• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2012
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • Archives

Celoteh-celoteh

Sudah lama tidak berangan
Oleh kerana hati yang kelesuan
Bila senja muncul bayangan
Teringat hamba pasangan sepadan

Carpet dan teropong telah ku gilapkan
Namun hati masih jauh kesayuan
Hujung minggu berkunjung sakan
Terdengarlah juga cerita yang didambakan

Ditiup angin membawa sapaan
Pohon bergoyang dalam ketahuan
Tidak terlintas membuat tafsiran
Kerana segalanya telah hamba ceritakan

Suara angin berbisik lagi
Tulislah cerita cjolimoli
Walaupun panggilan hanya impi
Kisah mereka masih ingin diketahui

Setelah lama hasutan mendatang
Bulan terang bintang bertaburan
Dalam malam dibawa ke siang
Sang Pencerita masih tidak ketahuan

Ku dengar kisah gelombang
Yang katanya melanda pantai
Angin hilang ribut mendatang
Ku ajak carpet untuk mengintai

Walahai…panjang sudah kisah bermula
Membaca jua juling biji mata
Berbagai cerita andaian belaka
Mengutuk mengata tidak terkira

Dada ku urut sabarkan hati
Bola mataku berpinar lagi
Teman-teman mendesak kini
Apakah yang terjadi dengan cjolimoli

Bertenang bertenang adindaku
Janganlah mudah melayan speku
Istifar istifar setiap waktu
Izinkan diriku mengkaji terlebih dahulu

Tiada apa yang perlu dikaji
Semuanya sudah terbukti
Orang sibuk berkata sana sini
Cjolimoli berantakan berapi

Hahaha tawa pula datang menyinggah
Melihat temanku yang kian parah
Darah muda memang cepat menggelabah
Tercuit sedikit satu dunia nak dihebah

Biarlah mereka kata sang pencerita
Mereka yang bercinta kita melihat saja
Jangan dicampur urusan berdua
Nanti dikata menyibuk pula

Haih mana boleh terus begini
Kasih sayang kami tidak bertepi
Andai dapat dibantu nasihat diberi
Tolonglah kami rintihan didengari

Baiklah kalau begitu
Izinkan hamba menyelidik dahulu
Sekiranya bukti tidak ku temu
Diamku nanti jangan pula diragu

Lalu ku belek halaman demi halaman
Membaca segala luahan juga kutukan
Adalah nasihat yang diberikan
Nampaknya Dara ada memberi jawapan

Aduh ligat kepalaku di hari ini
Dek lamanya tidak skodeng cjolimoli
Sekadar membaca dibiarkan sepi
Kerana kuatnya mereka tidak diketahui

Curahan hati Teruna Dara
Itulah yang dikhuatiri oleh semua
Bagaikan gunung berapi muntah laharnya
Yang membaca turut sama kecewa

Belek membelek ku teruskan lagi
Setiap baris cuba ku fahami
Berhari-hari ligat mencari erti
Simbolik kata tertera setiap hari

Ada hari hamba ketawa
Ada juga ku urut dada
Nak terbalik rasanya dunia
Tatkala Teruna Dara meluah rasa

Lalu hamba bertemu janji
Nujum sakti yang dikenali
Telah lama tidak ditemui
Rasa terkejut berita diketahui

Hmmm…dulu lain sekarang berbeza
Dulu bercinta sekarang nak berumahtangga
Kalau tidak seia sekata
Susahnya diri dalam duka nestapa

Wahai nujum berilah hamba kefahaman
Apa yang susah dalam tanggungan
Betulkah bagai yang dikatakan
Teruna Dara kononnya berantakan

Wahai sang pemcerita yang dikasihi
Berantakan itu tiada dalam kamus diri
Selisih faham gaduh manja yang dilalui
Pasti kasih terus menebal di hati

Tidak percaya curiga syak wasangka
Tidak mungkin hilang dari manusia
Begitu juga Teruna Dara
Tatkala dugaan menerjah mereka

Hanya jujur kasih dan percaya
Mampu mengatasi masalah yang ada
Jangan dikhuatiri apa yang dibaca
Tuan hamba tentu tahu segala

Kalau ku tahu…pasti tidak ke sini
Geram marah berputik di hati
Pak Nujum memang selalu macam ni
Disuruhnya hamba mencari sendiri

Andai ku tahu ini jawapan diberi
Ada baiknya ku bertapa saja tadi
Lalu ku buka lembaran kembali
Agar terlerai kerisauan di hati

Belum pun habis hamba membaca
Deringan telefon menganggu adanya
Hah bagaimana siasatan sang pencerita
Pak Nujum pula berkata apa?

Belum selesai siasatan hamba
Pak Nujum kata mereka dulu bercinta
Sekarang ini hendak berumahtangga
Gaduh rajuk manja tu biasa saja

Pak Nujum itu mesti dusta
Mana mungkin hendak berumahtangga
Angin bertiup taufan melanda
Marah juga sudah berjela

Eh wah eh wah marah menyinga pula
Yang sibuk nak tahu tu untuk apa
Tatkala diberitahu dikatanya dusta
Diamlah saja hingga tersebar berita

Eh eh tersenyum malu
Hamba ini bukan tukang speku
Rasa hati kukuh selalu
Tiada apa yang perlu diragu

Janganlah marah sang pencerita
Kami ini dalam duka nestapa
Setiap hari membaca yang tertera
Hati gundah sedih bertapak jua

Hamba ini sekadar memerhati
Lalu segala hamba halusi
Teguh dan kuat benteng berdiri
Tiada siapa benar mengetahui

Haihh…keluhan sang pencerita dengari
Dari teman-teman bertanya tadi
Tidak dapat memahami
Kenapa hamba terlalu yakin di hati

Benar atau tidak sahih ataupun nyata
Tidak elok untuk terus berkata
Pantun lesu yang hamba reka
Terbit dari kerisauan peminat semua

Hati hamba sejak mula
Mencari kekuatan antara berdua
Jodoh maut ajal pertemuan hak Sang Pencipta
Itulah yang sering dikata Teruna Dara

Pantun merapu berhenti dahulu
Janganlah ada yang pandai-pandai speku
Tiba masa pasti ada yang diberitahu
Tatkala itu senyum juga sampai ke bahu

Cinta Jangan Pergi hampir bermula
Resah…itulah luahan si Dara
Oleh kerana team yang bersemangat waja
Juga harapan terbina sejak lama

Hendak dipadam “Adam dan Nur” dalam khayalan
Bukan mudah dalam percaturan
Terlekat diminda penonton tidak berketepian
Anggau masih dapat dirasakan

Bertutur jua dalam dwibahasa
Kerana pengarah bukan orang kita
Namun hasil sentuhan Kabir namanya
Terpukau kita dek sekian lama

Selamat berjuang Cjolimoli
Akan hamba fikir-fikirkan nanti
Khalil dan Suraya gelaran apa patut diberi
Perjuangan cinta yang berlainan di kali ini

Alamak kata tadi hendak berhenti
Panjang pulak coleteh diberi
Terima kasih wahai cjolimoli
Dengan idea panjang lebar di pagi ini

Kawan-kawan nanti kita berjumpa lagi
Sama-samalah kita bekerja untuk diri
Senyum dan tawa diiring sekali
Bersama doa sejahtera jangan dilupai

Owned and written by : Sanaa 04/08/12

3 Responses

  1. Assalamualaikum wahai sanaa, masih belum terlambat nak ucap ‘selamat hari raya aidilfitri’ utk u & smua pembaca blog ni😉 ..nak selit sikit ttg ‘cjp’ yg akn dtg ni boleh? I just nk ckp yg i dont feel the vibes la this time around..pairing them…dunno y :-‘( tiz wif other actor=chemistry.. so does remy! Cuma ye la the chemistry between still there but i prefer with others la.. I kadang menongkah arus juge but wif observation ofkos..no lah ;p ..till then babai

    • Wa’alaikomsalam

      Selamat Hari Raya to you too.

      I’m sorry for not actually getting your point. You don’t have to feel the vibes as at now or you don’t have to think about it. As for me the pairing gave some momentum. Both of them acted with other pairing before and it has been long since NK they are not paired in drama series. Remy does not do any drama series since Tahajud Cinta so I welcome the pairing again on the screen as I am sure there are still a strong point abt their pairing. If I’m wrong I’m wrong but I don’t think so. Even if something gone missing later on or their pairing lost the vibes it might falls on other criteria and I am sure viewers and fans will judging their relationship in reality.

      Hahaha mcm saya mempertahankan mereka saja kan…sebenarnya Zoey as penulis dan ingin terus menulis ada sesetengah keadaan ataupun pendukung watak memberi kesan kepada rasa, cetusan idea, pemahaman dan pemerhatian. I’ve seen them with other pairing before but the urge/desire to pen down something is not there. Skrg saya menonton drama Adam dan Hawa…apalah sangat cerita tu dan ada juga org yg membandingkan Nadiya Nisaa dengan Tiz (supaya tiz yg memegang watak Ain Hawani) akan tetapi ada sesuatu dlm diri Nadiya sebagai Ain Hawani menarik saya utk menonton. Terlalu banyak ep drama tu dan blm tahu juga saya mahu meononton akan tetapi kurangnya ghairah org bercerita tentang drama tersebut dan juga chemistry pendukung watak serta pujian melambung tinggi dengan lakonan Aaron dan Nadiya membuat saya mahu menontonnya. Sewaktu Dejavu diKinabalu saya jadi meluat adakalanya kerana pujian yg melambung tinggi dengan pujian yg diberikan terhadap gandingan Tiz/Aqasha/Nazim sehingga sedikit komen yg menidakannya mencetus api kemarahan kepada peminat drama itu dan juga dari fanatic juga.

      Untuk kali ini saya telah berjanji pada diri mahu melihat sisi Tiz dan juga Remy dlm drama di mana mrk berada dlm alam persekolahan dan membawa kepada percintaan. Saya juga tidak tahu bagaimana jalan cerita ini nanti dan bagaimana persembahan remy dan tiz sebagai pendukung watak utama akan tetapi dari apa yg saya bayang2kan the real hero for this drama is Josiah (yg memegang watak Hud) walaupun peranannya adalah sebagai lelaki yg muncul dlm hidup Suraya setelah kematian Khalid (spt yg dikabarkan kepada Suraya). If you ask my opinion now abt Tiz role I am actually disappointed sbb watak Tiz tak jauh bezanya dengan watak2 yg pernah dimainkan sebelum ini. Jatuh cinta dan meratapi pemergian org yg dicintai lalu dtg sorang mamat yg diperkenalkan kepadanya oleh keluarga sendiri.

      It is such a long explanation from me…and I am sorry.

  2. Hee..moga Cjoli Moli kukuh setia cintanya..The Trust Is Cure..Yeaaahhh!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: