• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • November 2012
    M T W T F S S
    « Oct   Dec »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
  • Archives

Ain Adawiyah

Video credit to : moyib77 via Youtube (sekadar hiburan)

Hari sudah menjelang senja
Batuk yang ada masih tak reda
Kepala pusing tak bermaya
Sesak nafas jua dek selsema

Berlegar-legar mencari idea
Segala laman hamba buka
Namun tiada satu membuka selera
Ku cuba pula Teruna Dara

Ku tatap ku belek segalanya
Idea hadir badan lesulah pula
Teruna Dara masih perkasa
Mampu membawa sebuah cerita

Cinta Jangan Pergi hari kelapan
Begitulah mengikut kiraan
Lambat lagi untuk ditayangkan
Bayangan cerita jauh dari jangkauan

Aduhh…suara halus di baris hadapan
Gadis manis hilang kawalan
Sekeping kertas yang dilayangkan
Terkena leher…gadis kesakitan

Dewan kuliah besar sekali
Jeritan kecil tidak mungkin didengari
Kertas dilayang terus dicari
Namun datang sehelai lagi

Kali ini terkena pipi
Oleh kerana gadis mengiring tadi
Bila melihat di kaki kerusi
Helaian kertas banyak sekali

Puas memandang sana sini
Keluasan dewan diukur rapi
Mana mungkin dapat dicari
Melihat ke atas manusia kerdil sekali

Pelajar contoh anugerah diberi
Rajin serta berdedikasi
Itulah yang menarik hati
Si jejaka mahu mengenali

Ain Adawiyah empunya diri
Rambut ikal bersisir rapi
Sentiasa kemas pujian tak henti
Lalu Razique jatuh hati

Razique memerhati setiap hari
Kemana saja Ain pergi
Asrama cafe perpustakaan dikawal rapi
Mata Razique tajam sekali

Sudah berbulan kisah berlalu
Tidak sedikit Ain menunjuk laku
Geram di hati Razique cemburu
Melihat Ain yang buat-buat tak tahu

Cuti semester bakal menjelang
Perasaan Razique tidak terbilang
Degupan jantung datang menyerang
Beranikan diri tidak menoleh ke belakang

Jambangan mawar Razique hulurkan
Kepada Ain yang jadi idaman
Lama tersimpan salam perkenalan
Barulah sekarang hajat kesampaian

Degupan jantung memang menyerang
Tatkala Ain menerima dengan senang
Razique terkedu katapun hilang
Ain berlalu sekadar memandang

Aduh aduh bodohnya aku…
Agaknya itulah yang berlaku
Bilakah nanti akan bertemu
Mungkinkah hati akan merindu?

Cuti semester akan bermula
Semua pelajar pasti gembira
Razique saja yang duduk berduka
Kerana nanti Ain jauh di mata

Tawa perli Razique pekakan telinga
Don Juan kecundang akhirnya
Itulah usikan kawan-kawan yang ada
Ain Adawiyah punya angkara

Razique duduk seorang diri
Memerhati ikan berenang di petang hari
Assalammualaikom terdengar dari sisi
Razique menoleh lemah lutut dan sendi

Wa’alaikomsalam terkeluar jua
Senyuman diiring tanda gembira
Selamat bercuti Ain berkata
Insha’Allah next semester kita berjumpa

Terima kasih terkeluar suara
Ain balik mana? Razique bertanya
Tak jauh…Melaka saja
Eh..samalah kita…gembira dirasa

Oh ya…Ain bagaikan teruja
Mungkin juga tidak disangka
Kenalan baru sama tempat tinggalnya
Pantas saja Razique mencari idea

Melaka di mana? Tanya Razique serta merta
Alor Gajah sepatah jawapan diterima
Ohhh…Razique mengiyakan pula
Hmmm…kamu pulak di mana?

Masjid Tanah…jawapan Razique beri
Oh ok…balas Ain tak tertangguh lagi
Ok lah ya…saya mohon diri
Abah dan mak dah lama menanti

Can I have your number please?

Razique memohon dengan perlahan
Langkah terhenti dengan pertanyaan
Senyum melirik cuba ditahan
Kerana hati dan perasaan yang berkocakan

Menarik nafas dengan perlahan
Semoga getaran dapat ditahan
Haii…tak mungkin Don Juan sudah tertawan
Atau Ain Adawiyah sudah terperasan

What number? Tegas saja bunyinya
Sudah geharu cendana pula…jawapan diterima

Dalam getar Ain bersuara
Nombor saya untuk orang tertentu sahaja
Oleh itu kenalah awak berusaha
Andai ingin mendapatkannya

Baiklah…cabaran diterima
Walhal dalam hati geram tak terkata
Selamat bercuti Ain yang manja
Nantikan panggilan dari saya ya…

Sudahnya pasti…Ain membalas dengan senyuman
Jangan nak perasan..wahai Don Juan
Detik hati terus dinafikan
Lalu melangkah dengan kuatnya debaran

Ain terasa diri diperhati
Mak dan abah melambai kini
Terus saja Ain berlari
Bersalam dengan keluarga dikasihi

Sebaik saja di dalam kereta
Telefon bimbit sms bersuara
Salam dihulur pembuka kata
Ini nombor telefon saya

Terkejut ternganga Ain membaca
Cepatnya Razique mengetahui
Ain menoleh lambaian diberi
Senyuman diberi sakit dirasa

Jangan jual mahal…sms diterima
Don Juan dah jadi Don Daniyal…baris seterusnya
Semester depan hangat jadinya cerita
Ain Adawiyah dan Razique bercinta

Antara marah lucu dengan gurauan
Ketawa Ain terpaksa ditahan
Sekiranya terburai pasti penuh pertanyaan
Mak dan abah yang duduk di hadapan

Sms berbunyi lagi
Glamour ke anak abah ni?
Tawa kecil Ain beri
Mak menyambut girang berbunyi

Ain membaca dengan teliti
Saya akan ke rumah awak nanti
Jangan sombong tau…ini ikhlas dari hati
Akan saya bawa keluarga sekali

Gila sungguh budak ini
Kata Ain di dalam hati
Don Juan nak tunjuk berani
Datanglah…walau segerabak akan ku nanti

Menyahut cabaran dengan berani
Butang “send” terlepas kini
Seronok Ain bermain api
Abah tahu…telefon dirampas pasti

Terima kasih atas undangan
Datangnya saya dengan sireh junjungan
Sebentuk cincin tanda risikan
Ain Adawiyah jadi pilihan

Hahaha…

Budak-budak bermain api
Tersalah cucuh terbakar nanti
Wahai Don Juan janganlah bermimpi
Dirimu itu belum mampu berdikari

Tersalah cucuh terbakar nanti
Tidak mu kenal diriku ini
Don Juan pemain api
Cabarlah diriku sepuas hati

Cabaran awal sudah ku beri
Daku menanti dengan relanya hati
Cuma ku berpesan..jangan terus bermimpi
Andainya nanti dirimu kulum jari

Terima kasih kerana berpesan
Mimpi itu permainan perasaan
Walaupun besar gelombang di lautan
Ain Adawiyah tetap dalam genggaman

Berkata tuan hamba tegas sekali
Gerun pula bertapak di hati
Tidak akan ku berganjak walau seinci
Ini Tun Teja tau…cubalah kalau berani

Hahaha

Hang Tuah suruhan raja
Hang Jebat dikata derhaka
Kerana Tun Teja ku berani mencuba
Anak Melaka tak gentar punya

Ain sudah kehabisan idea
Hendak dibalas hambar terasa
Diam nanti ditindas pula
Aduhh Ain kini serba tak kena

Puas berfikir Ain terlena
Dah sampai…abah berkata
Biarlah Don Juan dengan angannya
Cuti plus hujan…Ain gembira

Makan tido..makan tido Ain berangan
Cuti kali ini Ain keseorangan
Adik seorang jauh diperantauan
Hanya mak dan abah menjadi teman

Eh eh awak dah lupa kat saya…
Ada suara mengacau lamunannya
Senyum Ain tak semena-mena
Teringat Don Juan yang diam seminggu lama

Salam terdengar di luar pagar
Ain menjengah dada bergetar
Apakah pandanganku ini memang benar?
Sireh junjung yang dibawa keluar

Tidakkkk…..

Telefon berbunyi bingitlah kini
Ain membaca pantas sekali
Kini ku datang dengan hajat di hati
Janganlah kamu bersembunyi

Andai diolah cantik berlagu
Mimpi tetap indah tanpa diganggu
Terima kasih wahai adik-adik ku
Ilham diberi untuk menulis selalu

Dari senja berulang senja
Cuma menulis sebuah cerita
Penatlah sudah tidak terkata
Oleh itu selamat berhujung minggu semua

Esok-esok berjumpa lagi
Harapnya ada idea diberi
Sementara menanti Cinta Jangan Pergi
Terus berangan sang pencerita di sini

Owned and written by : Sanaa 08/11/12

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: