• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • March 2012
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Archives

Kecuaian

Perjalanan kehidupan tiada siapa dapat menduga. Tua, muda, miskin dan kaya adalah wajah-wajah yang menghiasi alam ini. Semalam telah berlalu, esok belum tentu dan hari ini menjadi milik kita selagi kita diizinkan bernafas dan menikmati segala bentuk ragam kehidupan. Jangan dikenang perkara yang lepas bakal merosak diri sendiri jangan dirintih perkara yang terjadi kerana ia ketentuan Ilahi. Bait-bait kata penuh bermakna sering dan akan kedengaran ketika kita melewati saat duka dan bersedih. Pujukan demi pujukan dan rayuan demi rayuan pasti kedengaran bagi membangkitkan semangat insan-insan yang sedang dalam kedukaan. “Berat mata memandang berat lagi bahu memikul” bidalan yang tidak pernah hilang dek zaman. Begitulah yang sedang bergolak di fikiran saya sekarang.

Berita kehilangan dan penculikan anak-anak telah lama berlaku. Saya memang tidak ada kronologi kejadian yang berlaku di masa-masa lalu dan begitu juga yang menimpa Nurul Nadirah Abdullah (Dirang) berusia 5 tahun yang dilapurkan hilang pada 1hb Mac 2012 yang baru lalu. Saya hanya membaca kisah kehilangan Dirang apabila tajuk utama akhbar tempatan mengatakan menemui mayat yang dibunuh dan dibakar. Terdetik perkataan kejam di hati membuatkan saya membaca isi kandungan berita tersebut. Dirang dikatakan keluar dari rumah pada petang 1hb Mac untuk ke kedai membeli sebungkus mee dan telor. Semasa dalam perjalanan ke kedai ibu saudara Dirang ada terserempak dengannya lalu menyapa dan bertanya. Besar kemungkinan berpuas hati dengan jawapan diberi ibu saudara Dirang berlalu pergi dan anak kecil itu terus ke kedai barangkali. Itulah anggapan yang saya buat ketika membaca rentetan kejadian. Lapuran polis dibuat apabila Dirang tidak kembali ke rumah.

Apabila sudah membaca sedikit saya mula mencari satu dua artikel yang berkaitan dengan kehilangan Dirang. Tidak banyak yang saya temui yang membawa kepada kejadian cuma anak kecil ini diminta ke kedai oleh ibunya. Namun hati saya luluh di pagi ini apabila bercerita perihal Dirang bersama seorang kawan di mana ada satu artikel menyebut Dirang diminta ke kedai kerana ibunya asyik dengan facebook. Sebelum itu fikiran saya asyik bertanya-tanya kenapa anak sekecil itu diminta ke kedai? Mereka sekeluarga duduk di tingkat 4 sebuah flat kediaman dan tentunya kedai berada di tingkat bawah sekali. Memang mungkin sudah tertulis ajalnya Dirang begini tapi apakah kita tidak menyoal kecuaian diri sebagai ibu dan keluarga? Terbayang-bayang di mata saya wajah anak-anak saudara yang seusia Dirang, wajah girang mereka bermain dan tidak dibenarkan bermain di halaman rumah dan tepi kolam ikan tanpa pengawasan orang dewasa inikan pula untuk melepaskan anak sekecil itu untuk ke kedai membeli barang. Dirang telah menemui jalannya dan pasti keluarganya akan sentiasa dihimpit sedih dan kecewa. Kita sebagai pembaca, pemerhati dan orang luar mungkin akan lupa kisah ini dalam sehari dua tapi apakah mungkin ada pengajaran buat kita?

Melalui lapuran-lapuran akhbar, ibu mangsa dan juga keluarga mangsa meraung dan meratap pemergian Dirang. Siasatan polis juga perlu mencari punca (clue) untuk meneruskan siasatan hingga tertangkapnya penculik dan pembunuh kejam ini. Adakah keluarga mereka mempunyai musuh? Adakah mereka dari kalangan orang berada dan berharta. Sekali lagi mengikut lapuran akhbar ibu mangsa mengatakan mereka adalah keluarga susah dan tidak berharta akan tetapi ada tuntutan wang tebusan sebanyak RM30K. Beberapa panggilan dan sms berupa ugutan diterima oleh ibu mangsa sebelum mayat Dirang ditemui. Tuntutan permulaan berjumlah RM10K minta diserahkan bagi menjamin keselamatan Dirang. Ugutan yang berbunyi “kalau wang tidak diterima, Dirang akan dibunuh” dan ada juga ugutan yang berbunyi “kalau wang tidak diterima, Dirang akan dijual kepada sindiket penjualan kanak-kank di Thailand”. Wang tebusan minta diserahkan di satu daerah di Kelantan (malangnya saya tidak dapat mencari archive lapuran ini). Bak kata orang Indonesia bolak balik cerita tetap sama juga. Dirang sudah tiada dan pemergiannya amat kejam di mata kita namun apakah intipati disebalik kejadian kepada kita yang masih hidup dan punyai anak-anak kecil sebegini.

Sememangnya benar, ajal dan maut serta jodoh pertemuan bukan ketentuan kita. Akan tetapi ingat dan sedarilah Allah telah mengurniakan kita dengan cukup sifat serta akal fikiran untuk kita berfikir dan mencorak landasan hidup ini. Usaha tangga jaya kata orang tua-tua, beringat sebelum kena pesan mereka lagi. Namun sedih tetap mengundang apabila di zaman yang serba canggih ini kita lupa akan sifat-sifat kehidupan, tanggungjawab sesama insan dan keperihatinan dan yang paling utama adalah amanah Allah kepada sepasang suami isteri. Anak adalah amanah yang tidak ternilai dalam ikatan perkahwinan yang terhasil dari titisan kasih suami isteri.

Apakah kelalaian tidak dikenal pasti? Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna, satu lagi pepatah buat kita meniti hidup ini. Kita boleh terus mengatakan perbuatan sipenculik dan pembunuh adalah kejam dan tidak berhati perut. Bertanya lagi apakah salah anak sekecil ini diperlakukan begitu? Apakah salah kedua ibubapa mereka sehingga terjadi begini? Jawapan kepada soalan-soalan ini selalunya tundingan jari akan berbalik kepada diri sendiri, bukan hanya satu tapi empat. Tidak sesekali saya menuduh keluarga Dirang tidak menyayanginya akan tetapi satu kesilapan kecil pasti akan membawa penyesalan sepanjang hayat. Sudahlah anak mati dibunuh, mayat pula dibakar dan yang tinggal adalah tulang rangka yang pengesahan dibuat berdasarkan ujian makmal. Apakah mampu mata terpejam erat mengenangkan semuanya ini? Apakah mampu kekuatan dibina kembali? Sejauh manakah kita mampu meneruskan kehidupan supaya anak-anak lain tidak mengalami nasib yang sama? Apakah pula tanggungjawab kita sebagai ahli masyarakat dalam membendung gejala sebegini?

Kejadian sebegini kalau di negara barat, kedua ibubapa mangsa yang akan ditahan atas sebab kecuaian akan tetapi sistem begitu tidak digunapakai di negara kita. Kita akan terus menanti pihak polis membawa pesalah kemuka pengadilan untuk diadili. Selama mana pula penantian keluarga mangsa ini?

Soalan demi soalan akan berputar, kejadian tidak lekang dari pendengaran. Oleh itu hargailah segala pemberian Allah kepada kita dan bersyukur di atas nikmat kurniaanNYA. Belajarlah dari segala kesilapan dan demi masa yang masih bersisa berusahalah mengubah keadaan kerana kekuatan yang ada pada kita saja mampu mengubahnya. Sekali lagi saya ingin berpesan, menuding jari amatlah mudah akan tetapi ingatlah diri kita sendiri sebelum menyalahkan sesiapa.

Ambillah ikhtibar dari kejadian ini buat renungan dan panduan kita bersama.

Sekadar berkongsi : Sanaa 15/03/12

*****

Mayat rentung ditemui disahkan Nurul Nadirah – Polis

12/03/2012 7:45pm

Oleh NURUL HUDA HASSAN

JOHOR BAHRU 12 Mac – Polis hari ini mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di sini adalah Nurul Nadirah Abdullah, 5, kanak-kanak yang hilang dari rumah sejak 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat ke atas mayat rentung yang ditemui sebelum ini.

Menurut polis, mayat rentung tersebut ditemui pada 8 Mac lalu. – UTUSAN

*****

Selamat dikebumikan

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 14 Mac – Jenazah kanak-kanak mangsa bunuh dan bakar Nurul Nadirah Abdullah, 5, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pertanian Masai, di sini kira-kira 1.30 petang ini.

Keadaan hujan renyai-renyai dengan cuaca mendung mengiringi pengebumian kanak-kanak itu, seolah-olah turut sama menangisi pemergian Nurul Nadirah atau lebih dikenali sebagai Dirang, yang menjadi mangsa pembunuhan kejam.

Selain ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, bapa tirinya, Lima Medang, 25, dan kaum keluarga terdekat, hampir 100 orang terdiri daripada jiran dan masyarakat setempat yang simpati dengan nasib insan kerdil yang tidak berdosa itu turut sama menghadiri pengkebumian itu.

Note: Bapa kandung Dirang adalah di antara suspek dalam pembunuhan kejam ini.

Tatih sampai lemas
Oleh Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my

AJAL…Nik Mohamad Iqbal ditemui terapung, kelmarin.

LINI…tak sedar anak keluar
KOTA BHARU: Seorang bayi berusia 15 bulan yang baru belajar berjalan, mati lemas di Sungai Kuala Besar, berhampiran rumah keluarganya Kampung Pantai Mek Mas, di sini, selepas keluar dari rumah seorang diri tanpa disedari ibunya yang sibuk membasuh pakaian, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, Nik Mohamad Iqbal Hazim Nik Roslan yang baru boleh berjalan sejak dua bulan lalu, dikatakan keluar melalui pintu depan rumah sebelum mayatnya ditemui terapung di sungai yang terletak kira-kira lima meter dari rumah.

Ibunya, Lini Abdullah, 27, berkata ketika kejadian, dia membasuh pakaian di bilik air, anak kedua, Nik Mohamad Ikram Amir, 9, turut berada di dalam rumah manakala anak sulung, Nik Nadia Izzati, 10, bermain di luar.

“Apabila selesai membasuh, baru saya sedar kehilangan Iqbal dan segera mencarinya di sekitar kawasan rumah hingga ke rumah sepupu, tetapi gagal menemuinya.

“Selepas 15 minit mencari, saya ke sungai dan terkejut apabila mendapati mayat bayi terapung di permukaan air. Saya terus meluru dan mengangkat mayat itu. Luluhnya hati saya apabila mendapati ia memang jasad anak saya,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

4 Responses

  1. Salam Sanaa, tiap kali berita kanak2 diculik rasa resah gelisah dan geram kerana seperti yg Sanaa cakap sudah banyak berita begini dilapurkan tetapi ibubapa & masyarakat sekeliling masih tidak mengambil iktibar. Pada Shelin bila ibubapa cuai kita sebagai masyarakat patut perihatin bila melihat sesuatu yg mencurigakan dan kurang senang dipandang, seperti pepatah peha kanan dicubit peha kiri terasa juga, pada Shelin itu lah hidup bermesyarakat. Kata2 ‘kubur sendiri, jawap sendiri’ tidak patut wujud kerana dlm Islam emphasis on tolong menolong dan banyak hukum2 dlm hidup bermesyarakat yg cukup baik dijadikan landasan supaya dpt mencegah sikap2 anti-sosial dlm kalangan ‘mahluk’ yg bertopengkan manusia. DiSingapura jarang dengar kes culik kerana kerajaan singapura memandang berat akan jenayah ni, hukuman nya ialah hukuman mati. Tapi ada suatu masa dulu banyak kes penderaan kanak2 dan kes ‘rogol’ anak sendiri mcm seperti satu wabak masa itu banyak kes sebegini timbul dan yg memalukan kebanyakan nya dari kalangan orang melayu sendiri. Kes2 begini mendapat liputan dan akhbar2 dan forum menyeru masyarakat unutk memainkan peranan untuk tolong mengecah berlakunya kes2 sebegini kerana kalau dlm keluarga kanak2 itu sendiri mereka tidak dapat mempertahankan diri kita sebagai masyarakat yg perihatin dan bila terlihat perkara yg mencurigakan dan kurang senang dgn keadaan kanak2 itu kita patut ambil tahu tak kira lah orang nak bilang kita ‘kepo’ salah atau tidak teguran kita itu , kita sudah menjalan tugas untuk memastikan masyarakat kita selamat. Masa kes mangsa dera itu dilapurkan berturut2 kita sebagai masyarakat tak kira bangsa ada memainkan peranan, seperti yg Shelin sendiri ada menyaksikan nya dikedai luar kedai kopi ada seorang ibu menengking2 anak nya seakan mcm nak pukul pun ada dan seorang nyonya yg berlalu disitu terus berteriak2 ‘ hey, what are you trying to do, beat him, is it? so many case already, want me to report to polis?’ , kepo kan nyonya ni, tapi dia perihatin dia tak malu menegur. Betul atau salah nyoyah tu at least dia ambil kisah atas tindakan ibu itu pada anak nya dan juga memberi isyarat pada sang ibu itu yg masyarat sekliling perihatin akan tindak tanduk ibu itu. Ibu tadi terus mcm terperanjat dan mcm malu pun ada dan berlalu pergi. Kita sudah tengok rupa ibu & anak itu apa2 tak eloki terjadi pada anak itu kita boleh jadi witness nya.
    Jadi pada Shelin menjadi masyarakat yg ambil berat dgn kebahagian & kesenangan sekeliling penting, Kesal Shelin dgn apa yg terjadi dgn Dirang. Melihat kanank2 5 tahun pergi kekedai kesorangan sepatutnya sudah menjadi ‘siren’ untuk masyarakat kawasan itu mengambil tahu dan meluangkan masa utk menolong dan temankan kanak2 itu untuk memastikan dia selamat pulang kerumah kerana sudah terlalu banyak kes kanak2 diculik dilapurkan diakhbar2 sebelum ini kebanyakan berakhir dgn kematian atau terus senyap tapi lapuran2 selanjutnya. Sedih cukup sedih. Shelin berharap sudah tiba masyarakat bersatu mengelakan jenayah ini terus berlaku. Sorry lah panjang lebar my comment this time but this cases really hit me on the sore spot.
    I bought a book ‘A stolen life’ by jaycee dugard a true story of a young 11 years old girl who has been kidnapped by a couple, been force to be their slaves, changed her name, forbid her from ever utering her own name & bore child for the couple until 18 year later a ‘kepo’ police man came by the ranch , look something a miss & question the couple that lead to this girl/woman freedom, after 18years!! she suffered in silence . How thankful she is to that ‘kepo’ policeman, in her own word from her book “… I am sure there are still families that look great on the outside, but if someone were to delve deeper they would discover horrors beyond belief (**Shelin teringat dgn nasib Yaya dlm ‘soffiya’ dan kanak2 lain yg face the same ordeal, that was the best drama about the horror of child abused ever hit in malaysian tv, Masyakat kampong tak ambil peduli that lead to the long ordeal & unwanted death**). For many it is so much easier to live in a self made”back-yard’ that it can be tough & scary to ventur out & leave that comfort zone behind, It is worth it though. You could be saving a person or a family who is not able to save themselves.Take my case for example 2 Berkeley cops saw something amiss & spoke up about it. Even if they would have been wrong they still did the right thing by speaking up. I will forever be grateful to them for doing the thing that I could not do for myself. Thanks Sanaa for sharing this ‘kecuian’ dapat Shelin luahkan rasa yg terbuku melihat gejala begini masih berlaku.

  2. Salam Sanaa,

    Berkenaan Dirang tu, sy ada juga baca…tak mampu nk baca in details sbb dpt turut sama merasakan peritnya hati seorang ibu kehilangan anak dgn sebegitu rupa. Sy baca skip2 dlm paper just nk tau kenapa dan bagaimana anak sekecil itu boleh diambil org, dgn harapan bukan atas kecuaian ibu bapanya yg membiarkan anak keluar rumah sendirian. Tapi bila saya jumpa info mmg itu yg terjadi, ralat dan terkilannya saya rasa. Dah byk sgt kes sebegini terjadi tapi masih ada yg tak ambik iktibar…:(
    On the other hand, wlupun rindu nk balik Msia, tapi bila teringat kes2 mcm ni, rasa susah hati juga. Kes jenayah yg pelik2 byk terjadi – kes culik, kes simbah asid, kes rogol etc. Kt NZ ni, so far tak bykla dgr kes2 mcm ni berlaku, klu ada pun kes terpencil and dah lama tak rasa risau kene ragut klu bawak handbag lenggang2. Rumah2 kt sini pun xde yg pasang grill. Rumah sy kt Msia dulu dgn grill2nya tercabut sbb ada org pecah masuk. Bila pk2 balik, tertanya pd diri sendiri kenapa negaraku yg majoritinya org Islam mengalami masalah2 begitu sdgkan negara org putih yg bukan beragama islam pula boleh hidup lebih patuh pd peraturan? Adakah org2 di Msia tak cukup bertamadun? Atau mentaliti masih rendah? Persoalan yg tak mampu sy jawab…
    Thanks for the good article Sanaa… have a pleasant day…

    • Wassalam Lia

      Sebenarnya saya sendiri tak ada jawapan kepada kes2 yg terjadi. Mmg telah banyak kali terjadi dan saya tak tahu nak kata apa lagi kerana sifatnya manusia telah sempurna Allah berikan. Akal dan fikiran serta kekuatan fizikal namun tak tahu di mana silapnya.

      Been there and feel what you felt right at this moment walaupun bkn dengan diri sendiri tapi adik beradik yg pernah bertugas di negara orang. Been treated as a 3rd citizen di negara orang adakalanya lebih baik dari negara sendiri. Adik2 kembali bertugas di Malaysia kerana mengenangkan anak2 nanti tak kenal datuk nenek dan ahli keluarga juga suara azan. Kalau bekerja kat negara Arab mungkin lainlah sikit but it a choice my dear and it is always a difficult choice. SEmoga Lia tabah menghadapi pilihan ini…All the best. Insha’Allah things will work-out well for you and family.

      Have a pleasant and beautiful weekend.

      P/S….I do love NZ masih tidak banyak huru hara yg diperkatakan compared to US and UK and they are not that racist as far as I know.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: