• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • May 2012
    M T W T F S S
    « Apr   Jun »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Archives

Kelapa Muda

Salam sejahtera kepada teman semua
Harapnya semua sihat dan ceria
Hujung minggu sudahlah tiba
Apakah rancangan telah tersedia

Sang Pencerita kurang sihat adanya
Tiga hari demam batuk dan sakit kepala
Badan menyucuk tidur pun tak lena
Hendak menulis rasapun tidak selesa

Hamba gagah mencari idea
Namun tiada yang kunjung tiba
Cuma air kelapa kisah yang ada
Penawar mujarab cara dahulu kala

Segala ubat telah hamba makan
Batuk kuat tambah sakit di badan
Pusing kiri dan juga kanan
Rimas dan letih timbul kemarahan

Lalu air nyior hamba cari
Untuk melegakan sakit di sendi
Lafaz Bismillah yakin di hati
Hamba minum tak mahu fikir apa lagi

Alhamdulillah…syukur hamba kepadaNYA
Panas di badan kurang serta merta
Walaupun hidung masih tak selesa
Steam dan minyak kapak pula hamba cuba

Dibuat selalu lega terasa
Petua orang tua yang hamba guna
Asyik makan ubat mengantuk sentiasa
Badan lesu tidak elok jua

Demi menghilang segala kelesuan
Petang tadi hamba melawat kawasan
Melihat pokok-pokok hati dihimpit kesayuan
Apa nak buat…sudah tidak bertuan

Alahai sendu pulak rasa di hati
Bila mengenang orang yang sudah pergi
Hanya kenangan hamba perhati
Melihat pohon-pohon yang hampir hilang seri

Masih ada nyior di pohon
Esok bolehlah hamba turunkan
Buat penawar penyejuk badan
Semoga esok tidak lagi dalam kesakitan

Lengkuas bolai hamba guna
Untuk tangas cara kita
Bersama rempah ratus yang ada
Peluh keluar semoga sihat terasa

Ubat klinik tak hamba lupa
Namun kena ada back-up sentiasa
Dadah sah diguna badan lesu sepanjang masa
Ada masa hamba kurangkan pengambilannya

Andainya ada yang ingin mencuba
Daun pandan serai pun boleh saja
Masuk limau nipis 7 biji syaratnya
Doa di hati semoga sihat segera

Insha’Allah dengan berkat segala usaha
Allah sembuhkan sakit dirasa
Ini adalah usaha namanya
Selagi kita bernafas di bumiNYA

Jangan difikir penawar ajaibnya
Sekali buat hilanglah nestapa
Kesabaran perlu ada dalam berusaha
Diulang lagi dalam sehari dua

Walaupun tidur masih terganggu
Oleh sakit yang belum berlalu
Kebah sedikit hamba mengguna waktu
Menulis cerita walaupun merapu

Selamat semua dalam peraduan
Andaikata masih ada kesempatan
Bertemu kita kembali di ruangan
Membawa cerita dan juga harapan

Teruna Dara sibuk sekali
Bekerja sehari-hari mencari rezeki
Harapnya Teruna janganlah lalai lagi
Kasihan Dara risau tak henti

Senyum di bibir lambang kekuatan
Walaupun hati bergelora sakan
Mengenangkan kekasih di dalam hutan
Yang sedang menyelesaikan tugasan

Sudah puas menilik mereka
Bayangan tidak jelas adanya
Akhirnya kelapa muda tajuk bicara
Mungkin ada yang boleh diguna

Rangkap akhir mengundur diri
Selamat berhujung minggu ucapan diberi
Dikesempatan bersama keluarga dikasihi
Janganlah masa dibuang tidak dihargai

Owned and written by : Sanaa 18/05/12

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: