• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2012
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Indahnya Kasih

Selamat pagi kawan-kawan di sini
Sang Pencerita mencari kelainan hari ini
Memang belum pernah dibuat lagi
Harapnya tugas ini menjadi

Shout Award mereka hadiri
Di kala itu semua tercari-cari
Adakah datang cjolimoli
Berdua seorang tidak diketahui

Cinta berputik tersimpan rapi
Malu-malu gambar pun teleng ke tepi
Tukang intai tak pernah berhenti
Mencari bukti kasih di hati

Mencari bukti kasih di hati
Tukang intai tak pernah berhenti
Puas ku telek gambar ini
Di manakah kasih disembunyi

Rahsia disimpan begitu rapi
Sang Pencerita sibuklah mencari
Teropong ku kerah setiap hari
Mengikuti ke mana saja jolimoli pergi

Lalu photoshoot menjadi bukti
Pergi bersama ramai ketahui
Sorok-sorok main teka teki
Itulah keistimewaan cjolimoli

Hari Ibu di Singapura
Ramai sungguh orang teruja
Sup tulang amat ternama
Tidak ketinggalan dinikmati bersama

Di saat ini penuh tanda tanya
Mesra berdua nampaklah nyata
Promosi filem penuh airmata
Doa peminat tak berhenti adanya

Cantik dan manja teruna dara
Mata memandang penuh leka
Hamba mencari jawapan yang ada
Di antara senyum dan juga tawa

Wajah si Dara berseri-seri
Di hari ibu Teruna disisi
Berminggu hamba menatap gambar ini
Tafsiran ku simpul di dalam hati

Inilah wajah-wajah kedamaian hati
Dalam drama Nur Kasih bersiri
Tautan hati bermula di sini
Itulah soseh-soseh yang didengari

Setelah lama dalam penantian
Teruna Dara membuat pengumuman
Bunga-bunga cinta kembang di taman
Sudah menjadi satu kepastian

Senyum melirik peminat semua
Doa disambung ke mahligai bahagia
Setiap langkah diperhati segala
Tertekan juga agaknya Teruna Dara

Indahnya senyuman pasangan mesra
Sewaktu promo filem mereka
Masa ini semua tertanya-tanya
Sejauh mana kasih berdua

Nur Kasih The Movie lakonan mereka
Adam dan Nur watak dibawa
Sehingga ramai menangis sama
Tatkala menonton tayangan perdana

Bengkak mata jelas kelihatan
Gambar berdua hamba kasihan
Memujuk Nur dalam kesedihan
Tersimpan rapi dalam kenangan

Aduh sayang judulnya cerita
Kisah anak ibu dan bapa
Papa dan mama panggilan mereka
Keletihan papa jelas dan nyata

Aduhai kasihan sungguh melihatnya
Tertidur bersama permainan di kepala
Bagaimana nanti agaknya mereka
Sebab mama nak anak tiga

Senyum kambing di pagi hari
Melihat lakonan cjolimoli
Teringat pula kata diberi
Menjadi ibu impian yang pasti

Aduh Sayang keluarga bahagia
Nani dan Shidi watak dibawa
Cerita biasa terkenang jua
Dek kerana lakonan bersahaja

Manjanya Nur disisi suami
Inilah yang asyik diimpi
Oleh ramai peminat dan pemerhati
Adam dan Nur patut dicontohi

*****

Runtuh Sebuah Dosa hamba tak jumpa
Tahajjud Cinta juga tiada
Berlakon bersama tapi tak berdua
Mungkin itu tiada gamaknya

Hehehe double standard orang kata
Nur Kasih dikorek sampai jumpa
Apa nak buat perangkap mengena
Sampai sekarang tetap tak lupa

Red Dodin Seh Apple ahli kumpulan
Umi dan Woody tidak dilupakan
Tolonglah ubat hatiku ini kawan-kawan
Demam tak kebah anggau tak berkesudahan

Buruk baik hamba pertahankan
Bagaikan tahu apa yang tersimpan
Adakala jatuh kasihan
Melihat mereka jadi buruan

Puas sudah ku jampi
Melihat mereka di alam realiti
Suami isteri ikatan rasmi
Namun belum diumum lagi

Pak Nujum hilang entah ke mana
Pesan ditinggal doa jangan lupa
Semoga rahsia yang disimpan lama
Menjadi titik tolak hari bahagia

Aduhh…kepala tak gatal hamba garu
Apalah pesanan ditinggal guru
Hujung pangkal tidak bertemu
Jawapan yang ada hanya satu…TUNGGU

Tunggu itu satu derita
Ada juga ku cekik Teruna Dara
Geram hatiku tidak terkata
Tatkala gambar dipamir mereka

Gembira senyum gelak dan tawa
Panjang jua senyuman sang pencerita
Terima kasih adik berdua
Berkongsi rasa alam bahagia

Sama-sama kasih jawapan diterima
Faham-faham sajalah sambungannya
Hahaha…memang faham jawapan hamba
Tiap-tiap hari duduk meneka

Tawa mereka riang berbunyi
Mendengar jawapan sang pencerita tadi
Apa sajalah cjolimoli
Asalkan bahagia mekar di hati

Sekian dahulu cerita ini
Indahnya kasih kian bersemi
Kepada semua janganlah emosi
Tarikh bahagia bakal menyusul nanti

Lalu sang pencerita mengundur diri
Nak mengintai sebentar cjolimoli
Manalah tahu ada gambar terkini
Terlekat sudah cincin di jari

Dream on Dream on…this is Hollywood

Kuasa mimpi tiada yang ketahui
Percaya yakin usaha jangan dilupai
Doa itu adalah kunci
Kepada kebahagian yang dicari

Semoga terhibur dengan pantun ini
Panjang sudah kasih bersemi
Akan ku pertahankan hingga akhir nanti
Itulah doa ku setiap hari

Insha’Allah…Aamin

Owned and written by : Sanaa 04/07/12

Note: Thank you to the owners of the pictures. Collected at random via internet. Sanaa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: