• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • March 2012
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Archives

Di Awal Pagi

Selawat dan salam di awal pagi
Buat teman-teman hamba kasihi
Senyum dan ceriakan hati
Marilah kita mulakan tugas di hari ini

Keluarlah kita mencari rezeki
Di bumi Allah yang luas ini
Bertabahlah dalam dugaan diberi
Semoga perjalanan indah berseri

Di awal pagi hening terasa
Warga bumi masih ada yang lena
Bersyukur kita dengan rahmatNYA
Gunalah waktu yang masih bersisa

Senyap dan sunyi warga alam
Hanya terdengar burung berkicauan
Dari siang menjadi malam
Itulah hidup yang berputaran

Waktu berlalu tanpa menanti
Hidup juga adakala sunyi
Di awal pagi mencari rezeki
Jangan ada sungutan di hati

Dari sihat mendapat sakit
Bermula segar menjadi lesu
Dari jauh menjadi dekat
Masih kita diberi waktu

Hargailah waktu yang diberi
Dalam meniti hidup ini
Selagi nafas belum terhenti
Mencarilah kita redha Ilahi

Jadikan syukur satu ucapan
Bismillah pula jalan beriringan
Inilah antara pesanan
Walaupun mudah sering diabaikan

Di awal pagi banyak dugaan
Kerenah anak juga pekerjaan
Semuanya ini menuntut kesabaran
Untuk bahagia di masa hadapan

Hikmah masih banyak yang tersembunyi
Tatkala bertafakur di awal pagi
Carilah sebanyak mana rezeki di bumi
Janganlah lupa perintah Ilahi

Berkata takdir mudah belaka
Kerana lupa mengingatiNYA
Namun peluang sentiasa terbuka
Bila kita bersihkan jiwa dan raga

Penat dan letih badan berkata
Hati pula tabah segala
Dek kerana ikhlas yang ada
Semua dilalui mudah sahaja

Bersajak berpantun perlukan idea
Kesihatan diri jangan dilupa
Minda yang sihat mudahkan usaha
Hati yang bersih tenanglah jiwa

Di awal pagi ayam berkokok
Bertakafur sejenak alam dan pokok
Mendengar sebentar hati terketuk
Bangunlah kita untuk berwudhuk

Luas terbentang alam semesta
Untuk kita terus meneroka
Amalan yang ada mungkin tidak seberapa
Teruskan sahaja mencari redhaNYA

Marilah sama-sama mensyukuri
Nikmat yang ada di awal pagi
Kerana tiada tahu apa akan terjadi
Andai kita menangguhkan esok hari

Oleh itu hamba mengundur diri
Setelah menulis rasa di hati
Luahan terjadi di pagi hari
Mungkin tidak jelas isi diberi

Selamat bertugas kepada semua
Walaupun di mana anda berada
Tugas dipikul tanggungjawab bersama
Kerja selesai hatipun suka

Jangan pula lupa sarapan
Perut kosong badan keletihan
Minda penat timbul pula kemarahan
Perlu kita didik dengan kesabaran

Owned and written by : Sanaa 19/03/12

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: