• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • May 2013
    M T W T F S S
    « Apr   Jun »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • Archives

Lea Soraya

Video hanya sebagai hiasan.

Ibarat langit dan bumi yang saling memerlukan…adanya alunan ombak yang memukul pantai….ada pula bulan dan bintang yang mengindahkan malam, begitulah jua Allah kurniakan hidup berpasangan lelaki dan perempuan.

Begitulah yang terjadi di antara Lea Soraya dan Khalil Ibrahim. Pertemuan yang tidak disangka semasa mereka menuntut di London dan bercuti musim panas. Renungan nakal Khalil telah membuat Lea terperasan ada orang memerhatikannya. Sudah tentu perasaan kacau bilau terbit di dalam hati Lea Soraya. Mungkin sebelum reda perasaan itu, ribut taufan melanda pula apabila jejaka yang memerhatikan dirinya tadi mengambil tempat duduk di hadapannya. Menggigil, menggelabah, bergetar hati dan tidak selesa adalah di antara perasaan yang mungkin menghantui Lea Soraya di masa itu.

“Soraya” adalah perkataan pertama yang terkeluar dari mulut Khalil yang punyai getar (echo) atau meleret sedikit di hujungnya. Apakah mampu kita meneka atau meresap masuk ke dalam diri Lea Soraya di masa itu? Pandangan saya berbeza-beza untuk seketika kerana cuba mengingatkan apabila kita diperkenalkan kepada seseorang yang punyai dua sebutan nama ini apakah yang biasa digunakan? Nama pertama atau nama kedua? Apakah “Soraya” lebih enak disebut? Tanpa teragak-agak Khalil menggunakan “Soraya” dan kenapa adanya echo dihujung sebutan? Mungkin kita boleh mencari jawapannya kemudian.

Pertemuan mereka tidak berakhir di situ sahaja. Mereka bertemu kembali di dalam keretapi untuk destinasi seterusnya. Dari tempat duduknya Lea asyik memandang Khalil yang sedang enak berbual dengan seorang penumpang lain. Kenapa Lea resah? Kenapa Lea berkata mamat yang bernama Khalil ini akan merosakan percutiannya? Di waktu itu Khalil tidak sedikit pun memandang Lea Soraya, hanya Lea seorang saja yang memandang Khalil dengan berbagai perasaan bermain di hati dan fikiran.

“I’m not a stalker”, kata Khalil seolah-olah mengerti apa yang bersarang di hati Lea waktu itu. “Habis tu apa”? “Kebetulan”? tanya Lea dengan mimik muka yang sukar juga hendak ditafsirkan. Seandainya kita kata mimik muka Lea menjengkilkan tidak ada pula, marah jauh sekali dan benci tidak mungkin…lalu apakah ia?

Kebetulan ataupun suratan, sengaja ataupun tidak, dirancang atau direncana adalah lumrah kehidupan kita. Kata-kata sebagai penyedap bicara dan setiap yang berlaku ada hikmah dan cerita di dalamnya. Pertemuan tidak sengaja membawa mereka menghabiskan cuti musim panas bersama-sama dan ternyata kedua-duanya gembira dan agak pantas Khalil meluahkan rasa tanpa bicara. Khalil mahu Lea rasakan apa yang dia rasa.

Sebagai seorang yang merancang segalanya Lea Soraya bertemu dengan seorang lelaki yang tidak punya sebarang rencana walaupun berada di dalam perjalananan yang jauh. Andainya kita berada di tempat Lea, apakah kita mampu menerima Khalil? Itulah pemberian Allah kepada hambaNYA. Sesungguhnya soal hati dan perasaan adalah suatu yang sukar untuk diertikan. Mungkin pertemuan Lea dan Khalil mengajak kita berfikir sama perjalanan mereka seterusnya.

Cinta yang disemai bersemi…berkembang mekar dengan musim silih berganti seperti janji Khalil bahawa mereka bukan untuk semusim. Sampai saat mereka akan berpisah kerana tamat sudah pembelajaran Lea namun Khalil masih punya tanggungjawab untuk dilunaskan lalu mereka tidak dapat pulang ke tanahair bersama-sama.

Sebelum kita ke bahagian seterusnya, apa kata kita berpatah balik sekejap dengan kehidupan Lea sebelum bertemu Khalil, bersama dan selepasnya. Di awal pertemuan kita melihat Lea ada diari dan juga peta. Menandakan tarikh perjalanan, tempat hendak berhenti, tempat hendak dituju, duit yang perlu dan boleh dibelanjakan. Kesemuanya tertulis dan tersusun indah seperti irama dan lagu. Ini amat berlainan dengan Khalil sehingga tempat tinggal juga tidak difikirkan dan tiada peta untuk menunjukan jalan.

Tiada satupun yang serupa di antara Lea dan Khalil. Akan tetapi pertemuan ini membuahkan perubahan dalam diri dua insan yang baru mengenali. Kita anggap bahawa percutian Lea dan Khalil adalah titik permulaan perubahan ini. Mereka menjejaki benua bersama dan menikmati keindahan alam bersama dan sudah tentunya di dalam percutian itu akan berlaku perkara-perkara yang tidak dirancang. Perkara yang berlaku secara spontan yang menambah kegembiraan Lea (excitement) walaupun tidak jelas ditunjukan. Hidup tanpa perancangan adalah sesuatu yang baru dalam kamus hidup Lea Soraya akan tetapi nampak menarik sehingga Lea dilanda kerinduan. Khalil mengubahnya.

Waktu yang berlalu membawa kita mengetahui bahawa Lea amat susah untuk mempercayai lelaki oleh kerana sikap ayah kandungnya sendiri. Perkara ini dicungkil oleh Khalil lalu membuatkan Khalil mengenali Lea dengan lebih rapat lagi. Bibit-bibit ini juga membuat kita melihat Khalil merancang sesuatu.

Senantiasa ada buku di tangan sebagai nota menulis rencana hidupnya tidak Lea tinggalkan. Tanpa perancangan Khalil membawa Lea kembali ke Interlaken sehingga Lea tertanya-tanya kenapa mereka ke situ. Amat mengejutkan apabila Khalil meminta Lea berjanji untuk menunggunya setahun lagi. Sekali lagi mampukah kita merasakan getaran di hati Lea? Lelaki yang bernama Khalil Ibrahim seorang yang tidak suka merancang meminta Lea menunggunya setahun lagi.

Tentunya lamaran ini mengejutkan Lea dan dalam perasaan yang enak dibuai cinta Lea menutur janji bukan setakat setahun akan tetapi selama-lamanya. Semuanya ini amat baru buat Lea…Khalil memberikan Lea harapan, Khalil memberikan Lea kegembiraan dan Khalil juga mengocak jiwa Lea yang tenang dengan perjalanan kehidupan yang tidak dirancang.

Sekembalinya Lea ke tanahair bermulalah perjalanan cinta jarak jauh antara dua hati. Segalanya indah kerana Khalil tetap menghubungi Lea sehinggalah Lea mendapat berita kepulangan Khalil dan kemalangan yang menimpa.

Sekelip mata segalanya berubah. Dunia Lea gelap dan tiada tempat untuk Lea tuju bagi melepaskan apa yang dirasa walaupun dia dikelilingi oleh orang-orang yang amat menyayanginya. Berita kemalangan itu sudah cukup menyiksakan Lea dan menambah perit tanggungannya apabila Khalil tidak disahkan hidup atau mati. Tiada juga mayat yang ditemui selepas kemalangan itu.

Rentetan tersebut membuat Lea menderita. Sewaktu masih menanggung derita yang amat dalam Lea dikenalkan kepada Hud anak kenalan mamanya. Kehadiran Dr. Hud tidak menenangkan Lea sama sekali. Ini adalah kerana Khalil masih segar di dalam hatinya dan lebih-lebih lagi perwatakan Hud sedikit sebanyak membawa ingatannya kepada Khalil.

Melihat babak dan episod seterusnya saya berani mengatakan dengan segala usaha Dr. Hud ia tetap gagal memberi RASA itu ke dalam diri Lea.

Bermula dari situ kita melihat Lea seperti seorang yang tidak teguh pendirian. Sekejap merasakan perit kehilangan Khalil dan sekejap mahu melupakan segalanya dan mengikut arus serta nasihat kawan-kawan. Detik ini juga membawa saya bertanya sejauh manakah mama Lea mengenali anaknya? Di mata kasar kita memandang bahawa dua beranak ini rapat akan tetapi di sudut hati yang dalam Lea tidak “berkongsi” Khalil dengan mamanya.

Di dalam petak-petak hati Lea ada satu petak yang saya pasti Khalil tersimpan kemas dan oleh itu apabila kemalangan menimpa Khalil sehingga dia dilapurkan hilang perasaan sedih, perit, derita dan sengsara yang Lea tanggung tidak dapat dirasa oleh mama dan kedua kawan baiknya iaitu EL dan JD. Menyerah diri kepada takdir dan pasrah dengan segalanya Lea membina hidup “keseorangan”.

Walaupun demikian, kehadiran Dr. Hud berjaya mengubah percaturan hidup Lea. Di antara yakin dan tidak, di antara percaya dan terpaksa Lea mengucapkan “selamat tinggal” kepada Khalil di tanah perkuburan tanpa nisan dan menguburkan sebuah janji.

Dalam ramai-ramai peminat drama bersini ini pasti ada yang bertanya ataupun mahu kepastian apakah Lea menerima Hud dengan segala kelapangan hatinya atau keterpaksaan? Atau mungkin Lea menerima Hud kerana persamaan yang ada dalam diri lelaki itu dengan Khalil? Apakah ucapan “selamat tinggal” kepada Khalil itu benar-benar mampu membuat Lea meneruskan hidupnya?

Ternyata segalanya tidak apabila Lea terlalu yakin bahawa yang berdiri di pintu pagar rumahnya itu adalah Khalil dan lelaki itu pula muncul di hari pertunangannya dengan Hud. Selepas itu kita melihat yang jiwa Lea semakin tidak tenteram dan keliru. Adakah sebenarnya Lea betul-betul tidak boleh melupakan Khalil atau dia hanya mahu kepastian yang Khalil benar-benar masih hidup ataupun telah mati?

Kenapa Lea terlalu yakin dan pasti bahawa Khalil yang muncul di hari itu dan kenapa bayangan-bayangan Khalil yang Lea nampak sebelum ini tidak pernah diluahkan kepada EL?

Akhirnya tanpa dapat dibendung lagi dan dengan mengikut kata hati Lea melangkah pergi ke Interlaken? Kenapa? Di manakah hati Lea letakkan dan kenapa Lea terlalu percaya bahawa Khalil ada menunggunya di sana? Apakah RASA yang bersarang di hati Lea Soraya itu masih milik Khalil?

Beberapa episode yang berlalu membawa kembali pertemuan Lea dan Khalil dalam keadaan yang amat berbeza. Berdiri di hadapannya bukanlah Khalil yang dahulu sedikitpun tidak sama dengan yang dahulu. Menerima dengan penuh keyakinan bahawa Khalil kini hilang ingatan, Lea sanggup berhadapan dengan kemarahan yang tidak bertempat, keegoan tiada batasan dan yang paling utama Lea tidak membuka mulut kepada Hud.

Kenapa pula begitu?

Watak Lea mungkin tidak sehebat Khalil di dalam drama bersiri ini akan tetapi dicelah-celah kelemahan ada kekuatan dalam diri Lea untuk membuat Khalil mengingatinya. Apa yang membuat Lea merasa begitu penting untuk memulihkan ingatan Khalil terhadapnya?

Saban hari kita melihat Lea tersiksa dan hanya pada zahirnya sajakah begitu? Walhal di dalam hatinya punya semangat yang luar biasa dan berkobar-kobar untuk ke pejabat setiap hari yang berbunga riang untuk melihat Khalil dengan satu tujuan pasti yakni memulihkan ingatan lelaki itu terhadapnya.

Kenapa kegilaan Khalil di pejabat tidak pernah terkeluar dari mulut Lea untuk bercerita kepada EL dan JD? Kegilaan Khalil yang dilayan Lea seolah-olah memberikan Lea semangat untuk terus berjuang demi cintanya.

Siapakah di antara kita yang perasaan…sepanjang perkenalan Lea dan Khalil sehinggalah misteri kehilangan Khalil tiada satu ucapan cinta yang terlafaz dari kedua mereka? Yang saya ingat hanya gurauan dan usikan Khalil terhadap Lea seperti “awak tunggu saya malam nanti…tunggu dalam hati nanti saya datang…macam mana nak masuk kelas kalau asyik ingat kat orang tu saja…sanggup tak makan asalkan dapat cakap dengan awak dan banyak lagi yang tidak dapat saya ingati semuanya.

Apakah benar seperti semua orang kata bahawa cinta itu dirasa bukan sentiasa dilafaz untuk mengetahui keutuhannya? Adakah Lea dan Khalil di antara mereka? Khalil tidak pernah menyakinkan Lea dan begitu juga sebaliknya akan tetapi RASA itu dalam.

Apakah di antara Lea dan Hud tidak wujud ombak perasaan seperti taufan menggulung untuk dibandingkan dengan Khalil sehingga Lea sanggup dimarah dan diherdik setiap hari? Apakah mampu untuk kita mengatakan ini adalah kebodohan Lea? Sememangnya soal hati terlalu payah untuk di mengertikan. Hanya yang merasa sahaja yang mengerti. Mungkin dengan kesabaran dan kelembutan adalah cara seorang wanita berjuang untuk mendapat kembali cintanya.

Pada pandangan saya dari awal pertemuan sehingga kepada perpisahan mereka dan pertemuan kembali yang tidak diduga hubungan Lea dan Khalil lebih dalam dari apa yang mampu kita lihat. Tautan hati Lea dan Khalil tidak mungkin dapat kita lihat dengan mata kasar. Kita boleh kata apa saja tentang keburukan Khalil dan terseksanya batin Lea dengan perbuatan Khalil akan tetapi perasaan sebenar hanya boleh dirasakan oleh tuan empunya diri.

Sedikit terkilan di hati saya mengenai watak Lea adalah kelemahan yang terlalu ditunjukan di hadapan Khalil. Saya begitu yakin apabila Lea kembali bekerja semula, saya dapat melihat “kekerasan” Lea kerana Khalil suka kepada wanita yang cantik dan garang. Namun sehingga berakhirnya episod 13 semuanya itu hanya impian.

Walaupun begitu adakah sesiapa yang mengikuti drama bersiri ini mahu bersama-sama saya mengiyakan bahawa Khalil sebenarnya “menemani” Lea di malam itu.

Tulisan bersama : Sanaa dan Ally 22/05/13

5 Responses

  1. Wherenever you tried to hurt me…I just hurt you even worse and so much deeper….
    This song well described Khalil and Lea kan?? I can feel their anger n passion at the same time.

  2. Saya suka sngt blog ni continue suka sngt membca!:)this blog really made me love

  3. Saya masih belum boleh “embrace” cerita ini kerana dibelungi kisah silam 2 teraju utama di dunia sebenar. Saya masih terlihat keterbatasan disebabkan break-up mereka. Lihat sahaja sesi temuramah di malam pratonton CJP. Mereka terpaksa bekerja bersama kerana telah commit pada projek. Can’t blame them though. A break-up is always painful.

    • I’m so sorry to know that. My sincere advise just take the story as it is and they are excellent playing their roles. Kalau you asyik bayangkan the realiti sampai bila2pun tak akan berubah. Trust me Cinta Jangan Pergi is a good heart wrenching drama and Remy and Tiz has done a good job for their roles. I can’t imagine other than them for Lea Soraya and Khalil.

      Yes no doubt break-up is always painful and was never easy but again it is not fair to judge them. I credit them for their job…good nite have a good rest and sleep.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: