• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2012
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Deria

Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyempurnakan sifat kita apabila kita dilahirkan. Deria yang sedia terbentuk adalah deria rasa, bau, dengar, sentuh dan lihat. Walaupun begitu ada juga sesetengah dari kita dilahirkan dengan kekurangan namun dengan berkat belaian kasih ibu dan bapa serta keluarga, segala kekurangan dapat diatasi. Bekalan kecekalan hati juga adalah di antara fakta bagi mengharungi perjalanan hidup ini.

Mukadimah tersebut membawa saya kepada perbincangan status pelakon utama Dejavu di Kinabalu iaitu Tiz Zaqyah bertarikh 5hb July lalu yang saya kepilkan di sini.

As salam..
Teruja baca macam macam komen ttg DDK..ada yang betul emosi sampai geram,ada yang sayang yang kesian😦 hmm… Betul soal perasaan dan hati tak boleh dipaksa kan? Kalau dah tunang/kahwin dan cinta dah tak ade,tetapi cinta tu wujud kat org lain,sama juga macam menipu/curang dgn pasangannya kan?sanggupke kite nak hidup dalam penipuan? In the end,dua dua pun seksa..bukan luaran tapi dalaman .. Anyway..hidup ni macam macam kan🙂 look at the bright side,at least there is “love” around and within us . Good day ! Lala”

Melalui status tersebut Tiz bersama peminat telah bertukar-tukar pendapat tentang perjalanan hidup Nadira, Ammar dan juga Bazli, sehingga ada yang mengaitkan kisah cerita ini ke realiti. Semenjak awal kita dihidangkan bahawa Nadira adalah tunangan Bazli, Nadira di katakan adalah “penerima” jantung arwah tunangan Ammar dan akhirnya pertemuan tidak disangka antara Ammar dan Nadira yang mengubah segalanya. Episode-episode minggu lalu telah membawa kita membenci Nadira kerana berubah hati terhadap Bazli, lalu wujudnya di alam realiti #teamammar dan juga #teambazli. Saya hanya menjadi pembaca sahaja kepada luahan pendapat peminat yang diselangseli oleh pendapat Tiz sendiri. Ada sekelumit rasa di hati ini untuk menulis di laman web Tiz akan tetapi apa yang ingin saya luahkan terlalu panjang dirasa lalu keputusan saya ambil untuk mengupas subjek “perubahan” hati di dalam cerita lalu dibawa ke realiti itu di sini. Keinginan saya bertambah apabila seorang peminat menggunakan “Adam” dari drama bersiri Nur Kasih sebagai contoh.

Saya melihat perubahan Nadira bukan hanya kerana pemindahan jantung. Perubahan Nadira bersangkut paut dengan soal hati dan keinginan yang mungkin sukar untuk Nadira fikirkan sendiri. Ini adalah kerana jantung merupakan sebahagian dari organ dalam diri kita yang bertugas tidak henti sejak dilahirkan hinggalah jantung itu berhenti di hari kematian kita. Jantung berfungsi untuk mengepam darah yang disediakan oleh pembuluh arteri koroner. Di dalam terjemahan bahasa jantung = heart dan hati = liver. Namun apabila sasterawan Melayu mengindahkan bahasa lalu menjadi jantung berdetik hati yang merasa. Ini tidak ada dalam sastera Inggeris kerana mereka hanya menggunakan jantung (heart) untuk merasai segala gerak perasaan. Indahnya bahasa Melayu tatkala jantung berdetak, hati tersentuh lalu akal bertanya apakah makna getaran ini? Tanpa disangka dan diduga bermulalah episode yang dinamakan CINTA tatkala diterjemah dalam naskah cerita membuat ramai yang terbuai-buai dalam alunan irama dan lagu sehingga ada yang terlupa akan logic relevant dan realiti.

Good job Tiz kerana berjaya membuat orang membenci Nadira dan begitu juga dengan pendapat yang diberikan. Apabila bercakap di alam realiti kita menggunakan “hati” sebagai pengantara dan bukan lagi jantung walaupun kajian menunjukan penerima jantung akan ada sedikit sebanyak mewarisi perangai pendermanya. Ini telah dibuktikan oleh kajian perubatan sejak dahulu lagi dan ada juga extreme cases dan rare cases yang dilapurkan. Akan tetapi kajian yang ada mungkin tidak begitu menyeluruh, besar kemungkinan ramai yang menerima hakikat ini. Bagaimana pula dengan akal dan soal hati dalam hal ini? “The conscious and sub-conscious mind” dalam cerita memang kurang digunakan.

Di antara celahan kata Tiz, besar kemungkinan Ammar memberi ruang kepada Nadira untuk mencuba perkara-perkara yang mendatangkan sesuatu yang baru, ghairah mencuba dan cabaran yang diterima. Manakala Bazli is Mr Good Guy, yang terlalu bimbang akan keselamatan, kesihatan dan sampai terlanggar batu kecil di jalan pun besar kemungkinan menjadi kerisauan buat Bazli. Life no excitement bersama Bazli, I think. Tertimbul satu pertanyaan dalam diri saya…if excitement menjadi sebab berapa lamakah ia akan bertahan? Secara logiknya hidup ini bukan untuk hari ini sahaja. Tiz juga mengungkap bahawa rumahtangga atau bercinta bukan untuk hari ini saja, apa akan jadi selepas, selepas dan selepasnya (lebih kuranglah macam tu tapi dalam erti kata yang sama)

Dalam waktu yang sama juga kebarangkalian Bazli terlalu cool membuat Nadira bosan juga. Setakat ini “perebutan” tu belum nampak ketara dan Nadira tidak menggunakan akal sepenuhnya dalam mentafsir keadaan ini. Bimbingan dan nasihat juga kurang.

Itu adalah bait-bait cerita ketika status facebook Tiz ditulis. Keinginan saya mencungkil cerita di sebalik cerita melalui komen-komen yang diberikan adalah sesuatu yang terlalu subjective. Namun begitu saya berharap dapat menerap nilai-nilai jati diri, kekuatan mental dan fizikal serta komersial melalui cerita di dalam kupasan ini. Saya mengakui bukanlah penonton setia Dejavu di Kinabalu. Akan tetapi saya membaca banyak komen mengenainya dan juga terbit #teambazli dan juga #teamammar. Seorang dua mengatakan cinta Ammar dan Nadira adalah cinta suci. Memandangkan ia sebuah cerita pendapat yang dihulurkan saya terima akan tetapi tidak bermakna saya bersetuju oleh kerana ramai yang cuba mengaitkan kejadian ataupun babak-babak dalam cerita ke alam nyata.

Perenggan di atas membawa saya kepada pendapat seorang peminat yang menggunakan “Adam”, “Nur” dan “Katrina” sebagai contoh perubahan. Tatkala Adam memberontak dinikahkan dengan Nur, Adam “dibendung” oleh ramai. Adam ada abang, mak, ayah dan juga keluarga mertua. Adam meminta Nur menjadi pelakon dihadapan mereka semua lalu menjadikan mereka pelakon yang berjaya menakluki hati keluarga. Realitinya hanya mereka saja yang tahu (di dalam cerita). Dalam pada itu sedikit sebanyak fikiran Adam juga telah bercelaru di antara ketukan hati yang baru dan keganasan keinginan yang sedia ada iaitu Katrina. Adam memilih Katrina setelah kematian ayahnya lalu meninggalkan Nur. Di sini saya tidak memandang Adam sekadar mencari Katrina, Adam sebenarnya mencari kehidupan yang diimpi, iaitu hidup bebas dan mengejar kemewahan. Katrina adalah alasan ataupun jambatan untuk Adam mencapai apa yang diinginkan. Nur adalah sebaliknya, demi menjaga nama baik dan maruah keluarga, Nur sanggup menipu keluarga dan menelan segala pahit ditinggalkan seorang diri. Nur ditinggalkan tanpa berita, tanpa nafkah zahir dan batin. Gantung tidak bertali kata orang. Walaupun dihimpit keperitan dan kepayahan Nur tetap bertekad menyambung pelajaran dan tidak juga Nur lupa untuk berdoa buat Adam.

Di antara babak-babak yang ada membuat ramai penonton berfikir dan juga cuba membawa watak-watak ini ke dunia nyata. Nur digambarkan sebagai seorang anak, wanita dan isteri yang tabah dan cekal walaupun cintanya tidak berbalas, Nur masih tetap mendoakan kesejahteraan Adam. Adam tak perlu tahu tapi sub-conscious Adam menerima segala getarannya. Ia terjadi dan mungkin terjadi kerana Adam pernah berhadapan dengan Nur, keikhlasan Nur berdoa dan barangkali juga mereka ada melalui saat-saat yang tidak terduga dalam lakonan mereka. Keadaan ini dikukuhkan lagi apabila Adam menghalang Katrina membuang cincin perkahwinannya. That’s telepathy. Rahsia perkahwinan Adam dan Nur tersimpan rapi sehinggalah ia dibocorkan ketika Adam mencari kembali dirinya yang hilang.

Watak makin kukuh lagi dengan Adam yang “berperang” dengan diri sendiri. Kemewahan material, isteri yang cantik dan pekerjaan yang menjamin masa depan tidak memberi Adam kebahagian yang diimpi. Adam tidak tahu apakah punca semuanya ini. Setelah berbagai dugaan Adam lalui, dia bertemu jawapan tatkala mata Adam bertentang kembali dengan Nur yang masih dalam telekung berdiri di atas tangga. Arghh..that’s it. Adam tak perlu apa-apa lagi. Adam telah menemui jawapan yang dia cari selama ini tanpa bicara tanpa kata. Apakah laluan Adam mudah? Pastinya penonton setia Nur Kasih sudah tahu jawabnya.

Berdasarkan dua cerita dan pendapat seorang peminat yang mengatakan bahawa kita dibekalkan garis panduan dalam Islam baik dari segi perhubungan insan dan juga kehidupan kita sehari-hari. Namun kita juga sedari sebagai manusia kita diselaputi oleh berbagai rasa dan perasaan seperti rasa marah, bersalah, hendak itu dan ini, keinginan mencuba sesuatu yang baru. Selain daripada itu dalam mempertahankan sesuatu hubungan bukanlah kerja seorang saja. It takes two to tango. Ia adalah kerjasama dan juga keinginan berdua. Faktor-faktor luaran juga mempengaruhi keadaan fikiran dan keputusan yang bakal kita buat dan ambil. Tidak dinafikan dengan segala garis panduan yang ada, ramai yang tidak mampu mengikutinya kerana masih ada fakta-fakta kekurangan di sini. Tengok saja apa yang terjadi kepada Adam…Adam seorang yang rebellious walaupun ayah dan ibu berpegang kuat kepada agama…perjalanan Adam terlalu lama dan jauh sebelum dia kenal agama dan pulang ke pangkal jalan

Siapakah guru kita? Siapakah kawan-kawan kita dan siapakah ahli keluarga kita? Kekuatan fikiran saja tidak cukup andainya tiada kesedaran dalam diri kita dan juga pasangan kita. Keadaan akan menjadi lebih celaru dan kelam kabut apabila ramainya penasihat tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Ada sesetengah keputusan yang dibuat hari ini adalah yang terbaik untuk hari ini saja atau untuk keadaan yang kita hadapi di masa itu. Esok, lusa, tulat atau tahun-tahun yang berikut besar kemungkinan keputusan yang kita buat dahulu mendatangkan beban, penyesalan, keluh kesah dan sebagainya. Di saat dan ketika itu ia memaksa kita menghadapi keadaan sekarang berdasarkan apa yang telah berlaku bertahun dahulu. Itulah yang terjadi kepada Adam. Akan tetapi kerana olahan cerita, skrip yang kuat dan kukuh serta lakonan yang berkesan membuat penonton mahu berubah sama menjadi watak-watak di dalam Nur Kasih. Watak-watak itu ingin dan mahu dicontohi. Ketika berakhirnya Nur Kasih jika tidak silap saya memandang dan mendengar ramai yang ingin mencontohi Nur, ingin berubah dari Adam dahulu kepada Adam sekarang, ingin menjadi isteri yang baik, anak yang baik, ipar yang baik dan segalanya baik. Keputusan Adam empat tahun dahulu membawanya kembali menagih kasih dari Nur isteri yang ditinggalkan, isteri yang tidak dicintai dan keputusan Adam empat tahun yang lalu membuat Nur berjaya menggenggam segulung ijazah dalam keperitan dan kepayahan hidup. Babak-babak ini adalah contoh kekuatan di dalam sebuah cereka yang membuat kita berfikir dan mengupas bahawa setiap dugaan dan cabaran akan memberi kita kesedaran dan merubah diri.

Sedikit rumusan tentang watak Nadira, Ammar dan juga Bazli kalaulah ada di dalam alam nyata yang begini jawapannya “hancus” disebabkan semuanya ikut perasaan. Bazli seorang yang terlalu baik dan terlalu sayangkan Nadira, manakala Ammar pula dalam setiap salur darah dia Innara masih hidup dan segar bernafas. Diletakan sepuluh wanita dihadapan Ammar saya pasti Ammar mencari Innara dalam wanita-wanita tersebut. Nadira pula tersekat dalam dua dunia yang dia sendiri tidak tahu (she’s confused) dan Nadira juga tiada kawan dan teman yang benar-benar dapat membantu dan membimbing dia dalam hal-hal yang begini. Nadira tidak pasti lalu meminta pertunangan diputuskan. Itu adalah jalan yang terbaik pada fikirannya kerana hawa nafsu sudah menguasai diri. Saya terima seadanya apabila Nadira mahu memutuskan pertunangan kerana Nadira tidak lagi merasa bahagia dengan Bazli. Nadira memilih untuk berpisah. Itu adalah keputusan dan kehendak Nadira. Di dalam cerita keputusan Nadira itu kita anggap yang terbaik kerana cintanya kini telah beralih arah kepada Ammar. Kenapa cinta dan kasih Nadira beralih kepada Ammar? Jawapan di dalam cerita adalah kerana Nadira sekarang bernafas dengan jantung Innara yang merupakan tunangan Ammar yang meninggal dunia akibat kemalangan.

Wajar ataupun tidak kalau kita katakan Nadira adalah “mangsa” keadaan? Setiap kali bertentang mata dengan Ammar atau Ammar berada dijarak yang dekat, jantung Nadira berdegup kencang. Di sini kita kembali kepada komen peminat mengenai garis panduan itu tadi. Andai hendak berlandaskan hukum hakam saya tunding jari kat Ammar. Dah tahu Nadira tu tunang orang kenapa dikacau? Dah kenalpun dengan tunangan Nadira masih juga nak ikut kata hati? Nasihat kawan tidak langsung Ammar endahkan…so apa yang boleh kita garapkan dalam realiti? Apakah mungkin Bazli terus saja bersabar? Tak bertumbukkah Bazli dan Ammar? Apakah tindakan Ammar dan Nadira mampu kita katakan cinta suci? Perkara-perkara begini apabila kita bawa ke alam realiti boleh jadi padang gusti, kerana kalaulah benar Bazli tu cintakan Nadira tentu dia akan bertindak. Tak tahulah saya kalau perasaan belas Bazli keatas Nadira mengatasi segalanya. Ataupun Bazli mengalah sebelum berjuang? Mungkin episode-episode yang akan datang mampu menjawabnya.

“Merewang sebentar kepada plot cerita yang seakan sama dalam penerbitan luar negara yang pernah saya baca dan tonton. Seperti yang saya katakan dalam artikel terdahulu, tema dan plot Dejavu di Kinabalu adalah plot yang telah acap kali digunakan dalam penerbitan luar. Akan tetapi penerbitan luar lebih menumpukan kepada kekuatan penerima jantung. Kesan yang mereka hadapi dan lalui, mimpi-mimpi ngeri yang datang dan juga keanehan selera makan, pakaian dan sebagainya. Amat jarang perebutan kasih dan adanya orang ketiga dalam perhubungan. Saya cuba mengingati sebanyak mungkin bait-bait cerita dari sebuah buku yang saya baca, seorang penerima ini sering saja terbayang dan bermimpi untuk terjun dari tempat yang tinggi walhal sebelumnya dia amatlah penakut. Hubungan dengan kekasihnya juga hambar oleh kerana di dalam mimpinya sering hadir seorang lelaki yang mencumbui dirinya dan membelai dirinya. Makin hari kehidupannya makin tertekan lalu dia mengambil keputusan untuk mengikut kata hatinya melalui bayangan dan mimpi itu tadi. Perpisahan berlaku di antara dirinya dan kekasihnya kerana dia perlu mencari jawapan kepada igauan yang hadir. Penerima jantung tersebut dalam pencarian, berjumpa dengan berbagai ragam manusia sehingga dia melakukan apa yang wujud dalam mimpinya. Penerima jantung mengembara kerana itu yang sering di mimpikan. Bungy jumping, diving, surfing adalah di antara mimpi-mimpi yang hadir. Kekasih yang ditinggalkan tetap berjanji akan membantu sedaya upaya lalu mereka berjanji untuk terus berhubung.

Tatkala penerima jantung melaksanakan mimpinya yang pertama iaitu bungy jumping, ia didatangi mimpi seorang anak kecil yang menangis kehausan dan kelaparan. Peluh dingin membasahi tubuhnya ketika terjaga dari mimpi tersebut. Pengalamannya itu diceritakan kepada kekasihnya dan terus menyokong usahanya, semoga dia akan bertemu dengan jawapan yang dicari. Perjalanannya makin jauh dan dia juga semakin penat sehingga berjanji pada diri bahawa Alaska (kalau tak silap saya) adalah destinasi terakhirnya. Ketika sampai dan mencari tempat penginapan dia bertemu dengan seorang lelaki separuh umur. Tidak tahu kenapa dan mengapa lelaki itu menarik perhatiannya lalu terus ditegur. Merenung wajah lelaki itu memang tidak silap lagi bahawa itulah wajah yang sering hadir dalam mimpinya tetapi merasa aneh kerana di dalam mimpinya adalah seorang muda. Dia terperanjat, ragu, curiga dan berbagai rasa hadir dalam waktu yang singkat namun dia telah bertekad untuk mencari jawapan pasti kepada semua ini. Mereka berkenalan dan oleh kerana wujud kemesraan dan keserasian di antara mereka, dia menceritakan pengalaman yang dilalui. Lelaki itu menjadi pendengar setia kepada cerita-ceritanya.

Suatu pagi lelaki tersebut mengajaknya datang kerumah untuk bersarapan bersama dengan keluarganya dan berkata ada sesuatu yang ingin ditunjukan. Pelawaan itu diterima dengan senang hati. Pertemuan dengan keluarga menambah pertanyaan dalam diri dan membuatnya rasa takut tiba-tiba. Wajah-wajah yang ada dihadapannya bagaikan segar berputaran seperti mimpi. Tatkala dia membuka mata, seorang lelaki berada disisinya dan bertanya apa yang berlaku dan kenapa dia boleh pengsan tiba-tiba. Dalam keadaan yang masih terperanjat, dia memerhati sekeliling membuatkan dirinya penuh dengan pertanyaan. Sekeliling bilik itu membawa berbagai perasaan sehingga matanya tertumpu kepada gambar seorang bayi. Lalu dia bertanya siapakah bayi tersebut? Pemuda itu menjawab bayi itu adalah anaknya yang kini berusia dua tahun.

Sejak dari itu bermula pula perjalanan baru dalam hidup penerima jantung, mengenali siapakah pendermanya dan mengenali siapakah dirinya sendiri sebelum dan sesudah pemindahan jantung. Di satu saat ada terdetik perasaan jatuh cinta kepada lelaki tersebut dan begitu sebaliknya, akan tetapi ia dikukuhkan dengan ayat perpisahan pemuda tersebut bahawa “andainya satu hari nanti kita bertemu kembali mungkin saya mampu untuk mencintai awak sebagai diri awak sendiri akan tetapi buat masa ini adalah tidak adil untuk saya merasakan cinta itu kerana apa yang awak lalui adalah impian-impian yang tidak kesampaian oleh isteri saya dahulu”. Isteri kepada pemuda tersebut adalah anak perempuan kepada lelaki yang ditemui sejak sampai di Alaska. Perpisahan terjadi di antara mereka dan juga akhirnya penerima jantung berpisah jua dengan kekasihnya kerana masing-masing harus dan mesti mencari jalan sendiri. Namun begitu mereka berjanji untuk terus menjadi sahabat suka dan duka”.

Itu adalah sebahagian dari kisah sebuah buku yang pernah saya baca bertahun dahuulu, tajuknya juga sudah saya lupa. Besar kemungkinan di waktu saya membaca cerita pemindahan jantung masih awal dan kajian mengenainya belum begitu meluas barangkali, akan tetapi penulis berjaya menanamkan unsur cinta, kekuatan diri, hubungan insan, pencarian diri dan meneruskan kehidupan dalam naskah ini. Naskah-naskah yang begini amat kurang dalam penerbitan kita. Dari pengamatan saya, penerbitan kita lebih cenderung kepada tema cinta pasangan kekasih dan yang berlaku di sekitar mereka. Jarang benar kita membawa cinta pasangan kekasih ini kepada corak kehidupan yang lebih besar. Kita masih lagi dibelenggu dengan cerita mainan perasaan yang membuat kita tersenyum simpul seorang diri di hadapan tv serta yang membuai perasaan. Amat jarang dapat saya menonton naskah cerita kita yang akan saya katakan…”yes…i would like or i want to be like him/her. how can I achieve it? Naskah-naskah membuai perasaan ini lama kelamaan akan menjadi stagnant dan hambar. Mengikutinya tidak akan melalaikan akan tetapi risiko melalaikan itu tetap ada.

Sesebuah cerita diolah oleh penulis skrip, pengarah dan penerbit seperti masakan. Apabila masakan kita cukup asam, garam, rempah ratus dan ditambah pula dengan ajinomoto sebagai penyedap rasa, pasti selera makan pun terbuka. Begitulah juga penonton terbuai oleh petikan gitar Ammar serta nyanyian Ammar untuk Nadira. Buaian perasaan ini membuatkan kita lupa ianya sebuah cerita yang direka, lalu ada yang menganggapnya sebagai cinta suci. Di manakah sucinya? Nadira yang masih tidak pasti dan Ammar yang masih tercari-cari kebenaran diri sendiri. Adakah ini dianggap sebagai cinta suci dan sejati apabila nafsu menguasai AKAL? Apapun sekalung tahniah buat team Dejavu di Kinabalu kerana telah berjaya membawa penonton ke dalam cerita tersebut dan ia menjadi satu kejayaan. Lumrah kehidupan tidak mungkin begitu mudah rasanya. Sewaktu memperkatakan soal hati dan cinta, kita sering lupa pada satu kurniaan yang di namakan AKAL. Tatkala AKAL hadir maka dengan sendirinya terbentuk satu perasaan yang mungkin bergolak dan akhirnya menjadi kronik apabila perasaan bersalah menguasai diri.

Ini amat berbeza dengan perwatakan Adam, Nur dan Katrina. Adam mencari dirinya dan jawapan yang Adam terima adalah Nur, isteri yang dinikahi akan tetapi ditinggalkan dan diabaikan. Dalam pada kekusutan fikiran dan keadaan terhimpit Adam tetap menjaga Katrina, walaupun penonton sudah sedia maklum cinta Adam kepada Katrina telah tiada. Yang tinggal hanyalah simpati dan kenangan yang pernah mereka lalui. Adam memenuhi tanggungjawab itu walaupun ada ketika Adam mengabaikan Katrina apabila dimasukan ke pusat pemulihan. Kali ini Adam tidak menentu. Adam berbohong kepada semua orang termasuk dirinya. Jiwa Adam masih lagi bergolak sepanjang masa sehingga dia berhadapan dengan kebenaran. Kebenaran yang Adam terima amatlah pahit apabila Nur dan Katrina meninggalkan dirinya. Senang cakap “padan muka” kerana yang dikendong tak dapat yang dipegang berciciran. Akan tetapi proses yang dilalui oleh Adam membawa kita berfikir kembali kepada hubungan insan yang lain. Adam ada Aidil yang tidak jemu-jemu membimbingnya, ada ibu yang amat memahami dan dalam pada itu Adam tidak pernah berputus asa dalam usahanya untuk mendapatkan kembali kasih Nur. Cara Adam kali ini amat berlainan. Adam meneruskan kehidupan dan mengenali cinta yang ada di sekelilingnya dengan bantuan Aidil dan sokongan ibunya. On the other hand, Nur yang dilengkapi dengan segala ajaran agama, seorang wanita yang tabah dan kuat, kecundang jua akhirnya apabila dugaan demi dugaan datang menghimpit. Di kali ini Nur kalah dengan kenyataan dirinya di madu. Kita pasti berkata hati wanita mana yang tidak punah kalau kasih yang baru berputik disimbah racun berbisa. Nur tidak mampu menghadapi gelombang perasaannya sendiri lalu dengan bantuan seorang kawan, Nur pergi membawa diri mencari erti cinta yang sebenarnya. Walaupun tindakan kawan Nur itu saya anggap tidak berapa sesuai, Nur tidak meninggalkan Adam tanpa berita. Setidak-tidaknya Nur meninggalkan sepucuk surat untuk Adam dan lafaz izin yang Adam berikan membuat kita menerima tindakan Nur.

Apa yang saya cuba tekankan disini berdasarkan pendapat garis panduan Islam itu tadi dan juga pendapat ramai, pada saya garis panduan itu memang sedia ada dan ramai antara kita yang tahu akan kehadirannya sejak azali lagi. Namun dalam realiti kehidupan kita perlukan guru, adanya kasih sayang dan adanya tunjuk ajar yang berterusan supaya kita tidak alpa dalam kehidupan. Seorang guru pernah bertanya, kenapakah kita perlu mendirikan solat? Semua orang tahu solat itu wajib bagi umat Islam, buat dapat pahala tak buat berdosa. Jarang benar kita diajar dan diasuh kenapa dan mengapa perlunya kita melakukan sesuatu perkara, lalu kita hidup dalam keadaan hanya berpegang pada “buat dapat pahala tak buat dapat dosa”. Dari sudut pemikiran ia menjadi “condition” kepada kita lalu membuatkan kita seperti robot apabila berhadapan dengan isu-isu yang bersangkut paut dengan tuntutan hak, hati dan perasaan. Dalam erti kata lain, kita menerima keadaan seadanya. Islam tidak mengajarkan kita begitu. Sebagai manusia kita mesti ada sifat mendengar dan mengalah. Mengalah bukan bererti kalah, cuma memberi peluang pihak yang satu lagi untuk berfikir dan mencari jawapan kepada apa yang berlaku. Andainya kita tidak mampu menjadi pendengar, bagaimanakah mungkin kita dapat mengetahui isihati sebelah pihak lagi dan bagaimanakah mungkin kita mengharapkan pihak yang satu lagi untuk mendengar luahan hati kita dan keluh kesah yang ada.

Sebagai contoh apabila berlaku pertengkaran suami isteri ataupun pasangan kekasih dan adik beradik misalnya, kalau semua nak tinggikan suara, siapa yang hendak mendengar? Apabila sudah ada pihak yang mengalah dan juga mendengar, akan tetapi keadaan masih tegang juga, masih ada option yang boleh digunakan. Khidmat runding cara yang terdiri dari ahli keluarga di dahulukan dan kalau gagal juga lagi perkara itu kita bawa kepada pihak yang mahir dalam hal-hal syariah dan akhirnya barulah perceraian. Apabila kita melihat dari susun atur tersebut bahawa semuanya memang telah tertulis dan yang sepatutnya tiada lagi dakwa dakwi, cuma yang menjadi perdebatan sekarang ini adalah orang-orang yang terlibat dan sejauh mana akal, hati serta fikiran mereka dapat meresap ke dalam panduan itu tadi. Garis panduan ini telah termaktub dalam sebuah kitab bernama Al-Quran yang ramai membacanya setiap hari, akan tetapi begitu sedikit yang faham isi kandungnya. Khatam juga boleh berkali-kali namun keindahan pasti hadir apabila kita mampu memahami dan menitiskan airmata tatkala menyebut kalimah-kalimah suci ini.

Kita juga tidak boleh terus dibendung oleh perasaan terhutang budi, kasihan dan tanggungjawab semata-mata. Walaupun perceraian amatlah perit terutama bagi anak-anak akan tetapi tanggungjawab seorang ayah kepada anak-anaknya tidak boleh diabaikan begitu juga tanggungjawab seorang ibu. Pastinya di sini akan timbul soalan “ it is easier said than done”, oleh kerana itulah kita kena berbalik kepada AKAL (silalah renung-renung sejenak article yang saya petik dari “http://perjuangan4ever.blogspot.com/2011/04/kelebihan-dan-fungsi-akal.html”) yang dikepilkan di bawah ini.

Terlalu banyak yang ingin saya luahkan berdasar jalan cerita dan watak yang boleh dibawa ke alam nyata sebagai contoh dan panduan, akan tetapi topic ini adalah topic yang subjectif untuk dikupas dengan panjang lebar, kecuali kita berada di discussion board. Kehidupan bukanlah sesuatu yang static oleh itu sejauh mana kita ingin melangkah dan sejauh mana kita merancang kehidupan ini, pasti satu hari dan suatu masa akan ada seseorang yang hadir dalam hidup kita, dan juga kejadian yang akan mengubah pendirian kita, sama ada baik ataupun buruk. Di alam percintaan dan hubungan berkasih pula, seorang kenalah berusaha menjadi warna-warna crayon yang bakal memberi warna kehidupan dan seorang lagi berusaha menjadi matahari dan bulan yang akan memberi sinar kepada alamnya. Bak kata Adam kepada Nur bezanya mereka bagaikan langit dan bumi lalu Nur mengingatkan bahawa langit dan bumi saling memerlukan dan saling melengkapi. Oleh itu tiada akan ada dua manusia yang serupa dibumi ini, setiap dari kita Allah berikan kelebihan dan kekurangan untuk kita mencari erti dalam kehidupan. Melepaskan sesuatu yang kita kasihi bukan bermakna mengaku kalah akan tetapi ia adalah tanda untuk meneruskan kehidupan. Ia bukan sesekali keputusan yang mudah namun ia menguji tahap kesabaran, keteguhan dan redha dalam hati setiap insan.

Saya berpegang pada prinsip terus mencuba dan tetap bersyukur dengan apa yang kita ada, walaupun begitu terus memperbaiki kelemahan yang ada di dalam diri. Kasih dan sayang ibarat sebatang pokok, untuk melihat buah yang lebat, enak dan tidak berulat, perlulah kita taburkan baja, disiram setiap hari dan disembur racun serangga. Tidak pernah kita marah kepada pokok andainya tidak berbuah lebat dan buah dimakan ulat. Kita pasti kata, musim panas air tak cukup, baja pun tak ada, tak pernah sembur racun macam mana pokok nak sihat dan berbuah lebat. Dengan sedikit usaha dan berbekalkan keyakinan kita mula menjaga pokok tersebut dengan harapan ia akan berbuah lebat dan buahnya sihat di musim akan datang. Andaikata apabila semua itu telah kita buat, pokok tidak juga berbuah lebat, kita tertanya-tanya dan bercakap juga dengan pokok “kenapalah kau ni pokok, dah penat aku siram, dah penat aku bubuh baja, kau macam tu juga”. Tup-tup tanpa disangka satu pagi kita akan nampak putik-putik mula tumbuh ataupun tunas bunga yang keluar. Believed and trust me, siapa peminat orchid pasti percaya petua ini kan? Cuba alihkan pandangan itu kepada diri kita manusia yang dilengkapi oleh segala deria; dari rasa, bau, lihat, sentuh dan dengar dan yang paling berharga adalah AKAL

Allah telah mengurniakan segalanya kepada kita dengan melimpah ruah…hargailah ia sebelum segalanya Allah ambil kembali.

A thought by : Sanaa 10/07/12

*****

Deria Seorang Usahawan

Perkataan “usahawan” semakin banyak dan hangat diperkatakan sekarang. Jangan disebabkan anda berjaya membina perniagaan anda sendiri bermaksud anda adalah
seorang usahawan. Maaf, jika apa yang saya katakan ini menyinggung perasaan anda.

Usahawan mempunyai “mindset” yang berbeza jika dibandingkan dengan orang lain. Usahawan akan melakukan perkara yang tidak terjangkau oleh pemikiran orang lain dan menghabiskan setiap kerja yang mereka mulakan.

Di sini, saya telah menyenaraikan apa yang saya panggil sebagai 5 Deria Ciri-Ciri Seorang Usahawan berbanding orang biasa. Seperti yang kita ketahui, manusia mempunyai 5 jenis deria iaitu deria bau, rasa, pendengaran, sentuh dan penglihatan. Usahawan juga mempunyai kelima-lima deria ini, tetapi ia berbeza sama sekali.

Di bawah menceritakan bagaimana kelima-lima deria ini digunakan oleh usahawan:

BAU

Seorang usahawan boleh menghidu kejayaan daripada jauh lagi. Mereka boleh menghidu kejayaan walaupun belum pernah mengalaminya. Kemanisan menghidu kejayaan ini membolehkan mereka terus bergerak untuk mencapai matlamat mereka. Seseorang usahawan bukan sahaja boleh menghidu kejayaan malah mereka juga boleh menghidu risiko yang bakal dialami. Saya tidak mengatakan bahawa semua penyelesaian dan kejayaan berada dalam genggaman mereka, cuma apabila mereka menggunakan pengalaman-pengalaman yang mereka ada, mereka dengan pantas dapat menghidu apa yang bakal berlaku. Ini merupakan deria yang paling penting dalam keusahawanan. Jika sesuatu peluang itu tidak mendatangkan keuntungan yang besar, seseorang usahawan itu biasanya akan membiarkan ia pergi begitu sahaja.

RASA

Seseorang usahawan dapat merasai kejayaan dalam setiap apa yang mereka lakukan. Mereka tidak peduli akan kepahitan yang sedang dialami sekarang kerana mereka
tahu akan rasa kemanisan kejayaan yang bakal diperolehi di kemudian hari. Walaupun mereka rasa ada sesuatu yang tidak betul, sama ada mereka tersalah dalam membuat keputusan ataupun perbincangan tidak berjalan lancar, mereka tidak akan cepat berputus asa malah akan terus berjuang sehingga berjaya. Sama seperti kita di waktu kecil dahulu, kita dipaksa untuk memakan sayur-sayuran walaupun kita tidak suka memakannya.Setelah kita meningkat dewasa, kita boleh memilih apa yang kita mahukan di pinggan kita, betul tak? Begitu juga seorang usahawan. Mereka mesti melalui saat-saat getir dan kepayahan seperti orang lain sebelum mereka berjaya.

PENDENGARAN

Melalui telinga, ia menerima banyak gelombang bunyi dan memproses isyarat tersebut kepada sesuatu yang boleh difahami oleh akal kita. Kita semua mendengar pelbagai maklumbalas yang berbeza, pelbagai peluang perniagaan dan potensi urusniaga dalam kehidupan kita. Apa yang membezakan diantara usahawan dengan yang lain ialah mereka akan mentafsir informasi yang diperolehi dan bertindak. Usahawan juga memiliki kemampuan untuk menghalang informasi negatif daripada didengari oleh telinga mereka. Usahawan bukanlah mereka yang membiarkan perkara atau informasi yang negatif menguasai diri dan seterusnya tindakan mereka. Mereka lebih suka untuk memilih apa yang mereka mahu dengar. Mereka tahu apa yang mereka hendak dengar dan mereka tahu bagaimana bunyinya sesuatu kejayaan.

SENTUHAN

Sebagai seorang usahawan, mereka tidak akan mudah berputus asa sehingga berjaya menggapai apa yang mereka mahukan. Pada satu ketika, ia memakan masa yang agak lama dan ada yang mengambil masa yang singkat sahaja. Tidak semua yang usahawan lakukan akan mendatangkan hasil. Apa yang ingin diperkatakan disini ialah mereka tahu akan perasaan yang mereka mahukan selepas beroleh kejayaan. Mereka juga tahu bila dan tahap mana mereka perlu bekerja keras.

PENGLIHATAN

Usahawan boleh melihat sesuatu yang peniaga biasa tidak boleh. Maksudnya, mereka boleh melihat potensi sekecil-kecil sesuatu benda, sama ada ia merupakan tren baru atau melakukan sesuatu yang berlainan. Hasilnya, mereka mendapat pulangan yang banyak berbanding oran lain di sekeliling mereka. usahawan juga mempunyai pandangan yang jauh untuk melihat halangan dan masalah yang kebiasaannya menjadi titik noktah bagi peniaga biasa yang lain. Mereka tidak berapa hebat dalam perkara-perkara yang berlaku di hadapan mata mereka, perkara-perkara seharian kerana mereka sudah memikirkan sesuatu perkara dengan lebih jauh. Ya, anda boleh katakan usahawan sentiasa peka, dan apabila mereka fokus pada sesuatu, mereka akan melihat sehingga ke penghujungnya. Apa yang mereka nampak,
mereka akan terus lakukannya agar tidak menimbulkan kebimbangan, keraguan dan seterusnya kehilangan momentum.

Seperti yang anda dapat lihat di atas, terdapat banyak faktor yang membezakan di antara seorang usahawan dengan peniaga biasa. Jadi, adakah anda tergolong di
dalam golongan usahawan atau pemilik perniagaan biasa?

Renung-renungkan!

Artikel dipetik dari : http://www.wangcyber.com/forum/motivasi-and-inspirasi/14252-5-deria-seorang-usahawan.html

*****

Imam Ghazali di dalam kitabnya ‘Ihya Ulumuddin’, mendefinisikan akal sebagai sumber ilmu, tempat timbul, dan sendi ilmu. Ilmu itu berlaku daripada akal sebagaimana berlakunya buah-buahan daripada pohon kayu, sinar dari matahari dan penglihatan daripada mata. Akal juga sering ditakrifkan sebagai alat perubahan berfikir, menimbang buruk baik, atau merasakan segala perubahan keadaan, sehingga dapat mengambil manfaat daripadanya. Tegasnya, akal ialah nur (cahaya) yang dibekalkan oleh Tuhan kepada manusia.

Akal ialah satu senjata atau kekuatan pemberian Allah yang amat berharga kepada setiap insan. Antara seluruh makhluk ciptaan Allah, manusialah golongan yang paling sempurna, terindah, terbaik, serta terhormat sekalipun manusia bukan makhluk yang terbesar atau tertinggi. Hal ini diterangkan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaan.” (Surah At-Tiin, ayat 4)

Dengan dibantu oleh pancaindera yang lima, akal dapat membezakan antara hitam dan putih, tinggi dan rendah, buruk dan baik, merugikan dan menguntungkan, yang merosak atau membaiki, dan sebagainya. Bahkan, dengan akal itu manusia telah berjaya mencipta alat-alat moden yang mengagumkan.

Fungsi

Fungsi utama akal adalah untuk mengenal Tuhan-Nya, memerhatikan segala kekuasaan-Nya, melihat segala keindahan alam serta kebesaran kudrat-Nya supaya dapat menyingkap perkara yang tersembunyi di sebalik rahsia-rahsia itu. Fungsi ini selaras dengan penegasan yang pernah dibuat oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Akal itu terbahagi kepada tiga bahagian, sebahagian untuk mengenal Allah, sebahagian untuk taat kepada Allah, dan sebahagian lagi untuk sabar (dapat menahan hati) daripada maksiat akan Allah”.

Dalam ajaran Islam, mempergunakan akal, menakluk alam, atau menyelidik segala perkara, bukanlah tujuan kepada perkara itu sahaja tetapi supaya kita ingat bahawa di sebalik perkara yang terlihat itu ada kuasa yang ghaib. Di sebalik hidup sekarang ada lagi suatu kehidupan yang lebih kekal. Rasulullah s.a.w. juga pernah mengingatkan manusia supaya menggunakan akal dan fikiran seperti dalam sabdanya yang bermaksud:

“Wahai manusia! Gunakanlah akal untuk mengenal Tuhanmu! Nasihat-menasihatilah dengan menggunakan akal, nescaya kamu ketahui perkara yang diperintahkan kepadamu dan perkara yang dilarang. Ketahuilah bahawa akal itu menolong kamu di sisi Tuhan mu. Ketahuilah bahawa orang yang berakal ialah orang yang mentaati Allah. Meskipun mukanya cantik, dia orang besar, kedudukannya mulia, bentuknya bagus, lancar dan pandai berbicara, beruk dan khinzir lebih berakal di sisi Allah daripada orang yang menderhakai-Nya”.

Al-Quran sentiasa menyeru kaum Muslimin supaya berfikir dan merenung. Seruan ini terdapat di dalam kebanyakan surah. Lapangan yang paling bagus yang boleh diteroka oleh akal manusia ialah kejadian langit dan bumi. Lapangan inilah yang sering disuruh kita memikirkannya. Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan pertukaran malam dan siang menjadi keterangan bagi orang yang mengerti, yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk, ketika berbaring, dan memikirkan tentang kejadian langit dan bumi”. (Surah Al-Imran, ayat 190-191).

Nikmat

Sebenarnya, akal ialah sebesar-besar nikmat dan kurnia yang diberikan Tuhan kepada manusia kerana akal itu akan melindungi dan memeliharanya daripada segala bahaya dan mala petaka yang akan mencelakakannya. Dengan akal, manusia akan takut kebesaran Allah, lalu menahan jiwanya daripada menurut nafsu, sehingga dia dijanjikan tempat di syurga.

Tetapi jika jiwanya dikuasai oleh keinginan yang jahat sehingga pemikirannya dibelit oleh telunjuk nafsu dan syahwat, maka sesungguhnya tempat yang disediakan untuknya ialah neraka Jahanam. Allah telah mengancam akan menyeksa mereka yang lalai dan tidak menggunakan pemikiran untuk mengenal Tuhan dan melihat kekuasan-Nya, lalu dia sesat dan terjerumus dalam pelbagai kesalahan dengan pilihannya sendiri.

Hal ini disebabkan ilmu yang paling tinggi ialah mengenal Tuhan dengan sebenar-benarnya membawa kepada tahap keyakinan yang disebut sebagai haqq al-yaqin. Tetapi tidak ramai orang yang menyedarinya, malah bertindak membelakangi jalan yang selamat dengan memandang ringan nikmat akal yang dikurniakan oleh Tuhan kepadanya. Dia lebih suka tinggal dalam kejahilan. Sehubungan itu, Allah berfirman yang bermaksud:

“Kami beri mereka telinga, mata, dan hati tetapi telinga, mata, dan hati mereka itu tiada berguna kepada mereka barang sedikit pun.” (Surah Al-Ahqaf, 26)

Allah s.w.t. telah membezakan antara seorang pemikir yang menggunakan fikirannya untuk berfikir dan meneliti dengan seorang yang lalai dan bodoh yang mengetahui dan memerhatikan.

Yang pertama, Tuhan menyifatkannya sebagai seorang yang celik dan yang kedua sebagai seorang yang buta, lalu Allah telah berfirman yang bermaksud:

“Katakanlah, adakah sama si buta dengan si celik, tidaklah kamu mahu berfikir.” (Surah-Al- An’am, 50).

Alangkah tepat sekali diskripsi terhadap orang yang berfikir iaitu sebagai seorang yang celik dan melihat segala sesuatu dengan penuh pengertian. Justeru, dapat dikatakan bahawa pemikiran ialah jalan untuk mencari kefahaman, penelitian dan kesahihan. Tuntutan Allah s.w.t. supaya ilmu dan fikiran manusia diintegrasikan dengan keimanan terhadap Allah s.w.t. supaya membolehkan orang yang berilmu, ahli sarjana, pemikir, ahli sains, cendekiawan, ilmuwan, dan ulama membangunkan masyarakat serta alam sekitarnya sebagai usaha pengabdiannya kepada Allah s.w.t.

Setelah kita mengetahui kepentingan dan kedudukan fungsi akal, maka menjadi tanggungjawab setiap insan untuk memelihara akal itu. Agama Islam menyuruh umatnya menjauhi dan meninggalkan segala makanan, minuman, dan perbuatan yang boleh merosakkan akal. Islam melarang keras umatnya meminum minuman yang memabukkan dan makan makanan yang merosakkan kesihatan. Islam telah menerangkan cara seharusnya mengunakan waktu supaya tidak menyalahi tabii hidupnya.

Hal ini kerana, orang yang menggunakan waktu bukan pada tempatnya akan merosakkan akal fikirannya seperti orang yang selalu berjaga malam atau banyak tidur pada waktu siang. Kesimpulannya, Allah telah meletakkan akal itu di tempat yang mulia dan mengingatkan manusia supaya tidak berbuat sesuatu, melainkan perkara-perkara yang mendatangkan manfaat. Rasulullah sendiri pernah bertanya kepada Jibrail a.s.:

“Apakah yang mulia? Jibrail a.s.s menjawab: “Akal”. Oleh sebab itu, marilah kita sama-sama menjaga kelebihan dan fungsi akal sebagai tanda orang yang bersyukur terhadap nikmat-Nya.

Artikel adalah sumbangan dari : http://perjuangan4ever.blogspot.com/2011/04/kelebihan-dan-fungsi-akal.html”)

Compiled by : Sanaa 10/7/12

*****

Note: Kepada sesiapa yang ingin melegakan ketegangan di hujung minggu dan menambah ketegangan juga, di bawah ini ada beberapa cerita yang menarik. Tak perlu fikir dan tak perlu kaji. Tengok, senyum, ketawa lepas tu tutup tv tido…hehehe. Happy Weekend semua.

Watch Lion King for strong character in animation movie. (Got the opportunity watching the making and how the team develop all the characters, while Sir Elton John playing the piano for the music).

Watch Harry Potter for genius of imagination in the wizard world.

For relaxation and light drama watch a simple romantic comedy such as Before Sunrise, Before Sunset, Wedding Date, What a Girl Want etc and find the message behind it.

For a good laugh watch Mr Bean with his bear. His loved towards his bear is undeniable.

Watch Narnia for human relationship and imaginary world.

Want to cry with the character? Read Nicholas Spark..”A Walk to Remember” and watched the movie of the same title.

Need something real and horror? Watch our local production…”Kekasih ku seru” dan “Waris”.

Ingin menonton cerita yang selalunya terjadi di alam nyata…tontonlah “Bukan Bidadari”

Heavy movies…watch Michael Scorsese. “The Departed”, “The Aviator”, “Hugo” to name a few.

A good reading and excellent movie adaptation…”The Godfather”

Tontonlah filem CINTA untuk mengetahui 4 cinta di dalamnya dan salah satu cinta yang berkecai adalah kisah sepasang suami isteri. Sang suami amat menyayangi isterinya lalu menyimpan angan dan cita-cita untuk mendirikan mahligai idaman. Mahligai tersebut meruntuhkan mahligai yang telah sedia terbina oleh kerana impian dan cita-cita itu tidak dikongsi bersama. Si isteri menemui kembali kekasih lama, lalu perceraian yang diminta. Anak memohon dan merayu sang bapa untuk melepaskan ibunya pergi kerana CINTA yang masih kukuh di hati.

Cari hobby baru and challenge ourselves towards it…

A friend says…Marriage is all about hard work. You need to work hard to keep the spark going. Is this true?

The list will go on with no doubt….

Sanaa 12/7/12

6 Responses

  1. Salam…

    Saya terpanggil utk mengulas sedikit berkenaan ‘rasa’. Wlupun komen saye di FB dijadikan sbg salah satu isi perbincangan di entri ini, tapi saya xkan ulas lanjut. Penulis seharusnya ulas sahaja di medan yg sama saya post komen tersebut supaya saya boleh balas di situ juga & barangkali Tiz juga boleh mengutarakan pendapat beliau.

    Ok, berbalik soal rasa. Saya nak bawak balik memori kita pada Nur dlm NK memandangkan setiap kali pun pasti ada terselit kisah NK dlm ulasan penulis. Nur diminta utk berkawin dgn anak Ustaz Hasan wlupn tanpa kerelaan. Sangkaan Nur Aidil yg hendak dijodohkan dgn dirinya. Lalu Nur berusaha bertemu Aidil supaya membatalkan pinangan, tp aidil mjwb pinangan itu utk Adam & mbuatkan Nur tergamam. Sementelah dpt tau Adam yg bakal jd suaminya, Nur berusaha bjumpa Adam pula tapi bkn utk meminta Adam membatalkan pinangan, hanya sekadar ingin bckp dgn bakal suaminya sebelum mereka dinikahkan. Wlupn pertemuan pertama itu menyakitkn hati Nur dgn sikap Adam yg agak kurang ajar, tp Nur x berusaha pn utk membatalkan perkahwinan tersebut. KENAPA? Sbb dlm diam dah lama Nur menaruh hati pd Adam sejak kecil lagi. RASA yg dh lama disimpan, akhirnya bakal mjadi kenyataan lalu Nur yg pd awalnya bersemangat nk meneruskan pelajaran akhirnya pasrah dirinya jd isteri kpd Adam pd usia muda. Kelihatan spt pasrah tp sbnrnya rela krn Adam yg dicintai sekian lama akhirnya bakal mjadi suami. Klulah Aidil yg mjadi calon suaminya, saya percaya pasti Nur akn terus berjuang mbatalkan pernikahan tersebut. Kerana RASA cinta yg masih ada itu jugalah Nur akhirnya dgn agak mudah ‘cair’ kembali dgn Adam wlupn sebelum ini sakit hati setelah ditinggal bertahun2. Sehinggakan kawannya Nabila merasa hairan dgn perubahan pendirian Nur lalu menasihatkan Nur supaya berhati2 mbuat keputusan kali ini.
    Kesimpulan di sini, dlm pada Nur dilihat sbg anak yg taat pd ibu bapa krn rela dikahwinkan pd usia muda, hakikatnya keputusan Nur secara tersiratnya didorong oleh RASA cinta yg telah terpendam sekian lama utk Adam.

    Menyentuh pd Nadira & Ammar. Sy tak setuju klu mereka dikatakan membelakangkan ibu bapa. Kelihatan spt selfish krn mementingkan perasaan cinta mereka yg baru berputik TAPI mereka cuba jugak utk mendapatkan restu mak ayah mereka. Bak kata Nadira, selagi ayah x restu, hati Dira tak tenang. Itulah perjuangan cinta mereka. Mereka berjuang demi rasa cinta mereka, pada masa yg sama berjuang supaya cinta mereka direstui ibu bapa. Penulis menggambarkan klu watak spt Ammar, Nadira & Bazli di bawa ke alam realiti, pasti ‘hancus’ krn ikut perasaan. Ammar & Nadira tak mampu menolak RASA, pada masa yg sama AKAL mereka meminta mereka mendapatkan restu mak ayah & mereka tak lupa memanjatkan doa memohon petunjuk Allah. Klu mmg jodoh mereka, satukan dgn baik, jika bukan, pisahkan dgn kasih sayang. Apa yg salah sgt di situ? Klu lah mereka nak menurut rasa sgt, nescaya mereka terus kawin lari. Dan lagi satu, tak perlu bawa watak2 mereka ke alam realiti kerana ape yg dipaparkan dlm DDK adalah apa yg sering terjadi di alam realiti dan Erma membawanya ke dlm DDK. In reality, dlm sehari…berapa ramai yg putus cinta, putus tunang, bercerai for so many reasons?

    Tanpa perlu mengulas pjg soal logik, relevan, scene patut tak patut…. saya suka tgk Dejavu sbb saya suka dgn kisah cintanya. Saya nak tgk mcm mana 2 insan yg saling jatuh cinta dlm keadaan yg tak ‘conducive’ memperjuangkan cinta mereka dan berurusan dengan orang2 sekeliling yang dah dilukai. Adakah mereka akan berjuang di atas landasan yang betul atau akhirnya mereka akan tersasar dan lebih mementingkan perasaan sendiri? AS SIMPLE AS THAT.

    Akhir kata, apa yang saya tulis di sini bukan bermakna saya tidak menerima pandangan orang lain terhadap DDK. Setiap org pasti ada pandangan berbeza. Pandangan saya terhadap DDK pn mgkin akan berubah sbb masih ada 11 episod lagi. Apepun, saya di sini hanya mengutarakan pendapat saya, so hopefully jgnlah ada yg tersalah anggap dgn pendapat saya. Wassalam.

    Yang mengaku terbuai tapi insya-Allah tak lalai,
    Lia Sakinah

    • Wassalam Lia

      Terima kasih di atas ulasan dan pandangan yang diberikan.

      Bagi saya apa saya pendapat yg diutarakan oleh pembaca, penonton dan juga peminat drama bersiri Nur Kasih dan kini aura yg sama ingin diperolehi dlm DDK menjadi panduan dan bantuan utk saya melihat sebuah cereka diadun dan diolah.

      Oleh sebab itu saya akhiri artikel DERIA dgn berkata “walaupun sejauh mana kita merancang kehidupan pasti ada satu hari satu masa dan satu kejadian yang akan mengubah hidup kita sama ada baik ataupun buruk”. Perbincangan juga adalah sesuatu yang ‘SUBJECTIVE’ yg sepatutnya memberi kita peluang berfikir dan menilai sesuatu keadaan dan juga kehadiran seseorang dalam hidup kita. Saya menenuinya melalui blog ini yg sebelumnya bermula di pelantar Nur Kasih. Janganlah terlalu bimbang ketika mengutarakan pendapat, pandangan ataupun kritik. Saya lebih berharap kepada kritik yg membina bkn menghentam tapi tiada panduan/pendapat yg diberikan.

      Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala pendapat dan pandangan, Insha’Allah segala yg tertulis ada nilainya buat saya sendiri dan mungkin kepada pembaca yg lain.

      Have a good day and take care

      Sanaa

  2. Salam Sanaa,

    Lama tidak meninggalkan komen di sini. Tapi, setelah membaca artikel ini, hati saya terpanggil untuk berkongsi pendapat. Boleh kan?

    Iya…saya menonton Dejavu Di Kinabalu. Faktor utama saya menonton drama ini tentulah sebab Tiz Zaqyah. Ramai yang menganggap drama ini adalah adaptasi drama dari Korea, Summer Scent. Saya tidak mengikuti siri tersebut, tetapi ramai yang mengatakan jalan ceritanya hampir 70% sama. Lalu terbit sedikit rasa kecewa dalam hati kerana ditulis skrip dan idea asal adalah dari Erma Fatima dan Zaiton Md Jiwa. Iya…mungkin kebetulan jalan ceritanya sama.

    Berbalik kepada DDK tadi, saya mungkin termasuk dalam golongan minoriti sebab saya langsung tidak terbuai dengan cinta Ammar & Nadira. Apatah lagi untuk merasai ‘sweet’nya hubungan mereka. Minggu pertama menonton, saya sudah merasa bosan. Terlalu banyak kebetulan. Dialog yang sama diulang-ulang. Mujurlah pemandangan indah Kundasang dan Gunung Kinabalu bisa menutupi segala kehambaran itu. Episod-episod seterusnya saya semakin mual. Drama ini terlalu mengagungkan cinta. Ibu bapa jatuh di tangga kedua. Biarlah ibu bapa terluka, janji kekasih hati bahagia. Maka saya tidak nampak di mana sucinya cinta Ammar & Nadira. Masing-masing mengikut kata hati, kalau tidak mereka akan lebih merana. Makanya, saya nampak setiap watak dalam cerita ini mementingkan diri sendiri dan bertindak ikut perasaan.

    Saya rindukan sebuah naskah hebat seperti Nur Kasih. 3 tahun berlalu, tetapi saya masih tidak jemu menontonnya. Saya bukan ingin membandingkan NK dan DDK. Tidak adil rasanya kerana kedua2nya adalah dari genre yang berbeza. Walaupun Nur Kasih bukanlah kisah cinta tetapi ia sarat dengan elemen cinta dan kasih sayang. Tak perlu dialog2 cinta yang berlebihan, tetapi ia cukup terkesan di hati. Cinta kepada Allah, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada isteri, cinta kepada adik/abang/kakak diadun dengan begitu indah. NKTM sedikit mengecewakan saya tetapi Nur Kasih tetap nombor satu di hati 

    Saya akan terus menonton DDK sebab saya mengagumi bakat lakonan yang ada pada Tiz Zaqyah. Saya menyokong beliau, makanya setiap hasil kerja beliau saya akan tonton.

    P/S : Bukan Bidadari memang memaparkan realiti kehidupan kini. Memang patut ditonton. Tak rugi.

    • Wassalam Azure

      Terima kasih kerana sudi berkongsi.

      Saya juga tidak menonton Summer Scent akan tetapi pada awalnya ramai telah meneka DDK dicedok dari Summer Scent bukan setakat 70% tapi hampir 90%. Minggu pertama ditayangkan mmg ramai yg teruja utk melihat cinta Ammar dan Nadira, akan tetapi tatkala saya mencari idea utk menulis saya terjumpa blog2 yg menulis berkenaan cerita ini dan yg paling mrk mualkan juga adalah dialog yg berulang2. Anda bukanlah org yg pertama memberi komen yg sebegitu, ramai lagi diluar sana dan juga teman2 saya berkata begitu. Di minggu kedua sudah ada yg berkata I’m done with DDK, kalau nak tengokpun hanya kerana Tiz.

      Kesan NKTS memang masih terasa dan bkn saja setakat peminat drama tersebut akan tetapi dari sudut pengarahan dan susulan babak ramai yang mahu mengikutinya. Masak-memasak, berkasih sayang. makan bersuap, kaki terseliuh, kena dukung menjadi igauan penerbit dan pengarah lain. Yg belum ada dan berkias cantik adalah babak “malam pertama” dan “minyak gamat”. Dua babak ini masih menjadi trademark NKTS. Cuma blm ada pengarah yg berani mengatakan keinginan mrk mahu menandingi NUR KASIH THE SERIES. Kemanisan yang tercipta dan dicipta untuk “Adam dan Nur” mahu sama dirasai dan dinikmati oleh drama2 lain DAN kenapa tatkala watak “Bazli” bertukar, ada peminat membandingkan jua dengan Nur Kasih. Ketika babak bertukar hati di antara Ammar dan Nadira juga masih ada peminat menggunakan contoh Adam. Ini saja sudah cukup untuk membuatkan kita merasa betapa kuatnya aura Nur Kasih.

      Besar kemungkinan ramai yang menganggap saya “bias” dlm DERIA kerana tidak terbuai oleh cinta Ammar dan Nadira namun ia adalah sesuatu yang subjective. Ketukan cinta Ammar dan Nadira tidak menyentuh hati saya kerana saya tetap merasakan bahawa “cinta” juga sama spt dengan “masakan”. Adunan cinta Ammar dan Nadira kekurangan perisa maka dengan sendirinya ia menjadi hambar di hati saya. Kekuatan yang saya cari tiada dlm adunan itu lalu dengan sendirinya NKTS menjadi rujukan bkn sekadar buaian perasaan “Adam dan Nur” ataupun di dalam realiti kini Remy dan Tiz.

      Sekali lagi terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat anda dan selamat menonton DDK.

      Salam

      Sanaa

  3. Askum tuan rumah.
    Sy terfikir, apa beza antara belenggu/keterbuaian org ramai terhadap drama DDK dgn diri tuan blog yang juga terbelenggu dan terbuai dgn percintaan Remy Ishak & Tiz Zaqyah hingga terhasilnya blog ini? Bukankah apa yg terhasil di dalam blog ini lebih kurang 70% drpdnya hasil drpd anganan/impian/keinginan yang boleh menjerumus kpd kelalaian? Apa bezanya buaian cinta Ammar&Nadira dgn Remy&Tiz? Bukankah reaksi sama yg diberikan oleh peminat (termasuk anda) bila melihat indahnya percintaan Remy & Tiz?
    So why do u have to be so skeptical towards people who adore the love of Ammar & Nadira just when you yourself do the same thing towards Remy & Tiz?

    • Waalaikomsalam,

      Terima kasih dengan pandangan yang anda berikan.

      Mungkin di luar sedar perkataan terbelenggu dan terbuai saya gunakan sehingga menimbulkan pertanyaan dari diri anda. Itulah bezanya barangkali kerana topic bicara di sini hanyalah Adam dan Nur serta Ammar dan Nadira. Berdetik dipermulaan kata blog ini sememangnya terbina atas buaian emosi Nur Kasih lalu dibuai oleh peminat2 yang ada namun disebalik buaian itu saya temui sesuatu dlm diri saya sendiri. Tidak akan sesekali saya nafikan hakikat itu.

      Buruk atau baik, bermutu atau tidak tulisan saya disini, saya temui kekuatan ketika buaian cinta Adam dan Nur. Apabila ilham tercetus rasa di alam realiti saya meletakan “Remy & Tiz” as my inspiration oleh kerana kekuatan yg ditunjukan di dalam drama bersiri Nur Kasih lalu di “matikan” oleh penulis dan penerbit dalam Nur Kasih The Movie. Belajar dan ingin terus belajar menulis ada kalanya saya perlu membayangkan sesuatu keadaan and Adam dan Nur sering menjadi rujukan saya ketika itu. Apabila percintaan Remy dan Tiz tercetus di alam nyata, tentulah bkn hanya kerana buaian cinta “Adam dan Nur” kerana di alam realiti mrk juga adalah manusia biasa yg akan mengharungi berbagai dugaan dan cabaran. I have admit about my obsession earlier and the focus of “Deria” adalah perbezaan yang lahir di antara pendapat2 yg ada semasa status fb Tiz tertulis.

      My personal point towards the article adalah “kekuatan” dan kerana kekuatan itu maka lahirlah blog ini sejak tahun 2009.

      Salam

      Sanaa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: