• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2012
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • Archives

Tiada Kata

Membaca amalan mulia. Dari kecil kita digalakan membaca dan sehingga sekarang kita mesti terus membaca kerana melalui pembacaan saja dapat kita mengetahui keadaan semasa selain dari media cetak dan juga television. Akan tetapi makin hari makin gerun saya memerhatikan berita-berita di akbar tempatan dan juga penulisan gosip dunia hiburan.

Di awal pagi ni dua tajuk utama akbar tempatan amat menggerunkan. Di manakah akal? Di manakah fikiran dan di manakah pertimbangan dan kewarasan? Apakah ini wajah bumi yang kita diami? Saya tidak punya perkataan yang mampu untuk menjelaskan atau mentafsir lapuran yang ada dan saya kepilkan di sini. Adakah ini salah pilihan mengenai pasangan atau manusia sudah mengalahkan binatang?

Saya juga kurang berpuas hati cara ruangan gosip memulakan bicara. Seperti biasa Murai berkicau dan menghebohkan perkara yang tiada dalam agenda Remy dan Tiz selain daripada keduanya sekarang sedang sibuk di lokasi penggambaran Cinta Jangan Pergi yang selepas ini akan terbang ke Eropah untuk penggambaran seterusnya. Sambil menyelam sambil minum air amat saya faham namun cara ia ditulis bakal mengundang perkara yang mungkin tidak diingini. Tidak dinafikan Remy dan Tiz ada hubungan istimewa akan tetapi perlukah Murai mengkabarkan cuti bersama?

Atau sekali lagi saya yang terlebih sensitif ketika membaca segala lapuran mengenai pasangan ini?

Sanaa 13/09/12

*****

Remy Ishak, Tiz Zaqyah Bakal Bercuti Ke Eropah?

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 12 SEPT 2012: Nampaknya hubungan antara pelakon jelita Tiz Zaqyah dan Remy Ishak semakin akrab apabila mereka sama-sama bakal terbang ke Eropah pada Oktober ini selama lebih 20 hari.

Bukan sekadar ingin menghirup angin segar dan bercuti bersama, tetapi pasangan dua sejoli ini sekali lagi akan bergandingan dalam memegang watak kekasih untuk drama bersiri, Cinta Jangan Pergi sepanjang berada di sana.

Ditemui ketika majlis pengumuman duta baru May, disini sebentar tadi, Tiz Zaqyah berkata dia dan Remy Ishak sekali akan disatukan dalam drama bersiri romantik arahan Kabir Bhatia yang akan menjalani proses penggambaran lebih tiga bulan.

“Cinta Jangan Pergi adalah drama bersiri 26 episod yang menceritakan kisah percintaan antara Lea Soraya lakonan saya dan Khalil lakonan Remy Ishak yang sama-sama menuntut di London.

“Sesi penggambaran akan diadakan di beberapa bandaraya indah seperti London dan Paris yang memerlukan kami berada di sana lebih 20 hari. InsyaAllah kami akan bertolak sekitar 15 atau 18 Oktober ini,” katanya kepada murai.com.my.

Jelas Tiz Zaqyah, berlainan dengan watak yang pernah dipegangnya sebelum ini, watak Lea Soraya memerlukan dia berambut pendek dan merupakan seorang wanita yang teratur dalam menguruskan kehidupannya.

Malah kata Tiz Zaqyah, dia amat berbesar hati kerana skrip drama berkenaan yang ditulis sendiri oleh Mira Mustaffa iaitu isteri kepada Kabir Bhatia, diilhamkan khusus buat dirinya.

“Setakat ini kami sudah memulakan beberapa babak penggambaran di sini yang seterusnya akan disambung di Eropah kelak. Kemudian penggambaran akan disambung semula di dalam negara. InsyaAllah,” katanya.

Bukan mengejar populariti atau anugerah, kata Tiz Zaqyah drama berkenaan akan ditayangkan di TV9 apabila ianya siap sepenuhnya nanti.

*****

Mati dikapak suami
Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Mohamad Naufal Mohamad Idris
am@hmetro.com.my

SHAH ALAM: “Sebaik masuk dalam bilik, badan saya menggigil apabila melihat dia sudah tidak bernyawa dan tompokan darah memenuhi sebahagian bilik,” kata Poziah Supian@Supien, 56, jiran seorang wanita Indonesia yang mati dipercayai akibat dikapak suaminya sendiri.

Mangsa dikenali sebagai Noviaryani, 34, ditemui mati di rumah sewanya di Lorong Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, di sini, jam 9 malam kelmarin dan polis turut menemui sebilah kapak yang dipercayai digunakan untuk menetak belakang kepala mangsa.

Sebelum kejadian, mangsa yang juga suri rumah bertengkar dengan suaminya dalam bilik mereka yang disewa bersama tiga pasangan lain sebelum suaminya dilihat keluar dan meninggalkan rumah dengan motosikal.

Poziah berkata, ketika berada di luar rumah, dia melihat suami Noviaryani atau lebih mesra dipanggil Ani, keluar dari rumah dengan membawa beg dan menaiki motosikal dalam keadaan biasa seperti tiada apa-apa berlaku di rumahnya.

*****
Bapa bedil kepala sendiri

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

IPOH: Rasa kesal atas tindakan menembak anaknya dalam satu kejadian petang kelmarin, dipercayai menjadi punca bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri.

Mayat lelaki itu ditemui terbujur berhampiran kawasan ladang limau di Kampung Rapat, berhampiran pinggir Lebuh raya Utara-Selatan, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

S Ravindran, 44, didakwa melepaskan dua das tembakan ke arah kaki anaknya, R Hariharen, 15, selepas bertengkar dengan isterinya di hadapan rumah mereka di Taman Panorama Indah, Gunung Rapat, di sini, jam 4.40 petang kelmarin.

Sumber polis berkata, dia ditemui mati oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

Compiled by : Sanaa 13/09/12

6 Responses

  1. Apa yang saya risaukan sudah pun terjadi. Peminat RITZ seakan tidak dapat menerima kenyataan. Masing-masing membuat spekulasi sendiri….membuka pekung Remy dan Tiz walhal siapalah mereka untuk berbuat demikian. Mereka tidak berhak sama sekali, spekulasi yang belum tentu benar. Saya juga kecewa, saya juga sedih akan perpisahan yang terjadi tapi tetap akan menyokong perjalanan seni keduanya. Menabur fitnah, membuat spekulasi, menuding jari sebenarnya lebih memburukkan lagi keadaan. Doakan saja mereka. Itu lebih baik. Saya setuju dengan ayat ni “jodoh juga boleh datang kemudian, kuasa Allah tiada siapa yang tahu” Tetap saja berdoa kerana itu senjata paling hebat. Moga dilembutkan hati keduanya. Moga dingin cuaca di Kota London dan Paris dapat menyejukkan bara di jiwa masing-masing. Amin.

    • Salam Azure

      Memang ramai yg sedih dan ramai yg berduka cita dgn apa yg terjadi. Sejak awal saya juga telah meneka keadaan ini akan berlaku. Ketidakupayaan ritz mengawal keadaan maka terbitlah perkara2 yg tidak diingini. Inilah juga harga yg perlu mrk bayar sebagai selebriti. Saya terima segala apa yg terjadi as ketentuanNYA dan semoga mrk berdua bertemu kebahagiaan yang mrk cari. Semoga mrk berdua juga diberi petunjuk, taufiq dan hidayah dlm mengharungi kehidupan yg berliku ini. Hari ini esok ataupun lusa tidak kita tahu jln yg diberi Allah kepada kita ataupun mrk. Senyap mmglah perkara yg terbaik akan tetapi berapa ramai yg mampu berbuat demikian? Dlm apa jua keadaan ritz tetap membantu saya dlm penulisan. Saya melihat mrk sebagai pelakon yg berbakat dan mampu membawa apa saja watak yg diberikan lalu memberi saya sumber inspirasi utk menulis. Walaupun berdua memberikan aura yg berbeza, berseorangan juga mrk punya daya penarik masing2. Sebagai seorang yg mengikuti mrk berdua, saya doakan kejayaan mrk dlm kerjaya dan juga kehidupan. Doa dan berdoa adalah senjata yg paling mujarab…lalu kita teruskan dengan penuh keikhlasan (sekiranya masih mampu).

      Take care…

  2. Remy dan tiz ada masalah lagi ker.,,ikuti twitter mereka,,,rasa mcm they both saling memerli,,,esspecially remy,,,but tiz lebih cool,,,harap remy n tiz dapat pulih seperti biasa,,,,rindu nak tgk gambar mereka berdua di instaggram,,,

    • hi dino

      I have no comments…it is up to individuals and their interpretations sbb setiap org pasti mempunyai tanggapan masing2. Melihat dan mentafsir sesuatu yg kita baca bukanlah kebenaran nyata, ia cuma sebagai kuasa yg ada pada kita manusia. “Blessed are they who see beautiful things in humble places where other people see nothing.”

      Happy weekend

      • Mereka sudah putus. Itu yang saya dapat tahu. Saya pasti ramai yang kecewa. Kalau kita kecewa, apatah lagi mereka? Doakan yang terbaik sahaja untuk mereka. Mungkin antara mereka tiada jodoh. Harapnya peminat RITZ sabar menerima berita ini. Dan tidak menuding jari kepada mana-mana pihak….baik Tiz atau Remy. Siapalah kita kan? Hanya sebagai seorang peminat yang hanya tahu perkembangan mereka melalui media. Dan doa saya juga Remy & Tiz dapat mengawal emosi masing-masing, tak perlu berbalah di laman sosial atau media cetak. Doa saya juga semoga keduanya mendapat jodoh yang terbaik serta berjaya dalam hidup. Amin. *kesatairmata*

      • Dari apa yg tertera itulah hakikat yg mesti kita terima namun apa yg berlaku disebalik cerita bkn hak kita utk terus bercerita. Pada saya setiap perkara ada hikmahnya dan ada jalan terbaik utk semua dan utk masa ini mungkin ini yg terbaik buat ritz. Harapnya jgnlah ada sesiapa yg menuding jari dan mulakan sebarang spekulasi. Sedih di hati saya adalah cara Remy…kenapa di tweet? Mcm tak berani nak hadapi reporter pulak…but again ALL THE BEST to both of them..I’m sure they have fight for the relationship….jodoh juga blh dtg kemudian…kuasa Allah tiada siapa yg tahu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: