• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2012
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Petang Ini

Ramadhan hadir kembali
Bersyukur aku kepada Ilahi
Kerna memberi kesempatan ini

Petang ini
Ketika merah jingga mentari berlalu
Aku menjadi pemerhati pada awan
Yang bagaikan berlumba

Alangkah indahnya andai dapat ku tafsir
Gerak yang beralun
Memerhati setiap inci dunia
Bersama angin yang bertiup
Membuat dahan-dahan melambai tenang
Menggembirakan alam di sekelilingnya

Langit yang masih kebiruan
Mengundang sedih di hati
Amat menyentuh hingga hampir ada
Titis-titis kecil menjengah
Aku tahu apa yang tersembunyi
Di sekeping hati kecil ini
Kesayuan yang tidak terucap
Kehadiran yang tidak kembali

Cahaya jingga mentari mula hilang
Kini membuka ruang pada kesejukan
Terdengar juga kicauan burung
Memanggil anak-anak untuk pulang
Alunan itu sungguh merdu
Lalu aku mengukir senyuman
Begitu indahnya nikmat Tuhan

Saat aku masih berada
Di beranda itu
Langit kini mula bersendirian
Awan juga ingin pulang
Kerana malam bakal menjelang

Angin masih berhembus perlahan
Bola mataku masih lagi memerhati
Pergerakan awan di petang ini
Mencari erti pada sebuah perjalanan
Yang dikurniakan Tuhan

Lambaian dahan-dahan
Memahat beribu andaian
Menyimpan berbagai memori
Kerana apabila tiba masa
Lambaian itu juga akan terhenti

Di kejauhan beduk berbunyi
Laungan azan memanggil
Cukuplah aku menjadi pemerhati
Di petang ini

Ucapkan syukur kepada Ilahi
Jangan sesekali menyesali
Tawa dan tangis yang mengiringi
Adalah nikmat paling bererti

Owned and written by : Sanaa 26/7/12

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: