• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • May 2013
    M T W T F S S
    « Apr   Jun »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • Archives

Dendam Khalil

Cinta Jangan Pergi sudah mula memasuki fasa yg mendebarkan. Boleh dikatakan hampir kesemua watak tidak lagi seperti awalnya. Semua sudah berubah. Khalil kembali dengan dendam di hati, Lea begitu yakin dengan apa yang di cari, Shireen di gambarkan memiliki Khalil kini dan banyak lagi rahsia yg tersimpan sehingga ke penghujung cerita 26 episode ini.

Ramai dikalangan peminat drama bersiri ini sudah mula mempertikaikan dendam Khalil dan juga mengatakan bahawa bukanlah cinta agung namanya kalau hendak berdendam. Namun tahukah kita tatkala mengatakan atau mengagungkan “cinta agung” ini? Cinta agung diantara manusialah yg merosakan manusia. Khalil sudah hilang arah oleh kerana di dalam fikirannya hanyalah ada janji Lea. Di manapun Khalil pergi janji itu yang digenggamnya sehingga di saat dia harus dan mesti menerima kenyataan dia gagal berbuat demikian.

Di sebalik segala dendam yang terlafaz “Lil akan rampas kebahagiannya sebagaimana dia merampas kebahagian Lil…dia akan menyesal lupakan Lil” begitulah sedikit sebanyak ugutan yang terlepas dari mulut Khalil. Setelah itu ramai di antara penonton yang berada di team masing-masing mula mengeluarkan hujah dan tertanya-tanya kenapa Khalil tak bersemuka dengan Lea sendiri untuk mendapat jawapan pasti. Ingatkah kita bahawa Khalil telah pergi ke rumah Lea dengan tujuan tersebut? Akan tetapi Khalil hampa kerana ketika itu Lea bersama Hud…sekali lagi Khalil melihat kekasih hatinya bersama lelaki lain. Kehampaan Khalil berganda apabila terlepas Lea di station keretapi sewaktu hendak ke Interlaken dan terlepas jua lagi semasa berada di tasik. Semasa saya menyemak beberapa laman ada di antara forumner yang berkata kalau dah bukan jodoh nak berjumpa buat macam mana pun tidak akan berjumpa, lalu di sini kita menerima takdir. Bukankah begitu?

Di episode 11 juga kalau tidak silap saya Khalil berkata pedih Lea tidak sama pedih yang ditanggungnya apabila melihat Lea menjadi tunangan orang…dan saya pasti dikala ini ramai yg merasa simpati terhadap Khalil. Sekali lagi Khalil menyebut tentang janji. Memang benar Khalil tidak ditemui didalam kemalangan tersebut dan hilangnya Khalil menjadi misteri dan lama kelamaan bagaikan tempat kejadian menjadi kubur tanpa nisan. Mungkin akan ada penonton yang berkata atau bertanya…kenapa Lea tidak menunggu sehingga setahun? Saya adalah salah seorang dari mereka. Saya terima hakikat ini adalah kematian dan Lea juga mesti membuka lembaran baru hidupnya apabila Khalil sudah tiada akan tetapi apa yang dipertontonkan adalah gesaan-gesaan untuk Lea “move on” tanpa memberi Lea ruang untuk menerima hakikat pemergian Khalil.

Mama dan kawan-kawan mengakui menyayangi Lea akan tetapi mereka tidak “bersama” Lea dalam hal ini. Tiada langsung “support” yang mendalam untuk Lea selain dari memohon Lea untuk “move on” dan lupakan Khalil. Lea terlalu keliru sehingga sanggup membohongi mamanya sendiri untuk mencari kepastian. Perlu juga diingat di masa ini Lea sudah bertunang dan telah ada janji diikat walaupun bukan ikatan sah suami isteri. Sekali lagi saya bertanya di manakah hati Lea sebenarnya? Kenapa dia begitu yakin bahawa Khalil pasti menunggunya di Interlaken. Sedarkah dia bahawa di jari manisnya tersarung cincin milik lelaki lain dan sekarang dia mengejar cinta yang hilang. Begitu juga dengan dialog Lea kepada pensyarahnya…bahawa dia tidak akan berseorangan, Khalil menunggunya di sana. Apakah pula alasan kita untuk menerima Lea dalam keadaan ini? Lea keliru? Lea berhak mencari pasti? Atau…..apa?

Berbalik semula kita kepada lafaz dendam kesumat Khalil…secara terang, jelas dan nyata kenyataan Khalil memang akan kita kata ditujukan kepada Lea. Bersih jernih kita akan kata Khalil mendendami Lea. Terfikirkah kita kalau kenyataan itu ditujukan kepada orang lain? Barangkali ibu tirinya dan juga Shireen? Episod seterusnya belum kita lihat akan tetapi melalui slot promo yang saya ulang berkali-kali dan melalui pembacaan di laman-laman web berkenaan siri ini ramai yang menyoal tentang cinta suci Khalil terhadap Lea. “Bukanlah cinta suci namanya kalau berdendam” kata ramai. Saya pula akan bertanya…wujudkah cinta suci di antara manusia? Chronic betul kita semua kan? Di awalnya apabila Khalil asyik terlepas Lea, kita cakap jodoh dan takdir dan sekarang bila Khalil bercakap mengenai dendam kita menyoal pula tentang cinta suci.

Apa akan berlaku andainya Khalil mengizinkan Lea memeluknya di saat berjumpa? Pasti dan sahih yang bagaimana Khalil itu adalah “Khalil” nya yang hilang selama ini? Kenapa Lea hendak bersedih sangat? Bukankah dia sudah “melupakan” Khalil dan kini menjadi tunangan orang? Andainya di saat itu Khalil berkata saya lihat awak bertunang Lea…apakah Lea akan jatuh pengsan lagi?

Di suatu masa saya pernah berbahas tentang watak Shireen dan Tasha dan sekarang ini watak itu telah melukakan Lea. Apakah mungkin kita mampu menerima tatkala Shireen berkata kepada Lea bahawa semuanya sudah berakhir dan Khalil sekarang miliknya?

Persoalannya sekarang apakah Khalil benar-benar berdendam dengan Lea? Kenapa Khalil mahu Lea bekerja di pejabatnya? Adakah sekadar untuk membuat Lea cemburu melihat kemesraannya dengan Shireen? Apakah yang membuat Khalil begitu yakin dan pasti dengan cara tersebut mampu membuat Lea cemburu dan kecewa? Di manakah Lea letakkan hatinya kini? Kenapa hilang ingatan Khalil perlu diratapi dan ditangisi oleh Lea? dan persoalan-persoalan yang akan timbul sepanjang siri ini.

Secara logiknya saya memandang kalau setakat hendak membalas dendam dan hanya untuk Lea melihat kemesraannya bersama Shireen, tidak perlulah untuk Lea berada di hadapannya setiap hari. Setelah Khalil pastikan Lea hilang pekerjaan dan pastikan lagi Lea tidak akan dapat pekerjaan lain rasanya itu lagi kejam.

Saya mengalu-alukan dan menanti dalam debar pendapat dan komen anda semua.

P/S: Love story book readers..Mills and Boon, Sydney Sheldon, Lisa Keyplas, Danielle Steele including of the epic such as Charlotte Bronte and Jane Austin…I am sure all of you see clearly what it is in Cinta Jangan Pergi. Am I right?

Owned and written by : Sanaa 15/5/13

4 Responses

  1. i agreed with Azure. kehilangan orang yang dicintai dengan peristiwa yang tragis seperti kisah Lea dan Khalil bukan satu perkara mudah untuk dilupakan. Sedangkan kehilangan cinta dengan cara yang biasa seperti jodoh tak kesampaian pun kadangkala membuatkan seseorang merana bertahun tahun nak melupakan kasih lama. Inikan pula kisah cinta yang dihadapi oleh mereka berdua. Sebagai orang-orang yang rapat dengan Lea, sepatutnya mama dan El lebih memberikan empati dan masa untuk Lea menerima hakikat bahawa jika benar Khalil telah tiada, live has to move on. Dalam tempoh tak sampai setahun mereka telah memaksa Lea menerima orang baru dalam hidupnya membuatkan Lea keliru kerana pada hakikatnya dia masih mengharapkan Kalil kembali dan hatinya tidak boleh menerima orang lain.

    • kerana itu Cinta Jangan Pergi membawa banyak erti…andainya diikuti satu persatu dengan teliti ruang tidak pernah ada di dalam hidup Lea Soraya mengenai kehilangan Khalil. Dari babak-babak yang ada semuanya memaksa dan begitu juga setelah Khalil kembali. Khalil juga memaksa dlm ertikata lain akan tetapi bkn hendak berpihak kepada sesiapa semasa Khalil membawa Lea lari cuma dlm sesetengah keadaan perkara itu juga telah menyelamatkan Lea barangkali dari terkena atau terjangkit virus yg ada pada Hud di masa itu..at the end of the day it is how we see things happening in Cinta Jangan Pergi. Sesungguhnya ada perkara yg tidak masuk akal di dalam setiap penceritaan namun demikian mungkin sudah dinamakan cerita so semuanya ada…thanks again dear…

  2. Sy tak setuju dgn tindakan mama dan kawan2 Lea. Mereka tak faham perasaan Lea. Kononnya nak Lea move on, nak Lea bahagia. Tapi mereka tak sedar tindakan mereka tu sebenarnya menambah derita Lea. Kesian jugak Hud sebab Lea tak mencintainya. Hatinya masih pada Khalil. Kerana tindakan mama dan kawan2 Lea ni byk hati yg terluka.

    • Yup I must agree to that…Lea tidak ada ruang utk meneliti keadaan dan menilai and now bila dah nampak Khalil hati org tak bersalah sudah terluka ie Hud. Coming episod apakah badut 2 org tu nak bagi excuse…nak suruh Lea berhenti kerja pulak ke?

      Kupasan saya banyak kat fb juga…thanks Azure

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: