• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • November 2012
    M T W T F S S
    « Oct   Dec »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
  • Archives

Sekalung Tahniah

Kehidupan adalah sesuatu yang berkait. Manusia yang hidup di mukabumi ini perlukan hujan dan matahari bagi menyambung kehidupan. Langit dan bumi juga saling memerlukan. Oleh itu kemana saja kita pergi, kemana pun langkah yang dibawa pasti ada sesuatu yang kita bawa bersama. Hakikat hidup manusia tidak pernah bersendirian, kerana fitrahnya manusia hidup berpasangan.

Allayarham Tan Sri P Ramlee berkata bahawa “lagu dan irama tidak dapat dipisahkan. Andai dipisah, rosaklah lagu pincanglah irama”. Kata-kata sakti ini tidak pernah luput dek hujan dan tidak lekang dek panas. Setiap kali siapa saja yang menuturkan kata-kata ini pasti kenangan singgah kepada insan seni yang telah lama pergi meninggalkan kita. Akan tetapi filem-filem lakonan dan arahan beliau masih diingati hingga ke hari ini.

Akira Kurosawa pula berkata “With a good script, a good director can produce a masterpiece. With the same script, a mediocre director can produce a passable film. But with a bad script even a good director can’t possibly make a good film. For truly cinematic expression, the camera and the microphone must be able to cross both fire and water. The script must be something that has the power to do this”

Begitu kuat kata-kata hikmat yang ditinggalkan oleh dua insan seni yang saya petik tatkala membaca artikel mengenai kemenangan drama Di Telapak Kaki Bonda. Seawal tayangan saya tidak sempat menonton drama tersebut, cuma berpeluang menonton sedikit sewaktu ulang-tayang untuk anugerah skrin 2012. Kemenangan yang diraih oleh drama ini membuka luas pandangan saya tentang drama tempatan yang kini bagaikan ‘dirasuk’ oleh adaptasi. Lebih mengagumkan saya apabila mengetahui penulis skrip drama ini adalah seorang wanita berbangsa Cina, Lum Pang Fui, 35 yang menjalankan perniagaan unit amanah.

Setelah menonton drama bersiri Nur Kasih beberapa tahun yang lalu, saya mengajar diri untuk menghargai dan menyokong drama tempatan. Saya berusaha menonton beberapa drama selepas Nur Kasih akan tetapi kecewa bertapak di hati. Kebanyakan drama yang ada sekarang diadaptasi dari novel ataupun skrip yang longgar serta plot yang tidak mantap. Saya cuba mendekati pengarah serta penulis skrip yang ada ketika dan tatkala drama-drama ini ditayangkan dengan harapan dapat memberi semangat untuk saya terus menonton karya mereka. Tidak tahu di mana silapnya kebanyakan cerita yang ada terlalu “stereotype” lalu tidak membangkitkan semangat saya untuk terus menonton.

Walaupun tidak berpeluang menonton keseluruhan drama Di Telapak Kaki Bonda saya menghargai elemen-elemen yang dicipta penulis skrip dan olahan pengarah. Perkara yang bermain difikiran saya selama ini tentang drama Melayu bagaikan terisi dengan babak-babak di dalam drama ini. Pada awalnya saya sudah menjangka bahawa Di Telapak Kaki Bonda bukanlah sebuah drama yang berat serta penuh konflik ataupun cinta yang bercabang-cabang. Kisah antara ibu dan anak serta dugaan yang mereka harungi adalah plot drama ini. Plot yang memang jarang dan teramat jarang di dalam drama kita akan tetapi menarik perhatian para juri dalam pertandingan ini lalu menobatkan Di Telapak Kaki Bonda sebagai drama terbaik.

Menurut kata Fui beliau mengambil masa enam bulan bersama Kabir untuk olahan skrip penuh. Bersama skrip yang kukuh serta kebolehan Kabir merealisasikan skrip ini kepada sebuah cerita bersama dengan pendukung watak membawa kepada kemenangan. Besar kemungkinan juga ia merupakan kejayaan peribadi buat Kabir dalam merealisasikan skrip ini kepada sebuah drama oleh kerana Kabir dikatakan lebih selesa atau sinonim dengan skrip yang ditulis sendiri oleh isteri beliau, Mira Mustafa. Dari temubual wartawan bersama Fui, saya membuat sedikit rumusan bahawa Kabir seorang pengarah yang teliti sebelum bersetuju dengan sesebuah jalan cerita serta skrip yang dibentangkan.

Dengan kejayaan yang diperolehi oleh Di Telapak Kaki Bonda sekali lagi terbukti bahawa setiap kejujuran pasti mencipta kemenangan. Bukan seorang penulis sepenuh masa Fui mendapat peluang bekerjasama dengan Kabir Bhatia bersama dengan pendukung-pendukung watak drama ini seperti Diana Danielle, Sherry Merlis (yang memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama), dan lain-lain lagi. Kebijaksaan dan ketelitian yang Kabir tunjukan telah juga dibuktikan dalam pengarahan beliau yang lain seperti Nur Kasih (drama dan filem), Kekasihku Seru bersama sambungannya Waris, Sepi dan Cinta.

Seperkara lagi yang menarik perhatian saya apabila Fui berkata bahawa Kabir bijak mencungkil bakat pelakon-pelakon yang dipilih. Melalui terbitan dan pengarahan Kabir yang terdahulu saya menyedari Kabir dan Filmscape amat berani memperkenalkan muka-muka baru di dalam setiap penerbitan. Muka-muka baru ini pula diadun bersama dengan nama-nama yang sudah terkenal di dalam industri. Faktor-faktor di atas adalah kunci kejayaan Kabir dan Filmscape pada pandangan saya.

Sekalung tahniah untuk penulis skrip Lum Pang Fui di atas kejayaan Di Telapak Kaki Bonda dan semoga dengan kejayaan ini memberi dorongan serta semangat yang kuat untuk Fui dan penulis-penulis lain untuk mengilham cipta skrip yang bermutu. Drama di Telapak Kaki Bonda juga meraih anugerah Lakon TV Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama dan Pengarah Terbaik Drama.

A thought by : Sanaa 15/11/12

*****

MALAM Jumaat lalu, semua teka teki mengenai pemenang bertuah Anugerah Skrin 2012 (ASK2012) anjuran TV3 sudah terjawab. Malah, kategori Drama Terbaik akhirnya menjadi milik Di Telapak Kaki Bonda terbitan Filmscape Sdn Bhd.

Malah, dicalonkan dalam lima kategori nyata memberi kemenangan besar pada telefilem ini untuk menewaskan saingan lain apabila memenangi empat daripadanya iaitu Lakon TV Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama dan Pengarah Terbaik Drama.

Sehubungan itu, apakah sebenarnya kekuatan Di Telapak Kaki Bonda yang berjaya menewaskan calon lain seperti Aku Mahu Terbang, Ku Petik Dosa, Parit Jawa, Parut Ashikin, 100 hari, Sepatu Merah dan Pak Ngah Haji Omar.

Bahkan, dengan kemenangan ini juga ia sekali lagi memberi pengiktirafan pada bakat pengarahan dimiliki sutradara berbakat, Kabir Bhatia. Malah, yang menariknya ia juga adalah kerjasama Kabir dengan penulis lain.

Umum mengetahui, Kabir cukup sinonim dengan skrip yang dihasilkan isterinya, Mira Mustafa. Jadi, apakah yang menarik minat Kabir terhadap skrip Di Telapak Kaki Bonda, hasil tulisan Lum Pang Fui, 35, seorang penjual unit amanah swasta.

Bagi mengetahui sedikit sebanyak mengenai kerjasama terjalin antara Kabir dan Fui untuk berganding bahu menghasilkan Di Telapak Kaki Bonda, ikuti temu ramah wartawan Harian Metro, Norhayati Nordin (yati@hmetro.com.my) bersama penulis skrip yang mesra dengan panggilan Fui ini, yang juga pemenang anugerah Lakon TV Terbaik.

RAP: Apakah perasaan anda dengan kemenangan ini?

FUI: Saya berasa terharu dan bersyukur. Apatah lagi, ini kemenangan pertama saya dalam majlis anugerah. Apapun, saya memang tak sangka drama ini akan menang kategori Drama Terbaik kerana saingan cukup hebat.

Selain itu, saya juga tidak tahu yang nama turut dicalonkan dalam kategori Lakon Layar Terbaik. Kehadiran saya di ASK2012 lalu adalah sekadar memberi sokongan kepada drama Di Telapak Kaki Bonda yang dicalonkan dengan harapan kemenangan.

RAP: Di mana kekuatan drama Di Telapak Kaki Bonda ini?

FUI: Saya mengetengahkan unsur muhibah serta nilai murni Islam dalam skrip drama ini, seiring dengan tema penayangannya yang berkonsepkan Merdeka Raya di TV3, tahun lalu. Apapun, plot ceritanya menjurus pada hubungan ibu dan anak.

Ia mengisahkan kasih seorang anak terhadap ibunya yang sanggup mereka sepasang kasut untuk di hadiahkan kepada ibu tercinta. Pun begitu, bagi elemen muhibah pula saya wujudkan peranakan Baba dan Nyonya sebagai sub plot.

Jadi, nilai kasih sayang, persahabatan, emosi dan kepelbagaian kaum yang menonjolkan realiti kehidupan masyarakat di Malaysia, ada saya muatkan. Justeru, pada saya Di Telapak Kaki Bonda adalah kisah yang cukup rencahnya.

RAP: Dalam ucapan anda ada menyebut nama arwah Yasmin Ahmad, apakah kaitan beliau dengan skrip itu?

FUI: Sebenarnya, hasil kerja arwah Yasmin banyak menyumbang ilham kepada saya dalam penulisan skrip ini. Jujur dikatakan, saya adalah salah seorang peminat setia arwah. Saya suka menonton semua filem dihasilkan Yasmin.

Apatah lagi, saya juga bukanlah penulis skrip sepenuh masa. Jadi, menerusi tontonan pada filem-filem karya Yasmin, ia membantu memberi ilham kepada saya untuk menghasilkan skrip yang berkonsep muhibah serta mempunyai nilai murni.

RAP: Bagaimana pula kerjasama anda dan Kabir terjalin?

FUI: Saya tahu Kabir adalah seorang pengarah terkenal. Pun begitu, sebelum kerjasama ini terjalin saya memang tak pernah bertemu dengannya. Malah, kerjasama kami berlaku secara kebetulan menerusi seorang rakan.

Rakan saya itu bekerja sebagai penyunting di Filmscape dan suatu hari dia memberitahu ada seorang kawannya memerlukan karya yang memiliki konsep untuk Merdeka Raya. Jadi, saya fikir mengapa tidak mencubanya.

Justeru, bersandarkan inspirasi daripada karya Yasmin berserta pengalaman keluarga saya yang ada berkahwin dengan kaum lain di negara ini, maka terhasil juga skrip Di Telapak Kaki Bonda seperti diinginkan.

RAP: Berapa lama anda mengambil masa menyiapkan skrip itu?

FUI: Ilham saya untuk menghasilkan jalan cerita ini adalah dalam masa satu hari. Cuma, olahan kepada skrip penuh dilakukan selama enam bulan kerana mengikut perbincangan yang dibuat bersama Kabir. Ia dilakukan cukup teliti.

Pun begitu, saya sebenarnya amat terharu kerana Kabir sudi memilih skrip ini untuk dihasilkan menjadi telefilem istimewa sempena tayangan Merdeka Raya di TV3. Apapun, saya sudah memberikan yang terbaik pada skrip ini.

RAP: Sejauh mana kepuasan anda dengan hasil kerja Kabir?

FUI: Tak dinafikan, saya sangat berpuas hati dengan kreativiti Kabir dalam merealisasikan skrip itu kepada telefilem yang menarik untuk ditonton. Selain itu, saya juga amat menyukai sinematografi yang dipaparkan.

Sinematografi di dalam paparan telefilem Di Telapak Kaki Bonda cukup cantik. Malah, semua babak juga berjaya menyerlahkan emosi pelakon yang membintanginya. Pada saya, Kabir bijak mencungkil bakat yang ada pada pelakon dipilih.

RAP: Perancangan anda selepas kemenangan itu?

FUI: Menerusi kemenangan yang diperoleh ini, secara tidak langsung sudah memberikan motivasi kepada saya untuk lebih serius dalam bidang penulisan skrip. Berkemungkinan, saya akan mempertimbangkan untuk ia menjadi karier sepenuh masa.

Jika sebelum ini, saya menulis skrip kerana hobi. Tetapi, kini saya semakin yakin untuk mengetengahkannya menjadi naskhah untuk drama atau telefilem. Apapun, saya akan memantapkan lagi usaha dalam penulisan skrip berkualiti.

RAP: Pandangan dan harapan anda terhadap industri hiburan tanah air?

FUI: Saya melihat industri hiburan tempatan sama ada perfileman mahu pun penerbitan drama TV, ia nyata menunjukkan potensi perkembangan yang cukup positif. Banyak karya bermutu dalam pelbagai genre sudah dihasilkan.

Cuma, harapan saya supaya skrip yang dihasilkan itu lebih menjurus kepada aspek muhibah dengan paparan ke arah masyarakat pelbagai kaum. Ia bagi menarik masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk menontonnya.

Aspek ini juga saya dapati dalam karya-karya yang pernah dihasilkan seniman tersohor negara iaitu arwah Tan Sri P Ramlee. Begitu juga dengan sentuhan Yasmin, yang nyata mengetengahkan elemen masyarakat pelbagai kaum dalam 1 Malaysia.

Credit to : Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: