• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2012
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Sedapnyaaaa…kalau sejuk lagi best…

Salam buat teman-teman di sini dan pembaca budiman sekalian…

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana menemukan kita sekali lagi di bulan yang mulia lagi penuh keberkatan ini. Ramadhan Al Mubarak bersama kita kembali dan di waktu ini telah selesai umat Islam di Malaysia dan negara yang sewaktu dengannya menyempurnakan hari pertama di bulan ini.

Ketika merancang menu berbuka siang tadi, ada satu manisan yang menjadi kegemaran arwah nenek dan disambung pula kepada cucu-cucu yang ada dan cicit tidak ketinggalan juga. Sejak dahulu lagi tatkala berada di bulan puasa juadah ini mesti ada untuk kami nikmati bersama. Enak dan lazat serta senang juga membuatnya cuma bezanya kini tepung dibeli dalam paket, arwah nenek dulu beras pulut dikisar sendiri dengan lesung batu (seperti gambar di bawah). Pada mulanya beras pulut direndam hingga kembang lalu dikisar perlahan-lahan dan dititiskan air sedikit demi sedikit sewaktu mengisarnya. Selepas itu tepung ditapis dengan kain nipis (kain maslin…rupa kain maslin ini seakan-akan lampin bayi akan tetapi amatlah nipis) Selepas ditapis tepung tadi dicampurkan bersama santan dan sedikit garam lalu dimasak dengan perlahan. Di sinilah kesabaran diuji kerana silap sikit saja tepung akan bergentel ataupun kalau cara masak tak menepati rasanya nanti bagaikan tepung mentah. Sewaktu memasak daun pandan juga dimasukan sebagai pewangi.

Sebenarnya sejak dahulu saya tidak pernah punyai resipi ataupun sukatan tentang kuih ini, kerana yang ada hanyalah agak-agak sahaja mengikut pesanan yang nenek tinggalkan…kalau nak buat bubur ini ataupun kuih yang menggunakan tepung beras apabila jari dicelup kedalam adunan, tiada kesan yang tertinggal di jari. Itu bermakna apabila kuih masak nanti akan jadi lembut dan enak dimakan. Oleh kerana teringat sangat tentang bubur som-som ini tadi, puaslah juga mencari resipi untuk saya kongsikan bersama kawan-kawan dan pembaca sekalian. Sepanjang usia dewasa saya, ada juga orang yang belum pernah cuba membuat bubur som-som ini akan tetapi amat gemar memakannya. Sesetengah juga berkata ada orang buat keras jadi bila dimakan tak larut di mulut, maka hilanglah enaknya sebagai manisan dan pencuci mulut sewaktu berbuka ataupun di majlis jamuan teh.

The biggest challenge of this tradisional kuih/bubur adalah ketika memasaknya dan cantik berkilat selepas masak. Itulah sebabnya ramai orang sekarang tidak mahu mencuba walaupun enak dimakan. Lagi satu apabila membuat air gula untuk dimakan bersama dengan bubur som-som ini janganlah dibuat terlalu cair dan gunalah gula yang dinamakan gula melaka. Setahu saya melalui pengalaman gula melaka yang enak dan 90% asli hanya boleh didapati di Negeri Melaka sahaja. Dahulunya ketika melawat saudara mara jauh dan dekat dan kalau ada majlis keraian, mak selalu bawa gula melaka sebagai buah tangan dan dari komen yang ada saudara-mara memang suka bila mak datang bertandang. Mereka memang suka sangat terima buah tangan ini kerana gula yang mak bawak memang tak dapat di mana-mana walaupun tertulis “gula melaka” di bungkusan tersebut.

Oleh kerana kenangan datang menjengah tadi saya carikan resipi bubur som-som ini dan semoga dapat membantu kawan-kawan yang ingin membuat sendiri. Senangggg sangat dan enak dimakan bila sejuk…cubalah ya

Sanaa 21/7/12

*****

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
4 cawan santan
Secubit garam
1 helai daun pandan – simpulkan

Cara :
Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau di atas api yang perlahan sehingga mendidih. Masak hingga pekat dan berkilat hingga adunan meletup-letup. Pastikan dikacau sentiasa supaya adunan tidak berketul. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan. Sajikan bersama sirap gula melaka

Sirap gula melaka :-
500 g gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan – disimpul

Cara :

Masak gula melaka dan air hingga gula larut dan tapis. Sejukkan.

Note: Seperti saya katakan tadi dalam keluarga kuih ini adalah kuih agak-agak, tak ada resipi jadi resipi di atas adalah sebagai rujukan sahaja. Anyway selamat mencuba.

Gula Melaka

Lesung Batu

Bubur Som-som

Compiled by : Sanaa 21/7/12

Note: Gambar hanyalah sebagai hiasan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: