• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2012
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • Archives

Jadi…di manakah silapnya?

Cuaca yang panas dan letihnya kaki berjalan membuat diri ingin berehat sebentar, untuk melegakan kehausan dan merehatkan kaki barang seminit dua. Pilihan tiba-tiba saja banyak di hadapan mata. Ada Secret Recipe, Nandos, Dome, Starbuck, O’Brien dan di seberang jalan sebuah kedai mamak yang hiruk pikuk dengan pengunjung. Lalu bertanya diri apakah pilihan hati dan sejauh mana budget yang ada untuk segelas kopi sejuk ataupun segelas/sebotol coke. Siapa yang mampu untuk membelanjakan RM20 untuk secawan kopi tentulah memilih Dome ataupun Starbuck. Selain dari nama yang canggih, duit yang besar, kelesaan terjamin. Ada pula kemampuan tidak dinafi akan tetapi memilih yang mana patut oleh kerana tujuan asal tadi sekadar membasah tekak yang kehausan dan berehat sebentar.

Begitulah dengan kehidupan ini yang sentiasa punya pilihan. Walaupun kadang-kala atau selalunya pilihan tidak menepati, ia akan tetap dapat membantu membentuk jati diri kerana kesilapan di dalam membuat pilihan mengajar seseorang untuk terus berusaha dan berfikir. Kegagalan bukan bermakna gagal selamanya. Namun begitu untuk bangkit dari kegagalan, hampir keseluruhan anggota badan kita perlu bergerak dan bertindak bagi memastikan kejayaan hadir berbekalkan semangat dari kegagalan yang terdahulu.

Pilihan tetap sama dan tetap ada di mana-mana termasuklah pada industri hiburan tanahair. Sejak awal tahun saya menjadi pembaca setia kepada laman-laman web dan juga akhbar tempatan mengenai filem-filem yang ditayangkan. Sehingga hari ini saya belum lagi mendengar kejayaan jitu sebuah filem tempatan sepanjang tahun ini. Apakah tahun malang bagi industri filem negara? Apakah punca kejatuhan yang ada? Kenapa filem kita tidak mendapat sambutan? Pertanyaan pasti akan ada apabila kegagalan yang ditempa. Pertanyaan begini perlu untuk kita sebagai penonton dan juga sebagai pelabur modal mendapat maklumat bagi menentukan arus dan arah selanjutnya.

Sejauh mana pelakon menjadi pendorong utama ke pawagam? Ini adalah sebahagian dari pertanyaan yang saya dapati apabila melewati laman-laman web berkaitan tayangan filem di Hollywood. Nama-nama seperti Angelina Jolie, Brad Pitt, Julia Roberts, Tom Cruise, Anne Hathaway dan nama pelakon veteran seperti, Julie Andrews, Susan Sarandon, Meryl Streep dan ramai lagi mempunyai “tanda harga” yang berbeza. Ini juga ditentukan dengan cerita yang bakal dibuat serta watak yang akan dibawa. Dunia perfileman di Hollywood amatlah besar, oleh itu seseorang pelakan A-List hanya akan beraksi paling banyak dua filem setahun. Ini adalah kerana persediaan mental dan fizikal untuk watak-watak yang dibawa adalah amat penting buat seorang pelakon dan juga pengarah serta penerbit.

Berbalik kita kepada filem tempatan. Dunia perfileman kita kecil dan dengan garis panduan yang dikeluarkan Finas untuk mengeluarkan sebuah filem setiap minggu adakah menepati? Tempoh wajib tayang pula adalah 2 minggu. Seandainya sambutan menggalakan tempoh boleh dilanjutkan selama seminggu lagi. Kegagalan 3 filem lakonan Remy Ishak sejak di awal tahun memberi banyak kesan kepada saya untuk meneliti sebab musababnya. Walaupun tidak mendalami keadaan yang terjadi di dalam industri tempatan, akan tetapi saya mengikuti sedikit sebanyak perjalanan seni Remy sejak mula berbanding dengan pelakon-pelakon lain tanahair. Oleh itu apabila filem-filem lakonan beliau tidak mendapat tempat di hati penonton, ingin saya mencungkil sedikit sebanyak apakah yang terjadi. Tirai tahun 2012 buat Remy dimulai dengan tayangan Jiwa Taiko. Jiwa Taiko turut meletakan Fizz Fairuz, Diana Danille, Nadiya Nisaa dan juga Bront Palarae. Kutipan Jiwa Taiko dilapurkan berjumlah RM620K. Tidak lama kemudian “Aku Kau dan Dia” menemui penonton di pawagam. Lagi sekali filem lakonan Remy tidak mendapat tempat di hati penonton filem tempatan. Kegagalan paling teruk ketika itu hanya dengan kutipan RM120K. Saya tambah terkejut apabila filem terbitan Kru Studios yang menggunakan 3D juga gagal memdapat sambutan. Filem berjudul 29 Feb hanya mampu mengutip RM400K walaupun dengan budget yang besar serta promosi yang berlipat kali ganda. Ini amat memeranjatkan. Alasan yang diberi Norman selaku pengeluar filem tersebut juga pada saya terlalu longgar apabila beliau berkata bahawa salah satu sebab kegagalan adalah faktor ekonomi oleh kerana harga tiket yang tinggi. Apakah nasib yang sama menyebelahi filem-filem 3D Hollywood yang ditayangkan di sini?

Sebagai seorang penonton yang sudah beberapa kali menonton filem 3D di negara ini dan ia bukanlah perkara baru sepertimana yang dikatakan oleh Norman. Kenyataan Norman itu seolah-olah mengatakan bahawa rakyat Malaysia amat jauh tinggal kebelakang dalam hal ini. Saya tidak akan teragak-agak untuk membelanjakan wang untuk sesuatu yang bermutu dan saya juga pasti ramai penonton di Malaysia begitu. Saya juga berpendapat bahawa pihak Kru ataupun mana-mana pengeluar seharusnya memulakan kajian sebelum sesuatu produk hendak dikeluarkan dan apabila ia telah dikeluarkan “pre dan post-mortem” dilakukan untuk mengetahui kejayaan ataupun kegagalan yang dihadapi. Bukankah begitu? Akan tetapi menurut kata Norman di dalam artikel yang dikepilkan kajian hendak dibuat setelah kegagalan 29 Februari di pawagam baru-baru ini.

Apakah faktor-faktor yang membawa kepada kegagalan ini? Adakah kerana jalan cerita yang ada, pelakon yang terlibat, selera penonton yang bagaimana serta faktor-faktor dalaman dan luaran yang lain. Kru Studios telah menghasilkan Hikayat Merong Mahawangsa yang dibintangi oleh Rahman Stephen Hughes bersama beberapa pelakon lain seperti Umie Aida, Ummi Nazeera dan Khir Rahman. Walaupun filem ini bukan berbentuk 3D akan tetapi ia merupakan filem yang bercorak sejarah. Dengan budget yang besar setiap usahawan pasti mengharapkan pulangan yang sewajarnya. Apabila kejayaan diperolehi pasti perasaan teruja akan menetap lama di hati penonton dan juga penerbit serta semua pihak yang terbabit yang memungkinkan terlupa untuk membuat “post-mortem” kejayaan yang diterima. Kegagalan ini bakal mengakibatkan kejayaan tidak dapat diulang. Filem dan drama kita sama sahaja. Di setiap saluran ada saja drama yang disiarkan sehingga saya sendiri tidak tahu cerita apa dan mengenai apa. Kadang-kadang terjumpa dengan tidak sengaja. Apakah juga lambakan ini bermutu? Sejauh mana kemampuan para pelakon yang ada memikul watak-watak yang pelbagai?

Remy Ishak dikenali ramai melalui drama bersiri sedikit masa dahulu. Tentu semua orang ingat dengan Adam Hassan di dalam drama bersiri Nur Kasih. Walaupun sebelum itu Remy telah lama berkecimpung di dalam industri namun nama Remy Ishak menyerlah setelah drama rantaian itu menemui penonton pada tahun 2009. Setelah itu Remy Ishak muncul dalam sebuah filem berjudul CUN arahan Osman Ali bersama dengan Maya Karin. Sehebat nama Remy disebut di dalam watak-watak yang dimainkan, kisah peribadi dan gosip yang melanda Remy juga amat hebat dan kencang. Remy pernah dikaitkan dengan pelakon Ummi Nazeera terlebih dahulu, diikuti dengan gosip beliau bersama Maya Karin dan sehingga beliau membuat pengumuman rasmi hubungannya bersama dengan Tiz Zaqyah, heroinenya di dalam drama Nur Kasih yang memegang watak Nur Amina. Remy memang tidak pernah lekang dengan “kontroversi”. Berbagai cerita melilit kehidupan peribadinya yang tercetus di ruangan gosip. Remy memang terkenal dengan sikap panas barannya. Sikapnya itu memang tidak lekang dari mulut-mulut orang yang berkata. Remy juga terpalit dalam konflik rumahtangga Maya Karin apabila dituduh menjadi punca perceraian artis tersebut. Kes pukul Ummi Nazeera juga telah terbawa-bawa di dalam hubungan beliau bersama Tiz Zaqyah. Ini tidak lagi diambil kira “perang” Remy dengan wartawan di twitter dan juga perbalahan pasangan kekasih di laman yang sama. Namun begitu di dalam pelbagai cerita serta gosip yang bertempiaran sehingga hari ini belum lagi saya terdengar berita bahawa Remy lewat ke lokasi ataupun mencetus insiden di lokasi, kecuali saya terlepas pandang.

Setelah berakhirnya drama bersiri Nur Kasih, drama tersebut tetap menjadi sebutan sehingga hari ini dan membawa nama Remy Ishak ke mana jua. Remy meninggalkan sebentar drama rantaian dan juga tele bagi menumpukan perhatian kepada dunia perfileman dan filem kedua Remy ialah Nur Kasih The Movie, selepas CUN (kalau tidak silap saya) Semenjak itu Remy tidak menoleh kebelakang bagi memenuhinya cita-citanya untuk menjadi seorang pelakon yang mampu menerima tugas dan tanggungjawab di dalam setiap watak yang diberi. Akan tetapi di manakah silapnya sehingga ketiga-tiga filem yang dibintangi Remy pada tahun 2012 tidak mendapat sambutan menggalakan? Apakah peribadi Remy bukan menjadi “daya penarik” ke panggung atau peminat-peminat Remy terdiri dari sekelompok peminat yang tidak akan ke panggung? Apakah dengan adanya Astro First, membuat ramai yang lebih selesa menonton di rumah dan boleh menontonnya berulang kali? Kembali kita kepada kelompok peminat tadi, dari pengamatan saya Remy mempunyai peminat yang ramai dalam lingkungan usia pertengahan di mana ramai di antara mereka yang tidak lagi ke panggung kerana komitment kepada anak-anak dan keluarga. Apakah mungkin ini juga penyebabnya?

Besar juga harapan saya semoga Remy sendiri menilai tentang jatuh bangunnya filem lakonan beliau. Apakah penyumbang kepada masalah ini? Remy tidak sepatutnya berpuas hati dengan alasan yang ada seperti sukar hendak dijangka selera penonton. Remy harus mengkaji faktor-faktor lain yang membawa kepada kegagalan ini. Walaupun masalah peribadi tidak ada kaitannya dengan pekerjaan, akan tetapi kita sedia maklum tindak tanduk kita menjadi perhatian. Seorang selebriti seperti Remy walaupun sejoreng kesalahan pasti akan mendapat perhatian. Saya sendiri tidak mengetahui sejauh mana ini memungkinkan pandangan orang, akan tetapi ada baiknya Remy duduk sebentar dan menilai baik buruknya keadaan ini demi masa depan dan juga career.

Saya menyedari bukan sahaja filem lakonan Remy tidak mendapat tempat di hati penonton, bahkan filem-filem lain yang ditayangkan menerima nasib yang sama. Kenapakah begitu? Mencari alasan yang jitu dan kukuh adalah mustahil dirasakan oleh saya buat masa ini. Ini adalah kerana rata-rata komen yang saya baca menjerumus kepada kesukaran meneka selera penonton dengan corak cerita untuk sesuatu masa. Penonton sememangnya memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesebuah penerbitan dan tentunya juga penonton akan memilih cerita yang mempunyai daya tarikan untuk membelanjakan sejumlah wang. Kepuasan mesti hendak diraih oleh penonton selepas itu. Andainya ketidakpuasan timbul maka reputasi sesebuah cerita dan juga pelakonnya akan goyang.

Jadi di manakah silapnya?

A thought by : Sanaa 18/09/12

*****

Selasa September 18, 2012
Hanya Kutip RM400,000 Norman Akur Kegagalan ’29 Februari’
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

Norman menganggap kegagalan filem 29 Februari kerana faktor ekonomi.

CYBERJAYA: Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim menyifatkan kegagalan filem 3 dimensi (3D) pertama terbitan syarikat tersebut iaitu 29 Februari disebabkan faktor ekonomi apabila ia hanya berjaya mendapat kutipan sebanyak RM400,000 sahaja.

Norman berkata, penonton di negara ini mungkin masih belum bersedia untuk membayar lebih tiket untuk menonton filem berkenaan yang agak mahal bagi format 3D hingga menyebabkan ia gagal mencapai kutipan tinggi di pawagam.

“Secara dasarnya banyak faktor boleh dikaitkan mengapa filem ini gagal mendapat perhatian penonton namun satu perkara jelas iaitu penonton mungkin belum bersedia untuk membayar tiket sedikit mahal daripada biasa bagi menonton filem ini dalam format 3D.

“Bagaimanapun saya melihat kegagalan ini sebagai satu pengalaman berguna untuk pihak kami mengkaji corak dan kehendak penonton,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Norman faktor kekeliruan penonton yang menyangka filem ini sebuah karya patriotik juga turut menyumbang kepada kegagalan meraih sambutan.

Dalam pada itu, Norman memberitahu mereka tidak akan berhenti daripada menghasilkan filem berformat 3D sebaliknya akan meneruskan usaha berkenaan dalam filem terbaru iaitu Vikingdom dan Cicakman.

Kata Norman, sebagai seorang usahawan dia perlu mengambil risiko dan pada masa sama memberi sesuatu yang baru kepada penonton bagi memastikan industri perfileman negara terus berkembang dan tidak berada di takuk lama.

“Perasaan kecewa itu tidak boleh dielakkan tetapi sebagai usahawan, perkara ini adalah satu cabaran dan risiko yang perlu diambil. Namun pihak kami juga akan memastikan lebih peka terhadap selera penonton bagi memastikan sesuatu filem berkenaan mendapat sambutan,” ujarnya.

Sementara itu, Norman berkata, atas dasar itu juga pihaknya menubuhkan anak syarikat Showbiz Production yang mempunyai objektif dan fungsi berbeza daripada filem-filem terbitan KRU Studios yang lain.

“Showbiz akan memberi fokus kepada filem komersial dan ringan mengikut selera penonton dan dengan cara itu kita dapat mengasingkan pecahan penonton mengikut selera mereka.

“Filem pertama Showbiz iaitu Hantu Kapcai diharap akan mendapat perhatian penonton dan memenuhi selera mereka,” katanya.

Hantu Kapcai yang dibintangi oleh Zizan Razak, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Neelofa, Izzue Islam, Hairulazreen dan Riza Amin itu akan ditayangkan bermula 27 September ini.

Compiled by : Sanaa 18/09/12

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: