• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • April 2012
    M T W T F S S
    « Mar   May »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    30  
  • Archives

“Pengsan”

Kokok ayam sudah berbunyi
Tanda menunjukan telah pagi
Bersyukur hamba ke hadrat Ilahi
Masih bernafas di bumi ini

Salam pagi hamba hulurkan
Kepada kawan pembaca sekalian
Mestinya ramai dalam debaran
Anugerah Genting bakal bersiaran

Anugerah Genting pantun berlalu
Kini menanti detik dan waktu
Siapakah pemegang teraju
Pasti ramai yang ingin tahu

Namun tidak akan hamba speku
Pemenang atau pemegang teraju
Dek kerana perhatian tak tumpu
Tidak seperti tahun lalu

Hamba di sini ingin bercerita
Kisah terbaru Teruna Dara
Yang dihimpun berbulan lama
Apakah terbongkar nanti satu rahsia

Tiada aturan hamba tetapkan
Dalam memutar satu perjalanan
Namun banyak benar soalan
Membuat hamba mencari jawapan

Awal tahun gosip berbunyi
Putus cinta Remy dan Tizzy
Kerana status yang diberi
Wartawan mentafsir sendiri

Jakarta Langkawi membawa diri
Sebaris kata anggapan diberi
Peminat juga gabra tak henti
Agaknya pening kepala cjolimoli

Mereka dating sana sini
Banyak bukti hamba temui
Gosip tetap sama berbunyi
Ku garu kepala tak gatal ini

Tak henti menulis cerita
Oleh wartawan hiburan kita
Cinta Kura-kura entah ke mana
Topic peribadi memenuhi segala

Penat dan letih ketika membaca
Bagaimana pula dengan Teruna Dara
Rimas agaknya mereka berdua
Perkara tiada dijadi ada

“Marah” wartawan berlanjutan
APB pula memenuhi ruangan
Road tour tanpa kehadiran
Teruna Dara pasangan sepadan

Boikot pula keluarnya rencana
Malam gemilang ABP Zubir berkata
Sedap sungguh menular cerita
Hamba hanya mampu geleng kepala

Lalu datang tweet teruja
Red Velvet buat sigadis tercinta
Jauh juga dengar mencarinya
Nak sebiji cuma cupcake yang ada

Cupcake disambut dengan gembira
Oleh gadis yang dipuja
Berbunga hati hamba melihatnya
Semoga bahagia hingga akhirnya

Sebentuk cincin ada di jari
Hingga sekarang masih mencari
Apakah rahsia di sebalik ini
Dara hanya berdiam diri

Timur barat utara selatan
Teropong hamba membuat liputan
Tak perlu bertanya cuma tafsiran
Hahaha sebab tu hamba perasan

Oleh itu mari kita dengarkan
Cerita dongeng yang dipersembahkan
Bukan lagi menjadi kejutan
Mungkin juga ada yang pengsan

ABP malam gemilang
Pelakon popular mesti dijulang
Calonnya ada juga adik abang
Apakah mereka punyai peluang

Manalah tahu rezeki berdua
Sekali lagi memegang piala
Pelakon popular yang gosip berjela
Lagilah wartawan “marah” membara

Waktu ucapan terima piala
Teruna senyum penuh bahagia
Isteri tercinta disisinya
Ciuman diterima tanda gembira

Siapa terlepas memanglah rugi
Lalu Teruna naik tangga berlari
Tepuk yang gema berbunyi
Memenuhi ruang Arena Genting ini

Senyum isteri tidak lekang
Melihat piala dipegang abang
Waktu ucapan suami senyum memanjang
Mata tertumpa pada isteri tersayang

Senyap dan sunyi di dalam dewan
Menanti apakah ucapan
Tergamam terkejut mendengarkan
Remy menyebut Tiz isteri kesayangan

Terima kasih kepada semua
Kerana masih percaya kepada saya
Terima kasih tidak terhingga
Kepada isteri yang tercinta

Jarum jatuh dapat didengari
Kesabaran isteri selama ini
Kasih sayang tidak berbelah bagi
Menyokong saya dalam industri

Thank you sayang…kata Remy
Mata memandang kepada Tizzy
Kaku sudah tangan dan kaki
Wartawan langsung tak bergerak lagi

Terima kasih sekali lagi
Sebelum Remy berlalu pergi
Kenyitan mata Remy beri
Kepada isteri yang menanti

Berpegang tangan meninggalkan dewan
Pekik sorak pula kedengaran
Dari sekumpulan wartawan jemputan
Teropong carpet tidak ketinggalan

Ciuman kasih hinggap di pipi
Merah padam muka Tizzy
Esok bukan piala memenuhi
Laman akhbar berita sensasi

Remy Tizzy tipu kami
Selama ini duduk menyembunyi
Setahun lebih rahsia ini
Tiada siapa yang mengetahui

Kahkahkah Arena Genting memecah sunyi
Histeria datang menyembur tadi
Mana mungkin pasangan sensasi
Wartawan semua tidak mampu berdiri

Agak-agaknya andai ini yang terjadi
Apa pula reaksi pembaca di sini
Hehehe sang pencerita angan tak henti
Logik ke tidak ku tolak ke tepi

Kalau logik bukan namanya berangan
Andai terjadi cuma kebetulan
Sang Penceritapun lari dalam hutan
Menyembunyikan diri dek kebimbangan

Manalah tahu ada pula nombor loteri
Juta-juta ringgit bakal dimenangi
Oleh kerana cjolimoli
Beranganku rupanya tak habis lagi

Eloklah sang pencerita berhenti
Sebelum merapu seorang di sini
Andai lawak ketawalah sendiri
Kalau tidak buat-buat tak reti

Selamat berhari minggu wahai semua
Arena Genting tempat tuju kita
Jomlah kita berangan sama
Malam ini sejarah tercipta

Sehingga kita bertemu kembali
Dengan cerita lebih sensasi
Pastinya tentang cjolimoli
Menimang cahayamata tidak lama lagi

Owned and written by : Sanaa 07/04/2012

One Response

  1. Amboi….jauhnya Cik Sanaa berangan… hehe, anyway thank u for sharing ur lovely pantun. Mmg terhibur membacanya…
    Wlupun 2-2 tak menang ABPBH11, tapi 2-2 tetap menang di hati peminat2 RITZ… ahaiii…. terasa berbunga2 hati melihat gandingan mereka berdua. Tema baju ala2 tentera….😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: