• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • April 2012
    M T W T F S S
    « Mar   May »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    30  
  • Archives

Anugerah Genting

Di awal pagi duduk mengenang
Hari anugerah bakal menjelang
Malam prestige lagi gemilang
Yang ditunggu oleh bintang-bintang

Dalam senarai yang tercalon
Tidak terlepas dari hebahan
Kisah peribadi jadi paparan
Sehingga ada yang mencuit perasaan

Tatkala blog ini bercerita
Pastinya Teruna Dara
Anugerah Bintang Popular dinanti semua
Kehadiran mereka bersama

Sejak awal cerita berbunyi
Kisah sensasi memenuhi
Laman akhbar peminat sana sini
Sang Pencerita juga tidak terkecuali

Soseh-soseh awal berbunyi
Teruna Dara tidak menghadiri
Sehingga kini tiada kata pasti
Tunggu dan lihat sajalah nanti

Hamba sebagai sang pencerita
Kenalah pasang telinga
Sedap didengar atau mengata
Itulah adat dunia kita

Dari duduk memikirkan segala
Baik hamba berangan saja
Merah jambu pilihan Dara
Abang botak pakai warna apa?

Merah jambu nampak di mata
Tentulah hitam gandingannya
Senyum melambai menurun tangga
Click click click bunyinya kamera

Bergaun labuh cantik berseri
Jalan berdua merpati dua sejoli
Andainya anugerah diraih nanti
Hebahlah berita di sana sini

Pelakon popular mendapat sambutan
Setiap tahun Berita Harian anjurkan
Tahun ini dapatlah hamba pengajaran
Sejauh mana undian diberi keikhlasan

Keikhlasan hanyalah perkataan
Yang menjadi kata ungkapan
Tatkala kekalahan diumumkan
Tercetus lagi segala persoalan

Tahun dahulu turun bersama
Duduk tidak pula berdua
Tahun ini ada yang bercerita
Abang tak pergi kerana kerja

Andainya benar orang berkata
Kasihan Dara turun seorang sahaja
Mungkin juga ditemani ayahbonda
Semoga tiada fitnah melanda

Entah kenapa pantun basi berbunyi
Yang tersirat belum tersurat lagi
Kenangan lalu menjadi inspirasi
Tidak teruja agaknya hamba kali ini

Relaklah sang pencerita
Teropong carpet datang menegur pula
Hati celaru tulispun tak kena
Fokus saja tentang Teruna Dara

Telah hamba tikam awal tadi
Merah jambu nampak berseri
Dipakai oleh Dara dikasihi
Ramai pula jejaka yang gigit jari

Teruna botak si buah hati
Senyumnya menawan sekali
Jangan siapa berani mendekati
Cap mohor telah Dara beri

Andai berjalan bertaut jari
Esoknya keluar cerita sensasi
Wartawan tanyalah tanda cincin di jari
Red Velvet yang dihantar sendiri

Pasti wartawan menutup cerita
Yang elok tidak laris jualannya
Bintang popular menjual “nama”
Itulah andaian dari segala

Hello hello sang pencerita
Pantunmu sendu sahaja
Carpet turut sama merasa
Tulisan hamba tidak ceria

Namun ini ada di hati
Entah kenapa sendu berbunyi
Agaknya sensasi sebelum ini
Atau masih mencari identiti

Cukuplah sekadar bayangan
Merah jambu dalam pandangan
Teruna pula jalan bersebelahan
Senyum mereka mencairkan

Pernah menjadi seorang saksi
Melihat Teruna Dara dalam realiti
Sudah cukup hingga hari ini
Semoga mereka bahagia hingga akhir nanti

Dunia seni menjadi pilihan
Hati jua telah menetapkan
Teruna memilih Dara sebagai pasangan
Dara menerima penuh keikhlasan

Onak dan duri mereka tempuhi
Dalam usia mengenal hati dan budi
Bersama doa turut mengiringi
Dari peminat yang masih menanti

Kejutan Teruna berbagai rupa
Tiada angin ada saja dibuatnya
Mengikuti mereka cara berbeza
Bukan sekadar majalah sahaja

Gerak dan geri cuba ikuti
Adakala rasa menepati
Tatkala tiada clue diberi
Kenalah selongkar di sana sini

Sudah merapu pantun berbunyi
Lalu sang pencerita mohon berhenti
Merah jambu warna dinanti
Harapnya betul telahan ku ini

Oh ya ada juga satu lagi
Jangan gaduh-gaduh cjolimoli
Debaran ada di hati ini
Sejak mula hamba mengikuti

Sedikit pesanan hamba di sini
Baik-baik jaga diri
Gerak langkahmu sering diperhati
Silap sedikit kisah berbunyi

Itu sajalah cerita kita
Sudikan membaca dan komen juga
Sebagai panduan sang pencerita
Untuk menulis di lain masa

Selamat bertugas untuk semua
Berikan senyuman sedekah yang mulia
Ucapan diiring gembira dirasa
Pada yang memberi juga menerima

Owned and written by : Sanaa 05/04/2012

5 Responses

  1. the dress is white…:) and si teruna is not gracing the red carpet..bz jd soljar katanya..btw nice pantun..enjoyed it..keep writing

    • Hi dahlia and fara

      Hmm bosanlah hitam putih saja. In my opinion designers should dare to play colours on tiz. tiz skin dah mmg flawless. Striking orange, fuchsia pink, elegant black, orange red and psychedelic will make her look beautiful and stunning with matching shoes, hairdo, make-up and appropriate accessories mcm Hollywood actress during Oscars. Beside her will be Mr. Italiano which makes ladies envious of her. Hmm sayangnya I bkn org industry. If I’m part of the team I will create buzz and sensation with their qualities rather than gossip basi yg tak ada two way communications hanya menguntungkan satu pihak saja…. Again this is my opinion..pleasant evening and happy weekend

  2. TZ ada pd ABPBH nanti, i think she’ll wear black n white. RI plak, xpasti, sbb dia bz wat latihan ketenteraan. Tp mana tahu ada magis, mereka dtg bersama..Wah!!!, ku akan tersenyum saja nanti..

  3. Salam Sanaa…
    Another lovely pantun of yours… btw, hilang seri ABPBH di mataku klu RITZ tak datang….huhu
    Happy weekend!

    • Wassalam Lia

      thank you dear…personally i do feel not that lovely because diri penat dan hatipun bercelaru with the current situation hehehe but you did give me a boost. Insha’Allah RITZ pegi nanti…take care and happy weekend to you too…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: