• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • January 2013
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Archives

Lukisan Kenangan (Bab 5)

Yesterday is gone. Tomorrow has yet to come. We have only today. Let us begin

Hari-hari yang berlalu, Ain terus saja dibayangi oleh waktu-waktu silam. Berbagai kata-kata tentang masa bermain di fikiran. Antara sedar dan tidak waktu berlalu dengan begitu cepat sekali. Teringat lagi Ain kepada pepatah Inggeris “time waits for no one”. Setiap saat, minit, jam dan hari yang berlalu tidak akan berulang lagi. Itulah yang berlaku sekarang, musim sudah berganti dan tiba masanya untuk Ain kembali menumpukan perhatian penuh kepada lukisannya. Sebelum ini Ain mengambil ruang yang ada untuk melihat benda-benda baru mengenai seni lukis dan menggunakan hujung minggu dengan melawat beberapa kawasan di sekitar UK.

Majlis konvokesyen pula akan berlangsung tidak lama lagi. Ain berusaha membuang jauh dari benak fikirannya berkenaan majlis tersebut. Walaupun ia bakal merupakan hari yang amat bersejarah dalam hidupnya, Ain tetap merasa kosong melaluinya tanpa sesiapa. Ain tidak punya sesiapa untuk berkongsi hari yang amat bermakna ini. Hampir setiap hari semenjak mengetahui tarikh majlis tersebut, Ain amat tertekan, sedih dan pilu. Adakalanya menitis jua airmata Ain mengenangkan arwah ayah, ibu dan juga nenek. Mereka semua sudah tiada lagi untuk bersama-sama Ain di hari yang bersejarah ini, di mana sewaktu waktu dahulu menjadi impian arwah ibunya untuk melihat Ain menggenggam segulung ijazah.

Dalam asyik mengenang dan berkhayal serta tanpa sebarang undangan, nama Arif Idlan sekali lagi mengetuk ruang hati Ain. Hadirnya bagai bayu bertiup nyaman, datang berbisik bersama rasa rindu yang mendalam. Walaupun begitu alunan bayu bersama rindu yang diketuk masih mampu untuk tidak melalaikan Ain. Kesedaran tetap wujud dalam dirinya bahawa dia tidak seharusnya merindui lelaki tersebut. Saban hari Ain terus berusaha membuang rasa rindu itu dan berharap sangat dirinya tidak kalah dengan perasaan sendiri.

Perpisahan mereka kali ini bersama ucapan selamat tinggal. Mereka telah meleraikan segala isihati yang terbuku selama ini bersama sebuah janji. Namun janji yang dibuat juga tinggal janji kerana sampai ke hari ini Arif tidak pernah menghubunginya. Telah beberapa kali Ain teringin mengutus kabar kepada Arif akan tetapi terus saja membatal niatnya kerana terlalu khuatir dengan status Arif. Atas sebab musabab itulah Ain terus mendiamkan diri dan hanya memendam rindu itu sendirian. Di hari ini nama Arif muncul lagi apabila Ain terkenangkan majlis konvokesyennya. Sekali lagi Ain dihambat rasa tidak menentu untuk mengutus email ataupun tidak. Oleh kerana sudah terlalu lama mereka berdiam diri, terasa segan dan malu pula Ain hendak mengutuskan email kepada Arif.

“I have found almost everything ever written about love to be true. Shakespeare said…journeys end in lovers meeting”

Kata-kata Edward tempoh hari sering berdendang di telinga Ain seperti sebuah concerto. Semenjak mengetahui serba sedikit kisah Ain bersama Arif, Edward mulai berlagak seperti “love Dr” kepada dirinya. Berbagai falsafah mengenai cinta dinyanyikan oleh Edward ke telinga Ain setiap kali mereka berjumpa.

“Do you know Shakespeare has given us an extraordinary thought about love”? Edward memang beria benar cuba dan mahu menyakinkan Ain supaya mengutus email ataupun sms kepada Arif. Pandangan Edward, ia bukanlah satu kesalahan untuk mengutus kabar walaupun Arif mungkin sudah berpunya ataupun berkeluarga.

“Haihh…kesilapan besar memberitahu Edward tentang janji aku dengan Arif”, dengus Ain di petang itu. Mahu saja rasanya menjerit melepaskan apa yang tersimpan di hatinya sekarang ini.

Setelah lama berada dalam keadaan yang tidak menentu, Ain memilih tebing Tower Bridge pada petang itu untuk melepaskan sesak di dadanya. Ain sekadar duduk termenung di tebing itu sambil memandang orang yang lalu lalang. Fikirannya ligat berfikir tanpa jawapan. Sesekali Ain membawa matanya memandang di tangan kanan yang memegang iPad dan di tangan kiri yang memegang telefon bimbit. “Yang mana satu pilihan kalbu, Ain Adawiyah”? bertanya Ain pada dirinya bertubi-tubi.

“Love me…love me not” terbayang di depan mata. Mengingatkan kenakalan dan lawak Arif mampu membuat Ain tersenyum sendiri. Di kala ini mahu saja Ain melepaskan tawa mengenang kembali apa yang telah Arif lakukan di tebing ini berbulan yang lalu. Kenangan itu membawa Ain berkeluh kesah kerana sekarang dia berada di dalam dilema, di antara bisikan rindu dan keraguan hatinya yang sedang bergelombang.

Ain masih belum mahu meninggalkan tebing ini. Walaupun sudah ramai orang keluar dari pejabat untuk bergegas pulang, Ain masih mahu terus menjadi pemerhati. Fikirannya masih kepada Arif. Terlalu susah rasanya untuk Ain membuang Arif dari kotak rindu hatinya. Dalam Ain melayan rasa, barulah dia teringat sejak dari hari Arif memberikan business card kepadanya tidak pernah sekalipun Ain cuba mencari-cari siapakah Arif sekarang ini. Segala makanan dingin beku yang Arif berikan juga sudah lama habis dimakan.

‘Arif Idlan berusia 35 tahun adalah pengurus dan pemilik Idlan Holdings yang ditubuhkan pada tahun 2009 bersama dua orang rakan kongsi.

Pada awal pernubuhannya, Idlan Holdings mengendalikan rantaian kedai makanan ala kopitiam, beberapa buah station minyak di Semenanjung Malaysia dan kedai serbanika. Beberapa cawangan kedai kopitiam milik Idlan Holdings beroperasi 24 jam. Sejak setahun yang lalu, Idlan Holdings mula meluaskan sayap perniagaan mereka di perantauan Eropah untuk makanan dingin beku yang berpusat di London. Mereka juga mempunyai 2 buah kafe di Paris yang terletak berdekatan Eiffel Tower dan Louvre dan sebuah lagi di Charles de Gaulle Airport.”

“Wow”, sepatah kata yang terkeluar dari bibir Ain. Ain kagum dengan segala apa yang dibacanya. “Tahniah Arif…you get where you want to be”, bisik Ain beriring senyuman lebar di bibirnya.

Tidak dapat dinafikan hatinya sungguh bangga dengan apa yang dibaca mengenai Arif. Mengenali Arif dahulu dan mengetahui cita-cita serta impiannya, kejayaan Arif sekarang sememangnya mengagumkan.

Ain kembali menimbangkan rasa hatinya. Sejauh mana berani dirinya untuk menghantar email kepada Arif. Antara dirinya dengan Arif sekarang tidak lagi duduk sama rendah berdiri sama tinggi. Selain itu tentu sudah ada wanita yang menjadi tulang belakang Arif sekarang ini.

“Love is a gift…it was never an obligation and what we need is just one small adjustment to make way for our lives to work”, leteran Edward berdendang di telinga Ain kembali.

Ain sedar Edward sebenarnya cuba menyakinkan dirinya untuk meneruskan hajat dan mahu Ain tahu bahawa tidak menjadi kesalahan besar setakat mengundang Arif ke majlis yang bermakna dalam hidupnya. Kalau Ain bernasib baik, pameran solonya juga akan di buka sehari selepas majlis konvo tersebut dan secara tidak langsung, Ain juga boleh menjemput Arif untuk sama-sama menghadiri majlis pembukaannya nanti. Alasan Edward memang munasabah, akan tetapi hati Ain masih tidak mampu berasa yakin dengan alasan yang ada. Kelemahan diri dan hatinya sekarang diuji.

Setelah tidak mampu berfikir, hanya keluhan menjadi ratapan Ain di petang itu. Berat kakinya untuk melangkah pulang, akan tetapi lebih berat hatinya memikirkan satu keputusan.

*****

Arif masih terbelenggu dalam situasi yang merumitkan apabila melibatkan sekeping hati. “Kenapalah hati ini terlalu kecil”, Arif bermonolog diri. “Bagaimana hati sekecil ini mampu menyimpan segala rasa”? pertanyaan pula datang menerjah Arif. Hati yang kecil ini menyimpan segala rasa, kehendak, kemahuan, rindu, cinta, kecewa dan bermacam lagi. Lama dahulu Arif meletakan perasaan benci di dalam hatinya. Lama kelamaan tanpa Arif sedari kebencian itu menjadi kolam rindu yang amat luas dan dalam. Bertahun lama Arif nafikan, begitu lama juga Arif simpan setelah menerima kehadiran rindu tersebut.

Tatkala benci menjadi rindu, tanpa disedari Arif layari rasa yang datang sehingga rindu itu terlerai dengan satu pertemuan tidak terduga. Semasa rasa rindu pada kenangan lama Arif layari, Arif terlupa masih ada tompok di hatinya tertera satu nama. Indahnya sebuah pertemuan Arif sematkan di hatinya dengan kemas. Ain ditinggalkan setelah diyakini bahawa satu pertemuan telah menutup sebuah cerita lama. Dengan tekad dan azam baru, Arif mengorak langkah untuk membuka lembaran baru hidupnya bersama Juliana. Bersama pertemuan yang baru berlalu dan meniti sejarah yang tercipta, Arif membentuk kisah di hari ini untuk masa hadapan dan buat selama-lamanya. Arif masih berada di dalam satu bulatan yang belum benar-benar menemui jalan keluar, sesungguhnya senang untuk berkata namun amat payah menyempurnakannya lalu ia menjadi dilemma yang belum berkesudahan.

Bersama secawan kopi di tangan, Arif memerhati dinding di ruang tamu rumahnya. Sebuah lukisan Arif renung dan tatap. Lukisan itu adalah salah satu dari lukisan terawal Arif miliki setelah dirinya bergelar pengurus rantaian kopitiam. Gelaran yang membawa kepada kejayaan Arif di hari ini dan juga menjadi alasan utama retaknya hubungan di antara dirinya bersama Ain 5 tahun yang lalu. Lukisan itu ada nostalgianya tersendiri dan lukisan itu tetap menjadi kegemaran Arif dari hari pertama ia menjadi penghias dinding teratak ini.

“Hai…macam nak tembus lukisan tu kau tenung Rif”, tegur Kamal penuh kehairanan.

“Siapa “AS”? tanya Arif pula. “Pelukis baru ke”? Mana kau dapat lukisan ni”? Pertanyaan bertali arus Arif membuat Kamal merasa ingin lebih tahu.

“Hmm…sejak bilalah pulak kau berminat dengan lukisan”? duga Kamal. Selama ini terlalu payah untuk Kamal mengajak Arif datang ke setiap pameran lukisan yang dianjurkan.

Arif sekadar mengangkat bahu tanda menjawab soalan Kamal. Menurut penerangan Kamal, beliau tidak kenal dengan pelukis tersebut. Pertemuan mereka secara kebetulan saja ketika Kamal merayau-rayau di Central Market. Pelukis itu sekadar mengenalkan dirinya sebagai “AS”, seorang gadis dan merupakan pelukis jalanan.

“Aku asyik betul tengok dia melukis”, kata Kamal mengenang peristiwa lama. Gambar pemandangan yang dilukis olehnya seolah-olah hidup. Mengikut kata Kamal masa tu ramai yang berdiri mengelilingi pelukis tersebut namun kehadiran orang ramai tidak sedikitpun menganggu konsentrasi beliau melukis. Itu yang membuat Kamal kagum lalu sabar menanti sehingga orang ramai reda dan Kamal berpeluang berbual dengannya.

Gambaran yang terlukis merupakan sebuah cerita dalam bentuk lukisan. Anak-anak berlari bermain layang-layang, menarik upih, gunung ganang serta sawah padi yang terbentang luas benar-benar menarik minat Kamal. Terdapat juga sketsa menampi padi yang menyerlahkan lagi lukisan tersebut.

Arif khayal dalam pemerhatian dan dikejutkan oleh Kamal apabila mendengar harga lukisan tersebut. “Hah…murahnya”? Arif benar-benar tidak menyangka bahawa Kamal hanya membayar tiga ribu ringgit untuk lukisan tersebut.

Sesungguhnya Arif tidak mampu mempercayai kata-kata Kamal. Walaupun lukisan itu telah Kamal miliki lebih kurang 4 tahun yang lalu dan harga lukisan sebesar itu sudah mampu mencecah harga dari lapan hingga sepuluh ribu ringgit di mana-mana galeri di ibukota waktu itu.

Semenjak dari itu Arif tidak pernah jemu memujuk Kamal untuk menjual lukisan tersebut kepadanya. Arif pasang hajat dan tidak akan berputus asa sehingga lukisan itu dapat dibeli dan dimiliki. Naluri Arif tidak mampu lagi untuk membiarkan lukisan itu tergantung di bilik pejabat Kamal. Kesungguhan Arif telah mencabar Kamal kerana sejak mula sememangnya Kamal tidak berhasrat untuk menjual. Kamal terlalu sayangkan lukisan tersebut kerana amat payah sekarang ini untuk melihat pelukis muda melukis gambar alam dan pemandangan yang bagaikan hidup. Kamal asyik bertanya Arif kenapa dia mahu sangat memilikinya. Kamal tetap dengan keputusannya untuk tidak menjual lukisan itu walaupun Arif menawarkan harga yang tinggi.

Arif memang terkenal dengan sifat tidak mudah menyerah kalah dan Kamal memang faham benar dengan perangai kawannya itu. Telah Kamal jangkakan yang Arif pasti akan terus memujuknya sehingga berjaya. Kedegilan Arif dan ketegasan Kamal berjalan serentak. Hampir tiga bulan mereka begitu. Jikalau dahulu terlalu payah untuk Kamal bertemu Arif, akan tetapi kerana sebuah lukisan hampir selang sehari mereka berjumpa dan berbual di telefon. Akhirnya kata sepakat ditemui di antara Kamal dan Arif.

“Cantiknya lukisan ini…siapa AS, tak pernah dengarpun”, komen Juliana secara spontan apabila Arif menunjukan lukisan tersebut.

Arif yakin dia tidak tersalah pilih lukisan untuk ruang tamu rumahnya. Harga yang Arif tawarkan kepada Kamal juga berbaloi. Dengan harga sepuluh ribu ringgit lukisan yang bertemakan kehidupan desa menjadi milik Arif. Tidak Arif kenal siapakah “AS” di masa itu dan tidak ada seorang pelukispun bernama “AS” yang Arif temui berdaftar di internet. Menurut cerita Kamal setelah lukisan bertukar tangan dan pembayaran dibuat, Kamal tidak lagi ke Central Market untuk waktu yang lama juga. Hampir setahun tidak berkunjung, Kamal kembali untuk mencari pelukis tersebut akan tetapi beliau sudah tidak melukis di situ. Kawan-kawan sekeliling juga tidak tahu kemana haluan yang dibawa “AS”.

Arif mengeluh. Di hari ini setelah berbulan pertemuan semulanya dengan Ain, Arif mengingati sejarah Ain dalam hidupnya. Arif sememangnya jatuh cinta pandang pertama dengan lukisan tersebut. Arif sanggup buat apa saja untuk memilikinya dan berusaha bermati-matian memujuk Kamal. Setiap detik dan hari yang berlalu, hati dan nalurinya yang terlalu ingin memiliki lukisan tersebut sejak mula bertemu jawapan dalam sebuah pertemuan.

“Apakah aku mampu menyalahkan kenangan…apakah aku juga mampu menyalahkan Juliana untuk tidak yakin terhadapku dan kini apakah aku terus mampu membuang Ain dalam hidupku”? Arif terus bermonolog diri.

Walaupun Ain tidak menghubunginya sejak pertemuan itu, Arif yakin Ain sihat dan bahagia dengan cara hidupnya sekarang. Tidak sesekali Arif berniat hendak melupakan Ain atau terus berdiam diri, cuma keadaan di masa ini tidak mengizinkan Arif untuk mencampuradukan fikiran dan hatinya.

Pergelutan perasaan sentiasa berlaku walau di manapun kita berada dan mengenai apa saja, akui Arif. Hanya dengan keyakinan dan semangat dalam diri yang jitu saja dapat meleraikan yang kusut, menjernihkan yang keruh dan mengeratkan yang longgar agar tidak terus terputus. Itulah yang cuba Arif lakukan sejak beberapa bulan yang lalu.

Kehilangan Ain pernah Arif ratapi. Pertemuan mereka kembali amat Arif hargai dan mungkin tidak ramai orang yang bernasib baik sepertinya. Setiap pengalaman mendewasakan kita dan setiap langkah yang diambil pasti akan mengubah keadaan. Sekarang setelah berbulan dan bertahun lama semuanya berubah lagi. Arif tenang menghadapi situasi ini. Susah senang dalam perniagaan telah Arif lalui, jatuh bangun dalam percintaan juga telah Arif rasai. Arif mula mengorak langkah untuk menunaikan segala hajat yang terpendam di hatinya selama ini tanpa mahu menoleh kebelakang dan mengenang duka nestapa sebuah kegagalan.

“Mengaku sajalah yang you tak boleh lupakan dia”, tempelak Juliana berkali-kali sejak kepulangan Arif dari London beberapa bulan yang lalu.

Selama itulah Arif terus cuba menyakinkan Juliana bahawa dirinya sanggup untuk terus berusaha mengukuhkan hubungan mereka yang telah terbina. Namun sehingga saat dan ketika ini Arif tetap gagal. Juliana tetap dan teguh dengan pendiriannya yang masih berkeras bahawa setelah pertemuan dengan Ain, Arif berubah dan kembali kepada perangai lama. Moto, makanan, ambil gambar dan bermacam lagi berkait rapat dengan Ain. Paling menyakitkan hati Juliana apabila Arif menjadi pengumpul setia lukisan Ain.

Sudah hilang daya Arif untuk menyakinkan Juliana, apatah lagi setiap ajakan Arif untuk keluar kota berehat dan bersantai bersama dengan kumpulan fotografi ditolak mentah-mentah oleh Juliana. Walaupun Arif beria-ia mengatakan apa yang dia buat sekarang adalah hobinya sejak dahulu dan apabila Ain hadir dalam hidupnya mereka kongsi minat yang hampir sama, itu saja. Arif pernah membuang segalanya demi melupakan kenangan bersama Ain dan tanpa disangka dan duga, Ain juga yang bertanggungjawab membawa Arif kembali kepada minatnya. Setelah membuang minatnya sekian lama, Arif kini berjanji pada diri sendiri tidak akan sesekali membuang minatnya lagi.

Panggilan dan sms Arif tidak berjawab. Berhari-hari sudah Arif mencuba namun tetap gagal. Arif pasti Juliana sudah pulang dari Hong Kong beberapa hari yang lalu. Arif masih mampu bersabar, akan tetapi waktu juga mencabar kesabaran itu. Arif sudah bersedia, jikalau Juliana tidak membalas sms yang dikirim hari ini, Arif akan menunggu Juliana di pejabatnya. Sekiranya perlu Arif akan menggunakan sedikit kekerasan supaya Juliana mahu berjumpa dan selesaikan kemelut ini.

Hanya tinggal 2 minggu saja lagi Arif akan bercuti untuk menggembara ke pelusuk dunia dan sebelum itu Arif mahu selesaikan masalah yang timbul diantaranya dengan Juliana. Keputusan Juliana saja yang Arif nantikan. Seandainya perpisahan yang Juliana minta Arif sudah tidak teragak-agak lagi untuk meleraikan saja hubungan ini. Tidak ada gunanya mempertahankan hubungan seandainya tiada kepercayaan lagi. Pengalaman dahulu mengajar Arif untuk tidak berahsia dan dalam diamnya juga Arif berterima kasih kepada Ain kerana tidak berada di antara dirinya dan Juliana. Ain tidak pernah menghubunginya dan Arif sendiri tidak pernah menghubungi Ain dan selanjutnya bercerita hal peribadi.

Deringan telefon mengejutkan Arif dari lamunan. Suara Juliana kasar di telinga Arif. Arif sedar api kemarahan Juliana masih belum reda. Pujukan Arif sebelum ini nampaknya tidak dapat mengubah perasaan dan pendirian Juliana. Arif menyakinkan bahawa perjumpaan ini penting. Bertangguh lama manapun perkara ini tidak akan selesai.

“Apa yang penting sangat”, jerkah Juliana sebelum sempat Arif duduk.

Sekadar keluhan yang dapat Arif lepaskan melihat Juliana berperangai begitu. Hatinya sedih apabila kejujuran yang hendak dipertahankan tidak langsung dihargai oleh Juliana. Kesedihan Arif bertimpa apabila Juliana asyik menyalahkan Ain. Akhirnya terlerai jua kerana di antara mereka gagal menemui jalan perdamaian. Sesungguhnya Arif juga tidak sanggup untuk terus membiarkan Juliana menghukumi Ain atas kegagalan ini. Oleh itu perpisahan adalah jalan terbaik buat mereka dan seterusnya “membebaskan” Ain dari kemelut ini. Ain tidak bersalah dan Ain tidak pernah mengetahui apa-apapun, Arif berkeluh kesah lagi.

Kali ini Arif tidak seperti dahulu, menuding jari dan menyalahkan Juliana. Arif menerima segala kesalahan dirinya dan mengorak langkah untuk meneruskan kehidupan dengan caranya sendiri. Arif yakin dia tidak silap kali ini kerana Allah telah tentukan begitu. Sebelum mengucapkan selamat tinggal Arif sempat memberitahu Juliana rancangannya. Arif akan mengembara selama dua atau tiga bulan. yang akan datang. Terselit rasa sedih yang amat dalam di hati Arif apabila tiada sebarang reaksi yang diterima daripada Juliana, lalu terkuburlah satu ikatan.

Arif lega, Arif redha dan Arif berserah kepada Allah semata-mata. Arif pasti jodoh untuknya ada diluar sana cuma belum ditemui. Perpisahan dengan Juliana adalah persetujuan bersama. Juliana tidak mampu untuk “bertanding” dengan Ain walaupun bersungguh-sungguh Arif mengatakan bahawa dia tidak perlu bertanding. Ain tetap Ain….tidak akan ada duanya.

*****

Bertalu-talu deringan telefon namun Juliana pekakkan telinga. Tanpa melihat siapa pemanggilnya sudah Juliana tahu siapa. Sebaik sampai dari Hong Kong dua hari yang lalu sudah Juliana rasakan yang Arif akan terus menghubunginya.

“I tahu you ke sana kerana kerja, akan tetapi cubalah fikirkan juga hal kita”, pesan Arif sebelum meninggalkan Juliana di lapangan terbang hampir dua minggu yang lalu.

Kesempatan yang Juliana ambil bercuti sambil bekerja tidak banyak mengubah resah yang bergelombang di hatinya. Tidak tahu di manakah hendak Juliana mulakan namun apa yang pasti sepanjang berada di Hong Kong dia sedar bahawa dirinya sendiri tidak tahu apa yang dimahukan. Andainya dulu Arif tidak menghubunginya seminggupun tidak meninggalkan kesan di hati Juliana, bertanya juga payah sekali. Semua itu berubah secara tiba-tiba apabila Arif pulang lewat dari yang dijadualkan tanpa sebarang pesanan. Keresahan itu sudah terbawa-bawa pula api kemarahan dan rasa cemburu. Tatkala berada di dalam pejabat Arif semasa 2 keping lukisan Ain digantungkan, Juliana sudah mengetahui bahawa Arif sekarang bukan Arif yang dikenali. Walaupun Arif amat gemar kepada lukisan, Arif amat jarang melabur kearah itu. Setiap lukisan yang Arif beli lebih kepada isihatinya dan kerana itu lukisan “Damainya Alam” ingin Arif miliki dengan bersungguh-sungguh. Tiada siapa benar-benar mengenali “AS” di masa itu, akan tetapi Kamal, Arif dan juga dirinya amat leka setiap kali melihat lukisan itu.

Lukisan Ain adalah lukisan hati Arif. Baru sekarang Juliana sedar makna lukisan “Damainya Alam” adalah titik permulaan yang “menemukan” Arif dan Ain kembali. Semasa berada di pejabat Arif baru-baru ini, Juliana mengamati dengan sedalam-dalamnya dua buah lukisan Ain yang kemas tergantung. Walaupun kelat untuk diakui, Juliana mengakui akhirnya bahawa Ain benar-benar mengenali Arif. Ain mengenali jiwa halus Arif. Ain mengenali tulus ikhlas hati Arif. Namun mungkin di suatu masa dahulu mereka terduga lalu perpisahan terjadi. Di antara mereka punya pertalian yang kuat walaupun terpisah ribuan batu dan sudah hampir lima tahun berlalu.

Pengakuan Arif mengutamakan Juliana dan memilih dirinya selepas pulang dari London dan pertemuan singkat dengan Ain tidak mengubah apa-apa, membuat Juliana rasa terlalu dihargai. Berhari-hari selepas pengakuan itu Juliana akui dirinya amat beruntung walaupun Arif menafaatkan waktu sehari setengah bersama Ain meniti kenangan lalu mereka. Menurut kata Arif mereka berdamai waktu itu semoga nanti tidak akan ada lagi rasa benci, dendam dan menuding jari dalam meneruskan kehidupan mereka selepas ini. Arif turut mengakui tidak menghubungi Ain selepas kepulangannya dan Ain turut sama mendiamkan diri.

“Apakah salah untuk aku menerima Ain”, pertanyaan Juliana kepada dirinya berulang kali. Juliana sedar tidak mungkin ada yang boleh dilakukan untuk membuang Ain dari hidup Arif. Ain adalah sejarah kehidupan Arif yang dahulu. Kalau Ain sudah meninggal sekalipun, kenangan dan sejarah itu tetap tidak boleh dibuang.

“Kau kena ingat tu”, kata satu suara. “Menerima dan menghargai seadanya adalah yang terbaik”, suara itu mengetuk kesekian kalinya dinding hati Juliana.

“Tak mungkin”, kata Juliana keras menafikan. “Kalau benar Arif sudah melupakan Ain, kenapa perlu dia lakukan semuanya berkaitan dengan Ain”? soalan itu menghantui dirinya saban waktu.

Juliana terus-terusan berdebat dengan dirinya sendiri. Perubahan ketara Juliana dapat dihidu oleh teman-teman rapatnya lebih-lebih lagi Zaleha. Zaleha turut sama mengenali Arif di hari pertama Arif dan Juliana diperkenalkan. Semenjak dari situ beberapa pertemuan Juliana bersama Arif, Zaleha turut sama. Peramah dan nakal Zaleha serta kejujuran dia bercakap pada masa itu membuatkan Juliana merasakan Arif tertarik kepada Zaleha.

“Malang sungguh Arif tu jatuh hati dengan kau”, bebel Zaleha apabila Juliana mencurahkan keresahan hatinya mengenai perubahan Arif dan adanya Ain di antara mereka.

“Setiap orang ada hati dan perasaan masing-masing. Nak tak nak kau kena terima. Apalah salahnya kau berdamai dengan Ain tu… jauhkan cemburu kau tu”, bebelan Zaleha berterusan sehingga kehari Juliana berangkat ke Hong Kong.

Semasa di dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong dan begitu juga semasa penerbangan pulang, leteran, bebelan dan nasihat Zaleha berkumandang di telinganya. Juliana menjadi marah adakalanya apabila Zaleha seolah-olah tidak menyebelahi langsung rasa hatinya. Sebagai seorang kawan karib, Juliana terasa hati dengan sikap Zaleha yang asyik menyebelahi Arif dan Ain.

“Aku ni kawan kau Ju..sebab itu aku nasihatkan kau untuk belajar menerima dan mengenali Ain…kalaulah kau tu benar-benar cinta maut dan sayangkan Arif. Selagi kau ada perasaan cemburu, benci, meragui ataupun berdendam dengan Ain, hubungan kau dan Arif tidak akan temui kedamaian. Kau kena accept semua ni. If he chooses you, bermakna hati dia dah tetap. Kau jadi pilihan dan Ain adalah kenangan. Kecualilah kau nak ulangi kesilapan dulu…tak sudah-sudah menuding jari kat ex kau tu…sudahnya kau yang gigit jari”

Sejauh mana kebenaran kata-kata dan nasihat Zaleha tidak meninggalkan kesan yang mendalam di hati Juliana dan tidak difikirkan semasak-masaknya. Sebaik saja mendarat di Kuala Lumpur hatinya kembali berulat setelah melihat beberapa pesanan ringkas Arif dan panggilan yang diketepikan semasa berada di Hong Kong.

Akhirnya dalam marah yang masih bersisa dan tak berkesudahan, Juliana bertemu Arif atas permintaan bertubi dan juga desakan yang tidak henti. Juliana tidak mampu mengelak apabila Arif menggugut akan menghantui hidupnya jikalau Juliana enggan berjumpa.

Ternyata Arif tenang semasa pertemuan itu. “Adakah Arif sudah menduga jawapan aku”? tanya Juliana apabila melihat gerak geri Arif yang tenang walaupun Juliana hampir mengherdiknya.

Beberapa jam sebelum perjumpaan mereka, Juliana mundar-mandir di dalam rumah, duduk salah, diri salah dan baringpun salah. Ketawa Zaleha yang terus memerhatikan gelagatnya menambah sakit di hati. Sempat pula Zaleha berpesan sebelum dia keluar, kalau dah tak boleh nak terima dan bertolak ansur lebih baiklah kau lepaskan Arif tu…kesian aku tengok dia but make it mutual.

Juliana bercakap jujur dengan Arif bahawa dia belum bersedia untuk bertarung dan bertanding dengan Ain. Keluhan yang Arif lepaskan menunjuk rasa kecewa yang dalam. Arif tidak banyak berkata-kata dan Arif juga tidak lagi memujuk. Beberapa patah perkataan yang Arif keluarkan merupakan tamparan hebat untuk Juliana. Tidak pernah Arif sangka wanita yang dianggap matang seperti Juliana gagal menilai putih hitam sesuatu keadaan. Arif turut tidak menafikan mengingati Ain sekali sekala lebih-lebih lagi apabila Juliana terlalu enggan memberi laluan dan kepercayaan terhadap dirinya.

Juliana hanya mampu bermohon maaf di atas segalanya dan terus mendoakan kejayaan Arif dan semoga Arif temui kebahagian yang dicari dan diidamkan selama ini. Juliana akui tidak berkongsi rasa dengan Arif sejak dahulu dan cita-cita serta impian Arif untuk memiliki keluarga bahagia tidak benar-benar menyentuh hatinya.

“I mintak maaf banyak-banyak…I tak sanggup nak teruskan hubungan kita”, luah Juliana dengan memandang sayu wajah Arif. Kemarahan yang ada sejak tadi telah lama surut apabila Arif tidak sedikitpun berkata kasar ataupun marah. Arif tenang sehingga menyebabkan Juliana serba salah. Akan tetapi semuanya ini mesti diselesaikan.

Keluhan yang Arif lepaskan tidak dapat Juliana sangkal sebagai tanda lega. Itu yang Juliana rasakan.

“Kenapalah segalanya ini telah I rasa dari dulu lagi…kalaupun bukan kerana Ain”, kata Arif perlahan sambil cuba memegang jari jemari Juliana. “Ain hanya penyebab dan permudahkan segalanya…betul tak”? tanya Arif pula.

Juliana menariknya pantas sehingga membuat Arif tergamam. Juliana tidak mampu mengiyakan kata-kata Arif kerana jujurnya Juliana sendiri tidak tahu apa yang dimahukan dan sejauh mana harapan diletakan untuk masa hadapan.

Bergenang jua airmata Juliana semasa melepaskan Arif pergi. Tidak mungkin mereka akan berpatah kembali kerana di dalam diri Juliana tetap mengatakan bahawa Ain akan terus berada dan menjadi perantaraan dirinya dengan Arif. Juliana terima hakikat bahawa perpisahan Arif dan Ain dahulu memberikan mereka berdua semangat baru. Arif menempa kejayaan dan begitu juga Ain. Arif tidak pernah bertanyakan masa silamnya akan tetapi Juliana asyik menyanyikan masa silam Arif tidak henti-henti sejak pertemuan semula Arif dan Ain. Keyakinan tidak pernah bertapak di hatinya sejak mengetahui tentang pertemuan itu.

Lalu diremang petang ditemani angin sepoi-sepoi bahasa, Juliana melepaskan Arif tanpa sebarang kekesalan. Lebih baik begini, detik hatinya.

*****

Assalammualaikom Arif,

Saya berharap semoga Arif sihat walafiat dan sejahtera serta ceria hendaknya. As for me, Alhamdulillah sihat-sihat saja.

I know it has been long and I do feel awkward sending you this email…tapi disebabkan lonjakan hati yang tak henti-henti ni terpaksalah Ain mengalah…hehehe.

Dengan ini dan dengan berbesar hati, Ain menjemput Arif sekeluarga untuk menghadiri majlis konvokesyen Ain pada 12th June nanti. Lebih kurang 3 minggu dari sekarang.

As for now, Ain juga sedang menanti jawapan dari pihak penaja untuk satu lagi pameran solo. Buat masa ini pihak penaja dan juga Ain tidak dapat memberi kata putus kerana masih ada beberapa perkara yang tersangkut. Ain juga perlukan waktu untuk menyiapkan beberapa lukisan untuk pameran tersebut.

Nothing much from me…so setakat ini saja. Please let me know if you are able to come. Will update about the exhibition the moment everything finalise.

Salam Kasih

Ain Adawiyah.

Note: It will be a great convo gift if you are here…:)

Ain membaca berulang kali email yang sudah siap dibuat untuk Arif. Masih ada keraguan lagi di dalam diri Ain walaupun jarinya sudah sedia untuk menekan send button. Ain mencari sedikit kekuatan.

Dengan mengambil jalan pintas, tanpa mahu berfikir lagi dan dengan menutup matanya Ain menekan butang tersebut. Nafas lega Ain lepaskan…tidak ada apa lagi yang boleh dibuat untuk menarik kembali email tersebut.

“Biar benar”??? kata Ain terkejut hingga berkerut-kerut dahinya apabila melihat mesej ‘you have new email’. Bersama lampu mesej yang berkelip-kelip, begitu jugalah dengan mata Ain. Tidak mampu untuk Ain mempercayai siapakah pengirimnya. “Bukaklah email tu”, ada suara dihatinya yang memaksa.

“Assalammualaikom Ain,

Arif nie…harapnya Ain sihat. Mintak maaf banyak-banyak for the long silence. Terlalu banyak kerja yang hendak saya uruskan hingga susah nak cari ruang waktu untuk diri sendiri.

Harapnya semua berjalan baik dan lancar untuk Ain…shall I hope no news is good news?🙂

Arif akan cuba hubungi Ain lagi nanti.

Take care dear Ain…

Love

Arif

Sekali lagi mata Ain terkebil-kebil. Amat susah dan payah untuk dirinya mempercayai bahawa email yang baru dibaca tadi datangnya dari Arif. Lebih memeranjatkan pula, email itu diterima sebaik saja Ain mengirimkan satu email kepada Arif. “Telepathy ke apa ni”? Ain menyoal pula dirinya oleh sebab tidak percaya langsung yang akhirnya dia menerima kabar dari Arif.

“Terima kasih Arif”, Ain tuturkan. Hati Ain berbunga riang dan resah hatinya terjawab setelah sekian lama.

Walaupun pendek saja email kiriman Arif, namun ia cukup bermakna buat Ain. Setidak-tidaknya Ain mengetahui bahawa Arif sihat dan sibuk dengan dunia perniagaannya. Dalam kegembiraan yang dirasa masih juga terselit rasa tidak puas hati.

“Kenapalah Arif tidak mahu berkongsi sedikitpun cerita peribadinya”, rungut Ain sendiri. “Aduh parah ini”, Ain memarahi dirinya pula. Hati Ain tetap tertanya-tanya kedudukan Arif sekarang. Ain bahagia sekiranya dapat mengetahui sedikit sebanyak kehidupan Arif. Tidak ada niat lain yang terselindung cuma Ain mahu berkongsi rasa bahagia Arif…itu saja. Ain tidak mengharapkan apa-apa.

Berhari-hari selepas itu Ain menjadi seorang perindu. Ain merindukan balasan Arif dan manalah tahu Arif akan datang ke majlis konvokesyennya bersama dengan isteri dan anak-anaknya yang comel. Tentu seronok nanti kalau dapat berjumpa Arif dan keluarganya. “Hmm…entahlah”, Ain mengeluh. Tertanya-tanya itu sudah menjadi lumrah hidup Ain sejak mereka berjumpa semula beberapa bulan yang lalu.

Hari-hari yang berlalu Ain penuhi dengan melukis. Sepanjang malam semalam Ain sukar untuk melelapkan mata kerana terkenang arwah nenek dan ibunya. Hati Ain menjadi sayu dan hiba semasa jari-jemari Ain sibuk melukis wajah-wajah kenangan dalam hidupnya. Dalam linangan airmata yang berjurai-jurai, warna-warna indah Ain lepaskan di atas kanvas yang terbentang.

Sejak Mrs. Gregory menjanjikan satu lagi pameran solo, hidup Ain sehari-hari berada di dalam kenangan. Ain kena berbuat begitu untuk ambil segala mood melakarkan isihatinya ke atas kanvas, supaya segalanya nampak hidup di mata pengunjung, peminat dan pengumpul lukisan potret. Suatu ketika dahulu pernah Ain berangan dan mengimpikan untuk menjadi seperti Leonardo Da Vinci yang melukis Mona Lisa. Membaca mengenai Da Vinci boleh meremang bulu roma Ain, lebih-lebih lagi apabila menatap potret Mona Lisa.

Ain menanam azam dalam diri sekiranya Arif dapat melihat siri pameran kali ini, Ain mahu Arif tahu semua lukisan yang ada penuh dengan rahsia hatinya…tidak akan ada lagi ruang-ruang yang kosong seperti dahulu. Arif telah merapatkan ruangan itu kembali. Walaupun tidak banyak lagi yang perlu dilukis untuk pameran itu nanti, Ain masih teragak-agak dengan permintaan Mrs. Gregory untuk melukis wajah-wajah Arif di atas kanvas. Lakaran Ain yang terdahulu berada dalam simpanan Mrs. Gregory. Sememangnya banyak wajah Arif yang telah Ain lukis dalam siri ini, cuma yang satu itu saja Ain tidak mahu dipamerkan.

Wajah Arif dengan sekuntum mawar putih, dikelilingi bunga-bunga dan menyerahkan mawar putih itu kepada seorang gadis. Ain tidak melukis wajah gadis tersebut dengan jelas, sekadar imbasan saja. Semenjak lakaran tersebut terlepas ke tangan Mrs. Gregory, puas Ain tertanya-tanya kenapa ia amat menarik minat Mrs. Gregory, “patience is power”, itulah jawapan yang Ain terima. Terlalu sukar rasanya Ain untuk mentafsir kata-kata ringkas tetapi punyai maksud yang amat dalam.

Oleh kerana lelah memujuk, Ain diamkan sahaja. Apabila Ain melewati galeri semalam, gambar tersebut sudah siap berada di dalam frame, lalu tiada apa lagi yang boleh dikatakan. Jauh di sudut hati Ain rasa syukur yang amat sangat kerana Mrs. Gregory sudah jatuh cinta dengan lukisan tersebut. Ain yakin dengan selera dan citarasa Mrs. Gregory sejak sekian lama mengenali wanita itu berdasarkan segala nasihat dan komen yang diberikan sebelum ini.

Rindu Ain menggamit lagi apabila menjengok emailnya hari ini. Masih belum ada jawapan dari Arif dan Ain pula berdegil untuk tidak menjawab email kiriman Arif. Dalam melayari rindu, Ain tersenyum sendiri. Masih ada imbasan kedegilan di dalam dirinya seolah-olah masih bercinta dengan Arif. Ain terlena sudahnya setelah penat melukis malam itu.

*****

Arif sedang membelek koleksi gambar yang telah dibuat album apabila Mike datang mengganggu lamunannya. Mike menyerahkan secawan kopi lalu mengintai apa yang ditatap Arif.

“For her”?, Mike bertanya.

Arif sekadar memberikan senyuman dan menyimpan kembali album itu ke dalam bag sandangnya. Arif kini dalam siri jelajahnya ke sebahagian dari benua Eropah dan negara sekitarnya dan seperti selalu, Arif tetap memilih London sebagai “meeting point”. Heathrow tidak pernah sunyi dengan penumpang yang datang dan pergi. Sebentar tadi Arif sudah tenggelam dalam ilusinya sendiri ketika membelek album yang sebenarnya dibuat khas untuk Ain. Namun masih ada yang tidak pasti dalam diri Arif untuk singgah bertemu Ain walaupun beberapa kali Mike bertanya.

Austria…Vienna and Salzburg

vienna international airport

Vienna International Airport

vienna3

Hallstatt--Austria-europe-615505_1024_768

Hallstatt, Austria

Kedamaian Austria sudah dapat Arif rasakan dan sepanjang perjalanan menuju ke Vienna membuat Arif terkenangkan Ain pula. Terlalu indah pemandangan yang ada, tentu Ain seronok dapat mengambil gambar yang mungkin boleh dijadikan ilham siri lukisannya nanti. Hari menjelang senja apabila Arif tiba di Vienna. Arif tidak pasti hotel mana yang telah dipilih oleh agen pelancungannya, akan tetapi apabila tiba di Cordial Theatre Hotel hati Arif terpaut dengan seni bina bangunan tersebut. Kawasan sekitar yang punya ciri-ciri sejarah dan seni juga menarik perhatian Arif.

cordial theater hotel

Cordial Theatre Hotel

Vienna-Austria-austria-31748776-1024-768

members of historical townsfolk guard

Members of Historical Townsfolk Guard

austria mountain

Austria Mountain

salzburg1

Salzburg Countryside

Oleh kerana waktu masih awal dan Arif tidak berhasrat untuk kemana-mana malam itu, sekali lagi Arif melayan segala gambar yang diambil dalam percutiannya kali ini. Sebelum Austria negara pertama Arif lawati adalah Switzerland dan Scotland. Di kedua-dua negara ini Mike ikut bersamanya.

“I’ve notice changes in you…it’s surprise me”, kata Mike.

““Nothing has changed. This is the real me”, jawab Arif pula.

Tanpa membiarkan Mike berada dalam kebingungan, Arif menceritakan sedikit sebanyak hal hidupnya. Bermula dari zaman anak-anak, remaja hinggalah sekarang. Banyak soalan yang Mike tanyakan dan banyak juga yang Arif cuba mengelak. Arif cuba sedaya upaya untuk tidak bercerita terlalu jujur tentang hubungannya dengan Ain. Kisah yang terakam di antara dirinya dan Ain amat bermakna suatu masa dahulu dan jatuh bangun Arif bermula dari situ. Sebagaimana pahitnya perpisahan mereka, manis lagi kenangan yang ada dan di hari ini Arif mensyukuri segala dugaan yang ditempuh dan dilalui serta kejayaan yang dikecapi.

“That’s love. I always believe we never stop loving someone. We just learn to live without them”, terus saja Mike berkata begitu.

Sekali lagi Arif hanya melemparkan senyuman kepada Mike.

Arif tidak mampu memberi sebarang komen kepada dua ayat terakhir yang Mike tuturkan masa itu kerana separuh hatinya teringat Ain dan separuh lagi mengatakan jangan campuraduk keadaaan sekarang dengan masa lalu.

“What it is about love…that makes us so stupid”? menyerigai saja Mike memandang Arif apabila berkata begitu. “People says…the past will connect them but the passion will posses them”, sambung Mike lagi.

Seminggu yang lalu kata-kata Mike itu membuat Arif tertunduk. Kata-kata itu juga sedang membuai telinga Arif sekarang ketika melihat gambar-gambar yang ada serta album yang telah dibuat. Arif terganggu dan terbuai kembali dalam kenangan.

“Apakah aku mampu mempelawa Ain turut sama”? Arif sedang menimbangkan rasa hatinya. Keindahan tempat-tempat yang telah dilawati sering membawa ingatan Arif kepada Ain walaupun Arif ketahui yang Ain telah pernah ke Scotland dan Switzerland.

“Wajarkah aku mengajaknya sama”? sekali lagi hati Arif bertanya. Mengikut perancangan yang ada Arif akan ke Holland selepas Austria diikuti dengan Germany. Semasa di Holland dan Germany nanti Arif akan melawat beberapa daerah di sana. Tempat lawatan akhir Arif yang dalam perancangan dan untuk masa ini adalah Italy.

Tanpa berlengah Arif terus saja membuka laptopnya untuk menghantar email kepada Ain dan alangkah terkejutnya Arif bahawa Ain ada menghantar email hampir tiga minggu yang lalu. Setiap patah perkataan Arif baca dengan teliti. Serta merta juga rasa sedih bertapak di hati Arif apabila mengetahui majlis konvokesyen Ain akan berlangsung hanya dua hari saja lagi.. Sudah tentunya Arif tidak dapat menghadirkan diri kerana jadual yang telah diatur.

“Mike…it’s Arif. I need a favour, huge favour”, pinta Arif semasa menghubungi Mike.

Mike tidak pernah keberatan untuk membantu Arif apabila bersangkut paut dengan Ain. Selama inipun Arif mendapat kabar Ain melalui Mike. Mata Mike menjadi teropong Arif memerhatikan Ain dari jauh. Seperti yang telah Arif sangka, Mike terus saja bersetuju dengan permintaan Arif dan tanpa berlengah Arif mencapai album tersebut untuk dihantar kepada Mike. Hari memang telah malam akan tetapi Arif perlukan informasi bagaimana untuk menghantarnya segera supaya Ain menerima pemberian tersebut di hari yang paling bersejarah dalam hidupnya.

Arif memeluk kemas album yang dibuat dalam dakapan sementara menunggu pick-up di lobi hotel. Mundar mandir Arif di lobi tersebut bukan kerana bimbang barangan tidak sampai tepat pada masanya, akan tetapi nota yang telah siap ditulis kepada Mike untuk diserahkan kepada Ain.

“Betul ke apa yang aku buat ni”, Arif resah sendiri dan terus bertanya diri sendiri.

“Oh well…when it comes to love sometimes people just can’t think straight”, kata-kata Mike berdesing di telinga Arif dan tawa Mike yang mengiringi selepas itu. Arif terasa kebodohan dalam diri apabila menceritakan resahnya kepada Mike semalam.

“Just do it Arif…and pray for your desired outcome”, Mike memberi semangat kepada Arif.

Tatkala Arif melepaskan keluhan untuk melapangkan dadanya yang sempit, bungkusan yang mengandungi album serta nota tertulis telah melepasi pintu lobi hotel penginapannya. Otak Arif ligat berfikir sama ada untuk menarik kirimannya semula sehingga duduk salah, berdiripun salah lalu Arif masih mundar mandir di situ.

“Excuse me sir…are you alright. Do you need any medical assistance”? tegur seorang kakitangan hotel setelah melihat Arif terlalu keresahan barangkali.

Merah padam muka Arif semasa ditegur begitu. Dapat Arif rasakan tebalnya malu yang ada lalu dengan baik Arif mengucapkan terima kasih. Untuk melegakan resah yang masih menebal, Arif membawa langkahnya untuk menikmati Vienna dengan matanya sendiri dan yang bakal dirakam melalui lensa kameranya.

*****

Cuaca di luar nampak tenang dan nyaman walaupun semalam hujan turun membasahi kota London. Ain termenung di tepi jendela sementara menunggu majlis konvokesyen yang akan berlangsung pada jam 2 petang nanti. Hatinya sekali lagi digamit sayu. Tiada saudara-mara yang akan sama-sama memeriahkan majlisnya nanti. Kawan rapatnya tiada hanya sekadar kawan-kawan sekuliah saja. Beberapa orang kawan sekuliah Ain telah mengajak Ain untuk sama-sama menghabiskan cuti musim panas nanti bersama. Ain masih mencari jawapan kepada ajakan tersebut. Atas sebab-sebab tertentu pameran solo Ain telah ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan lagi. Oleh kerana itu ia memberi kelonggaran kepada Ain untuk merancang percutian ataupun keluar kota selama lebih kurang 2 ataupun 3 minggu.

Ain duduk menatap skrin komputernya. Sedih bersarang di hati kerana sehingga hari ini tiadapun balasan dari Arif.

“Masih benci rupanya dia kepadaku”, Ain merintih sendiri.

“Sabarlah Ain oiii…nak buat macam mana, Arif sekarang bukan Arif yang dulu”, Ain memujuk hatinya sambil mengurut-ngurut dada.

“We shall meet in Malaysia…Arif Idlan” berkata-kata hati Ain berulang kali bersama dengan semangat baru. Secara rambang Ain mula berkira-kira di kepalanya jumlah wang yang diperlukan untuk memulakan sesuatu yang baru. Menurut kata bapa saudaranya, duit sewa rumah peninggalan orang tua Ain tidak sedikitpun tersentuh sejak tiga tahun ini. Sedikit sebanyak kerja baik pulih paip dan kawasan tidak sebanyak mana.

“Aku nekad kini untuk pulang walau apapun yang berlaku. Duit bukan masalahnya sekarang. Pasti hasil jualan lukisan untuk pameran akan datang mampu menampung hidup aku untuk beberapa bulan. Kita akan bertemu Arif Idlan untuk aku menuntut janjimu dulu” ketawa besar berbunyi di hati Ain.

“Hahaha…kau nekad sebab rasa tertipukan”, suara-suara halus itu memerli Ain. “Arghh…”, Ain memarahi dirinya.

Sewaktu Ain bersiap untuk majlis konvonya, suara-suara halus yang menguji ketabahan hati berdesing lagi. Kekalahan dengan perasaan sendiri dua minggu yang lalu terus memburu Ain. Sekadar satu email terlepas kepada Arif, sudah cukup untuk membuat Ain mengutuk diri sendiri berhari-hari. Ain semakin tidak tenteram.

Di hari yang penuh bersejarah dalam hidupnya dan semestinya menjadi kebanggaan yang tidak ternilai, Ain tidak mampu membohongi diri. Perasaan sedih yang bersalut di hatinya sejak dua tiga hari yang lalu terbawa-bawa hingga ke hari ini. Orang ramai terdiri dari ibu bapa, saudara-mara, sahabat handai serta rakan dan taulan telah memenuhi kawasan padang di mana jamuan meraikan para tetamu akan berlangsung nanti. Ain membawa langkahnya perlahan ke dewan. Tiada sesiapa yang mahu Ain temui di antara ramai yang hadir. Lebih baik Ain mengasingkan diri sebelum airmata yang ditakung jatuh bercucuran. Sepoi angin di luar terlalu enak dan nyaman untuk disia-siakan.

“Hello…Ain Adawieeyah”, tegur suatu suara di belakangnya. Pelat bahasa Inggeris dari suara itu amat dalam ketika namanya disebut.

Ain menoleh. Terkedu sebentar Ain apabila melihat Mike yang menegurnya tadi. Lebih memeranjatkan Mike berpakaian kemas, suit hitam, kemeja berwarna biru laut dan tali leher seperti pakaian kaum keluarga yang datang. Reaksi Ain tidak menentu untuk mentafsirkan penampilan Mike.

“Hi…is this a surprise”? Ain bertanya Mike sambil matanya liar memandang keliling.

“He sent his apology…” terus saja Mike berkata begitu.

Ain terpinga-pinga untuk memulakan kata. Ain tidak bermaksud untuk berkurang ajar kepada Mike dengan reaksinya tadi.

“Congratulations”, ucap Mike seterusnya lalu menghulurkan satu bungkusan. Ain menyambut huluran bungkusan dari Mike dan mereka berjabat tangan.

Senyuman Mike yang makin melebar dan berjela-jela turut membuat Ain tersenyum sama. Airmata yang bertakung untuk beberapa hari ini turun jua setitik dua apabila melihat kandungan bungkusan yang Mike hulurkan tadi.

“It’s beautiful…thank you”, ucap Ain kepada Mike.

Mike hanya diam sahaja ketika memerhati Ain membelek setiap lembaran album tersebut. Tumpuan Ain terganggu apabila terdengar pengumuman meminta para graduan bersedia untuk masuk ke dewan. Ain cepat-cepat menghulurkan kad jemputan kepada Mike untuk membolehkan Mike masuk ke dewan. Sememangnya Ain menyimpan kad tersebut dan tidak memberikannya kepada sesiapa walaupun Ain sedari tiada siapa yang akan datang untuk majlis konvokesyennya.

Mereka berjanji untuk berjumpa semula setelah majlis penyampaian ijazah berakhir nanti. Ain sempat juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Mike kerana sudi hadir dan dengan hadiah yang diberikan.

Dear Ain.

Congratulations…

Chasing your dream requires efforts, passion and hard work. You are now in the half way. Keep it up and continue to strive. May this chapter of your life brings you new passion, inspiration and happiness in life.

I’m so sorry for not able to be with you on your special day but I do hope very much you like the album.

Love

Arif

Ketika nama Ain dipanggil untuk menerima ijazah serta sijil penghargaan, puas Ain serta dengan bersusah payah menahan airmata dari berjurai. Setitik dua yang turun turut melambangkan bahagia dirinya dengan kejayaan dicapai. Tidak Ain sangka dan duga bahawa album yang terpapar gambar-gambar pemandangan yang indah di Malaysia dan Asia serta sedikit dari benua Eropah merupakan pemberian Arif.

“Thank you Mike”, Ain mengucapkan terima kasih berkali-kali kepada Mike kerana sudi hadir dan bersama meraikan kejayaannya.

Sebaik saja keluar dari dewan tadi, Mike sudah menunggu dengan dua jambangan bunga yang besar. Ketika Ain menyambutnya jambangan itu terus saja menutupi muka Ain dan album di tangan hampir jatuh. Tawa Mike dan Ain beriring lalu menjadi perhatian pelajar-pelajar yang melewati mereka. Ain tidak mempedulikan apa yang mereka kata atau pandangan yang diberikan, kerana Ain gembira saat ini walaupun terselit rasa amat sedih awal tadi. Pemberian Arif amat bermakna walaupun dia tidak dapat bersama-sama meraikan kejayaan Ain di hari ini.

Mike berkeras mahu membawa Ain untuk makan malam. Ain cuba menolak berkali-kali dengan berbagai alasan, namun akhirnya gagal. Sekadar makan malam dengan kawan Arif, detik hatinya dan manalah tahu aku mampu mencungkil sedikit rahsia Arif nanti.

“Is he insane”? tanya Ain hampir menjerit apabila mendengar perkembangan terbaru Arif. Bola matanya bagaikan sudah terkeluar.

“Trust me…believe me he is sane”, jawab Mike pula sambil mengurut perlahan belakang Ain yang hampir tersedak.

“So, he is not married?” tanya Ain sekali lagi kepada Mike. Entah mengapa dia memerlukan kepastian sekali lagi walaupun Mike telah menceritakan serba sedikit tentang status Arif. Mike hanya tersenyum bila mendengar pertanyaan Ain itu.

“Hahaha…”, tawa Mike berkumandang tatkala mendengar pertanyaan Ain dan reaksinya. “It is for me to know and for you to find out. Anyway, I think it is better for you to ask him personally”, jawab Mike bersama tawa kecil sebelum mengakhiri perbualan mereka malam itu.

Setelah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Mike, Ain menaiki tangga untuk ke rumahnya dengan berbagai perasaan yang berkecamuk. Arif sebenarnya sudah sebulan mengembara ke benua Eropah. Arif berada di London sebelum memulakan perjalanannya ke Switzerland dan Scotland serta Ireland dan berada di London juga sebelum bertolak ke Austria. Ain menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil cuba menghadamkan cerita Mike dan membaca catatan yang tertera di atas kad bersama dengan bunga tadi. Jambangan bunga ros merah dan carnation putih adalah pemberian Arif. Menerima jambangan bunga tersebut sudah cukup buat Ain mengetahui bahawa Arif tidak lupa warna serta jenis bunga yang selalu dibelinya dahulu. Sekarang ini bukan warna bunga atau bunga yang Arif beri akan tetapi nota ‘gila’ yang tersemat bersamanya membuat Ain rasa bagai nak gila juga.

“Meet me and join me in Sicily…Arif”, Ain membacanya lagi berulang kali.

“Apa sebenarnya yang terjadi kepada Arif”? Ain bertanya dirinya bertubi-tubi. Kalau mengikut kata Mike ini merupakan percutian solo Arif yang sudah lama dirancang dan hanya sekarang baru dapat dilaksanakan.

“When something happen to you that hasn’t happened before, don’t you at least have to find out what it is”? kata-kata Mike semasa makan malam tadi berdering kembali di telinga Ain.

“Arif tak balas email aku…dia tak cakap apapun tentang cuti. Tiba-tiba aku dapat album dari Mike dengan kad ucapan yang Arif lukis sendiri. Bukan hari tu Arif cakap dia dah berhenti ambik gambar. Aku benar-benar terperanjat apabila Mike cakap Arif yang lukis, kerana aku memang tak pernah tahu tentang bakat melukis Arif. Kad di tangan aku sekarang adalah pelawaan Arif untuk bertemu dengannya di Sicily. Setahu aku, Arif lah orang yang paling susah nak ambik cuti walaupun sehari. Ini 3 bulan? Haihhh apakah kau dah memang gila Arif Idlan”? Ain masih mundar-mandir mencari jawapan kepada segalanya.

“Mike pula beria-ia menyuruh aku pergi berjumpa dengannya. Betul juga cakap Mike tadi…kalau aku asyik mundar mandir dalam bilik dan rumah ni sampai bila-bila pun tak akan ada jawapan. Email pun belum tentu Arif nak balas…tapi nak ke Sicily”? Ain bermonolog lagi sambil mengaru-garu kepalanya sehingga membuat rambutnya yang diparas bahu mengerbang. Kali ini bukan setakat keluhan Ain lepaskan namun Ain sudah menjerit kecil.

*****

palermo (1)

Palermo

Merenung ombak laut dari balkoni bilik hotel penginapannya membuat fikiran Arif melayang lagi. Ombak laut Mondello mendamaikan dan Sicily amat mengagumkan namun Arif sentiasa resah menantikan jawapan. Sejak pengesahan Mike telah menerima kiriman yang dihantar kepada Ain dan juga jambangan bunga, tiada apa-apa lagi berita yang Arif terima. Setiap pesanan ringkas yang Arif hantar akan Mike jawab dengan icon senyum dan tawa saja. Ini bukan saja membuat Arif geram tapi makin menyakitkan hati.

14399877-man-jumps-on-the-jet-ski-above-the-water-at-mondello-sicily

“Done as instructed. The rest is up to her”, jawapan ringkas Mike apabila Arif menghubunginya semalam.

Arif tidak berhajat untuk menjelajah Sicily hari ini. Hatinya runsing dan resah oleh kerana tiada jawapan pasti daripada Mike ataupun Ain. Melalui kad kreditnya juga tidak ada sebarang pembelian tiket kapalterbang dibuat. Arif sudah berkali berpesan kepada Mike seandainya Ain bersetuju untuk bertemunya di Sicily, Mike seharusnya memberitahu dengan terperinci jadual penerbangan Ain supaya Arif datang menjemputnya di airpot nanti.

mondelo at night

Mondelo at Night

Bersama beberapa brochure mengenai Italy dan Sicily di tangan, Arif tekun membaca sambil didendangkan dengan irama ombak memukul pantai. Arif cuba sedaya upaya memahami setiap patah perkataan yang dibaca dan menolak jauh bayangan-bayangan yang tidak menentu menghantui dirinya.

Italy is the fifth major tourist destination in the world and also amongst the highest tourist earner countries. Italy is also the home of the largest islands in Mediterranean Sea, with its white sandy beaches and turquoise sea, Sardinia and Sicily with its high quality cuisine, brighter sunshine, stunning cobalt sea…For its excellent beaches, stunning waters, world-famous summer festivals, outdoor museums, historical places; Italy is a real magnet for its tourists. It’s just another wonder of rich Mediterranean culture. Try to get every taste of its in Italy. Don’t escape any.

SANYO DIGITAL CAMERA

Mondello

Mondello is a small town near the city of Palermo in the autonomous region of Sicily in Southern Italy. The beach lies between two cliffs called Monte Gallo and Monte Pellegrino. The town was originally a small fishing village situated on marshland, but at the end of the 19th Century it grew into a center of tourism. The numerous Art Nouveau style villas on the seafront promenade made it one of the epicenters of this artistic movement.
Since 1985 Mondello is home to the World Windsurfing Festival, renamed in 2001 World Festival on the Beach, an annual event that brings together various sports events (windsurfing, sailing, kite, beach volleyball, etc..) and musical performances, transforming the town in Sicily in a village of great interest.

mondello3

mondello beach

Another view of Mondello Beach

*****

Pagi itu Arif bangun dengan satu semangat. Arif telah berdamai dengan masa lalunya dan tidak akan membiarkan masa lalunya merosakkan ‘hari ini’. Hidup harus diteruskan dan sebagai manusia kita harus menerima segala ketentuan Ilahi. Sekurang-kurangnya Arif telah mencuba. Tidak ada sebarang penyesalan di hatinya kali ini.

Sudah seharian Arif menghabiskan masanya melawat bandar Palermo sambil merakamkan pemandangan indah sekitar bandar tersebut. Hari sudah hampir petang apabila Arif kembali ke pantai Mondello yang berdekatan dengan hotel penginapannya. Seharian berjalan terasa juga kaki mulai letih, namun redup cahaya petang membawa Arif terbuai dengan keindahan pantai itu. Sebenarnya sejak dari hari pertama lagi Arif sering “hilang” dirinya berada di pantai ini. Pasirnya yang putih bersih dan air laut biru yang tenang itu membuat Arif tidak berhenti-henti merakam keindahan sekitar pantai itu.

Mondello

Memandangkan hari ini adalah hari bekerja maka pengunjung tidaklah ramai. Peluang yang ada membuatkan Arif menghala lensa kameranya di segala sudut dan arah. Arif menantikan senja berlabuh untuk cuba mendapat sudut gambaran yang lebih baik dari semalam. Jumlah pengunjung yang kurang memberi kebebasan untuk Arif merakam keindahan pantai Mondello hari ini tanpa sebarang gangguan.

2579463-Colors_of_Silence_Mondello

Dalam asyik merakam keindahan pantai Mondello, tiba-tiba lensa kameranya terhenti kepada kelibat seorang wanita kecik molek yang berjalan di tepi pantai. Tidak mampu Arif mempercayai apa yang dilihat lebih-lebih lagi apabila figura itu berjalan ke arahnya dan semakin hampir. Tanpa berlengah jarinya pantas saja merakam detik dan pergerakan wanita itu. Arif tidak mahu mempercayainya walaupun jarinya tadi pantas saja merakamkan setiap pergerakan wanita tersebut. Arif tergamam lalu terkedu apabila wanita itu semakin menghampirinya.

“Assalammualaikom”, sapa wanita tersebut.

Senyuman yang diberikan sudah cukup untuk membuat Arif hilang kata-kata. Sapaan yang diberikan pula membawa Arif terus merakam wajah indah yang berdiri hanya beberapa tapak darinya.

Akhirnya…setelah puas merakamkan wajah tersebut, Arif mengagahkan dirinya menjawab salam yang diberi “Wa’alaikumsalam Ain Adawiyah”.

Ain pasti Arif sudah menjangkakan bahawa dia tidak akan datang. Melihat gelagat Arif sudah cukup untuk Ain merasakan demikian. Ain melepaskan tawa girang apabila Arif masih terkulat-kulat melihat dirinya yang berdiri di situ. Ditatap sepuas-puasnya wajah lelaki yang amat dirinduinya selama ini. Rindu Ain yang bertakung terlerai sudah. Pantai Morello menjadi saksinya di hari ini.

Senyum Arif lebar…senyum Arif penuh mesra dan sekaligus menawan mata Ain. Ain menanti untuk Arif bersuara lagi dan bertanya. Wajah Arif masih ada iras-iras terkejut akan tetapi tidak dapat Ain tafsirkan segalanya dalam masa yang singkat.

“Agaknya berapa lama pulak nanti gambar tu akan tersimpan ya”, tanya Ain bagi meleraikan bisu di antara mereka.

Bagaikan digeletek perasaannya, Arif ketawa. Tanpa menunggu reda tawa yang ada Arif menghulurkan tangannya. Tatkala tangan Arif disambut Ain, tiada kata di antara mereka.

Menyusuri pantai pernah mereka lalui dahulu, menikmati keindahan alam juga pernah mereka teroka bersama, akan tetapi di manakah permulaan dan pengakhiran pertemuan ini? Ain tidak mampu menjawab, sekadar menyusuri pantai bersama Arif dalam ilusinya sendiri. Hanya Allah saja yang mengetahui…itulah desis hati Ain.

Tamat

Ilham Cipta : Ally

Tulisan bersama : Sanaa dan Ally

Disclaimer: Hakcipta terpelihara. Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Nama dan tempat juga adalah khayalan penulis dan tiada sangkut paut kepada sesiapa yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Sebarang cetak di luar blog ini adalah dilarang. Terima kasih.

Random pictures of Sicily

sicily_cnt_25feb10_istock_b

taormina-theater

Taormina Theater – The Ancient History

tonnara-di-Scopello-Sicily

Tonnara-di-Scopello – The Sicilian Homes

Extraordinary-greek-temple-in-the-Valley-of-the-Temples-in-Agrigento-Sicily

Art, History and Archaeology of Sicily at Valley of the Temples in Agrigento

2012-06-20-martha1

Another scenic view of Sicily

sicily-01

The architectural of Sicily

Not so long ago a friend says…travel Europe with style and I will say you may have the universe if I may have Italy…Sanaa 21/01/13

Note: Sicily is the largest island in the Mediterranean

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: