• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • March 2013
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Archives

Thank You…Budiey Isma

Selamat pagi teman ku di sini
Harapnya sihat dan ceria di pagi ini
Sudah sarapan ke teman yang dikasihi
Jangan biar perut kosong masuk angin nanti

Hamba kembali di ruangan ini
Setelah hati dipujuk berhari-hari
Dek kerana cerita kononya sensasi
Cinta Jangan Pergi menjadi peribadi

Di segala ruangan tidak sepi
Bermula dari 6hb March lagi
Remy-Maya Tiz-Haziq memenuhi
Dimana Cinta Jangan Pergi tak ku ketahui

Drum roll berkali-kali
Kenyataan rasmi dan tidak rasmi
Remy masih juga dibaluti
Kisah Maya tidak pernah henti

Putusnya kasih menjadi sensasi
Bagaikan nak kiamat lapuran diberi
Jemputan hadir kerana Cinta Jangan Pergi
Hanya Budiey yang buat ulasan selari

Takdir Allah menentukan begitu
Berakhirnya cinta yang dipadu
Namun rahsia Allah tiada yang tahu
Hikmah disebalik apa yang berlaku

Dicanang sana dicanang sini
Pengganti sudah berada disisi
Teman rapat sama-sama bercuti
Apakah ini dinamakan kualiti?

Wartawan juga enak bercerita
Lapuran bagaikan hendak melaga-laga
Hanya kerana Remy masih dengan Maya nya
Cerita dah berkulat masih nak ditaja

Sehingga kini hamba menanti
Di manakah hebatnya Cinta Jangan Pergi
Berpuluh wartawan yang menghadiri
Hanya Budiey menulis tentang cerita ini

Jangan dianggap peminat bodoh belaka
Kisah peribadi melariskan cerita
Andai skrip longgar tidak bermakna
Pelakon hebat juga tidak kemana

Puas ku cari alasan diberi
Pelakon ramai hanya Remy Tizzy diperhati
Adakah kerana mereka sensasi
Atau putusnya cinta hendak diketahui

Berhari-hari ku selak lembaran
Tiada langsung terjumpa lapuran
Cinta Jangan pergi mesti jadi tontotan
Seminggu berlalu peribadi juga dikisahkan

Kemana perginya krew penerbit dan pengarah
Apakah mereka tidak ditemuramah
Dikata press conference berjalan indah
Kabir Nadiya Ramona Josiah semua tak diendah

Sampai bila kita harus begini
Di manakah hilang etiqutte budaya tinggi
Zaman moden sains dan teknologi
Budi bahasa juga sudah dijual beli

Tidak mahu hamba menafi
Kisah peribadi rencah dicari
Namun janganlah ghairah berbunyi
Sehingga cerita ditonton tenggelam sendiri

Hamba masih lagi mencari
Etika kerja wartawan ini
Ruangan gosip tidak berhemah lagi
Pelakon juga bagaikan lemah berdiri

Melalui Budiey hamba ketahui
Firasat yang hadir dalam diri
Fenomena Cinta Jangan Pergi bakal terjadi
Setelah menonton 10 minit cerita ini

Tiada satu lapuran menyebut begitu
Hanya peribadi asyik berlagu
Pengalaman pelakon juga sendu
Wartawan pula otak bagaikan beku

Hamba menanti kenyataan pelakon utama
Terujanya mereka melakonkan watak dibawa
Kenapa dan mengapa kita mesti menontonnya
Sedih tak terkira tiada ditulis di mana-mana

Terima kasih sekali lagi
Kepada Budiey yang memberi
Rakaman video PC Cinta Jangan Pergi
Terujanya Josiah jelas berbunyi

Marah yang ada surut tiba-tiba
Dek melihat trailer yang ada
Teruja dek pemandangan dan jalan cerita
Seolah nostalgia Uda dan Dara terbit semula

Melihat pemandangan hatiku sayu
Terkenang pula di masa dahulu
Wahai London Paris panggillah daku
Untuk pulang kepangkuanmu

Telah ku lepas sesak di dada
Pasti ada terselit rasa
Marah menyokong sudah pastinya
Silalah komen sekiranya ada

Untuk adik-adik yang dikasihi
Kemana pun langkah dibawa pergi
Sentiasalah semat di dalam hati
Jangan disimpan dendam dan benci

Perjalanan hidup kita merancang
Allah jua yang menentukan
Doa ku pohon malam dan siang
Semoga segalanya dijadikan pengajaran

Oleh itu hamba bermohon pergi
Meninggalkan ruangan untuk hari ini
Bersama dengan sabar memujuk hati
Menanti drama bersiri Cinta Jangan Pergi

Owned and written by : Sanaa 13/03/13

7 Responses

  1. Ya,apabila wartawan menulis tentang kisah hidup Remy dan Tiz,saya rasa kecewa..Saya sebenarnya lebih suka melihat komen semua pelakon tentang drama Cinta Jangan Pergi.Di mana sepatutnya kita lihat kewibawaan wartawan hiburan dalam menulis komen tentang drama Melayu?

  2. Sorry mencelah. Video yg mana satu ya?

    • Sorry darling I totally over looked at the komen…did i mention any video? Rasanya tak ada video Budiey cuma tweet saja. Kat YouTube ada video temubual dengan Tiz, Nadiya Nisaa dan juga Josiah…lain2 xde. Minta maaf sekali lagi…thanks for being here

  3. Salam n good day San..long time no see…:)

    u hv seen the CJP PC video right?..me too..if u noticed..Tiz react weirdly when remy giving his speech. hmmm…for me.. agak x sesueeiii n Tiz x berape professional di situ….hmm..after seeing this…i think they’re better off without each other…

    • Wassalam to you too Sup

      Yup it has been a long time.

      I do noticed but I will reserved my comment for now. Thanks for being here and your continuous support. I’ll catch up with you via email…ok

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: