• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • May 2012
    M T W T F S S
    « Apr   Jun »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Archives

Bayu Kinabalu

Salam kepada teman-teman dikasihi
Bayu Kinabalu menggamit hamba ke mari
Harapnya teman-teman ceria di hari ini
Semoga semuanya sudah bersarapan pagi

Bayu Kinabalu melambai-lambai
Terbayang gadis ayu berseri
Adakah mungkin Teruna menemani
Inilah yang sedang hamba cari

Terintai-intai terus mencari
Andainya ada Teruna di sini
Si gadis pula diam sejak tadi
Di manakah agaknya Teruna disembunyi

Jangan cik adik buat begini
Beritahulah sang pencerita usah sembunyi
Tidak ku sembunyi kakak dikasihi
Pandang-pandang nampaklah nanti

Kerja kerja Puan Director bersuara
Dah jumpa…Puan Director bertanya pula
Hamba hanya geleng kepala
Senyuman diberi adakah bermakna

Bayu Kinabalu riang berbunyi
Desirannya terlena hamba tadi
Wajah si gadis masih meniti
Hanya Teruna belum nampak lagi

Kundasang indah lagi nyaman
Negeri Di Bawah Bayu nama panggilan
Sila lah datang berkunjungan
Pasti tertarik dengan keindahan

Sayuran segar di pasar tamu
Duduk berjual tak pernah jemu
Tua muda datang berpusu
Itulah Sabah negeriku

Gunung Kinabalu megah berdiri
Mendaki puncak satu expedisi
Kenangan indah tidak dilupai
Tak percaya? Cubalah sendiri

Depan mata terbayang-bayang
Si gadis tersenyum penuh girang
Bagai tadi menggapai bintang
Seluruh hidup terang benderang

Hamba pusing depan belakang
Toleh juga kira dan kanan
Atas bawah satu pusingan
Tidak jua nampak satu bintang

Roger-roger berkata suara
Hamba terkejut tidak terkata
Teropong dan carpet ada saja
Datang menyergah kesukaan mereka

Kenapa termenung seorang diri
Dipanggil berkali buat tak reti
Janganlah gundah di dalam hati
Marilah terbang bersama kami

Ohh mencari Teruna Dara kiranya
Berkata carpet mengajuk pula
Si gadis masih sibuk bekerja
Teruna pula kami jumpa di bawah sana

Bayu Kinabalu berbisik lagi
Hamba bagaikan melayar impi
Senyum Teruna nampak berseri
Apakah benar hamba tidak bermimpi

Sang Pencerita memang bermimpi
Nampak bayang senyum tak henti
Bunyi seruling tersentuh di hati
Siapakah gerangan bermain tadi

Pusinglah carpet mencari bunyi
Seruling mendayu menggamit kami
Alunan indah tersentuh hati
Rupanya tiupan datang dari cmoli

Sudah lama tidak diguna
Nama timangan untuk si Teruna
Senyum sedikit melonjak rasa
Ku minta carpet berhenti segera

Di atas batu duduk berangan
Seruling ada terpegang di tangan
Jauh benar dalam khayalan
Terkejut si Teruna dengan sapaan

Salam diberi disambut gembira
Tampal di dahi juga sudah tiada
Hanya kesan nampak nyata
Teruna dicari sudah ku jumpa

Sebelum sempat melabuh diri
Datanglah kawan sedikit berlari
Ada yang sudah jatuh hati
Tiupan seruling Teruna tadi

Moo sana moo sini
Awan biru cantik sekali
Bunyi seruling gemersik di hati
Moo datang minta dimain lagi

Menahan perut ketawa yang geli
Teruna memandang moo di sisi
Mooooo0000 katanya mohon simpati
Seakan mengalir airmata di pipi

Moo hanya diam berdiri
Kepala dipusing kanan dan kiri
Asyik memerhati sedari tadi
Datang beramai-ramai pula di kali ini

Alamak apa sudah jadi
Kata Teruna terperanjat kini
Menjadi gembalakah kerjaku selepas ini
Bagus jugakan hidup begini

Lalu seruling Teruna mainkan
Bagi memenuhi permintaan
Irama beralun kaki dihentakan
Kami bertiga bertepuk tangan

Moo masih juga berdiri di situ
One two three tunduk hormat sebelum berlalu
Dalam barisan satu persatu
Kami memerhati turut terpaku

Penuh khusyuk kami memerhati
Mengikut barisan berlalu pergi
Pasti dikenang detik ini
Bagaimana Moo melatih diri

Tawa ditahan terburai jua
Lembu juga pandai dengar kata
Kenapa kita manusia degil belaka
Bila ditegur merajuk adanya

Hai Teruna…apakah maksud kata bicara
Tiada maksud…terkeluar tidak semena-mena
Ingatan mungkin buat diri jua
Tatkala degil tidak mendengar kata

Bayu Kinabalu membawa memori
Asyik benar hamba melayari
Terlupa pula tujuan ke mari
Alunan seruling memukau hati

Oh di sini rupanya kekanda
Sudah berjumpa diam sahaja
Hamba tersenyum memandang mereka
Itulah Dara yang manja

Nasib baik di sini sahaja
Tidak ku lari merata-rata
Apakah dinda ingin dengar cerita
Kisah benar tak tipu punya

Apakah kisah itu wahai kekanda
Ceritakanlah kepada adinda
Ingin benar adinda mendengarnya
Baiklah…begini bunyinya cerita

Tatkala kanda duduk di sini
Bermain seruling melayan hati
Rupanya ada peminat misteri
Diminta kanda meniup lagi

Oh riang sungguh hati dinda
Tiupan kanda ada peminatnya
Namun di manakah mereka berada
Yang ada cuma sang pencerita sahaja

Ohhh mereka perlu segera pulang
Ada urusan menjelang petang
Jika terlewat nanti ditendang
Susu tak dapat hutang keliling pinggang

Teruna memandang Dara yang keliru
Menahan tawa sudahlah tentu
Silap-silap naik sepatu
Andainya cerita dibuat tak tentu

Moo moo Teruna berkata
Moo moo bunyi dari kejauhan sana
Itulah peminat kanda
Lalu terburai tawa anak Teruna

Pang ping pung tangan dihayun
Aikkk Husshh hissh juga kedengaran
Kami bertiga ketawa tak tahan
Melihat karenah pasangan idaman

Aikk husshh hissh di mana aku ini
Hahh atas katil di rumah sendiri
Mana datang mimpi Kinabalu tadi
Ohh kabarnya Dara sudah mendaki

Haihh apalah nak jadi dengan diriku
Berangan saja saban waktu
Oklah Bayu Kinabalu berhenti dahulu
Nanti ku buat filem bila duit penuh saku

Bye bye teman-teman
Hari Ahad duduk bersenangan
Senyum-senyum juga satu senaman
Wajah berseri tiada kedutan

Owned and written by : Sanaa 26/5/12

2 Responses

  1. Salam Sanaa…
    Apekabar? Hope u sihat2 aje… wah, smpi ke kinabalu cik sanaa bermimpi… hehehe… tp nmpknya angan2 nk melihat cik abg kita naik sama ke puncak kinabalu tak kesampaian la… cik adik naik sndiri je la dgn crew DDK. Tpi cuba bygkan klu teruna sama2 panjat gunung, mau terdetik cemburu kat hati tgk si dara beradegan romantis dgn heronya dlm DDK, si dara pn takleh concentrate shooting agaknya. Kang tak pasal2 puan director marah psl asyik kene re-take… hehehehe…
    Tpi takpelah, kita angaukan teruna & dara beromantik kat Europe je la nti ye…😉

    • Wassalam Lia

      Alhamdulillah sihat adanya cuma batuk masih bersisa.

      Hahaha sebenarnya saya dah boring..nak tulis asyik tersekat2 saja sbb tu keluar cerita mimpi, Nak berangankan Teruna dan Dara mcm dulu tak kena pulak dah rasanya sbb they have passed the stage of get to know each other. Now kena angaukan yg usik2 nakal lah pulak…hehehe

      Insha’Allah mana tahu angin Europe lebih bertiup kencang dari angin Kinabalu adalah idea yg dtg. Thank u dear for your continuous support…take care.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: