• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2012
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • Archives

“Muara Hati”

Setelah berhari-hari bertarung dengan batuk serta demam, Muara Hati membawa sang pencerita ke ruangan ini di awal pagi. Mendengar dendangannya setiap hari Isnin hingga Khamis membuat saya termimpi-mimpi dengan alunannya. Apakah istimewanya lagu ini? Tiada apa yang terlalu istimewa atau membuai perasaan, ia sekadar sebuah lagu tema drama yang bersiaran di astra Mustika sekarang ini, iaitu Adam dan Hawa. Besar kemungkinan juga lirik yang sederhana membuat saya tertarik.

Adam dan Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa adalah sebuah drama biasa dengan plot yang biasa, yang boleh diagak atau diteka momentumnya. Ketika disarankan seorang kawan supaya menonton sekadar melepaskan penat bekerja, bukan untuk kita lihat betapa kuatnya pertemuan chemistry hero dan heroine atau gahnya orang bercerita. “A simple story” kata kawan itu tadi. Benar bagai di kata, lakonan seorang bapa anak tiga dan ibu beranak seorang Aaron dan Nadiya berjaya mewujudkan chemistry yang sekadar perlu untuk watak dibawa. Kenakalan Adam Mukhriz cuba memikat Ain Hawani dapat dirasa dan debaran Ain Hawani disembunyikan di hadapan Adam Mukhriz membuatkan diri lelaki itu menjadi teruja untuk terus mencuba.

Oleh kerana terlalu panjang drama ini dengan durasi setengah jam setiap episode, 12 episode telah saya layari dan andainya keadaan mengizinkannya nanti saya akan terus menonton kerana seronok pula rasanya melihat lakonan Nadiya Nisaa yang tidak pernah saya tonton sebelum ini. Keayuan wajah ibu anak seorang ini memberi kelainan kepada saya lalu mengukuhkan keyakinan bahawa seorang ibu dan isteri mampu beroleh kejayaan bukan kerana status yang ada akan tetapi mutu lakonan yang diterapkan. Tidak perlu terlalu banyak “package” dalam diri seseorang barangkali untuk menjadi pelakon yang bermutu dan hebat suatu hari nanti.

Inilah yang mungkin dikatakan kejayaan hadir dengan keikhlasan. Ketenangan menonton cerita yang terlalu simple dan biasa, tanpa hebohnya orang bercerita tentang chemistry, hebatnya gandingan yang ada, tanpa ada kata-kata yang terlalu memuja membuat saya menantikan episode 13 Isnin ini.

Sanaa : 16/09/12

*****

Video credit to : myactionxoxo via youtube

Compiled by : Sanaa 16/09/12

4 Responses

  1. respect pelakon hebat mcm ni….natural….. suka sgt citer ni…. simple and sweet….

    • yes diayana a simple and sweet story…tak ada org nak heboh pasal chemistry and nak rebut rating juga. Tengok pun aman pulak rasanya…something that I forgot to realise all this while.

      • Nadiya memang pelakon hebat. Versatile & natural. I love her. Tapi, saya tak tgk pulak Adam & Hawa. Pernah baca novel ni dulu. Masa org heboh cakap novel ni ada persamaan dgn Nur Kasih. Padahal tak sama pun. Tak tau kenapa saya kurang gemar dengan cerita kahwin paksa. Cukuplah dengan Nur Kasih. Vanila Coklat, Ombak Rindu, Nora Elena tak berjaya menarik saya utk menonton. Pernah juga cuba nak tonton, tapi x berjaya habiskan. Tapi, Adam & Hawa saya belum pernah tengok lagi. Kalau ada masa, saya akan cuba jugak tengok. Maklum la sana sini org bercakap pasal drama ni.

        Saya paling suka novel Aisya Sofea “Sehangat Asmara”. Katanya akan didramakan juga. Gandingan Rita Rudaini & Adi Putra. Tak sabar nak tengok drama ni nanti. Para pelakonnya hebat juga. Harapnya dramanya juga digarap dengan baik.

      • terima kasih Azure…seperti yg saya katakan saya menonton Adam dan Hawa atas saranan seorang kawan. Sekadar suka2 melihat sedikit sebanyak kenakalan Aaron sebagai Adam Mukhriz dlm cerita ini akan tetapi ada pulak liking factor kepada Nadiya Nisaa membuatkan saya terus mengikutinya sehingga semalam. Kalau hendak dikata tentang plot dan jalan cerita memanglah biasa saja, buku pun tak pernah saya baca. Nak buat mcm mana Azure, kita masih terbelenggu dlm plot yg sama cuma pelakon dan tajuk saja yg berubah. Nur Kasih masih tetap berbeza untuk saya walaupun kawin paksa akan tetapi niat murni serta hajat seorang ayah membetulkan perjalanan hidup anaknya. Pengorbanan dlm Nur Kasih yg membuatkan ia tetap berbeza dgn drama2 yg bermotifkan plot yg sama.

        Cubalah tengok mana tahu ada daya penggerak pulak di kali ini. Banyak sgt episode yg ada, semalam baru ep 13, blm tentu juga dpt menonton sampai habis nanti kan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: