• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2012
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • Archives

Hitam Jadi Hinaan

Selamat pagi teman-teman dikasihi
Apa kabar semua di pagi ini
Harapnya sarapan sudah dinikmati
Untuk memulakan kerja sebentar lagi

Hujung minggu sibuk sekali
Kenduri kawin aqiqah open house tidak henti
Tidaklah mampu hamba memenuhi
Sekadar memohan maaf tak dapat hadiri

Di awal pagi melayar berita
Inginnya sang pencerita mencari idea
Namun hatiku diragut kecewa
Melihat sikap segelintir orang kita

Tertanya-tanya hamba di dalam hati
Hinakah seseorang andai hitam yang diberi
Mat Saleh orang hitam juga dicari
Itukan sudah pemberian Ilahi

Dunia hiburan tulisan hamba
Mengetahuinya juga tidak seberapa
Sekadar melihat mentafsir sebaik rupa
Mengenali jua selera penonton yang ada

Cinta Jangan Pergi drama bersiri
Sudah diketahui sejak dahulu lagi
Pendukung watak adalah Remy dan Tizzy
Khalil dan Lea Suraya watak diberi

Oleh kerana adanya benci di hati
Entah apa yang dibuat Remy
Kepada mereka yang amat membenci
Gandingan ini tidak dipersetujui

Jujur sekali hamba mengakui
Gandingan ini amat hamba nanti
Bukan kerana cinta berputik di hati
Kekuatan yang ada pada gandingan ini

Telah banyak lakonan mereka
Pasangan dipilih juga berbeza
Aura tercipta di dalam cerita
Mesti ada kelainannya

Pandangan hamba adalah begini
Aura tercipta dek watak yang diberi
Oleh itu pemerhatian berbeza sekali
Bila dikata sesuai ataupun serasi

“What you perceive, your observations, feelings, interpretations, are all your truth. Your truth is important. Yet it is not The Truth.” Linda Ellinor

Penonton juga berlainan emosi
Terciptanya tanpa disedari
Tatkala asyik dibuai impi
Oleh watak-watak lakonan tadi

Lalu terbit forum dan diskusi
Bercerita bertelagah pendapat diberi
Tiada yang benar atau salah di sini
Cuma tanggapan yang diteliti

Ada yang melihat dengan mata
Hati memberi pandangan berbeza
Tidak kira reality ataupun cerita
Percanggahan pendapat tetap ada

Oleh itu terbit sedih di hati
Apabila kulit dan juga peribadi
Dikata dituduh tidak henti
Seolah-olah membenci pemberian Ilahi

Ada juga yang turut berkata
Pasangan ini tidak lagi bermakna
Oleh kerana banyaknya cerita mereka
Yang buruk terletak pada sijejaka

Bak kata pepatah di atas sana
Yang kita lihat bukannya sempurna
Mungkin benar di mata kita
Akan tetapi bukan kebenaran nyata

Sedih membaca di pagi ini
Warna kulit menjadi sensasi
Makin hebat di akhir-akhir ini
Seolah yang berkata itu cantik bersih dan suci

Sesungguhnya hamba pernah dibuai mimpi
Dan masih kuat lagi menyulam impi
Kekuatan yang hamba perolehi
Menulis dan berfikir idea tetap diberi

Manusia rupanya memang berbagai
Remy dan Tizzy dikata tidak sesuai
Andainya gurung lurah sudah dituai
Jodoh diberi Allah tidak ternilai

Dalam lakonan hayatilah saja
Watak dan penampilan yang dibawa
Kenapa terus mengata dan menghina
Warna kulit serta gandingan berdua

Lonjakan emosi setiap pasangan
Pasti akan ada perbezaan
Andainya sama dalam setiap lakonan
Sudah tentu hambar tiada tarikan

Di dalam realiti semua ketahui
Cinta yang berputik mekar di hati
Terlalu banyak cerita hamba dengari
Sedih pula bila mengingati

Adakalanya jua hamba melanggari
Janji yang dibuat pada diri
Kekuatan yang telah mereka beri
Hamba cerobohi mendengar cerita sana sini

Dalam diam hamba mengenang
Nama panggilan adik abang
Semasa wajah asyik terpampang
Gembira sungguh hati memandang

Peminat semua tidak henti
Memuji menyanjung cjolimoli
Doa diiring tidak henti
Setiap hari mahu melihat mereka ini

Adat berkasih dan bercinta
Bagaikan air di lautan sana
Ada masa pasang dan surutnya
Peminat jua turut terasa

Akan tetapi sejauh mana diketahui
Liku-liku yang mereka lalui
Yang terpendam tersimpan di dalam hati
Dikunci padat agar tidak dibedil lagi

Dari lakonan semua terbawa-bawa
Gandingan mereka tidak sekata
Cinta Jangan Pergi yang ditunggu lama
Belum pun siap sudah dikata

Hitam bangla hero pertama
Hindustani pula hero kedua
Tidaklah padan dengan heroine yang ada
Putih gebu bak kapas suci di mata semua

Hitam-hitam sitampuk manggis
Sungguhpun hitam dipandang manis
Hero idaman tiada berkumis
Sekali berjambang macam orang Perancis

Hitam bangla hero pujaan
Adik putih menjadi pilihan
Siapalah kita untuk menentukan
Putih hitam jalan bergandingan

Pantun ini berakhir di sini
Hamba menulis dengan sendu di hati
Oleh itu coretan celaru jangan diperhati
Ambilah isi buat pedoman nanti

Bukannya hamba penulis atasan
Sekadar melayar hati dan perasaan
Kenapa warna kulit jadi penentuan
Sehingga terbit satu penghinaan

Selamat bertugas kepada semua
Semoga kita dalam keberkatanNYA
Ada masa berjumpa semula
Dengan cerita yang berbeza

Owned and written by : Sanaa 10/09/12

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: