• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2012
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • Archives

Risik-risik Menjelang Raya

Video credit to : Azroypramlee via youtube

Suasana raya mula terbayang
Sibuknya bukan kepalang
Menyiapkan kuih sudah berbalang
Menengoknya juga hatipun girang

Anak-anak girang sekali
Tawa mereka menghibur hati
Siapa lagi menjadi penyeri
Kalau bukan mereka yang putih suci

Senyum Tok melihat cucu
Bermain berlari tak ingat letih lesu
Mari masuk..kita berehat dahulu
Panggil Tok…senyum meniti selalu

Malam hari berbuka puasa
Sehari dua bersama keluarga
Kampungku indah senantiasa
Pelita dipasang anak-anak gembira

Udara segar nyaman sekali
Tenang cuaca di subuh hari
Tak lama lagi datanglah Aidil Fitri
Sayu di hati datang kembali

Airmata mula bergenang
Ku sapu supaya tak terang
Teringat takbir sayu pun datang
Airmata ditahan jatuh berlinang

Tunggak keluarga kini telah tiada
Perginya jua belum lah lama
Namun ku urutkan dada
Supaya tidak diturut hati yang lara

Lalu ku bawa ingatan
Kepada sanak saudara juga kenalan
Berhari raya di perantauan
Amat jauh dari kampung halaman

Eiffel Tower terbayang kini
Apalah kabar kawanku Siti
Berada di sana mengikut suami
Pulang beraya belumlah pasti

Seorang teman di negara Kiwi
Katanya…buluh lemang boleh dicari
Betul ke Lia nak buat sendiri
Nak ku hantar jurugambar ni

Ketupat lemang hidangan pasti
Lia kata tak sama sedapnya di sini
Oleh kerana tiada keluarga disisi
Harapnya Lia tabah melalui

Kawanku Siti begitu juga
Setiap tahun berangan adanya
Untuk pulang bersama keluarga
Hajat tersimpan belum disempurna

Red di Brunei tentu gembira
Kerana asalnya orang sana
Cuma tidak pulang ke kampung sahaja
Kerana kedua orang tua telah tiada

Betulkan Red…itu yang Red beritahu
Pada San sedikit masa dahulu
Harapnya janganlah ada sedih dan sendu
Iringlah doa buat mereka selalu

Kabaran terbaru yang hamba terima
Rahman akan pulang berhari raya
Setelah empat tahun tidak bersua
Tahun ini Rahman amat gembira

Di kota London Rahman bekerja
Ditemani isteri bersama anak mereka
Seronok bekerja tanahair tidak dilupa
Tahun ini beruntung adanya

Teropong juga terus mencari
Kawan ku yang seorang ini
Jauh di utara duduk menyepi
Berbunyinya juga sesekali

Dodin oh Dodin di mana kamu
Lama sudah diam membisu
Ketupat palas jangan lupa untuk ku
Pagi raya teman datang menyerbu

Bunga api mercun sudah tersedia
Anak-anak saudara menunggu saja
Lampu hijau saat bermula
Kami yang tua turut serta

Apple dan Seh membisu jua
Sekali sekala ku terima berita
Adik-adik apa kabar adanya
Harapnya sihat sejahtera

Ummi dan Woody juga diam sahaja
Harapnya sihat sejahtera
Bersama keluarga dan kerjaya
Ke manakah agaknya pulang beraya?

Woody juga orang Melaka
Pastinya pulang ke kampung jua
Singahlah nanti ke teratak hamba
Bolehlah kita bersembang lama

Zoey tidak pernah hamba bertanya
Dari masa asal dan pulang ke mana
Apapun harapnya perjalanan sempurna
Berhati-hati ya dik di jalan raya

Salam buat Sup yang dikasihi
Lama juga sudah menghilangkan diri
Tentu sibuk dengan keluarga dan belajar lagi
Balik Penang ke Sup di tahun ini?

Mengimbau kenangan 3 tahun berlalu
Nur Kasih the series bermula cerita
Ramai yang ku kenal menghilang jua
Namun di hati ku kenang selalu

Menjelang aidilfitri salam ku hulurkan
Andainya nanti tidak berkesempatan
Oleh kerana perlu menyiapkan juadah hidangan
Begitu juga talian menjadi perebutan

Di akhir kata ampun dan maaf ku pinta
Kepada semua kenalan juga pembaca
Salah dan silap bicara kata
Sepanjang kita berada di alam maya

Coretan ku adalah isihati
Impian dan juga lakaran mimpi
Pasti ada terguris di sana sini
Maaf ku pinta sekali lagi

Hujan turun di petang hari
Bersama dengan sendu di hati
Aidilfitri kali ini lain sekali
Kekuatan ku pohon dari Ilahi

Sampai di sini pertemuan kita
Ketupat rendang tidak dilupa
Hati-hati kepada semua
Di jalan raya janganlah berlumba

P/S: Apa kabar Encik Atan kita
Lama jua tak dengar berita
Oleh kerana tiada rencana
Hendak diulas agaknya

Selamat Hari Raya hamba ucapkan
Kepada Encik Atan yang budiman
Sepuluh jari hamba susunkan
Memohon maaf di hari lebaran

Owned and written by : Sanaa 15/08/12

One Response

  1. teman ade ni haa kat sini..
    selamat hari raya San..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: