• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2012
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    252627282930  
  • Archives

Deja vu

Hidup memang penuh dengan berbagai ragam manusia. Dalam berbagai ragam ada banyak rahsia yang tersembunyi kepada sesiapa yang ingin dan mahu mencarinya. Hikmah pencarian yang ditemui pasti membawa perubahan kepada pemikiran, tindak tanduk dan juga bertanggung jawab dalam segala apa yang berlaku. Adakalanya kita terasa bagai melalui satu fasa kehidupan yang bukan macam realiti akan tetapi ia benar-benar berlaku. Kejadian begini membawa kita berfikir di mana, kenapa, mengapa, apa yang mesti dan harus dibuat dan sebagainya.

Dejavu adalah perkataan Perancis yang bertitik di atas “E” dan juga “A” dan ditulis “Deja vu” serta sebutannya “deza vy” amat sedap dipendengaran. (Sila rujuk laman web ini andainya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang deja vu (http://en.wikipedia.org/wiki/D%C3%A9j%C3%A0_vu). Sejak minggu lalu perkataan ini menjadi sebutan rasmi kepada peminat-peminat drama Melayu lakonan Tiz Zaqyah, Aqasha, Nazim Othman dan ramai lagi. Setelah bersiaran selama 5 episode saya cuba mencungkil rasa hati peminat-peminat pelakon ini dan secara rambang yang saya temui adalah terujanya peminat semua dengan babak-babak romantis antara Nadira, Ammar dan Bazli. Cinta di antara Bazli, Nadia dan Ammar adalah tema di dalam Dejavu di Kinabalu. Dibuai rasa cinta yang membuak-buak membuatkan saya bertanya apakah “cinta” saja yang menghiasi drama ini? Apakah lonjakan perasaan di dalam 5 episode yang berlalu hanya sekitar itu?

Sudah tentunya menonton sewaktu bersiaran di kaca TV tidak dapat saya penuhi dek kerana waktu tayangan yang tidak bersesuaian dengan rutin seharian saya. Nasib baik ada tonton.com.my jadi dapatlah saya menonton untuk sama-sama merasai buaian perasaan yang disebut oleh peminat semua di laman facebook milik Tiz Zaqyah. Well, dari awal cerita bermula begitu ramai orang mengatakan bahawa cerita ini adalah cedokan dari “Summer Scent” terbitan dari Korea dengan jalan cerita yang hampir sama. Saya tidak menonton “Summer Scent” akan tetapi saya tahu ada cerita yang sebegini diterbitkan di Hollywood tidak lama dahulu. Tema sakit jantung dan pertukaran jantung bukanlah tema baru dalam mana-mana penerbitan di dalam industri ini lalu mungkin ramai akan membezakan Dejavu Di Kinabalu dengan cerita yang pernah mereka tonton. Ia bukan bermakna ketandusan idea. Ia adalah perkara biasa dalam mana-mana industri penerbitan dan juga penulisan. Idea datang dari berbagai cara, cuma yang membezakan sebuah jalan cerita adalah pengolahan dan skrip yang baik. Para pendukung watak yang mampu membawa watak yang begitu berkesan di hati penonton lalu menjadi sebutan.

Tidak banyak bezanya dalam drama arahan Erma Fatima ini. Tema yang sama digunakan cuma cara penukaran jantung itu saja berbeza membuatkan saya terfikir lamanya Nadira dapat bertahan dengan kelemahan jantung yang dialami. Semenjak kecil Nadira tidak mampu berlari dengan kawan-kawannya dan scene yang berikut membawa kita ke Institut Jantung Negara di mana Nadira menerima pemindahan jantung milik Innara setelah dewasa. Sudah pasti tiada siapa akan mempertikaikan logik, relevan dan realiti di sini. Ini adalah kerana semua sudah teruja melihat Tiz Zaqyah yang memegang watak Nadira. Separuh dari episode pertama amatlah lembab dan terlalu banyak kebetulan. Tiada momentum pada diri saya untuk bertanya “what’s next”. Itu yang menjadi kelemahan pada diri saya untuk menonton. Selain dari babak-babak romantis yang diketengahkan apa lagi yang hendak diceritakan? Setiap hari itu saja yang saya baca, tiada satupun yang mahu berkata tentang cerita…romantiknya Nadira dan Bazli, untungnya Nadira menjadi kesayangan Bazli dan Ammar lalu saya bertanya apa kes Nadira asyik cium tangan Bazli setiap kali mereka “berpisah”. Aduhaii hukum mana pulak tu? Hukum penerbit dan pengarah lah ya!!! Ada juga pembelaan di sini yang mengatakan “dah skrip cakap macam tu, jadi ikut sajalah”. Jadi kitapun tengoklah dengan perasaan yang terbuai-buai. Ibu-ibu yang menonton yang pastinya terikut sama dibuai perasaan, tolong bagi tahu macam mana kita nak explain kat anak-anak kita nanti? Kita akan bagi tahu anak-anak kita ke, kalau sayangkan tunang/teman lelaki kita kena hormat mereka, cium tangan mereka jaga hati mereka..bla bla bla. Begitu ke nanti? Itulah yang sebenarnya terjadi di alam realiti sekarang ini apabila landasan begini tidak dapat difikirkan dengan waras. Akan tetapi bila artis kesayangan digosipkan tinggal serumah tak mahu pulak percaya…

Berdasarkan adegan tersebut membawa saya menyimpang jauh dari tajuk asal tulisan ini. Saya membawa hati, perasaan serta pemikiran saya kepada apa yang berlaku di antara Remy Ishak dan Tiz Zaqyah baru-baru ini. Umum memang sudah lama mengetahui hubungan kasih dua insan yang kita sayangi. Banyak yang telah diperkatakan dan banyak juga yang telah dihebahkan. Peminat juga bercabang liku apabila dirasa adanya tidak kena dengan pasangan ini. Hentaman, cacian, hinaan, tundingan jari, andaian dan berbagai lagi meliputi para peminat lalu diluahkan di laman sosial. Tidak kurang juga dengan liputan media. Secara peribadi apa yang telah berlaku adalah “damaged done”. Apapun yang kita katakan tidak mungkin akan mengubah keadaan. Di dalam fasa begini saya selalu bertanya, andainya saya menuding jari kepada Remy apakah saya dapat membantu Tiz dalam menyelesaikan kemelut mereka? Begitu juga sebaliknya. Yang bergeser, bertelagah, kecil hati, cemburu serta berbagai rasa datang dari mereka berdua. Tidak akan jadi kalau tak berdua kerana itu orang tua-tua kata tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, kecuali kita tampar pipi orang, tepuk meja, tepuk bahu dan sebagainya. Mata kasar kita memerhati, membaca lalu mentafsir dengan naluri dan perasaan kita yang mungkin rasa lebih berat kepada Tiz dan ada pula yang lebih berat kepada Remy. So…at the end of the day are we helping them? Kita semua nie macam lebahkan? Setidak-tidaknya lebah kalau dah berbunyi tu ada juga madunya. Kita dapat apa? Tatkala melihat lovey dovey mereka kita lupa yang kita pernah umpat keji mereka dulu dan kita pun terlonjak sama dengan apa yang mereka perlihatkan. Setelah ini semua terjadi apakah pertanyaan kepada diri kita sendiri? Kalau kita diam dan tidak berkata apa, apa pula yang terjadi? Bak kata seorang forumner yang saya terbaca komen beliau, dari kita menuding jari dan spekulasi sana sini dan meluah rasa dilaman web, lebih baik kita doakan kesejahteraan mereka, semoga mereka diberi taufiq dan hidayah dalam mengharungi arus percintaan mereka. Semoga Allah pertemukan jodoh mereka berdua setelah lama berkenalan dan bermesra. Begitu panjang doa yang forumner ini iringkan. I loved them, I adore them and I accept them as a human being but that not necessary mean I agree with their act. Dengan segala rasa kasih yang ada, saya mengharapkan Remy dan Tiz dapat melalui fasa ini dengan tenang dan mengambil hikmah di sebalik kejadian. I do know you loved each other very much…hehehe perasan sungguh sang pencerita, hmmm tapi BETUL KAN, RITZ?

Oleh itu apabila menonton Dejavu di Kinabalu saya terbayang apa yang baru terjadi. Kita semua menonton cerita cinta, dibuai rasa cinta, seronok apabila Bazli telefon panggil Nadira sayang, tanya kabar, dah makan ke belum…bla bla bla tapi semuanya itu hampeh kat alam nyata. Betul tak? Siapa sini yang boring kalau kekasih hati asyik-asyik call tanya dah makan, tanya sihat ke tidak, malamnya jumpa dengan alasan dah rindu setiap hari. No excitement kan? Lima episode pertama Dejavu di Kinabalu buat saya lemas lebih-lebih lagi Nadira yang asyik pegang dada setiap kali berhadapan dengan Ammar. Kat alam nyata ni, orang tak tukar jantungpun akan ada perasaan berdebar-debar bila bertemu seseorang, tertanya-tanya kenapa ya aku berdebar-debar setiap kali jumpa sipolan sipolan tu…nak present paper kat board pun saya berdebar-debar sebab bimbang salah fakta atau tersalah cakap, so sorrylah Kak Erma..akak mungkin masih penuh dengan cinta tapi baru 5 episode saya dah jemu menontonnya. Tiada lonjakan dalam watak yang dipamerkan selain dari Nadira bertukar jantung dengan Innara.

Cakaplah apa saja, saya masih berada dalam lambungan cinta Nur Kasih The Series. Kelemahan tetap ada akan tetapi Nur Kasih mengisi kegersangan hati dalam penantian yang begitu lama untuk saya menghargai drama Melayu. Ramuan yang cukup menarik dan membuat saya banyak berfikir. Itulah contoh cerita yang masih saya nantikan dari pengarah dan penulis skrip yang lain. Sebuah karya biasa, orang biasa namun penuh dengan emosi yang dibawa dari Nur kepada Adam, dari Adam kepada Nur dalam bahasa tubuh masing-masing tanpa bicara, dari ibu kepada anak, dari abang kepada adik dan dari ahli masyarakat kepada masyarakat. Dari soseh-soseh yang kedengaran, ada pengarah, penerbit dan penulis skrip mahu mencipta sejarah atau mengulangi sejarah Nur Kasih. Impian yang saya sanjung tinggi dan harapnya genggamlah bara api hingga menjadi abu.

Seandainya Tiz Zaqyah menantikan watak seumpama Changeling lakonan Angela Jolie yang menjadi idolanya, saya pula menantikan Tiz membawa watak yang lebih simple tetapi berkesan seperti sakit dan deritanya hati seorang ibu angkat yang menyayangi dengan sepenuh hati anak yang diserahkan kepada beliau sejak bayi dan kini dituntut kembali oleh ibu kandungnya. Usaha yang dilakukan oleh ibu angkat tersebut supaya anak itu tidak diambil darinya. Pertentangan dua wanita dengan naluri keibuan, tanpa ada jerit pekik, sendu sedan namun dengan mata yang merah berkaca meluahkan rasa hati masing-masing.

Deja vu…

A thought by : Sanaa 26/06/12

8 Responses

  1. Yup, GK juga bknla penerbitan yg terlalu bagus, sekadar hiburan santai. Btw, bru episod 7, bknkah terlalu awal utk kita judge s/ada DDK cilok semuanya atau tidak from Summer Scent? Tapi sy tak kisah klu cilok 100% ideanya sekalipun, sbb sy pasti garapannya pasti tetap berbeza. Just my 2 cents & yes I’m really happy watching it.

    • Dear Lia…please don’t get me wrong. Opinion based on perception of individuals and there is no right or wrong abt it. My writing totally based on the first 5 episode and just let’s see how it move from there. I did not hv the chance to watch ep 6 and 7 as yet…hope will able to do it during weekend. Hv a good day…

      • Salam Sanaa, hopefully u too don’t get me wrong as I said several times b4 that all was just my personal opinion. And I’m here as a reader just trying to answer your questions in ur entry above such as “Betul tak?”, “No excitement kan?”, “Selain dari babak-babak romantis yang diketengahkan apa lagi yang hendak diceritakan?” and “What’s next?” from my own perspectives, so that we can exchange ideas and got something from that.
        So, just when I give my personal opinions which is so happened to be quite contradict with yours, I really don’t mean to say that u’re wrong and I’m right. I was just voicing out why I like DDK in response to your views about the drama and honestly, I don’t have problem in accepting ur opinion about DDK even though they are different than mine. Sebab bru epi.7, saya pun tak tau sejauh mana momentum DDK akan terus naik, klu di pertengahan nti jalan ceritanya mula bosan & melalut cthnya mcm cerita Sofiyya, saya pn takkan teragak2 untuk kritik.

        Oklah, hopefully my humble opinion didn’t offend anyone here coz I voiced them out with no intention to argue with anybody… take care and TQ.

      • Wassalam Lia..thank you. I appreciate all the comments and opinion for me to go further in writing…pleasant evening. Take care

  2. Salam, I juz wanna say that kita semua adalah pelakon mcm pelakon2 lain. Yg membezakan kita dgn mereke adalah mereke berlakon berdasarkan fantasy sdgkan kita berlakon di alam realiti with or own true feelings. Bila berlakon di alam fantasy of courselah byk tokok tambahnya dek kerna khayalan penulis, pengarah dan para pelakon itu sendiri yg cuba menhidupkan watak masing2. I tend to agree with u that there’s ain’t much to say about DKK coz bnyk sgt kebetulan and indeed nothin compares to Nurkasih which to me is the best Malay drama that I’ve come across. Terlalu byk bab2 cintan dan romantik ni adakalanya bleh merosakkan jalan sesebuah cite. Well, I may be wrong at this. If only penulis skrip DKK bleh mengaitkan drama ini dgn alam realiti alangkah bagusnya. Setidak2nye bleh mendatangkan kesan yg mendalam di hati penonton dan tidak hanya terbatas pada khayalan semata2. What I’m trying to say is barulah masyarakat kita bleh berfikir secara logik dan rasional dan tidak terikut2 dgn jalan cite yg ada masanya tak masuk akal langsung. Sebagai contoh kebarangkalian kemungkinan berlakunye di mana si kakak mencintai si hero dan si hero plak mencintai adik si kakak yg kebetulan dpat jantung kekasih si hero dan mempunyai perangai sama seperti arwah kekasih si hero dan hero plak mendapat projek drpd tunang si heroin and the best part ofis pun seblah menyebelah. It doesn’t seem to fall into its place. Entahlah! Sya dah merapu ni. Dah hilang the art of writing. Sori ye! BTW, zaman sekarang ni mane ada originality melainkan ianya diambil drpd idea dan persepsi org lain dan sang karya cuma mengembangkannye mengikut citarasanye sendiri. Tp klau ade pun mungkin less than 5% yg original. Think about it.

  3. Salam tuan rumah…apekabar? Moga sihat2 selalu… Nk komen sket psl DDK…
    This is just my humble opinion… Saya percaya Dejavu dan NK tidak berada di kelas yg sama, klu nak bandingkan DDK, mgkin boleh try banding dgn Nora Elena? Sy percaya erma cuma mahu mengetengahkan rasa cinta romantik dlm DDK dan saya rasa cinta itu. Sy tonton Nora Elena utk beberapa episod, tapi sy tak mampu nak teruskan sbb lakonan kayu Siti Saleha dan lakonan tak smpi ke jiwa Aaron Aziz. Tpi utk DDK, Ammar tak perlu bckp byk, cukup dgn lirik dan renungan mata, terpancar sinar cinta baru bt Nadira yg selama ini tersimpan hanya untuk Innara….Lakonan Tiz x perlu ulas pjg lebar sbb lakonan dia mmg berjiwa… DDK mmg kisah cinta khas utk pasangan kekasih (lupakan seketika cinta utk ibu bapa/adik/abang etc.)… sememangnya skop DDK tertumpu pd pasangan kekasih. For me, my “What’s Next” questions would be:
    1. Adakah Ammar betul2 jatuh cinta dgn nadira atau jatuh cinta hanya krn perasaan dejavu yg mengingatkan dia pada Innara?
    2. Adakah Nadira mampu mengawal perasaannya drpd terlalu mengikut getaran naluri jantungnya yg baru?
    3. Mampukah Ammar menyintai Nadira tanpa dibayangi Innara ?
    4. Siapakah akhirnya yg akan Nadira pilih?
    dan byk lagi persoalan2 lain yg membuatkan sy tertunggu2 episod seterusnya berbanding Nora Elena cthnya yg dah boleh diagak akhirnya si Elena pasti akan menerima Seth Tan

    Pada saya, DDK mmg sebuah kisah cinta yg indah…skrip yg cantik, sinematografi indah, lagu latar menyentuh hati dan lakonan yg bersahaja lalu menghasilkan getaran cinta yg semulajadi tanpa perlu adegan XXX. Dah lama org asyik komplen bila Msia mampu mhasilkan cerita cinta sehebat Winter Sonata etc. Pada saya, inilah dia yang dinanti2… (klu momentum episod 1-7 tu terus naiklah…hehe)
    Anyway, this is just my personal opinion…😉

    • Wassalam Lia

      Alhamdulillah saya sihat2 saja. Semoga Lia sekeluarga juga sihat adanya.

      Thank you for your opinion. Andainya Lia sedar saya tidak membandingkan DDK dan NK, saya mengatakan katalah apa saja NK tetap menjadi cerita lambungan cinta yang saya hargai kerana ia mengandungi segala rasa dan inti pati kehidupan ini and maybe I am no longer into kind of DDK love story yg besar kemungkinan juga saya telah dipengaruhi oleh beberapa cerita terhangat dari Korea sedikit masa dahulu dan juga the same theme of heart transplant by Hollywood.

      Saya juga tidak menyentuh tentang mutu lakonan para pelakon DDK kerana saya yakin dengan kemampuan para pelakonnya. Saya sedar kita pernah bercakap tentang Nora Elena akan tetapi tidaklah juga saya kata ia sebuah penerbitan yg bermutu dan begitu juga dengan Gemersik Kalbu. Basically DDK cilok from Summer Scent and from your comment abt “what’s next” semuanya ada dlm Summer Scent and anyone can predict sooner or later siapa yg Nadira pilih. But again it is just a story that few people will fall in love with it and some don’t and the don’t include me.

      Happy watching….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: