• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2012
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    252627282930  
  • Archives

Perlukah?

Hidup manusia dikelilingi undang-undang. Ada undang-undang yang boleh dicerobohi dan ada juga undang-undang yang tidak boleh diingkari. Sebagai umat Islam sudah tentu kita tahu bahawa undang-undang Allah tidak boleh dan tidak mungkin dicerobohi bukan seperti undang-undang manusia di dunia ini. Akan tetapi dalam arus kehidupan yang serba mencabar serta keinginan dan kehendak yang membuak-buak tidak dinafikan kita juga terumbang-ambing dalam ombak tersebut. Sana ada ia melibatkan individu ataupun penerbitan filem, majalah dan drama, kita semua tidak dapat lari dari hakikat tersebut.

Banyak sudah filem-filem kita yang ditontonkan kepada umum. Berbagai reaksi juga telah kita baca dan lihat. Saya masih lagi seorang pemerhati dan adakalanya tidak mampu untuk membawa diri ke pawagam untuk melihat terbitan sekarang ini. Besar kemungkinan juga sudah sebati dalam diri bahawa filem-filem kita tidak memberi kesan yang mendalam untuk membentuk peribadi diri dan menyentuh perasaan. Filem-filem yang bertemakan cinta juga tidak mempunyai kekuatan kerana ia lebih terdorong kepada nafsu semata-mata. Filem-filem komedi lebih mencorakan lawak murahan dengan pekikan serta lolongan tanpa ada sentuhan di jiwa. Drama dan filem kekeluargaan lebih menumpukan kepada perebutan harta, pertelingkahan adik beradik, sihir dan yang paling disukai adalah keruntuhan akhlak dan moral. Saya sama sekali tidak menafikan semua yang tersebut tadi adalah rempah ratus kehidupan, akan tetapi dengan skrip yang longgar dan hanya tertumpu kepada kejahatan lama kelamaan cerita begini akan hilang sengat. Sedikit masa dahulu ada sebuah drama bersiri yang cuba meniru Dallas akan tetapi tahap lakonan, skrip dan jalan cerita yang amat membosankan tidak menempah kejayaan. Drama bersiri PJ Holdings menjadi hambar. Berkemungkinan lagi di masa itu budget yang terhad menghadkan lokasi penggambaran. Tidak macam sekarang pengarah dan penerbit mampu untuk ke Eropah untuk latar belakang cerita mereka, lalu menjadikan bilik pejabat empat segi bagaikan tidak menepati gaya hidup orang Melayu korporat.

Jadi apakah yang menepati? Soal saya sendiri. Kisah berlatarbelakangkan keluarga, perniagaan dan kemewahan sering menunjukan keburukan tabii manusia. Terlalu lama saya meneliti jalan cerita drama Melayu dan lagi lama saya rasakan kita tidak keluar dari skop yang Ada. Ia makin menjadi hambar dan membosankan dengan lakonan pelakon-pelakon yang berdiri bagai tiang sebatang. Lantunan suara, mimik muka, luahan emosi dan juga gaya percakapan yang serupa walaupun berlainan watak, kata-kata yang keluar seumpana membaca dialog memenuhi ruang kebosanan saya sebagai penonton. Saya cuba mendekati diri dengan drama-drama Melayu akan tetapi kebosanan tetap melanda setiap kali menontonnya. Apakah mungkin Nur Kasih The Series memenuhi citarasa saya? tanya seorang kawan. Hmm peratusan kebarangkalian memang tinggi.

Nur Kasih The Series adalah kisah hidup masyarakat biasa. Kisah-kisah manusia yang punyai keinginan dan cita-cita, nafsu dan juga cinta. Kasih sayang kekeluargaan, sesama masyarakat dan mencari cinta sehingga tidak mengenali cinta di hadapan mata menjadi tema cerita ini. Kalau hendak ditimbang kekurangan, dalam segala segi kehidupan pasti ada kekurangan akan tetapi Nur Kasih berjaya menghidupkan cinta di antara manusia sesama manusia dan cinta kepada Allah memberikan kita segala. Nur Kasih juga memaparkan bahawa cinta kasih dan sayang mampu merubah seseorang dan malapetaka yang menimpa membawa kita kembali ke pangkal jalan. Kita mengingati Allah setelah kejadian menimpa diri dan sebagai manusia kita mesti redha terhadap dugaan yang diterima sebagai laluan kepada perubahan diri. Cerita yang amat biasa namun olahan yang luar biasa membuat ramai meminati dan mengingatinya sehingga hari ini.

Apakah cerita lain tidak mampu menandingi Nur Kasih?

Bukan tidak mampu, jawap seorang kawan akan tetapi olahan cerita yang longgar, serta adegan-adegan yang ada membuat orang yakni penonton merasa meluat dan mengutuk sana sini. Ini membawa kami kepada filem yang bakal ditayangkan kepada umum sedikit hari lagi. Tayangan perdana cerita ini telah dibuat pada 30hb Mei 2012 dengan barisan pelakon seperti Remy Ishak, Diana Danielle, Fizz Fairuz, Bront Palarae dan ramai lagi. Setelah pra-tonton tidak banyak ulasan/review mengenai filem ini saya temui kecuali ulasan adegan-adegan panas yang memenuhi ruang. Adegan berahi dan ranjang menjadi sebutan lalu mendapat kritikan oleh pembaca. Apakah nanti filem ini akan ditonton oleh masyarakat Malaysia kerana ia sebuah naskah yang hebat atau kerana mahu melihat adegan-adegan panas Remy Ishak bersama Diana Dianelle dan juga Bront bersama Nadhiya Nisa? Ia terlalu awal untuk dikritik kerana filem belum lagi ditayangkan, akan tetapi kenapakah pengarahnya iaitu Osman Ali menengahkan adegan-adegan yang begini. Perlu diingat ia memang sebuah cerita namun kita adalah lambang negara Islam yang masyarakat majmuknya beragama Islam. Sensitiviti masyarakat negara ini dipandang ringan oleh pengarah dan juga pelakon-pelakonnya.

Melalui wawancara bersama Osman Ali selaku pengarah filem ini beliau berkata filem ini bertujuan memberi mesej bahawa kehidupan dalam cerita itu wujud dalam masyarakat hari ini. Tujuan beliau juga memberi peluang bahawa setiap kesilapan ada pembetulan untuk kembali ke pangkal jalan dan mengenali Allah semula. Memang tidak dinafikan dan saya bersama kawana-kawan amat bersetuju dengan kenyataan tersebut akan tetapi babak-babak yang ditonjolkan amatlah kurang mengambil kira agama adat dan budaya. Bila disentuh pula tentang agama sudah tentu semuanya tak boleh dan pasti akan ada perdebatan nanti, jadi cukuplah sekadar kita melihat fasa adat dan budaya. Osman Ali dikatakan sebagai pengarah yang suka mencuba benda-benda baru dan saya amat pasti Osman juga terpengaruh dengan aksi-aksi filem di Hollywood lalu menterjemahkan segalanya di dalam cerita beliau. Filem ini telah diklasifikasikan sebagai 18X dan Osman Ali juga berkata telah bersedia untuk menerima segala kritikan.

Apakah itu jawapan wajar dari seorang pengarah?

Pertanyaan saya apabila melihat screen shot dan scene shot filem ini…adakah dengan adegan-adegan itu dapat membantu masyarakat dalam perubahan diri dan adakah cinta kepada seorang wanita penyembuh segala duka? Pasti ada pembaca mengatakan saya “double standard”. Kalau Nur Kasih cinta sesama manusia mengubah segala kenapa tidak dalam Jiwa Taiko? Di awal tadi saya ada berkata memang terlalu awal untuk memberi kritikan kepada filem yang belum ditayangkan dan pengarahnya juga tidak mensasarkan kutipan lebih dari RM4 juta ringgit, jadi apakah yang boleh diharapkan?

Saya juga sedar bahawa filem tempatan pasarannya kecil dan kalau seminggu ada 3 buah filem siapalah yang akan menontonnya? Skop dan jalan penceritaan juga tidak pelbagai. Asyik-asyik kita dipaparkan situasi yang sama, yang berbeza adalah tajuk, pelakon dan penerbitnya. Adakah kita juga menonton sesebuah filem ataupun drama kerana pelakonnya atau jalan cerita yang ada?

Seorang teman berkata, kita nantikan Juvana yang telah difilemkan. Adakah Juvana nanti menonjolkan adegan-adegan panas dan ranjang? Juvana juga mempunyai jalan cerita yang lebih kurang dengan Jiwa Taiko bahawa setiap manusia boleh dan mampu berubah. Drama Juvana juga mendapat sambutan ketika bersiaran dahulu. Pendapat peribadi saya sama ada aksi panas ataupun ranjang adalah perkara biasa dalam semua terbitan perfileman ataupun drama. Terpulanglah kepada kita untuk menerima babak atau adegan tersebut dari kaca mata kita, akan tetapi saya juga sedar terhadap sensitivi masyarakat negara ini. Adakalanya juga ia lebih kepada sentimen pelakon yang melakonkan babak tersebut dan apabila kritikan mula timbul perkataan “maaf” dikeluarkan menjadikan isu ini lebih hangat. Kenapa nak mohon maaf apabila di awalnya berkata itu adalah tuntutan watak? Kenapa lakonkannya kalau sudah tahu batas yang ada? Memang semua tahu penggunaan “sihir” kamera akan tetapi mampukah penonton menerima alasan yang sebegitu. Masalah besar sekarang ini apabila para pelakon mula bersuara dan memberi jawapan ia pasti mengundang kutukan dan kritikan.

Para pelakon semestinya tegas dalam memberi jawapan supaya tiada spekulasi dan tidak dianggap lalang dalam industri seni seperti kata pepatah “It takes strength to be firm and it takes courage to be gentle”

Sokonglah filem tempatan dan tontonlah terbitan tempatan semoga minda dapat menerima penerapan nilai-nilai murni yang hendak diterapkan. Janganlah ambil yang negative saja, itulah antara luahan kata dari Osman Ali. So, I shall wait and see ke mana arah tuju filem ini nanti.

A thought by : Sanaa 02/06/12

*****

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 1 JUN 2012: Pelakon kacak, Bront Paralae akui terkejut selepas menonton aksi berahinya bersama pelakon, Nadiya Nisaa ketika tayangan perdana Jiwa Taiko, kemarin.

Malah, Bront Paralae berkata dia sendiri tidak menyangka bahawa hasilnya menjadi seperti begitu realistik ketika dia bersentuhan dan berciuman dengan Nadiya Nisaa sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Saya pun tidak sangka hasil camera trick nampak realistik padahal saya dan Nadiya tidak bersentuhan langsung.

“Tetapi terus-terang ketika diarahkan oleh Osman Ali untuk melakukan babak itu, saya agak gementar kerana inilah pertama kali saya melakonkan babak yang agak panas dan berahi.

“Namun saya terima ianya sebagai cabaran dalam lakonan saya,” jelasnya yang ditemui selepas tayangan perdana filem tersebut baru-baru ini.

Babak aksi berahi itu dilakonkan dia atas sofa ketika Nadiya yang hanya memakai kemeja besar lelaki dicium oleh Bront dari hujung kaki hingga ke wajahnya.

Lebih menggusarkan Bront Paralae lagi, apabila dia perlu bergandingan dengan pelakon wanita berstatus isteri orang ketika melakonkan babak berahi berkenaan.

Namun dia bersyukur kerana Nadiya memberi kerjasama dan masing- masing tahu untuk menjaga batas.

“Pada mulanya, saya dan Nadiya ada berbincang mengenai aksi panas dan berhai yang akan kami lakonakan bersama kerana saya risau dia sudah berstatus isteri orang.

“Tetapi Nadiya juga memberi kerjasama kerana kami sudah lebih sepuluh tahun kenal dan agak rapat. Malah saya sudah anggap dia sebagai adik saya sendiri.

“Saya harap tiada pihak yang akan beranggapan buruk dengan aksi saya dan Nadiya. Lebih-lebih lagi daripada pihak suaminya.

“Tetapi jika ada menyentuh mana-mana pihak yang kurang senang, saya minta maaf,” katanya yang memegang watak Pinto.

Sementara itu, Nadiya yang memegang watak Lara dalam filem yang hanya ditayangakan untuk 18 tahun ke atas itu berkata yakin suaminya akan memahami kerana dia telah menjaga batas ketika melakonkan aksi berahi tersebut.

“Saya memang tidak masalah untuk melakonkan aksi ini kerana saya tahu saya akan bersama kawan baik saya iaitu Bront.

“Dia pun faham saya perlu menjaga batas untuk melakonkan aksi tersebut kerana saya sudah berkahwin.

“Jadi saya hanya lakukankan sahaja tetapi saya akui agak terkejut apabila melihat aksinya kerana ketika melakukannya saya tidak banyak berfikir dan hanya go with the flow,” terangnya yang memegang watak wanita liar di dalam filem tersebut.

Selain Bront dan Nadiya, filem yang akan mula ditayangkan mulai 14 Jun itu turut dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Remy Ishak, Diana Danielle, Fizz Fairuz, Beto Kusyairy, Soffi Jikan dan Mislina Mustaffa.

Petikan dari : murai.com

*****

Aksi Berahi Remy & Diana Dalam Jiwa Taiko

31 MAY 2012, 01:50PM

Selepas muncul dalam filem ‘Anak Halal’ dan ‘Cun’ arahan Osman Ali, pelakon berbakat besar, Remy Ishak kini bakal muncul dalam sebuah lagi filem arahan pengarah Ombak Rindu itu iaitu ‘Jiwa Taiko’. GUA sendiri berpeluang menghadiri Malam Gala Tayangan Media filem tersebut di Cathay Cineleisure, malam tadi dan apabila menontonnya, GUA terkejut melihat aksi ‘berani’ pelakon kacak itu melakonkan aksi berahi dengan pelakon Diana Danielle.

Remy yang memegang watak sebagai Firman, seorang bekas banduan bertemu dengan Trisya (Diana Danielle) di sebuah pusat pemulihan dan dari situ, mereka jatuh cinta. Dalam filem tersebut, ada beberapa babak berahi di mana Firman dan Trisya berpelukan, ‘berciuman’ serta melakonkan aksi-aksi yang mengghairahkan.

Malah, terdapat juga satu babak cium yang dipotong oleh Pihak Lembaga Penapisan Filem dan ini ternyata akan mencetuskan persoalan sama ada mereka benar-benar cium atau sebaliknya. GUA sempat bertemu dengan buah hati Tiz Zaqyah ini bagi bertanyakan mengenai isu tersebut dan Remy menganggap itu hanya tuntutan beliau sebagai seorang pelakon semata-mata.

“Saya memilih untuk berlakon dalam filem ini kerana seronok dengan jalan cerita serta perwatakannya dan bukan sebab babak pegang-pegang ini. Sebagai pelakon, kami bercerita, jadi benda ini harus dihidupkan. Saya tak mahu nanti di mana watak itu perlu buat, tapi kami tak boleh buat lantas ia jadi tak hidup.

“Mungkin orang akan pertikaikan, tapi saya tahu batas saya. Saya juga tak mahu benda-benda sebegini membataskan kerja-kerja saya. Saya juga tak nak perkara begini buat saya tak boleh berlakon serta kekok untuk menghidupkan watak saya,” ujar Remy menafikan babak tersebut keterlaluan.

“Saya tak rasa benda ini agak keterlaluan. Saya ambil perkara ini dari sudut yang positif. Sebagai pelakon, kami hanya berbicara tentang niat kami untuk bercerita. Bagi saya, tak ada istilah tentang aksi keterlaluan. Malah, masa shooting pun tak ada yang keterlaluan dan masing-masing profesional melakukan tugas.

“Bagi saya, apa yang penting ialah niat di mana niat kami di sini adalah untuk bagi nasihat dan memberitahu kepada masyarakat tentang masalah-masalah social yang berlaku sekarang. Saya tak rasa benda ini akan jadi satu isu. Saya harap penonton dapat ambil ia sebagai satu nasihat dan bukan satu perkara yang jijik.”

Dalam perkembangan lain, Remy memberitahu baru saja selesai menjalani penggambaran filem ‘Bravo 5’. Selain ‘Jiwa Taiko’ yang bakal ditayangkan 14 Jun 2012, Remy turut akan muncul dalam filem ‘Aku, Kau dan Dia’, ’29 Februari’, ‘Hantu Kapcai’ dan ‘Azazil’.

Petikan dari : gua.com.my

****

AKSI berkucup antara Remy dan Diana dikritik hebat.

GIMIK buka panggung pratonton filem Jiwa Taiko dengan bersilat, bertikam golok dan aksi karate bata sungguh meyakinkan. Sehabis tayangan Rabu lalu, para jemputan terutama petugas akhbar hanya menjuihkan bibir.

Sebagai teraju utama, Osman Ali ditanya tentang adegan panas yang dipaparkan dalam karya terbaharunya itu. Sebelum ini, Jiwa Taiko dicanang sebagai sebuah filem genre aksi dan gangsterisme, bagaimanapun ia sendat dengan adegan yang sengaja mengundang sensasi.
Babak asmara antara watak antagonis Pinto lakonan Bront Palarae bersama Lara (Nadia Nissa) dikatakan sedikit erotik dan hangat dipersoalkan. Selain itu, adegan ciuman antara hero filem berkenaan, Firman (Remy Ishak) dan Trisha (Diana Danielle) turut menimbulkan kritikan hebat walaupun ia ditapis pihak Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF).

Osman pernah membuat babak teknik pelaris filem 1980-an dengan menyelitkan adegan ranjang Maya Karin dan Aaron Aziz dalam Ombak Rindu, tetapi kali ini, dia sudah menyediakan perisai terhadap soalan wartawan.

SENSASI BINTANG: Adegan seks dalam filem Ombak Rindu dan Kaki Bakar kononnya terpaksa diadakan alasan mengukuhkan jalan cerita. Dalam filem Jiwa Taiko pun ada adegan sama. Tidakkah itu mencerminkan ada seorang pengarah tumpul idea?

OSMAN ALI: Memang cerita Jiwa Taiko itu menjurus kepada kehidupan bebas anak-anak muda dalam masyarakat. Saya percaya ada grup yang sedemikian dan rujukan saya pula kepada filem-filem Perancis seperti City Of God, Kids serta filem-filem arahan Claudio Amendola. Saya sebenarnya masih terbawa-bawa oleh dunia eksperimental dalam berkarya. Saya cuba bayangkan realiti gelap dalam dunia yang saya cipta dan berikan ia warna. Apa yang terlihat dalam Jiwa Taiko ialah jalan paling selamat yang telah saya lakukan.
Apa asas menyelitkan adegan seks untuk melariskan Jiwa Taiko?

Sungguh saya tiada niat untuk jadikan adegan ranjang sebagai bahan promosi. Sebenarnya banyak lagi elemen lain yang saya serapkan, malangnya adegan panas itu juga yang dikedepankan. Rasanya saya sudah kena ambil iktibar daripada teguran-teguran ramai. Untuk filem berikut yang berjudul Ada Setan Di Kepala yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi, saya akan lebih berhati-hati. Saya tak mahu dianggap pengarah yang sebegitu. Saya kena sedar di mana saya berpijak. Untuk penonton moden barangkali okey tapi apabila berdepan penonton tidak selesa, masalah akan timbul.

Jiwa Taiko meriah dengan gaya rasta dan budaya hippies. Pekat mempromosi budaya pergaulan bebas, seks dan dadah. Apa yang mahu anda gambarkan?

Jika dilihat kepada keseluruhan visual dan susun atur, imej-imej itu sudah dirancang untuk membentuk satu subbudaya dalam filem. Saya percaya memang wujud grup sosial yang begitu. Saya mahukan sebuah filem yang penuh emosi, tekanan, dramatik bahkan konsep sinematografinya dibikin dalam nuansa 1960-an dan warnanya sengaja diberi filter grainy (berbintik-bintik). Saya memang bersiap-sedia untuk dipersoalkan. Angkara kebebasan akan membawa kecelakaan yang lebih parah dan memporak-perandakan hidup. Tapi saya juga harap elemen itu tidak dipersoalkan kerana bukan itu premis utama saya untuk filem ini.

Ramai yang kurang senang terhadap watak Firman bertatu kerana dia memberi gambaran bahawa ustaz zaman akan datang mesti bekas gangster yang sudah bertaubat. Tidakkah itu keterlaluan?

Saya ada merujuk kepada seorang ustaz berhubung soal itu. Untuk watak yang memang asalnya penjenayah, ia dibolehkan. Tatu itu jadi imej dan lambang hubungan Firman dan Pinto dan kesesatan lampau Firman sendiri. Firman sedang berubah mencari hidup yang lebih baik sebab itu ada adegan solat. Solat bagi orang yang bertatu masih dibenarkan jika boleh mendatangkan mudarat sekiranya tatu dibuang tidak mengikut prosidur yang sepatutnya.

Tajuk filem itu Jiwa Taiko, tetapi ramai yang berbisik ia lebih tepat diberi judul ‘Jiwang Taiko’, komen anda sebagai pengarah?

Judul asalnya filem ini Bara Jiwa, jika judul asal digunakan, saya yakin tiada masalah dalam soal itu. Atas alasan komersial, Jiwa Taiko kena menjual genre aksi sebab genre emosi susah untuk tarik khalayak. Sebenarnya tajuk Jiwa Taiko pun menarik sebab rata-rata anak muda yang berlagak samseng, perasan hebat dan terlibat dalam jenayah merasakan diri mereka cukup taiko, sebenarnya tidak. Watak dalam filem ini sendiri masih kuat nilai kemanusiaan. Firman boleh berubah menjadi baik manakala Pinto sendiri boleh jatuh cinta dengan Lara.

undated sources

10 Responses

  1. N im gonna watch jiwa taiko not becoz of the film. But bcoz of osman , remy n bront. Osman romantic comedy with the bendang n kampung setting is one of my fav drama in the 90’s n it’s abt rich man meets kg girl n he use the same concept in Cun. Remy’s aura n superb acting in nur kasih has made me follwing n dreaming of him ever since .. Ooppss haha..n bront yg superb in sindarela n belukar..but i also like
    remy yg macho n mulut xde insurance in sindarela… All of those r their ‘big break’ in the industry.. X tau la ada ke x lg lps ni..hopefully very soon…

    Good day all…

  2. Assalammualaikum sanaa, loving this entry😉 ..pendapat i M’sia belum bersedia dgn karya2 yg bersifat ilmiah/indie/fantasi/berat+santai yg beri manafaat dari dua sudut(pembikin-penerima) @ apa2istilah perfileman gunakan.. x kira dari penerbit/pengarah/pelakon/audien/etc ..bukan x ada, ada tapi boleh di bilang jari kan?
    Jiwataiko(though i prefer Barajiwa) pula..ok i have this lovehate situation dgn director OsmanAli (OA) ni..my 1st love akan karya OA ni ialah telefilem Tol Gate Girl @ ntv7(x salah, akan di siar semula ptg 10/6 ni. pls watch it if u free k) then come Atas Nama Cinta menguatkan lagi kesukaan i pada karyanya n he got his own style..sadly i don’t enjoy his film la..AnakHalal,PuakaTebing punyai storyline/acting yg baik but still mcm slack sanasini or maybe its me kot..then i only read some review about his films tanpa menonton nye..yes! my bad sbb i x nak x suka OA’s karya (i save the best “two”tele in me)..my sister kat kl tonton filem Cun,Jiwataiko n she told me, nevermind lah..x tgk pon x apa!..so i pilih x tgk lah..walau genre berbeza la itu la ini la but still its our nature what utk ukur part of the storyline/etc..tu belom kira line up cast nye yg boom2(talented ramai tapi kadang semacam ‘rugi’ x pergunakan sepenuhnya ‘talent’ itu)..cth:katanya watak bront ‘ombakrindu’ such a big talent but with that little scene of him yg x ada kesan khas! wasted kn? to me biar sikit pelakonnya tapi gunakan sebaik2nya..
    another thing, OA ni if bagi statement media mesti i go arhhhh hurmmm ye la ye la..but still siapa kita nak limit kn his experimental thru his karya kn? Remy plak ..tahu batas2 tapi x nak Terbatas @ membataskan hurmm jugak ..pelakon lain nye statement..yg mcm kita baca tu la..ye la ye la
    Filem action ala gangster ke bohsia ke rempit ke (why la mengAngkaT sgt darjat dorang) dgn scene2 yg daring maring itu mungkin perlu kot? utk pihak2 tertentu lah ..but terkesan @ kesan kah pada yg menonton(utk pengajaran/iktibar/nasihat) i don’t think so! tgk situ habis situ.. x percaya? percaya lah ;p
    Apa2 la yg i merepek ni sanaa, ok then have a great weekend all.. Salam

    • Wa’alaikomsalam Zoey

      Thanks for the pandangan Dan luahan perasaan. Your hurmm ye la ye la is so cute and I understand it well. U x merepek lah tapi menulis dgn bersahaja Dari apa yg u rasa. U too hv a great weekend.

  3. …. dan saya juga belum menontonnya (tidak seperti yang disiarkan melalui laporan media cetak)…. Jawapan saya mengenai isu Adegan Panas adalah berpandukan reaksi mereka yg bertanya, yakni warga media yg baru selesai menonton ketika PC tempoh hari.

    • I believe u r the real bront palarae yg saya gilai dlm drama SinDarEla…trima kasih kerana ke sini…😉

  4. Maaf itu adalah daam konteks tanda ‘bertanggungjawap’ terhadap apa yg berlaku (buat mereka yg merasakan babak itu keterlaluan)… ianya bukan escapism.

    Firm di sini adalah sifat tanggungjawap terhadap karya sendiri + pandangan masyarakat…. Tegas tapi bukan degil.

    p/s: Maaf juga keran komen di sini…. but thanx for the support, really appreciate it.

    • Maaf jua saya pohon kerana kurang faham di atas kenyataan ini ‘filem di sini ini adalah sifat tanggungjawab terhadap karya sendiri + pandangan masyarakat. Tegas tapi bukan degil’.

      Apakah penerbitan dari negara lain tidak berasaskan perkara yg sama? Siapakah yg patut bertanggungjawab terhadap karya yg di filemkan atau di buku Kan? Setiap naskah penerbitan pasti akan Ada kritikan sama ada baik ataupun sebaliknya. Apabila ini terjadi adakah mungkin kita menuding jari kepada org lain?

      Pada pandangan saya sensual and sexuality adalah perasaan dalaman yg banyak saya lihat diterjemahkan dlm filem Iran. No bedroom scene, no touching but the feel spread all over from the eyes to the intonation of speech. Ia adalah permainan emosi yg pada pandangan saya juga bakal mengundang penonton menghayati lalu mnentafsir dan hanyut dlm setiap watak yg dimainkan. Sekali sekala menonton filem dari Iran membuat saya membandingkannya dgn filem2 kita yg terlalu ‘ghairah’ mempamirkan babak2 romantis ini dan skrg telah melangkah jauh ke alam ‘Hollywood” pula. Mungkin ramai pengarah mahu babak2 romantis ini di adakan kerana sambutan serta keinginan para penonton mahu melihat hero dan heroine berkasih2an. Saya juga tidak terkecuali kerana scene ‘minyak gamat’ dlm Nur Kasih The Series mekar dlm kenangan dan menjadi sebutan. Andainya saya mintak vote mengenai Hal ini saya pasti ratusan tangan x terbilang akan saya terima.

      Again…am I double standard?

      • Salam san,

        Ya mungkin ada ‘bau’ double std di situ… Tp x mengapa… Masing2 ada hak utk kemukakan pandangan atau mempertahankn tindakan masing2. Lain org lain pertimbangan, lain pemahaman dn lain pandangan. Yg penting masing2 perlu terbuka dan sbb apa juga yg dilakukan sy pasti beerdasarkan pertimbangn yg rasional di waktu itu dan situasi dimana kita berada.

        Seperti lukisan .. Ada yg kita blh fahami dan ada yg terlalu abstrak.. Sama juga filem dan medium seni yg lain. Perlu juga fahami yg kita x dpt membaca hati org atau fahami/ penuhi kehendak org spenuhnya. Yg penting adalah keputusan dan tindakan yg wjr jika bkn utk semua tp kebanykan.

        Takkan ada yg sma dgn Nur kasih wpun utk 100 thn lg. sama juga ‘masterpiece’ seni yg lain… Itu sbb fenomena x dpt dicipta semula wpun NKTM dilayarkan. Filem2 p ramlee juga tiada duanya. Sbb itu karyawan2 seni kita x pernah berhenti berkarya dn bereksperimentasi spy satu hari nti mrk juga akn ada masterpiece mrk sendiri…

        hehe…long time no see my dear.. Have a great weekend…;)

      • Wassalam Sup

        Thanks for the pandangan. Appreciate it very much.

        You too have a great weekend.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: