• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • January 2013
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Archives

Lukisan Kenangan (Bab 3)

Ain dikejutkan dengan deringan loceng pintu rumahnya. Semacam bermimpi saja Ain rasakan kerana tidurnya juga tadi sudah hampir awal pagi. Ketika Ain merebahkan diri di sofa, jam sudah melepasi tiga pagi. Suara lelaki mat salleh memberi ucapan selamat pagi menambahkan rasa terkejut Ain. Setelah mengenalkan diri, Ain membenarkan lelaki itu naik ke atas.

“Mike”? Ain cuba mengingati nama itu. “Siapa dia ya”? tanya Ain lagi. Masih dalam kebingungan Ain membuka pintu apabila loceng dibunyikan. Sekilas pandang Ain sudah dapat mengecam lelaki tersebut lantas memberikan senyuman.

Sekali lagi Mike memberikan ucapan selamat pagi dan memohon maaf kerana mengganggu Ain di awal pagi. Mike datang menghantarkan jambangan bunga yang tertinggal di atas moto milik Mike yang Arif pinjam semalam. Di tangan Mike juga ada 2 bag kertas. Ain hanya menyambut jambangan bunga yang Mike hulurkan. Dua bag yang Mike hulurkan, Ain tidak mahu menerimanya kerana seingat Ain tidak ada apa yang dibawa semalam kecuali tas tangannya dan jambangan bunga yang Arif berikan. Ain terkejut dan tergamam buat kesekian kalinya apabila Mike mengatakan bahawa barang-barang yang ada di dalam bag tersebut adalah untuknya.

“No…it is not mine. I’m sure about it”, kata Ain berkali-kali untuk menyakinkan Mike.

“It is for you…I’m only the delivery guy”, balas Mike pula dengan senyuman. Mike menelengkan sedikit mukanya dan mencebikan bibirnya seakan merayu untuk Ain menerima dua bag kertas tersebut.

Mata Ain tertumpu kepada wajah Mike yang tetap merayu dan menggeleng kepalanya perlahan. Setiap gelengan Ain akan Mike balas dengan anggukan dan senyuman yang hampir menyeringai.

“Pleaseees…”, Mike merayu dan kembali mencebikan bibirnya.

Akhirnya Ain mengalah lalu mengambil kedua bag yang dihulurkan dengan ucapan terima kasih. Ain bergegas ke dapur sebaik saja menutup pintu. Tidak sabar rasanya untuk mengetahui apa yang ada di dalam kedua bag tersebut. Ain tambah teruja tatkala terasa ada benda panas di dalamnya semasa bag kertas itu terkena badan Ain.

Sebaik saja isi kandung bag itu Ain keluarkan, ternganga dan terlopong mulut Ain melihatnya. Tidak Ain duga sama sekali di dalam bag itu ada satu bekas berisi nasi yang masih panas, sambal udang dan paru goreng. Semuanya panas lagi. Terhidang di depan mata sekarang adalah makanan kegemarannya. Sudah agak lama Ain tak makan sambal udang, paru jauh sekali, serta merta berlegar rasa enak dan terkeliur Ain melihatnya. “Nasi lemak ke ni”? tanya Ain sendiri lalu mengambil secubit untuk dirasa. Sewaktu Ain mahu menyuapkan nasi ke mulutnya baru Ain terperasan ada sekeping nota diselitkan.

“Nasi dimasak dengan kasih sayang, sambal ditumis setulus hati dan paru digoreng kerana Arif masih mengingati”.

Beriring dengan nota yang dibaca sedih dan gembira berkumandang kembali di hatinya. Namun Ain tidak mampu menahan airmatanya dari terus menitis. Terlalu mudah Ain mengalirkan airmata sejak semalam dan semoga airmatanya ini dapat menghapuskan kekesalan silam. Sambil mengesat airmata yang masih mengalir, Ain membuka bag yang satu lagi dengan perlahan. Berbagai pertanyaan datang apabila melihat bag tersebut mulai basah. Tidak syak lagi sedih dan gembira yang berkumandang kerana Arif sememangnya memberi berbagai kejutan. Ain membelek beberapa bungkusan barangan dingin beku yang Arif berikan. Ada bermacam jenis termasuk masak lemak cili padi dan juga rendang selain dari masak asam pedas dan kuah laksa johor.

“Inikah yang membawa Arif ke mari”, datang lagi pertanyaan yang tidak mungkin terjawab, kata Ain sendiri. Keluhan yang bertali arus membawa Ain menyimpan barangan tersebut ke dalam peti sejuk.

Tersandar Ain di pintu peti sejuknya seketika dengan berbagai perasaan. Ingatan Ain terbawa kepada kad yang Arif hulurkan semalam, lalu Ain bergegas mahu melihatnya. Pesanan ringkas di telefon bimbit pula berbunyi membuatkan Ain membacanya dahulu.

“Mampukah aku melupakan”, keluh Ain lagi dalam ruang rumahnya yang sepi itu sambil menyapu airmata yang masih tidak mahu kering.

“Selamat pagi Ain Adawiyah…sedap tak nasi lemak tu” Makan ya jangan biarkan perut tu kosong…penat tau saya masak…hehehe”…with love, Arif”.

“Thank you Arif”, kata Ain semasa menyenduk nasi yang diberi ke dalam pinggan.

Kiriman sms Arif tidak Ain balas, walaupun dengan ucapan terima kasih. Di pagi yang hening dan nyaman ini, Ain mengakui pada dirinya bahawa tidak ada sesaat, seminit jauh sekali sehari Ain melupakan Arif. Ain sedar sejak awal lagi Arif tetap wujud dalam dirinya. Membuang kenangan mereka adalah satu penyiksaan, lalu Ain membuat keputusan membawa Arif di dalam hatinya. Telah Ain sediakan satu ruang khas di hatinya untuk Arif dan membiarkan Arif hidup tenang di situ. Hari-hari yang Ain lalui sudah lama menyedarkan Ain dan bertambah yakin bahawa Arif tidak mungkin lagi berada di sisinya.

Pertemuan yang tidak disangka-sangka memberikan mereka kesempatan meniti kisah lalu, menjadikan semalam hari yang terindah buat Ain. Walaupun pertemuan mereka amat singkat, akan tetapi ia amat bermakna. Ucapan maaf yang terlalu ingin Ain mohon telah dileraikan. Airmata yang mengiringi ibarat membersihkan segala rasa yang terpendam dilubuk hati Ain selama ini. Ain lega yang teramat sangat walaupun masih ada keinginan yang dalam dan tetap berharap untuk mengetahui sedikit hal Arif sekarang.

“Hmm..awak datang UK untuk apa”, tanya Ain teragak-agak. Terkeluar juga pertanyaan itu dari mulut Ain. Janji yang dilafazkan pada diri sendiri kini didustai.

“Datang jumpa awaklah”, jawab Arif selamba. Arif ketawa ketika Ain menolak tangannya yang memaut bahu Ain. Marah yang teramat sangat membuat Ain bercekak pinggang.

“Arif Idlan”, sergah Ain. Suhu kemarahannya naik mendadak.

“Saya”, jawab Arif dengan senggeh memanjang.

“Not even a minute you are being serious and honest”, bentak Ain pula.

Kemarahan Ain tidak memberhentikan senyuman Arif malahan Arif bertambah riang mengusik. Tatkala Arif berkata “amboiii” dan “masih macam dulu jugak rupanya” menambah lagi gelodak marah di hatinya.

“Apa yang macam dulu”? lagi keras Ain bersuara. Tawa Arif kedengaran lebih riang dari tadi sehingga kembang kuncup hidung Ain menahan marahnya.

“Dah tu…awak yang tak nak percaya cakap saya”, ujar Arif manja. “Apahal nak marah sangat ni”? kata Arif lagi lalu mengusap pipi Ain.

Ain terkedu.

Senyuman, renungan dan telengan kepala Arif mengandungi berbagai cerita. Ain merasakan bahawa Arif masih merahsiakan sesuatu darinya. Arif sememangnya begitu. Sudah terasa merah padam muka Ain menahan geram dan marah dengan kelakuan Arif. Senyuman itu saja yang masih diberi. Senyuman yang amat menggoda di mata Ain, langsung membuat Ain terdiam dan tertunduk.

Di sebabkan marah yang membara, Ain terus saja memukul-mukul lengan Arif. Tidak Ain sedar kelakuannya sendiri masa itu. Ain cuma tersedar apabila Arif menangkap tangannya.

“Sorry”, Ain memohon maaf tanpa memandang Arif.

“Don’t be…I miss that”, tutur Arif begitu romantis. Ain terus diam terpaku. Mata mereka bertentangan.

“Hah…I’ve got you”, kata Arif sambil melompat-lompat kecil di hadapan Ain.

Kemarahan yang masih ada terus membuat Ain terpinga-pinga pula melihat perangai Arif. Suka bebenar nampaknya dia.

“Tunggu sini…I’ll be back”, pesan Arif lalu berlari anak meninggalkan Ain dalam kebingungan. Beberapa minit kemudian Arif kembali dengan sekuntum mawar di tangan. Melihat kuntuman bunga di tangan Arif memberi kedutan di dahi Ain. Belumpun sempat nak bertanya, Arif menarik tangan Ain untuk berdiri di tebing Tower Bridge dan meminta Ain memerhatikan apa yang hendak di buat.

“I love you…I love you not”. Memandang muka Arif dari sisi membuatkan Ain tidak mampu menahan tawa. Arif seperti anak-anak saja perangainya. Arif membuka kelopak mawar satu persatu dengan perlahan. Begitu asyik Arif dengan emosinya. Ain pula menjadi pemerhati setianya di kesunyian malam yang sudah bertapak. Apabila kelopak mawar terakhir tidak menyebelahinya, Arif menggunakan pula tangkai mawar yang dipatah-patahkan.

Ketawa Ain terburai apabila tangkai mawar terakhir Arif lepaskan dengan kata “I love you not”

“Alahhhh….” dengan panjangnya. “Penat tau”, Arif mendengus sendiri.

Bukanlah sesuatu yang terlalu menggelikan hati akan tetapi Ain ketawa hingga terkeluar airmatanya apabila Arif membebel keputusan tidak menyebelahi pihaknya. Tidak Ain hiraukan butir bebelan Arif, namun apa yang pasti gelagat Arif telah mampu membuat Ain terlupa segala pertanyaan mengenai Arif yang bersarang di hatinya sejak pagi tadi.

Di kala tawa Ain mula reda, Arif menangkap kedua belah tangan Ain dan menggenggam jari jemarinya. Ain menarik dengan cepat akan tetapi Arif lebih pantas mengeratkan genggaman. Ain tidak selesa dibuat begitu lebih-lebih lagi Ain masih tidak pasti tentang status Arif. Ain cuba sekali lagi, namun gagal juga.

“Sejauh mana kenangan ingin saya campakkan, ia makin rapat dan hampir”, bisik Arif di telinga Ain. Ain memandang Arif kembali sebelum menundukan wajahnya.

“Kita tak sepatutnya berada di sini dan dalam keadaan begini’, terpacul saja perkataan itu dari mulut Ain sambil cuba lagi meleraikan pegangan tangan Arif ke atasnya.

“Kenapa”? tanya Arif tegas walaupun perlahan. Pertanyaan itu lantas memberi degupan kencang jantung Ain.

Terlalu jauh Ain mengelamun. Lamunan Ain diselang-seli dengan suapan nasi lemak yang Arif berikan. Sesekali nafasnya terasa sesak mengingati kisah semalam. Kisah semalam terus berputar di kotak fikiran Ain sehingga tidak mampu Ain menahan rasa, lalu terlepas keluhan demi keluhan dari bibir comelnya.

Oleh kerana kisah semalam jua, amat perlahan Ain menghabiskan sesuap dua nasi yang masih ada. Walaupun fikirannya sarat dengan keindahan semalam, Ain masih sedar yang banyak kerja mesti dibereskan di hari ini.

Mata Ain melirik kepada jam di dinding. Jam sudah menunjukan hampir 9 pagi. “Waktu untuk kerja”, Ain bermonolog sendiri.

Keletihan badan yang amat dirasai serta matapun yang seakan separuh terbuka, memaksa Ain melawan segala rasa penat dan malas bagi menyiapkan diri untuk mengukur Hyde Park dan kawasan kota sepanjang hari ini. Ain perlu menyiapkan diri dan mengumpul idea baru untuk pembentangan kertas kerja lukisan bagi menghadapi peperiksaan akhirnya nanti. Secara rambang Ain sudah bersedia dengan perkara yang hendak dibentangkan, akan tetapi struktur pembentangan perlu Ain kaji dan selidik dahulu.

Fikiran Ain juga diselang-seli oleh jadual sepanjang minggu hadapan. Seingat Ain jadualnya amat padat, oleh itu Ain tidak boleh menangguh tujuan hari ini kepada hari-hari lain. Jadual untuk esok telah sedia ada dan tidak mungkin Ain ponteng kelas membuat barangan kacanya. Sekilas lalu meniti jadual sepanjang minggu membuat Ain bingkas bangun untuk menyiapkan diri.

“Aku bolehhh!!!…aku boleh!!!”, Ain bernyanyi kecil sebagai memberi semangat kepada diri sendiri.

Walaupun begitu masih ada yang menahan Ain untuk meneruskan paginya dengan segera. Nota yang Arif tulis dan kirim bersama dengan bungkusan nasi lemak tadi membawa Ain termenung lagi. Berulang kali Ain membaca nota itu sebelum melekatkannya di pintu peti sejuk.

“Nasi dimasak dengan kasih sayang, sambal ditumis setulus hati dan paru digoreng kerana Arif masih mengingati”.

“Aku pasti membaca nota ini setiap hari”, kata Ain dengan hati yang gembira dan berbunga-bunga.

“Arif…Arif..”, kata Ain sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. “You are always full of ideas and surprises”, Ain berkata lagi yang membuat senyuman Ain terus meniti.

Eh…baiknya budi bahasa aku…tak call pun Arif kan”, gerutu Ain di dalam hati.

“Mandi dulu Ain, lepas tu call Arif ok”, Ain mengingatkan dirinya pula.

Kegembiraan yang Ain terima dan rasai kurang dari 24 jam ini adalah kerana Arif dan tidak Ain lupa sama sekali melafazkan syukur di pagi itu. Bermula dari pertemuan tidak disangka, dari senyum dan tangis bersulam tawa lalu tercipta bibit-bibit indah untuk dikenang selamanya. Dengan rasa berat hati Ain melekatkan nota dari Arif di peti sejuknya. Ain menoleh lagi kepada nota tersebut sebelum beredar dari ruang dapurnya.

Berita mengenai penerbangan berubah jadual dan terkandas kerana cuaca buruk membuat Ain terasa ada sesuatu yang tidak kena. Dengan segera Ain mengambil unit kawalan jauh untuk memperkuatkan suara di kaca tv dan sepantas itu juga Ain terkenangkan Arif.

Seminit dua berlalu, Arif dan Arif saja yang Ain fikirkan. “Apa pulak yang tak kena sekarang ni”? Ain dilanda resah. Ain mundar mandir di dalam bilik tidurnya sambil berfikir tentang Arif serta nasi lemak yang dimakan tadi. Sememangnya dah habis nasi lemak tadi…betulkah Arif yang memasaknya? Apakah Arif sudah berumahtangga? Soalan yang sudah pasti hanya Arif saja yang mampu memberikan jawapan.

Tanpa diundang Ain melewati kembali peristiwa semalam yang terus membuat Ain tersedar bahawa dia tidak bertanya apa-apa kepada Arif. Ain mengeluh mengenangkan nasi lemak, sambal udang dan paru goreng. Kesemua itu memang kegemaran Ain tapi di manakah Arif dapat paru? Sudah hampir 3 tahun Ain di UK, rasanya tidak pernah melihat paru di jual di mana-mana butcher pun.

“Eh…kenapa itu semua menjadi tanda tanya pulak ni”, Ain mengerutu sendiri.

Pertanyaan demi pertanyaan yang mengetuk ruang fikir Ain tidak dapat dielak lantas Ain kembali meniti apa yang berlaku semasa mereka berdua melewati malam dengan mengimbau serba sedikit kenangan lama. Seingat Ain, Arif melompat-lompat keriangan di hadapannya dan selepas itu berlari mengambil sekuntum bunga. Permainan bodoh Arif membuatkan Ain ketawa sehingga airmatanya mengalir. Selepas itu perbualan mereka beralih kepada perkara yang lebih serius sehingga Arif bertanyakan kenapa perpisahan terjadi di antara mereka.

“Tertinggal flight ke Arif nie”? “Atau sengaja”? tanya Ain sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

****

Arif gelisah, asyik saja melihat jam di tangan. Masih awal atau Ain tak keluar pagi ni? Ain juga tidak membalas smsnya tadi. Mike juga belum memberi apa-apa isyarat yang Ain sudah keluar.

Kali ini Arif benar-benar ikut kata hati sehingga sanggup menundakan penerbangannya. Sejak menceburkan diri dalam perniagaan belum pernah Arif berbuat begini. Untuk semua urus niaga, kebiasaannya Arif akan pastikan urusan perniagaannya selesai mengikut jadual. Akan tetapi rasa hati dan termakan dengan pujukan Mike, membawa langkahnya ke galeri pameran lukisan semalam mengubah yang biasa menjadi luar biasa. Semasa Arif meninggalkan galeri, sememangnya Arif sudah hampir terlupa yang dia mesti balik ke Kuala Lumpur malam itu juga.

Ketika Arif keluar dari galeri dan masih berdiri di tangga bangunan tersebut, hati dan fikirannya bagaikan tidak waras lagi. Berdetak detuk jantungnya antara menangguhkan penerbangan pulang ataupun tidak.

“Apakah aku akan berjumpa Ain lagi selepas ini”? “Apakah rancangan masa depan Ain”?. “Dengan siapa Ain di sini”? Bermacam soalan yang singgah di fikiran Arif dan akhirnya mengambil keputusan untuk tidak mahu memperjudikan masa dan peluang yang ada.

Niat hati untuk kembali masuk ke dalam galeri Arif batalkan. Arif bergegas kembali ke pejabat untuk mengatur jadual pulangnya kepada tarikh lain. Oleh kerana pesawat yang penuh sentiasa, Arif mengalami kesukaran mendapatkan tempat duduk untuk penerbangan keesokan harinya, yang ada kekosongan hanya penerbangan sehari selepas itu. Jadi Arif akan berada di London sehari lagi.

“I’ll get all the answers”, kata Arif penuh yakin dengan genggaman tangannya.

Bermula dari pertemuan tidak sengaja dengan Ain semalam, sedikit sebanyak perubahan berlaku dalam diri Arif. Tidak sesekali Arif mengelak cuma Arif merasakan perlu “menguruskan” halnya dengan Ain dahulu. Keputusan mendadak yang Arif ambil membawa Arif tidak mengendahkan segala pesanan ringkas di telefon bimbitnya yang diterima dari Juliana. Arif sekadar membaca dan memahami kerisauan yang melanda hati wanita itu.

Aku tak punya banyak masa, detik hati Arif . Arif juga belum bersedia untuk berhadapan dengan soal hatinya tatkala ini. Yang penting bagi Arif sekarang adalah berjumpa dan bersama Ain hari ini. “Aku mesti, akan aku gunakan masa ini dengan sebaiknya, Arif bertekad lagi. “Peluang mungkin tidak berulang”, bagaikan ada suara yang menyokong tindakannya.

Helaan nafas panjang Arif lepaskan. Teringat pula Arif kepada Juliana dan tidak mungkin Arif nafikan bantuan Juliana selama ini. Sememangnya Juliana sentiasa ada bersamanya semasa Arif berusaha melupakan Ain. Ketika itu Arif tidak keruan. Setiap sudut di dalam rumahnya ada tersimpan kenangan bersama Ain, setiap penjuru pejabatnya juga membawa kenangannya bersama Ain. Tindakan drastik yang Arif ambil dengan menjual kameranya, membakar dan mengoyakan gambarnya bersama Ain, membuang segala hadiah yang pernah Ain berikan termasuk potret dirinya yang Ain lukis adalah jalan terbaik.

Di masa itu Arif pastikan tidak ada satupun yang tertinggal. Arif yakinkan diri setelah membuang segalanya, kenangan akan terpadam dan hilang, segala sakit di hatinya pula akan sembuh dan lenyap bagaikan angin yang berlalu. Setelah itu, Arif hanya menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjanya sahaja. Bersama Juliana membuat Arif lebih tekun bekerja oleh kerana sikap Juliana yang mementingkan mutu dalam pekerjaan. Lama kelamaan mereka membina keserasian dalam perhubungan.

Juliana seorang wanita yang amat berdikari dan tidak pernah mahu berceritapun tentang dirinya dan keluarga serta impian masa depan. Juliana juga tidak pernah bertanya tentang impian Arif dan kemana arahnya perhubungan mereka. Mereka sealiran, fikir Arif. Sehingga Arif lupa bilakah kali terakhir dirinya merasa benar-benar rindu kepada Juliana walaupun seminggu tidak berjumpa dan berhubung. Atau mungkin Arif menidakan rasa yang datang oleh kerana kesibukan kerja yang asyik merancang perkembangan perniagaan syarikatnya.

“Ain”, sekali lagi nama itu melepasi bibir Arif dan membawa Arif tersedar dari lamunan. Tanpa berlengah Arif mencapai telefon bimbitnya dan meluru keluar. Menuruni anak tangga dengan lajunya, Arif melihat kelibat Ain yang secara kebetulan baru turun dari rumahnya. Andainya Ain tahu bahawa mereka tinggal berdekatan, mahu rasanya Ain menjerit lagi.

*****

Arif sekadar mengangkat tangan kepada Mike apabila menyedari lelaki itu mahu menahan Ain.

“Give me high 5”, kata Arif kepada Mike dan terus berlari untuk mengejar Ain yang berjalan dengan lajunya.

“Lajunya jalan”, Arif menegur Ain dari belakang dalam keadaan yang termengah-mengah.

“Awak kena kejar hantu ke”? kata Ain cuba bergurau untuk menutup rasa terperanjatnya melihat Arif pagi ini.

“Bukan kena kejar hantu TAPI mengejar masa silam”, gurau Arif pula.

Jwapan balas Arif membuat hati Ain bagaikan tertusuk sembilu. Halus sahaja bunyi kata-kata itu di pendengaran Ain dan dengan laju meneruskan langkahnya tanpa menghiraukan Arif.

Arif hanya mengikut rentak jalan Ain tanpa bertanya kemana dan arah mana Ain hendak pergi. Sesekali matanya melirik kepada Ain disebelahnya. Masih menahan rasa sabar untuk tidak bersuara, Arif tetap menanti. Setelah agak lama berjalan, Arif dapat mengagak bahawa Ain mahu melewati Hyde Park.

Ain pula tidak tahu apa angin yang menyerang, terus berdiam diri. Arif tetap sabar. Ain berhenti, dia berhenti. Setapak Ain melangkah, setapak jua Arif melangkah. Ain memandang, Arif merenung yang akhirnya membawa gelagat mereka diperhatikan oleh orang yang lalu lalang. Mereka meneruskan perangai keanak-anakan itu untuk beberapa ketika.

“Wahhh…nampaknya ada orang tu bisu lepas makan nasi lemak”, Arif membuka bicara antara mereka dan mencuit sedikit pinggang Ain.

Ain tetap membatukan diri. Ain berkeras untuk tidak memberi sebarang reaksi kepada cuitan itu. Entah kenapa dengan tidak semena-mena Ain merasa marah benar kepada Arif, walaupun sebenarnya Ain marah kepada diri sendiri kerana masih mampu merasakan lelaki itu. Perpisahan mereka sudah lama namun di pagi ini resah Arif seolah-olah menjadi resahnya. Tatkala resah dan rasa itu datang Ain cuba mencari jawapan namun hampa. Ain gagal mentafsir rasa yang datang, oleh itu apabila Arif menegurnya tadi, Ain berusaha keras untuk tidak mengiyakan yang Arif masih berada di sini kerananya.

Arif tidak sanggup lagi berdiam diri. Bisunya Ain sejak tadi adalah sakit di hatinya. Tanpa berfikir panjang, Arif berdiri di hadapan Ain untuk menghalang langkah gadis itu seterusnya. Tindakan tanpa fikir Arif hampir membuat Ain terjatuh ketika melanggar tubuhnya. Arif menahan Ain dari terjatuh. Memang telah diduga bahawa Ain akan mencuka dengan perbuatan Arif itu.

“Amboii…marahnya. Dah merah padam muka tu…nasib baik tak hijau”, seloroh Arif dengan niat untuk membuat Ain ketawa.

Ain masih lagi berkeras dan berdegil. Dengan segala tenaga yang ada Ain cuba melepasi Arif akan tetapi Arif lebih pantas menghalang. Kesabaran Ain terbatas sehingga Ain menjerit kecil. Walaupun kecil ada juga yang mendengar barangkali, kerana ada mata-mata yang menoleh. Ini memaksa Arif untuk mengangkat kedua belah tangannya sebagai tanda menyerah kalah. Selepas itu Arif melekapkan kedua belah tapak tangannya memohon Ain mendengar kata-katanya walaupun sekejap. Seperti dahulu Ain pasti akan berlembut setiap kali pandangan dan renungan mengharap Arif berikan.

“I’m sorry”, Arif memulakan kata. “Saya hampir terlupa dengan jadual penerbangan pulang semalam hanya untuk menghabiskan masa bersama awak”, sambung Arif lagi dengan harapan mendapat reaksi positif dari Ain.

Malangnya Ain buat tak endah dengan kenyataan Arif. Arif melepaskan keluhan berat apabila Ain masih juga berdiam diri dan terus berusaha membolosi Arif.

Fikiran Ain melayang kepada apa yang melintasi fikirannya awal tadi. “Benarkah hampir terlupa atau sengaja”?, soal Ain sendiri. “Aneh dan pelik”, detik hatinya lagi. Oleh kerana tidak mahu banyak soal Ain memberi Arif pandangan yang amat dalam serta tajam. Ain berharap Arif memahami maksud pandangannya itu.

Arif memandang kiri dan kanan, atas dan bawah untuk beberapa kali lalu melepaskan jerit kecil semasa mendongakan kepalanya ke langit.

“Argghhh…rupanya Ain Adawiyah masih seorang yang degil dan keras kepala”, rungut Arif. Dengan spontan Arif memegang kedua belah pipi Ain seraya berkata “apa kata kita just enjoy the day tanpa sebarang perselisihan faham dan pergaduhan…please”, pujuk Arif dengan mencebikan sedikit bibirnya tanda merayu.

Arif masih tidak mahu melepaskan pegangan tangannya dari pipi Ain. Tiada respon yang Ain berikan kepada Arif, hanya mengangkat bag yang semestinya Arif tahu apa isi di dalamnya. Dalam masa yang sama otak Ain mentafsirkan yang dirinya mengundang bahaya kerana dia sebenarnya tidak tahu status Arif dan tambah bahaya Ain sendiri tidak tahu apa yang ada di dalam hatinya sendiri. Apa yang Ain sedar sekarang ialah dia memperjudikan sekeping hatinya yang amat rapuh, yang mampu berkecai dan berderai bila-bila masa sahaja. Namun suara-suara yang sama seperti semalam berulang kembali menyengat cuping telinganya. Suara-suara hatinya yang makin nyaring menyuruh Ain mengikut rasa hati kerana peluang ini tidak mungkin berulang lagi.

“Please”, pujuk Arif lagi sambil melekatkan dahinya ke dahi Ain tanpa melepaskan pegangan tangannya di pipi Ain. Hati perempuan Ain cair oleh pujukan itu.

“Mana perginya kamera awak”, pertanyaan tidak dirancang Ain membuat Arif tersentak. “You never leave home without it”, tambah Ain lagi sebagai tanda ingatan yang dia tidak lupa akan hobi kegemaran Arif.

Arif bukan sekadar tersentak akan tetapi menjadi lemas apabila Ain mengulangai pertanyaannya. Arif membiarkan soalan Ain tanpa jawapan dan terus mendiamkan diri.

Ain pula semakin marah apabila Arif tetap berdegil dengan tidak melepaskan tangannya dari memegang pipi Ain. Dengan segala usaha dan tenaga, Ain terus berusaha menolak dengan kuat tangan Arif supaya terlerai pegangan tersebut. Arif melawan akan tetapi mengalah apabila dapat dilihat ada air-air jernih mula bergenang di mata Ain. Sebaik terlerai Ain meneruskan langkahnya dengan meninggalkan Arif yang terus memanggil namanya.

Tidak berapa jauh Ain melangkah, tangan Arif memegang bahu kanannya dan memaksa Ain berhenti lagi. Dengan berhati-hati juga Arif melangkah ke hadapan untuk bertentang dengan Ain semula.

Setelah menarik nafas dan amat berhati-hati menyusun ayat Arif berjanji akan bercerita dari awal hingga akhir dan berjanji juga akan menjawab segala pertanyaan Ain nanti.

“Betul nie”? tanya Ain dengan memandang tepat ke mata Arif.

“Saya yang menurut perintah”, jawab Arif sambil mengangkat tangan kanannya seperti orang berikrar dengan senyuman melebar juga dengan anggukan kepala.

Marah Ain reda sepantas Arif menurunkan tangannya dari berikrar. Senyuman mula terbentuk di bibir yang pernah dianggap comel oleh Arif. Arif membalas mesra senyuman tersebut dan terlepas juga tawa kecil dari mulut Ain sebagai menahan rasa getar di hati.

Arif pula mengurut-urut dadanya tanda lega, lalu menghulurkan tangannya tanda isyarat perjalanan mereka akan bermula. Ain berkeras mahu melewati Hyde Park dengan alasan di pagi begini pasti ada sesuatu yang menarik hendak dirakamkan. Arif pula kurang bersetuju akan tetapi demi menjaga keadaan supaya tidak tegang, Arif terus mengiyakannya setelah Ain membuntangkan biji matanya sebentar tadi.

grande entrace of hyde park

“Apa yang interesting sangat”? “Orang ramailah kat Hyde Park tu”, rungut Arif semula apabila pintu masuk utama Hyde Park kelihatan. Arif seronok menyakiti Ain sambil menghayunkan tangan mereka yang bertaut erat.

Sebaik saja rungutan itu terluncur keluar, Ain memberikan jelingan tajam. Ain sedar Arif berkata sesuatu tapi tidak diendahkan.

Hari minggu adalah hari kebiasaan orang keluar bersantai bersama keluarga. Tumpuan mereka pasti di Hyde Park oleh kerana keluasan padang yang mampu menampung ratusan keluarga pada bila-bila masa. Hyde Park terbentang luas di tengah-tengah kota London dengan keluasan 350 ekar merupakan kawasan paling hijau di kota tersebut.

hyde park fall

Mereka yang datang punya aktiviti sendiri. Anak-anak kecil riang berlari bersama ibu dan ayah serta keluarga yang ada. Ramai juga pelancong melewati Hyde Park dan menikmati daun-daun yang jatuh berserakan di musim luruh begini. Besar kemungkinan itu adalah sesuatu yang baru buat mereka, sesuatu yang indah untuk dirakam dan untuk dijadikan kenangan.

UK, England, London, Hyde Park in Autumn

Ain melabuhkan diri di sebuah kerusi yang ada. Sewaktu mula-mula sampai di London, Hyde Park sering menjadi tempat Ain melepaskan rasa di atas kertas ataupun kanvas. Setelah sekian lama berada di kota London, Hyde Park menjadi sebati dengan dirinya. Sebuah kawasan lapang yang dipenuhi rimbunan pokok memang selalunya nyaman walaupun di musim panas dan di sinilah juga tempat Ain mengenali ramai pelukis jalanan. Mereka datang di setiap hujung minggu untuk menjual lukisan mereka dan juga melukis potret para pengunjung yang mahukan khidmat mereka. Ain pernah menjadi salah seorang dari puluhan mereka. Semenjak itu Ain tidak akan keluar dari rumah tanpa alatan lukisannya walaupun sekadar pensil dan drawing block sederhana besar.

“Habits die hard”, tegur Arif lalu menghulurkan secawan kopi kepada Ain.

Suasana sepi di antara mereka. Arif membiarkan jari-jari Ain melakarkan apa yang dia rasa di atas kertas. Sesekali Arif mengerling kepada kertas yang hampir siap. Ain menurunkan tandatangannya di sudut kanan lukisannya dengan judul “Dulu dan Sekarang”.

“Nah”, kata Ain lalu menghulurkan lukisannya kepada Arif. “Terima kasih atas ingatan ikhlas awak pagi tadi…dah terlalu lama tak makan paru goreng”, ucap Ain lagi sebaik saja Arif menerima lukisan Ain.

Arif terus memandang pada lakaran Ain yang jelas menunjukan imejnya dahulu sebagai penjual bunga dan pertemuan mereka semalam di mana Arif dalam sut dan tie.

“Kasihmu diterima”, jawapan perlahan Arif kepada Ain.

Gelak kecil beriring selepas itu sambil Ain menikmati kopi pemberian Arif sebentar tadi.

Angin nyaman di Hyde Park bersama ramainya orang yang lalu lalang membawa Ain jauh dalam kenangan. Sewaktu waktu dahulu hanya Arif yang akan bersyarah dan mengutuk lukisannya. Selepas mengutuk, tidak pernah Arif lupa berterima kasih setiap kali Ain melakar bunga-bunga yang ada disekeliling Arif waktu itu.

Walaupun Arif mengutuk adakalanya kerana campuran warna yang tidak sesuai atau tema yang lari, Ain tetap menghargainya. Pernah juga dahulu Arif memberinya sekotak krayon. Masa itu Ain ketawa menerimanya kerana pada Ain krayon hanya untuk anak-anak kecil ke sekolah. Lama kelamaan Ain menggunakan krayon tersebut jikalau melukis dengan pensil bagi memberi bayangan warna kepada setiap lukisannya di atas kertas.

Ain ingat lagi, enam bulan pertama selepas perpisahan mereka, Ain tidak melukis satu apa pun. Tidak juga mengambil sebarang gambar kerana Suffian tidak meminati atau menghargai apa yang Ain buat. Semasa Ain mula membina hubungannya dengan Suffian, hati Ain sendiri rasa celaru. Apakah benar hatinya kini kepada Suffian? Atau Suffian sekadar memenuhi impiannya untuk merasa berada di kelompok orang-orang berada.

Suffian anak kedua dari 4 beradik. Keluarga Suffian mempunyai perniagaan sendiri yang membawa Suffian ke serata pelusuk dunia. Suffian yang berkulit sawo matang dan sentiasa berpakaian kemas sering membuat Ain merasa “out of place”. Walaupun begitu Ain rasa seronok bila Suffian memperkenalkan dirinya sebagai kekasih kepada kawan-kawannya.

Party dan club adalah perkara biasa dalam hidup Ain semasa bersama Suffian. Kehidupan itu berlarutan lebih setahun. Ain terus hanyut dibuai rasa seronok. Pesanan ibunya tidak pernah didengari dan sering juga diingkari sehinggalah satu masa Ain menolak permintaan Suffian untuk keluar pada malam bersejarah itu. Ain menolak kerana simpati melihat keadaan ibunya yang tidak berapa sihat. Entah kenapa secara tiba-tiba malam itu Ain tidak tergamak meninggalkan ibunya sendirian di rumah. Ain juga tidak berhasrat untuk menghampakan permintaan Suffian akan tetapi hatinya tidak terpujuk untuk menemani Suffian ke majlis seperti dijadualkan. Bukan simpati yang Ain harapkan dari Suffian, sekadar memahami sudah mencukupi akan tetapi Suffian bertindak di luar dugaan dengan memarahi Ain dengan kata-kata yang amat kesat.

“You tahukan…yang meeting tu mustahak buat I”? “I nak you ada sama untuk menyakinkan para pelabur…you are good at that”, jerit Suffian di talian dan terus menghempaskan telefon. Sesungguhnya Ain amat kecewa dengan tindakan Suffian.

Terngiang-ngiang sahaja di telinga Ain kenyataan Suffian “menyakinkan para pelabur” dan “you are good at that” sehingga membuat Ain merasa gerun secara mendadak. Sepantas kilat juga bagaikan ada sesuatu yang merasuk fikiran Ain untuk berfikir ke arah itu.

“Apakah Suffian akan memperdagangkan maruah aku”, tanya Ain sendiri bertalu-talu. Sehingga hari ini Ain masih terasa nyilu di telinga dengan kata-kata pedih Suffian andainya terkenang.

Semenjak dari kejadian itu Ain tidak lagi mendengar kabar dari Suffian. Semudah itu Suffian memutuskan hubungan. Apabila mengenangnya kembali, barulah Ain teringat beberapa minggu sebelum itu Suffian membawanya membeli-belah dan membelikan Ain beberapa pasang baju yang mahal-mahal belaka, kasut dan juga tas tangan serta aksesori.

Bermula dari situ kesemua panggilan Ain kepada Suffian tidak lagi berjawab. Pesanan ringkas Ain juga terbiar sepi dan Ain makin terhimpit dan tertekan untuk menerima kenyataan bahawa keseronokan yang dilalui tidak memberinya apa-apa. Ain lebih rasa tertekan apabila dua bulan selepas kejadian itu ibu Ain pergi buat selama-lamanya. Ain merasa amat terhina kerana tidak ada seorang pun dari kawan-kawan bersukaria datang menziarah. Ucapan takziah juga seolah tidak ikhlas.

Hidup Ain kosong. Arah dan tuju tidak pasti dan dalam Ain merangkak-rangkak mencari jalan keluar Ain terbaca iklan tentang pameran lukisan dan bengkel lukisan. Masa itu arwah ibu baru saja meninggal seminggu. Ain gagahkan diri melawat pameran tersebut dan mendaftar diri untuk bengkel lukisan selama 3 hari itu. Niat Ain disokong dan tidak ditentang oleh saudara mara yang masih ada di rumah menemaninya buat sementara waktu. Mereka hanya meminta Ain buat keputusan yang terbaik untuk dirinya. Ain tidak boleh menyalahkan mereka kerana Ain dan saudara mara yang ada tidak pernah bergaul mesra. Antara mereka sekadar mengenali dan tahu adanya pertalian darah yang berkait dengan arwah ayah dan ibu Ain.

Bulan-bulan berikutnya membuat Ain berfikir dan terus berfikir arah tuju hidupnya sekarang dan masa hadapan. Dengan sedikit keyakinan yang ada dan kekuatan yang terbina Ain menyuarakan hasrat hatinya kepada seorang saudara terdekat. Melalui bantuan saudara tersebut Ain dapat seorang penyewa mat salleh untuk rumah peninggalan arwah ibu bapanya. Penyewa itu mahu menyewa rumah tersebut bersama dengan alatan dan perabut di dalamnya. Ain cuma perlu menukar mesin basuh dan juga peti sejuk kerana ia telah agak lama. Kontrak yang ditandatangani adalah 2 tahun. Wang simpanan yang ada serta sedikit sebanyak peninggalan arwah kepadanya, Ain mengatur langkah menyiapkan segala yang perlu untuk mengosongkan rumah tersebut dan memulakan perjalananan hidupnya sendiri.

Ain masih bernasib baik kerana penyewa tersebut amat baik hati. Mereka menawarkan Ain masih boleh berada di dalam rumah tersebut dan mengekalkan biliknya, akan tetapi Ain enggan. Ain sekadar berada di rumah itu sebelum berangkat meninggalkan tanahair. Sebagai anak tunggal dan kini yatim piatu Ain nekad dengan keputusannya. Sebelum berangkat Ain menziarahi satu-satunya bapa saudara yang masih ada iaitu adik kepada arwah ibunya. Ain berjanji akan tetap menghubungi mereka walau di manapun dia berada. Tidak pernah Ain sangka bahawa hidupnya seorang jua, tidak ada lagi teman ketawa, teman menangis memang jauh sekali.

“So…that’s my story”, kata Ain menghabiskan ceritanya yang panjang kepada Arif.

Lukisan Allah memang sarat dengan ujian akan tetapi kemanisan yang dikecapi adalah nikmat yang tidak terperi. Itulah yang Ain rasakan. Ain tidak menafikan bahawa masih mengenangkan Arif di dalam perjalanannya kerana Ariflah orang yang bertanggungjawab membawa Ain di mana dia sekarang.

“Semuanya atas usaha dan kecekalan awak, bukan saya”, tutur Arif perlahan.

Ain hanya memberi senyuman sinis kepada kenyataan itu. Terasa amat payah pada mulanya untuk bercerita, akan tetapi kini Ain terasa beban terlepas sudah dari bahunya.

“Apa rancangan Ain seterus dan selanjutnya…errr I mean your long term plan”? tergagap juga Arif ketika bertanya.

Ain hanya terdiam sebentar, lalu menggelengkan kepalanya dan memandang Arif sekali lalu bersama tawa yang paling kecil. Ain mengetap bibirnya menahan getar di hatinya apabila Arif mencapai tangannya.

“Jom”, kata Arif yang sudah berdiri dan menarik tangan Ain.

Ain panik kerana nampaknya Arif macam nak cepat saja. “Cepatlah…nanti awak tahu juga kita nak ke mana”, sambung Arif bagaikan mengerti apa yang bersarang di kepala Ain. Tanpa banyak soal Ain hanya menuruti langkah Arif.

*****

Di pejabat Arif suasana menjadi kecoh kerana masing-masing tertanya-tanya di manakah Arif. Keadaan menjadi bertambah kecoh apabila Juliana mengeruhkan keadaan yang asyik memaksa Zulaikha membuka kunci pintu bilik pejabat Arif.

Pagi itu keadaan menjadi amat tegang. Zulaikha tetap berkeras untuk tidak menurut kemahuan Juliana dan menegaskan bahawa Juliana tidak berhak mencampuri urusan pejabat Arif. Zulaikha menggunakan kuasa vitonya sebagai setiausaha Arif untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan selagi tiada perintah bertulis atau mahkamah.

Juliana semakin berang. Apa usahanya sekarang untuk menjejaki Arif dan kenapa dirinya jadi begini hanya kerana Arif. Itu yang sebenarnya menjadi punca kemarahan Juliana. Marah pada diri sendiri lalu dilemparkan kepada orang yang tidak berkenaan.

Melihat ketenangan Zulaikha, tertanya-tanya juga Juliana, apakah Zulaikha tahu di mana Arif berada dan kenapa dia tidak pulang seperti yang dijadualkan. Juliana dalam kebingungan.

Satu nama yang kini menghantui fikirannya dan kerana nama itukah Arif tidak pulang dan tidak menghubungi dirinya. Akan tetapi di manakah boleh Juliana mulakan pencarian? Apakah dia perlu menyalahkan diri sendiri? Rupanya dua tahun mengenali Arif tidak membawa apa-apa erti. Juliana sedar dan mengakui dia tidak mengenali Arif yang sebenar-benarnya.

Tidak ada apa lagi yang boleh dibuat selain dari menunggu. Hanya Arif saja yang mempunyai jawapan kepada keadaan ini. Memikirkannya juga akan menambah sakit di hati, lalu Juliana memohon berbanyak maaf kepada Zulaikha dan kakitangan yang lain sebelum meninggalkan pejabat Arif pagi itu.

*****

Arif menyatakan kesalnya kerana membiarkan Ain keseorangan semasa pemergian arwah ibunya. Ain amat terkejut apabila mengetahui Arif tahu tentang itu walhal semasa pemergian arwah ibunya mereka sudah putus hubungan dua tahun lamanya. Arif berterus terang yang dia mendapat berita tersebut selang tiga hari selepas pemergian ibu Ain melalui Kartika. Mereka terserempak sewaktu Kartika datang untuk makan tengahari di kedai Arif bekerja. Arif berjanji dengan Kartika waktu itu untuk menghubungi Ain akan tetapi tidak menunaikan janji yang dibuat. Kartika beriya-iya meminta Arif berjumpa Ain yang sedang dalam kesedihan sebagai seorang kawan sehingga memberikan Arif nombor telefon rumah Ain yang baru. Kartika sempat berpesan “be her friend in time of need…please” dan memberitahu Arif bahawa nombor telefon bimbit Ain tetap sama.

Arif memulakan cerita dan kini Ain menjadi pendengarnya. Arif mengakui amat payah untuk menerima hakikat bahawa hubungan mereka sudah berakhir. Selama beberapa bulan selepas perpisahan mereka Arif tidak henti-henti mencari di manakah salah dan silap dirinya hingga Ain berubah hati. Hatinya benar-benar terluka dan perasaan itu membuat dia mengambil jalan singkat iaitu membenci Ain. Arif menjadi murung dan tidak lagi menghiraukan nasihat kawan-kawan. Akhirnya setelah puas berfikir tanpa jawapan Arif bangkit dengan melakukan sesuatu yang amat drastik. Arif membuang segala kenangan mereka yang boleh disentuh dan dilihat. Hanya dengan cara itu saja Arif dapat menyakinkan diri untuk melupakan dan membuang Ain dari hati dan ruang fikirnya.

“Termasuk kegemaran dan hobi awak”? Ain memotong cerita Arif dengan nada yang amat nyaring.

Arif hanya mengangguk. Ain terus kehilangan kata-kata. Tahulah Ain kini kenapa Arif tidak bersama kameranya lagi. Arif meneruskan cerita dan terus bercerita sehinggalah dia bertemu dengan rakan kongsi yang ada sekarang. Berbekalkan sedikit wang simpanan, Arif melabur modal dalam kafe ala kopitiam. Berkat kepercayaan dua rakan kongsi Arif, dan secara kebetulan sebelum ini Arif pernah menjadi pengurus rantaian kopitiam segala urusan pentadbiran dan kewangan berada di bawah kelolaan Arif. Mereka berdua menjadi pelabur modal dan menerima pulangan yang sepatutnya setiap bulan selepas itu.

Kesungguhan Arif membuahkan hasil yang lumayan apabila rangkaian kedai yang pernah Arif uruskan dahulu mahu menjual franchise mereka. Tanpa berlengah Arif merebut peluang yang datang. Sistem kewangan yang teratur membolehkan Arif dan rakannya mendapat pinjaman modal bagi memulakan operasi perniagaan baru mereka. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang tahu..itulah falsafah yang Arif gunakan. Arif mengakui masih terasa perit di atas putusnya hubungan dengan Ain akan tetapi ganjaran yang diterima membuat Arif menyedari ada hikmah yang tersembunyi.

Ada masanya Arif terasa kesal yang tidak terkira kerana membuang segala apa yang ada dalam simpanannya demi melupakan Ain. Di waktu itu Arif terlalu yakin dengan membuang segalanya, luka di hati dapat di ubati. Arif lupa yang dia hanya ada sekeping hati yang menjadi tempat simpanan abadi sebuah kenangan. Arif melawan segala rasa yang datang mengenai Ain, baik di dalam masa sibuk dan tenangnya. Sememangnya Arif yakin dapat melupakan Ain dengan kesibukan kerja yang ada.

Alhamdulillah segala usaha dan penat lelah Arif selama ini telah berhasil. Kedatangannya ke UK adalah untuk memperluaskan usaha niaga baru; iaitu barangan dingin beku seperti yang diberikan kepada Ain pagi tadi. Arif memilih UK kerana mudah untuk berurusan dengan negara Eropah lainnya. Pertama kali menjejakan kaki di UK, Arif sudah terpaut untuk menjadikan London tapak permulaannya. Setelah dikaji selidik besar kemungkinan Arif dan rakan mahu membuka sebuah restoran Melayu di Paris kerana masih agak susah untuk mendapatkan makanan halal di kota itu.

Lama Arif terdiam selepas itu dan Ain terus menanti Arif menyambung ceritanya. Kedua mereka tenggelam dalam lamunan masing-masing.

Everything-about-the-Eifel-Tower-2

Lamunan mereka bertemankan lampu-lampu yang sudah mula terpasang di kota cinta ini. Sinaran neon yang menyerlah membawa Ain terkenang kembali di saat dia teringatkan Arif ketika berada di Paris beberapa bulan yang lalu. Kenangan yang datang secara tiba-tiba di masa itu membuat airmatanya berderai.

Arif masih diam membisu lalu Ain memberikan Arif sekilas pandang. Tidak terjangkau di fikiran Ain, sejauh manakah Arif “berada”. Dalam masa yang sama belum tergerak pula hati Ain untuk bertanya apa-apa. Dalam diam yang tercipta dan disudut hatinya paling dalam, Ain mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga dengan pertemuan ini. Tanpa perlu Arif berkata, Ain sudah dapat meneka bahawa esok adalah perpisahan buat mereka. Ain tidak mahu memikirkan apa-apa, lebih baik membiarkan saja waktu dan masa menentukan segalanya.

“Maafkan saya Ain”, tutur Arif lembut lalu menggengam jari jemari Ain dengan kedua belah tangannya. Genggaman Arif erat dan kemas.

Tersentak Ain mendengarkan permohonan maaf Arif. Ain terus menggelengkan kepalanya apabila mendengar ucapan maaf Arif buat kali kedua. Selama ini sememangnya tidak ada salah Arif kepadanya, kerana dia yang berdosa mengkhianati persahabatan dan cinta mereka.

Mata Ain melirik dari genggaman tersebut dan membawanya perlahan untuk menatap wajah Arif. Mata mereka bertemu. Malangnya, Ain tidak mampu mentafsir rasa hati Arif melalui pandangan itu. Tatkala Ain mahu membuka mulut, jari Arif menahannya. Ain bingung. Ain gelisah. Pandangan redup mata Arif ditatap lama yang akhirnya menjuraikan airmata lagi. Ain sudah menangis dengan sebanyak-banyaknya semalam dan di awal pagi ini akan tetapi masih dirasakan tidak cukup.

Dengan perlahan Ain mengalihkan jari Arif yang menutup bibirnya. Ain masih mahu memohon maaf. Ain masih mahu meniti saat manis mereka, akan tetapi pahit kenyataan mesti Ain terima dari kejadian dahulu.

“Awak tak ada salah apa-apa dengan Ain. Tak perlu minta maaf. Ain yang bersalah. Pertemuan ini amat bermakna buat saya dan selagi waktu bersama kita, izinkan Ain memohon maaf sebanyak-banyaknya. Maafkan Ain ya…, maafkan Ain dengan apa yang terjadi di antara kita. Perkara lima tahun yang lepas adalah kerana kelalaian dan kebodohan Ain”, kata Ain perlahan dalam sedu sedannya.

Ain menundukan mukanya sebelum berani menggenggam jari jemari Arif . Lama Ain begitu dan Arif membiarkannya saja. Helaan nafas Ain lepaskan kerana di sebalik fikiran Ain bagaikan terasa luka Arif masih dalam. Arif tidak mungkin begitu mudah memaafkannya.

Setelah lama begitu, Ain memberanikan diri mengangkat mukanya untuk memandang Arif semula. Tidak Ain sangka dan duga buat pertama kalinya dia menjadi saksi kepada airmata Arif. Selama ini Arif yang menjadi tempat Ain mengadu nasib, tempat Ain bergurau berjenaka dan Arif sentiasa senyum dan ketawa walaupun lawak Ain bodoh saja. Arif seorang saja yang rajin melayan marah dan manja Ain. Akan tetapi di hari ini dan buat pertama kali dan yang mungkin terakhir kali Ain menjadi saksi kepada airmata Arif.

“Maafkan saya juga kerana selama ini saya hidup dalam kebencian dan kemarahan terhadap Ain…”, kata Arif berterus-terang dalam nada tersangkut-sangkut menahan rasa.

Ain tidak tahu apa yang harus dilakukan. Sekali lagi dahi mereka bertemu dan dalam esak tangis yang masih ada mereka berjanji akan terus menjadi sahabat susah senang, tak kira di manapun mereka berada.

Dingin bayu kota Paris menjadi saksi dua sahabat memeterai janji. Andainya dahulu mereka pernah berjanji untuk setia dan menghormati cinta, di hari ini pula mereka melafaz janji untuk terus mengekalkan hubungan yang ada walaupun jarak memisahkan mereka berdua. Arif juga berjanji akan datang berjumpa Ain setiap kali dirinya ada urusan di benua Eropah. Sepantas kata yang terkeluar, sepantas itu juga Ain meletakan jarinya di bibir Arif.

“Jangan berjanji… ”, Ain meminta dengan gelengan kepalanya sekali. “Kita buat apa yang termampu saja ok. Saya tak mahu janji ini membebankan kita nanti”, pinta Ain lagi dan berusaha untuk senyum. Mengeratkan genggaman tangannya kepada Ain adalah jawapan yang terbaik dapat Arif berikan kepada permintaan itu.

Rasa bersalah masih menyelubungi diri Ain. Dirinya yang pernah mengecewakan segala harapan Arif lalu dia dikecewakan juga akhirnya. Oleh itu Ain berazam untuk tidak berjanji kepada sesuatu yang belum pasti. Langkahnya kini hanya mengikut arus setiap hari. Motto hidup Ain sekarang “take it easy and one day at a time”. Sesungguhnya Ain tidak punya perancangan yang jauh ke hadapan. Sebentar tadi Arif telah menyoalnya tentang itu dan Ain tidak tahu mungkin esok ataupun lusa dia akan mula mengatur hidupnya untuk kemudian hari. Untuk sekarang dan masa ini, lebih-lebih lagi masih berada di hadapan Arif, Ain tidak punya perancangan.

Ain memecah kesunyian di antara mereka setelah sekian lama dibuai rasa. “Cuma satu saja yang Ain pinta daripada Arif, tolong jangan benci Ain. Awak buanglah segala kenangan kita tapi tolonglah jangan benci Ain. Kebencian itu hanya akan menyakitkan dan menyeksakan diri kita saja. Ain tak mahu siksa Arif lagi” rayu Ain sambil memandang tepat ke arah mata Arif.

Arif tidak dapat menahan rasa sebak di dadanya lagi. Cepat-cepat dia mengalihkan padangannya daripada Ain. Kerana kemarahannya dengan apa yang terjadi, dia mengambil jalan singkat dengan membenci Ain. Namun sekarang dia sedar, waktu telah memadamkan kemarahan itu dan kebencian yang dirasai selama ini adalah kerinduan yang dia cuba nafikan.

Hari merangkak senja. Hati Ain sudah dihambat berbagai rasa yang tidak menentu. Sunyi dan sepi di antara mereka yang melayan hati dan perasaan tidak tahu bagaimana hendak Ain putuskan. Mereka perlu pulang ke London malam ini juga. Sejak tadi Ain mahu bertanya kenapa mereka kemari akan tetapi bila diingat kembali semuanya tidak perlu lagi. Sesingkat waktu yang diperuntukan buat mereka telah digunakan dengan sebaik-baiknya. Tiada kata lain yang dapat Ain tuturkan selain melafazkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah dengan nikmat kurnia ini.

Hajat Arif mahu ke Paris dengan membawa Ain bersama telah tertunai. Semasa mereka bersua dengan tidak sengaja, Arif sememangnya sudah merancang sesuatu. Niat Arif untuk melepaskan segala rasa yang terbuku di hatinya juga sudah terungkai. Semoga dengan pertemuan ini tiada lagi sengketa di antara mereka. Jikalau nanti mereka bersua kembali di Kuala Lumpur atau di mana sahaja, mereka tidak lagi merasa kekok dan bersalah. Mereka tidak perlu lagi melarikan diri di antara satu sama lain.

Walaupun begitu Ain sedar Arif masih banyak menyimpan rahsia dirinya. Arif hanya bercerita sedikit saja apa yang dilalui, sekadar membuang kenangan mereka dan juga hobi kegemarannya. Pertanyaan yang pernah terlintas di fikiran Ain tentang soal hati Arif masih tidak berjawab. Ain tidak mampu memaksa kerana keadaan mereka tidak sama seperti dahulu. Lebih baik tidak tahu apa-apa, detik hati Ain lagi. Mulut Ain pula begitu berat hendak bertanya jadual penerbangan Arif…biarlah keluh Ain di hati. Sekiranya Arif hendak beritahu ia satu bonus buat Ain di hari ini, kerana di awal pagi tadipun Ain tidak menduga akan bertemu Arif lagi, akan tetapi mereka berjumpa sehingga sampai ke Paris dalam waktu yang singkat.

Ain tidak mampu melelapkan matanya walaupun sesaat. Mata Ain asyik memerhatikan Arif yang terlena dalam perjalanan pulang ke Londan. Sebentar lagi keretapi Eurostar yang mereka naiki akan tiba di St Pancras International Station. Ain mengeluh kecil. Ditatap sepuas-puasnya wajah tenang Arif.

eurostar from London to Paris

Sepanjang perjalanan pulang Ain berusaha keras memujuk hati nya agar tidak meletakkan apa-apa harapan dari pertemuan ini. Bagi Ain, yang berlalu, biarlah berlalu. Dia redha dengan apa yang berlaku. Mungkin mereka dipertemukan semula kali ini hanya untuk menyudahi kisah mereka yang masih tergantung. Meleraikan apa yang terbuku di hati masing-masing. Ain berdoa agar Arif menemui kebahagian di dunia dan akhirat, walaupun bukan bersama dia. “Terima kasih Allah, kerana memberi aku kesempatan ini walaupun hanya untuk beberapa jam sahaja” sekali lagi Ain mengucapkan syukur di dalam hatinya.

“Sesungguhnya engkau masih yang terindah didalam hatiku, Arif Idlan” bisik hati kecil Ain sambil mengesat airmatanya yang tidak henti mengalir.

Ilham Cipta : Ally

Tulisan bersama : Sanaa dan Ally

Disclaimer: Hakcipta terpelihara. Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Nama dan tempat juga adalah khayalan penulis dan tiada sangkut paut kepada sesiapa yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Sebarang cetak di luar blog ini adalah dilarang. Terima kasih.

Enjoy the city…

Video credit to : Lana542001 via Youtube

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: