• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • March 2012
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Archives

Cincin Di Jari

Selamat pagi teman-teman
Di pagi Jumaat yang kita muliakan
Harapnya semua dalam keceriaan
Menyempurnakan tugas seharian

Di pagi hari hamba menyusuri
Lorong-lorong di kotaraya ini
Bersama carpet dan teropong sekali
Dengan harapan berjumpa cjolimoli

Peluang terlepas sudah berkali
Untuk menangkap merpati dua sejoli
Hari ini mencuba lagi
Semoga dapat tuan empunya diri

Soseh-soseh lama berbunyi
Tidak sedikit hamba mempercayai
Benar sungguh tiada apa diragui
Bahagia mereka jelaslah kini

Kejutan mereka banyak sekali
Makin diam makin berisi
Tiada pengumuman kabar diberi
Tup-tup cincin terlekat di jari

Oleh itu hati asyik tertanya-tanya
Sehingga hamba turuti Teruna Dara
Di celah mana mereka berada
Semoga terungkai soalan yang ada

Bau enak perut berbunyi
Dari manakah datangnya ini
Nasi lemak rupanya menggamit kami
Di bawah pokok kami nikmati

Shh shh shh sesama sendiri
Teropong mencuit bahu kiri
Hamba memandang hairanlah kini
Mata tertumpu tak berkelip lagi

Senyum manis di pagi hari
Begitu ceria pasangan ini
Mekar cinta semarak kini
Wajah berseri ayu sekali

Memberi salam balasan diterima
Manis sungguh Teruna Dara
Mata tak berkelip hati tertanya-tanya
Manis mereka apa rahsianya

Berkilau-kilau di pagi hari
Ketika Dara menunjuk tadi
Tersambarlah mata cincin di jari
Oh Oh ini tidak boleh jadi

Duduk mereka di hujung gerai
Kerusi yang kosong tidak berisi
Sang Pencerita tidak menunggu lagi
Peluang diambil jangan terlepas nanti

Salam diberi dengan senyuman
Jawapan diterima senyuman beriringan
Mempelawa duduk penuh sopan
Dipelawa pula hamba makan

Hamba menolak dengan sopan
Kerana baru habis nasi sepinggan
Sambil itu mata juga dikerlingkan
Melihat apa yang jadi santapan

Nasi lemak sambal petai
Enak sungguh nampak di mata
Asyik-asyik duduk mengintai
Nasib baik tak jatuh sang pencerita

Eh eh kenapa nak jatuh pula ni
Terkejut agaknya si moli
Hehehe tak ada apa…jawab hamba
Kilau-kilau kat jari tu nak tahu apa

Hehehe…cjoli ketawa disorok jari
Eh eh janganlah disorok…tunjuklah kat kami
Carpet Teropong menjadi kepochi
Kami nie hairan sejak tadi

Moli duduk diam sahaja
Nasi lemak ditambah pula
Amboii berseleranya anak Teruna
Senggeh diberi tak kata apa

Tengoklah…tengoklah hamba merayu
Cakaplah cakaplah kami nak tahu
Pujuk rayu makin laju
Tidak mengalah walau lama menunggu

Adik berdua yang kakak kasihi
Berterus teranglah jangan sembunyi
Hati ni dap dup dap dup sejak tadi
Kamu berdua pula bermain teka-teki

Wahai kakak ku sang pencerita
Dari dulu hingga sekarang telah berkata
Kakak tahu segala rahsia
Tak di cerita firasat mengena

Wahai adik ku sang Teruna
Firasat ku ikhlas adanya
Namun ramai di luar sana
Setiap hari asyik bertanya

Bertanya itu baik adanya
Tidak tersesat kalau hendak ke mana
Kita biarkan buat sementara
Esok lusa senyaplah mereka

Kalau begitu biarlah mereka
Sang Pencerita bagaimana pula
Firasat berkata sahihnya tiada
Marilah bisik sesama kita

Tersedak diriku wahai sang pencerita
Berkata Teruna mengurut dada
Dara menepuk belakang pula
Aduhh pedas pedas…perit terasa

Tahulah hamba…kamu tu pelakon ternama
Namun tak usahlah berlakon adanya
Bling bling nampak di mata
Hati ini jadi tertanya-tanya

Perut kenyang suka hati
Hati suka wajah berseri
Bling bling yang nampak di jari
Hari tu ada orang kasi

Selamba saja jawapan cjoli
Meniti senyum tidak henti
Hamba tahu mesti bukan beli sendiri
Akan tetapi…siapakah yang kasi?

Siapa ya…terlupa pula
Hatiku sudah geram terasa
Memandang pula mereka sesama
Senyum simpul bagai bermakna

Janganlah disorok…jangan pula dinafi
Kasihanilah sang pencerita di hari ini
Puas sudah berangan sendiri
Dah jumpa nie…marilah berkongsi

Wahai kakak sang pencerita
Ya saya adik Teruna
Kenapa perlu lagi nak bertanya
Semuanya telah jelas di depan mata

Dadaku urut menahan rasa
Nak lompat tinggi-tinggi nanti dikata gila
Cuba ulang wahai adik Teruna
Explain explain bagi jelas pada hamba

Opps Berita dah tamat untuk hari ini
Tunggulah suratkabar esok hari
Call time kami sekejap lagi
Oleh itu kami bermohon diri

Siaran langsung dari kami
Faham-fahamlah pantun ini
Esok-esok jumpa lagi
Sama-samalah kita lompat tinggi-tinggi

Hamba kini mohon berhenti
Seluruh alam sudah bermimpi
Ayam juga mula berbunyi
Tanda hari sudah pagi

Moga tidur dibuai mimpi
Enak mimpi jadi realiti
Jangan bimbang lompatlah tinggi-tinggi
Sihat badan dek cjolimoli

Owned and written by : Sanaa 16/03/2012

6 Responses

  1. Salam Sanaa,
    Lama tidak meninggalkan komen di sini. Jadi SR sekejap setelah bosan dengan kisah putus cinta yang disensasikan oleh pihak media. Andai cincin di jari adalah tandanya, Alhamdulillah. Bersyukur sangat cinta mereka tetap teguh. Teruskan berdoa agar mereka diberi kekuatan mengharungi segala cabaran sebab bukan semua yang menyukai RITZ. Ada sahaja yang cuba mengganggu, mengacau dan memecahbelahkan hubungan mereka. Harap mereka saling mempercayai antara satu sama lain. Sebagai peminat, saya sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka dan semoga ada jodoh antara mereka. Amin.

    • Wassalam Azure

      Terima kasih dengan komen diberi
      Bosan sudah tentu sekali
      Dengan kisah yang disensasi
      Harapnya mereka tabah menghadapi

      Doa diutus di awal pagi
      Akan sama ku Aminkan doa ini
      Terima kasih kerana sudi kemari
      Semoga hidupmu jua sesegar embun pagi

      Pleasant Sunday….

  2. Aminn..Semoga cincin di jari membawa khabar gembira..Mungkin sikit masa lagi, kita dapat makan nasi minyak Tiz n Remy..aminn..Tetap sabar menunggu dan doakan yg terbaik tuk kalian berdua..amin..cepat2 sampai jodoh..aminn

  3. what????
    joking ker ni?,,,,bertunang ker?.
    Ya Allah, berbunga rasa hati….
    dek kerana adam dan nur bakall disatukan nanti
    alam nyata menjadi saksi
    mereka berdua bakal bersatu nanti….

    TIZ & REMY…
    berita pasal kalian saban hari dinanti
    sejak drama Nur Kasih lagi
    dari rekaan menjadi realiti
    harap dapatlah cerita bahagia ini dikongsi

    • Eh eh diayana ni terkejut pulak dia….

      Insha’Allah harapan menjadi realiti kerana kasih yg bersemi dtgnya dari hati yg ikhlas menerima dan memberi. Doa kita panjatkan semoga mrk berdua tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran. Kekuatan mrk adalah segalanya dan kita sebagai peminat setia hanya mampu mengiringkan doa semoga cinta yg telah bersemi diikat dengan pernikahan.

      Teruskan berdoa dan ikhlas di dalamnya jua…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: