• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • March 2012
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Archives

Dalam Pelukan

Ya Allah

Di kala rantaian ujian yang datang
Serta seiring keraguan yang menyelimuti
Ku sapa diriMU bersama doa dan harapan

Namun…
Hatiku akan selalu bertanya
Adakah Kau mendengar doaku
Adakah Kau sambut segala keluh kesahku

Aku terus meniti
Membina kekuatan dan keyakinan
Bahawa Kau mendengar segalanya
Apa yang terjadi adalah ujian
Untuk Kau temukan kedamaian buat diriku
Dalam pelukan MU

Dahulu…
Adalah waktu dan detik dalam kenangan
Bagi menghitung segala rahmat dan kurnia MU
Meniti kebahagian duniawi
Belajar membina tembok kekuatan
Untuk meneruskan perjalanan kehidupan

Ya Allah
Kau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
Kau mendengar setiap ucapan dan permintaan
Kau jugalah yang melerai segala resah kesakitan

Ya Allah
Pinta ku kini
Kau leraikanlah gelodak hati
Berilah aku petunjuk MU
Kuat dan tabahkan hati ku
Dalam mengharungi segala ujian dari MU

Ya Allah
Bawalah daku dalam kehangatan kasih MU
Sehangat sinar mentari yang Kau pancarkan
Bawalah daku dalam pelukan MU
Semoga aku terasa kesejukan
Tatkala malam berbulan bintang
Lalu meneduhkan jiwa
Sehingga masa aku terlena
Terus berada dalam pelukan MU

Owned and written by : Sanaa 21/03/2012

6 Responses

  1. alhamdulillah. semangat saya dh semakin pulih. bangkit dr kisah semalam. act, sy sgt terharuu bila baca komen from kak Orchid garden & kak lia. Allah temukan saya dgn mereka yang tak lokek dgn nasihat yang bergunaa. bnyak membantu sy memulihkan semangat. Moga Allah membalas jasa kalian🙂 yup akak, bella kena bangun. tebus balek ‘kekalahan’ ni. bella percaya rezeki ada di mana2. selagi ad usaha,doa dan tawakal, insyaAllah Allah akan permudahkan. kita sbg hambaNya kena percaya dgn ketentuanNya. skrng ni pun bella tgh fikirkan utk pilih course dn universiti yang sesuai. selagi ad usahaa, kejayaan pasti ada🙂 terimaaaa kasihhhhh! bella sgt sgt hargaai nasihat kak Orchid garden & kak liaa. rs bersemanagat nk mulakan pengajian baru, nk buktikan kepada semua yang kegagalan bukan penghalang utk berjaya. Moga perjalanan baru bella diberkati olehNya. insyaAllah.

    wassalam🙂

  2. salam. thank you kak. sememangnyaa post ‘dalam pelukan’ ni sedikit sebanyak bagi saya kekuatan. alhamdulillah. i’ve just got spm’s result yesterday. even i dont get strght As, at frst im quite down, hm, actually till now pun still rs sedih lagii, sekarang tgh membina kekuatan. insyaAllah, sy tgh yakinkan diri ini, perjalanan sy masih jauh, mgkin semalam bukan rezeki sy utk bersama2 y laen menjulang result strght As, Allah tahu y terbaek utk hambaNya. insyaAllah, ad yang lebih baek utk sy di masa akan dtg. wassalam

    • Wassalam…

      Tahniah dengan kejayaan yg dicapai. Walaupun keputusan SPM adalah sebahagian dari permulaan menempa kejayaan namun ia bukanlah menentu kebahagian dan kejayaan di masa akan dtg. Teruskan berusaha demi mencapai cita-cita..gagal sekali bukan gagal selamanya. Ambil ikhtibar dari kejayaan org2 yg berjaya tanpa sijil dan degree seperti Bill Gates and Steve Job…mrk mendapat degree masing2 setelah Microsoft terkenal serata dunia dan mrk adalah jutawan ternama. Kemantapan akal dan fikiran serta kekuatan rohani dan jasmani adalah titik tolak segalanya. Gunakan akal yg Allah beri dengan sempurna. Jangan lupa kepada kedua ibubapa dan juga amalan serta suruhanNYA…take care and all the best in your future undertaking.

      P/S…dahulu my arwah grandmother pernah berkata…tok nak cucu tok pandai tapi tak mahulah pandai sampai jadi gilo…faham tak maksudnya tu?

      • tumpang skit nei..”tak mahulah pandai sampai jadi gilo” mcm mn tu.. xplain la skit..

      • hehehehe ada jgk org nak tahu ya…

        arwah tok I dulu ckp mcm tu sbb ada budak kat kg terkenal dgn pandainya dan menjadi kebanggaan keluarga dia dan juga org kg. tak pernah corot dlm kelas selalu saja dpt high marks tiba2 masa form 6 (kalau tak silap) masa ambik STP budak yg selalu dpt no 3/4 dlm peperiksaan jadi best student. dahlah jadi best student dlm sekolah jadi pulak top 5 among the state jadi budak yg menjadi kebanggaan dulu tu rasa malu. walaupun dpt masuk university hati dia tak tenteram sbb masih tak puas hati…so kena tekanan perasaan. begitulah ceritanya…moga2 jadi teladan

    • Salam adik nurulnabilah, akak terpanggil nk mengulas komen adik sbb akak keje kt universiti. 1stly, tahniah sbb dpt keputusan yg cemerlang wlupun bukan straight A’s. To be so down that u didn’t get straight A’s, I believe ur results must be quite close to getting the straight A’s…betul tak? Ok, akak just nk cerita pengalaman sebenar, sering terjadi pelajar2 universiti yang terkandas & terpaksa di gagal berhentikan adalah terdiri drpd pelajar2 yg dulu SPMnya sgt2 cemerlang. Nak tau kenapa? Sbbnya mereka masih terbuai2 dgn kejayaan lalu dan anggapan bhw mereka dulu pelajar cemerlang SPM, membuatkan mereka belajar sambil lewa…tpi akhirnya dpt result yg buruk. Sebabnya, bila dh melangkah alam universiti…intelligent is just a bonus, the major percentage that contribute to ur success is your persistence & perseverance. Malah, ramai yg jd pelajar cemerlang di universiti ni sbnrnye terdiri dprd kalangan yg dulu SPMnya bukanlah straight A’s tapi sbb dia ada semangat juang utk dptkan result cemerlang di universiti, jadi mereka tak alpa. Bukanlah bermakna semua yg dpt straight A’s tu nti akan main2 masa kat Uni..tapi bukan bermakna klu dia straight A’s SPM, dia akan dpt 4.0 di univ klu dia tak berusaha bersungguh2. So my point is, lupakan kekecewaan adik skrang seberapa segera dan mulakan semangat baru untuk menempuh alam universiti pulak ye…You can do the best in the future. Klu masih down jugak, biar akak btau sthing…dulu akak prnh gagal (can’t elaborate more). Tapi ‘berkat’ kegagalan tu, akak berjaya bangun balik sampai akhirnya jadi best student utk ijazah bachelor kat universiti dan dapat anugerah emas. Now, alhamdulillah tgh buat PhD pun… considering dulu akak pernah gagal, xde sape sangka akak akan boleh pegi sejauh ini. And dlm bt phd ni pun, kerapkali ada bengkel/seminar, kami akan diingatkan bahawa Ph.D is only 10% intelligence and 90% perseverance. So, pucuk pangkalnya kita kene berusaha sungguh2 dan istiqamah… hopefully by sharing my experience will help to soothe down your sadness ok… wassalam…;-)

      -Kak Lia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: