• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • October 2012
    M T W T F S S
    « Sep   Nov »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Archives

Mampukah kita….

Kisah-kisah masyarakat masih mengisi sebahagian ruang akhbar tempatan kita. Ini semua adalah kisah benar yang adakalanya amat susah untuk kita percaya dan terima. Akan tetapi andai ia tidak terjadi dan berlaku mana mungkin petikan berita dapat dimuatkan. Kisah masyarakat bukanlah hidangan gosip di dunia hiburan, namun begitu ada juga gosip yang nyata dan memalukan golongan artis tidak kiralah mereka melakukannya ataupun tidak.

Sesetengah lapuran dibuat hanya untuk mencari publisiti dan publisiti murahan dipanggil orang. Ada juga sesetengah lapuran dikeluarkan tatkala mendengar dari mulut orang lain tanpa ada bukti sahih dan nyata dan ada juga lapuran dibuat berdasarkan sedikit bukti lalu diperbesar-besarkan.

Terlalu banyak yang berlaku disekeliling kita dan terlalu banyak sebenarnya kejadian yang rapat dengan diri kita akan tetapi entah kenapa gosip dunia hiburan masih lagi menjadi “buruan” saya. Mungkin kerana cerita mereka ini senang ditulis ataupun ghairahnya saya membaca tentang segala gosip yang ada.

Siapa tidak kenal dengan Rihanna dan bekas kekasihnya Chris Brown? Tentu ramai yang mengenali nama dua artis terkenal ini. Kisah mereka menjadi sebutan apabila keduanya tidak menghadirkan diri dalam salah satu anugerah di Hollywood beberapa tahun dahulu. Seingat saya semasa siaran berlangsung sudah ada berita mengatakan ketidak hadiran Rihanna kerana beliau dipukul teruk oleh Chris sehingga menyebabkan kecederaan ke atas dirinya. Sejurus selepas itu kisah mereka tersiar di ruangan hiburan serta laman web sosial yang lain. Tidak mengikuti kisah mereka selepas itu, cuma yang saya ketahui Rihanna di wawancara oleh Oprah Winfrey dan dinasihatkan juga supaya Rihanna meninggalkan Chris masa itu. Sesiapa saja dalam keadaan yang begitu pasti akan memberi nasihat yang serupa kepada Rihanna bukan saja Oprah.

Di dalam dunia hiburan tempatan, saya hanya mendengar kisah Ayu Mahyuni yang ditampar suami atau bergaduh hingga bergelut (kurang pasti). Sehari dua yang lalu terbaca “headline” di murai.com yang mengatakan Ayu Mahyuni dan suami kini bahagia selepas kejadian dulu (lebih kurang macam tu lah). Perkara yang sama juga pernah menghimpit Remy Ishak dengan Ummi Nazeera di tahun yang sama Rihanna dan Chris mencetus keadaan. Gambar Ummi Nazeera yang cedera di muka menghiasi akhbar-akhbar tempatan. Sememangnya dunia hiburan terkejut dengan kejadian itu. Saya telah menulis perkara ini berulang kali dan apabila sekali lagi perkara yang sama cuba digosipkan dan senyap begitu saja membuat saya berfikir berkali-kali. Betulkah Remy memukul Tiz sehingga terlerainya ikatan kasih mereka?

Apabila membaca keratan akhbar Oprah dan Rihanna di mstar.online hari ini saya amat tertarik dengan pendekatan yang diambil Oprah dan juga Rihanna. Sebelum itu semasa kejadian lapuran polis dibuat dan Chris dihadapkan ke mahkamah lalu hukuman dijatuhkan ke atas Chris. Setelah tiga tahun berlalu, Oprah dan Rihanna duduk berbual secara terbuka dari hati ke hati dan petikan ini membuat saya bertanya…apakah mampu kita menjadi seperti mereka?

“Saya berpendapat jika Rihanna sudah bersedia untuk kembali kepada Chris dan membantunya berdepan dengan masalah yang dihadapinya mengapa tidak?

“Saya tidak berhak untuk menilai apa yang terbaik buat mereka dan jika itu pilihan mereka saya hanya perlu menyokong,” katanya. OPRAH WINFREY

Fikiran saya terus kembali kepada gosip yang bertiup yang tidak berapa kencang terhadap Remy dan Tiz. Remy memang sentiasa dilabelkan dengan sikap panas baran sejak dahulu lagi. Ketika putik-putik cinta mula bertunas di hati Remy dan Tiz banyak juga saya terbaca di ruangan gosip dan diberikan cerita tentang perkara ini. Betapa gusarnya hati peminat-peminat Tiz ketika itu, bimbang kiranya sikap panas baran Remy itu nanti akan mencederakan Tiz. Maklumlah kata mereka, Tiz tu putih gebu kalau kena tamparan Remy tentu berhari-hari nampak kesannya. Ketika itu saya hanya mampu membaca dan mendengar kerana saya yakinkan diri bahawa saya tidak mengenali Remy dan Tiz secara peribadi. Pengetahuan saya hanya melalui cerita-cerita orang dan juga ruangan gosip yang sering berkicau riang tentang keburukan artis-artis tanahair.

Sebagai manusia biasa dan menjadi pengikut Remy dan Tiz serta menjadikan mereka sumber inspirasi saya untuk terus menulis, saya akui amatlah payah untuk tidak berat sebelah. Adakalanya cerita yang datang begitu menghantui. Keburukan dicerita sehingga mampu membuat fikiran menyakini itulah yang benar dan yang sebenar-benarnya terjadi. Puas saya tepis, puas saya halang namun saya juga seorang manusia yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan dan dalam kesilapan itu membuat saya berfikir lalu menterjemahkan keadaan dalam dunia realiti.

Daripada artikel yang terdahulu, saya ada menyebut bahawa “domestic violence” ini memang jarang dilapurkan. Terlalu banyak sebab kenapa ia tidak dilapurkan. Salah satu sebabnya adalah malu membuka pekung di dada dan juga aib seseorang. Alasan yang seterusnya demi anak-anak dan keluarga ataupun cinta yang tiada bertepi. Akan tetapi apabila tiba ke satu peringkat yang tidak mungkin dibendung lagi mangsa deraan akan mencari jalan keluar walaupun amat payah dan perit. Sesetengah kejadian melibatkan kematian. Sememangnya tidak ramai yang berani ke hadapan dengan kes begini.

Sekali lagi saya bertanya… “betul kah” apabila gosip pukul dikeluarkan terhadap Remy dan Tiz kerana tiada lapuran dibuat dan Tiz juga pernah menyangkal berita tersebut. Gosip itu surut dgn sendirinya. Membaca wawancara Oprah dan Rihanna membuat saya teruja kerana di barat mereka mampu menghadapi dunia realiti ini walaupun mereka adalah golongan selebriti yang amat dikenali dan dikagumi. Walaupun Oprah pernah menasihati Rihanna supaya meninggalkan Chris kerana kebiasaannya si pemukul akan mengulangi lagi perbuatan mereka. Akan tetapi setelah 3 tahun berlalu, Oprah menyerahkan segala keputusan kepada Rihanna dan menganggap ini adalah tindakan yang baik andainya Rihanna sudah bersedia untuk menerima Chris kembali.

Pertanyaan demi pertanyaan datang dan pergi cuma satu yang masih berlegar di dalam fikiran saya…mampukah kita menjadi seperti mereka? Saya akan tetap dan terus katakan bahawa “domestic violence” adalah perkara yang amat serius dan tidak patut didiamkan dan andainya saya berbalik kembali kepada Remy Ishak, selama mana jejaka ini mampu membiarkan cerita tersebut melingkari hidupnya? Andainya ini pula kebenaran selama mana Remy mampu bertahan dan menyembunyikan kebenaran? Ini adalah realiti dan seorang seperti saya akan terus diselaputi oleh pertanyaan-pertanyaan tentang sahih dan benarnya tohmahan ini.

Sekali lagi saya memetik kata-kata Oprah dalam wawancara ini….“PENGACARA terkenal Oprah Winfery menyokong sekiranya penyanyi Rihanna ingin kembali ke pangkuan bekas kekasihnya, Chris Brown.

Oprah, 58, berkata, dia tidak melihat perkara itu sebagai satu masalah sebaliknya memberitahu ia adalah sesuatu berita baik.”

Persoalannya sekarang apakah kita mampu menjadi seperti mereka? Mengakui kesilapan dan sama-sama membantu mencari jalan dan penawar mengatasi masalah ini. Ini adalah masalah sosial, sebagai masyarakat kita patut membantu di mana perlu atau memberi sokongan bukan dengan sindiran, berdiam diri ataupun membuat spekulasi. Saya juga berpendapat apabila kita membantu mereka yang memerlukan ini bermakna kita telah menunjukan sikap prihatin dan kasih sesama manusia. Menghina dan menindas tidak membawa kita kemana-mana lebih-lebih apabila kita membiarkan mereka menderita dalam dunia mereka sendiri.

Bantulah mereka…

A thought by : Sanaa 08/10/12

P/S: To Bro Atan…may i have the facts on unreported domestic violence and why? If you may help me about depression too (i mean the reported cases). Thanks for your kind help.

*****

Isnin Oktober 8, 2012

Oprah Sokong Rihanna Kembali Kepada Chris Brown

Rihanna ketika ditemubual oleh Oprah semasa program Oprah’s Next Chapter baru-baru ini.

PENGACARA terkenal Oprah Winfery menyokong sekiranya penyanyi Rihanna ingin kembali ke pangkuan bekas kekasihnya, Chris Brown.

Oprah, 58, berkata, dia tidak melihat perkara itu sebagai satu masalah sebaliknya memberitahu ia adalah sesuatu berita baik.

“Saya berpendapat jika Rihanna sudah bersedia untuk kembali kepada Chris dan membantunya berdepan dengan masalah yang dihadapinya mengapa tidak?

“Saya tidak berhak untuk menilai apa yang terbaik buat mereka dan jika itu pilihan mereka saya hanya perlu menyokong,” katanya.

Chris Brown telah memukul Rihanna pada tahun 2009 sehingga telah menyebabkan kecederaan kepada penyanyi itu.

Rihanna sebelum ini mengakui masih mencintai Chris walaupun telah dibelasah teruk oleh bekas teman lelakinya itu ketika mereka masih bersama pada tahun 2009.

Penyanyi lalu Umbrella itu membuat pengakuan tersebut semasa ditemubual oleh Oprah dalam program Oprah’s Next Chapter.

Dalam pada itu, Oprah berkata, perkara terbaik semasa temubual itu adalah Rihanna tidak takut untuk menyatakan apa yang terbuku di dalam hatinya.

“Dia bersetuju untuk ditemubual dengan hati yang terbuka dan paling penting dia telah memaafkan Chris atas perbuatannya,” ujarnya.

sources : mstar online

6 Responses

  1. I mean ‘side’. Sorry for the blunder.

  2. Salam again,

    Your article on depression encompasses everything. I have no further addition except that when a person is too depressed, he or she may resort of committing suicide. In other words, it’s a point of no return. Normally, this suicidal person will give some hints to their close friends or siblings about their intention. Actually, it’s a cry for help. If no persons take heed about his or her intention, then committing suicide is the best and the only way to end up everything. Hanya Tuhan sahaja yang tahu.

  3. Salam,

    Mengikut fakta polis, pada tahun 2010 terdapat 3,173 kes keganasan rumahtangga yang disebabkan oleh kaum lelaki berbanding dengan 69 kes yang disebabkan oleh kaum wanita. Namun, pihak berkuasa beranggapan bahawa kes-kes keganasan rumahtangga masih banyak yang belum dilaporkan. Antara penyebabnya adalah mangsa tidak tahu bagaimana dan di mana untuk memohon bantuan, mangsa takut akan didera berulang kali jika dilaporkan dan mangsa terlalu bergantung harapan serta terlalu cinta terhadap penderanya.
    Sebenarnya, di bawah Sek. 4 Akta keganasan Rumahtangga 1994, mangsa boleh mendapatkan perintah perlindungan interim (sementara) dari Mahkmah, menghalang pendera atau pihak ketiga mengulangi penderaannya terhadap mangsa. Namun, perintah perlindungan ini hanya bersifat sementara dan akan luput sebaik sahaja siasatan terhadap pendera atau pihak ketiga telah selesai. Mangsa dera juga boleh memohon perlindungan sementara yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Badan-badan Bukan Kerajaan.
    Kini terdapat rang Undang-Undang Keganasan Rumahtangga (Pindaan) 2011 yang telah diluluskan oleh Parlimen bertujuan untuk melindungi mangsa wanita, kanak-kanak atau lelaki, tidak terhad kepada penderaan fizikal malahan juga diambilkira aspek penderaan emosi, mental, psaikologi dan seksual.

    Bro Atan melaporkan dari TV Maya, Ipoh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: