• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • January 2013
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Archives

Lukisan Kenangan (Bab 4)

Suasana hiruk pikuk di balai ketibaan membuat Arif menghelakan nafas yang berat. “It is time to face the truth and reality”, ucap Arif pada dirinya. Sepanjang masa dalam penerbangan Arif berusaha untuk melupakan apa yang ditinggalkan di kota London dan Paris. Arif menyakinkan diri yang dia kini dalam penerbangan pulang dan mesti terus menghadapi kenyataan bahawa dua hari yang lepas adalah mimpi yang paling indah. Terlalu indah untuk dibuang dan dilupakan. Oleh itu Arif berjanji tidak akan membuangnya lagi walau apapun yang terjadi. Di kali ini biarlah keindahan kenangan itu tersemat di dalam hatinya sampai bila-bila. “Belajar dari kesilapan…Arif”, suara hatinya berpesan.

“Selamat pagi Zulaikha”, Arif memberi ucapan tanpa Zulaikha menyedari kehadirannnya tadi.

“Selaaamat paaagi Encik Arif”, jawab Zulaikha tergagap-gagap mungkin kerana tidak menyangka bahawa Arif akan berada di pejabat pagi itu.

Arif memberikan senyuman kepada Zulaikha sebelum meminta setiausahanya itu membuatkan secawan kopi. Sebaik saja Zulaikha meninggalkan bilik pejabatnya, Arif membuka bungkusan lukisan yang dibeli. Memandang kedua lukisan itu hati Arif berbunga riang dan membawa senyuman yang terus meniti di bibir Arif.

“I’m glad I bought it”. Hati Arif amat lega melihat lukisan itu dan amat berpuas hati kerana tidak berdalih semasa hendak membelinya, walaupun sebelum itu tidak mengenali siapakah “AS”. Tidak dinafikan Edward seorang promoter yang bijak berkata-kata dan amat menyakinkan, akan tetapi Ain Adawiyah seorang pelukis hebat.

“All the best Ain…”, bisik Arif sendiri. Mata Arif masih tertumpu kepada lukisan tersebut sambil memandang dinding sekeliling ruang pejabatnya. Arif mencongak-congak di manakah dua lukisan ini hendak digantungkan. Besar kemungkinan ada di antara lukisan yang ada perlu diturunkan dan diganti dengan lukisan yang baru dibeli.

Tumpuan Arif kembali kepada kerjanya. Helaian-helaain kertas yang tersusun rapi di atas mejanya mendapat perhatian Arif, tidak terkecuali beberapa email yang perlu dijawab dengan segera. Sebentar tadi, Zulaikha telahpun memberitahu Arif jadual mesyuarat dan temujanji dengan pelanggan yang telah dibuat dan rescheduled. Arif hanya menganggukan kepalanya saja dan mengambil nota di mana perlu. Dalam masa yang sama Arif meminta Zulaikha mengaturkan seseorang untuk menggantungkan lukisan yang dibawa balik.

“Cantiknya…”, puji Zulaikha. Arif balas dengan senyum lebar tatkala pujian Zulaikha beri.

Melihat jam di tangan Arif terus saja mencapai telefon bimbitnya.

“Salam Ain…selamat sampai di Kuala Lumpur lewat malam semalam. Take care…Love Arif”.

“Cepatnya jawab”, kata Arif dengan senyuman yang terus meniti. Akan tetapi senyuman Arif mati secara tiba-tiba apabila melihat sms yang diterima bukan balasan daripada Ain.

Tidak sampai 15 minit kemudian, Juliana tercegat di hadapannya walaupun Arif tidak memberi arahan untuk masuk. Arif pasti Zulaikha tidak ada di mejanya kerana sekarang waktu makan tengahari membuatkan Juliana terlepas masuk begitu pantas. Arif yang masih lagi kepenatan dengan bebanan kerja yang mesti dibereskan juga banyak membuat Arif diburu resah. Sejak semalam sudah Arif berkata pada dirinya sendiri bahawa dia belum bersedia untuk berhadapan dengan soalan-soalan yang bakal dikeluarkan oleh Juliana. Hatinya masih bercelaru, mana mungkin dia membuat sebarang keputusan ataupun berbincang dengan Juliana.

Arif sekadar memberi sekilas pandangan kepada Juliana sebelum menjemputnya duduk. Berkemungkinan fikiran dan hati yang masih bercelaru, Arif bersikap dingin terhadap Juliana dan ini mengundang kemarahan wanita itu.

“You tahu tak betapa risaunya I”? bentak Juliana lalu menghempaskan dirinya di kerusi. Muka Juliana masam mencuka.

Arif menghempaskan pen di tangan lalu memberi pandangan tajam kepada Juliana sehingga Juliana terdiam secara otomatik. Pandangan tajam terus Arif berikan lalu membuat Juliana merasa tidak selesa dan kelihatan resah.

“Apa dah jadi dengan you ni”? sekali lagi Juliana berkata dengan keras. Merah padam mukanya kelihatan amat ketara seperti merahnya baju yang Juliana pakai.

Arif masih berdiam diri. Tidak ada sepatah katapun yang terkeluar dari mulutnya. Dia kembali membelek kertas-kertas yang separuh berserakan di atas mejanya. Tumpuan Arif kembali terganggu apabila intercom di mejanya berbunyi. Sebaik saja Arif meletakan gagang telefon, Zulaikha masuk bersama dengan seorang pekerja bangunan. Justeru itu Arif bangun dan meminta pekerja tersebut mengalihkan lukisan yang ada bertentangan dengan mejanya untuk digantikan dengan lukisan yang baru dibeli.

Kedua mereka bertukar pendapat seketika tatkala mahu mengantungkan lukisan yang pertama. Pujian Arif terima daripada pekerja tersebut kerana citarasa dan selera Arif memilih lukisan yang sesuai untuk hiasan dinding pejabatnya. Sekilas rasa Arif pasti pekerja tersebut tahu menghargai lukisan lalu mereka terus berbual mengenainya sehingga Arif lupa bahawa Juliana ada di dalam bilik pejabatnya. Perbualan yang bersulam tawa-tawa kecil terus membawa fikiran Arif kepada Ain. Arif terbuai sementara lukisan kedua digantungkan dan deringan sms di telefon bimbitnya membawa Arif kembali ke alam nyata. Berdetik jua hati Arif mengharap balasan dari Ain.

“Alhamdulillah…have a good rest. Take good care of yourself”, tertera di skrin membawa Arif menguntum senyuman.

Dari sudut matanya Arif sedar Juliana memberi perhatian teliti kepada pergerakan dirinya sejak dari awal lukisan hendak digantung hinggalah sekarang.

“Oh life crisis…so what”? desis hati Arif bersama keluhan. “Handle it Arif”, berkata Arif dengan tegas mengingati dirinya. Sebenarnya sejak semalam lagi sudah Arif fikirkan perkara ini. Andainya dahulu Arif membiarkan Ain pergi tanpa kata, kali ini Arif berjanji pada diri untuk tidak melakukan kesalahan yang sama terhadap Juliana. Di manakah titik tolak perhubungan mereka belum dapat Arif kenal pasti, akan tetapi Arif telah meletakan keyakinan untuk meleraikan segalanya tanpa rahsia. Arif sedar itu bukan perkara yang mudah kerana secara peribadinya Arif memang tidak gemar berkongsi rahsia hatinya. Lebih-lebih lagi dengan Juliana walaupun sudah mengenali wanita itu 2 tahun yang lalu.

Rahsia dirinya adalah hak dirinya sendiri. Itulah kelainan di dalam hubungannya dengan Ain. Ketika bersama Ain dahulu, pujukan Ain sering membuat Arif kalah dan menjadi amat mudah untuk Arif bercerita dan berkongsi rasa. Seawal setahun perkenalan, Ain sudah mengetahui cita-cita dan impian Arif. Arif juga bercerita kepada Ain hal keluarganya dan segala liku yang dilalui sejak dari kecil.

Mereka membina keserasian dalam perhubungan dengan bercerita hal keluarga, kerja, minat dan hal-hal awam yang lain. Mereka berselisih pendapat, bergurau, bergaduh dan pastinya akan ada sesi pujuk memujuk. Mereka sering bertolak ansur dalam bab-bab makanan. Ada hari Arif akan mengikuti selera Ain dan begitulah sebalik. Mereka belajar bertatih dalam membina hubungan. Bermula dari situ hubungan mereka rapat dan mesra. Ain mempercayai Arif dan senang meluahkan rahsia dirinya dan segala masalah yang dilalui. Disamping itu mereka berkongsi minat yang hampir sama. Ain suka melukis dan mengemari alam semulajadi. Arif pula suka mengambil gambar alam dan kehidupan manusia sejagat.

Terkilan jua di hati Arif kerana banyak berahsia di pertemuan yang baru berlalu. Dalam diam Arif mengakui tidak berlaku adil dan jujur terhadap Ain. Oleh itu Arif berdoa sangat-sangat semoga Ain akan menghubunginya nanti. Terselit jua rasa bahawa berdiam diri adalah jalan terbaik untuk mereka berdua. Di antara mereka tidak meletakan sebarang harapan dan tidak juga berharap. Apa yang Arif harapkan kali ini supaya hubungannya dengan Ain tidak terputus lagi. Arif telah berjanji menjadi kawan sejati kepada Ain. Arif juga telah berjanji akan membantu Ain dalam apa saja yang diperlukan. Arif berkeluh kesah…”mampukah aku”? detik hatinya pula. Ternyata keraguan mula bertapak di hati Arif.

Arif terkenang airmata Ain yang gugur tanpa henti pada pertemuan ini. Hiba rasa hati Arif mengenang kembali permintaan Ain supaya dirinya tidak dibenci.

“Tidak pernah aku membencimu Ain”, hati Arif berkata namun Ain tidak mendengarnya. Hanya genggaman tangan Arif eratkan semasa berkata begitu.

“Say something please”, rayu Ain berkali-kali. Juraian airmata Ain adalah hirisan tajam di hati Arif malam itu, namum rayuan Ain tetap dibiarkan sepi olehnya. Arif sekadar menyeka airmata Ain yang berlinangan dan memberi kucupan di ubun-ubun gadis itu. Ia adalah tindakan yang tidak dapat Arif kawal lalu mengundang Ain memandang tepat ke wajahnya dengan mata yang berkaca.

Mata Arif tidak berganjak dari lukisan yang sudah tergantung.

“I’m watching you everyday, Ain Adawiyah’, kata Arif sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Tatkala Arif mengangkat muka, barulah dia tersedar bahawa Juliana masih berada di hadapannya dan memerhati setiap gerak-gerinya sejak tadi. Arif gelisah, lalu mengalihkan pandangannya kembali kepada kertas-kertas yang berselerakan di atas mejanya. Juliana bagaikan tidak wujud di hadapannya kini, kerana mata Arif terpana pada lukisan Ain yang bertentangan dengan meja di ruang pejabatnya.

Arif amat bersyukur melihat Ain telah mampu berdikari dan sekarang sudah mula menempah nama di dunia seni lukisan. Walaupun dahulu Ain melukis sekadar suka-suka saja dan merupakan hobi, sekarang semuanya sudah berubah. Bermula dengan minat kini Ain mengorak langkah sebagai seorang pelukis professional. Arif gembira. Arif bangga dengan kejayaan yang telah Ain capai. Arif berdoa semoga Ain terus menempa kejayaan.

“You terlupa agaknya yang I ada di sini”, sinis suara Juliana mengejutkan Arif kembali dari lamunannya.

Arif tetap tidak berkata apa. Pandangan Arif kosong.

*****

Waktu berlalu memang terlalu pantas. Adakalanya terasa bagaikan tidak cukup 24 jam sehari, begitulah juga dengan pertemuan Ain dan Arif. Sudah sebulan pertemuan mereka berlalu. Semenjak itu tiada kabar berita yang Ain terima daripada Arif. Dalam sunyi dan rindu yang kadang-kadang melintasi hidupnya sehari-hari, pernah jua terlintas di hati Ain untuk mengutus kabar, akan tetapi Ain melawan segala rasa yang datang dan terus membatalkan saja niatnya.

Keyakinan Ain letakkan bahawa Arif sihat dan tentunya sibuk dengan urusan perniagaan dan kerja-kerja seharian. Walaupun begitu Ain amat bersyukur kerana Arif menunaikan janjinya mengirim kabar semasa selamat sampai ke tanahair. Itulah satu-satunya sms yang Ain terima daripada Arif dan dibalas oleh Ain. Berbohonglah Ain kiranya dia mengatakan tidak terkenangkan Arif sikitpun, cuma Ain berusaha untuk tidak fikirkan sangat. Ain sentiasa memenuhi aktiviti hariannya bagi menghadkan diri untuk terus khayal dalam kenangan. Ain sedar yang dirinya mesti kuat bagi menghalang segala desakan rindu yang hadir.

“Haihh…kesian kat rumah aku nie”, bebel Ain sambil memandang sekeliling ruang tamu rumahnya lalu mengutip majalah-majalah yang berserakan.“Nanti eh aku kemaskan kau cantik-cantik”, Ain bagaikan berjanji pada rumahnya.

Sebulan yang berlalu juga membuat Ain merancang sesuatu apabila musim cuti tiba. Kali ini Ain berazam untuk melakukan kerja-kerja menghias dan menyusun atur semula perabot dan barangan lain di rumahnya. Semasa Ain sibuk menyiapkan lukisan untuk pameran yang baru berlalu, rumah sekadar tempat Ain tidur dan rehatkan badan sahaja. Selebihnya tempat Ain melukis tanpa benar-benar menghiraukan untuk mengemas dengan teliti.

Beberapa hari yang lalu Ain sudah mula membelek majalah-majalah hiasan rumah dan bagaimana menjimatkan wang dengan cara make-over. Seperti selalu Ain memang pantang dicabar oleh diri sendiri. Tidak sempat-sempat lagi Ain hendak memulakan projek yang asyik berputar di kepalanya. Sebagai langkah permulaan, minggu ini Ain sudah mengambil keputusan untuk berada di rumah dan menukar posisi kerusi dan meja di ruang tamu. Niat Ain pula sudah mendapat sokongan dan keizinan dari tuanrumah membuatkan Ain bertambah seronok untuk memulakan projeknya. Semasa keizinan diberi oleh tuanrumah, Ain melompat girang serta teruja apabila tuanrumah berkata yang mereka akan menanggung kos dan membayar Ain upahnya sekali. Berhari-hari selepas itu tanpa berlengah lagi, Ain sudah berada di awangan. Asyik berangan-angan, kalaulah projek ini menjadi, Ain akan menawarkan khidmatnya kepada kawan-kawan rapat untuk make over kediaman mereka dengan upah yang minimum. Makin melebar dan panjang senyum Ain ketika berada dalam angannya sendiri.

“Ya Allah…mudahkan usaha dan jalan buatku dan makbulkan permintaanku ini Ya Allah semoga aku dapat pulang ke Malaysia dalam waktu yang terdekat ini…Aminn”, lalu Ain menyapu tangan ke mukanya.

Semacam bermimpi Ain rasakan selepas melafazkan doa tersebut. “betul ke permintaan aku tadi”, bertanya Ain kembali kepada dirinya. Sekali dua ada juga terlintas di hati Ain untuk pulang, tetapi selalu saja Ain menolak bisikan hatinya kerana terfikir siapalah yang hendak ditemui kalau balikpun. Boleh dikatakan Ain sudah tiada siapa lagi untuk ditemui di tanahair sendiri. Sebagai memenuhi janji, Ain sekadar menghubungi bapa saudaranya sekali sekala.

Italy_Venice_Gondolas

Gondola Port by St Mark”s Square – Venice

lucerne-switzerland-51

Chapel Bridge – Lucerne, Switzerland

Setelah pameran solo Ain sebulan yang lalu, Ain tidak ada projek selanjutnya dalam waktu terdekat, kecuali peluang dan rezeki datang bergolek. Namun demikian Ain tetap melukis dan di kelapangan yang ada Ain tetap menjejaki tempat-tempat yang menarik di UK. Walaupun tidak berkesempatan berjalan jauh ke negara Eropah yang lain serta bajet yang ketat, Ain telah dapat melihat Switzerland dari dekat dan juga singgah di Venice serta Germany untuk beberapa hari. Pengalaman bekerja di syarikat penerbangan dahulu Ain gunakan untuk mencari dan mendapat tambang murah serta tempat penginapan yang sesuai.

wales-whitesand-beach_3265_600x450

Whitesand Beach – Wales

wales-sheep_3263_600x450

Sheep Farm

Siri menjelajah dan perjalanan membawa Ain ke Wales dan Ireland juga. Minggu lepas Ain menghabiskan masa beberapa hari di sana.. Sepanjang perjalanan dan percutian, Ain telah mengumpul banyak gambar menarik dari tempat-tempat yang di lawati yang mungkin boleh dijadikan tema lukisannya yang akan datang. Waktu lapang yang ada sekarang akan Ain gunakan sepenuhnya untuk mempelajari teknik-teknik lukisan di atas kaca dan juga media lukisan yang lain selain acrylic dan oil.

ireland-cliffs_6017_600x450

Ireland Cliff – O’Brien Tower

lighthouse-ireland_6787_600x450

Lighthouse – Eagle Island

pastoral-landscape_6792_600x450

Pastoral – Ireland

Ubiquitous stone fences snake across Ireland’s idyllic pastoral countryside. Although many towns have transformed themselves into tourist hot spots, many remain virtually untouched by modern influences.

Semasa bercuti juga, Ain amat bernasib baik dapat bertemu dengan seorang pelukis dari Malaysia yang terkenal. Suatu ketika dahulu beliau pernah menetap di UK. Keadaan dirinya juga sudah uzur dan beliau kembali melukis menggunakan water colour. Khalil Ibrahim yang masih gigih melukis dengan tangan yang mula terketar-ketar dek kerana dimamah usia. Dua hari bersama Khalil dapat Ain rasakan semangat jitu seorang pelukis. Tidak cukup rasanya dua hari bersama beliau akan tetapi sudah cukup bagi Ain untuk menjadikan water colour cubaan melukis yang akan datang kerana semangat Khalil telah Ain serap dalam dirinya.

Sambil menyanyi-nyanyi kecil dan bersiulan sendiri Ain tekun membuat kerja-kerjanya. Sesekali fikiran Ain melayang juga kepada kenangan hidupnya. Betapa banyak masa yang telah terbuang.

“Agaknya kalau aku fokus semua yang aku buat sekarang…dah kaya rasanya aku ni”? Ain melepaskan keluhan kecil diikuti ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Entah-entah aku dah kawin dengan Arif, dah ada 2 anak dah kut’, hahaha perasannya kau Ain…bisik hatinya lagi.

Ain melepaskan keluhan kerana masih belum habis bermonolog diri, ‘itulah kau siapa suruh kau main-mainkan perasaan Arif, sekarang kau duduklah sorang-sorang kat sini, nak menangis pun tak gunakan”? berkata-kata lagi hatinya.

Hari ini masuk hari ke-3 Ain menukang rumah sewaannya. Kertas dinding di ruang tamu kini berwajah baru. Mungkin sehari dua lagi kerja-kerja ini akan siap. Ain memilih kuning air dengan bunga-bunga ros kecil menukarkan yang lama berwarna biru laut. Kerja-kerja menukang kali ini dibantu oleh Edward dan seorang kawannya. Tidak juga Ain sangka bahawa Edward juga gemar dengan konsep make over dari barang terpakai dan barangan murah. Oleh kerana minat yang ada dalam diri mereka bertiga serta tekun membuat kerja, mereka dapat menyiapkan kerja lebih awal dari yang dijangka. Ain memandang puas sekeliling ruang tamu rumahnya yang kini telah bertukar wajah. ‘Pasti landlord akan berpuas hati’, Ain menyakinkan dirinya berkali-kali.

Kesibukan yang ada sedikit sebanyak membantu Ain untuk mengalih pandangan resah hati yang melanda. Ain menyedari resah di hatinya sejak seminggu yang lalu, bukan kerana Arif yang menguasai fikiran akan tetapi soalan yang Arif tanyakan semasa pertemuan mereka tempoh hari; iaitu perancangan masa depan Ain. Soalan cepumas daripada Arif yang Ain diamkan waktu itu dan hanya gelengan kepala diberi sebagai jawapan.

Pandangan Ain tiba-tiba kosong. Entah kemana rasa hati dan fikiran dibawa. Terlalu payah Ain rasakan untuk menjawab resah hatinya yang ini. “Kalau aku balik Malaysia, nak kerja dengan siapa? Cukup ke duit aku nak bukak galeri sendiri? Melukis semula di Pasar Seni ke? Aduhhh…jerit hati Ain”, bingung memikirkan segalanya.

“Hey Ain…you are far away”, tegur Edward sambil menggoyang-goyangkan tangannya di hadapan Ain. “Is something bothering you”? tanya Edward lagi. Tersentak Ain dengan teguran Edward dan jelas terbayang kerisauan di wajah Edward melihat Ain termenung begitu jauh barangkali.

“Day dreaming”, jawab Ain selamba. Memberikan senyuman sedikit kepada Edward dengan harapan Edward tidak terus mencungkil perasaan halusnya. Ain amat bersyukur Edward membiarkan perkara itu berlalu dan menyambung kerja mereka kembali dengan tekun.

Tekaan Ain salah. Seketika kemudian Edward kembali bertanya tentang Arif. Bermacam soalan Edward kemukakan mengenai Arif sehingga Ain buntu untuk menjawabnya. Amat pandai Edward memutar belitkan soalan demi soalan sehingga terlucut jawapan Ain bahawa mereka dahulunya pasangan kekasih. Apalagi, terlopong dan terngangalah mulut Edward mendengarkannya. Bebelan Edward seterusnya amat menikam jiwa Ain.

“You let him go”? tanya Edward dengan bercekak pinggang dan mata besarnya.

Ain tidak mampu untuk menahan tawa melihat perlakuan Edward. Puas Ain nyatakan bahawa Arif dan dirinya bukan lagi seperti dahulu. Walaupun Arif tidak berterus terang mengenai status dirinya sekarang, Ain pasti Arif sudah berteman. Mana mungkin Arif keseorangan selama lima tahun ini. Arif berterus terang membuang kenangan mereka, jadi kenapa harus Arif bersendirian hingga kini? Itulah yang sering Ain fikirkan. Pertemuan mereka secara tidak sengaja amat indah di hati Ain dan akan tetap indah buat selama-lamanya.

“You are thinking about him, aren’t you”? terjah Edward membuat Ain kembali tersedar.

“Arghh…the body moves on, the mind stays and circles the events of the past”, Edward mula mengeluarkan falsafahnya. “Have you heard about it before”? Edward bertanya Ain.

Ain sekadar menggelengkan kepalanya. Tidak ada yang salah dengan kata-kata Edward tu, akan tetapi hidup mesti diteruskan jua. Sesuatu yang sudah Ain pelajari lama dahulu.

“There’s a grief that can’t be spoken. There’s a pain goes on and on”… Ain teringat kepada kata-kata seorang kawannya lama dahulu. Ketika itu amat payah untuk Ain memahami setiap patah yang diucapkan, namun di hari ini Ain menyedari segalanya. Walau apapun yang terjadi, Ain mesti meletakan keyakinan dan tabahkan hati untuk menempuh dugaan hidup yang belum pasti.

“Insha’Allah ada jalan untuk ku”, bisik Ain lagi sebelum menyambung kerjanya.

*****

Jam sudah berdeting 6 kali bermakna hari sudah petang dan ramai warga kota berebut untuk pulang ke rumah. Arif berlainan dengan mereka. Selalunya apabila jam sudah lewat petang itulah waktu yang Arif gunakan untuk melayari internet mencari berbagai rencana dan tulisan mengenai dunia perniagaan. Itulah rutin Arif selalunya. Hanya sejak sebulan yang lalu rutin Arif berbeza sedikit. Disamping membaca mengenai dunia perniagaan, Arif kembali menyulam rencana tentang hobi yang ditinggalkan. Sedikit demi sedikit Arif bertaut kembali dengan hobinya yang suka menjelajah celah-celah kotaraya dengan sebuah kamera dan moto kapchainya.

Arif membuat dan menyusun atur rencana hidupnya semula. Sama ada Arif bertindak mengikut naluri hati ataupun akal warasnya, Arif sendiri tidak pasti. Apa yang pasti sebaik saja lepas penat pulang dari London, Arif menguruskan supaya moto kapchainya diperbaiki. Arif mahu kembali menggunakan khidmat moto itu. Oleh kerana tiada kerosakan teruk walaupun sudah tidak digunakan bertahun-tahun, baik pulih hanya mengambil masa seminggu saja untuk membolehkan Arif menunggang semula. Hanya Allah saja yang tahu betapa gembiranya hati Arif apabila moto kesayangannya dapat digunakan kembali.

Sudah bertahun hobi ini Arif tinggalkan. Kejanggalan amat dirasakan oleh Arif pada awalnya. Namun dengan desakan hati yang kuat Arif memulakan kembali penggembaraannya meredah kotaraya dan lorong-lorong sunyi di awal senja dan tengah malam. Arif memulakan jelajahan pertama di Petaling Street dan terus ke Jalan Chow Kit. Menikmati sinaran lampu di Dataran Merdeka dan bangunan Sultan Abdul Samad membawa Arif mengimbau zaman remajanya. Setiap kali sambutan merdeka atau apa saja keraian, Arif akan berada di dataran ini dengan kereta sorongnya. Di dataran ini Arif menjual air dan makanan ringan kepada pengunjung. Amat indah bangunan itu apabila dipancarkan lampu neon dan terbitnya indah kotaraya di malam hari. Di waktu itu Arif hanya menggunakan sepasang matanya untuk merakam keindahan lalu disimpan ketat di hatinya.

1897 - Kuala Lumpur - Sultan Abdul Samad Building 003

Bangunan Sultan Abdul Samad – 1897

sultan abdul samad

Bangunan Sultan Abdul Samad – Lampu Bergemerlapan

“Betul ni”, tanya Ain meragui cerita Arif.

Arif berkongsi bermacam cerita bersama Ain. Ada cerita yang akan membuat Ain ketawa hingga keluar airmata, ada cerita yang mengundang Ain merasa sedih dan ada juga cerita yang akan tercetusnya pergaduhan kecil dan berselisih faham di antara mereka. Sepertimana Arif menjadi pendengar setia Ain begitu jugalah dengan Ain. Apabila Arif tidak bercerita, Ain pasti akan memujuknya untuk memulakan sesuatu. Arif yang Ain kenal tidak sama dengan Arif yang Juliana kenal. Di awal perkenalannya dengan Juliana, sering kali juga Arif mengajak Juliana meronda kotaraya di malam hari, namun Juliana menolak dengan berbagai alasan. Lama-kelamaan Arif tawar hati untuk mengajak dan terus pendamkan saja hobinya.

“You sedar tak yang you dah banyak berubah”? kata Juliana kepada Arif semasa dalam perjalanan mereka ke lapangan terbang. “I seolah-olah tidak mengenali you lagi”, sambung Juliana. Terdengar sedikit getaran suaranya tadi seperti menahan marah atau geram di hati.

Arif sekadar melepaskan tawa kecil kepada kenyataan Juliana. Lama Arif terdiam sebelum membalas dan menyakinkan Juliana tiada apa yang berubah sebenarnya.

“Tak ada apapun yang berubah…this is the real me”, Arif berkata dengan tenang. “Arif yang tidak pernah you kenal”, sambung Arif lalu memberikan pandangan kepada Juliana.

Beriya-iya Arif menyakinkan Juliana bahawa perubahan yang dia rasakan bukanlah sesuatu yang buruk atau memudaratkan. Arif sekadar memenuhi kembali segala apa yang pernah dibuang kerana sangkanya dahulu dengan membuang kenangan, hidupnya akan lebih bermakna. Ternyata Arif mengambil masa terlalu lama untuk menyedari rasa hatinya sendiri. Menerima hakikat bahawa kenangan bukanlah sesuatu yang buruk dan membuangnya juga belum tentu memberi bahagia.

“Tell me…apa yang buruknya tentang hobi I”? “I bukannya berpoya-poya dengan perempuan atau ke kelab malam, mabuk dan berjudi”, tekan Arif kepada Juliana. Arif sudah mula menunjukan rasa bosan untuk membuat Juliana faham tentang minat dan kegemarannya.

Setelah Arif baiki motor kapchainya dan membawanya semula untuk ke pejabat dan terus meronda selepas kerja menjadikan Juliana makin bingung. Kebingungan Juliana bertambah apabila kakitangan Arif amat gembira dan teruja dengan perubahan boss mereka. Gelak tawa dan keriangan Zulaikha tatkala menjawab telefon menimbulkan cemburu dan bermacam syak wasangka di hatinya. Kakitangan Arif kebanyakan lelaki yang baru tamat belajar dan baru hendak belajar kumpul duit. Tentulah mereka gembira apabila boss mereka memberikan tips berguna disamping mempunyai hobi yang berfaedah.

Sedikit demi sedikit Arif makin mendalami hobinya semula dan mengatur perancangan seterusnya. Minat Arif dikongsi oleh beberapa kakitangan muda, menambahkan keyakinan dan keseronokan Arif. Arif gembira dapat berkongsi dengan mereka. Oleh itu Arif punya topic bicara yang berbeza dengan kakitangan selain dari kerja dan tugas seharian. Tanpa Arif sedari, seorang rakan niaganya juga berminat untuk menggembara dengan menggunakan moto kuasa besar. Hmm, apalagi mulalah Arif berangan-angan untuk memilikinya.

“Dah penat kerja Rif…kalau tak beli duit habis jugak”, kata rakan tersebut.

Kata-kata itu memberi semangat kepada Arif dan lebih-lebih lagi mereka ada misi jelajah selatan tanahair pada penghujung bulan hadapan. Arif mencongak apakah sempat untuk dia mendapatkan moto tersebut sebelum misi bermula. Apabila kerap sangat permintaan untuk menemaninya ditolak Juliana, segala survey Arif lakukan sendiri.

“Eh…mahalnya”, kata Ain apabila melihat harga kamera berjumlah ribuan ringgit. Terbeliak matanya memandang Arif apabila Arif berkata suatu hari dia akan memiliki kamera seperti itu.

“Berangan…bukannya kena bayar”, jawab Arif lalu ketawa.

Walaupun bersama Ain tidak dapat Arif beli kamera semahal itu, Arif tetap punyai kamera yang cukup canggih. Setahun lamanya kamera itu berbakti kepada Arif dan banyak gambar Ain terakam olehnya. Arif telah membuang segalanya dahulu akan tetapi rentetan cerita yang mereka kongsi tidak pernah padam dan tidak mungkin padam. Itu yang Arif lupa selama ini. Arif lupa bahawa kenangan tidak boleh dan tidak mungkin dibuang begitu sahaja atau dengan mudah. Walaupun tidak mengingatinya saban hari, pasti akan ada hari yang membawa setiap orang kepada kenangan hidup mereka, tidak kiralah pahit ataupun manis. Pertemuan semula dengan Ain banyak menyedarkan Arif tentang perkara ini kerana Ain menyimpan kenangan mereka bersama dengan baik.

Arif bertaut kembali bersama hobi kesayangannya ditambah dengan hobi baru iaitu menjelajah negeri dan kota dengan moto berkuasa besar. Arif teruja, Arif gembira dan Arif bahagia.

“Thank you Ain”, tutur Arif tatkala merenung bulan dan bintang di langit di Dataran Merdeka.

Juliana amat terperanjat. Sama sekali tidak pernah Juliana sangka yang Arif akan sanggup berbelanja begitu banyak untuk sebuah kamera serta gadget dan apabila terdengar Arif mahu membeli moto berkuasa besar lagilah Juliana kehilangan kata-kata.

You memang dah gila”, tempik Juliana. Merah padam mukanya apabila mendengar Arif bercerita segala rancangannya untuk beberapa bulan yang akan datang.

“You terasa pelik, terperanjat dan aneh sebab you tak pernah kenal siapa Arif sebenarnya”, kata Arif dengan penuh kesabaran. Arif masih cuba menahan sabar dan berlaku adil dengan Juliana. “I tak salahkan you..dah sememangnya hubungan kita lebih kepada kerja dari peribadi”, sambung Arif lagi.

Nada Arif mula berbaur kesal. Arif sedar bahawa kesalahan banyak terletak di bahunya akan tetapi Arif merasakan masih belum terlambat untuk menjernihkan keadaan di antara mereka. Arif terus memberikan keyakinan kepada Juliana bahawa mereka boleh teruskan hubungan dan cuba mengenali diri masing-masing dengan lebih rapat lagi.

“Apa istimewanya DIA sampai you berubah sangat”, bentak Juliana. Semasa Juliana menyebut “Dia” memang keras bunyinya. Riak muka Juliana yang Arif pandang sekali imbas semasa memandu juga dapat dikesan masam dan mencuka. Arif tidak terperanjat dengan kata-kata Juliana. Sudah dapat diagak bahawa satu hari nanti “Ain” akan berada di antara mereka. Nama itu hanya sekali terlunjur laju dari mulut Arif beberapa bulan yang lalu dan hinggap di pendengaran Juliana.

Sebelum Arif ke UK, Juliana telah mendesak untuk mengetahuinya. Jawapan yang Arif beri tidak memberangsangkan.

“Someone I know long ago”, jawapan Arif mengundang kenangan di hatinya.

“Someone who is dear to your heart”? balas Juliana dengan kasar.

Perkara itu tergantung begitu saja sehinggalah pemergian Arif ke UK. Sekembalinya Arif dari UK dan hal melengahkan penerbangan balik menambah rencah yang sedia ada. Bermula dari situ ia tidak berhenti sehinggalah hari ini walaupun sudah hampir 3 bulan berlalu. Juliana menjadikan Ain musuh ketatnya. Kesilapan Arif lakukan lagi apabila janji yang dibuat pada dirinya hanya tinggal janji. Kemarahan Juliana yang tidak kunjung padam membuat Arif mengkaji semula titik tolak hubungannya bersama Juliana. Setelah berfikir panjang, Arif mengambil keputusan untuk membina hubungannya dengan Juliana bukan berdasarkan kenangannya bersama Ain. Arif amat berharap Juliana dapat menerimanya seperti adanya dan membiarkan Ain hidup sebagai kenangan yang pernah melintasi hidup Arif. “Akan aku usahakan semoga Juliana memahami”, janji Arif sekali lagi pada diri sendiri.

Perpisahan yang berlaku di antara dirinya dan Ain terlalu perit Arif rasakan. Sepanjang lima tahun yang lalu telah Arif buangkan segala apa yang pernah dia lalui dan nikmati bersama Ain dahulu. Berhempas pulas jua Arif menafikan rindu yang hadir, telah Arif tumpukan segala tenaga kepada kerja akan tetapi masih juga rasa itu datang.

Andainya dahulu Arif tidak melayani segala rasa, akan tetapi rasa yang hadir beberapa bulan sebelum ke UK membawa pertemuan semulanya dengan Ain. Sekembalinya Arif ke tanahair, terselit semangat baru yang Arif terima dan tidak mahu lagi diingkari. Keresahan yang melilit tangkai hatinya sejak kembali telah terlerai di hari ini. Memiliki sebuah kamera di tangan adalah tiket bahagia Arif yang dipendam lama. Bermula dari sini Arif mahu Juliana mengenalinya dengan caranya sendiri.

Malangnya niat serta kesungguhan Arif masih tersekat-sekat dengan keengganan Juliana memberi ruang dan kerjasama. Mereka lebih kerap berselisih faham hanya kerana perkara-perkara kecil seperti keinginan Arif keluar kota di hujung minggu dengan motosikalnya hanya untuk mengambil gambar. Keadaan menjadi lebih sulit apabila Juliana makin kerap “menyalahkan dia”. Kekerasan Juliana pada awalnya tidak melemahkan semangat dan niat Arif untuk terus membina hubungan mereka berdua. Oleh itu Arif tetap memujuk jangan sesekali menyalahkan orang yang pernah singgah dan hadir dalam hidupnya kerana sebelum mengenali “DIA” lagi, inilah minat dan kegemaran Arif.

Semenjak kecil Arif sememangnya berangan-angan untuk menjadi seorang jurugambar professional. Angan-angan dan cita-cita Arif terbantut dalam meniti kehidupan dewasa dengan segala ranjau duri. Halangan yang hadir tidak pernah menghalang Arif memadamkan cita-citanya. Di dalam segala kepayahan menempuh alam dewasa dan dengan berkat usaha serta sabar akhirnya cita-cita Arif untuk memiliki sebuah kamera tercapai. Walaupun tidak menjadi jurugambar professional, Arif tetap meneruskan minatnya mengambil gambar alam dan kehidupan.

Tatkala hatinya diusik untuk mengenali seorang gadis sehingga terbinanya perkenalan di antara mereka, Arif berkongsi minat dan kegemaran itu bersama Ain.. Ain pernah menjadi sumber ilhamnya sepertimana Ain juga berkata bahawa Arif adalah punca kejayaan yang dicapai sekarang. Di waktu ini mereka berdua telah mencapai cita-cita masing-masing bersama sejarah yang meliputi kehidupan mereka berdua. Sejarah yang tidak mungkin Arif ataupun Ain lupakan.

Namun demikian demi membina hubungan barunya Arif mesti berkongsi sejarah itu bersama Juliana. Setakat hari ini dan sehingga hari ini Arif telah berusaha sedaya upaya menyakinkan Juliana tentang hatinya dan sejarah hidupnya. Andaikata Juliana enggan menerima, Arif tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi. Dibuat macam mana sekalipun Arif tidak mungkin dapat mengubah sejarah hidupnya bersama Ain.

Setelah bertahun-tahun menjalani pahit maung kehidupan di kota dan setelah berbagai usaha Arif lakukan, kini Arif berjaya. Kejayaan yang ditempa membawa bahagia. Arif kini seorang usahawan yang berjaya. Namun sesekali Arif merasakan kekurangan di dalam hidupnya. Jikalau dahulu Arif sering membiarkan rasa tersebut berlalu dengan menumpukan perhatian kepada kerja, sekarang ini semuanya telah berubah.

Pertemuan singkat dengan Ain juga menyedarkan Arif bahawa membuang kenangan itu adalah sesuatu yang merugikan. Bersama kenangan dan tekad Ain memberanikan diri melangkah kaki ke benua Eropah walhal sebelum itu Arif berusaha membuang segalanya lalu semuanya memakan diri sendiri. Arif kembali kepada fotografi dan mendaftarkan diri dengan sebuah kelab fotografi berdekatan dengan pejabatnya. Bersama dengan mereka Arif menimba pengalaman baru dan menambah pengetahuan dalam selok belok mengambil gambar dari sudut yang baik. Kini Arif lebih berpuas hati dengan hasil kerjanya.

Arif kembali ke dunia nyata setelah lama dibawa kenangan. Arif tidak pasti bila Juliana akan pulang dari Hong Kong, akan tetapi setelah tiga hari berlepas pergi masih tiada kabar berita yang Arif terima. Besar kemungkinan Juliana juga mahu membalas dendam ke atas perbuatan Arif yang tidak membalas sms dan emailnya dahulu. Sekarang Arif menerima balasan apabila Juliana pula berdiam diri. Perkara begini bukanlah sesuatu yang sihat dalam perhubungan. Arif telah mempelajarinya dahulu dan tidak elok untuk terus berdiam saja. Lalu Arif mencapai telefon untuk bertanya kabar.

Hampir lima tahun yang lalu, pertengkaran di antara Ain dan Arif sering berpunca dengan tuduhan daripada Ain yang Arif tidak lagi menghiraukan dirinya dan terlalu sibuk dengan kerja. Kata balas Arif pula, Ain sudah berubah hati dan berjumpa teman baru yang lebih baik dari dirinya; seorang yang kaya yang mampu memberikan Ain segala kemewahan material. Berbulan-bulan mereka berada di dalam keadaan tersebut. Di antara mereka menjadi sepi. Ain tidak menghubungi Arif untuk sekian lama begitu juga dengan Arif. Terlalu lama mereka dalam keadaan begitu sehinggalah perpisahan terjadi tanpa ucapan selamat tinggal. Mereka tiba dipenghujung jalan lalu terpisah dalam diam.

Arif ataupun Ain sama-sama tidak mencari punca dan tidak menghuraikan masalah mereka sehinggalah pertemuan singkat mereka di UK beberapa bulan yang lalu. Ain yang meminta supaya Arif tidak berjanji apa-apa sekadar melakukan apa yang termampu. Adakah sekadar termampu menyebabkan mereka tidak berhubung hingga sekarang? Sudah hampir 3 bulan berlalu, tiada sebarang utusan bertukar tangan. Arif begitu letih dalam kemelut hatinya sendiri.

Justeru itu Arif mengambil langkah berhati-hati. Bertemu dengan Juliana dalam keadaan hati yang masih tidak menentu mungkin akan lebih memudaratkan. Namun demikian Arif tidak dapat lagi menidakan rasa untuk kembali kepada dunia “penggembaraannya”. Setelah menyusun atur semula jadual kerja yang ada, Arif mengambil keputusan setiap hari Jumaat dia hanya akan bekerja setengah hari sahaja. Ketelitian Arif mengatur rancangan memudahkan dirinya mengatur jadual penggembaraannya. Arif mula menjejak seluruh pelusuk negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Arif juga telah menyusun jadual untuk ke Asia Tenggara dan juga Eropah. Mengenangkan benua Eropah mampu membuat Arif terasa berat hati dan sedih. Janjinya pada Ain bagaimana?

Perubahan awal Arif sudah tentu memeranjatkan Juliana. Tidak sekalipun Juliana dapat menerima dan merestui rancangan Arif. Sekadar sama-sama menghayati gambar yang di ambil juga terlalu payah. “Haih…apalah dayaku lagi”, Arif mengeluh mengingat perselisihan faham dengan Juliana yang terus berulang. Walaupun perubahan Arif sedikit sebanyak memeranjatkan dua rakan kongsinya, mereka turut gembira semasa mendengar cerita-cerita Arif bersama dengan kumpulan fotografi dan juga moto berkuasa tinggi. Yang pasti di mata mereka tumpuan Arif kepada kerja tidak terjejas malahan Arif kini lebih tenang membuat perancangan perniagaan. Kegembiraan turut dirasakan oleh kakitangan yang lain.

“Berlainanan benar Encik Arif sekarang”, tegur Zulaikha di pagi Jumaat yang hening itu.

Hujan rintik-rintik di luar menjadikan suasana lebih nyaman di awal pagi. Hujan juga menjadikan segala tumbuh-tumbuhan mengucapkan syukur dan kita manusia mendapat berkat darinya.

Teguran Zulaikha mendapat senyum lebar dan tawa kecil dari Arif.

“Apalah yang lain sangat tu Zu”? tanya Arif pula. “Hmm, kalau setakat saya minta bunga segar di dalam bilik ini dan juga tiada temu janji selepas solat Jumaat tak lah luar biasakan”? Arif berkata bagaikan jawapan dalam soalan.

Zulaikha sekadar tersenyum melihat gelagat bossnya pagi itu. Apapun Arif amat gembira dengan kata-kata Zulaikha sebelum dia meninggalkan pejabat petang itu. Zulaikha suka melihat bossnya sekarang berbanding dahulu. Kalau dahulu Arif tumpukan segala perhatian pada kerja sehingga lupa akan hal ehwal diri sendiri dan adakalanya tumpuan pada kerja juga berkurangan. Akan tetapi sejak sebulan lalu Arif lebih peka dengan keadaan sekeliling walaupun kakitangan cuti ataupun cuti sakit Arif dapat mengingatinya.

Pelawaan untuk berjumpa Juliana masih sepi. Tiada jawapan daripada Juliana membawa Arif ke Melaka. Melaka adalah tempat paling dekat untuk dilawati bagi melepaskan lelah di hujung minggu. Walaupun sudah kerap mengunjungi bandaraya bersejarah ini, Arif masih lagi merasakan banyak tarikan mengenainya. Perjalanan Arif di kali ini membawa Arif menginap di salah sebuah chalet di Pengkalan Balak. Semasa merehatkan diri Arif menyusun gambar-gambar panorama semasa lawatan yang lalu hingga membuat Arif terlintas untuk membuat koleksi buku bergambar.

“Hah…macam budak-budak pulak aku nie”, desis hati Arif.

Lama direnung dan dibelek gambar-gambar yang ada, Arif menyusunnya satu persatu sehinggalah beratus keping gambar yang dipilih. Dalam kesunyian malam Arif tenang dengan jalan yang dipilih.

“Where’s your camera”? “You never leave home without it”….kata-kata Ain terngiang-ngiang kembali.

“I’m now with my camera again…dear Ain. Thanks to you”, bisik hati kecil Arif sebelum melelapkan mata di malam itu.

*****

Keadaan cuaca di Hong Kong tidak menentu. Sepanjang empat hari di sini hati Juliana juga bagaikan kehadiran cuaca yang ada. Selain dari sms yang Juliana kirim semasa sampai di sini, tiada lagi kiriman sms yang Juliana terima daripada Arif. Menjalankan tugas dan kerja di sini dan memenuhi permintaan pelanggannya bukanlah sesuatu yang sukar akan tetapi buat pertama kali dalam hidupnya setelah sekian lama, Juliana merasakan sukar memikirkan tentang perhubungannya dengan Arif.

Kebuntuan fikiran yang dilalui sejak kebelakangan ini membuat Juliana mengaturkan percutian sambil kerja di Hong Kong. Jika tiada aral melintang, tugasnya akan berakhir esok ataupun lusa. Sambil menyelam sambil minum air bak kata pepatah. Tujuan Juliana lebih kepada menjauhkan dirinya daripada Arif buat sementara waktu.

Apabila keseorangan begini, Juliana mula berfikir dan terfikir kata-kata Arif. Kebanyakan apa yang dikata oleh Arif adalah kebenaran namun peliknya Juliana tidak dapat atau tetap gagal untuk menerima segala alasan tersebut. Ain adalah perantaraan mereka sekarang ini. Di pejabat, di rumah, dalam kereta, atas jalanraya dan disegala pelusuk rantau Ain ada di mana-mana.

“Apakah sebenarnya yang aku rasa”? tanya Juliana kepada dirinya berkali-kali.

Perasaan yang mengigit tangkai hatinya adalah perkara baru. Jujurnya Juliana sudah lama tidak berada dalam perhubungan yang serius dengan kaum Adam. Hubungannya yang terakhir berakhir hampir 4 tahun sebelum bertemu dengan Arif. Oleh kerana kecewa yang dilalui dan dirasai, Juliana amat berwaspada dengan sekeping hati miliknya. Justeru itu Juliana sendiri yang lebih senang dengan apa yang berlaku di antara dirinya dan Arif. Berjumpa sekali seminggu ke, dua kali seminggu ke bukan masalah buat dirinya. Kadang kala apabila sibuk bekerja dan Arif pula sibuk dengan urusan perniagaannya pernah mereka tidak berjumpa selama 2 minggu. Peliknya di masa itu tidak pula Juliana rasa perasaan yang menggigit hatinya sebegini.

“Cemburukah aku”, pertanyaan yang memerlukan jawapan dan teramat payah untuk Juliana huraikan sendiri.

“Look..I must admit she’s someone special to me once”, kata Arif sebagai menjawab pertanyaan Juliana dua minggu yang lalu.

“Dia masih dan tetap istimewakan”?, Juliana bertanya keras penuh kedegilan. “You sememangnya mencari DIA selama ini, betul tak”?, sambung Juliana dengan getar suaranya kedenganran.

“Yes, she is but I tak cari dia”, Arif berlaku jujur.

Penjelasan Arif tetap tidak memberi kepuasan kepada Juliana. Arif memberitahu pertemuan mereka adalah secara kebetulan dan ia berlaku dalam keadaan yang amat baik. Mereka gembira dapat berjumpa semula, dapat berbual dan meleraikan apa yang tersimpan selama ini.

“It’s a closure between us”, tegas Arif. “Kami kuburkan segala sangsi, rasa marah, benci yang mungkin ada supaya dapat meneruskan perjalanan selanjutnya tanpa ada perasaan yang tidak elok”, panjang lebar penjelasan Arif.

Malah Arif turut bercerita dan mengaku segala apa yang berlaku di sana sehingga kepada Arif membawa Ain ke Paris dalam pertemuan singkat sehari setengah. Arif juga mengaku menyiapkan sarapan kegemaran Ain; nasi lemak, sambal udang dan paru goreng buat Ain pagi berikutnya. Demi janji yang dibuat, Ain tidak menghantar Arif ke lapangan terbang. Mereka bertemu di galeri dan berpisah di galeri juga. Arif menunaikan janji memberitahu Ain apabila dia selamat sampai ke tanahair. Selepas itu sehinggalah hari Juliana hendak terbang ke Hong Kong mereka tidakpun bertukar berita.

“Kalau you boleh terima I seadanya dan mula belajar mengenali siapa I…pasti semua ini tidak akan timbul”, keluh Arif apabila Juliana tetap enggan berganjak dari keputusannya bahawa Arif berubah kerana Ain. Arif masih belum lelah untuk menyakinkan Juliana selama ini.

“Apakah Arif akan terus begitu”, Juliana bertanya dirinya bertalu-talu. Namun dalam kusutnya perasaan dan fikiran yang masih tidak menentu, fikiran waras Juliana mengatakan bahawa kesabaran dan kesungguhan Arif terhadapnya pasti akan merundun jua nanti. Suara-suara halus yang menggugat hati Juliana sudah mula menampakan bayang beberapa kali.

“Suka hati you lah”, kata Arif dengan geram lalu meninggalkan Juliana tanpa menghantarnya ke departure gate.

Kata-kata Arif yang tidak dapat Juliana lupakan dan melekat di hatinya adalah pengakuan Arif tentang Ain. Pertemuan itu telah membuat Arif sedar dan membawa Arif mengenali kembali dirinya sendiri. Walaupun Arif dibaluti kenangan dan menghargai pertemuan mereka semula, Arif tetap memilih Juliana untuk terus bersamanya. Bagaikan terngiang-ngiang setiap patah perkataan yang Arif ucapkan, namun hatinya terus menyangkal ribuan dan jutaan kali.

Juliana mengeluh di kesunyian bilik hotelnya dan terus mencampakan diri ke atas katil. Tanpa disedari Juliana tertidur dalam keresahan sendiri.

*****

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ain kembali duduk dengan kertas dan pencil di hadapan tasik sekitar kampus. Bersama hembusan angin di awal pagi Ain melakar sesuatu yang jauh dalam kenangan. Tatkala moto kapchai siap dilakar bersama imbasan seorang lelaki Ain tertanya-tanya siapakah gadis yang dilakar bersama lelaki tersebut? Andainya dahulu bolehlah dikatakan dirinya, tetapi sekarang? Ain menduga hatinya sendiri.

“Hmm..entah-entah Arif dah tak gunapun moto tu lagi, dah lama dijualnya”, desis hati Ain bersama enaknya desiran angin pagi.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Lagi jauh Ain mengenang, lagi laju jari-jemarinya melukis. Ain melukis apa saja yang terlintas difikiran selama dua jam dia duduk di tepi tasik itu. Sebaik sahaja lukisan yang ketiga siap sepenuhnya, mata, jari dan tengkok Ain sudah merasa letihnya. Itu adalah tanda-tanda untuk berhenti, sebelum jari menjadi kejang. Demi merehatkan mata, Ain melihat kehijauan sekitarnya dan meluruskan kaki.

“Masih hebat rupanya aku melukis dengan pensi, hehehel”, Ain memuji diri.

Ain mampu menyiapkan 3 keping lukisan di atas kertas berukuran 297×420 mm lalu terus termenung apabila melihatnya kembali semasa Ain membentangkan ketiga-tiga lukisan tersebut. Setelah melihatnya semula baru Ain menyedari bahawa ketiga-tiga lukisan tersebut berasaskan moto dan seorang lelaki. “Aduhai…macam nak buat siri saja nie”, Ain bermonolog lagi sambil membelek kembali lukisannya. Antara senyum, tawa dan gelengan kepala, Ain bangun untuk meninggalkan kedamaian tasik itu. Haripun sudah meninggi dan imbasan cahaya matahari mula terasa. Tekak sudah kehausan dan perut juga sudah bernyanyi bermain difikiran Ain kala itu.

Hanya beberapa tapak meninggalkan kawasan tasik, Ain teringat kepada Edward dan Mrs. Gregory. Tentu Mrs. Gregory suka lukisan pensil aku kali ini. “Hah…perasan lagi kau Ain”, kata Ain lalu menghayunkan langkahnya ke galeri. Terus saja Ain terlupa tentang tekak yang kehausan dan perut yang sedang bernyanyi.

Mrs. Gregory tuanpunya galeri yang mempamirkan lukisan Ain baru-baru ini, berusia pertengahan 50an sudah seperti ibu kepada Ain semenjak mereka berjumpa. Beliau adalah penyokong setia Ain. Setiap kali memberi kritikan kepada lukisan-lukisannya, beliau akan memberi pula tips yang boleh diikuti. Mrs. Gregory masih suka kepada lukisan menggunakan water colour dan juga pensil. Pemandangan adalah minatnya, abstrak bukan sesuatu yang diminati dan potret adalah bayangan halus hati seorang pelukis kepada modelnya. Itulah ulasan ringkas Mrs. Gregory semasa mereka mula berjumpa. Oleh itu Ain cukup yakin bahawa 3 lukisannya yang berukuran sederhana hari ini pasti akan menarik minat Mrs. Gregory.

“Hi Ed”, Ain menegur Edward dengan riang.

“Ehh hi…it has been a long time”, jawab Edward penuh ceria.

Ain memberi jelingan kepada kata-kata Edward kerana mereka baru saja berjumpa beberapa hari yang lalu. Permainan jelir lidah di antara mereka disambut tawa oleh Mrs. Gregory yang Ain rasa telah memerhatikan perangai mereka berdua sejak tadi.

“How are you my dear”? sapa Mrs. Gregory dengan ciuman hinggap di kedua belah pipi Ain.

“I’ve been good…thank you”, jawab Ain penuh mesra.

“I do know you have surprises for me”, kata Mrs. Gregory selanjutnya. “Show it”, sambung beliau seolah-olah sudah mengetahui hajat kedatangan Ain dan tidak sabar mahu melihatnya.

Ain menanti penuh debaran semasa Mrs. Gregory melihat dan membuat penilaian barangkali kepada setiap satu lukisan Ain. Ain hanya menanti kerana wajah Mrs. Gregory tidak menunjukan sebarang reaksi. “Sukakah atau ada yang tak kena”, Ain sudah mula mencongak sendiri setiap kali Mrs. Gregory melihat lukisannya bersilih ganti. Semasa hati Ain berkata-kata, Mrs. Gregory menghulurkan tangannya dan menunjuk jari kepada sehelai kertas yang tergulung kemas di sisi bag sandang Ain. Terpinga-pinga Ain kerana tidak mengetahui apa yang dimahukan oleh wanita itu. Tiada suara cuma tunjukan jari saja.

Lukisan yang satu itu memang sengaja tidak Ain tunjukan kerana ia lebih bersifat peribadi. Gelengan kepala Ain berikan akan tetapi Mrs Gregory berkeras mahu melihatnya. Ain mengalah lalu bangkit dengan perlahan. Ternyata Ain keberatan untuk memberikan lukisan tersebut kepada wanita itu apabila Ain mengambil masa dan menarik nafas sebelum kembali duduk berhadapan dengan Mrs. Gregory. Tumpuan mata wanita itu tidak lekang memandang muka Ain yang masih keberatan. Ain terkedu apabila Edward datang menyambar lukisan itu dari tangannya. Bagaikan helang menyambar mangsanya, lukisan itu bertukar tangan dengan segera.

Tidak dapat Ain pastikan makna dari setiap mimik muka yang Mrs. Gregory buat. Kalau tadi Ain mampu menahan rasa kali ini berdetak sudah jantung Ain. Bukan kritikan yang Ain bimbangkan atau pujian yang bakal diberi. Yang paling membimbangkan Ain jikalau Mrs. Gregory mahu memiliki lukisan tersebut. Ain tidak mampu untuk menyerahkan lukisan itu kepada sesiapapun kecuali Arif. Itu adalah lukisan kenangan yang tercetus di subuh tadi.

“Ain…it’s so beautiful, so perfect, so precise”, puji Mrs. Gregory. Tiba-tiba Mrs Greogry memandang tepat ke muka Ain sambil bersuara “Who he is”?

Hanya pandangan mata saja Ain mampu berikan kepada Mrs. Gregory dengan pertanyaan tersebut. Otak fikirannya tidak dapat menafsir apa-apapun buat masa ini. Lukisan itu sekadar lukisan pensil atau lebih tepat hanyalah sketch yang Ain buat semasa hati dan akalnya berjalan selari. Arif adalah subjek lukisan tersebut dalam berbagai mood dan emosi sepanjang perkenalan mereka dahulu.

“Another solo exhibition on the way”, kenyataan Mrs. Gregory selanjutnya. “I promise you my darling…another solo exhibition”, Mrs. Gregory menyambung ayatnya.

Ain tergamam…Ain terkedu mendengarkan kata-kata Mrs. Gregory. Lebih memeranjatkan Ain apabila Edward datang memeluknya dari belakang dengan ucapan tahniah dan melompat riang. Ain masih tidak mampu mempercayainya. Ain tidak mampu berkata apa dan bergerak dari tempat duduknya. Mrs. Gregory bangun dan mendapangkan tangannya untuk mendakap Ain. Ain sekadar mengikut saja. Fikirannya masih tidak dapat mengupas segala apa yang terjadi sebentar tadi. Ketika Mrs. Gregory mendakap dan membawa badan Ain ke kanan dan ke kiri, hati Ain dicuit lagi. Sudah terasa airmata hendak mengalir, bukan airmata duka, sedih ataupun pilu akan tetapi airmata gembira. Rindu yang terdetik lalu terlakar sebuah lukisan dan rindu yang tersimpan adalah hadiah yang paling dalam.

“Arif, Ain rindu kita yang dulu, tetapi Ain sedar masa yang berlalu tak mungkin akan berulang lagi”, rintih sendu Ain di dalam hati

“Apakah dapat aku berkongsi kegembiraan ini bersamanya”? sekali lagi Ain diusik kenangan.

Kenangan yang tidak mungkin padam lalu bakal terhidang dalam siri “Lukisan Kenangan”

Ilham Cipta : Ally

Tulisan bersama : Sanaa dan Ally

Disclaimer: Hakcipta terpelihara. Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Nama dan tempat juga adalah khayalan penulis dan tiada sangkut paut kepada sesiapa yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Sebarang cetak di luar blog ini adalah dilarang. Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: