• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2012
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • Archives

Terdengar lagi….

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelombang…itulah putaran hidup kita manusia sehari-hari. Setelah tiga tahun berlalu dan menjadikan kisah mereka sumber inspirasi saya ketika menulis, akhirnya terlerailah satu ikatan kasih di antara dua hati.

Melalui laman twitternya Remy Ishak mengumumkan perpisahan telah berlaku di antaranya dengan Tiz Zaqyah. Dua hari selepas itu kenyataan rasmi dari Remy disiarkan di akhbar tempatan. Kenyataan rasmi Tiz menyusul sehari dua kemudian tanpa banyak mempertikaikan apa yang disebut Remy.

Seperti tebuan membuat sarang ramailah yang keluar berbunyi di laman-laman sosial seperti twitter dan facebook. Saya juga tidak terkecuali. Oleh kerana ramai yang tahu saya mengikuti kisah mereka, menulis serta berangan sejak dahulu lagi, banyak juga pertanyaan yang saya terima. Pertanyaan ini merupakan lebih kepada pendapat atau sekadar bercerita berdasarkan apa yang dibaca. Saya juga terbuai di antara realiti dan fantasi ketika itu. Ketika segala tohmahan dikeluarkan ramai terhadap Tiz dan juga Remy, saya seolah-olah berperang dengan diri sendiri. Mempercayai ataupun tidak apa yang dibaca lalu membuatkan saya salah satu di antara mereka ketika pertanyaan mengasak diri sendiri. Oleh itu saya ambil masa yang lama untuk berfikir dan menerima segala cerita yang datang. Nasihat teman-teman baca boleh percaya jangan adalah di antaranya. Akan tetapi naluri seorang manusia tentu tidak akan puas sehingga ia benar-benar mengetuk fikiran sendiri.

Perkara itu susut dengan sendirinya apabila saya menyedari inilah takdir yang datang dan telah ditentukan. Namun ia tidak menghalang saya untuk terus berangan tentang Remy dan Tiz dalam sebarang tulisan saya. Mereka adalah sumber inspirasi saya sejak awal lagi. Barangkali hikmah disebalik terbuainya saya dalam tohmahan yang dibaca, diterima dan ditafsir adalah pengertian bahawa sesuatu yang indah pasti berakhir. Kenyataan mesti diterima. Tatkala segalanya tenang satu keratan berita dengan tajuk “PUKUL” menjadi punca Remy dan Tiz berpisah membawa saya kembali kepada pertanyaan-pertanyaan yang pernah hadir di tahun 2009. Di ketika itu Remy dituduh melakukan perkara yang sama terhadap Ummi Nazeera, yang di masa itu adalah kekasih Remy. Tiada kes dilapurkan selanjutnya kecuali sehelai surat terbuka yang dikatakan ditulis oleh ibu Ummi Nazeera mengenai perlakuan Remy terhadap anaknya. Setelah itu kes itu senyap sahaja dan mata mula tertumpu kepada pasangan sepadan Nur Kasih ini…”Adam dan Nur” di alam nyata. Itulah ibarat Remy dan Tiz.

Bagaikan menduga bahawa gosip sebegini akan keluar akan tetapi sehingga hari ini tiada berita yang dihebahkan. Pastinya ramai yang masih tercari-cari punca perpisahan Remy dan Tiz kerana tidak berpuas hati yang pasangan ini berpisah akhirnya. Kenyataan Tiz suatu waktu dahulu bahawa Remy menjaganya dengan baik, apabila kes baling telefon dijadikan bahan gosip melenyapkan andaian semua. Akan tetapi apabila perpisahan berlaku pastinya soseh-soseh ini akan kedengaran semula. Saya tidak punya kaitan peribadi dengan Remy ataupun Tiz akan tetapi saya memandang kes pukul ini adalah kes masyarakat. Masyarakat perlu tahu tentang keadaan ini dan seandainya sabit kesalahan si pesalah mesti dihukum. “Domestic Violence” memang jarang dilapurkan oleh kerana sifat malu dan menjaga maruah seseorang dikalangan masyarakat kita lalu menjadikan mangsa tidak dilindungi. Adakalanya mangsa sempat diselamatkan atas budi bicara saudara mara, jiran dan juga rakan-rakan. Berapa ramai yang membawa kes begini ke muka pengadilan? Kenapa ia sering tidak dilapurkan?

Saya tertanya-tanya hingga kini bukti yang mengatakan Remy pernah memukul Ummi Nazeera dan kini sudah kedengaran perkara yang sama berlaku kepada Tiz. Sebaik saja artikel di bawah ini saya baca, pertanyaan pertama yang hadir dalam fikiran saya, kenapa tidak dilapurkan? Adakah kerana Remy dan Tiz hanya pasangan kekasih lalu mahkamah atau peguam tidak mahu ambil kes tersebut? Adakah masalah ini hanya layak dilapurkan oleh pasangan suami isteri sahaja?

Bercerita, mengata, bergosip, menuduh dan menyakiti hati sesama insan adalah tabii yang tidak lekang dari hidup manusia walau di manapun kita berada. Ada juga yang berkata tidak elok mengeluarkan aib orang lain walaupun buruk mana keadaan orang itu. Lalu bagaimana keadilan hendak diperolehi? Pasti ada lebam, luka serta jahitan di mana-mana bahagian badan setiap kali berlaku pertengkaran ganas begini. Berapa ramai yang pergi mendapat rawatan di klinik apabila pendarahan berlaku? Berapa ramai yang mengambil gambar kesan pukulan di anggota badan sebagai bahan bukti? Bercakap dan bercerita tidak akan meleraikan masalah, malahan akan menimbulkan perkara-perkara yang tidak diingini sehingga kepada kematian. Kenapa berdiam diri?

Mengenai “pukul” di antara Remy dan Tiz sehingga kini tiada berita yang saya baca dari Tiz ataupun keluarganya serta rakan karib dan rakan seperjuangan Tiz. Tiz juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya. Apakah artikel ini berkata benar? Ini adalah kali kedua perkara sebegini menghimpit Remy. Benar atau tidak saya tidak punyai jawapan pasti. Saya hanya membaca dari laman-laman web dan juga akhbar tempatan serta majalah. Remy pernah berkata bahawa untuk mengenali seseorang perlulah berada dan bergaul dengan orang itu, barulah boleh kita memberi pendapat serta pandangan tentang budi bicara serta perwatakan seseorang.

Apakah Remy menafikan perkara tersebut?

Seperti saya kata awal tadi pukul adalah keganasan dan keganasan mesti dilapurkan dengan bukti sahih dan nyata. Andainya Remy seperti yang dikatakan, saya berharap sangat ia dibawa ke muka pengadilan dan seterusnya untuk Remy mendapat rawatan yang sewajarnya bagi memulihkan diri sendiri untuk kebaikan sendiri. Tidak untuk orang lain. Walaupun kenyataan itu nanti perit buat Remy serta keluarga dan sahabat handai juga peminat untuk menerima, akan tetapi harapan pasti cerah untuk meneruskan perjalanan hidup ini nanti.

Walaupun begitu selagi tiada lapuran bertulis dibuat dan Remy tidak didakwa oleh Tiz Zaqyah kerana berkasar dengan dirinya, saya akan terus menganggap ia hanyalah sebuah cerita untuk menjatuhkan imej seseorang. Untuk ke mahkamah kita semua tahu mereka perlukan bahan bukti dan saya amat berharap ada bukti sahih yang diberikan. Seseorang peguam juga tidak akan masuk ke kamar perbicaraan tanpa persediaan untuk menjatuhkan tuduhan kepada seorang pesalah. Sama ada cerita rekaan, nyata ataupun khayalan kita ada dasar dan undang-undang mempertahankan hak masing-masing.

Sebagai seorang yang sering berkhayal tentang mereka, perpisahan ini adalah satu kesedihan yang belum reda, akan tetapi inilah takdirnya. Semoga dengan perpisahan ini memberikan mereka ruang untuk mengkaji di mana kesilapan diri masing-masing dan membawa keinsafan juga. Apabila bertemu nanti dengan pengganti ia mungkin dapat menjadi sandaran lalu cuba memperbaiki apa yang perlu. Tidak juga kita tahu andainya nanti di suatu persimpangan adanya pertemuan yang telah mendewasakan mereka dalam menghadapi rintangan seterusnya.

Saya masih di sini dengan cerita-cerita yang hadir dalam ilusi. Semoga Remy dan Tiz tabah menjalani kehidupan. Ambilah iktibar dari segala kejadian. Dewasalah dengan pengalaman supaya tiada dendam yang tersimpan. Perjalanan hidup tidak panjang sebenarnya. Kehilangan sehari tiada ganti. Teruskan langkah dengan penuh keikhlasan. Biarkanlah yang berlalu terus berlalu.

A thought by : Sanaa 30/09/12

*****

‘Pukul’ Jadi Punca Tiz & Remy Putus Cinta?

September 28, 2012Remy Ishak,Tiz Zaqyah

Selepas pelakon lelaki, Remy Ishak mengumumkan hubungan cintanya dengan pelakon wanita, Tiz Zaqyah sudah putus sejak tiga bulan yang lalu, pastinya akan ada pihak-pihak yang cuba mengorek punca perpisahan itu terjadi.

Tiz sudah awal-awal lagi enggan memberikan sebarang komen mengenai berakhirnya hubungan mereka.

Katanya, keadaan itu akan membuatkan dirinya lemas dan terganggu.

Yang diberikan perhatian hingga kini adalah Remy.

Benarkah hubungan cinta mereka berakhir kerana Remy cepat naik tangan atau suka memukul Tiz?

Maklumlah, dalam hubungan Remy sebelum ini dengan pelakon wanita muda, Ummi Nazeera juga berakhir selepas Remy didakwa telah memukul Ummi.

Menerusi laman Buahmulut.com, Remy sudah tidak mahu punca perpisahannya dengan Tiz dibangkitkan lagi.

Katanya, mereka berpisah adalah secara baik selepas berbincang dan puncanya biarlah mereka berdua sahaja yang tahu.

“Saya rasa pun tak ada apa yang hendak dijelaskan lagi dah. Memang hubungan kami sampai disitu sahaja dan perpisahan ini adalah keputusan kami bersama.

“Tentang punca sebab perkara ini berlaku biarlah kami sahaja yang tahu,” kata Remy.

Jelas Remy lagi, dia mendedahkan hubungan mereka yang sudah berakhir kerana tidak mahu keadaan antara dia dan Tiz menjadi parah di kemudian hari.

Sekiranya dia masih berdiam diri, pastinya akan ada pihak-pihak tertentu yang mudah membuat spekulasi negatif tentang diri mereka.

“Saya sebenarnya tak nak suatu hari nanti ianya jadi lebih parah. Maksud saya tak mahu diam terlalu lama dalam hal ini.

“Andai kata nanti dia (Tiz) dengan orang lain, saya pun dengan orang lain ianya akan jadi lebih parah dan lagilah orang akan mula buat pelbagai spekulasi yang dasat. Jadi sebab itu saya buka mulut pada ketika ini supaya orang faham situasi semasa,” katanya.

Oleh: NAIMAH SHAARI

****
Isu Ditampar Remy Ishak: Tiz Zaqyah Sangkal Dakwaan Wartawan?

July 2, 2012 Remy Ishak, Tiz Zaqyah

Sebelum ini, ada cerita kurang enak yang timbul mengenai hubungan cinta antara sepasang pelakon, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah apabila Tiz dikatakan tidak mengambil tahu perihal diri Remy ketika dia dimasukkan ke wad hospital kerana sakit.

Cerita itu timbul berpunca dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Remy di lama sosial Twitternya.

Ramai juga pihak yang inginkan kenyataan balas dari Remy dan Tiz berhubung isu itu.

Tetapi, kedua-dua pelakon itu mengambil pendekatan dengan enggan memberikan sebarang komen. Kiranya, ingin meletakkan isu itu sebagai biarlah rahsia.

Terbaru, timbul lagi cerita yang tidak berapa elok.

Seorang wartawan hiburan telah menulis kenyataan tentang ‘kejadian’ yang telah menimpa ke atas diri Tiz.

Tulis wartawan itu dalam beritanya, Tiz telah ditampar di mukanya kerana Remy naik angin dengan sikapnya.

Malah, Tiz juga dikatakan sudah tidak tahan dengan sikap Remy yang panas baran.

Betulkah cerita itu atau hanya sekadar rekaan?

Yang pasti, Tiz telah memuat naik status di laman Facebooknya dengan menegaskan perkataan THINK.

“SALAM, TO THOSE RESPONSIBLE OF SPREADING UNCERTAINTY AND JUDGING OTHERS, PLEASE THINK TWICE AND THINK OF OTHERS AROUND.THINK.THINK.

“FIKIR-FIKIR FIKIR….JANGAN SAMPAI KENA BATANG HIDUNG SENDIRI WAHAI KAWAN2🙂 HAVE A NICE DAY,” tulis Tiz di Facebooknya.

Tiz juga telah memuat naik gambarnya bersama-sama dengan Remy yang ketika ini mereka berdua sedang bercuti di Thailand bersama teman-teman rapat.

Jadi, apakah sebenarnya yang berlaku?

Bagi penulis, jika empunya badan menampakkan diri mereka dalam keadaan elok, jadi, janganlah mudah untuk membuat andaian sendiri.

Selebihnya, hanya Remy dan Tiz sahaja yang tahu.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Compiled by : Sanaa 30/09/12

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: