• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • May 2012
    M T W T F S S
    « Apr   Jun »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Archives

Bermacam Ragam/Kisah

Salam sejahtera kepada teman semua
Lama sudah tidak kita bercerita
Tentang Teruna Dara pujaan kita
Idea ada namun hilang sekelip mata

Lenyap sudah kisah putus cinta
Namun masih berbunyi jua
Tatkala Teruna menampakan muka
Kisah “gaduh” jua yang ditanya

Jawapan Teruna menyenangkan hati
Peminat setia pasangan ini
Masih menanti kata pasti
Terlekatnya cincin di jari

Teruna berkata bila tiba masa
Akan adalah pengumuman darinya
Sang Pencerita menggaru kepala
Haihh…lambatnya keluh hamba

Tup-tup Istana Bambu menghiasi
Hari minggu yang penuh bererti
Itulah catatan Teruna dari hati
Senyuman si gadis cantik sekali

Lama pula diam menyepi
Kabir hadir dengan berita terkini
Cerita terbaru bakal menemui
Tahun depan itulah maklumat diberi

Faisal Ishak Remy Ishak Kabir teruja
Peminat pula ternanti-nanti pastinya
Cinta Jangan Pergi entahlah bila
Hamba menunggu sudah terlalu lama

Ada berita yang hamba baca
Rajuk terguris peminat semua
Dek kerana teguran sang Teruna
Terlebih campur dalam hal hidupnya

Teruna rimas tajuk rencana
Luahan hati yang dipendam lama
Peminat marah hamba ketawa
Dah makan cili pedas terasa

Cuitan sedikit dari Teruna
Heboh sebentar peminat yang ada
Semasa bercerita lupa dunia
Memberi nasihat bagaikan tahu semua

Lalu hamba bertanya sendiri
Kenapa pula peminat nak berapi
Andai tiada terasa hati
Pasti sokongan yang diberi

Sang Pencerita tabik kini
Teruna bersuara bagi pihak diri
Walaupun sebagai pelakon dikenali
Kisah peribadi tidak ingin dikongsi

Chup chup…ada juga yang dikongsi
Sekali sekala mengikut naluri
Andai dikongsi setiap hari
Penuh pula gossip di forum cari

Itulah harga dunia seni
Alasan hamba dengar tidak henti
Tanpa ada sesalan di hati
Peminat masih lagi menuding jari

Sebaris kata peringatan diri
Meminati janganlah sampai taksub di hati
Pangkal cerita tidak diketahui
Namun heboh bercerita sana sini

Hmmm..itulah ragamnya manusia
Berkokok tanpa usul periksa
Tatkala ditegur terguris dirasa
Bayangkanlah apa pula perasaan Teruna

Ketawa sang pencerita masih ada
Melihat peminat memberi nasihat jua
Hati-hati dalam berkata
Pesanan mereka kepada Teruna

Jaga-jaga kata diberi
Tersalah cakap nanti peminat lari
Dada ditepuk tanya diri sendiri
Siapakah kita disamping anak seni

Mereka hadir sekadar menghiasi
Keindahan dunia yang dinamakan seni
Ada jua yang mencari rezeki
Menampung keluarga yang dikasihi

Penat lelah mereka bekerja
Siang malam tidak tentu masa
Ruang sedikit yang mereka ada
Tentulah ingin bersama orang tercinta

Andainya ruang itu dicerobohi
Oleh peminat wartawan tidak menghargai
Marah tentu tercetus di hati
Segalanya berbalik kepada peminat sendiri

Melangkah kita projek terbaru
Dara masih bersama Dejavu di Kinabalu
Menembak di hutan projek Teruna
Bravo 5 judul ceritanya

Sang Pencerita mengintai-intai
Ada tak rindu datang melambai
Kabarnya berjauhan sekian lama
Seorang di selatan seorang lagi di utara

Sudahlah pasti rindu terasa
Begitulah luahan terdengar dek hamba
Lakaran kasih yang diberi Dara
Menjawab segala pertanyaan yang ada

Aduhhh sakitnya…hamba berkata
Bila melihat dahi si Teruna
Dalam sungguh luka yang ada
Senapang patah punya angkara

Dalam latihan ok semua
Bila shooting tersilap pula
Terkenalah dahi anak Teruna
13 jahitan pula diterima

Ganas pula tu segala activiti
Dahi terbelah tetap berbakti
Projek amal menghadir diri
Kerana tidak mahu ada kecewa di hati

Sambutan diberi meriah sekali
Tak sempat turun Teruna dikerumuni
Oleh peminat tak sabar di hati
Hendak bergambar dengan hero Malaya ini

Senyum Teruna menambat hati
Itulah kata yang hamba dengari
Cair di hati sudahlah pasti
Gambar saja kenangan abadi

Usikan rakan SS mencuit hati
Bertanya Teruna panik tak kekasih hati
Senyuman meniti menjawab tadi
Biasalah orang perempuan…ringkas berbunyi

Hahaha siapa yang cair…habaq mai sini
Jangan cemburu nanti hidup rugi
Berdoalah dengan setulus hati
Semoga cepat tarikh nikah diberi

Puas sudah duduk bertapa
Jauh pula larinya Teruna dan Dara
Cherating dengar soseh yang ada
Kerana cuti Dara ditemani Teruna

Ini soseh-soseh saja
Buat semua senyum hingga telinga
Jangan marah ya Teruna Dara
Usik-usik kan bawa bahagia

Don’t worry kata teropong tadi
Carpet sudah bersiap sedia
Sebentar lagi kami jalankan misi
Mengintai-intai Teruna Dara

Selamat bertugas kepada semua
Corat-coret berhenti adanya
Sehingga kita bertemu semula
Di lain masa dengan lain cerita

Owned and written by : Sanaa 14/05/12

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: