• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2012
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Iri Hati dan Fitnah

Assalammualaikom dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan di laman blog ini.

Sejak beberapa hari yang lalu saya cuba menulis dan mencari artikel tentang fitnah dan sebaran mengenainya, akan tetapi oleh kerana kesuntukan masa saya gagal melakukannya. Allah maha mengetahui dan maha mendengar, di dalam saya menyelak artikel yang ada, terjumpa oleh saya satu artikel yang bermain di fikiran sejak beberapa hari ini.

Oleh yang demikian saya berharap dengan artikel yang dilampirkan ini dapat memberikan kita sedikit sebanyak panduan tentang bahayanya fitnah dan sebaran mengenainya. Dari sudut psychology pula, fitnah bermula dengan perasaan hasad dengki dan iri hati. Apabila perasaan ini tidak dapat dibendung ia akan menjadi nanah dalam diri lalu membuat seseorang itu melakukan apa saja demi kepuasan hati sendiri. Telah lupa segala dosa yang berkaitan dengannya. Susah sebenarnya untuk mengikis perasaan iri hati ini andainya kita tidak mendidik hati untuk menjadi bersih.

Sama-samalah kita mengambil iktibar dari pembacaan ini dan semoga menjelangnya bulan Ramadhan akan membersihkan jiwa dan hati kita. Berdoa dan bersyukur dengan segala limpah kurnia rahmatNYA dan bersabar dengan dugaan yang diberikan. Insha’Allah dengan berkat kesabaran dan mendidik diri dengan wirid dan zikir, kita akan menjadi lebih tenang dan tenteram.

Salam Kasih

Sanaa 01/07/12

*****

Iri hati punca sebar fitnah
11:47:45 AM Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

Individu wajar tapis, usah hebah perkara tidak sahih

FENOMENA fitnah dan khabar angin sering digunakan dalam menyebarkan maklumat yang tidak benar. Mereka menggunakan kemudahan canggih ini untuk melaga-lagakan sesama manusia sehingga yang bersahabat menjadi musuh, suami isteri bercerai gara-gara e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS), surat layang, internet dan seumpamanya. Islam melarang keras perbuatan fitnah dan menyebar khabar angin dan golongan penyebar maklumat palsu itu dijanjikan Allah dengan balasan azab yang amat pedih.
Firman Allah SWT dalam Surah an-Nur, ayat 19, bermaksud: “Sesungguhnya orang yang suka menghebahkan tuduhan buruk dalam kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat. Ingatlah Allah lebih mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahuinya.”

Rasulullah SAW pula telah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara-mara. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah telah mengingatkan kita agar sentiasa menjauhi diri daripada terjerumus ke dalam perbuatan keji yang dinyatakan dalam hadis itu. Sesungguhnya impak daripada perbuatan keji itulah yang membawa kepada berlakunya budaya penyebaran surat layang dan fitnah memfitnah dalam masyarakat.

Perbuatan bersangka buruk terhadap orang lain sebenarnya timbul daripada perasaan tidak berpuas hati dan dengki khianat atas sebab tertentu. Perbuatan sebegini melambangkan betapa rendahnya moral si pelaku yang sanggup menghancurkan maruah orang lain dengan menolak segala pertimbangan dan rasional akal yang dianugerahkan Allah kerana diri telah dikuasai nafsu marah dan dengki khianat yang berpanjangan.
Kalau pun sesuatu tuduhan itu ada kebenarannya, orang yang telah mengambil kesempatan untuk berbuat demikian perlulah mengadakan bukti yang kukuh dan munasabah bagi membuktikan kebenarannya, bukannya dengan mencantumkan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut untuk dan dijadikan modal untuk menyebarkan wasangka buruk dan tuduhan palsu dan negatif kepada seseorang individu.

Akibat daripada perbuatan sebegitu, sudah pasti perasaan dendam akan terus berpanjangan di antara yang menuduh dan yang kena tuduh, masing-masing ingin membuktikan tuduhan yang dibuat adalah benar dan menghijab diri dengan penafian bagi menolak segala tuduhan yang dilemparkan.

Allah Taala telah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa berita maka periksalah dengan teliti kebenarannya agar kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesali perbuatan kamu itu.”(surah al-Hujurat, ayat 6)

Islam juga amat melarang umatnya daripada perasaan suka mengorek rahsia orang lain. Peribahasa Melayu ada menyebut, ‘jangan jaga tepi kain orang’. Tetapi dalam beberapa hal yang membabitkan berlakunya kebatilan dan perkara sumbang dalam masyarakat yang mengundang kemudaratan kepada ajaran agama, maka dibolehkan untuk berbuat demikian dengan tujuan untuk menegahnya agar tidak terus menular dalam hidup bermasyarakat.

Tetapi apa yang berlaku dalam masyarakat hari, perbuatan mencari rahsia orang lain bukan bertujuan untuk menegahnya daripada berlaku perkara sumbang, tetapi bertujuan untuk mendapatkan mesej tertentu mengenai peribadi seseorang dan kemudian dijadikan umpan sebagai alat untuk membalas dendam kepada orang berkenaan.

Islam sendiri menuntut umatnya agar menyembunyikan keaiban orang lain walaupun kita mengetahuinya kerana Allah akan menyembunyikan keaiban kita daripada terhebah kepada orang lain.

Telinga adalah salah satu pancaindera anugerah Allah yang tiada bandingannya.
Justeru, Muslimin hendaklah menjaga telinga mereka daripada mendengar khabar angin yang masih belum tentu kebenarannya, tetapi jika terpaksa mendengarnya atas faktor keadaan, maka dituntut agar tidak pula menjadi penyebar kepada apa yang didengar kepada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah lagi hadis Baginda yang bermaksud: “Beruntunglah orang yang sentiasa menyelidiki dan melihat keaiban sendiri.” (Riwayat Muslim)

Hasad dengki dalam definisi yang lengkap membawa maksud mencari jalan atau ikhtiar untuk menghilangkan nikmat yang ada pada orang lain. Impaknya amat besar, bukan saja kepada orang yang didengki tetapi juga akan terpalit kepada seluruh masyarakat.

Credit to : Sudut Agama Berita Harian

Compiled by : Sanaa 01/07/12

2 Responses

  1. Salam Sanaa..Hmm surat layang macam dah jadi satu fenomena masyarakat Msia..Tak kira desa apa lagi bandaraya, dah jadi satu amalan biasa..In fact, i just received one surat layang two days ago.Though –may be- the intention is good, but the way , it conveyed is totally wrong..Like ‘ baling batu sembunyi tangan’..Walaupun mungkin pada pandangan mereka-penghantar surat itu- niat mereka teramat lah murni..But, their action totally intolerable, deep inside i’m hurt..Hence, the result i don’t know siapa surrounding me kawan, yg ikhlas berkawan ataupun yg bermuka-muka…HHmmm..for me, it’s just insulting me..huhu..Allah al-Musta’ann

    • Wassalam Aesha

      Memang betul skrg ni dah jadi satu fenomena dlm masyarakat kita. Sedihnya kita mengaku kita ni beragama Islam tinggal dlm negara yg penganutnya beragama Islam tapi budaya hidup kita tak tahu nak ckp apa. Menjadi satu keseronokan buat mrk menghantar surat layang, menulis berita palsu dan melaga-lagakan org…hmm entahlah. Bagi I pulak cuba mendidik diri dgn kesabaran walaupun adakalanya bagaikan letih menghadapi perkara2 yg begini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: