersarapan
Pagi indah lagi nyaman
Sihat ceria diharapkan

Di awal pagi terduga kesabaran
Sang Pencerita terus meroyan
Kisah pasangan sepadan masih bersiaran
Tak habis-habis dikejar wartawan

Semalam Berita Harian hari ini Berita Harian
Gosip bertaburan di ruangan hiburan
Kepala hamba geleng tak tertahan
Melihat perangai sesetengah wartawan

Tanpa jemu menulis setiap hari
Cerita provokasi Remy dan Tizzy
Wartawan veteran tak terkecuali
Bagaikan seronok mencemuh sana sini

Kak Pora penulis dikenali
Ruangan khas Bi-Pop cerita sensasi
Entah apa yang dimahu dari Remy Tizzy
Yang dicuit setiap hari

Adil atau tidak bukannya bicara
Namun timbul jua tanda tanya
Anugerah Bintang Popular jijik terasa
Sekiranya ini mainan akhbar ternama

Sang Pencerita insan biasa
Berfikiran positif tiada salah sangka
Akan tetapi fikirlah kita bersama
Ditepis-tepis tempias terkena juga

Wahai Kak Pora yang bijaksana
Adakah anda telah berumahtangga
Jawapan belum ataupun sudah sama sahaja
Badai dugaan pasti melanda

Bayangkanlah di suatu hari
Tatkala kasih mekar bersemi
Datanglah “kumbang” menghampiri
“Mata” melihat cerita dimulai

Hari pertama berita disampaikan
Kekasih hati masih mampu bertahan
Lama-lama jadi pertengkaran
Oleh “berita-berita” yang berputaran

Rayuan Kak Pora tidak didengari
Walaupun berkata fitnah semuanya ini
Airmata darah mengalir tiada simpati
Tinggallah Kak Pora seorang diri

“Syaitan dan iblis” bertepuk tangan
Kerana mampu merosakan
Hubungan cinta kedua insan
Yang asyik di alam percintaan

Apalagi yang hendak disesali
Tatkala kekasih berlalu pergi
Lebih derita apabila bersuami
Perceraian diminta dari fitnah yang berlari

Berkata sudah memujuk sudah
Namun hati kian parah
Oleh kerana fitnah yang bersepah
Kepercayaan hilang cinta juga musnah

Sedarlah wahai Kak Pora
Kerja juga ibadah dijaga
Jangan nanti akibat melanda
Kepada diri dan juga keluarga

Gurau senda janganlah melepasi
Adab sopan hidup sehari-hari
Bukan hamba bijak bistari
Sekadar sama-sama mengingati

Tiada hamba kenal Remy dan Tizzy
Dugaan dan cabaran yang dilalui
Hanya secebis disudut hati
Merasa kasih kepada pasangan ini

Jodoh pertemuan Allah tentukan
Ajal maut tidak juga ketahuan
Berpada-pada dengan tugasan
Usik mengusik jangan di luar batasan

Semalam Berita Harian hari ini Berita Harian
Hari-hari ada saja yang dilapurkan
Anugerah Bintang Popular mendapat sambutan
Begitu hina piala kemenangan

Calon-calon anugerah hebat belaka
Favourite dah pasti pujian sahaja
Yang tiada “back-up” gossip melanda
Permainan dunia beginilah ceritanya

Sejak sang pencerita jadi pemerhati
Anugerah yang dikata berprestij ini
Fahamkah apa itu “prestige” wahai pengundi
Perkataan diguna namun tidak dimengerti

Kepada para wartawan Berita Harian
Apakah anda semua memang kehausan
Dari permulaan hingga pengumuman
Remy dan Tizzy menjadi bahan

Setelah lama dalam pengamatan
Amatlah buruk perangai wartawan
Column hiburan mendapat sambutan
Dek kerana gossip yang bertempiaran

Tontonlah sesekali di sebalik tabir
Wartawan bertanya bintang ternama
A List Hollywood yang penuh glamour
Keseronokan bercerita tentang filem mereka

Pelakon bercerita penuh ghairah
Kerana mereka bersusah payah
Bekerja setiap hari tanpa kenal penat lelah
Hasilnya mereka gembira tak sudah

Tenang dan santai mereka bercerita
Semuanya tentang filem mereka
Kerjasama bersama pelakon yang ada
Mendengar juga rasa amat teruja

Sudah hamba kehabisan kata-kata
Untuk ditulis pada semua
Akal fikiran yang kita ada
Bagaikan tidak dididik sekian lama

Manusia sama sahaja di mana-mana
Walau apapun kepercayaan yang mereka bawa
Satu hari apabila tiba masa
Kita semua pasti akan merasa

Oleh itu beringatlah wahai semua
Tak kira wartawan atau orang ternama
Jangan nanti di akhir hayat kita
Nafas dihembus tercelik mata

Mohon maaf sementara ada
Begitu jua dengan sang pencerita
Sepuluh jari disusun maaf ku pinta
Kerana menulis melepas rasa

Sama-samalah kita perbaiki
Niat hati perjalanan hidup ini
Janganlah menulis sesuka hati
Satu hari ia akan menghantui

Bertabahlah merpati dua sejoli
Firasat hamba tetap merasai
Bahawa kasih yang mekar bersemi
Kerana ikhlas hati menyayangi

Sang Pencerita mohon berhenti
Kepada Kak Pora ingat-ingatlah sendiri
Hidup di dunia akhirnya mati
Seronok menulis jangan pula lupa diri

Esok lusa anak-anak masuk dunia seni
Wartawan hambat pula ke sana sini
Bila dah kawin bercerai nanti
Jangan pula wartawan ditunding jari

Respect earned bukan dibeli
Kak Pora tentu tahu hal begini
Sekali lagi sekadar sama-sama mengingati
Happy Sunday kak…adios dariku di sini

Owned and written by : Sanaa 11/03/2012

10 Responses

  1. Salam Sanaa..:)

    If i’m not mistaken, almost 2 months this issue arised..Can’t imagine how RITZ felt..

    Analysis u superb, Sanaa..BH reporters seems ade maksud tersirat towards this couple.Kesian, tak pasal-pasal relationship RITZ kena tempias..I personally, strongly believe they both are fine.. Not to deny that, sometimes..Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula sedang masih berhubungan..

    Maybe nothing can satisfy those reporters, bila tak declare, sibuk nak suh declare.Bila dah declare, sibuk pula perli2…Ingat harini jatuh cinta, terus kena announce ke..bila dah couple, sibuk tanye dah break ke?bila org deny, timbul macam2 spekulasi dari bahasa badan, gesture çam menyembunyikan sesuatu’..bila dah kawin, pula sibuk gosip itulah inilah..bila nak habis?
    bak kata Tiz, selagi ada manusia tetap akan ada gossip..

    Sabar dan tabahlah dua hati yang sedang berkasih, onak sepanjang jalan memang tak terjangkau dek akal..apatah lagi bila bergelar celebrity..Emm..semoga Allah meneguhkan hati-hati kamu berdua selamanya, sbgmn teguhnya cinta Adam dan Hawa..

    • Wassalam Aesha

      As for me juga I do believe ritz are fine. mereka pun manusia biasa juga…ada masa tercuit hati, ada masa geram timbul sana sini, ada masa marah berapi dan tentunya ada masa kasih perlu terus disirami.

      Macam yang I selalu ckp, I’ve accepted they are celebrities and their personal life juga jadi tontonan umum kerana segelintir pembaca lebih cenderung kepada bahan2 yg begitu akan tetapi apabila terlalu banyak di soal lebih2 lagi dlm keadaan di mana preview filem, pra tonton dan yg terbaru ketika perasmian Wanita Inspirasiku for TV3 ia bukanlah tempat dan masa yg sesuai. Lebih buruk lagi bila lapuran or article dikeluarkan hampir 3/4 mukasurat bertulis kisah peribadi instead of their career or project. As for me the wartawan tak hormatkan org yg di interview dan juga majlis which I rasa perkara sebegini tidak berlaku di Hollywood. During premiere their focus is on the film bkn peribadi, if they do that pastinya kena saman. Di Hollywood yg buat kerja2 ‘mencuri”, “menampal”, provoke and interference ni adalah paparazi which they have special column in authorise magazine to publish the articles.

      It is a learning subject for me too…to understand a word yg makin hilang di antara hubungan manusia ‘RESPECT’…walaupun dah berbuih mulut Tiz bercakap until dah tak ada apalagi yg hendak dicakap tapi org tetap menulis juga.

      Insha’Allah kekuatan Remy and Tiz kita tak tahu dan hikmah yang tersimpan jua blm kita ketahui. Doa yang ikhlas pasti akan terus mengiringi semoga ketabahan bertapak di hati bagi melayari pahit getir bergelar anak seni dan dgn segala dugaan ygn ditempuh dan dilalui dpt mengukuhkan cinta yg ikhlas lagi murni di hati kedua insan ini.

      Pleasant afternoon dear…

  2. Assalamualaikum.. hurmm dah datang balik dah penyakit ‘media'<-semua yg seangkatan dgnnya..
    hai sanaa, baru dapat baca entry2 u ni.wah semenjak akhir2 ni mcm asik nak marah jek? sabar ye..😉
    come to think of it kan its all becoz of that little thing called 'beri saya masa'-remy kot??bkn niat nak percaya my teori only..jgn marah..factor situasi/masa/keadaan maybe x sesuai for remy BUT..but would it be nice & simple if he can just say 'we're doing fine/good' thanks for asking..perhaps? ..dah tu x payah nak maaf2 bagai..the rest is behind close door la kan ..rasanye itu saja yg ingin d "dengar" "ketahui" oleh fan tiz..
    i agree pada yg post kata cara lelaki/perempuan pendekatannye berbeza..yes but don't try to play with them*media*, bila d ajak*indirectly* hah ini la jadinya..its been a week gosip ni d besarkn sebabnya Remy Ishak & Tiz Zaqyah! media tau the amount of interest yg mereka dapat dari figura ini.. such an interesting story to debate kan? yg mcm kita tgh buat ni heh
    sikit x setuju when u said *abt gosip putus* tiz punya fan lebih taksub n menyalahkan remy, some ya but most of them x.. kata2 yg tiz tulus, baik, ikhlas etc sbb menafikan gosip yet remy mcm tu pulak<-konon ye. think they just nak menyelami jiwa tiz ala feeling la..walaupon dia nmpk ok jek *luaran* ..actually remytiz ni ada pengikut kuat masing2.. sanaa, i rasa kan fan remy kdg suka main2 kn statement tiz while fan tiz kdg sikit emo(mcm i kot) ..menyusuri semua laporan media tv/akhbar/gosip ni kan boleh d katakan semua yg salah d bahu Tiz y yea.. masa remy tulis poem itew, famili remy x suka tiz, balik ke perangai asal *clubbing*etc, paling BS ada lelaki lain..wow & ini yg buat pengikut tegar tiz :'-( T_T sebenarnye.. but tiz never play a pity party..loved that abt her plus she never a media darling anw..while remy sbnrnya ada bad reputation dgn media rite but still for some reporters ramai yg favor remy cuma indenial jek*byk repots yg 1/2 alam* ..n sesetengah pengikut tegar remy bersuka ria nak tgk remy SOLO balik kot..then bammm, keluar pic with sweet lil notes by tiz that make my fren n their fan go aaaaahhh. its like tiz faham n nak 'mereka' tau yg "they're fine n He is there for her" ..u get what i mean rite sann, peminat remytiz ni mmg mcm2 fesyen kan.. ada itu ada ini..haih
    ok maaf ye dgn post i yg maha panjang ini n maaf andai kata2 ini mengguris sanaa n yg lain2..sekadar pendapat saja n feel free to disagree..
    still for the media, provokasi/telahan mereka tidak berjaya *padan muka* coz their love getting stronger n stronger ..InsyaAllah..
    Salam

    • Waalaikomsalam Zoey

      Thanks for the comment. The bottom line of the issue is provocation and interference tak kiralah dari fans or media. The media highlight what Tiz said which we as the reader accepted as tulus and jujur. Did all printed datang dari mulut Tiz? Sepatah perkataan dari Remy iaitu “masa” sekali lagi memenuhi ruang fikir the fanatic and general fans. Seandainya tidak silap saya membaca tertera juga cukuplah sekadar saya memberitahu kami masih lagi berhubung dan berkawan. Itu yang tertera dari “mulut” Remy according to wartawan. Manipulation of speech and carrier boleh jadi mcm2 to increase the buzz among the fans which yang terlebih memuji Remy and Tiz and which they forgot something ‘it takes two to tango”. Remy and Tiz sama saja (they are able to increase the buzz among fans) no doubt they have their own strong and fanatic supporter but sadly not able to think of them as “couple”. If the fans are only focusing on Remy and Tiz career that’s fine..separate them but if you want to get “involve” in their relationship my suggestion is not just read their social media web such as fb, twitter and insta but understand and scrutiny them.

      As usual the papers nak rating jualan as I must say they have the target to meet and whatever history Remy had with the press and Tiz not being the media darling now is the best time for BH to create the buzz and sensation. Unfortunately they are not professional enough, the personal issues menjadi topic utama and we as readers and so called fans sebenarnya increases the buzz. Don’t you think so? For the amount of email I recd, messages in my fb msg box and the way fans tulis and commented kat fb begitu juga perli2 towards Tiz from Remy’s fans, all the tafsiran towards Remy’s blog bukankah kita yang “memulakan”? What the wartawan needs to know is do the random checking in the comments column and spread the news. As we know yg rumours carried by haters, spread by fools and accepted by the idiots. Fans jadi gabra with the report and mulalah bagi nasihat berkati2 berkoyan2 kat Tiz with sympathy but Tiz does not take it that way which I think I stated in one of my article.

      From my personal point of view, Tiz share sedikit sebanyak abt her feelings in their relationship and as for Remy hanya Tiz saja berhak tahu segala isi hatinya, the rest tak perlu tahu. So bila kita tengok segala komen, insta and bagai sedikit sebanyak akan merasakan tidak adil for Remy berbuat demikian. Jujurnya Zoey kadang kala I mampu termuntah membaca pujian2 peminat Tiz kat her fb and I did ask myself adakah semuanya faham isi hati Tiz and her status. Reading their comments and reading and understanding Tiz status adakalanya mampu menjadi antara langit dan bumi. No doubt semua org nak cuba selami dan dalami hati Tiz through her fb status, pictures and tweetgram but how to faham and feel kalau semuanya ambik literally saja. You and I know that pictures print a thousand words…my conclusion is don’t judge and don’t ever try to evaluate RITZ…don’t dance if we don’t know the step because sooner or later we might fall or make a fool of ourselves.

      Enjoy your day dear…take care.

      P/S..ada satu yg I tertinggal..apa yg remy cuba sampaikan to the wartawan and all the readers “mind your own business” itu lagi satu my interpretation because he was interviewed while attending the premiere of “Bunohan” which my guess is he was invited to that event. tak bersesuaian tempat dan masa utk bertanya hal-hal peribadi baikpun hal kerja. the other key word kat sini adalah “RESPECT”

  3. salaam,

    hilang pulak komen saya tadi … apa ye KakPora tulis ..saya tak boleh nak baca online . Semoga RITZ kuat dgn dugaan yg tak putus putus. Bukan senang utk bertahan selama ini kalau tak kuat sebab ramai sangat yg cucuk kiri kanan dgn cerita cerita yg tak betul .

    • Wassalam Hana

      detailnya nanti saya cuba paste kat sini bila ada kelapangan nanti. Tajuknya “Mengakulah saja remy – tiz”. kak Pora minta ritz mengaku dah break-up sbb katanya ri dah inform fellow friends he is single again and kaitkan ri pergi jakarta tu sbb bawak diri. mmg bodoh betul kan? i mmg tak faham cara BH nie. mungkin mrk marah dgn ritz sbb tak bekerjasama during abp tour or masa interview soal cinta…just my perception.

      thank you for being here…pleasant evening.

  4. Salaam,

    Apa yg kak Pora tulis ? Boleh share di sini … saya tak dapat nak baca online . Semoa jodoh RITZ kuat … bukan senang untuk mereka berdua bertahan sebegini lama kalau ramai yg dengki dan cucuk kiri kanan membawa berita yg tak benar .

  5. Salam Sanaa…

    Herm, sayangnya i tak dpt baca ape Kak Pora tulis about ritz. Must be really ‘stinky’ aye that u dedicate pantun to her… hehehe… whateva it is, hopefully dugaan2 ni lebih menguatkan hubungan Remy & Tiz… They don’t deserve to be treated this way… but as far as I’m concern, the more special you are, the more tests of life will be given to you. Having said this, I strongly believe that RITZ are the special ones that many of the jealousy hearts always struggling hard to keep their sanity away & fall down. Obviously, those tests will only make RITZ even stronger and hurt the haters even more. Trust me, even RITZ nti dah kawin & bahagia ke anak cucu pun, masih ada cerita2 jahat yg akan cuba merosakkan hubungan mereka. I tetap akan doakan kebahagiaan mereka smpi bila2 & semoga mereka terus kuat menempuh dugaan demi dugaan. And RITZ still earn my utmost respect sbb they don’t have to menunjukkan kemesraan yg berlebihan like berpeluk sakan & berlentok bagai saat mengumumkan percintaan dan mempertahankan hubungan. RITZ bukan mcm kebanyakan artis2 lain yg poyo nk rangkul pinggang la, peluk cium la nk menunjukkan tgh hangat bercinta…they do it in their own special way, cukup dgn pengumuman mengejut di media & their sweet messages/pictures in their personal social media accounts utk menggambarkan kebahagiaan diorg. Cuma wartawan2 bengap & busuk hati ni jer yg tak dpt nak tafsir sbb hati dah hitam dgn niat2 jahat, cuma sayangnya di tangan mereka2 yg sengal ni lah kuasa menulis dan menyiarkan berita berada. Hasilnya, dpt kita lihat sndiri ape yg terpampang di akhbar… sooo pathetic… Mmg rasa nak lempang je diorg ni sorg2… hehehehe… sorry, ter emo plak i tetiba…
    Okla sanaa… keep on writing inspiring stuffs… i am ur number one fan of ur creative writings tau! Take care dear… c u around…

    • Wassalam Lia…

      I’m truly sorry tak dpt nak tulis panjang2 for now and rasany tak perlulah baca apa yg Kak Pora tulis tu but anyway if I can get a copy will paste it here.

      Ok dear..take care and thanks for the support. C U around

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: