• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • April 2012
    M T W T F S S
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    30  
  • Archives

Cerita Ku : Farah Atiqah

Bibirnya sentiasa menguntum senyuman. Terlalu payah melihat wajahnya suram walaupun dalam keributan berlari di antara satu tugas ke satu tugas yang lain. Berambut ikal di paras bahu, berkulit cerah, berusia 27 tahun itulah Farah Atiqah. Rupa paras secantik nama yang bermakna kegembiraan seorang wanita cantik. Namun tiada siapa tahu di sebalik senyuman dan kegembiraan yang terpancar, hidup Atiqah di selubungi mimpi ngeri. Mimpi yang menghantui setiap inci perjalanan hidupnya yang adakala tenggelam ketika tembok ketabahan retak mengenang tragedi.

Farah Atiqah anak bongsu Datuk Ariffin dan Datin Noraini. Satu-satunya anak perempuan mereka. Hidup Atiqah di kelilingi lelaki, ayah dan lima orang abang yang menjadi teman dan kawan sepermainannya semasa kecil sehinggalah dia bertemu dengan Nurul Ain. Ain adalah anak perempuan tunggal kepada pembantu rumah mereka dan sebaya dengan Atiqah. Hubungan Ain dan Atiqah ibarat isi dengan kuku, begitu juga hubungan keluarga mereka berdua.

Ain adalah anak bongsu dari tiga beradik yang dua teratas adalah lelaki. Abang Ain, Kamal Ariff berkawan rapat dengan Firdaus, abang Atikah nombor lima. Walaupun begitu, ibu Atiqah memastikan Atiqah membesar sempurna sebagai seorang anak gadis. Oleh itu sedari kecil Atiqah dilarang dan ditegah untuk sama-sama bermain bola sepak, mengikut ayah dan abangnya memancing, bermain pedang dan segala bentuk permainan anak lelaki. Akan tetapi apabila sampai kepada kerja-kerja di rumah seperti kemas bilik tidur, sapu lantai sehinggalah kerja-kerja di dapur seperti basuh pinggan, potong bawang, sayur dan ikan serta masak nasi abang-abang Atiqah tidak ketinggalan. Mama akan pastikan kesemua anak lelakinya ringan tulang dan tahu buat kerja-kerja di rumah termasuk di dapur juga. Atiqah tersenyum sendiri bila mengenangkan peraturan yang dikenakan oleh mama kepada mereka adik beradik.

“Hai, tengok gambar nampaknya”, tegur Zamilah rakan sekuliah Atiqah. Zamilah bergaya “tomboy” dan sedikit digeruni oleh pelajar-pelajar semasa di sekolah. Zamilah juga seperti Atiqah. Anak bongsu enam beradik yang kesemuanya lelaki. Mungkin kerana itu Zamilah memahami Atiqah. Akan tetapi perbezaan yang amat ketara antara Atiqah dan Zamilah adalah Ain. Atiqah ada Ain sebagai teman sepermainan dan Atiqah dikenakan undang-undang oleh ibunya. di mana Zamilah tidak begitu. Kalau abang Zamilah bermain bola, Zamilah turut serta, kalau mereka pergi memancing Zamilah juga turut serta dan seterusnya cara berpakaian. Sehingga hari ini memang sukar untuk melihat Zamilah berbaju kurung. Memakai skirt dan blouse rasanya tidak pernah sejak mereka berkawan. Zamilah lebih selesa menggenakan kemeja T dan jeans.

“Hmm”, hanya itu saja yang terkeluar dari bibir comel Atiqah diikuti senyuman apabila mata mereka berpandangan.

“Kalau dah rindu, jawapannya balik Tiqah”, sampuk Ana dari dapur. “Jumpa keluarga di kampung halaman tak mungkin sama macam mereka datang jengok kita di sini”, tambah Ana lagi.

Usikan kawan-kawan adalah penemannya di kala sunyi. Kekerapan ayah dan mama datang melawat membuat Atiqah kurang rasa untuk pulang, namun sejak akhir-akhir ini bagai ada sesuatu yang mencuit hatinya melambai-melambai untuk pulang. Atiqah sedar dengan lambaian itu dan berkali-kali juga lambaian itu datang dan setiap kali itu juga Atiqah tidak menghiraukannya. Di biarkan saja lambaian itu berlalu pergi, tidak juga Atiqah kongsi rasa itu bersama Ana dan Zamilah. Banyak cerita yang selalu dikongsi bersama Ana dan Zamilah, akan tetapi rasa hati ingin pulang tidak pernah terkeluar dari mulut Atiqah untuk berkongsi. Apabila rasa rindu pada keluarga menggamit datang Atiqah akan bersama dengan albumnya sahaja. Album menjadi pendamping setia Atiqah mengubati rindu pada keluarga dan kampung halaman.

Gambar-gambar percutian keluarga menyimpan seribu makna yang terlakar dan Atiqah menyusunnya supaya menjadi sebuah cerita. Setiap kali abang serta kakak iparnya datang melawat bersama anak-anak saudara yang dikasihi sudah pasti ada kenangan yang terakam. Melalui gambar Atiqah meniti kehidupan seharian dalam kenangan. Entah kenapa masih belum tergerak hatinya untuk pulang. Pernah juga Atiqah bertanya sendiri, apakah kenangan silam yang masih lagi menghantuinya? Apakah kenangan itu yang membuat hatinya tetap tawar untuk pulang ke tanahair sendiri? Walaupun ribuan kali pertanyaan itu datang dan pergi, tiada jawapan pasti yang Atiqah terima. Lama kelamaan Atiqah biarkan saja rasa itu datang dan pergi sesuka hatinya. Abang Kamal adalah di antara ramai yang pernah datang menjengoknya. Sepanjang pengajian di Ireland cuma ada Zamilah dan Ana yang benar-benar tahu kemelut di hati Atiqah dari pengalaman dulu. Mereka sama-sama bersekolah asrama di Negeri Sembilan sebelum Atiqah bertukar sekolah. Setelah keputusan SPM diumumkan Atiqah memang telah bersiap sedia untuk membawa langkah ke Ireland. Tidak disangka dan diduga mereka bertemu kembali setelah hampir lima tahun berpisah. Memang sesuatu yang tidak diduga apabila Zamilah dan Ana turut memilih bidang perubatan dan mereka bertemu kembali di sini.

Ketukan di pintu memberi kejutan yang teramat sangat kepadanya. Berdegup kencang jantung Atiqah apabila seorang Matron datang dalam keadaan yang termengah-mengah meminta bantuan.

“Please Dr. we need help urgently”, ujar Matron dalam nafas yang tersekat-sekat.

Tanpa berlengah dan bertanya, Atiqah berlari bersama Matron tadi. Naluri kedoktoran yang ada tidak membuat Atiqah teragak-agak untuk membantu. Mentelaah dirinya masih berada di hospital, tanggungjawab yang ada mesti dipikul.

Jerit pekik dan laungannya memecah kesunyian koridor bilik kecemasan. Ada pula pelawat yang cuba mengintai masuk apabila terdengar pekikan yang bergema. Pesakit wanita tersebut meronta-ronta minta dilepaskan. Ketika Atiqah menghampiri, tendangan pesakit itu terkena sebelah kanan perut Atiqah membuatkan dirinya hampir terjatuh. Dalam keadaan meronta-ronta yang tidak terkawal, Atiqah memberi arahan supaya suntikan penenang diberikan kepada pesakit. Setelah itu dengan perlahan pesakit makin lemah dan mulutnya berkumat kamit bagai mengatakan sesuatu. Antara dengar dan tidak, kata-kata yang terkeluar dari mulut wanita itu yang hinggap di pendengaran Atiqah ialah “let me die”. Sepantas kata yang terkeluar sepantas itu jugalah kotak fikiran Atiqah dijerkah kenangan namun sekelip mata juga Atiqah tersedar ke alam nyata kerana jururawat yang bertugas memerlukan tandatangannya.

“I’m sorry”, kata Atiqah memohon maaf kerana membiarkan jururawat itu menunggu.

Wajah pesakit direnung lama. “Let me die” bergegar di cuping telinga Atiqah kembali. Tidak dapat Atiqah bayangkan apa yang telah berlaku dan terjadi kepada gadis yang terlantar di hadapannya sekarang ini. Matanya tertutup rapat bagaikan seorang yang lena dalam tidurnya akan tetapi jiwa dan perasaannya tidak tenang. Lena yang kelihatan adalah kerana suntikan yang diberi. Titisan airmata mengalir lesu di hujung mata yang terpejam erat.

Demi mengawal emosi sendiri yang terganggu, Atiqah menarik nafas dalam lalu melepasnya perlahan. Pemeriksaan perlu di lakukan ke atas pesakit. Keadaan dirinya perlu tenang sebelum memulakan pemeriksaan. Seketika kemudian apabila Atiqah mampu mengawal keadaan diri, pemeriksaan ke atas pesakit dilakukan. Begitu teliti Atiqah dalam pemeriksaannya. Mata pesakit tidak menunjukan tanda-tanda dia mengambil sebarang dadah ataupun pil khayal. Tiada sebarang kesan luka di badannya, tiada juga kesan lebam ataupun tanda-tanda pergelutan dan kekerasan yang berlaku. Atiqah merasa hairan, apakah yang telah terjadi sebenarnya? Tanya Atiqah pada diri sendiri. Lapuran perlu ditulis untuk pesakit ini, akan tetapi Atiqah tidak punya butir-butir lengkap. Mujur seorang anggota polis datang menghampiri Atiqah lalu memperkenalkan dirinya.

“Hi, I’m Albert”, ujar lelaki di hadapan Atiqah yang lengkap berpakaian polis. Albert yang berpangkat sarjan, besar kemungkinan dalam lingkungan usia lewat 30an kelihatan begitu kusut sekali. Penat barangkali, Atiqah membuat andaian.

“Hi, I’m Atiqah”, kata Atiqah pula lalu mereka berjabat tangan ketika memperkenalkan dirinya kepada Sarjan Albert.

Dari butiran saksi yang diberi, wanita berkenaan cuba membunuh diri. Ini adalah kali ketiga beliau cuba berbuat demikian, terang Sarjan Albert. Butir-butir lain masih dalam pencarian dan menurut kata Sarjan Albert keluarga pesakit telah dimaklumkan. Sarjan Albert berjanji akan memberi butir-butir lanjut pada keesokan harinya. Oleh kerana kes ini sudah menjadi kes polis, Atiqah terpaksa menempatkan pesakit di bilik berasingan. Pesakit perlu diawasi kerana dikhuatiri mempunyai ciri-ciri tekanan perasaan yang kritikal. Atiqah jatuh simpati apabila melihat tubuh dan tangan gadis tersebut diikat. Tapi apakan daya, ini semua terpaksa dilakukan bagi mengelakan pesakit lari apabila tersedar nanti. Atiqah berdiri disisi pesakit untuk seketika, menatap wajah yang lena dalam tidurnya, akan tetapi punya seribu rahsia yang tersembunyi.

Tiada maklumat yang terperinci setakat ini. Sebagai doktor yang bertugas Atiqah menerima kes yang dilapurkan. Keesokan harinya pesakit akan dirujuk kepada pakar psikatri untuk rawatan lanjut. Suntikan penenang yang diberi membolehkan pesakit tidur dan dari sudut matanya Atiqah melihat masih ada airmata yang menitis. Hati wanitanya tersentuh. Dengan perlahan Atiqah mengesat airmata yang menitis. Apakah yang mungkin telah terjadi? Soalnya sendiri. Akhirnya terdengar keluhan perlahan dari Atiqah sebelum beredar pergi bersama seribu soalan menghantui diri.

Keletihan yang amat dirasai membuat Atiqah terlena di sofa. Tanpa menjamah sebarang makanan Atiqah terlena di situ hingga jam 4 pagi. Bagaikan pohon kelapa ditiup angin, melentuk liuk Atiqah memaksa diri untuk bangun di awal pagi yang dingin itu. Cuaca yang mula sejuk di luar terasa menyucuk-nyucuk sum-sum tulangnya walaupun alat pemanas dipasang. Dengan langkah yang amat berat Atiqah bangun untuk bersiap ke tempat kerja. Sewaktu melewati meja soleknya Atiqah menyedari kekusutan wajah yang hadir dari tekanan kerja sejak akhir-akhir ini. Secara spontan juga wajah pesakit semalam datang menerpa. Wajah itu terlalu segar di hadapan matanya hingga Atiqah selesai mandi dan siap berpakaian. Terlalu sukar wajah itu hilang dari bebola mata Atiqah.

Keadaan keliling yang sunyi menjadi kegemaran Atiqah untuk mengulangkaji pelajaran. Atiqah sering seorang diri di sini. Kantin sekolah agak terpencil dari bangunan utama. Setiap hari minggu memang jarang ada orang di sini kerana kantin ditutup dan ramai di antara pelajar-pelajar keluar ke bandar ataupun pulang ke rumah masing-masing. Bersama buku-buku pelajarannya Atiqah tekun mengulangkaji. Ada sesekali pekerja-pekerja lalu lalang untuk membersihkan kawasan tapi tidak Atiqah hiraukan.

“Eh, kenapa kamu mengulangkaji di sini”? tegur Cikgu Arshad suatu pagi. “Kenapa tidak ke perpustakaan atau bilik ulangkaji? Siapa nama kamu dan berada di tingkatan berapa”? tanya Cikgu Arshad lagi. Suara garau Cikgu Arshad membuat Atiqah tergagap menjawab.

“Naaama saya Atiqah, dan saaaya lebih senang diiii sini, cikgu,” jawab Atiqah jujur dan terketar.

Cikgu Arshad mungkin berada dalam lingkungan usia lewat 30an. Suaranya garau dan berwajah garang membuat Atiqah gerun berhadapan dengannya. Nasib baik Cikgu Arshad berlalu begitu sahaja setelah bertanyakan namanya. Selangkah Cikgu Arshad berlalu pergi terdetik perasaan curiga di hati Atiqah tidak semena-mena. Mungkin rasa terperanjat yang amat sangat apabila ditegur Cikgu Arshad tadi, detik hatinya. Iyalah kerana selama dia duduk mengulangkaji di sini sejak 6 bulan lalu, tiada seorangpun guru yang lalu lalang selain dari pekerja sekolah. Akan tetapi masih ada bisikan di hati kecilnya. Apa yang Cikgu Arshad buat di sekolah pada hari minggu? Kenapa selama ini tak nampakpun guru lain di hujung minggu? Kenapa dan mengapa adalah soalan yang berdentam dentum di ruang fikirannya sejak meninggalkan kantin tadi.

Setelah puas berfikir Atiqah mengambil keputusan untuk lalu di bilik guru yang terletak di bangunan utama. Walaupun melencong jauh hendak ke sana Atiqah usahakan jua demi menjawab soalan dalam diri. Dari carta yang terlekat di atas soft board di hadapan bilik guru, barulah Atiqah dapat tahu bahawa setiap hujung minggu memang ada guru yang bertugas. Tanggungjawab guru yang bertugas adalah memeriksa kawasan sekolah dan juga asrama dan minggu ini adalah giliran Cikgu Arshad. Tapi kenapa selama ini tidak ada seorang gurupun yang kelihatan di hujung minggu kecuali guru asrama? Apakah selama ini tiada guru yang datang atau Cikgu Arshad benar-benar menjalankan tugas? Atau guru-guru yang bertugas tidak melewati kawasan kantin? Atau akukah yang terlepas pandang? Haihh…Atiqah mengeluh. Hati Atiqah mula meragui sesuatu. Perasaannya mula tak tenteram. Kelibat Cikgu Arshad dan pengesahan memang ada guru yang bertugas di setiap hujung minggu menimbul prasangka di hati Atiqah. Bercelaru sudah fikirannya dan seperti halilintar pesanan Tok Wan datang menyinggah. “Dalam hidup kita memang kena berhati-hati tetapi jangan mudah sangat berprasangka. Selidik dahulu sebelum kita keluarkan tuduhan”, itulah pesanan Tok Wan kepadanya setiap kali berjumpa. Atiqah menggelengkan kepalanya berkali-kali supaya hilang rasa curiga yang masih menyelinap masuk.

Mengingatkan tanggungjawab yang ada serta serahan tugas yang mesti dibuat, Atiqah bergegas ke wad di mana pesakit semalam dimasukan. Sejurus sebelum sampai, Atiqah terdengar tangisan hampir menjadi raungan. Sebaik saja Atiqah tiba dia melihat pesakit itu merayu-rayu kepada jururawat yang bertugas supaya lepaskan dirinya dan biarkan saja dia mati. Tidak lagi meronta-ronta seperti semalam akan tetapi tangisannya tidak henti. Tenang sungguh jururawat yang bertugas memujuk pesakit itu walaupun tangisannya makin kuat apabila dipujuk. “Let me die, let me die” menjadi ucapan bertali arus. Atiqah merasa belas. Perlahan-lahan Atiqah menghampiri pesakit berkenaan dan juga jururawat yang ada dengan harapan dapat membantu. Naluri kedoktoran, kemanusian dan juga kewanitaan Atiqah bergerak serentak kini.

Berusia 21 tahun, bertubuh kecil dengan rambut keperangan paras bahu, bekerja sebagai kerani di sebuah pasaraya. Itu saja maklumat yang ada mengenai diri pesakit buat masa ini. Atiqah memandang sayu wajah pesakit di hadapannya. Deborah, itulah nama yang di daftarkan. Renungan mata Deborah seolah-olah meraih simpati dari Atiqah untuk memahami dan menyelami jiwanya. Atiqah tersentuh dengan pandangan itu dan sebaik mungkin mentafsirkannya.

“Hi Deborah”, tegur Atiqah lembut. “How are you feeling this morning”, sambung Atiqah lagi.

“Let me die”, itu lagi yang terucap dari mulut Deborah diikuti tangisan yang kuat. Airmata berlinangan di pipi Deborah dengan matanya dipejamkan erat. Gelengan kepala Deborah sealiran dengan hentakan kakinya minta dilepaskan. Sejurus selepas itu keadaan menjadi tidak terkawal dan sekali lagi Deborah diberikan ubat penenang sementara Atiqah menulis laporan lengkap berdasarkan maklumat yang diterima malam semalam.

Atiqah melepaskan keluhan. Entah kenapa hari ini segala ulangkaji yang dibuat tidak dapat difahami sepenuhnya. Tiba-tiba Atiqah merasa seram. Dengan pantas dia mengemas buku-buku yang berselerakan kerana mahu beredar dari situ dengan segera. Tegak bulu roma tengkoknya apabila desiran angin meniup daun-daun kering di sekeliling kawasan kantin sekolah. Keadaan menjadi senyap sunyi tiba-tiba lalu telinga Atiqah menangkap bunyi tapak kaki, namun tiada siapa yang kelihatan apabila Atiqah memberanikan diri memandang sekeliling. Dengan membuka langkah seribu Atiqah meninggalkan kawasan tersebut menggunakana segala tenaga yang ada.

“Itulah, siapa suruh pegi study kat kantin?” tempelak Zamilah apabila Atiqah menceritakan apa yang dirasai siang tadi.

Fikiran Atiqah melayang jauh rupanya apabila mendengar permintaan Deborah. Bersama deraian airmata dan esak tangis genggaman tangan Deborah makin longgar dirasa setelah ubat penenang meresap dalam dirinya. Hanya itu saja yang dapat membuat Deborah tenang untuk sementara waktu. Melihat keadaan Deborah, Atiqah pasti wanita ini perlu menjalani terapi bagi memulihkan semangat dirinya. Terlalu ingin Atiqah menyelongkar rahsia hidup Deborah, kenapa dan mengapa pesakit di hadapannya ini mahu membunuh diri. Namun apakan daya Deborah tidak mungkin berada di bawah pengawasannya. Atiqah bukan ahli psikatri dan bukan juga doktor pakar sakit jiwa. Sebaik saja lapuran siap ditulis, Atiqah mesti melepaskan Deborah untuk berada di bawah pengawasan unit rawatan mental walaupun tahap tekanan perasaan yang dialami Deborah masih belum dikenal pasti sepenuhnya.

“Janji tau…jangan bagi tahu sesiapa. Ini rahsia kita berdua. Abang nak sayang happy selama berada di sini”. Atiqah menekup telinganya apabila janji yang dipadu berdesing lagi diingatan. Kenapa? Mengapa? adalah soalan yang sentiasa datang dan pergi dalam hidup Atiqah setiap kali melihat pesakit yang didera secara fizikal ataupun mental. Kenapa aku yang menjadi saksi di hari itu? Kenapa aku menjadi mangsa? Soalan yang tidak pernah Atiqah temu jawabnya kecuali ketentuan Allah telah menetapkan begitu.

“Tidakkk”, pekik Atiqah di kesunyian malam di bilik tidurnya.

“Bangun Tiqah, bangun. Bawak mengucap”, terdengar suara Ana dan Zamilah mengejutkan dirinya.

“Astaghfirullahilazim”, ucap Atiqah dengan badan yang dipenuhi peluh membasahi pakaiannya di malam itu.

Atiqah bermimpi lagi. Lawatan ke hospital siang tadi membawa lagi igauan dalam tidurnya. Degupan jantungnya berdenyut pantas. Debaran masih bersisa ketika Atiqah kembali terlena di temani Ana dan Zamilah hingga subuh hari.

Sudah terlalu lama Atiqah di Ireland. Ana dan Zamilah juga telah lama kembali ke tanahair dan berbakti di kawasan masing-masing. Ana amat beruntung kerana dapat bertugas di kampung halaman sendiri namun Zamilah jauh dari keluarga. Ana bertugas di hospital daerah Batu Pahat tidak jauh dari rumah keluarganya dan Zamilah pula berada di Sarawak. Mereka kini hanya berhubung melalui email dan sekali-sekala dapat berbual di chat line.

Kesedihan yang amat dirasai ketika perpisahan berlaku lagi di antara mereka.

“Apa yang ada di Ireland ni Tiqah”? tanya Ana. “Baliklah ke Malaysia, berbakti di tanahair sendiri ya”, pujuk Ana lagi. “Kita balik sama-sama ya Tiqah, jomlah”, tidak henti Ana memujuk semenjak peperiksaan akhir selesai. Atiqah tetap diam membatu bila soal kembali ke tanahair dibualkan.

Cuaca yang suram seolah-olah mengerti kesuraman hati Atiqah yang masih berat hati untuk pulang. Bagaikan telah tertanam dalam dirinya sejak hari pertama menjejak kaki di Ireland hampir lapan tahun yang lalu untuk terus menetap di sini. Akhirnya keluhan saja yang mampu Ana luahkan setelah penat memujuk barangkali. Mereka sama-sama berpandangan dan Atiqah tetap menggelengkan kepalanya.

“Kesian kat abang Kamal kau tu, mengharapkan kau pulang”, usik Zamilah pula dengan tawa girangnya. Atiqah hanya melepaskan senyuman tipis dengan jenaka Zamilah. Selepas itu semua terhenti di antara mereka, masing-masing hilang dalam khayalan sendiri.

Bersama secawan teh dan beberapa album di tangan Atiqah duduk di balkoni apartmentnya. Satu persatu album Atiqah buka bersama memori yang bermain di fikiran.

Email dari Ana dan Zamilah telah Atiqah balas. Semalam abang Kamal telefon bertanya kabar. Tidak banyak yang dibualkan bersama abang Kamal selain dari sedikit hal keluarga dan soalan wajib dari abang Kamal setiap kali mereka berhubung “Tiqah tak teringin ke nak balik bekerja di Malaysia”. Setiap kali itu juga pertanyaan abang Kamal dianggap sepi oleh Atiqah, sesepi ruang di rumahnya waktu ini.

Atiqah sedar itu bukan saja hasrat abang Kamal tetapi hasrat kedua ibu bapanya dan juga abang Firdaus. Lagipun salah satu projek syarikat ayah beberapa tahun yang lalu adalah mendirikn sebuah hospital dan entah macam mana ayah berjaya mengumpulkan dana untuk menguruskannya juga. Kalau tak silap masa tu abang Kamal dan abang Firdaus masing-masing berada di tahun akhir fakulti perubatan dan Atiqah pula baru berada di tahun pertama kelas persediaan.

Abang Kamal pernah belajar di Ireland. Cita-cita yang abang Kamal genggam sedari kecil termakbul apabila diterima masuk ke Royal College of Surgeon Ireland (RCSI). Keputusan cemerlang yang diperolehi semasa SPM membuka laluan mudah untuk abang Kamal mendapat tempat di kolej tersebut. Namun laluan awal abang Kamal tidak semudah yang dijangka kerana kebimbangan keluarga abang Kamal terutama Pakcik Karim dalam soal tawaran biasiswa yang diterima. Pakcik Karim amat bimbang tentang perbelanjaan harian yang mesti disediakan untuk abang Kamal semasa di sana nanti. Oleh itu ayah Atiqah tidak teragak-agak untuk sama-sama membantu dalam soal kewangan, semata-mata tidak mahu soal duit menjadi halangan bagi abang Kamal untuk tidak menyambung pelajaran di RSCI. Bantuan dan janji ayah untuk membantu membuat Pakcik Karim dan keluarga merasa amat lega.

Pakcik Karim pernah sama-sama bekerja dengan ayah Atiqah semasa dalam perkhidmatan kerajaan dulu. Setelah beberapa tahun berkhidmat ayah meninggalkan jawatan kerajaan untuk memenuhi cita-citanya menjadi seorang usahawan dengan memulakan perniagaan sendiri.

Abang Kamal pula seorang yang pendiam tapi amat peka kepada keadaan yang berlaku sekelilingnya. Abang Kamal memang tidak banyak bercakap, jarang benar nak dengar dia bersembang kecuali hal-hal yang berkaitan pelajaran dan dunia pekerjaan sekarang. Selebihnya abang Kamal menjadi pendengar serta pemerhati dan abang Kamal adalah pendengar setia Atiqah apabila ada perkara yang hendak diluahkan.

Ayah pernah berkhidmat di bawah unit perancangan bandar dan merupakan seorang jurutera bangunan, akan tetapi semasa memulakan perniagaan, ayah mulakan dengan pertanian dan penternakan ikan air tawar serta udang sebelum melangkah masuk ke bidang hartanah dan bangunan. Tidak banyak yang Atiqah tahu tentang permulaan perniagaan ayah cuma seingatnya ayah sering tiada di rumah dan balik juga jauh malam.

Namun begitu persahabatan yang terjalin di antara Pakcik Karim dan ayah tidak putus begitu saja. Pakcik Karim banyak membantu ayah sewaktu memulakan perniagaan. Hanya yang mampu Atiqah ingat ialah setiap hujung minggu Pakcik Karim akan datang ke kebun dan kolam ternak menggantikan ayah menguruskan pekerja dan ladang. Lama-kelamaan Pakcik Karim menjadi pekerja sambilan tetap dan ini merupakan peluang untuk Pakcik Karim menambah pendapatan. Apabila perniagaan ayah semakin stabil ayah menawarkan Pakcik Karim untuk menjadi pengurus dan penyelia ladang. Dari situ juga Makcik Rahmah, isteri Pakcik Karim datang membantu mama di rumah.

Bermula dari situ, ikatan persahabatan menjadi ikatan kekeluargaan dan sekarang rumah mereka juga berhampiran. Hanya di pisahkan oleh dua batas sawah yang merentangi kawasan rumah yang kini merupakan kebun sayur dan ada sebatang taliair. Di taliair ini jugalah Atiqah sering termenung sebelum mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Ireland. Tembok di taliair ini juga pernah menjadi tempat yang mengusik perasaannya tidak berapa lama dahulu. Atiqah tidak pernah tahu apakah perasaan itu sebenarnya. Jantungnya pasti berdegup kencang ketika wajah abang Kamal datang dalam bayangan. Makin kencang degupan jantung Atiqah andainya abang Kamal menalifon ataupun ada bersamanya. “Apakah semuanya ini?” tanya Atiqah sendiri. Akan tetapi semuanya berakhir tanpa jawapan sehingga Atiqah melangkahkan kaki meninggalkan tanahair untuk menyambung pelajaran. Sesekali rasa itu mengocak lubuk hatinya dan setiap kali itu juga Atiqah biarkan ia berlalu bagai angin yang bertiup.

Ketika Pakcik Karim berhajat untuk membina rumah di atas tanah peninggalan orang tuanya di Banting secara kebetulan ada sebidang tanah bersebelahan hendak di jual. Ayahlah orang pertama yang Pakcik Karim bertanya lalu ayah terus terpikat dengannya. Begitulah lamanya persahabatan dan eratnya hubungan ayah dengan Pakcik Karim. Pangkat dan kedudukan tidak pernah menghalang persahabatan ayah dan pakcik Karim. Walaupun pernah Atiqah terdengar ada juga di antara rakan-rakan ayah dan juga kawan lama mereka berdua yang mencumburui persahabatan mereka dan ada yang mula menghasut. Hasutan yang datang ayah tangkis kerana ayah yakin persahabatan mereka terbina berdasarkan keikhlasan dan kejujuran. Dengan segala dugaan yang datang menjadikan hubungan itu makin utuh dan kami memang telah menjadi sebuah keluarga. Susah senang sememangnya ayah dan pakcik Karim kongsi bersama. Ayah tidak pernah lupa menasihati Atiqah adik beradik bahawa wang ringgit tidak akan bernilai andainya ikatan dan hubungan tidak berasaskan kejujuran. Wang ringgit tidak pernah dapat membeli kebahagian, itulah kata-kata dan pesanan ayah selalu.

“Kenapa sayang tak mahu balik”? tanya abang Kamal lembut. Telinga Atiqah menangkap ada nada kesayuan yang terselit dari pertanyaan abang Kamal. Ini membuatkan terlalu lambat untuk Atiqah menjawab.

Mata mereka bertentang. Hanya abang Kamal yang masih memanggilnya dengan panggilan itu. Dulu makcik Rahmah yang suka timang dirinya dengan panggilan sayang sehingga Atiqah malu dengan kawan-kawan bila dibuat begitu. Puas Atiqah memujuk makcik Rahmah untuk memanggil nama sebenarnya. Makcik Rahmah yang menjaga Atiqah sejak bayi lagi. Mama selesa dan percaya untuk meninggalkan Atiqah bersama makcik Rahmah kalau mama perlu menemani ayah ke majlis rasmi dan makan malam serta kadang-kadang berjauhan sehari dua kerana urusan perniagaan. Atiqah tidak kesunyian kerana adanya Ain. Oleh kerana kesemua ahli keluarga mereka lelaki, Atiqah dan Ain memang serasi bermain sama-sama. Adakalanya abang-abang Atiqah datang mengacau begitu juga dengan abang Kamal.

Terlalu lama dan terlalu jauh Atiqah melayarkan kenangan. Keluhan demi keluhan Atiqah lepaskan setelah membelek dan meneliti album kenangan. Atiqah sedar abang Kamal benar-benar berharap dirinya pulang ke Malaysia dan menyambung khidmat di hospital perniagaan milik keluarga. Bukan harapan abang Kamal seorang saja. Atiqah tahu harapan ayah dan juga abang Firdaus begitu akan tetapi buat masa ini ayah belum begitu mendesak. Akan tetapi sejak akhir-akhir ini nada abang Firdaus sudah berubah bila bertanyakan hal itu. Sepanjang tahun ini rasanya sudah beberapa kali abang Firdaus bertanya tentang keputusan Atiqah dan yang paling genting adalah semasa abang Firdaus datang melawatnya dua bulan yang lalu.

“Sampai bila Tiqah nak macam ni? Tak elok tau begini, dahlah awak tu perempuan. Macam orang tak ada keluarga, macam anak terbuang”, leter abang Firdaus kepadanya.

“Tiqah belum bersedialah bang, lagipun abang dan abang Kamal kan ada untuk uruskan perniagaan ayah tu”, jawapan Atiqah beri dengan meleret.

“Could you please understand, this is not just business, this is professional we need doctors and we need you home because you are a member of the family”, keras pula kata-kata abang Firdaus kali ini.

Atiqah hanya mampu memandang abangnya pada masa itu. Tidak disangka sama sekali abang Firdaus akan berkata begitu. Atiqah terkedu. Memang jarang abang Firdaus berkata tapi sekali ini sakit jugak hati Atiqah untuk menerimanya. Cara abang Firdaus cakap tadi sudah cukup untuk Atiqah kenang seumur hidupnya dan lebih-lebih lagi abang Firdaus mendengus perkataan DEGIL, membuat mereka lama berpandangan. Bukan berpandangan lagi, dah jadi tenungan yang menikam. Bagaikan saga, merah berkaca mata abang Firdaus, lagak seperti harimau hendak menerkam mangsanya sebelum abang Firdaus berlalu dari situ. Hari-hari berikutnya, kata-kata abang Firdaus bermain di fikiran dan sampai ke hari ini ada juga sesekali gambaran itu datang menyapa Atiqah dan masih mampu membuat Atiqah menjadi resah.

Angin malam meniup kain langsir di balkoni apartmentnya, memberi rasa sejuk ke tubuh namun Atiqah biarkan saja. Atiqah masih tidak berganjak dari tempat duduknya. Fikirannya kini berputar dan melayang, hilang tanpa tujuan bagai layang-layang terputus talinya. Atiqah dibebani dengan keadaan sekarang dan masa silam. Antara kasih, cinta, pengalaman dan rasa hormat, manakah yang lebih utama? Ada satu perkataan aneh yang muncul iaitu CINTA. Janggal rasanya menyebut perkataan itu. Seperti biasa keluhan saja yang Atiqah lepaskan. Dalam kekalutan fikiran yang bergelut Atiqah terlena di sofa, bersalut memori serta penyelesaian yang masih perlu dicari.

Musim sejuk datang lagi. Kedinginan yang menyucuk-nyucuk hingga ke tulang membuat Atiqah berlari-lari anak untuk sampai ke rumah dan memanaskan badan. Kakinya hampir kekejangan dengan kerja yang banyak hari ini dan ada seorang kanak-kanak pula dimasukan ke hospital dengan penyakit radang paru-paru yang kronik. Anak kecil yang baru berusia lima tahun itu harus berjuang bagi menyambung hidup. Itulah rutin hidup Atiqah setiap hari, merawat pesakit dan sedaya upaya memberi mereka sokongan serta keyakinan bahawa setiap penyakit ada ubatnya walaupun kronik mana sekalipun. Andainya Allah mengizinkan ada di antara pesakitnya akan sembuh dan adakalanya hanya menanti waktu menyahut panggilan Ilahi. Walaupun berada di perantauan yang hampir kesemua mereka menganuti agama kepercayaan masing-masing terutama Kristian, tidak pernah menjadi penghalang buat Atiqah memberi kata perangsang mengenai takdir, qada dan juga qadar. “Alhamdulillah, cucu Tok memilih bidang perubatan, bidang yang mewakili dunia dan akhirat”, kata-kata arwah Tok singgah dalam bayangan membuatkan mata Atiqah berkaca. Cepat-cepat Atiqah mengesatnya dan bergegas meninggalkan bilik kecemasan dengan harapan anak kecil itu kuat berjuang menyambung hidup.

Dalam kesibukan yang ada sempat juga Atiqah meluangkan masa melawat Deborah yang akan dipindahkan ke unit rawatan sakit jiwa esok.

“Hi Deborah, how are you feeling now”, sapa Atiqah lembut sambil menghulurkan sebungkus biskut kepadanya.

Deborah tidak menghiraukan kehadiran Atiqah. Mengangguk tidak menjawab pun tidak. Mungkin pandangan Deborah kosong melihat dinding disebelahnya. Pertanyaan demi pertanyaan dari Atiqah dibiar berlalu oleh Deborah sehinggalah Atiqah berkata bahawa kekuatan hanya akan terbukti apabila kita mampu bangkit dari kegelapan. Berkata memang mudah tapi adakalanya kita juga mesti memberi peluang kepada diri untuk melihat dunia yang luas ini dari kacamata orang lain.

“Take care Deborah, we are here to help. But we are not able to help if you don’t want to help yourself”, tutur Atiqah sebelum berpaling.

Wajah Deborah berselang seli dengan kisah lama. Kisah yang membawa Atiqah ke Ireland untuk belajar dan sekaligus menetap dan bekerja di sini. Seram bulu roma Atiqah bila suara-suara halus itu menusuk ke telinganya. Rayuan demi rayuan Atiqah dengar sehingga kakinya kaku di situ. Selang beberapa minit tawa-tawa halus kedengaran, suara lelaki dan perempuan. Aneh dan pelik namun Atiqah tidak bergerak. Bayangan yang dilihat dicelah-celah cermin tingkap yang tertutup menambah gigil badannya.

“Sayang, buat apa di sini?”, tegur abang Kamal lembut.

Sapaan abang Kamal membuat Atiqah terkejut. Hilang seketika dalam kesuraman cuaca di petang itu. Angin petang yang bertiup kuat tiba-tiba menerbangkan rambutnya yang tidak diikat. Wajah comel Atiqah seperti hilang bersama tiupan itu.

“Tak ada apa-apa”, jawab Atiqah perlahan. Sambil memandang wajah abang Kamal yang berdiri di hadapannya, hati Atiqah diragut sayu. Senang benar airmatanya menitis dan terus bertukar menjadi sendu.

“Maaf bang, Tiqah masih belum mampu melupakannya”, tutur Tiqah perlahan dengan airmata yang masih berlinangan.

Selalunya apabila Atiqah bersedih, abang Kamal tempat Atiqah mengadu, bahu abang Kamal tempat Atiqah melepas segala sendu, namun sejak peristiwa itu membuat Atiqah bimbang, takut, curiga dan berbagai perasaan lagi wujud dalam hatinya. Walaupun begitu, dalam segala resah gelisah yang ada, abang Kamal masih mampu membuat Atiqah merasa selesa untuk meluahkan segala rasa yang terbuku di hati dan fikirannya.

*****

Sayang abang,

Atiqah sepatutnya bersyukur yang Tiqah sempat diselamatkan. Sedikit ilmu pertahan diri yang ada telah membantu Tiqah melewatkan kejadian. Ia tetap trauma dan lebih-lebih lagi bila ayah membawa kes ini kemuka pengadilan. Tiqah bukan mangsa sebenarnya, cuma mungkin telah di takdirkan Tiqah berada di situ dan akhirnya menyelongkar rahsia yang sudah lama tersimpan. Tiqah menjadi saksi yang tidak diingini. Setiap kejadian yang menimpa punya hikmah dan rahmatnya tersendiri. Sememangnya kenangan tidak mungkin akan hilang dari ingatan dan kehidupan kerana ia adalah sejarah yang mesti Tiqah bawa sehingga akhir hayat. Akan tetapi ingatlah sayang, kita tidak mampu mengubah sejarah akan tetapi kita boleh terus berusaha untuk mencipta sejarah.

Abang nak Tiqah tahu yang semua orang sayang dan percayakan Tiqah. Ayah bertindak demi menjaga nama baik anak bongsu kesayangannya dan yang penting sekali keadilan. Walaupun perit untuk Tiqah harungi akan tetapi Tiqah mesti berhadapan dengan kenyataan. Perkara ini berlaku di sekolah, tempat kita sepatutnya menimba ilmu dan guru-guru menjadi pembimbing dan pelindung kita, akan tetapi kepercayaan yang ibu bapa letakan kepada mereka musnah. Lebih buruk dan dahsyat ada di kalangan anak-anak murid yang melakukannya dengan rela hati.

Please sayang…fikirkanlah dengan semasak-masaknya. Dengan hati yang ikhlas abang mengharapkan kepulangan Tiqah di samping keluarga dan yang lebih utama I need you by my side. You have been my angel all this while. Abang kadang-kadang hilang arah bila mengenangkan segalanya.

Salam sayang

Kamal

*****

Berhari-hari, berminggu-minggu dan berbulan-bulan selepas kejadian itu, muka Atiqah dan rencana tersiar di akhbar-akhbar tempatan. Tajuk yang paling tidak dapat Atiqah lupakan adalah “Murid-murid perempuan melacur diri di sebuah sekolah swasta”. Walaupun tiada lapuran ditulis tentang cubaan perkosaan dilakukan, nama dan wajah Atiqah pernah terpampang di dada akhbar sebagai mangsa rogol.

“Farah Atiqah!!! Apa kau buat kat sini?” nyaring sungguh suara Ann apabila melihat Atiqah tercegat di depan pintu bilik stor di belakang kantin sekolah. Bukan saja Ann dan Dilla terkejut melihat Atiqah di situ, Atiqah juga terkejut dengan jerkahan Ann dan Dilla. Bagaikan ada gam yang melekap di matanya sehingga menjadi buntang apabila menangkap bayang Cikgu Arshad sedang mengenakan butang baju. Perlakuan Cikgu Arshad terhenti di situ dan fikiran Atiqah segera menangkap bahaya datang bertandang. Tanpa berlengah, dengan segala tenaga yang ada Atiqah melarikan diri. Namun Cikgu Arshad lebih pantas darinya dan dibantu pula oleh Ann dan Dilla.

Pergelutan berlaku dan tiada siapa yang dapat mendengar pekikan dan laungan Atiqah. Tenaga Atiqah makin berkurangan setelah cuba bergelut dan mempertahankan diri dari sepakan dan tendangan Cikgu Arshad. Atiqah rebah dan tidak berdaya untuk berlawan lagi. Hanya airmata yang menitis perlahan ketika Ann dan Dilla memegang kuat kedua belah tangannya dan Cikgu Arshad merentap kemeja-T yang dipakai. Oleh kerana tebalnya kain kemeja tersebut, rentapan pertama tidak mendatangkan apa-apa tapi meninggalkan kepedihan di leher Atiqah. Ketika rentapan kedua dibuat, terdengar ada orang memanggil namanya dan sepantas kilat Cikgu Arshad menekup mulut Atiqah. Suara itu makin hampir dan Atiqah pasti ketika itu bukan seorang saja yang memanggil dirinya.

Tendangan kuat di pintu membuat Cikgu Arshad terpelanting. Ann dan Dilla juga tidak dapat melarikan diri. Selepas itu Atiqah tidak sedar apa-apa. Di saat dia membuka mata semuanya gelap dan kelabu. Atiqah cuma tahu Mama ada di sebelah kanan katilnya dan dalam samar Atiqah hanya perasan ayah dan makcik Rahmah di hujung katil.

Rentetan dari itu Datuk Ariffin tidak berdiam diri. Sejarah sekolah diselongkar sedalam-dalamnya dan tentunya perkara pertama adalah membawa Atiqah keluar dari situ. Turun naik mahkamah menjadi sebahagian dari rutin hidupnya. Setiap kali hari perbicaraan hidup Atiqah menjadi kucar kacir dan tidak tentu arah. Ana dan Zamilah cuba sedaya upaya bersama Atiqah di setiap hari perbicaraan kerana oleh kerana resah hati mereka berdua Atiqah berjaya diselamatkan. Selain dari itu mereka berdua datang mencari Atiqah kerana keluarga Atiqah datang melawat pada hari itu. Apabila melihat buku yang bertebaran di lantai mereka bergegas melapurkan pada guru asrama dan menyakinkan pekerja sekolah untuk membantu. Atiqah berjaya diselamatkan dalam keadaan yang amat genting.

Atiqah tidak mampu untuk memandang Cikgu Arshad di kandang pesalah. Sewaktu perbicaraan, Atiqah tidak dapat lari dari terbayang-bayang wajah Cikgu Arshad semasa mengajar matapelajaran biologi. Matapelajaran yang banyak berkait rapat dengan manusia dan pembiakan. Seorang guru tergamak melakukan semua itu? Tanya Atiqah bertalu-talu. Rentetan kejadian menjadi gambaran jelas dalam fikiran Atiqah sehingga membuat Atiqah mengalami gangguan perasaan.

Perbicaraan yang berlangsung hampir enam bulan itu sudah cukup menguji ketabahan hidup Atiqah di usia empatbelas tahun. Akhirnya Atiqah kalah. Atiqah makin lemah dan tidak mampu untuk meneruskannya lagi. Keluarga Ann dan Dilla tidak mahu langsung memberikan kerjasama. Keluarga mereka menggunakan segala pengaruh yang ada dan membuat Ann dan Dilla hilang dari pandangan. Kenyataan yang pernah diambil dari mereka juga lenyap begitu saja. Tidak terjangkau fikiran Atiqah bagaimana keluarga mereka melakukannya. Segala yang ayah lakukan terlalu jauh bezanya dengan keluarga Ann dan Dilla. Atiqah berusaha memahami segalanya di usia yang begitu muda. Walaupun Ann dan Dilla hanya setahun lebih tua darinya, bertubi-tubi soalan datang menyergah kotak fikiran Atiqah bagaimana mereka berdua sanggup menggadai maruah diri dan masih mahu melindungi Cikgu Arshad. Kenapa Ann dan Dilla sanggup melakukan ini semua? Kenapa??? Jerit hati Atiqah dengan hiba.

“Kau tak pernah rasakan? Hari ini aku nak kau rasa betapa nikmat dan indahnya dunia bila berada di lautan asmara”, ujar Ann di cuping telinganya.

“Selepas ini pasti kau merayu dan merenggek hendak dilayan begitu”, kata Dilla pula diiringi tawa yang mengilai.

Dari matanya yang berkaca, dapat dilihat wajah Cikgu Arshad yang menyinga. Pastinya hati Cikgu Arshad teramat marah kerana rahsia dirinya selama ini terbongkar. Hanya dengan menahan dan mendera aku di sini tidak akan mengubah keadaan, detik hati Atiqah. Setelah penat bertarung dan mendera hati serta perasaannya selama hampir dua tahun, Atiqah tidak jua terlepas dari cengkaman peristiwa hitam itu. Sesekali bayangan itu datang mengganggu dan setiap kali itulah mama mesti menemaninya ke sekolah. Ketika itu pasti ada bisik-bisik suara yang bertanya, kenapa anak sebesar itu perlu berteman ke sekolah. Atiqah cuba sedaya upaya untuk tidak mempedulikan soseh-soseh yang ada. Atiqah perlu membina tembok ketahanan diri bagi meneruskan kehidupan dan mencapai segala cita-cita yang telah dibina. Kedoktoran dan bidang perubatan adalah pilihannya. Keinginan ini lebih terdorong apabila abang Firdaus dan Kamal mengambil bidang yang sama serta seorang bapa saudara yang merupakan seorang doktor pakar tulang. Atiqah bertekad untuk tidak mensia-siakan masa depannya kerana kejadian yang berlaku walaupun perit.

Akan tetapi ada kalanya jiwa Atiqah menjadi lemah dan setiap kali kelemahan itu menyelinap masuk Atiqah cuba melihat betapa beruntung dirinya kerana berada di sebuah sekolah swasta yang tidak jauh dari rumah. Tiada siapa yang tahu pengalaman pahitnya. Anak-anak sekolah ini kebanyakannya tidak ambil pusing akan hal-hal peribadi. Usaha Atiqah tidak pernah cukup kerana Atiqah masih tidak dapat lari dari lapuran guru sekolah mengenai kegagalannya untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Sedih hati Atiqah mengenangkan mama dan ayah yang terpaksa mengharungi semua ini. Airmata Atiqah pasti tumpah setiap kali membelek helaian akhbar dengan berita perkosaan. Salah siapakah semua ini terjadi? tanya Atiqah tidak henti, namun yang pasti tiada jawapan kerana saban hari ada saja berita jelek sebegini.

“Maafkan Tiqah mama”, sendu Tiqah dalam pelukan ibu yang dikasihi. Tangis Atiqah memecah kesunyian pagi itu ketika perasaan takut tiba-tiba menguasai diri hingga Atiqah tidak mahu ke sekolah.

“Sudah tu sayang, jangan menangis lagi”, pujuk mama perlahan sambil mengurut belakang Atiqah. “Anak mama tak bersalah dan mama nak Tiqah jadi tabah dan kuat hadapi segalanya ini. Ayah dan mama sayangkan Tiqah, semua orang sayangkan Tiqah tapi keadaan tidak akan berubah kalau Tiqah tak berusaha mengubahnya”, suara mama tersekat-sekat memujuk Atiqah, satu-satunya puteri dalam hidupnya. Pasti mama juga sedih melihat keadaan anaknya begitu, fikir Atiqah.

Gelodak hawa nafsu manusia bernama lelaki tidak pernah Atiqah ketahui. Selama ini hidupnya ditatang, dimanja, dikasihi dan dihormati sebagai seorang perempuan dalam sebuah keluarga yang harmoni di kelilingi kaum adam. Dunia luar amat gelap pada pandangan Atiqah apabila sudah merasa tidak selamat di dalam rumahnya sendiri. Setiap hari Atiqah keluar untuk ke sekolah dan menjalani hidup sehari-hari sebagai seorang pelajar. Jarang benar Atiqah pulang lewat kecuali ada hal di sekolah, itupun akan dihantar dan diambil oleh pakcik Karim.

“Lambat Atiqah balik hari ni”, tegur Azmi tukang kebun rumahnya. Azmi yang berusia di awal 20’an, berambut kerinting serta kulit hitam manis dengan cara percakapan yang selalunya kasar membuatkan Atiqah merasa gerun apabila berdepan dengannya. Dari awal Azmi bekerja lebih kurang empat bulan yang lalu memang Atiqah tidak pernah bertegur sapa dengannya. Pernah satu hari Atiqah menggigil ketika Azmi datang menyapanya di laman belakang. Nasib baik masa tu Makcik Rahmah ada dan Atiqah terus meluru masuk ke dalam rumah.

Bunyi soseh-soseh di bawah membawa perhatian Atiqah untuk turun. Setahunya memang Makcik Rahmah tiada di rumah. Mama pula kata Azmi tak datang hari ini dan Atiqah akan tinggal seorang di rumah sampai mama dan ayah balik. Kalaupun Azmi datang memang dia tak boleh masuk ke rumah. Selepas mama pergi tadi, Atiqah pastikan semua laluan masuk dikunci termasuk balkoni atas. Hatinya memang tidak tenteram. Sudah lama tidak dirasakan begini. Sejak dari hari kejadian hinggalah kes selesai Atiqah berusaha menjalani hidup sehari-hari dengan membuang jauh segala kenangan. Atiqah sedaya upaya berusaha untuk tidak menganggap dunia luar kejam terhadap dirinya, dengan menghadiri kaunseling setiap hari Sabtu bersama mama. Entah bagaimana kehadiran Azmi merubah pendirian Atiqah kembali. Jantung Atiqah mudah benar berdebar walaupun kucing yang melompat, sejak Azmi mula bekerja sebagai tukang kebun di rumah mereka. Terlalu mudah Atiqah merasa takut dan bimbang lalu menyuarakan rasa tidak senangnya terhadap Azmi kepada Abang Kamal.

Tawa abang Kamal menyakitkan hati Atiqah yang disusuli pertanyaan. “Atiqah berilusi ya?” Jangan biarkan perasaan begitu mengganggu hidup sayang, nanti tak pasal-pasal hidup jadi tak tenteram, hujah Abang Kamal dengan tawa yang masih meniti.

“Ishhh abang ni, sayang cakap yang benar abang main-main pulak”, tutur Atiqah geram lalu beredar meninggalkan Abang Kamal.

Ketika Abang Kamal menarik dan menangkap tangan Atiqah dia jadi terperanjat dan terus meronta. Menggigil anggota tubuhnya dan membuat abang Kamal memandang Atiqah dengan segala kekeliruan. Kerutan di dahi abang Kamal pasti menandakan yang abang Kamal terperanjat dengan aksi spontan Atiqah. Atiqah sendiri merasakan wajahnya pasti pucat kerana kerutan muka abang Kamal makin menebal.

“Sayang, kenapa ni!!!?” tanya Kamal dengan nada yang amat terperanjat. Kerut di mukanya makin jelas kelihatan. Mata mereka bertembung bagaikan bermohon Atiqah memberi penjelasan dari aksi spontannya tadi.

Bunyi semacam barang jatuh di dapur membuat mereka mengalih pandangan dan sepantas kilat abang Kamal terus berlari ke sana. Dari jauh jeritan abang Kamal memanggil nama Azmi bergetar di cuping telinga Atiqah. Sekuat jeritan abang Kamal, sepantas itu juga bagaikan kapas Atiqah longlai di tempat dia berdiri lalu terduduk. Fikirannya menjadi kosong. Diri bagaikan tidak wujud di dunia ini hanya kerana gagal mengenal pasti hitam putih kehidupan. Lebih memburukan keadaan ia berlaku di rumah sendiri.

“That’s my life Deborah, nothing much compared to yours maybe but it’s nearly destroy me”, Atiqah menamatkan kisahnya.

Perbuatan Azmi bukan pada dirinya tapi pada kucing belaan keluarganya. Petang itu Atiqah kehilangan Melor dan Nemo. Melor dan Nemo ditikam bertubi-tubi oleh Azmi. Perut Melor dan Nemo berkecai. Ketika Atiqah sampai ke dapur darah Melor dan Nemo berserakan bersama dengan titisan airmatanya. Perbuatan Azmi terhadap Melor dan Nemo terlalu kejam. Tergamak Azmi berlaku kejam terhadap binatang kesayangan Atiqah. Entah berapa kali lagi dalam hidup ini Atiqah mesti mengharungi keadaan begini. Hanya tangisan Atiqah memecah kesunyian rumah banglo tiga tingkat itu diikuti titisan hujan yang mula membasahi bumi.

Atiqah meraung semahu-mahunya semasa Azmi memberi keterangan kepada pegawai polis yang menyiasat. Dengan bersungguh-sungguh Azmi mengatakan Melor dan Nemo adalah penghalang cintanya terhadap Atiqah. Suara Azmi lantang mengatakan Atiqah menolak cintanya kerana kasih Atiqah hanya kepada kucing-kucing belaannya. Atiqah bingung. Atiqah buntu. Atiqah menangis semahu-mahunya dalam dakapan abang Kamal. Tidak ada pujukan sesiapa masa itu dan tidak juga Atiqah sedar bahawa tangisannya menjadi ratapan.

Di usia 16 tahun dia berhadapan dengan sesuatu yang amat membingungkan. Hidupnya penuh dengan kekeliruan dan sehingga detik dan saat ini juga setelah memperolehi ijazah kedoktoran dan memenuhi tanggungjawab sebagai seorang doktor terlatih masih mampu membuat Atiqah keliru dan buntu adakalanya. Melalui hari-hari dengan merawat pesakit dan sekarang pula diminta membantu Deborah membuat Atiqah tertanya-tanya kenapa dan mengapa. Dirinya bukan pakar sakit jiwa akan tetapi Deborah merayu untuk berjumpa dengannya sebelum dipindahkan ke rumah perlindungan.

Pertemuan dengan Deborah sudah berlangsung hampir sebulan. Atiqah berjumpa Deborah selang sehari selama 1 jam. Sepanjang perjumpaan berlangsung, Deborah tidak ditemani oleh doktor pakar sakit jiwa kecuali pengawal keselamatan yang berada tidak jauh dari mereka. Oleh kerana menerima tugas ini bukanlah kemahuan Atiqah sepenuhnya, terselit juga kegusaran di hati Atiqah tentang keselamatan dirinya dan juga Deborah lalu menyuarakan kebimbangan dan kerunsingan hatinya kepada pihak lembaga pengarah hospital. Atiqah tidak faham kenapa Deborah merayu untuk dirinya menjadi perunding peribadi dan bagaimana pihak hospital menyetujui permintaan Deborah. Puas Atiqah mencari jawapan akan tetapi yang diterima adalah semata-mata bantuan kemanusian. Pihak lembaga hospital bersetuju meletakkan Deborah dibawah pengawasan Atiqah kerana mereka berpendapat Atiqah mampu memikul tenggungjawab tersebut.

“Absolutely NO sayang”, terdengar jeritan Abang Kamal di hujung talian semasa Atiqah memberitahu perkara ini.

Abang Kamal melarang keras Atiqah menerima tugasan tersebut kerana ianya di luar bidang perubatan Atiqah, namun bagaikan ada yang menyucuk-nyucuk tangkai hatinya untuk menerima tugas tersebut apabila menerima tentangan dari abang Kamal. Apakah ini simpati? Apakah mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini? Dua pertanyaan yang akhirnya membuat Atiqah menyetujui dan menerima tanggungjawab tersebut. Terdetik juga di hati Atiqah, apakah nanti yang bakal terjadi kepada Deborah andaikata Atiqah menolak permintaan seorang pesakit dan juga bantuan kemanusiaan seperti yang dikatakan oleh pihak lembaga hospital. Setelah berhempas pulas mencari jawapan dalam diri, naluri kemanusian mengatasi segalanya lalu Atiqah membulatkan hati menerima cabaran ini. Berbekalkan jaminan bertulis dari pihak hospital Atiqah kini merasa selesa berjumpa dan berbual dengan Deborah. Sekali lagi Atiqah mendapat tentangan abang Kamal dan kali ini disokong pula oleh abang Firdaus, namun tidak Atiqah pedulikan. Atiqah benar-benar mengikut naluri hatinya.

Di setiap pertemuan mereka akan bawa buku nota masing-masing. Dari hari ke hari Atiqah dan Deborah berkenal rapat. Bermula dengan berbual kosong mereka sekarang banyak topic bicara. Hobi, sukan, bunga, kraf tangan, buku hinggalah kepada hubungan lelaki dan perempuan menjadi topic bualan. Setelah dua minggu bersama dan mengenali serba sedikit kegemaran masing-masing, Deborah minta dibelikan barang jahitan seperti benang dan kain kapas bercorak bunga kecil dan kain kosong dari warna asas yang sama. Deborah minta carikan warna kuning lembut. Sekali lagi Atiqah digamit kegusaran apabila Deborah menolak baik pelawaannya untuk pergi beli barangan tersebut bersama-sama.

Penolakan Deborah menimbulkan berbagai pertanyaan dalam diri Atiqah ditambah tebalnya rasa kemusykilan apabila Deborah enggan berkongsi pengalaman gelapnya. Setiap kali Atiqah mengaju soalan, Deborah akan mengalih topic bicara. Buntu juga jadinya kerana Atiqah memerlukan sedikit sebanyak cerita silam bagi membangkitkan semangat Deborah. Rasa tidak menentu ini Atiqah luahkan kepada pihak lembaga hospital yang meletakan Deborah di bawah penjagaannya. Atiqah bimbang andaikata gagal membantu Deborah kerana menyedari hakikat bahawa dirinya bukanlah therapist ataupun pakar psikatri. Namun Atiqah diberi keyakinan oleh pihak lembaga hospital bahawa sepanjang tempuh yang telah berlangsung Atiqah telah membuktikan kejayaan. Selebihnya Atiqah diminta mengikut arus buat masa ini dan mereka yakin lama kelamaan Deborah akan memberanikan diri membuka pekung di dadanya.

“Please Atiqah, promise me you will get it for me”, rayu Deborah dengan mata kuyunya.

“I promise”, Atiqah melafazkan janji dengan menggenggam jari jemari Deborah lalu melemparkan senyuman bagi menyakinkannya. Tidaklah Atiqah ketahui projek apa yang ingin Deborah buat dengan bahan-bahan tersebut dan tidak pula Atiqah bertanya.

Deborah pandai buat patch-work rupanya. Deborah juga suka bercucuk tanam. Sedikit demi sedikit kemahiran Deborah diketahui Atiqah. Deborah memang punyai banyak minat dan dari minat itu dia mengumpul buku dan bahan-bahan rujukan. Tidak salah lagi bahawa Deborah benar-benar tahu apa yang dimahukan dalam hidup, akan tetapi kejadian yang menimpa dirinya telah menghancurkan impian dan segala cita-citanya. Itu adalah tafsiran Atiqah kerana sehingga hari ini Deborah masih lagi berahsia dengan dirinya. Walaupun begitu dari apa yang Atiqah lihat, Deborah mula bangkit sedikit demi sedikit. Semangat Deborah makin pulih begitu juga dengan keyakinan diri. Sokongan serta dorongan dari penghuni rumah harapan dan para petugas di situ menambah keyakinan Deborah yang mula berkongsi minatnya dengan semua penghuni. Setiap penghuni akan datang berjumpa Deborah untuk bercerita tentang minat masing-masing dan Deborah akan berusaha mencari jalan semoga minat mereka terlaksana.

Atiqah juga sempat bertemu dengan abang dan kakak ipar Deborah pada kunjungannya semalam. Dari perbualan singkat mereka, Atiqah difahamkan bahawa Deborah memang mudah berkawan dan mudah percaya pada kawan. Deborah suka menolong akan tetapi malangnya kawan-kawan yang Deborah percayai selalu benar mengambil kesempatan ke atas dirinya. Atiqah amat bersimpati dengan Deborah namun dalam masa yang sama merasa bahagia melihat perubahan Deborah serta kasih sayang keluarga yang tidak berbelah bagi. Walaupun begitu Atiqah masih lagi terkilan kerana keluarga Deborah juga tidak mahu berkongsi pengalaman. Setelah dua tiga kali pertemuan dengan keluarga Deborah, Atiqah mematikan niatnya untuk bertanya. Biarlah rahsia terus menjadi rahsia, akhirnya Atiqah menyakinkan diri bahawa apa yang dilihat lebih memberangsangkan dari terus mencungkil kisah lalu. Melihat senyuman Deborah dan tawanya setiap kali mereka berjumpa adalah kebahagian buat Atiqah sekarang.

Melalui hobi dan kesungguhan Deborah, kini di kawasan pusat perlindungan tempat mereka selalu berjumpa sudah ada pasu-pasu bunga ros dan juga sayur-sayuran. Sehari demi sehari Deborah mampu memupuk semangat penghuni-penghuni lain turut sama dalam aktiviti yang dijalankan. Perkembangan positif Deborah kini membuka ruang untuknya memajukan diri. Kepercayaan telah diberikan kepada Deborah oleh penguasa pusat perlindungan untuk melatih penghuni-penghuni yang senasib dengannya. Atiqah juga diminta membantu sebagai tenaga pengajar di pusat itu namun Atiqah menolak pelawaan tersebut dengan baik. Bidang kedoktoran Atiqah bukan kepada pesakit mental akan tetapi Atiqah berjanji akan cuba luangkan masa untuk membantu mereka secara sukarela di hujung minggu.

Tidak semena-mena setelah melawat Deborah siang tadi timbul pertanyaan dalam diri Atiqah. Melihatkan perkembangan Deborah, Atiqah bertanya-tanya apakah patut melengkapkan dirinya dengan sijil terapi dalam hubungan sesama manusia. Setelah puas berfikir, bermulalah perjalanan Atiqah mencari institusi yang sesuai untuknya belajar di masa lapang. Jadual pekerjaan yang tidak menentu sudah pasti sukar buat Atiqah untuk mendaftar sebagai penuntut sepenuh masa. Untungnya berada di negara ini, banyak kelas boleh diikuti secara online dan hanya perlu menghadirkan diri pada masa yang tertentu membuat Atiqah mahu mencuba.

“That’s wonderful”, kata Deborah dengan bertepuk tangan.

“Thanks to you”, balas Atiqah kini. Mereka sama-sama ketawa selepas itu.

Perhubungan Deborah dan Atiqah membuka ruang bagi kedua belah pihak. Deborah enggan keluar dari pusat itu. Deborah masih takut dengan dunia luar dan Deborah tidak mampu untuk melupakan sejarah hitamnya. Akan tetapi Deborah punya banyak kebolehan. Kebolehan Deborah menjahit serta bercucuk tanam kini menjadi project harian untuk rumah orang-orang tua yang terletak kira-kira 3 kilometer dari rumah harapan kediamannya. Setelah hampir 5 bulan berlalu Atiqah dan Deborah tidak lagi bertemu selang sehari, kini mereka hanya berjumpa sekali seminggu dan selebihnya mereka mengutus kabar melalui email dan sekali-sekala chat online.

“You love him, don’t you?” terpacul saja soalan itu dari mulut Deborah. Pandangan Deborah dalam. Terus merenung Atiqah ketika itu.

Berkerut muka Atiqah dengan pertanyaan Deborah. “Who?” soal Atiqah pula.

“Lie to me and lie to the whole wide world Tiqah, but don’t ever lie to your heart”, ujar Deborah perlahan.

Pandangan mereka bertemu. Atiqah tertunduk kerana tidak mampu merenung wajah Deborah yang pada firasat Atiqah mengandungi ribuan persoalan yang perlukan huraian. Jujurnya Atiqah memang ada bercerita tentang Abang Kamal, tetapi tidaklah Atiqah ketahui bagaimana Deborah boleh membuat tafsiran begitu. Abang Kamal adalah seperti abang Atiqah yang lain. Atiqah merasa selamat berada bersama mereka. Abang Kamal sentiasa sudi mendengar segala keluhan dan resahnya selama ini. Jarak usia 6 tahun di antara mereka tidak pernah menghadkan topic bicara mereka. Sudah tentu ketika kejadian pertama berlaku Abang Kamal berada di Ireland.

Sememangnya Abang Kamal tidak tahu menahu tentang apa yang berlaku. Terperanjat dan terkejut mendengar segalanya ketika pulang bercuti. Di kesempatan itu Abang Kamal turut menemaninya ke mahkamah. Walaupun hanya dua kali Atiqah amat menghargainya. Abang Kamal juga turut menemaninya dengan temujanji bersama pakar physiatrist dan therapist. Lama-kelamaan Atiqah mampu membezakan di antara kasih kaum lelaki yang ikhlas ataupun tidak. Memang pada awalnya untuk bercakap dengan ayah pun Atiqah gentar lebih-lebih lagi apabila membaca kes-kes perkosaan oleh ahli keluarga sendiri di ruangan akhbar dan juga internet.

“I am happy here”, kata-kata Deborah terngiang kembali di telinga Atiqah. Telah banyak kali Deborah mengucapkan terima kasih kepada Atiqah kerana sudi menjadi kawan dan teman selama berada di hospital dan kini di rumah perlindungan. Deborah memang tidak mahu meninggalkan rumah tersebut, walaupun telah mempunyai sedikit keyakinan untuk kembali menemui masyarakat. Beberapa hari yang lalu Deborah bersama dengan penghuni-penghuni yang lain membuat lawatan ke sebuah sekolah yang mempunyai ramai penuntut perempuan dalam lingkungan usia 16 tahun yang telah menjadi ibu oleh kerana hubungan seks bebas dan tanpa perlindungan. Kebanyakan dari teman lelaki mereka dan keluarga tidak mahu bertanggungjawab menjadikan ramai dari mereka berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara anak yang dilahirkan. Deborah merayu kepada mereka ini supaya mendaftarkan diri di jabatan kebajikan masyarakat supaya mereka berupaya mendapat bantuan bagi menyara kehidupan dan juga menyambung persekolahan.

Permintaan abang Kamal supaya Atiqah pulang dan berkhidmat di tanahair masih dibiarkan sepi. Namun begitu abang Kamal tidak pernah jemu menjengok Atiqah di Ireland. Walaupun setahun sekali dan hanya waktu yang singkat, abang Kamal tetap datang melawat Atiqah. Dalam setiap lawatan abang Kamal masih mengingatkan bahawa dirinya akan terus menanti kepulangan Atiqah ke tanahair dan menyambung khidmat di sana. Antara cita dan cinta tidak pernah abang Kamal samakan. Kasih sayang yang abang Kamal tunjukan bukan dengan kata-kata akan tetapi dengan perhatian yang ikhlas dan jujur. Abang Kamal sentiasa ada disisinya setiap kali diperlukan. Nasihat dan bimbingan abang Kamal tentang dunia pekerjaan dan kehidupan sering menjadi landasan Atiqah. Tiada perkataan cinta yang diucap, yang ada cuma kasih dan sayang dengan perhatian tidak berbelah bagi terhadap Atiqah.

*****

Assalammualaikom Abang

Tiqah harap abang sihat sejahtera hendaknya.

Maaf Tiqah pohon kerana lambat membalas email abang yang lalu. Nothing much to updatepun. Kerja macam biasa dan letih juga macam biasa…hehehe.

Siang tadi Tiqah berjumpa dengan Deborah. Kami duduk bersembang tentang rancangan Deborah dan cara-cara terbaik yang boleh digunakan untuk mengumpul dana bagi membiayai program membantu anak-anak terbiar, mangsa perkosaan, ibu tunggal dan yang lebih penting bagi Deborah adalah untuk menghalang kehamilan di usia remaja. On comparative basis kes kehamilan tidak dirancang di sini tidak setinggi di sesetengah negara barat seperti US akan tetapi Deborah dan ahli sukarelawan yang lain melihatnya sebagai gejala masyarakat yang makin menular sekarang ini. Kesedaran tentang perlakuan seks bebas juga menjadi isu yang mahu Deborah bentangkan.

Untuk pengetahuan abang, Tiqah dah berjaya mendapatkan sijil terapi bagi membantu pesakit tekanan jiwa…just a sijil. Yeah congratulations to me…hahaha although Tiqah tak jadi physiatrist macam yang abang cadangkan…tak mampu rasanya untuk Tiqah buatlah bang…jiwa Tiqah sendiri belum terubat…hah I must be sound weird to you…hehehe

Ok bang, Tiqah berhenti di sini dulu…need to catch some sleep esok Tiqah kat emergency unit.

Salam kasih

Atiqah

*****

Atiqah mula rasa resah dan ada keanehan dalam diri apabila emailnya tidak dijawab oleh abang Kamal. Kini sudah seminggu Atiqah tidak mendengar kabar abang Kamal. Email susulan selepas itu juga tiada jawapan. Atiqah makin resah, Atiqah lemas dengan keadaan ini. Telefon bimbit abang Kamal juga tidak dapat dihubungi. Jalan terakhir adalah menghubungi talian pejabat. Atiqah hampa dan kecewa apabila diberitahu yang abang Kamal mengambil cuti selama sebulan. Tidak pernah Atiqah tidak tahu ke mana abang Kamal pergi. Nak pegi kedai runcit dengan makcik Rahmah pun kadang-kadang abang Kamal cerita inikan bercuti. Dari resah yang melanda dan keanehan yang dirasa Atiqah menjadi sakit hati. Marahnya tiba-tiba memuncak ketika menerima email abang Kamal beserta gambar-gambar percutian bersama kawan-kawan.

“Hah pegi holiday bukan nak bagi tahu aku, buat orang susah hati saja”, bentak Atiqah sendiri lalu menutup saja emailnya. “Sebulan pulak tu”, Atiqah mendengus. Masam muka Atiqah dapat dikesan oleh Deborah dua hari selepas itu bila dia bertemu Deborah untuk minum petang.

“Apa yang tidak kena”? tanya Deborah dalam bahasa Melayu. Tersenyum Atiqah apabila Deborah cuba berbahasa Melayu sebentar tadi. Sejak berjumpa Deborah dua tahun yang lalu sememangnya Deborah cuba belajar dan setelah hampir dua tahun barulah hari ini Atiqah dengar ayat penuh dari Deborah. Panjang senyum Atiqah di kala itu., sehingga terlupa menjawab pertanyaan Deborah.

“Pertanyaan saya tidak awak jawab, saya tanya apa yang tidak kena? Muka awak masam bagai cuka walaupun awak senyum dengar saya cakap Melayu”, ujar Deborah panjang lebar kali ini.

Ternganga jugalah Atiqah mendengarkannya. Berusaha bersungguh-sungguh Deborah mengeluarkan kata-kata satu demi satu. Dengan slang yang ada mampu untuk buat Atiqah ketawa tapi ditahan hati untuk tidak berbuat demikian. Tidak mahu hati Deborah terguris nanti.

“Tak ada apa-apalah”, jawab Atiqah dengan selamba diiringi ketawa kecil. Atiqah masih cuba untuk melindungi resah hatinya dari dihidu oleh Deborah.

Pandangan yang Deborah beri adalah pandangan tidak percaya namun antara kami tidak meneruskan cerita tersebut. Pertemuan petang ini lebih tertumpu kepada agenda untuk membeli belah makanan ringan serta hadiah untuk diberikan kepada anak-anak yatim seramai 30 orang sempena hari kanak-kanak sedunia. Sekarang ini jadual harian Deborah diikuti mingguan dan bulanan memang penuh dengan aturacara membabitkan kerja-kerja sukarela. Deborah juga sudah ramai kawan di kalangan sukarelawan serta sudah punya kepercayaan dari badan-badan berkanun yang lain. Cuma satu yang belum berubah, Deborah masih lagi menjadi penghuni tetap rumah harapan yang menempatkan beliau dahulu. Setiap hari walaupun sudah keluar menjalankan tugas harian dipejabat sukarelawan yang ditubuhkan oleh seorang peguam yang merupakan rakan baiknya semasa di sekolah, Deborah pasti kembali ke rumah tersebut. Deborah akan pastikan dapat makan malam bersama dengan penghuni-penghuni baru, berbual dengan mereka serta meluangkan masa bermain permainan meja dan juga menonton tv. Acara mingguan yang pasti adalah kelas senaman robik, yoga dan juga karaoke. Bijak sungguh Deborah menawan hati mereka semua. Sehingga sekarang penghuni-penghuni sudah pandai buat patch-work dan ada juga yang telah dijual. Atiqah kagum dengan semangat Deborah. Tidak dinafikan sememangnya Deborah pandai mencari wang. Setiap 3 bulan sekali Deborah akan anjurkan car boot sale di kawasan rumah harapan dan juga ada gerai-gerai menjual pakaian, makanan dan minuman. Hasil dari jualan di kongsi 50/50.

Setelah penat berjalan hampir sehari, mereka pulang dengan barangan yang penuh di dalam kereta. Penghuni yang ada sudah ramai menanti untuk membantu meletakan di dalam goody bag dan melabelkan setiap hadiah nanti. Dalam ramai-ramai yang berkerumun ada satu figura yang membuat Atiqah benar-benar terkejut.

“Abang Kamal!!!”? Atiqah bersuara penuh terkejut. Dipejam celik matanya berkali oleh kerana tidak percaya. Akan tetapi makin hampir figura itu di hadapannya semakin Atiqah tidak percaya bahawa orang itu adalah abang Kamal.

Atiqah kelu dan kehilangan kata-kata ketika abang Kamal tercegat di hadapannya. Bergerak salah, tak bergerak pun salah. Kotak fikirannya memang tidak dapat berfungsi untuk mencari sebab kenapa dan mengapa abang Kamal ada di situ. Andainya menanti di rumah mungkin lain juga. Tanpa ada rasa bersalah abang Kamal terus saja memeluk Atiqah dan bertanya kabar. Atiqah berdiri dalam pelukan abang Kamal bagai batu, tanpa suara dan tanpa reaksi.

“Apa kabar sayang abang”? tanya abang Kamal sambil membuai diri Atiqah kanan dan kiri. Ceria saja nada bunyi suara abang Kamal. Tidakkah dia tahu yang hati aku ni sedang sakit kerana dia menyepi tanpa berita hampir sebulan lama. Boleh saja abang Kamal buat-buat tak tahu, getus Atiqah sendiri. Dengan kasar Atiqah melepaskan dirinya dari pelukan abang Kamal dan menyerahkan barang di tangan kepada penghuni yang hampir. Marah yang disangka telah reda sepanjang hari naik kembali. Terasa sendiri merah padam muka Atiqah menahan geram dan marah. Aksi spontan yang Atiqah berikan adalah bercekak pinggang dan memandang abang Kamal dengan penuh perasaan marah. Memang tidak dinafi hati Atiqah sedang membuak-buak dengan api kemarahan. Kerisauan melanda Atiqah hampir sebulan dan abang Kamal boleh senyum dan senggeh di hadapannya.

“Amboi-amboi, singa betina dah naik taring”, gurau abang Kamal. “Sudahlah tu…abang mintak maaf ok, abang tak sangka yang Tiqah akan risau sampai macam ni sekali”, pujuk abang Kamal sambil memegang kedua belah bahu Atiqah.

Marah yang ada membuat Atiqah menolak kedua tangan abang Kamal dengan pantas dan meluru masuk bersama penghuni lain untuk menjalankan tugasnya di situ. Atiqah membiarkan saja abang Kamal memanggilnya dan tawa kecil abang Kamal amat menyakitkan telinganya.

Senyuman Deborah juga menyakitkan hatinya. Memang sejak dahulu Deborah sering menduga Atiqah supaya bercerita lebih lanjut tentang Kamal tetapi Atiqah pula sering berkata tiada apa yang hendak dicerita selain kasih sayang adik dan abang. Mendengarkan itu Deborah pernah ketawa terbahak-bahak kerana alasan yang Atiqah bagi sama saja setiap kali. Jujurnya itu jugalah yang Atiqah rasa.

Cinta? Tiba-tiba saja perkataan itu mengetuk kotak fikirannya. Deborah pernah berkata yang ada dalam hati Atiqah adalah rasa cinta yang dalam, rasa yang tidak dapat diungkap kerana kedegilan Atiqah dan juga abang Kamal yang tidak pernah melafazkan apa-apa. Entah, kata hati Atiqah tak pernah disedari dan diketahui olehnya sendiri. Apa yang Atiqah tahu adalah abang Kamal macam ever ready saja mendengar segala keluhan, resah, marah dan ceritanya selama ini. Kadang-kadang mereka ketawa, bila Atiqah menangis abang Kamal pujuk, bila abang Kamal stress Atiqah tempat dia bercerita. Ini adalah rutin di antara mereka berdua walaupun mereka berpisah ribuan batu jauhnya sehingga adakalanya terpaksa menanggung kos telefon yang banyak.

“Saya balik dulu”, kata Atiqah kepada Deborah apabila hari sudah menjelang malam.

“Eh, makanlah bersama-sama dengan kami dulu”, Deborah mempelawa Atiqah untuk makan malam bersama.

“Hmm…tak mengapalah Deborah, lain kali saja ya”, Atiqah menolak pelawaan Deborah dengan baik. Sebenarnya dalam hati Atiqah bergelodak dan tertanya-tanya di manakah abang Kamal. Harapannya hanya satu, mengharapkan abang Kamal ada di rumah. Kalau tiada di rumah pasti abang Kamal di rumah kenalan. Demi memuaskan hatinya Atiqah mencapai telefon bimbit untuk menghubungi abang Kamal akan tetapi Atiqah hampa kerana tanpa disedari baterinya telah habis. “Haihh, kenapa pulak aku nak risau”? dengus Atiqah dalam hati. Marah yang ada kini bercampur baur dengan rasa kesal kerana melayan abang Kamal begitu tadi. Dari jauh dia datang dan bersusah payah menunggu di rumah harapan , Atiqah buat tak tahu pula. Terasa lemah dan longlai badannya apabila mengingatkan bahawa betapa tidak bersopan dirinya tadi.

Dari kejauhan tiada lampu yang terpasang, bermakna abang Kamal memang tidak singgah di rumah. Selalunya abang Kamal akan biarkan lampu terpasang kerana tahu Atiqah selalu pulang malam dari kerja. Mungkin abang Kamal terus ke rumah kawan-kawannya ataupun di hotel penginapannya, fikir Atiqah sendiri. Kalau diikut rasa badan memanglah letih dan telefon juga tiada bateri tapi dah alang-alang keluar, Atiqah berpatah balik untuk mencari abang Kamal. Itupun kalau abang Kamal menetap di hotel yang selalu ataupun rumah kawannya yang tinggal selang beberapa rumah dengan rumah Atiqah.

Pencarian Atiqah hampa. Bahkan Ariffin terperanjat besar bila dapat tahu yang abang Kamal ada di Ireland.

“Jangan main-main Tiqah”, ujar Ariffin yang sememangnya terkejut. Wajah Ariffin yang masih dibayangi kepenatan berkerut-kerut apabila Atiqah memberitahu yang abang Kamal ada di sini.

“Betul, Tiqah tak bohong, tadi abang Kamal datang jumpa Tiqah di rumah harapan”, panjang jawapan yang Atiqah beri. Wajah Ariffin sudah membayangkan kemusykilan dengan penerangan Atiqah. Rupanya Ariffin terkejut yang abang Kamal ada di sini sebab mereka baru saja berjumpa dan sama-sama dalam kumpulan percutian dan expedisi di Sabah dan Sarawak selama sebulan.

“Eh, abang baru jumpa dia, kami sama-smaa pegi expedisi, tak ada pulak Kamal cakap nak datang sini”, ujar Ariffin dengan melepaskan keluhan.

Boleh dikatakan Atiqah rapat dengan Ariffin dan keluarga kerana Ariffin juga adalah kawan rapat abang Kamal dan Firdaus. Pelawaan masuk dari Kak Fida, isteri Ariffin ditolak dengan baik oleh Atiqah. Jujurnya keseluruhan badan Atiqah dah letih, fikirannya kini hanya hendak sampai rumah dengan segera dan barulah fikir mana nak cari abang Kamal. Bertambah longlai badan Atiqah, yang ada hanya semangat untuk meneruskan langkah untuk sampai ke rumah.

“Badan dah letih, fikiran dah penat salah sikit mulalah nak menyinga”, kata suara yang berbunyi di belakang Atiqah lalu mengeluarkan kunci untuk membuka pintu. Atiqah memang tengah panas hati dan keletihan yang amat sangat kerana bermacam perkara yang berlaku hari ini, sehingga nak cari kunci dalam bag juga tak jumpa.

“Abang!!! nasib baik Tiqah tak pengsan kat sini”? jerit Atiqah sekuat hati. Merah padam agaknya muka Atiqah di remang senja petang itu. Dahlah penat, terkejut lagi. Tiba-tiba airmata Atiqah menitis dan terus menangis.

“Lahh janganlah menangis”, ujar abang Kamal. Tidak Atiqah pedulikan kata-kata itu. Dengan relanya Atiqah merebahkan diri dalam dakapan abang Kamal dan terus menangis. Tiada suara yang memujuk, sekadar membelai rambutnya saja. Abang Kamal biarkan Atiqah menangis sendiri di bahunya sehingga sendunya hilang.

“Dah puas nangis dah”? gurau abang Kamal sambil memegang kedua belah pipi Atiqah. “Tengok ni, hidungpun dah merah macam budak kecik saja” tambah abang Kamal.

“Sudahlah”, ujar Atiqah lalu menepis tangan abang Kamal yang memegang kedua belah pipinya dengan geram.

Tawa kecil abang Kamal masih menyakitkan hatinya. Dengan kasar Atiqah membuka daun pintu dan masuk ke dalam rumah dan meluru masuk ke dalam biliknya. Memang Atiqah menunjukan marah dan geramnya dengan menghempaskan pintu. “apa yang aku jadi bodoh? Sebab apa yang aku marahkan sangat kat abang Kamal? Hah biarlah”, omel Atiqah sendiri lalu mencampakan diri ke atas katil.

*****

Epilog

Tersenyum lebar Atiqah membaca email dari Deborah dan kegembiraan yang dilalui olehnya sekarang ini. Atiqah amat bersyukur diberi peluang berkenalan dan sama-sama membantu Deborah dulu. Atiqah gembira sekarang kerana satu-satunya mangsa keadaan dan rogol yang dikenali sepanjang berkhidmat di perantauan kini sudah memulakan hidup baru. Deborah juga telah bertemu dengan seorang ahli sukarelawan sewaktu menjalankan khidmat masyarakat. Seorang lelaki pertengahan umur yang kematian isteri lebih kurang empat tahun yang lalu. Mereka merancang untuk mendirikan rumahtangga pada pertengahan tahun nanti. Awal-awal lagi Deborah sudah menjemput Atiqah dan suami untuk sama-sama meraikan hari bersejarah mereka.

Dalam asyik membaca email dari Deborah, rangkulan manja suami mengejutkan Atiqah.

“Abang nie, terkejut sayang”, ujar Atiqah manja. Senyum manja juga Atiqah hulurkan pada suami.

Tanpa kata tanpa suara ciuman Kamal beri di ubun-ubun isteri tersayang lalu rangkulan dieratkan. Dengan manja juga Kamal mengusap perut Atiqah yang kini sedang sarat mengandungkan anak pertama mereka. Atiqah dan Kamal tahu bahawa benih kasih yang tersemai di dalam rahim Atiqah sekarang adalah kembar, namun sehingga kini usia kandungan Atiqah berusia enam bulan mereka berdua masih tidak mahu tahu jantina bayi mereka.

“I love you”, bisik Kamal.

“I love you more”, balas Atiqah sebelum merebahkan kepalanya di bahu suami tercinta. Pelukan Kamal bertambah erat.

Senyuman Kamal di awal pagi itu membuat Atiqah berdebar.

“Lain macam saja senyum abang pagi nie”, tegur Atiqah sambil menuangkan kopi ke dalam cawan.

“Tahniah”, ucap Kamal lalu meletakan sekeping sampul surat di atas meja.

Berkerut dahi dan wajah Atiqah melihat sehelai sampul surat putih berukuran A4 yang di letakan oleh suaminya sebentar tadi. Senyuman suaminya makin meleret dan hati Atiqah pula semakin berdebar. Tendangan bayi dalam kandungan juga menambah resah yang dirasa. Dengan perlahan sampul surat dibuka dan Atiqah menarik keluar isi kandungannya. Baris demi baris perkataan dan huruf yang tertera Atiqah baca. Makin jauh membaca makin lebar senyumannya. Akhir sekali Atiqah menjerit riang lalu meluru ke dalam dakapan suami yang menanti. Depangan tangan Kamal membalut erat tubuh Atiqah. Sepantas itu juga kucupan singgah di ubun-ubun Atiqah sambil diiring tawa kecil dan ucapan tahniah.

“Thank you bang, thank you”, ucap Atiqah berkali-kali sambil masih belum mahu melepaskan diri dari dakapan suami.

“Sama-sama kasih, sayang abang”, balas Kamal bersama rangkulan yang makin erat.

Mata Atiqah berkaca jernih apabila melepaskan diri dari dakapan suami tercinta. Airmata gembira Atiqah persembahkan bersama senyuman menguntum di bibir mereka. Atiqah amat gembira kerana draf asal “Cerita Atiqah” telah diterima penerbit. Pihak penerbit memohon untuk membuat temujanji bagi meminda sedikit sebanyak jalan cerita untuk tambah menarik dan yang paling amat Atiqah teruja adalah kerana draf asal itu juga telah diberikan kepada badan NGO. Mereka amat tertarik dengan Deborah dan mereka juga meminta bantuan Atiqah semoga dapat membawa Deborah ke Malaysia dan sama-sama berkongsi pengalaman serta memulakan hubungan dua hala.

Renggekan anak kembarnya membawa Atiqah kembali ke alam nyata. Hampir setahun Atiqah cuba menulis ceritanya sendiri. Entah kenapa keinginan itu timbul ketika Atiqah berehat sementara semasa mengandung di peringkat awal dan sebelum melahirkan. Sokongan suaminya yang tidak pernah putus menaikan semangat Atiqah untuk mencubanya dan kini peringkat awal percubaan Atiqah untuk menulis telah terlaksana. Melihat buah hati cintanya bersama Abang Kamal, senyuman terus menguntum dan bagai anak kecil itu tahu detik hati ibu mereka kini.

Kembar sepasang yang sekarang berusia 4 bulan Izzati Shahirah dan Ifran Shafiq melengkapi hidup Atiqah dan Kamal suami isteri. Kehadiran mereka juga membawa kegembiraan kepada kedua ibubapa Atiqah dan juga keluarga abang Kamal yang telah lama menantikan kehadiran cucu kecil. Cucu-cucu yang ada sekarang telah besar semuanya, dah boleh buat kawan gaduh, kata mama bila bercerita tentang anak-anak saudara Atiqah yang lain. Paling kecil pun sudah berusia 6 tahun, anak abang Idris yang bongsu. Terlalu lama penantian mereka dan juga penantian abang Kamal untuk mereka bersatu. Bertahun lamanya Atiqah membiarkan abang Kamal menunggu tanpa sebarang jawapan.

Ikatan pernikahan serta kelahiran bayi kembar mereka berdua masih mampu membuat Atiqah rasa tidak percaya. Tanpa dating, tanpa candle light dinner, tanpa menonton wayang bersama seperti pasangan bercinta yang lain mereka diikat dan disatukan dengan ikatan pernikahan.

Atiqah lalui semuanya itu sebagai seorang isteri. Atiqah bercinta dalam perkahwinan dan dia bahagia berada dalam limpahan kasih seorang lelaki bernama suami yang tidak pernah kenal erti jemu menemaninya dalam perjalanan kehidupan.

Alhamdulillah, aku bersyukur kehadratMU Ya Allah ucap Atiqah. Dari segala pengalaman hidup yang dilalui dan pertemuan dengan Deborah membolehkan Atiqah memperolehi sijil terapi bagi membantu orang-orang yang menghadapi masalah tekanan perasaan dan dari tidak membuat apa-apa semasa mengandung Atiqah menulis cerita. Memang benar kata ahli bijak pandai bahawa peluang sentiasa ada dan jangan sesekali disia-siakan.

Atiqah amat bersyukur dengan belaian kasih keluarga, suami, kawan-kawan dan juga ahli masyarakat membuat Atiqah mampu mengharungi dugaan dan cabaran yang datang. “You have it all Atiqah, your inner strength determine your journey” itulah kata-kata perpisahan Dr Alan salah seorang ahli lembaga pengarah hospital sewaktu jamuan perpisahan untuknya hampir 3 tahun yang lalu. Ucapan syukur tidak pernah Atiqah lupa dan senyuman terus meniti melihat anak kembar kesayangannya lalu mengucup ubun-ubun anak kembarnya itu dengan penuh kasih.

Cetusan Rasa : Sanaa 09/01/12

******

Note: Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada hubung kait dengan yang masih hidup ataupun mati. Nama dan tempat adalah khayalan penulis semata-mata.